Search This Blog

Wednesday 17 April 2013

Boleh plak hang mengumpat customer depan customer nooo...


Tadi, pi kedai kain kat Warta tu.
Semangat nak beli kain tu...
Nak pakai hari Sabtu ni... 

Siap bawak kain contoh nak matching color koooooot...
Satu kaler hijau apple green tu, bawak baju tshirt enSuami beli masa Save Gaza tu..
Sebab Sabtu nanti semua Nisa' pakai tshirt kaler hijau epal..


Saya xsuka pakai tshirt labuh.
Rasa macam tshirt tu melekat kat punggung, wowwwww...
Jadi kalau orang lain pakai tshirt labuh, saya pakai blaus la.
Atau pun macam mini jubah aka jubah seluar.
Satu lagi kaler, kaler biru langit.
Mulanya nak cari biru pastel [biru pastel lagi, ntah la kemaruk plak skg ni]
Tapi nanti pk nk kena beli tudung baru lak, sebab belum penah ada kaler ni lagi..

Oopps, saya tedetut sket nak beli tudung banyak2...
Takut membazir lak.
Jadi amek tudung biru langit, yang baru ada 1 baju kaler tu.

Untuk 2kaler tu, saya beli 2m masing2.
Sebab nak buat baju je..
Pakai jalan2 dengan seluar atau skirt/kain.

Almaklumlah dah lama x p kedai kain tu.
Lama orr dok tahan diri dari pi kedai kain, satni dok habis duit nak beli kain baru.
Lagipun asyik dok beliiiiii ja, jahitnya belum2..
enSuami dah dok bebel, asyik dok beli kain je, bila ntah nak jahit tuh?
[Ayat perli lah tu ok!]

Last beli kat Kamdar kat Kajang Prima.
Kalau pi Kamdar kan banyak pilihan sket.
Kat kedai tu pun, besar jugak...

Masa masuk kedai tu, saya tengok la semua kain yang ada.
Si salesgirl ni tanya, nak cari kain apa?
Saya pun saja la jawab, kain cotton ada?
Ada, cotton kat belakang.
Saya xla terus meluru ke belakang.

Motip saya, nak beli kain.
Kain jenis mana pun tak kisah, asalkan match dengan kaler saya bawak ni...
Sambil2 tu dia rekemen ler design baru.
Katanya kain baru2 ni, semua jenis berkaki corak dia...
Ooooo saya respon.
Semeter berapa, 21 ringgit.

Ok, pastu saya pun ke belakang.
Dia pun tunjuk terus la kain cotton macam saya cakap tadi.
Memang la ada kain cotton.
Tapi, iskkkkk xkena selera saya.
Kaler gelap2... bunga kecik2... warna cam lusuh la kan...

Nape ek, kalau cari kain cotton kat kedai tak secantik macam jual kat online.
Eeeeee, geram betul tengok kain cotton yang cantik2 kat internet tu..
Semeter RM20, nant nak kena tambah kos pos lagi... [tedetut]

Ingat nak cuba2 la cari kat kedai kan..
Boleh jimat sket.

Saya penah beli kain cotton buat baju.
Beli kedai Kapitol kat Alostaq.
Cantik2 je kain yang dia jual.

Banyak kali saya lalu depan kedai tu, terinnginnya nak beli.
Bila dah ada duit sendiri, pi kedai tu membeli la.
Yang tu dia jual semeter RM12.
Tu pun saya dah rasa mahal masa tu, hukhuk...

Tapi teringin punya pasal, beli la jugak.
Geram kat corak bunga tu, dengan kaler yang memang cantik.
English style katakan....

Tapi kat sini susah plak nak jumpa.
Ni yang rasa nak balik Kedah nak beli kain nih!
Saya rasa kat kedah plak lebih murah beli kain.

Kalau kat Kedah RM30++ dah boleh dapat kain yang kualiti.
Kalau kat sini, RM30++ dapat kain keras, kain satin ada la, huuuuuuu.

Lama la saya pusing dalam kedai kain tu.
Sebab kita nak cari kain sama dengan kain contoh.
Memang susah la nak jumpa...

Kalau pi kedai just nak beli kain nak wat baju, mesti boleh berkenan yang mana2 pun kan.
Tapi ni sebab ada target nak beli camtu jugak, payah la....

Dah saya dok pusing2 tu, salesgirl macam besa la kena ikut la kan customer.
Tapi saya tak mintak pun dia ikut saya.
Kita nak cari kain kan, bukan senang, mesti la lama nak memilih.
Hampir keseluruhan kawasan kain buat baju, saya belek2.

Dalam susah2 dok belek tu, untuk hijau epal, saya ada jumpa 1 kain yang sesuai.
Walaupun tak match sangat, tapi boleh la..
Daripada xdak langsung kan...

Yang biru langit tu la, saya tak jumpa2 lagi.

Kenapa? kenapa? kenapa?
Corak2 baju trend sekarang sangat serabut dan semak? arghhhhhhh
Rimas la saya tengok.
Pegang kain dah best dah, sejuk lembut, tapi coraknyaaaaaaaaaaa...
Aiii, tak boleh terima.
Tak mashukk lagi style tu dengan saya.

