Search This Blog

Showing posts with label NabilaHasyim. Show all posts
Showing posts with label NabilaHasyim. Show all posts

Wednesday, 11 August 2021

Viral : Baru nak cuba roti jala jelita eh Pelangi 😂

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Viral la plak kan, roti jala pelangi ke namanya..

Selalu dok nampak enSuami yang tunjuk kat FB. Sebab saya jarang buka FB. Sebab tak nak ikut viral² ni, nanti semua nak buat.. pantang tengok orang buat, kita pun nak buat. Lagi² kalau masak² ni.. makannya idok.. seronok nak masak je.. 😝


Roti jala ni memang favourite enSuami. Turun ke anak² pun suka. Saya kalau makan, sampai 4biji je. Lebihnya serah kat enSuami dan anak² diorang boleh makan sampai habis 😂

Memandangkan viral orang buat 🌈 kita pun nak try. Tapi dah bancuh tepung malas plak nak buat. Sebab bekas picit ada satu je. Susah pula kalau nak buat 2 Kaler tu. Paling boleh pun, guna piping bag lah..


Tapi adunan kan cair² je. Kalau piping bag mesti leceh. So tak jadi la nak buat pelangi. Kita buat kaler² ja. So senang ikut turn habis satu Kaler buat Kaler lain pula. Kali ni just bahagi 3 bahagian. Plan nak buat Kaler hijau, kuning dan merah.


Susun kuning tengah. Kombinasi Hijau-Kuning (Kedah) dengan Merah-Kuning (Selangor) gituu.. Lepas dah siap hidang, enSuami excited tengok roti jala kaler² ni.. tapi merah tak berapa nak jadi Merah, dapat ala² pink je. Tak berani nak letak Kaler banyak², kang merah Ang Ang pula 😆

Dua tiga hari selepas tu, nampak kawan update roti jala pink purple, tengok cantiknya..😍 Isk tak leh jadi ni, macam nak kena cuba juga ni roti jala pelangi ni. 3hb lepas buat lagi roti jala pelangi pink-purple.


Tadi kan saya cakap botol ada satu je. So saya cuba dengan piping bag je lah. Bertabah lah juga guna piping bag ni. Sebab adunan laju turun. Pastu kalau tepung yang berbaki dalam piping bag tu, kena picit balik masuk bekas asal, sebab tak nak leleh², membazir, sayang tepung. Yang botol kaler purple. Yang piping bag kaler pink. 

Mula² saya picit botol dulu, baru picit piping bag. Tapi sebab piping tu leceh, ambil masa nak setelkan, jadi lama sangat untuk yang purple tu kat kuali, jadi yang purple tu tergaring sikit lah, belum hangit lagi,🤗.


Pastu saya tukar buat pink dulu, setelkan pink, picit botol purple, sekejap je lah setel. Lama² dok gulung ni, teringat yang orang buat nampak smooth licin je. Saya punya nampak kesan gorengan. Pastu terfikir, entah², orang terbalikkan kot yang sebelah atas, gulung sebelah luar, macam kulit durian crepe tu. Pastu cuba buat tengok, baru nampak cantik macam orang jual..


Licin je kan? Betul tak?
Yang bahagian bawah tu yang awal² gulung. Sebelum ni tak ada buat kaler², just kuning serbuk kunyit je. Buat pun untuk makan sendiri, bukan untuk dijual ke pe.. so tak ada lah amek kisah, lawa tak lawa.. bila tengok orang buat, baru la nak terfikir apesal roti jalaku tak licin glowing macam orang jual. La ni baru ku tahu hahaha 🤣


Okay lepas ni boleh buat cantik² dah. Dah tau tipsnya.

Resepi Roti Jala NabilaHasyim

1biji telur
1/4 cawan minyak
2 cawan t.gandum
2 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (kalau nak kaler lain, tak yah letak)

Saya letak ikut turutan bahan tu. Saya bancuh dalam jar air, 1L pun muat, tapi leceh sket nak kacau² nanti. Kalau besar sikit jar tu senang sikit nak mix nanti. Kacau dengan whisker. 

Lepas sebati semua, kena tapis masuk jar lain pula. Pastu kalau ada botol picit, senang nak tuang. Kalau pakai acuan bulat yang lama tu, lagi senang nak tuang adunan dalam bekas acuan tu. Saya tak suka pakai besen, besar risiko nak tumpah², kalau cedok guna senduk. Pakai jar senang nak tuang. Ini cara saya lah. 😀


Miqdad Kamilin, bangun² tidur, dia cakap kat Abi dia, 

"Abi, macam Dad nak mandi pantai lah.. tapi macam mana ya nak pergi mandi pantai?"

Adudu, nak mandi pantai ke anak oi.. lama sangat dah kot dia rasa terkurung dalam rumah. Kesiann. Kat umah ada mandi kolam je la boleh bagi. Dok sayu camtu lah, sempat la snap gambar tu. Selalu suka je Umi masak roti jala. Kali ni dia tengok je kakak dia makan. Last sekali nak habis dah, baru dia makan satu gulung.

Sabarlah, sebelum nak pi mandi, siapkan kerja sekolah dulu ya, kerja sekolah tak siap, takleh jalan², tak gitu 😚

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday, 19 July 2021

Baby Nenas : Rangup, Manis dan Mahal 😆

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Sebelum mula semula PKP bulan 6 lepas, peniaga jalanan banyak yang lelong laju², bahan jualan. Hebahan kat FB group kawasan setempat, wasap yang orang² share. Macam² makanan buat orang terlioq nak beli 🤤

Salah satunya baby 🍍 ni lah. First time dengar. Baby 🍍. Dah siap kupas, dibekukan. Lelong² 1bungkus RM 10. Masa tu dah bagitau kat enSuami, ada orang jual, lokasi kat mana, jam berapa ada..

Tapi masa dia keluar beli barang dapur, dia terjumpa pakcik jual buah². Dia beli tembikai 🍉 sebiji. Pelam 3kg. Nenas madu dia beli jugak selonggok RM 20 kot, ada dalam 4biji ke tak ingat.. 

Tengok dia bawak balik tu terkejut, amboi banyaknya borong buah. Ala tadi jumpa pakcik ni jual, kesian plak, esok dia tak leh nak jual² dah. Dia bagi murah jeee..


Dah beli buah nenas tu, tak dapat lah beli baby nenas tu.

Terpaksa la kupas sendiri nenas madu tu 😏. Sekali kupas tu terus kupas semua. Sebab nenas madu ni tak tahan lama kan. Dia cepat lebam dan buruk.

Yang mana boleh masak pajeri, asingkan sesiap. Yang mana nak makan saja letak dalam bekas. Yang lebihan tu, bungkus dalam plastik. Simpan beku. Dah tengok baby nenas boleh beku, kita pun buat gak la.. sebab tak habis nak makan. Pelam pun sehari sebiji kupas makan, kalau tak kupas, tak ada yang nak boleh makan..


Kali ni dapat dah beli baby nenas tu. enSuami tengok status wasap sis ni. Sebelum ni pernah beli rockmelon dengan sis ni. Dia pun tinggal kat taman sebelah je. Pagi Rabu tu, enSuami pi amek kat umah dia. Sebelum ni dia hantar, tapi kena tunggu husband dia balik kerja, malam baru dapat.


Bila tengok depan mata, baru tau.. Baby sungguh nih 😂. Saya ingat baby nenas ni besar tapak tangan. Boleh hiris² nak makan. Gaya saiz ni tak perlu nak hiris² dah la. Ambil basuh, terus boleh ngap.


