Search This Blog

Tuesday 25 November 2014

Telur ayam Romantika di dapur ;)

Assalamualaikum.

Terima kasih kat kak Joijoi80 [nama pena blogger je, bkn nama sebenar] yang cerita ada jam murah di Romantika.

Saya pun pi terjah ngan enSuami, nak tengok best ke tak...
Kali kedua pi, baru beli.

Romantika Kuala Selangor.
Terus amek 3 biji.
Kat rumah ni xda jam dinding lg.


Tetamu datang melilau mata keliling dinding cari jam nk tengok jam pukul berapa.

Xyah cari la, memang xdok jam kat umh ni, makcik, kekeke...
Pakai tengok jam kat hand phone je selama ini...

Yang ayam tu conpem guna kat dapur.
2 lg nk letak dlm bilik tidur.

Harga asal RM19.
Diskaun 50%, jadi RM 9.50.
YES ini, selagi stok masih ada lah ye..
Semua Romantika seluruh Malaysia.
Eh eh mcm jd promoter lak...

Yg penting saya suka sebab dh ada jam,hehe.
Byebye...

Monday 24 November 2014

HOME BINDER : Pengurusan simpanan sijil dan maklumat diri


Assalamualaikum....

Cerita pasal fail lagi..
Rupanya banyak juga benda nak cerita pasal fail2 dan kertas ni ye?

Sekali dah siap lengkap, bukan main banyak idea keluar untuk bebel kat sini, kekeke....

Hari tu saya ada cakap, saya kemaskan harta karun enSuami yang dari Sarawak tu..
Alaaa, yang dia siap bagi amaran Jangan Sentuh Barang Abang!
Haaa tu la, tatut kite tauuuu, kahkahkah...


Ini la rupanya bila dimuntahkan semua harta karun tu...
Ada dalam 4 kotak.
Habis telur, tahi n lipas pun ada keluaq....

Mula tu ikutkan hati tak nak juga kacau.
Dah 2 tahun pindah, tak terusik pun.
Apa ke benda yang dok simpan ni.

Seingat saya hari tu, ada dia sebut suruh saya kemas.
Tapi bila saya kemas, dia marah plak, saya jadi confused la.
Hari tu suruh, awat la ni, marah orang plak?

Rasanya dia nak suruh saya kemas majalah2 je kot.
Dah sebab kat rumah ada rak buku yang kosong.
Tapi kalau dah nak cari majalah aje, kena periksa semua kotak la.
Semua ada 4 biji kotak tau.
Dia simpan barang pun campur2, bukan khaskan simpan dalam satu kotak je, emmm


Bila dah asing2, kelas2kan, tinggal 2 kotak je.
Yang majalah2, walaupun saya dah kumpulkan satu tempat, tapi saya tak transfer pun ke rak buku.
Tak dak mood nak susun kat situ.
Nanti buat jadi kerja kat Hafni plak, doom daam doom daam buku tu berterabur.
Saya cuma asingkan ikut jenama majalah tu.
Satu jenama dalam satu plastik yang sama.
Kemudian label dengan marker.


Ada rezeki esok, beli rak buku baru.
Baru senang nak susun cantik2 ikut jenama satu shelf..
[berangan je dulu nak ada rak buku penuh satu dinding, ~lalalala~]

Dalam proses mengemas tu, baru saya terjumpa semua benda harta-karun dia ni....
Sijil-sijil dari sijil lahir sampai ke ijazah, dia bawa ke hulu-hilir gitu je, tak letak dalam fail.


Seingat saya rumah sewa dia pernah kena banjir masa kat sana.
Air naik sampai ke lutut. Waktu Subuh kot baru sedar air naik ke lutut.
Masa tu la printer dia rosak.
Dan bila tengok kat kertas2 ni, memang ada kesan basah la.
Ijazah UKM pun, tak laminate, emmm...


Bila dah kering macam ni, ada la bezakan kualiti kertas selepas kena air.
Salinan sijil2 yang dia buat banyakkkkkkkkk punya banyak [macam membazir je]
Semua jadi tebal2, keras kertas tu...