Hampir nak decide kain untuk baju kaler biru tu, ada salesgirl lain datang tanya kat salesgirl yang ikut saya tu, dia tak beli pape lagi ke?
Ntah.... [sambil buat muka xbo blah dengan dok tgok handset dia]
Nak cari kain pe tadi?
Ntah, tadi cakap nak cotton.....

Aik, mengumpat aku ka depa dua ni...
Aiiiii, xpatut betoi.
Depan kat customer lak tu....
Kalau mengumpat depan customer lain, xpa la jugak.
Ni tak, depan2 customer tu jugak dia mengumpat.
Hoiiiiiiiii, hangin arrrr

Ikutkan hati, bek aku blah ja dari kedai tu kan, biaq tak beli langsung baru padan muka hang!
Buat penat ja ikut, langsung xdak komisen kat hang....

Tapi sebab pk malas dah nak pi kedai lain...
Dan kedai ni la satu2nya saya dok beli kain sejak dok Bangi ni.
Memang tak beli kat kedai lain daa...
Kecuali kalau saya memang ada kat Kedah, balik Tanjung Karang, atau enSuami rajin nak pi Kamdar kat Klang atau Kajang tu..

Hahhhh, tak banyak pun kedai kain yang besa saya pi...
Kedai tu la saya dok pi...


Boleh kira berapa banyak beg plastik kedai tu kat rumah saya ni.
Ada kecik, ada besaq...
Oiii tak boleh tahan...
Selalu datang ada adik yang cantik tu, tadi xda la plak.
Xtau la dah brenti ke, dia cuti ke hari ni...

Tapi tak pa la nooo...
Dah mai dah sini, lagi pun saya terdesak nak kain pakai Sabtu ni...
Beli la jugak, ingat macam orang takdak duit plak nak beli kain.

Saya bukan masuk kedai tu, dengan wat berlagak macam mak datin.
Saya paling humble sekali kalau pi tempat orang.
Memang baik aja la, sopan lembut gitu....
Tu pun ada orang nak menyampah.

Nak tau sebab pe, sebab depa xmakan lagi.
Perut tengah lapaq, tu yang macam kuangajaq tuuuu...
Dah tau lapaq pi la makan.
Alek2 customer plak yang jadi mangsa, oooooooo memang tak patut arrr...

Xpe la, ni kali terakhir la kami pi kedai ni.
Xmai lagi dah haaaaa, ceh!

Ehh, memang tak pi dah la, lepas ni dah nak pindah.
Huh, selamat saya!
Selamat tinggal la kedai ni, meluat dahhhhhhhhhhhh...huh

Ok, kira matching x?
Emmmmmmmmmmmmmmm
Ini je la yang ada kat kedai tu yang berkenan kat mata saya ni, aish...



Sunday 14 April 2013

Saya baru balik dari Ekspo Baby Stadium Malawati pagi tadi...


Assalamualaikum!
Hai semua..
Ada sesiapa yang turut ke Stadium Malawati Shah Alam untuk ekspo baby?

Saya first time pergi ekspo baby.
Pergi dengan enSuami, kalau tak, xberani la oi nak sampai situ, takut sesat jalan huhu.

Saja nak pi jalan2, tengok2 apa yang best kat ekspo baby kan....
Kebetulan enSuami ada, boleh la menumpang kasih bawak jalan2, hiiii.

Tengok dalam poster, dia tulis ekspo mula jam 11.00 pagi.
Kalau dari Bangi nak ke Shah Alam, amek masa dalam 40-60minit masa perjalanan.

Saya fikir, jam 10 ok la kuar dari rumah.
Tapi dalam 8.15 camtu, enSuami kata jom pi kol 8.30.

Aik, sarapan pun belum lagi.
Kami pun cepat2 makan.
Campur tolak, dalam jam 9 baru kuar.
Sampai sana hampir jam 10.

Rupanya hari Ahad, ada pasar tani lak..
Ingat sesak sebab orang2 datang ekspo baby ni, dahsyat la klu camtu.
Pastu lak, untuk hari Ahad, ekspo start awal la plak kol 9pagi, sebab nak tutup awal kol 8malam.
Camtu lak, aii...

Oi, sesak la sangat.
Lagi bertambah sesak, orang parking kereta suka hati dia kat tepi jalan.
Dah makan ruang laluan 2 hala kenderaan.

Aiii, geram sungguh dengan orang yang pentingkan diri sendiri ni, pikir dia saja nak senang, tapi menyusahkan orang lain.
Bila la nak berubah sikap orang Malaysia nih, oh Allah!

Alhamdulillah kami dapat parking kat ruang atas, dekat dengan tempat orang beli tiket kot.
Saya nampak ada signboard kaunter tiket, huhu.
Kami berdua mana la pernah datang stadium nak tengok bola.

Masuk ikut pintu tu, kena turun tangga.
Siapa2 yang bawak anak pakai stroller, kena la angkat lak, tengok lif macam tak berfungsi je..

First masuk tu, saya ajak enSuami round dulu semua.
Nampak CD, oh saya dah ada.
Laju ja menonong ke booth lain, xtengok pun harga berapa.

Tengok keperluan penyusuan.
Oh, saya belum merancang untuk buat EBM atau seangkatannya.
Buat masa ni, memang tak beli apa2 seperti botol, puting, pam dll.

Sampai 1 booth, sorg tu promote wet tissue, jenama Bebe ke, 3pekX80pcs = RM 13.90.
Ok tq2. Saya nak tengok2 dulu.

