Search This Blog

Wednesday 10 August 2016

PLAYROOM : Dapur baru Hafni

Assalamualaikum....

Hai, playroom anak korang dilanggar garuda tak...


Saya pun ada juga masa malasnya...
tak sentiasa kemas je..
kalau sepah dalam bilik ni, tutup pintu je la...
senang...

Tapi baru2 ni, Hafni dah pandai tarik kerusi dan memunggah barang2 kecil seperti alat tulis dan barang teknikal yang saya susun dalam laci plastik MAX tu...
sampai la dia jumpa cop nama masa projek kawen dulu2 tu...
habis dicopnya lantai bilik ni dengan cop...
merata2 nabilahasyim di lantai tu, kahkahkah...

Masa tu ingat, oo guna Basic H buat cuci, keluar la tu..
tapi terlajak berhari2 la pulak, sebab Umi buat kerja lain...
semalam baru nak mengemas dan mop...
mungkin ink tu dah kering sangat ke lantai..
kalau menyental kuat sikit, keluar la tu kot...
nanti mop lagi, sampai tanggal...


Hari ni nak cerita pasal dapur Hafni...
pagi semalam keluar nak ke Tanjung, bawa sekali semua barang2 recycle, termasuk la dapur Hafni tu..
dah hancur dah dipijak2 Hafni..
dia suka memanjat, tunjuk muka dia di tingkap tu, semasa saya masak atau Abi dia ada di meja makan..
Ada kotak baru yang lebih tebal dan kukuh...
kali ni tak ada tebuk2 lubang apa...
paling simple je...
janji ada kotak/meja, ala2 dapur untuk Hafni...
dalam sehari tak masak, memang tak boleh si Hafni ni...


Dapur pun, guna yang ada je, kecik je dapur ni...
mulanya guna yang lama, sebab besar, makan ruang yang banyak plak...
nanti tak ada tempat nak letak kuali periuk, cawan semua...

Jadi tukar, guna dapur kecil je, dah kebetulan memang ada, guna tu je la...
yang ni jadi senang sikit sebab mobil...
boleh bergerak ke mana2, kalau Hafni nak pindah ke mana2...


Tempat gantung cawan tu, Abi dapat hadiah..
Umi malas nak simpan dalam kabinet, bagi Hafni guna di dapur dia..
cawan kecil tu pun dapat hadiah...
nak guna kecil sangat, bagi Hafni je la..
lasak jugak ni, dah lama jatuh tergolek, masih kekal macho lagi...


Kotak di sebelah ni, tak balut lagi, huhu...
ngam ngam je pembalut tu cukup untuk dapur..
nanti Umi beli pembalut baru...
buat sementara ni, togel la sekejap...
tunggu nak beli tak tau lagi..

Kedai 5sen Jaya tu dah buka di Kuala Selangor..
tapi barang2nya tak best macam di Sg Besar..
pasu2 yang saya pernah beli di sana pun, tak ada di sini..
wallpaper hari tu tanya, dah habis..
nanti pergi lagi, ada ke tak...
MRDIY dah lama tak perhati di rak wallpaper tu..
corak kayu je banyak, bosan la...

Kotak ni memang dah ada sedikit bahagian yang lebih tu..
seolah-olah macam boleh dibuka seperti peti harta karun tu..
Jadi saya pun koyak je bahagian tu...
sebelah kiri kanan je, kena potong dengan pisau, bagi sama lebar untuk buat penutup yang boleh buka dan tutup...


Jadi senang la sikit bahagian dalam tu, nak simpan segala mak nenek bahan2 masakan Hafni tu...
guna bakul yang ada je la...
Dah balut nanti, cantik la sikit kan..
Nampak kemas, sedondon je...


Microwave dan oven, masih ada...
dikekalkan, walaupun tak secantik masa awal dulu...
Umi dah tak rajin la nak buat baru..
masih elok lagi, boleh guna lagi...
cuma tukar posisi je...
guna bingkai tingkap tu pulak sebagai panel nak lekatkan mereka berdua..
nak lekat di dinding, nanti tertanggal habis dengan cat sekali...
kali ni lekat kat besi pulak..
harapnya bertahan lama lah nanti...

Kotak kali ni lebih kecil dari yang lepas..
dah jimat ruang di situ...
dapur Hafni kecik je kali ni..
janji ada, boleh la dia masak2...

Amacam, OK tak dapur munge2 saya???

Monday 8 August 2016

RESEPI : Paratha Puff Lada Hitam

Assalamualaikum...

Masa bulan puasa lepas, ada kan orang share video Paratha Kawan yang boleh buat macam2 sampai jadi char koteow kan???