Masa mengemas tu, saya asingkan siap2 sijil2, surat2 lantikan dari SPP dalam satu paper bag hitam.
Lepas selesai mengemas kat bilik ni, lama la juga saya diam menyepi.

Sampai la minggu lepas, tetiba teringat nak siapkan sijil enSuami untuk susun dalam fail poket.
Dalam saya dok mengemas hari tu, saya jumpa satu fail poket kaler hitam.
Rupanya enSuami saya ada fail poket untuk sijil ni, tapi sayang, tak reti nak guna, haishhh.



Alang2 dah ada, cepat la sikit buat kerja.
Terus asingkan satu2.
Saya asingkan ikut tahun kejadian sijil tersebut..

Dari sijil lahir, sijil UPSR-berenti sekolah rendah, PMR, SPM, STPM.
Kalau ada salinan fotostat, saya letak dalam poket yang sama.
Macam gambar bawah ni.
Bila2 nak guna, nak fotostat lagi, kalau ada lagi salinan kat situ, tak perlu buat lagi kan....
Kalau tak ada n dah habis, baru buat baru....


Pastu enSuami masuk UKM, pastu UPSI plak.
Pastu ada surat-surat lantikan SPP.
Dan kemudian sijil2 yang dia dapat sejak mula berkhidmat sebagai guru.
Tapi malang sekali tak cukup lak...
Fail tu cukup2 sampai STPM sajo.


Nasib baik kebetulan, saya ada ekstra fail poket ni.
Jumpa dalam kotak barang2 kraf saya.


Yang warna hijau, gambar tengah tu.
Awal tadi, saya dah letak dokumen Hafni.
Kenkonon nak jadikan fail Hafni lah.
Sekali, Abinya plak tak cukup lagi.
Jadi bahagian depan je, masih ada maklumat Hafni.

Saya minta enSuami pergi beli fail baru saya nak susun, siapkan.
Dia cakap kalau tak cukup, tak yah buat, biar je dalam plastik.
Macam tu je???? iskkkkkk tak boleh dengar langsung nasihat macam tu.
Pasrah je la, guna yang saya punya fail, ingat nak guna untuk Hafni.
Nasib baik Hafni kecik lagi, ada sijil lahir jek....
Bagi can Abi guna dulu la ek..
Nanti dah besar, suruh Abi beli baru, huhuhu

Fail kedua tu sambung dengan UKM, UPSI dan sijil2 perkhidmatan.


Macam surat ni, ini saja la satu2nya kenangan dia berkhidmat di sekolah Damansara.
Dah sekejap je kerja situ.
Yang lain2, baju batik sekolah, dan hadiah2 cap IKEA masa nak pindah tu
[mentang2la sek tu dekat dengan IKEA, semua IKEA je hadiahnya, rugi2 dah pindah dari situ, kahkah]


Ini kenangan kat Sarawak.
Peratus subjek naik pun, cikgu2 dapat sijil, hoiii...
Dulu2 tak ada kot, ayah saya tak ada dapat pun sijil macam ni, huhuhu...

Untuk sijil2 saya plak, disimpan dalam fail biru pastel ke turqoise tuh...
Sama juga susunan, dari sijil lahir, sek ren, sek men, matrik, UKM, dan aktiviti luar lain.


Sekarang dah tak terlibat dengan dunia luar, idok ler ada pertambahan sijil, hukhuk...


Masuk pertandingan memasak dengan BFF kat matrik, dapat no.2, hehehe.


Masa kat UKM, sempat buat praktikal dengan Navy.
Syok ar kerja situ, tapi.............
Emm, tapi tak boleh nak jadi Navy.
Tinggal kenangan je la, kalau tak, boleh dok kat laut selalu...
Oh tetiba teringin nak pi jenjalan ke pulau, huhuhu...... 