Misi mencari katil, tidak berjaya!
Tak ada booth yang jual seperti yang diidamkan.
Ada beberapa saja yang jual katil, yang ada pun playpen dan katil kayu.
Jenama macam2, yang saya tak pernah dengar lagi, huhu.

Stroller pun mahal ribu riban.
enSuami dah bisik dah awal2 lagi, orang cakap pi ekspo bukannya murah pun, mahal lagi ada la.
Saya memang percaya!

Tapi mungkin ada juga beberapa yang boleh diterima akal, dia jual murah dari harga biasa.
Kena tengok barang la jugak.
Sebab tu kena prepare awal2, survey kat internet, baca review orang, berapa harga kebiasaan sesuatu barang tu, dan boleh bandingkan harga di tapak ekspo.

Saya tengok untuk playpen tu, kalau kat Manjaku, bawah RM300 dah boleh dapat.
Tapi tadi, dia letak RM359.00.
Kualiti sama ja sebijik macam saya tengok kat entri lepas.
Cuma kat sini, salesgirl dia boleh terangkan sket la serba sedikit tentang produk tu.

Masa tu dia bagitau, playpen boleh guna 2 aras yang berbeza.
Kalau esok, anak dah besar, boleh panjat, you boleh guna aras yang bawah sekali dan letak tilam.
Kalau guna yang aras atas, bahagian bawah boleh letak simpan barang.

Oh baru saya tau.
Ingat boleh guna yang atas je.
Dia siap offer nak tunjuk lipatkan playpen tu sampai jadi kecil untuk disimpan.
Tapi saya tolak la awal2, takpe saya nak beli katil yang besi tu.
Tapi kedai tu tak jual.

Yang baju2 plak, saya bajet kalau ada sepasang harga RM10, saya nak beli la banyak sikit.
Tulis dalam list, nak beli 5pasang untuk malam, 5pasang untuk siang.
Tapi tengok harga sama ja macam besa.

RM 12.00 paling murah sehingga ke RM 30.00 sepasang.
Kalau yang untuk kanak2, ada la yang harga RM 10.00.

Banyak baju yang corak2 kartun!
Doraemon, Dora, Mickey Mouse, binatang yang tak best la bagi saya.
Lukisan besar2 plak tu.

Argh saya memang anti sket dengan kartun2 ni.
enSuami kata amek la yang ni lawa.
Saya kata xmau la kartun2, rimas tengok, hehe.

Erm, Sayang yang rimas, orang lain Ok je pakai kartun.
Emmmmmmmmmmmm.

Habis dah 2kali pusing, saya terjumpa la 1 booth ni.
Jual baju yang kosong je.
Ada sebijik je gambar kartun utk iklan jenama.
Harga RM 12.00.
Saya minta kurang RM 10.00, dia kata xdapat lar.
Harga biasa jual RM 15 ke atas.
Takkan diskaun 3ringgit je, ni ekspo ma, mesti kena murah banyak2.
Huhu, saya dok bertengkaq kat situ plak..
Saja2, nak banyak cakap dengan salesgirl tu...

Tapi OK la.
Saya pun beli 2pasang.
1 utk siang, 1 utk malam.


Ini untuk malam.
Dia tunjuk kat saya set yang siap ada stokin lagi.
Yang takda pun ada juga.
Tapi lama2 pk, try la amek yang ni satu.

Yang siang punya, saya amek seluar panjang jugak.
Ok ke?
Nak cari yang lubang2, dia kata dah habis semalam, orang borong banyak.
Bos dia xsampai lagi nak bawak stok baru.
Katanya kol 12 baru sampai kot.
Kami cakap kami dah nak balik dah ni.
Masa tu dalam kol 11 jugak la.

Jadi tak da la rezeki beli baju lubang2.
Tangan baju je pendek.
Seluar yang pendek ada juga, sampai kat lutut.
Tapi saya mau yang panjang juga, huhu.

Masa dok tengok2 kualiti baju, saya terletak senarai barang yang saya tulis atas rak baju tu.
Saya nampak dia curi2 tengok senarai tu, hee.
Saya agah dia, ha ha tengok list orang!
Kak, jangan marah saya, heee.
Sebenarnya saya segan, huhu.

 Xpe2, jangan risau, nanti saya beli wet tissue U tu..
Sebab masa 1st round tu, saya nampak offer RM 10, 200pcs (2pek)
Sebelum decide nak beli tu, dah kira2 la dengan 2produk yang dia ada, dan 1 booth yang awal tadi.
Yang 1 lagi tu, harga RM 10, tapi 80pcsX2pek.
Yang pek ni, bau apple green.
Yang saya beli normal, xda bau.
Soft la sket rasa.


lepas beli wet tissue, dia promote beli sabun mandi la plak dah...
Aii, banyak sangat dah ni dok promote ni.
Saya cerita saja ma, xbeli pun takpe...


Yang sabun ni pun ada 2 bau.
Honey milk dengan baby melody.
Honey milk, bau dia agak kuat untuk baby, saya rasa la...
Kami berdua bau pun, terkejut jugak.
Jadi amek melody je, bau macam baby.
Kalau amek yang 400mL, RM 8.
Saya amek yang RM 10, 750mL.
Amek yang besaq sesiap lah.
Dia kata boleh tahan 3bulan.