Tengok saiz tu. Epal merah pun besar lagi. Saiz ni macam epal hijau Granny Smith tu je.. Memang sedap dimakan, rangup, juicy, manis jugak walaupun warna dia kuning² cair. Macam nenas Josephine yang saya tanam. Warna pudar² je, tapi bila makan merecik jusnya.. manis sedap sangat la..


enSuami beli 2pek, RM 20. 1 pek ada 5biji macam dalam gambar tu. 1pek lagi ada 6biji. Kalau timbang berat dalam 500G gitu. Yang pek 6biji kitorang buka makan dulu. 


Ngap ngap ngap, habis dah sebiji. Saya makan semua, tinggal batang hijau tu je. Empulur pun saya makan, sedap. Kalau nenas besar pun saya makan, favourite sangat. Sekali makan, dah habis 2-3biji.


Bila kira² balik, macam mahal jugak lah ya.
Sebiji jatuh RM 2 gitu.. Emm xpa la buat nak rasa first time. Next time macam fikir dulu la nak beli ke idokk.😂

Beli nenas besaq boleh buat masak² juga dengan harga RM 20, hehe..

Kat rumah tinggal satu je lagi pokok nenas. Lama dah dia besaq tu, tapi nak berbuah tu susah sungguh la. Dah la 1 pokok 1 buah je. Menunggu 2-3tahun. Kalau cerita kat staf pertanian, dia suh buh kabalt je. Tapi tak pernah ingat nak beli kabalt tu.. menunggu je lah bila dia nak berbuah. Jangan kata pokok nenas jantan plak la, macam pokok betik hari tu, tak berbuah², sekali jantan dah.. penat dok tggu Emm 😏


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤️
.
..
...



Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Saturday, 26 June 2021

Headphone : Aksesori wajib bila di dapur, ngeh ngeh

Assalamualaikum..

Sabtu di hujung minggu ni, kita santai je lah menulis.

Topik headphone 🎧

Saya mula terjebak dengan headphone ni dalam tahun 2019 gitu..
Mencari-cari sesuatu untuk memenuhi keperluan hobi yang suka dengar lagu sambil buat keja²..

Kalau buka muzik pakai telefon bimbit, bunyi muzik tu kedengaran kuat pulak kalau di dapur.

Bunyipun tak jelas sangat sebab sound Speaker terbuka luas kan..
Kira macam sound mencapah gitu..

Terfikir nak beli headphone 🎧 yang Bluetooth, senang nak sambung guna, wireless gitu..


Masa ni masih dengan fon lama. Dah retak seribu, jatuh dari atas mesin basuh 😫
Yg snap gambar ni, guna fon enSuami, dia guna 8Pro.

Survey punya survey kat Shopee tu, jumpa la brand SODO ni..
Alaa bajet ciput je bawah RM 100..

Yang SODO ni harga RM 60, siri MH3.
Masa tu beli, kira yang the latest model la kot..


Berkenan SODO ni sebab Kaler dia cantik 😍
Ada gold dan rose gold..
Warna yang saya suka buat masa sekarang..

Tapi masa nak beli, ada stok rose gold.
So beli rose gold.
Model SODO ni best sebab dia 2in1.
Boleh guna headphone, boleh guna sebagai speaker juga.
Hanya terbalikkan je, dia punya tutup telinga tu, nama apa xtau, hee..
Yang sebelah kiri tu, automatik dia jadi speaker.

Ada 4 button.
Volume up/down
On/Off/Play/Pause
Next/Previous
Mic/Call

Semasa pakai headphone juga boleh jawab call.
Nak buat calling pun boleh tapi nombor terakhir/the latest dalam list call sahaja.

Pakai SODO ni tahan setahun gitu.
Saya rasa sebab saya salah guna plug untuk charging headphone 🎧 ni..

Guna plug charger handphone yang tinggi ampere (A). Dah lama dok pakai baru ensuami tegur..
Nanti melebur la bateri dia tu..

Sungguh la setahun je tahan.. lepas tu baterinya cepat habis/mati.
Baru nak member**k, bateri dah habis, isk 😝

Frust sangat, salah sendiri gak..
Survey lagi kat Shopee 😉

Mula nak beli SODO jugak..
Tup tup terjumpa Lenovo.
Fuuh, Lenovo pun ada headphone.

Model Lenovo ni dia declare long lasting battery, 20jam boleh tahan..
Kalau SODO 10-15jam.
Tapi sepanjang saya pakai tu, xsampai 10jam lah, 3hari dah kena cas.
Sehari guna dalam 2jam lebih ja..

Harga sama juga RM 60.
Cuma Kaler tak menarik, hitam sahaja ada.
Tak boleh lipat macam SODO, untuk mudah simpanan, keras kejung seketoi macam tu lah.
Pastu tak boleh buat speaker jugak.

Memang headphone 🎧 semata²..


Saja try model Lenovo plak.
Org kata, Lenovo pakar 🔋, tahan lama.
Kat posting produk pun dia declare 🔋 tahan  lama..
Ini sangat bagusss 😜


Masa beli tu tanya seller, ada jual kepala plug utk USB cable nak cas 🎧 ni tak..

Seller Tu jawab xpe, I bagi you free plug Tu kalau you jadi beli..
So jadilah beli dengan dia 😂

Lepas dapat tu, cas dulu 2jam.
Pastu saya buat eksperimen, betul ke tahan 20jam..

Setiap kali sudah guna, saya catat berapa jam saya guna kat pintu kabinet dapur.


Jadi inilah catatan yang saya buat sepanjang 2minggu, sebelum tamat tempoh nak tulis review kat Shopee tu..

Masa ni, bateri tu tak habis pun lagi, tapi sebab nak buat review tu, jadi saya jumlahkan sehingga hari review tu je.

Selepas 3-4hari tu baru habis.
Tapi bukan total habis pun.

Lenovo ni lecehnya, bateri ada 40% lagi, dia dah bising² suruh cas.
Kalau SODO tu, sampai low 🔋 baru dia suruh cas 😅.


Tapi okaylah puas hati, 🔋 tahan lama sungguh..
Kalau charger dia hilang pun tak sedar.
Punya lah lama nak guna semula..

Button dia pun ada 3 je.
Power / tambah / tolak
Power Tu fungsi untuk on/Off, play/pause/resume, jawab call pun tekan button power jugak.
Yang tambah/tolak, untuk volume dengan next/Previous.

Kalau SODO dulu, kalau tak ada muzik bunyi, dia auto Off, dalam 10min kot.
Kalau Lenovo ni lambat Sket nak auto Off.
Walaupun tak ada bunyi, tapi kalau dia still connected dgn Bluetooth, dia on ja.
Kalau disconnected, xda Bluetooth yang connecting dengan dia, lama Sket baru dia nak auto Off.

Maybe sebab 🔋 dia tahan lama, jadi dia xperlu nak jimat² kot, 😆


Ini la favourite saya enjoy kat dapur tahun 2019-2020.
Tapi September 2020, ada orang sabotaj Hong Jin Young ni..
Kesian dia, sampai sekarang dia masih senyap dari dunia seni.
Orang Korea gitu la, kalau sekali kena boikot terus hancur lah masa depan dia dalam bidang seni ni..
Tak tau la bila dia nak buat comeback.
Umur sebaya ni, sama tahun 1985.
Suram je kalau tak da celoteh dia..

Dappun saram (bad people) buat jahat kat my cinggu, 😭

Tahun ni layan IU la sambil² dengar lagu² HJY..
IU ni suka sebab dia pun berlakon juga. Lagu² dia pun best jugak. Sesuai dengan selera.

Tapi trot Queen tetap di ❤️

Monday, 17 February 2020

Almari : Pengurusan pakaian Sekolah enSuami dan harian dia

Assalamualaikum, Anneyohaseyoo

Lama tak cerita panjang-panjang kat blog
harap dapat menulis semula.
Bagi mai dulu mood nak menulis.