Memandangkan sijil2 tidak bertambah, saya mempunyai beberapa lagi kekosongan.
Poket yang terakhir tu, buat simpan poskad yang kawan2 bagi yang diorang pos dari oversea.
Coursemate saya 2 orang Chinese ni, habis degree, diorang gi jenjalan ke NZ selama 3 bulan.
Sempat la bekerja tambah duit poket, petik strawberry la, anggur la, epal la...
Syoknya depa boleh pi jalan2...
Yang sweater biru tu dah kahwin, yang sorang tu lagi belum kahwin, kerja kat Ikano skg.
Masa pi IKEA, asyik tak sempat je, dah banyak masa habis dalam tu, mana la sempat nak singgah2 tempat lain, emmm.


Haa, poskad yang Uppa bagi pun ada tau [kalau Uppa baca ni]
Nabilah simpan dalam fail.
Mekasih ye bagi gambar poskad ni.
Memang teringin la nak naik bot macam tu keliling bandar..

Bila la boleh sampai sana, (0_0)


Sunday 23 November 2014

Ais krim keladi, emulco dengan serbuk oreo, nyumm!


Assalamualaikum....

Dah lama tak buat aiskrim sendiri.

Baru2 ni ada beli perasa n pewarna keladi di 2PLY.
Asalnya nak buat yam cheesecake.
Tapi lupa nak beli cheese, jadi tertangguh plak.

Pastu teringat susu full cream ada dalam peti ais.
Baru dibuka beberapa hari lepas masa nak buat puding roti.

Susu ni, kalau dah buka, memang xleh simpan lama kan...
Beberapa kali juga terpaksa buang sebab rosak.

Jadi nak cepat habiskan, buat aiskrim lah, senang.


Jadi cuba buat aiskrim keladi.
Perasa keladi ni, memang kegemaran saya lah sangat.
Purple la katakan, hehehe........

Buat dua bahagian, satu lagi coklat emulco.
Best la jugaaa..
Kombinasi yang masyukkk....


Time nak makan, baru tabur serbuk oreo.
Nyummmmmmm....

Makan berdua dengan Hafni masa enSuami tak ada, kahkah..
Habis dua bekas, kami berdua je makan, hahaha.

Daisy dengan baucer KFC


Assalamualaikum..

Siapa yang suka baking kek, biskut dan pastri yang lain.

Just nak bagitau, kat Tesco jual murah2..
Daisy 1KG.


RM 7.49 satu tin.
Saya rembat dua tin terus.

Kalau tak silap, promo sehingga 26 Nov.
Atau selagi stok masih ada...

First time beli Daisy, tak tau lagi macamana rasa.
Mungkin kualiti sama macam Planta je kot.
Sebab marjerin kan....

Guna marjerin2 buatan Malaysia, pun tidak kurang rasanya dari butter.
Bagi saya sama saja hasilnya...

Macam tu juga sukatan bila saya masak.
Walau guna butter atau marjerin sekali pun...

Cuma marjerin yang dalam plastik tu je, kureng sikit kualitinya.
Sebab terlalu berminyak dan masin.
Kalau guna untuk menumis masakan, sesuai sangat.

p/s : saya cari yang murah2 je untuk jimat kos. tp utk kualiti yg sama la.
bekas yang dah kosong pun boleh guna untuk simpan makanan kering.
Recycle lg, jimat lagi :)

Saturday 22 November 2014

Cara rahsia simpan karpet 5kaki, tanpa lipat ataupun gulung ;)


Assalamualaikum.

Saya buat dalam sebulan lepas.
Masa tu dok mengadu kat BFF, yang karpet saya gatal2, bila saya duduk.
Tambah plak kalau Hafni makan sepah2 termasuk Abinya, habis lah jadi tempat datang semut plak.

Bff saya kata simpan je la, nanti orang datang, baru hampar karpet.
Almaklumlah, bila ada anak kecil ni.

Alah, rumah saya xda stor,  nak simpan mana, kalau xguna, emmm...

Kebetulan suatu hari tu, saya kemas2 kawasan katil [sebab kad ATM ensuami hilang], angkat semua tilam, terlintas plak idea ni.


Hahaha, ni la tempat baru karpet di simpan...
Solusi yang paling mudah.
Ngam2 dengan saiz katil.
Kiranya karpet saya ni saiz 5kaki x 7kaki la ni kan.
Kecil je, tp ada 2pcs.