Lepas tu dia tunjuk bedak plak...
Adeh...
enSuami kata amek la 1.
Twin pack, dengan RM 10.
Bau pun macam bau baby jugak....
Ok la ada gambar Pooh, hohoho...


Kalau harga biasa, sebotol tu, RM 10.90.
Sekarang 2 botol, RM 10.
Dia kata, semalam ada orang beli sampai 4 pek ini.
Dah datang sekali, balik rumah, datang lagi sekali.
enSuami kata, huish kenapa beli banyak2?
Ape la enSuami saya ni tanya soalan...

Jadi total kat Cuties Baby, dalam RM 54.00 saja.
Saya jimat sungguh.
Nak beli baju banyak2, risau lak kang.
Sikit2 lah dulu. Sekali beli untuk sehari, siang-malam, Ok la tu kot.


Pastu jalan2 nak balik, jumpa booth ni.
Saya ada nampak kain flennel!
Bila baca, katanya blanket.
Saya tengok contoh, macam boleh buat bedung je.


Kalau beli yang ni, xyah la saya buat bedung sendiri!
Dok cadang2, nak beli kain flannel kat kamdar nanti.
Tapi dah tengok haritu, corak tak besh sangat le...
Saya ingat nak cari2 lagi kat tempat lain, kot2 ada yang cantik.
Yang jual online pun lawa jugak.
Tapi besalah, saya suka nak buat sendiri!
Suka nak menambahkan kerja!

Lama dok pegang2, belek2.
Nak beli tak beli, nak beli tak beli.
Saya cakap kat enSuami, boleh guna buat bedung ni, kalau tak buat selimut pun.
2 in 1 la kiranya.
Alek2, salesgirl tu pun cakap yang sama mcam saya pikir.
Boleh buat bedung masa new born. kalau baby tak nak bedung lagi, boleh guna buat selimut.
Kain pun elok juga.


Saya belek tengok corak2 plakkkkkk.
Almaklumlah, bila banyak corak, nak tengok kaler, nak tengok corak plak..

Yang corak kartun2 tu, dah rejek awal2 lagi, huhu...
Saya sejak akhir2 ni, minat jalur2 la plak.
Lamaaaaa dok belek, akhirnya saya amek set ini je...


Set ni harga RM 45.
Katanya kalau biasa RM 69.
Xtau la saya kan, alang2 dah terjumpa, amek je la.
InsyaAllah, berguna.

Sampai kol 10, dalam kol 11 dah kuar..
Cepat tak, hehe sejam je kami pusing.
Nak katanya, macam biasa je...
Produk pun tak banyak pilihan.
Harga pun mahal dari harga biasa saya tengok kat internet dan kedai2 lain. [saya rasa, la]

Macam nursing bra, kat MumDreams, RM 22.90 kan, kat OneBabyWorld tadi RM 29.00.
Saya, tak pandai sangat nak tengok kualiti kain.
Asalkan sesuai, orang lain cakap OK, mungkin saya boleh beli jugak.
Semua kan first time, lain la kalau saya dah biasa guna jenama macam2 kan..
Ini bagi saya la, kot2 orang lain rasa murah dan OK je, mana tau kan...
Ikut selera dan poket masing2, yang tu yang penting!

Ok, haritu, saya ada cerita saya dah beli CD.
Harga RM300 (+ RM12 pos) untuk 14pcs.


Saya beli 2jenis, yang biasa n charcoal.

Jenama Coola Baby.
Free size untuk 3 - 13 kg.
Saya amek yang jenis button semua, bukan velcro [yang pelekat tu kan]


Ok la kan.
Untuk charcoal tu mahal sket dari biasa sebab fungsinya sesuai andainya kulit baby sensitif sket.
Jadi saya plan yang charcoal tu pkai malam2 lah kot. Sebab waktu panjang.
Harap2 anak2 saya kulitnya OK [walaupun Uminya memang kulit jenis tawaq, huahua]

Sebelum ni, ada juga beli baju, 2 pasang.
Jenama Anakku, 1 pasang untuk malam.


Satu lagi jenama Fiffyyyyyyy!
Bila sebut ni, teringat plak watak Fify kat Hotfm tu...


Nasib baik, kaler biru dia lain sket.
Macam kaler biru pastel sket atau turqoise gitu.
Kalau tak kang sama lak kaler ngan biru tadi, huhu.
Tak ingat dah kaler pe yang dah dibeli.

Oh ya, bila tengok baju lama ni, baru perasan saya beli semua yang 3-6M.
Orang cakap, jangan beli banyak sangat baju new born.

Baby cepat membesar.
Kalau nak berjimat, terus je beli saiz S atau M.
Lagipun nanti, orang kata nanti kawan2 bagi hadiah lagi.

Oh, saya rasa, situasi saya tak sama kot.
Nanti saya berpantang jauh, otomatik dah pindah meninggalkan Bangi.
Ada ke kawan2 nak datang ziarah saya nanti, huhuhu...

Tu la plan nak beli 7 pasang siang-malam.
Cukup nak rotate seminggu.
Tapi tengok la camna nanti.

Misi utama sekarang, KaTiL!
Yang dah ada simpan masuk kotak.


Orang kata kena basuh semua dulu pakaian sebelum guna kan...
Lebih2 lagi CD. Seeloknya cuci 2-3 kali sebelum mula guna.
Mak ai, banyaknya, bila nak cuci nih?
Tunggu semua barang lengkap, cuci sekali gus, boleh?