Anak yang kecik dah besaq dah la kan..
boleh buat hal sendiri dah, walaupun kadang-kadang pantang tengok Umi duduk, "Umi nak suuuuuu"
ini memang takde harapan nak elak, layankan je la..
anak last dah, harap tahun depan dah boleh putus susu, bila dah mula sekolah, Aminn

Tahun ni best sangat.
sebab anak sulung, Hafni Azzahrah dah darjah 1.

Pastu plak Abinya dah tukar sekolah.
dari sek men biasa, pindah ke Kolej Tingkatan 6.
dari sekolah sesi petang, dah sekolah sesi pagi tahun ini.

Boleh la sama2 pergi sekolah dengan Hafni.
Umi is rilek kat umah, yeahhh..

Minggu pertama persekolahan, Umi kalut2 dengan komputer nak siapkan benda remeh2 untuk sekolah Hafni, almaklumlah #makanakbarumasuksekolah punya semangat lain maciamm orang kata..
dok menghadap komputer, masa berlalu tak sedaq..
ingat dah pukul berapa dah, tengok2 jam, aik baru 9.30???

Selalu pagi2 macam ni, jarang ada kat umah.
enSuami kan sekolah petang, pagi2 je kalut la nak ajak pnIsteri dia ke sana, ke sini.
jadi bila enSuami tak da waktu pagi, wowww lapangnya masaaaaa..
boleh rileks kat umah, tak gaduh nak keluar2..
Almaklumlah, kalau ajak keluar tu, satu perkara yang amat berat bagiku nak bersiap, nak keluar.
ai is suka dok umah tau tak, kalau boleh tak mau langsung nak keluaqq, hahahaha

Dalam bulan kedua ni, saya dah boleh uruskan masa.
dah sempat dah nak basuhkan baju2 enSuami.
sebelum ni dia uruskan sendiri, sebab tengok masanya lapang je kan..
basuh baju sendiri, gosok baju sendiri.
walaupun sakit mata tengok dia, yang tak terurus pakaian dalam almari ikut kriteria yang saya buat awal2 dulu..
tapi.....................
biaq je la.........
dah dia yang buat sendiri...

Kadang2 senyap2 susun baju2 dia masa dia pi sekolah.
berapa tahun ya, dari blog ni senyap, sampai tahun ni baru nak menulis semula..
maknanya selama tu la, saya hanya melihat sahaja lebih kurang 2-3 tahun kot..
open wardrobe kami, masih seperti mula2 beli dan pasang.
takada apa2 pertambahan aksesori.
kedudukan almari ja yang berubah.
sebab saya ubah kedudukan katil.

Dalam perubahan masa 3 tahun ni, online shopping yang menjadi tumpuan hidup setiap hari, wakakaka..
sampai blog xdan nak buka dan tulis..
tengok Shopee lagi best, erksss


Selepas rombakan bilik yang dok sidai baju basuhan kepada bilik tidur Hafni
saya perlukan ampaian baru untuk gantung baju, yang dah siap digosok, terutama sekali baju2 sekolah.

Dok survey lama kat shopee tu, enSuami nak yang IKEA tu..
lama2 jumpa pattern baru..
nampak macam IKEA tapi bukan IKEA.
yang ni lagi best sebab kaki dia ada 2 line.
so boleh buat letak2 kotak, beg atau kalau omputih suka letak kasut kat almari/ampaian baju dia.

Dan pattern ni ada pilihan kaler2 selain putih sahaja mcm IKEA tu.
so first time beli, saya beli kaler pink untuk bilik Hafni.

Kali kedua beli lagi kaler hitam dan putih plak.
Best tau ada ampaian ni..
Hitam untuk enSuami.
yang putih saya letak kat dapur, sebelah mesin basuh.
tempat kami nak sidai baju, sebelum nak bawa jemur kat luar.

Ampaian Crocodile tu masih lagi guna, cuma dah tukar ke luar rumah
Sepenuhnya dah pakai paip PVC untuk elbow ampaian tu..
idea tu memang bijak sangat, pastu enSuami tambah lagi kebijakkan tu, dengan 2inci lagi PVC untuk atasi kelonggaran yang saya sumbat dengan kain2 atau salotape2 sebelum.

Link entri untuk idea tu, kat sini, bagi yang dah lupa atau belum pernah baca lagi, kekeke.

Jadi, pagi2 enSuami tak ada kat rumah..
saya dah boleh uruskan semula pakaian2 kotor dia..
dan juga baju2 sekolah yang perlu digosok tu..

Style saya jenis gosokkkkkk banyakkk buat stok seminggu ke sebulan ke..
baru la puas hati, senyum je tengok baju tersusun kemas.

Minggu pertama bulan Feb ni, saya gosok banyak2 baju kemeja cotton dan kemeja batik.
minggu kedua saya habiskan baju raihan dia untuk pakai hari Jumaat.
sebab awal2 tu, dia tengok2 dulu cikgu2 lain punya trend..
boleh ke tak pakai baju raihan ke sekolah.

Minggu pertama tu lagi la skema, siap dengan tie lagi.
pastu tak pakai dah, katanya orang lain tak pakai pun, huaaa..
jadi semua baju sama macam sekolah lama la..


Saya pilih baju pun ikut warna jaaa..
hari tu amek pink n purple je..
sebab tengok dah lama enSuami tak pakai pink..
so gosok semua baju pink dia..
mau tak mau dia kena pakai gak...wakakaka...

Selepas 3minggu gak kot tak basuh kain pelekat dia..
Selasa lepas, saya habiskan kain pelekat dia dalam bakul dengan 2 round basuhan.
27pcs.. kira tau, sebab nak cari hanger bagi cukup..
hanger dah mula susut..
bukan hilang, tapi baju bertambah banyak sangat.

time sidai pun nak susun ikut kaler2 jugak, wakaka
Kain pelekat2 ni baru je basuh, saya sidai macam ni terus.
siap belipat 4, gantung kat hanger, bawa jemur kat ampaian luar.
kalau cuaca panas elok, kering ja kain pelekat ni..
kalau tak berapa panas tu je masalah sket, segan2 je dia nak kering.

Buat camni terus, sebab nak cepat setel kerja.
basuh time sidai terus lipat.
so bila kering nanti dah tak perlu lipat.

Pakaian enSuami semua bergantung.
yang tak bergantung, singlet, seluar kecik, stokin.
yang kecik2 ni saya sumbat dalam poket2 gantung tu,
ala mcm IKEA dok sumbat kasut tu, tapi yang ni saiz kecik sket la.
saya beli kat shopee gak, harga dalam RM2/4 camtu.
senang nak simpan pakaian kecik2 tu..

Dua tahun ni, bertambah2 tshirt jersey dia.
Zaman sekarang, duit jenuh betul la..
buat program je, buat tshirt.
pergi program je, dapat tshirt.
bertambah la baju2nya..
tak abgi bawak balik, tak boleh jugak, dah dapat free kan, emmm

Mula la akai pnIsteri ni, nak mem"buang" baju yang dah lama2 tak pakai, berhabuk sawang tu..
bila nak boleh buat tak tau..
harap ada masa senyap2 nak sisihkan baju2 tu.

Kalau masuk BOX MAKNA KANSER tu, betul ke dia hantar lupus pakaian2 tu?
bukan dia jual balik untuk kumpul dana ke?
sape tau ekk..

Kalau dia hantar lupus je semua, tak kira elok ke buruk ke?
boleh la sekaligus je hantar sana..

Kalau nak kena grouping ni yang lambat sikit nak setel, huhuhu.
kenapa orang laki dia sayang baju2 dia ya, sanggup simpan saje, walaupun tak pakai/tak muat/ketinggalan zaman, nak juga simpan???
ke enSuami ai je camni, huaaaaa



#TautanHatiNabilaHasyim

Thursday, 26 December 2019

Promo Gunting Rambut RM 5 by #2020BarberShop


Barbershop 2020 kt Sekinchan.