Settle satu masalah.
Kini lantai di ruang tamu memang kosong lapang je...

Saya sukaaaa!

Monday 17 November 2014

HOME BINDER : Pengurusan resit, bil utiliti, dan dokumen penting lain.


Assalamualaikum....

Sambungan dari entri lepas tentang fail 3inci ni.
Hari tu kita balut2 kasi cantik kan...

Kali ni nak cerita tentang cara saya uruskan semua resit2 dan bil2 rumah atau urusan lain.
Buat masa ni, hanya ada 6 kategori fail yang aktif digunakan setiap bulan atau sekali-sekala.
Label kategori adalah seperti berikut:

  1. Astro - Celcom - Streamyx
  2. TNB - Syabas - Indah Water
  3. CIMB - Maybank - MAA Takaful - Takaful Ikhlas - Tabung Haji - Public Mutual - KWSP
  4. Persona - Future
  5. Rumah TBA
  6. User Manual - Warranty

Fail Astro - Celcom - Streamyx

Buat masa ni, Astro tak ada, sebab tak ada TV. Kebanyakannya bil2 lama enSuami masa di Sarawak.
Celcom telefon pun, bil dapat melalui sms, bayar bil guna internet, hanya ada dokumen lama2 saja.
Streamyx, pun tak ada lagi. TM baru nak pasang tiang telefon. Kalau dah ada line, conpem enSuami saya, daftar Streamyx. Buat masa ni, kami guna Wifi Porta Celcom. Kadang OK, kadang macam ciput, heyy...


Fail TNB - Syabas - Indah Water

Fail yang paling aktif setiap bulan.
Saya simpan bil TNB dan Syabas dalam satu muka surat yang sama.
Saya gam.
Kemudian tulis bulan kat atas tu.
Jadi lebih cepat nak kesan, bil tu untuk bulan bila...
Untuk Indah Water, 2 kali setahun. Bilnya saya hanya lubangkan aje, kemudian simpan kat bahagian belakang untuk bahagian Indah Water.


Fail CIMB - Maybank - MAA Takaful - Takaful Ikhlas - Tabung Haji - Public Mutual - KWSP

Dalam fail ni, kategorinya kira macam fail tabungan dan perlindungan la.
Kalau Bank CIMB dan Maybank tu, saya simpan penyata akaun.
Kalau Tabung Haji, saya simpan resit-resit deposit tunai.
Untuk Takaful, kebanyakannya simpan polisi takaful la. kan benda ni tak boleh dihilangkan kan?
Public Mutual, simpan penyata juga.
Kalau KWSP, ada penyata, ada borang, ada surat. Terselit juga surat LHDN, cukai pendapatan pun keno, tercekik hoi......


Takaful untuk Hafni, enSuami pilih Takaful Ikhlas, yang ada tabungan pendidikan.
Satu lagi Hafni dah selamat daftar untuk Tabung TAWAS anak Selangor. Dalam tabungan ni pun Kerajaan Selangor sediakan RM1500 untuk simpanan selama 18 tahun. Umur piawai, bila nak masuk kolej/universiti. Alhamdulillah ada tabungan untuk Hafni.
*siapa yang anak lahir Selangor, Suamisteri anak Selangor atau menetap di Selangor lebih dari 5 tahun, boleh daftar. Tapi mesti daftar anak sebelum umurnya setahun. Kalau dah masuk setahun, dikira tak layak. Sebab tabungan ni perlu untuk tempoh matang 18 tahun, baru dapat RM1500, yeaaa....