Siapa lagi yang dah pergi ekspo ni?
Korang beli apa, huhuhu?
Saya beli sket je...
RM 54 + RM 45 = RM 99, lagi sehinggit nak cukup RM 100, emm...

Monday 8 April 2013

Hasil survey katil baby semalam...


Oh ye, semalam kot saya pi.
Cepat sungguh update skg ni.
Tengah semangat ni.

Semangat nak update blog.
Semangat nak cerita.
Semangat nak beli katil baby, yeh.
Terujaaaaaa, bila tengok semalam.

Untuk hujung minggu lepas, 5-7hb ada ekspo baby kat Mid Valley kan?
Mulanya nak pergi, tapi sebab terlalu sibuk dengan gerak kerja PRU, rasa segan lak nak pi jalan2 window shopping, orang lain semua berperang kan...

Lagipun saya dah tengok brand2 yang join ekspo di situ.
yang berkenan di hati seperti MyDear, Sweet Cherry, Anakku xdak pon kat situ.
Cam xsyok je nak pi.

Sebab saya xdak plan nak beli pampers.
Saya xdak plan nak buat EBM.
Jadi buat masa ni, botol n pam susu, bukanlah keutamaan.
Stroller pun, belum rasa nak beli lagi.

Tunggu lepas bila ada baby camna..
Saya bukan rajin sangat nak kuar jalan2, saja2 xtentu arah tujuan.
Pasangan sekrang, wekend je mesti nak kuar jalan2 kan..

Dulu saya ingat saya jadi camtu jugak, tambah2 kalau yang baru kawen tu kan, tiap2 hari rasa berbulan madu, kekeke.
enSuami saya la suka tanya, wekend ni nak pi mana Sayang?
Pi mana, dok umah je lah...

Cuma sekarang, xleh nak dok umah sangat la.
Sebab dalam kepala ni, macam2 nak cari.
Nak cari barang2 yang xcukup lagi untuk rumah.
Nak pk2 pasal barang2 nak beranak plak.

Saja2 la survey2 dulu.
Alang2 dok Bangi ni, nak pi Kajang dekat, nak pi Puchong dekat, Shah Alam dekat.
Semua pusat2 industri yang besar2 n gempak.
Boleh cari barang dengan harga berbaloi2 kan....

Ok, first lepas teman kawan p Klinik Az Zahrah, kami sempat ke Mum Dreams.
Butik MumDreams, more tu Mum la.
Pakaian menyusu ka, pregnant ke.
Saya dah jumpa bra menyusu.
Esok2 beli kat sini je la.
Nak tunggu turn murah kat Avon, xtau la plak bila.
Bra kat situ harga dalam RM 22.90 setiap satu [walaupun saiz lain2]
Dan ada jugak yang RM 40++, mungkin tengok kualiti kain kot, saya pun xsempat nak tengok lama2.

Tengok baju2 menyusu tu, kawan saya ada beli jugak dulu.
Saya penah tengok contoh baju nursing tu.
So saya dah tau camna nak buat.
Haritu ada jupa sorang blogger tukang jahit, bagi tutorial buat baju nursing.
Saya pon bercadang nak cuba buat.

Kain2 yang belum dipotong, dijahit, saya berhenti dulu operasinya.
Konon2 nak prepare buat design untuk masa depan la.
Sampai sekarang xbuat2 lagi.
Kalau jadi, saya share la nanti, insyaAllah.

Ok, lepas MumDreams, enSuami dia datang amek.
Saya pula bawa diri sorang2 ke Manjaku.
Hati tu rasa sangat nak pi, pi je la tengok2 dulu.
Kat MumDreams tadi, saya tak beli pape jugak, tengok saja.

Deret kedai Manjaku tu memang la selalu penuh je parking.
Saya ingat orang sibuk pergi kedai lain.
Dari jauh nampak macam ramai je kat Manjaku.

Nak pi x pi, nak pi x pi, aihhhhhh
Pi je la, saya parking jauh sikit tepi hujung lot kedai.
Sampai je depan pintu, mak ai ramainya orang dok beratur kat casher.

Diorang tak pergi ekspo ke?
Kan ada ekspo minggu ni.
Agaknya orang Bangi ni tak heran kot nak pi ekspo2 ni, semua duit tebal2, huh...

Saya pon naik terbeliak tengok barang2 dalam kedai.
Wow, banyaknya.
Syoknya tengok ada banyak barang.
Baru puas hati kalau semua ada kat sini.

Saya tengok sekejap je bahagian baju2.
Harga sepasang dalam RM 12-15.00 sepasang.
Harga macam ni OK la kan???
Dapat sepasang.
Jenama, macam banyak je.

Hari2 saya beli kat Billion PKNS je.
Sepasang Fiffy, sepasang Anakku.
Anakku la mahal kan, baju dengan seluar jual asing2.
Satu baju dah sama harga dengan sepasang baju jenama lain, huhu.

Kebetulan ada adik yang dok susun baju2, saya tanya tentang katil dan stroller.
Dia cakap kat atas.
Saya pun naik atas.
Patut la kat bawah xnampak rupa, dari hujung ke hujung, baju saja.
Yang kat depan2 sket, ada botol2 susu, nampak jenama Tomme Tippe.