Image may contain: 1 person, sitting

RM 5 je promo hari ni, kedai baru buka
Hari ini sahaja 26/12/19 sampai 10mlm

Image may contain: one or more people and indoor

Cawangan baru di Sekinchan
Servis terbaik, kemas, bersih, puas hati 👍

Image may contain: indoor

#hebahansekinchan #guntingrambut #backtoschool @ 2020 barbershop


#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

Tuesday, 10 April 2018

Alhamdulillah, menggenapkan diri ke doublethree

Assalamualaikum...

Sekarang ni lemau betul nak update blog...

Hati tu nak je update, tapi tangan n laptop tak laju nak buat...

Tapi tak pe, slow2 mai mood nak buat...

Tarikh 9 April semalam, genap ceq double three...
heee...
Alhamdulillah...

Tahun ni, best juga reward bersusun datang dengan canteknya...
Alhamdulillah ya Allah atas rezekiMu...

Bulan lepas masa cuti sekolah, sempat la jalan2 dengan family,
lama dah tak bawa Hafni jalan2...
Miqdad pun dah besar, boleh la keluar daerah makan angin luar, kekeke...
Ala, dari Kuala Selangor ke Bagan Lalang je...
Cukup la nak merasa tido hotel 1 malam, ngeh....

Kenkonon anggap je la sempena anniversary kami yang ke7...
update kt status wasap, adik tanya dah 7 taun dah ka kawen?

Macam tak percaya plak ek..
ce kira dah kawen tahun 2011..
skg dah 2018..
7 tahun la kan...
anak sulung pun dah 5 taun...

Kawan saya lagi la, anak sulung dah tingkatan 1 dah..
adoi hat awai kawen, anak dah sek men daa....
kita anak baru nak masuk sekolah...
tak pa, jalan cerita masing2 kan...

Seingat saya tahun lepas, langsung tak ingat pasal anniversary ni..
besday tahun lepas pun, tak ada buat kek, just celebrate dengan laksa n pulut kuning di rumah mertua..
tahun ni tak ada buat kek jugak...

Tapi reward dengan hadiah, kekeke...


Tupperware pun boleh dikira dengan hadiah besday lah ye..
dah jarang2 beli...
First time terpanggil nak beli Tupperware...
saya bukan pengumpul ye...
tapi pengguna je...

Sebelum ni ada juga tupperware, set canister yang kaler biru tu..
buat isi Milo, gula, biskut..
masa tu, enSuami yang bagi, maksudnya dia yang beria suruh beli la..
saya amek la yang kedap udara, boleh boh gula n seangkatan...
tak ada semut boleh masuk...

Baru2 ni masa join kelas Cuckoo, saya ada la bawa potlucks..
kebetulan ada la, tupperware goody with cariolier yang mcm dlm gambar tapi yang Mak saya punye, hee...
balik kenduri hari tu, Mak tapau kan nasi n sambal ayam buat bekal, takut jem kreng kt hiway...
almaklumlah time cuti raya cina masa tu...

So rasa berguna sangat ada set tupperware bertingkat ni..
senang nak packing kalau nak bawa potluck yang macam2 jenis..

Masa pi kelas hari tu..
saya buat Kimbap 2 bekas..
2 bekas lagi kek karot cheese leleh dan pai epal..
syok plak bila boleh bawak gitu...

Macam dalam cite korea bawak bekal, dalam tupperware bertingkek-tingkek tu...
cuma yang ni versi Tupperware la...
kalau versi korea, bungkus dengan kain.. atau pun bekas jenis penutup berklip punya..


Syok la shopping kat shopee ni kan..
saya baru jugak la, tahun lepas mula kenal dengan shopee
masa cari teh raspberry untuk persediaan bersalin tu..
kat shopee je jual murah..
lagipun masa new user kan dapat baucer diskaun..
masa tu baru mula berjinak2 dengan shopee...

Sampai la besday kali ni..
shopee bagi baucer lagi sempena besday..
iskkk pandai dia nak suh orang shopping kan..

Tapi takpe 2 hari saya survey..
jualan tupperware yang paling murah..
Untuk set tingkat ni, paling murah jumpa RM45..
ada juga yang jenis double deep dengan kelebaran sama dengan set ni..
ada lebih dari 3 seller yang jual harga 45 ni...

Bila tunjuk kat BFF, pengguna setia tupperware...
dia kata dia pun baru beli set macam ni, kaler pink juga..
sama la kite...

Bila dia tanya saya beli berapa, saya habaq RM36.90..
terkejut dia, murah gilaaa hahahaha...
dia yang member pun bayaq RM53
saya tak member pun boleh beli dengan harga murah, bijak tak hahaha...
korang pun boleh, pi cari kt shopee ek....


Satu yang kureng bijak nye..
saya beli satu lagi set lain yang boleh jua guna pakai cariolier..
tapi saiz besaq...2L 2pcs..
masa tu ingat cariolier ni standard size..

tak de plak tanya seller tu boleh guna cariolier yang sama ke tak...
sebab 2 seller yang berbeza...
sekali memang tak sama saiz, huhuhu...

Sebab set goody jumbo tu, warna bercampur..
hijau dengan merah...
tu yang rasa cam, tak berminat nak beli..

So saya pun amek la yang set loose ni..
seller nya offer beli 1 RM33, beli 2 RM48..
saya amek 2pcs, make offer RM40.
so dia accepted. Dapat diskaun lagi besday baucer, jadi RM 32.83..
Total beli 2set ni RM70 shj, free pos...

Masa sampai pun, bila buka semua..
enSuami kata, tudiaa semua pink...
tak ada warna lain ke..
ada yang campur2, tapi tak minat..
enSuami kata, campur2 kaler la cantik..

Saya pula tak suka, serabut..
lagi pun kalau satu kaler senada, senang nak ingat dan nak cam...
tupperware ni kan ramai org guna...
especially family saya, memang pengumpul tuperware belaka.
dari Mak, Kak Ipaq, Kakak, semua tupperware penuh kabinet...
So kalau bercampur sekalipun, senang nak cam mana satu yang empunya...

Tapi sebabkan carioliernya tak sama saiz, emmm..
tak pe la.
kita tengok lain kali, kot nak beli cariolier shj atau nak beli satu set terus..
tu pun kalau nak beli la, hahaha...
ok juga ada Tupperware saiz luas ni...
sesuai dengan saiz loyang kek..
cuma tak dalam sangat je..

Not bad...
sementara tak guna bawa potluck,
boleh guna buat isi biskut, kopok ikan ke...
kebetulan transparent plak, senang nak nampak isi dalam...

Thursday, 14 September 2017

DAPUR: Aksesori baru, Mangkuk Ramekin

Assalamualaikum...

Nak cerita sikit pasal sejarah aksesori baru ni, hahaha...
Sejarah lah sangat, kekeke...

Dah lama upload gambar, scheduled 17.8.2017..
tapi tak sempat nak menulis...

Hari ni, 14.9 baru nak mula menaip balik...
sejak balik cuti raya haji lepas, mood tak stabil lagi...
masih malas2, angin lalu...

Pagi tadi baru je selamat siapkan design untuk majalah sekolah enSuami..
dari minggu lepas lagi dia kejan nak cepat..
sebab pengetua baru ni, nak majalah siap keluar hujung tahun ni, dia tak nak keluar tahun depan macam sebelum ni..
bagus juga tu kan...
alang2 saya sihat lagi ni, boleh la buat sesiap..
nanti dah dalam pantang, susah plak nak menghadap laptop ni...