Saya lepas raya baru jumpa video tu..
terus save di wall sendiri...

Sepanjang bulan puasa tu, stok paratha sentiasa ada dalam freezer..
malas2 Umi nak masak untuk Hafni..
Paratha lah jadi penyelamat..
Hafni pun suka sangat makan paratha..
Kadang2 kalau dia nampak je plastik paratha dalam freezer tu, la la tu jugak dia nak..
nak tu, oti cannai, kadang2 dia panggil babak [murtabak]..
ikut dia la, sampai Umi n Abinya faham, apa yang dia nak cakap..


Masa buat ni paratha cap Econsave je..
packaging warna pun sama mungkin paratha yang sama je, tapi cap lain2..
tinggal lagi 3 keping selepas bulan puasa tu..

Ingat nak buat pai besar2 tu, guna loyang pai..
xmuat plak saiznya, cancel!


Inti ni senang je..

1biji Bawang besar, didadukan
1/2 biji lobak merah, parut
1 biji kentang, parut
1 inci capsicum, didadukan [jika suka]
1/2 SB lada hitam, ditumbuk
isi ayam/daging kisar/sosej
sedikit garam, gula
sedikit minyak/butter/marjerin untuk menumis

Cara Masak

  1. Tumiskan bawang besar sehingga layu. Masukkan lada hitam.
  2. Masukkan isi ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga daging masak.
  3. Masukkan lobak, kentang, tambah sedikit air untuk mereneh sayur sehingga masak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula..
  5. Boleh tambahkan parutan keju cheddar, dan daun sup atau oregano untuk aroma yang lebih sedap.


Senang kan..
saya ni kebetulan pagi tu sarapan spageti bolognese tu, ada lebihan sikit kuahnya..
jadi saya main campur je, bahan2 baru seperti di atas...
kalau boleh memang nak buat inti lada hitam pun..
ala2 chicken pie Ayamas tu..
tapi sebab isi ayam tak banyak, tambah sosej sikit..
pastu sengaja tambah kentang untuk bagi cepat kenyang...hehehe..
dalam inti ni, saya letak sesiap parutan keju cheddar..


Nak membalut ni agak mencabar lah kan...
semua pun tau, paratha ni tak leh lama2, dia cepat lembik dan melekat..
asalnya nak cuba balut macam roti croissant tu, tapi tersalah potong plak..
pi potong 4 je, patut potong 6 baru boleh gulung...
dapat la sebiji yang panjang tak jadi tu..
lepas tu amek je acuan tat, lapik dalam tu...
dapat la macam chicken pie ayamas tu, hakhak...

Yang sebiji lagi, buat macam karipap gergasi gitu...
dapat la puff yang besar gedabak ni, hehehe
yang bergulung tu, wraps ye bukan paratha...
nak jugak menyelit, wraps tu...
dah lama dah beli, tinggal 2 keping je lagi tak habis...


Cubaan pertama ni, hanya sapu telur kuning je...
kalau buat banyak, boleh guna sebiji telur terus...
Masa untuk baking 170-180C selama 30 minit...
memang hasilnya masak elok macam ni...


Seronok sebab dia berlapis2 macam puff betul...
bila bakar ni, rasa crunchy bahagian yang garing tu, best sangat makan...


Yang yang guna acuan tat tu, bahagian dalam acuan yang bawah tu, tak garing sangat..
kalau garing lagi, mesti sedap, heee...
nampak tak, dia berlapis2 tu...


Masa membakar dalam oven pun dia akan mengembang lagi...
macam dalam video Kawan tu la...
menunggu je masa, sungguh ke akan mengembang sampai begitu sekali??
bila dah jadi dalam oven sendiri, baru nak cayo, hehehe...


Sarapan esoknya, sambung lagi buat..
lagi sekeping tortila, lagi sekeping paratha..
yang kanan sekali tu, hat semalam enSuami makan tak habis..
dia cubit2 yang kulitnya aja...sebab sedap kan...
kali kedua ni, selain sapuan telur, saya topping dengan parutan mozarella..
nyam nyam...

Lepas dua hari makan ni, enSuami baru nak tanya, macam mana Sayang buat kulit puff hari tu..
Laaa, guna paratha la...
Patut la Abang pelik, macam mana Sayang pandai buat kulit puff tu, rasa macam tak pernah beli kulit puff..
Ha kan rasa sama je...

Nak kena beli lagi paratha ni..
ke boleh buat sendiri ehh..
jeng jeng... nanti try cari resepi buat paratha..
kalau senang lah, kalau susah, boleh je terus, huhuhu..

Daisypath Anniversary tickers