Naik tingkat atas, terus nampak yang dicari2, yeh!

 

Menarik tak?
Kalau korang mau tak beli?

Sebenarnya saya nampak yang ni dulu.
Playard.
Konon2 nak beli yang macam ni la dulu.
Macam saya cerita dalam entri lepas.
Hampir sebijik macam Sweet Cherry yang saya nak kan?
Cuma kaler je lain...


Bila dah baca2, baru saya tau, apa bezanya tentang tiga perkataan yang selalu saya jumpa dalam website masa survey hari tu.
Baby cot, playard, playpen.

Mengikut pemahaman saya la kan, bekas ni [playard] adalah kegunaan untuk santai.
Anak2 nak main2 kat dalam tu eh?
Nama pun 'play'
[minta betulkan kalau saya salah]


Tapi kalau tengok dari segi ketahanan binaannya, agak2 yakin tak nak dibuat tempat main2 anak?


Sebab ada 2 rod besi ni sebagai tulang alas, tempat duduk, atau tilam playard ni.
Yang saya pegang untuk selak tu, ada lapisan keras sket macam kayu ke nak cakap, atau macam kertas kotak yang tebal tu.
Lagipun lapisan tu, terputus2, bukan sekeping.

Berbalik pada tiga design katil baby tu, lama saya usha2 bahagian ni.
Macam playpen tadi, diperbuat daripada plastik, yang boleh terkoyak bila menampung berat yang lebih untuk jangka masa lama.
[macam plastik ampaian rumah saya yang boleh terkoyak bila letak baju banyak2]
Saya terbayang macam tu la, untuk jangka masa panjang.
Sebab tu saya was2 la nak kekalkan target saya nak beli katil macam tadi tu, playard.
Risiko jugak, ada orang bagitau, kain dia juga boleh terkoyak.
Tak ke naya, kalau anak kita ada dalam tu masa kain terkoyak???

Kalau hajat di hati nak beli kayu, tengok le kat bawah ni...



Kayu mahal sungguh ya..
RM 499 dan RM 799 untuk yang putih.
Kalau nak beli putih, baik beli kat IKEA je.
Kualiti IKEA saya sangat yakin, mahal pun tak pe, conpem berbaloi.

Ada orang cakap beli kat kedai perabot pun ada.
Oh, saya tak pi tengok pun lagi, ada ke tak kat kedai perabot.

Bila tengok2, perhati2, teliti2, pikir2, rasa macam sesuai beli yang macam ni.
Sebab bajet nak beli yang besi2, mudah simpan-lipat, saya rasa pilihan saya ada di sini.
Masa ni saya dok belek2, jenama pa katil ni.
Harga pun tak nampak.

Nak tanya salesman, salesgirl, mak ai tak nampak plak.
Bila terperasan, nak panggil dia, orang lain pun panggil dia.
Cepat2 saya jerit, tanya berapa harga ni, sebelum dia pi kat orang lain, hehehe

RM 319.00

Bila dia bagitau, lama2 sikit baru saya nampak dia tampal harga kat tiang kelambu tu, adehhhhh.
Pastu cari jenama jugak, xdak tulis pun macam Sweet Cherry tadi.
Pusing2, saya tarik-tolak katil ni, xnampak jugak.
Alek2, tanya salesman plak yang tengah dok punch harga barang.
Dia jawab Sweet Hai [yang saya dengar]
Aik, saya salah dengaq ka, Sweet Hi ke, ada ke jenama tu.

Yang oren ni jenama Sweet Cherry.
Cantik jugakkk...


Corak bunga2 lak..
Yang biru tadi, roket ke jet ek..
Sesuai untuk baby boy kot.

Untuk katil hijau ni saya dah nampak, apa nama yang salesman tu sebut tadi, hahaha.
Sweet Heart.
Apa daa, saya yang xtahu.


Tapi yang tak syok kat part ni, xleh nak tanya dan bersoal jawab banyak2.
Salesman salesgirl tu, orang bangsa asing, diorang cakap bahasa pe xtau, saya pun xpaham.
Nak kata mungkin Myanmar kot, sebab yang perempuan muka putih macam Cina, yang lakinya gelap sket, nak ala2 Bangla.
Orang Burma memang camtu kan, pompuan putih, lakinya gelap2 sket.
Harapkan manual yang ada kat situ je la, yang boleh dibaca.

Lepas dah puas hati, belek2, saya pergi tengok stroller plak.
Jenama2 yang mahal macam Graco, saya dah nampak.
Sweet Cherry, MyDear, Mamalove, ingat Graco dah paling mahal.
Rupanya ada lagi jenama yang mahal sampai ribu riban macam Combi lagi pe tak ingat daa.
Ramai jugak yang dah dok pegang baby, anak yang dah boleh berjalan, datang cari stroller, car seat.

So, bajet saya, OK la tu, kalau nak beli stroller lepas bersalin nanti.
Tu pun kalau perlu.

Dan hati saya memang dah conpem pilih yang ni.
Sweet Heart ada gudang macam My Dear di Kota Kemuning.
Kalau ada sales, ekspo boleh juga la kalau nak pergi.
Harap2 berkesempatan.