Berbalik pada topik entri ni, mangkuk ramekin...
dah lama teringin nak beli..
sejak mula berjinak2 memasak krim brulee gitu...
ye la, nak masak krim brulee, elok dalam saiz kecil2..
senang nak makan, lagipun manissss sangat, sapa nak makan banyak2 kan....


Sebelum ni dok jumpa ramekin kaler putih kosong;
atau kaler putih, bunga ros pink ala2 English Cottage tu; yang saya tak minat tu...
selepas setahun dua tahun, berlalu...
terperasan la, mangkuk ramekin kaler pink ni wujud di 2PLY..
sebijik RM4.50.. emm harga pulak agak mahal bagi saya..
takpa kena tabung2 dulu la...
sebab nak kata urgent sangat nak guna pun, tak juga...
krim brulee pun dah lama tak buat...

Sampai la lepas raya aidilfitri baru ni...
ada buat jamuan jemput bapa saudara n keluarga mertua makan2 kat rumah...
tu pun sebab hari tu kitorang nak konvoi@baraan beramai2 ke rumah mak Cik enSuami di Putrajaya..
so alang2 lalu tu, bapa saudara dari Teluk Intan, singgah umah mertua Sekinchan, singgah rumah kami dulu untuk sarapan pagi...

 

Bila dok berhidang makanan macam ni...
baru la nak sedaq, mangkuk hidang tak dak la, senduk@penyepit mee tak dak la...
mangkuk berkaki untuk aiskrim @ pencuci mulut pun tak dak la...
kebetulan pi buat kastad jagung berkuah la plak...
guna gelas IKEA dan cawan teh GIACOMO tu je la, sebab bukaannya besar, sesuai nak sudu kastad berkuah tu, huhuhuhu...

Masa tu la, rasa nak beli macam2...
masa tu, je la....
lepas dari hari tu, senyap seqeyup la....
pasal ramekin ni je saya teringat, tu pun sebab terlintas satu idea...

Kebetulan sekarang ni, ramekin di 2PLY tu buat offer beli 2pcs, percuma 1...
maknanya beli 2 (RM4.50x2- RM9) dapat 3 biji mangkuk...
menarik tu...
offer sampai hujung tahun 31/12/17 (selagi stok masih ada la kan) ...

Setiap kali masuk 2PLY tu, dok tengok je mangkuk tu..
saya tengok ada banyak lagi, macam tak ada orang beli je..
sebab tu 2PLY buat offer kot, nak habiskan stok, hehehe...

Sebelum ini saya plan nak beli satu set, sebulan..
maknanya sebulan, saya belanjakan RM9, khas untuk beli ramekin...
pastu asyik terlupa je, sebab tak selalu pun nak pergi 2PLY...
kalau rajin dok buat kek, dessert ke, baru la ada benda nak beli kat sana...

Memandangkan dah lama tak pergi, so terlupa la nak beli ramekin ni..
sampai la dapat lagi idea.. bertambah sebab dengan situasi jamuan hari tu..
teringat duit syiling yang dok simpan lebihan dari beli barang2 dapur...
agak2 cukup tak, nak beli ramekin sekaligus?

Saya plan nak beli dalam 12pcs..
kalau beli 4 set, dah dapat 12 biji...
jadi saya perlukan RM36 untuk 12pcs tu...


Apa lagi korek la tabung, kira2 duit syiling yang ada...
duit syiling, saya simpan yang 20sen dan 50sen je..
kira2, ngam2 lepas bajet RM36 tu...
yehhhh, boleh beli mangkuk!!!

Dah siap kira, masuk plastik kecil, simpan dalam beg pink yang saya gendong ke mana sahaja sejak pregnant ni, sebab bawa buku pink sekali...
Dalam dua minggu juga la, tertangguh..

Sampai hari saya check BSP di klinik, balik dari klinik..
lencong sat pi 2PLY...
memenuhi hasrat nak beli mangkuk ramekin ni...


Ni la dia mangkuk ramekin, 12 biji semuanya...
muat2 simpan dalam bekas tipuware tu..
senang nak simpan, senang nak guna...
simpan dalam bekas bertutup, selamat sikit..
selamat dari habuk, selamat dari nak tercicir-jatuh-pecah...

Dah selamat guna buat acuan untuk kuih apam kukus..
dah selamat masuk oven buat kuih dangai..
melaram makan koktel dalam mangkuk ramekin (gambar kat atas tadi tu)

Alasan beli ramekin :
  • sebab boleh guna dalam oven; boleh masak cupcake, krim brulee, kuih muih lain..
  • boleh juga guna dalam periuk kukus; boleh buat kek @ kuih-muih secara kukus..
  • cantik dan sesuai juga sebagai mangkuk hidang untuk pencuci mulut, aiskrim dan sebagainya..

Haaaa, pelbagai guna tak???
sebab tu la saya pilih nak beli ramekin...

Kalau nak ikut kegunaan, mesti macam2 acuan nak kena beli...
teringin nak makan seri ayu, apam, lompang, acuannya kecik2 comel, buat dari plastik sahaja..
so boleh guna untuk kukus je la, oven tak leh masuk...
kalau teringin cupcake ke, nak kena cari loyang cupcake pulak.. nak kena beli cup kertas lagi..
rasa membazir pulak, nak kena ulang beli banyak2 kali..
kabinet dapur pun tak besaq mana...
saya paling takut kalau tak ada tempat nak letak-simpan..
stresss jadinya...

Tu yang tak berani nak beli banyak2 sangat barang...
guna seadanya, cari barang yang pelbagai guna..
boleh jimat ruang dan wang...
saya takut, saya takut, banyak sangat barang tak berguna dalam rumah...

Bak kata penasihat kewangan, NERAKA WANG!!! gitu
tu la, kena fikir banyak2 kali, nak guna-tak guna, penting-tak penting..
dah fikir semasak2nya, baru la boleh beli, yang sesuai dengan saiz poket sendiri....

Monday, 15 May 2017

DAPUR : Diserang cencurut

Assalamualaikum...

Hai, lama tak menulis, huhuhu...
Macam2 cerita nak kongsi, tapi tu la...
Malasnya nak menaip, macam tak ada masa..
Nak on laptop tu yang bercinta tu..

Baru-baru ni, dapur rumah gempar dengan​ serangan tikus..
Sebab bila balik bermalam dari rumah mertua, saya tengok sebiji kentang, kena rebuk digigit sesuatu..

Kalau gini la rupanya, tak lain tak bukan kerja tikus..
Masa ni musykil la jugak, sama ada cikti ni memang ada dalam rumah, atau dia keluar masuk je, nak cari makan..

Dulu2 saya sedar area rumah ada tikus, bila jumpa tahinya dalam bilik ampaian baju tu.
Masa tu cakap kt enSuami, ni tahi tikus ni..
Dia punya la positif, eh bukan lah, tahi ulat je tu..
Tahi ulat menatang apa besaq macam ni kan...
Saya dah biasa dengan tikus2 ni masa kecik2 dulu..
Siap ada operasi bunuh/kejar tikus lagi dengan abang2..
Biasa la rumah sebelah bendang [sawah]
Sekali dua tiga hari lepas tu, tengah malam, tengah dia buat kerja di ruang tamu, tikus melintas depan dia...
Terkaku ternganga je tengok tikus tu, bukan nak katok terus.. pastu lari masuk bilik tidur, tutup pintu..
Hahahaha..

Lepas tu, esoknya habis kami tunggang terbalikkan sofa, mana la tahu dia bermastautin bawah sofa ke..
Kang rosak sofa digeritnya [digigit]..
Tapi tak jumpa pun kelibat si tikus tu..
Mungkin dia keluar masuk je tapi tak dok dalam rumah..