Fail Persona - Future

Fail ini untuk fail kenderaan. Setakat ini, dua jenis kenderaan je yang kami ada kereta dan motor.
Dalam fail ni, untuk kereta, banyak simpan resit2 servis kereta. Saya gamkan pada sekeping kertas A4. Semua resit yang kecil2, memang saya gam kat kertas. Kertas A4 pun yang recycle je. Bukan perlu urusan rasmi pun. Kita sendiri je nak tengok. Janji resit tersimpan kemas dan tersusun ikut tarikh. Tak perlu kertas baru pun tak pe...
Dulu2, punya la tak ada kerja, resit top-up TouchnGo pun saya simpan gak, hehe. Kenkonon, nak kira bajet la berapa belanja untuk tol dalam sebulan. Masa dulu kan PJJ, kalau balik kampung, kena lalu tol la. Sekarang dah dok K.Selangor ni, tak ada la nak lalu tol sangat. Kecuali balik Kedah atau pergi jalan mana2 keluar daerah, baru nak jumpa tol.


Resit tukar bateri, resit tukar lampu belakang, resit tukar tingkap belakang kiri. Resit dan waranti pasang tinted cermin kereta pun ada. Semua perbelanjaan ini disimpan, bila perlu boleh semak balik. Macam kalau bateri kereta dah nak kong, perlu tukar baru, time tu boleh semak resit lama, untuk tahu anggaran kos untuk beli bateri baru. Baru2 ni sempat juga dok survey2 harga bateri antara kedai2 kereta. So boleh la tukar kat kedai paling murah, untuk barang yang sama kualiti la... Kalau tak sama kualiti, tak boleh la banding camtu keyyyy....

Untuk motor, saya simpan resit bayaran ansuran belian motor ni. Ada yang bayar kat kedai. Ada yang bank in online. Tapi kedai tu akan cetak juga resit2 tu. Jadi boleh la simpan. Alhamdulillah ansuran motor ni untuk setahun dah selesai. Baru2 ni mengemas barang2 enSuami dari Sarawak tu, jumpa plak resit dia beli motor kat Sarawak tu. Saya ambil simpan juga untuk kenang-kenangan, hehe.


Fail Rumah TBA

Fail untuk rumah, banyak la juga dokumen.
Dokumen perjanjian pembelian rumah.
Dokumen perjanjian pinjaman perumahan.
Surat peguam.
Takaful perlindungan rumah.
Resit belian perabot ke, resit kabinet dapur pun simpan dalam ni.


Perbelanjaan sepanjang renovation dulu pun ada saya catat semua.
Segala perbelanjaan dari zero to setle, hehe...
Ada tarikh, nama company/kedai/individu, tempat/alamat, no telefon pun ado. Kotle nanti nak tambah beli ke, ada rosak perlu servis ke, senang nak cari balik maklumat pembekal atau kilang tu.
Nak dekat setahun tinggal rumah ni, surat cinta dari majlis daerah pun menjengah ke pintu rumah. Ok cekik darah lagi... part untuk cukai pintu. Esok K. Selangor nak jadi bandaraya, up lagi jumlahnya. Kita tambah buat renovation pun, up lagi jumlahnya. Huhuhu.......


Fail User Manual - Warranty

Untuk bahagian fail ni, kalau resit belian yang dikira sebagai waranti, saya tampal macam biasa kat kertas A4.
Semua kad2 jaminan, saya letak sini. Macam haritu, masa motherboard dapur kena tukar baru, saya angkat fail ni la, buka tunjuk waranti dan resit belian. Staf tu tengok, dia tick2 mana yang penting. Semua ada kat situ. Tak ada la nak kata, lupa la, entah la, isk tak pasti la. Haa no no no....ye.

Untuk user manual, selalu buku2 manual tu tebal kan...
Jadi nak lubangkan macam tak boleh.
Jadi saya cari plastik poket yang ada lubang tepi tu...


Masa beli fail tu, saya dah beli siap dah. Cap TESCO juga.
Satu paket RM2 kalau tak silap, ada 10's.


Jadi semua manual yang tak boleh dilubang, masuk dalam poket ni.
Ada manual mesin jahit siap ada CD lagi cap SINGER tu. Manual microwave, oven dan lain2.
Macam kalau beli barang IKEA tu, kalau ada skru lebih2 yang kami tak pasang, saya letak dalam fail ni juga dengan user manualnya, gam kat situ juga. Senang nak cari nanti2 kalau nak guna.