Berkenan yang macam ni, dapat buaian letak dalam katil, siap ada kelambu sekali.
Boleh goyang2, untuk dodoi baby, kekeke.
Kalau tak nak guna ni pon boleh, boleh kuarkan lagi.
Lapik bawah tilam dia, adalah kayu.
Papan lapis yang tebal setengah inci atau lebih.
Dan yang syoknya, kalau dah bosan kaler-corak ni, boleh tukar lagi lain kali!


Tu pun kalau Umi rajin ye nak jahit semua tu.
Macam boleh buka2 n tukar2 je.
Cuma 1 je saya tak tanya lagi, conpem ke boleh lipat simpan sekecil2nya.
Tapi rasa2 macam boleh lipat, tengok ada manual installment.
Guna skru2 belaka, mesti boleh buka kan...


Kelambu yang besar pun dapat.
Cuma yang ni xleh laras tinggi rendah macam katil kayu.
Tapi best sebab ada roda n boleh kunci jugak, tak berat sangat, tak ringan sangat.
Tilam, bantal je kena beli asing2.

InsyaAllah, macam ni kot sesuai.
Setakat ni, saya locked jenis ni dulu.
Kalau ada yang best lagi, kena fikir lagi.
Aii, banyaknya Nabilah Ahmad nak beli nih!

Saturday 6 April 2013

Resepi Ayam Masak Madu Mamak

Salam dan hai semua.
Hari ni, saya nak kongsi resepi Ayam Masak Madu Mamak.

Gambar ayam madu kat bawah ni, saya masak bila ya??
Tak ingat sudaa.
Rasa dalam bulan 1 lepas kot.

Masa tu terbayang2 sangat ayam madu mamak.
Ingat nak pi makan kat kedai mamak je.
Tapi teringat lak, nak google dulu, kot2 ada resepinya kan..
Boleh buat sendiri.

Nak kata, ayam madu saya ni jadi ke tak, saya pun tak pasti.
Tapi kalau makan kat mamak, kuahnya nampak jernih, mungkin dia letak madu banyak2 sampai meleleh camtu kot, hehehe.


Ok, ni ayam madu yang saya masak, puas hati.
Dapat masak sendiri.
Sumber resepi, saya dah tak ingat amek kat mana.
Minta maaf lah ye tuan resepi, lupa untuk kreditkan kat sini.

Resepi ni saya dah salin dalam buku resepi saya.
Jadi saya salin kat sini semula untuk rujukan semua.

Bahan-bahan
Ayam (1.6 - 1.8kg)
250G kurma (dibuang biji, kisar dengan air)
100G kismis
50G gajus
1/2 SK serbuk kayu manis
5-7 buah pelaga
1 SB serbuk cili
1 SB jintan putih
1 SB jintan manis
5 biji bunga cengkih
5 biji bunga lawang
1 helai daun pandan
2inci halia + 2biji bawang besar + 5 ulas bawang putih (dikisar)

Cara-cara
1. Goreng ayam seperti biasa (kurangkan garam) masak 3/4 sahaja. Asingkan. - masa ni saya masak ayam sampai masak, sebab saya suka garing2. Tapi elok juga camtu, sebab bila kuah dah masak, xleh lama2 nanti kering sangat. Boleh tuang atas ayam atau masukkan ayam dalam kuah. Saya xmau letak lama2, nanti ayam saya jadi lembik, xsyokkkk.
2. 3 SB minyak, kismis dan gajus dengan api yang sederhana. Asingkan.
3. Tambah 1 SB minyak, masukkan pelaga, cengkih, bunga lawang. Kemudian masukkan hirisan bawang, daun pandan.
4. Masukkan serbuk cili, jintan putih, jintan manis, serbuk kayu manis, dan kacau rata. Kemudian tuang kisaran air kurma tadi dan gula. Boleh tambah sedikit air lagi jika terlalu pekat. Tunggu sehingga mendidih, tambah sedikit garam jika perlu.
5. Masukkan ayam tadi dan kacau rata, biarkan terserap. Perlahankan api, masukkan kismis, gajus dan kacau rata.
6. Hidangkan. Curahkan madu ke atas hidangan (sukatan ikut kegemaran). Taburkan bawang goreng, daun pudina. - saya tak suka bawang goreng, daun pudina plak xda.

Ayam masak madu makan dengan papedom Madras?
Memang masyukkkk.
Nyummmmmmm.

Selamat mencuba ya.
Oh rindunya Nasi Kandaqqqqqq!

Thursday 4 April 2013

Panduan untuk Pemasangan Kabinet Dapur

Sumber : Sini

Kedudukan sinki (sink), dapur (stove), peti ais (fridge) dan ketuhar (oven) memainkan peranan yang penting dalam sebuah dapur.

Jadi, perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum kerja renovation adalah menetapkan kedudukan barang-barang tersebut.

Sinki adalah paling sesuai berhadapan dengan tingkap dalam dapur. Ini bukan sahaja dapat memberi keselesaan kepada pengguana namun ia juga mengelakkan kelembapan dalam dapur terutamanya sinki yang sering dalam keadaan basah. Cahaya matahari dan angin dari tingkap dapat mengeringkan sinki yang basah dengan lebih berkesan. Ini juga salah satu cara untuk memanjangkan jangka hayat kabinet dapur anda.