Selain tu, saya sentiasa pastikan tong sampah dapur ditutup supaya tak jadi mangsa selongkar si tikus tu..
Sebelum tidur pun, semua pintu bilik ditutup.
Lama2 tu dah tak jumpa tahinya..
Dijangkakan, tikus dah tak masuk rumah la..
Rupanya enSuami dah tau rumah jiran sebelah ada tikus, dia tak pernah cerita balik kat saya...
Saya ni punya la susah ahti, mai mana tiba2 ada tikus ni, emmm

Dan baru2 ni pulak, bulan lepas, mesin basuh kat dapur ni rosak..
Selalu lepas kita tekan Start, dia akan keluar masa tempoh membasuh kan, dalam 41 minit, mesin saya..
Tapi kali ni keluar titik perpuluhan, tak ada 41...
Macam dah pelik ni..
Akhirnya memang betul dah rosak..
Dalam 3 hari tu, baru tukang baiki datang rumah

Kalau nak diikutkan, Ah Tan dah pernah datang rumah, 2 bulan sebelum tu sebab peti sejuk kami rosak..
Masa ni memang dia baiki di dalam rumah ni..
Tukar kipas peti sejuk tu, dah rosak katanya.
Tak sempat nak cerita pasal ni, kos baiki dalam RM 250.
Ingat peti sejuk ni orang baiki di bahagian belakang, rupanya di bahagian sejuk beku tu...
Saya yang tak tahu ni, tak ada la kemas/kosongkan freezer tu..
Sekali, Ah Tan tu datang, dia yang keluarkan semua bekas2 makanan yang ada...
Adoi malu, punya la banyak dan penuhssss...

Peti sejuk Samsung, simptom rosak bunyi kuat, macam besi berlaga gitu..
Pastu bahagian peti sejuk bawah, dinding atasnya berpeluh..
Peti tak sejuk, dan berbau macam toksin plastik gitu..

Dah peti sejuk rosak, sekarang mesin basuh pulak.
Dua beradik ni saya beli second hand je dulu..
Tahun 20012, nak dekat 5tahun sudah berjasa..

Memandangkan Ah Tan ni specialist peti sejuk dan aircond saja, so dia kena bawa balik mesin tu..
Hantar pada kawannya...
Tengok dulu apa yang rosak..
Masa ni dia ada la cerita..
Mesin basuh yang model lama2, boleh lagi baiki..
Kalau yang baru2 ni, susah nak baiki, spare part mahal kena beli dari kilang jenama tu sendiri..
Harga mahal, macam nak beli baru..
Jenama yang disebut tak boleh dibaiki langsung macam Samsung dan LG..
Wah nasib saya Toshiba je..
Teringin jugak tu nak beli Samsung, canggih-manggih betul model yang baru ni.
Bila tau ni terus tak jadi lar..

Lepas dia bawa balik tu, esoknya dah hantar balik dah..
Tak sangka pula kami, secepat ini siap...
Masa dia angkat bawa balik tu, saya tengok ada banyak tahi2 tikus bawah mesin tu..
Dan ada bau2 hancing di lantai mesin tu..
Ni mesti dah kena kencing ni...
Mesin ni rosak pada control panel nya.
Kos RM 250 jugak..

Lepas tu, membasuhlah enSuami, baju yang bertimbun tu dengan gembiranya..
Ada jaminan selama sebulan..
Alhamdulillah, mesin dah boleh guna...

Selepas 2 minggu guna, mesin tu buat hal lagi..
Allah...
Kenapa pulak ni, dulu2​ baiki boleh tahan 5tahun, kenapa yang ni 2 minggu je.. (T_T)
Pastu, enSuami telefon lah balik si Ah Tan tu bagitau mesin rosak lagi..
Seminggu tunggu, baru dia sampai..
Pastu angkut lagi mesin tu..
Masa tu tengok, ada lagi tahi tikus ni..
Lagi banyakkkk...

Petang tu, Ah Tan hantar balik..
Akhirnya persoalan terjawab..
Kali ni mesin rosak sebab dua wayar putus digerit tikus!!!
What!!???@#$_&-+\%*":;!?£¢€¥
Panas betul bila dengaq tu..
Selama ni dok makan kentang kami..
enSuami dengan baik ahti, takpelah dia makan kentang je kan, yang lain dia tak kacau kan..
Haa sekarang, mesin basuh boleh rosak dikerjakannya...
Tak ada kerja betullah ciktikus​ ni..
Wayar pun hang nak gerit, makan je la kentang tu, iskkk


Dan salah satu puncanya, bawah mesin saya ni lompong, tak ada penutupnya..
Sebab tu la, tikus tu boleh dok main2 dalam mesin ni..
Sebab beli second hand kan, saya amek apa yang ada je la..
Masa tu, mana lah nak tahu, nak belek2 kat bawah tu..

Jadi, akan datang, kalau ada yang beli second hand ni, kena tengok dulu ada ke tak penutupnya ya..
Untuk keselamatan jangka masa panjang..
Kalau tak ada kes tikus2 ni, tak ada masalah pun..
Elok je guna selama 5tahun ni..
Ni tiba2 ada tikus, tu yang buat masalah tu..

So atas cadangan diorang, kami ke kedai besi buruk untuk cari mesin2 lama yang orang buang, kot2 ada boleh ambil penutupnya..
Dah pi tengok, memang buruk betul lah.
Yang ada pun penutupnya pun berlubang jugak, mungkin sebab dah lama, rosak la tu..
enSuami kata, xboleh pakai dah tu
Dah pusing2 cari, dok fikir2, pergi kedai orang baiki mesin..
Technician tu cakap semua mesin yang ada, orang punya..
Sebelum tu, dah terfikir susah sangat, beli jaring besi tu untuk tutup.
Lepas tak dapat kat kedai baiki, kami pi MrDiy je nak beli senduk masak.

Sibuk saya dok ushar2 barang, enSuami datang dengan segala benda tentang tikus..
Dia ambil kertas gam tikus 2bungkus, satu bungkus ubat gegat..
Masa dia sembang2 dengan kawannya, kawannya cakap yang jahat2 rosakkan barang ni cencurut, bukan tikus..
So diorang suh beli ubat gegat, letak kat laluan dia tu..

Kalau tengok dari tahinya tu, memang ada beza..
Yang dalam bilik tu, tahinya besar sikit..
Yang ni tahinya kecil sikit.
Dan cencurut bau busuk, hancing nya tu kuat..
Tapi bila baca blog orang lain, dia cakap cencurut tak rosakkan barang..
Aik, konpius pulak saya, mana satu betul ni..
Tak kira la, spesies tikus ni, memang kerja gerit je, tak kira la makanan ke, baju, wayar, plastik, ke..
Apa yang dia rasa dia nak gerit, dia gerit...

Oh ya, korang pernah jumpa buku cerita budak2..
Cerita pasal tikus tu mati kerana giginya???
Haaa, gitu..

Dalam buku tu, si ibu tikus jatuh dalam bekas yang dalam macam baldi gitu..
Disebabkan dia tak dapat nak panjat keluar, berhari2 dia terkurung dalam baldi..
Si anak tikus mencari ibunya, dan jumpa maknya dalam baldi..
Masa tu mak dia minta carikan sesuatu yang keras seperti kayu untuk dia gigit..
Yang si anak ni ingat, mak dia lapar, so dia bagi makanan yang lembut2 pada mak dia..
Selama berhari2, dia ulang-alik bagi makanan kat mak dia..
 Tapi mak dia semakin lemah tak bermaya...
Dan lama2 mak dia mati dalam baldi tu..
Masa kejadian, si bapa tikus tak ada, outstation, wakaka..
Bila bapak dia balik, dia pun cerita mak dah mati dalam baldi.
Dan dia tanya kenapa mak dia minta kayu, bukan makanan?
So bapak dia pun cerita la, gigi tikus ni akan tumbuh memanjang dari semasa ke semasa, macam kuku kita tumbuh tu..
So tikus perlukan benda keras untuk dia gigit, nak elakkan kesakitan gigi yang semakin memanjang tu..
Kalau tak gigit, gigi semakin panjang, tikus rasa sangat sakit, tu yang boleh bawak mati...