Fail Kecemasan 999
Untuk fail tambahan 999 ni, tak ada apa sangat dalamnya.
Yang ada surat maklumat kepada yang berkenaan tentang kelahiran Hafni semasa saya bersalin dulu.
Dan surat laporan polis, kemalangan kereta enSuami.

Untuk fail peribadi, ada banyak benda nak cerita.
Rasanya akan diceritakan lanjut ke entri lain.
Biar saya fikir masak2 dulu, nak cerita macam mana.
Tunggu idea datang dulu, kuikui...

Macam ni je saya uruskan resit2 berkaitan sepanjang bulan atau tahunan.
Ada sebarang penambahbaikan, sila maklumkan ye.
Saya hargai sebarang pandangan.
Mana tau, kot ada yang saya buat tak sesuai ke....

Mekasih baca sampai habis, hihihi.
Wallahualam....

Sunday 16 November 2014

Fail 3inci kini lengkap sempurna semuanya ;)


Assalamualaikum...

Minta maap banyak la hari tu buat kerja tak sempurna lagi.
Entri Jumaat lepas, dah siap ditaip dan disetkan 2,3 hari sebelum tu...
Masa tu memang tak da mood lagi nak upgrade.


Semasa entri dah keluar di blog pagi Jumaat tu, tetiba je mood nak siapkan menjelma.
Tanpa sedar, kaki tangan dah menuju ke bilik untuk membawa fail2 tersebut ke bilik SOHO untuk memulakan operasi.
Sekali dah mai angin nak siapkan tu, terus je laju tangan bergerakerja.

Sekejap je buat benda tu...
Tak keluar peluh pun..
Tapi punya la lama terperap tak siapkan dengan sempurna sampai berbulan-bulan..
Emmm, xtau la nak habaq lagu mana lagi....

SEBELUM : Rupa fail yang separuh jalan.

SELEPAS : Rupa fail yang telah dibalut sepenuhnya...

Ada perbezaan, perasan tak, kekeke....
Alkisahnya, saya dah tercetak lebih chevron [besar] yang cover depan tu.
Macamana entah boleh salah kira, dah terlebih.
Masa nak siapkan balut2 ni pun, dok fikir2 banyak kali, nak guna chevron yang ada saja ke, atau nak cetak baru bagi sama macam yang dah buat [chevron kecil].

Rasa macam tak nak membazir.
Nak guna apa yang ada saja la.
Lagipun masa tu, printer enSuami ada masalah sikit.
Ink hitam tak nak keluar, kena bawak ke klinik dulu untuk servis.
Jadi tak nak buang masa menunggu, guna apa yang ada ja...
Itu yang jadi macam tu tu, hihihi....

Pagi Sabtu semalam, baru enSuami bawa printer ke klinik komputer untuk diservis.
Dah balik tu, baru dapat print beberapa label baru...

Saya buat tambahan untuk hospitality atau fail talian kecemasan seperti dalam cerita entri semalam.


3 fail yang sebelum ni tak ada label, dah berlabel.
Fail lama yang ada tentang diri saya dari tahun 2008 hingga 2014 juga berlabel.
Satu lagi fail untuk tujuan yang sama, tapi bermula untuk tahun depan 2015.
Berakhir bila? kita tunggu sehingga fail penuh la...


Tulis nama sendiri je la...
Nak tempek muka, dok comey (~_^)


Secara keseluruhannya, untuk permukaan luar dan dalam, 9 fail ni dah lengkap mengikut piawaian saya.
Rasa puas hati dah bila tengok kat sudut ni. (^_^)
Sebelum ni, separuh hati je...
Sekarang dah kembang semua la, bila tengok ni, dah siap lengkap.
Bahagian depan, memang saya tak ada label apa2.
Menggunakan sepenuhnya panduan label di bahagian tepi fail semata-mata.

Kat bahagian dalam ada juga partition.
Divider tu buat sendiri guna kad kawen kawan2 [artcard la katakan] kahkahkah...
Jangan marah, naaa kawan2 saya tu (0_0) kekeke...
Babaiiiiiii.........


Daisypath Anniversary tickers