Komen THNH : Emm, patut la kebanyakan tingkap kat dapur, orang buat sinki ek.. saya je yang nak buat pelik sket, nak buat dapur depan tingkap, hahaha. senang, xyah beli hood. Tapi conpem la enSuami bangkang, hehehe. Xmasuk akal. OK saya setuju buat sinki kat tingkap. Kalau boleh nak tampal je tingkap tu, supaya depan sinki saya boleh gantung2 mug, penapis, pisau, gunting dll yang baru dibasuh tu. Pastu hajat hati nak buat kabinet penuh untuk wall, kalau dah ada tingkap kat tengah2 design dapur, xjadi la nak buat straight kabinet, kena sekerat2. ni yang tak besh ni, emmm.

Bagi dapur pula, ia adalah lebih sesuai letak berhampiran dengan sinki. Ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna namun penyedut asap (hood) dapat mengeluarkan asap dari dapur dengan lebih berkesan. (Semakin pendek paip penyedut asap, maka ia dapat memaksimumkan fungsinya untuk mengeluarkan asap dari dapur anda) Lokasi yang agak sesuai bagi dapur adalah 1.5 kaki ke 3 kaki jarak dari sinki, jadi ruang antara sinki dan dapur adalah cukup untuk dua orang pengguna untuk melakukan kerjanya di depan sinki dan dapur masing-masing.

Komen THNH : Yang ni sememangnya setuju! Rumah sewa sekarang sinki bertentang dengan dapur. Sangat senang dan cepat. Peti ais hujung sikit. Tapi rumah nanti xleh la buat bertentang, satni jadi sempit plak dapur. Sebelah mungkin. Beza sedikit ruang untuk letak water filter dan kerja memotong, menyiang. Baru letak dapur kat sebelah. OK.

Ketuhar adalah sejenis barang elektrik voltan tinggi dan ia adalah tidak sesuai kalau letak berhampiran dengan dapur. Maka menyediakan jarak sekurang-kurang 3 kaki di antara dapur dengan ketuhar adalah lebih selamat bagi pengguna. Ketuhar biasa memerlukan ruang 600m x 600mm, jadi ia boleh diletakkan di kabinet bawah atau di dalam kabinet tinggi. Demi meningkatkan kegunaan kabinet supaya pengguna boleh simpan lebih banyak barang, kabinet tinggi merupakan salah satu pilihan yang baik. Di samping itu, jika pengguna letak ketuhar dalam kabinet tinggi, maka pengguna boleh menentukan ketuharnya pada ketinggian yang sesuai dan menyenangkan pengguna semasa menggunakan ketuharnya.

~Contoh Oven yang ada bawah dapur~
Komen THNH : Ala, camni plak. Saya baru plan nak letak oven kat bawah dapur. Adakah bawah dapur tidak berdekatan dengan dapur? Heee, kalau tepi, kot le panas kan? Tapi bawah, xda pembakaran pape. Boleh terima tak hujah ni, haaaaaa. Nanti nak tanya tukang noo. Sejauh mana keburukannya. Atau betul apa yang saya fikir tadi. Kalau la boleh letak oven kat bawah dapur, boleh jimat sikit. Xperlu nak buat ruang khas untuk built in oven tu. Lagipun ruang bawah dapur, bukan boleh letak pape, selain tong gas. Tapi tong gas pun rasanya letak sebelah dapur bukan betul2 bawah dapur kan, xmuat kot tong gas tu, kecuali kabinet tu tinggi kot. Ke guane, huhuhu.

~Contoh kabinet khas untuk built-in oven and microwave~
Peti ais merupakan salah satu barang yang agak besar dalam dapur, kedudukan yang paling sesuai untuk peti ais adalah di hujung dapur supaya menjadikan visual ruang dapur lebih luas. Kebanyakan pereka kabinet dapur suka letak kabinet tinggi di tepi peti ais supaya ia tutup tepi peti ais supaya hanya nampak pintu peti ais. Ini merupakan cara yang baik untuk menyembunyikan peti ais yang besar ini di dalam kabinet demi menjelmakan dapur yang lebih kemas dan teratur. Walaubagaimanapun, pengguna dinasihatkan supaya menjarakkan sekurang-kurang 4 inci di antara peti ais dengan kabinet tujuannya untuk membekalkan sistem pengudaraan yang lebih sempurna.

Komen THNH : Peti ais memang xda pilihan lain lagi. Letak kat hujung sekali kabinet atau tak terlibat langsung dalam kawasan kabinet. Maksud saya dapur rumah mungkin boleh buat bentuk L atau U. Saya rasa sesuai L. Jadi ruang yang satu lagi, dinding kosong. So letak kat situ lah. Sebab ruang dapur tu, ada pintu dapur kat tepi, dekat dengan tingkap tadi. Emmm macamana la nak bayang ni...

~Contoh, mesin basuh di hujung kabinet dekat dengan pintu dapur~
Satu lagi kedudukan untuk mesin basuh. Nak penuhkan kat dapur jugak. Letak sebelah pintu dapur. Jadi bila siap baju dibasuh, boleh terus terus sidai kat luar belakang bahagian dapur. Aik, adakah baju kita akan terlekat bau2 masak2 tuh? Baru terpk lak masa menulis ni, argghhhhhhh, kena pk lagi ni.... Nak letak ampaian kat depan ke kat belakang ni? Saya suka letak kat belakang, supaya pandangan hadapan rumah tak cacat dengan pakaian yang pelbagai bentuk, kuang kuang kuang. Iye tak?


Daisypath Anniversary tickers