Haa, apa yang korang terfikir??
Tak tahu lah cerita ni betul ke dongeng je..
Tapi macam ada logiknya jugak kann..
Sebab tu spesies tikus ni, kerja menggerit je..
Habis barang rosak, eeeeeee

Berbalik pada cerita realiti saya, hahaha..
 kertas gam tu, saya suh amek satu je sebab dalam tu pun dah ada dua keping..
Kita tengok dulu kuat ke tak..
Pastu enSuami terfikir nak beli plastik kadbod tu je untuk tutup bawah mesin.
Alaaa, yang banyak orang guna buat partition laci dapur tu..
Senang sikit boleh guna salotape untuk tampalkan kadbod tu..

Nasib tak keluar lagi dari kedai, ada je kat MrDiy tu..
Ada kaler2 je, putih tak ada..
Kami amek kaler biru, wakaka...


Bermula la operasi menutup semua lubang yang ada di mesin tu...
Tonggengkan mesin tu..
Tekap betul2 ngam2 dengan lubang yang ada..
Nasib amek yang besaq sekali, senang yang lebih boleh buang..
Kalau kecil, nak kena tampal2, jadi lambat dan tak efektif...


Sekecil2 lubang, enSuami suh tutup..
Katanya cencurut boleh mengempis dan mengecilkan badannya ikut lubang yang ada..
Sebab tu banyak spekulasi yang boleh dibuat cencurut masuk dari mana...
Ada lubang salur mesin, lubang kipas ekzos, atau ruang bawah pintu dapur..


Lepas dah siap semua lubang tutup, saya lapis lagi semua permukaan board tu dengan salotape..
Ye lah, benda ni kan plastik, plastik tu, kacang je la, cencurut ni nak gigit..
Takut pulak, kang tak tahan lama..
Lepas dah siap tang mesin...
enSuami mula buka kertas gam, letak di tepi dinding belakang mesin tu.
Lepas dah susun kertas gam, letak balik mesin, kemudian kami punggah pulak rak terbuka pantri ni..
Kot le dia menyorok kat belakang rak ni..
Sebab banyak sangat barang....


Risau kalau dia ada masuk dalam kotak mixer yang kaler biru tu, sebab dalam tu ada langsir.
Kang tak pasal berlubang-lubang langsirnya, huhu..
Bila buka, tengok cek semua, keadaan masih elok..
Tak ada kesan tahi ke busuk busuk ke tak ada..
Lega, alhamdulillah selamat..
Lepas tu enSuami tabur ubat gegat..
Banyak gila dia lempar..
Nak dekat habis sebungkus..

Petang tu, saya dok mengemas di dapur, perghh ketat hidung saya dok bau..
Bila ke ruang tamu, bau ubat gegat satu rumah..
Esok pagi, saya bangun tengok ada penyapu bawah rak..
Nampak 2 biji tahi cencurut..
Saya tanya enSuami, cencurut munculkan diri ke?
Taklah, abang kutip balik ubat gegat tu..
Bau kuat sangat..
Haa, tau takpe...
Bau kuat gila satu rumah, satni bukan cencurut yang mati, kita yang pengsan keracunan ubat gegat, huhuhu...


So, petang tu bermula la operasi saya mengemas rak pantri ni.
Kalau tengok dari overview rak pantri ni, dah nampak kan perubahan 2rak yang tengah tu..
Sebelum ni, saya buat letak stok makanan di situ, macam bawang kentang, makanan tin, makanan kering macam bihun laksa maggi tu...
Disebabkan angkara cencurut tu, saya tukar barang2 tu pindah masuk dalam laci bawah dapur..
Alhamdulillah, dapat ilham nak tukar untuk atasi dan elak kes2 makanan digerit tikus.



Akhirnya dapat realisasikan impian nak letak bawang kentang dalam laci..
Dok tengok omputih buat, teringin nak buat jugak..
Ingat nak tunggu KC baru, baru nak buat..
Tak yah nak tunggu lama lagi, sekarang pun dah boleh buat dah..
Ngam2 je bakul tu, walaupun saya tindan sikit..
Nampak bakul bawang terangkat/tinggi sikit dari bakul kentang..



Botol2 rempah dah tak boleh nak baringkan seperti sebelum ni, sebab nak jimat ruang..
Rak diy bulat pink tu, dah selamat buang..
Kotor dan dah tak relevan untuk dipraktikkan..
Alang2 nak kemas ni, tukar cara lain pula..



Untuk laci bawah sekali yang besar tu, dulu2 letak periuk, dah tukar jadi macam ni dah..
Botol minyak, botol stok kicap sos, makanan kering dalam tin, tipuware kosong pun letak dalam laci ni...
Puas hati nampak kemas di rak terbuka tu..
Senang nak ambil minyak masak, bawah dapur je, tak yah nak pusing2 badan..
Walaupun buat masa ni, kadang2 tersasul jugak badan nak pusing ke rak nak ambil minyak, hahahaha..
Belum terbiasa lagi la tu..



Rak bertindan pink ni dulu letak bawang kentang, dah tukar letak stok susu kotak, susu pekat susu cair dan atas sekali Milo kotak Hafni.
Kalau ikut efektif capaian tu, rumit jugak la..
Sempit sikit sebab ada tipuware sebelah nya..
Tapi okay je, sebab barang yang kerap ambil, letak atas sekali.
Susu kotak bawah sekali, kadang2 je amek bila nak masak sesuatu yang perlukan susu..
Susu pekat pun, lebih kurang dua bulan sekali nak ambil..
Jadi tak ada la kerumitan melampau..



Tipuware2 yang dulu rasa semak bila susun di rak terbuka, bila susun dalam laci ni, nampak kemas sikit..
Tak ada la sakit mata lagi, bila tengok rak tu..
Dari kes ni, saya dah dapat fikirkan sesuatu..
Iaitu barang yang kecil2 dan banyak, elok disimpan dalam ruang yang tertutup dari pandangan mata..
Walaupun dah susun elok dah tupperware2 tu, tapi tetap rasa macam tak kemas/sepah/semak di pandangan mata...
Jadi kita kena sembunyikan perkara/benda yang buat kita serabut tu..
kalau boleh kurangkan.. atau hilangkan dari pandangan..
baru la rasa rumah kemas sikit... dan tak serabut...



Dan stok makanan kering dalam plastik ni, dah selamat jugak susun dalam laci ni..
Lega boleh susun2 dalam ni...
Tak ada la sakit jiwa kalau nampak plastik kena gerit kan..


Untuk rak terbuka pantri tu, aras kedua yang letak bawang tu, saya tinggalkan ruang untuk letak barang2 keperluan semasa memasak..
Macam pemegang periuk kuali penutup semasa panas.
Tempat letak dan lapik periuk..
Pen dan salotape kertas untuk tulis stok makanan dalam peti sejuk..

Selama ni, main selit je celah2 bekas barang atau bekas bawang kentang..
Sekarang dah ada tempat khas dah, yeh!!!!
Berguna juga bakul Daiso ni..
Tak ada la rasa membazir beli dulu2..
Semasa mengemas ni, semua bakul yang ada, saya keluarkan.
Nak tengok, adjust bakul mana yang sesuai..


Bawah rak tadi, ada rak tergantung ni..
Dalam kotak tu, ada kertas pamplet Tesco Giant semua tu, guna untuk lapik plastik sampah..
Plastik sampah saya letak dalam kotak tisu, atas tisu dapur tu..
Boleh nampak dalam gambar overview tadi..
Guna kaedah yang paling senang tu, sumbat dalam lubang singlet plastik, so bila tarik satu, akan keluar lubang singlet yang seterusnya...
Tu yang terjojol keluar tu, hehehe...
Getah2 dan tali rafia ikat tepi tu, kumpul dalam​ satu bekas..
Sekarang ni, bekas tu saya tonggengkan dalam keadaan terbuka tanpa penutup.
Masa ambil gambar ni, baru je sudah susun, belum praktikkan lagi.
Bila dah guna, realitinya, bila nak amek getah, selalunya tangan sebelah lagi dah pegang benda yang nak diikat tu kan...
Jadi ingat realistik nak buka tutup bekasnya berulang kali? Memang tak la...
Buka je ternganga sesiap, senang nak amek, hahahaha...

Segala botol sembur, semua susun tepi..
Dulu2 dok susun sebelah depan, tapi bila kalut2 nak amek tipuware, mula la jatuh berterabur botol2 tu, hihihi..
Sekarang susun tepi je..
Tipuware2 pun dah tak ada..
Tak ada lagi pemandangan yang serabut, lapang je mata memandang, hehehe...


Untuk rak bawahnya, tempat baru untuk periuk bermastautin..
Susunan sama je, tindan ler nak jimat ruang..
Untuk set merah tu yang selalu guna yang kecik sekali buat masa nasi dan kuali untuk goreng nasi, bihun mee tu..
Yang periuk Vision ​tu, selalu guna buat masak lauk pauk..
Periuk kecil sekali, penutupnya dah terkubur dah, enSuami bagi jatuh..
So guna bekas puding tu buat tutup dari tercemar oleh anasir jahat, wakaka..


Bawah sekali kekal sama je..
Periuk kukus, masih selesa simpan dalam kotak..
Nampak lebih kemas dan selamat tersimpan..
Kotak langsir tu, dah tak ada tempat lain dah nak letak, kekal di situ je la..
Selagi tak menimbulkan masalah lain, okay je di situ.
Lagipun atas kotak tu, saya ada letak mozek yang saya guna untuk uli/canai doh tepung..
So masih ada keperluan di situ..

Dan akhir sekali...
Pintu dapur yang saya cakap tadi..


Ada lebihan kadbod tu, saya tampal kat sini pulak..
Kesian sangat kat pintu ni..
Dapat tukang yang tak mahir..
Salah potong, terlebih besar sangat ruang bawahnya..
Dulu2, pernah anak biawak masuk ikut celah ni..
Nasib la biawak tu masuk depan mata..
So saya tahu la biawak ada masuk dalam rumah..
La la tu jugak saya usahakan halau keluar..
Alhamdulillah, pandai juga dia keluar ikut lubang yang dia masuk..
Tak ada la dia merayau ke ruang lain..

Masa tu Hafni kecik lagi, tengah dok suap dia makan, dengar bunyi sok srek bawah pintu..
Sejak tu, sumbat tutup pintu ni dengan kain tuala buruk..
Lama jugak la macam tu, asyik lupa je nak beli getah yang boleh letak bawah pintu tu kan..
Sebab tak ukur lebar pintu, susah nak cakap berapa panjang nak beli.
Saya pun tak pernah tanya pasal ni di kedai hardware..
Pernah nampak kat FB je, orang tunjuk nak tutup lubang pintu sebab tak nak hawa dingin aircond keluar..
Saya main agak je boleh kot dipraktikkan kalau ada pintu yang lompong besar sangat...

Sekarang dah tampal kadbod ni, harap boleh la bertahan dari binatang berbahaya..
Kat taman ni macam2 binatang ada..
Yang merayap, yang merangkak, menjalar, yang terbang, yang bergayut, semua ada..
Saya memang tak buka tingkap rumah, takut ada benda2 ni masuk senyap2 tanpa pengetahuan..
Satu2nya tingkap yang saya buka, tingkap kat sinki ni je..
Tu pun kalau saya keluar rumah naik kereta, memang saya tutup la..
Nanti dah balik, buka balik..
Kalau saya menjahit dalam bilik, saya tutup.
Saya tak nak buka tingkap, sebab saya jenis lupa nak tutup, huahuahua...


Dan kalau perasan tadi, besen2 penapis semua dah susun di rak tadi kan..
Sebab saya nak ada ruang untuk simpan sabun mandi, pinggan, ubat gigi, berus gigi [masa ni dah kehabisan stok] dan apa2 yang lain yang sesuai..
Dulu enSuami cakap susah sangat nak amek besen masa tangan basah2 basuh ayam..
Sekarang dah ada kat luar, harap tak komplen lagi la..

Oh ya, lepas susunan baru ni, ada juga la dia sebut pasal botol rempah tu..
Katanya susunan yang lama lagi cantik!!
What??\%#$&@+--()/?!
Hembus angin mulut kuat2 saya masa tu..
Adoi, nak kira lawaa, orang buat nak bagi muat..
Praktikal nak selamatkan barang dari rosak tau..iskkk

Okay la okay la, isteri saya hebat..
Pandai kemas, susun2 ni semua...
Emmmm, macam tu la yang sepatutnya... (^_~)

Kebetulan hujung minggu tu cuti panjang sempena hari buruh, so kami pun balik rumah mertua, sebab adik2 balik berkumpul.

So hari Isnin, kami sampai rumah, lepas siram pokok, saya terus masuk dapur, memang nak tengok progres yang berlaku..
Saya perasan kat atas bekas bulat letak pulut, ada seketul tahi.
Atas rak, para yang sama ada seketul.
Rak bawah tempat kuali [kebetulan kuali tak ada di situ] ada seketul.
Depan mesin basuh, ada seketul..

Kalau ikut cadangan technician tu, dia ada suruh sumbat benda untuk tutup lubang salur tu.
Lepas dia balik je, memang saya sumbat terus dengan kain tuala buruk yang tebal tu..
Tapi disebabkan kami ada tarik mesin masa tampal kadbod tu, so enSuami yang keluarkan salur tu..
Lepas dah pasang tu, dia yang kemaskan balik salur tu.
Lepas tu saya tengok la jugak, macam tak penuh sangat lubang tu ditutup..
Maksudnya, ada nampak ruang lubang lagi.

So bila balik tu, tengok, kain tu dah tenggelam masuk dalam lubang..
Maknanya memang sah la, cencurut tu masuk ikut lubang tu...
Rasa logik tak logik belakang kira..
Yang penting dah tau tu laluan dia..
Jadi saya cakap, tutup je la lubang tu..
Nasib la lubang tu masih ada penutupnya..
Bila nak guna mesin, baru buka masukkan salur.
Habis je basuh, terus keluarkan.
Cepat2 tutup balik.

Setakat ni, cencurut tu masuk, masa kitorang tak ada di rumah waktu malam..
Selalunya kalau ada di rumah, waktu malam lampu dapur memang dibuka.
Kalau tak ada di rumah je gelap..
Cencurut tu pun bijak kot, tau orang tak ada di rumah, dia pula jadi tuan rumah, emmm..

Masa mengemas pinggan di sinki, nampak pula 2ketul tahi kat tingkap sinki..
Amboi, tak ada makanan nak gerit, merayau pulak dia ye..
Patut la tahi ada merata-rata...

Setakat ni, kawasan dapur je yang ada tahinya.
Tempat lain belum pernah terjumpa lagi..
InShaAllah, lepas ni tak ada la lagi jumpa tahi2 tu..
Harap sangat tutup lubang salur tu sebagai solusi yang muktamad..
Amin..

Nanti kita tengok lagi progres, selepas kami balik kampung nanti..
Mudah-mudahan, selamat lah semuanya..
Tak rela nak susah ahti sebab tikus ni, huhuhu...

Babai....
Daisypath Anniversary tickers