Search This Blog

Monday 29 February 2016

RESEPI : Kimbap Korea yang Simple

Assalamualaikum....

Sekarang ni kan saya suka sangat layan online..
walaupun di rumah tak ada TV atau astro...
tapi memanjang je mata ni menonton, huhuhu...

Laptop kan ada, boleh ganti TV..
Streamyx kan ada, boleh ganti Astro..

Dah ada internet pun dah macam2 boleh tengok...
tu pun enSuami bising, kalau saya tak habis-habis dengan Koreanya, kekeke...

Dulu2 suka layan drama..
tapi sejak berjangkit dengan adik2 ipar ni, diorang lebih suka layan show daripada drama..
Show yang paling top, Running Man lah kan...
Running Man saya tengok masa ramai2 depan TV di rumah mertua je..
sebab bila tengok ramai2 baru syok dok mengutuk Kwang Soo yang jahat tu, wakakaka...

Kalau di rumah, sorang2 layan Law of The Jungle..
seronok tengok survival di dalam hutan..
dengan kebijaksanaan Kim Byung Man, memang terasa ternganga, terbeliak la bila tengok idea dia tu..
bijak, kreatif tu tak tahu la nak cakap camna..

Pastu baru2 ni, ada siri baru diorang upload Please Take Care of My Refrigerator..
show ni, diorang bawa peti sejuk artis/selebriti tersebut ke studio..
pastu host siri tu akan melihat satu2 makanan yang ada dalam peti sejuk tu..
kalau barang2 dalam tu sepah, pecah la rahsia masa tu..
makanan2 yang berkulat/expired (jika ada) akan terbongkar la masa tu...

Lepas tu ada 8 orang chef yang hadir semasa show tu yang akan masak, menggunakan bahan2 yang ada dalam peti sejuk artis tu...
waaa, best tak..
first time nampak cef2 korea masak live macam tu...
seronok sangat, 15minit je masa pertandingan memasak tu..
artis tu yang akan tentukan masakan siapa yang akan menang ikut selera tekak dia lah...
Banyak2 cef dalam tu, saya suka Kim Poong, asalnya dia bukan cef profesional, tapi dia belajar sikit2 pastu pandai gitu (macam show Masterchef)

Ehh, panjang plak cerita pasal ni...
tapi kalau korang nak tengok, boleh terjah di link ni, OK...
ada banyak lagi siri2 show yang lain...
tak larat la nak tengok semua...
saya tengok yang best2 je, huhuhu...

Sebenarnya saya baru je nak cuba buat sendiri kimbap..
selama ni dok makan mak mertua yang buat..
adik ipar yang bongsu tu suka makan...

Saya buat ni sama ja, macam mak mertua buat..
guna pulut..

Kalau asalnya, ada beras khas untuk buat kimbap ni..
dipanggil nama short grain..
berasnya ketot2 je katanya..
bungkusan pun kecil2 dalam 1-5KG...
nasi tu memang jenis basah2 lembab macam pulut...

Tapi kalau tak ada, atau malas nak beli..
ye la, sekali-sekala je nak makan kan...
nak lepaskan teringin..
guna je pulut, senang cerita...
selera tekak Malaysia-Melayu, kekeke...

Kalau nak detail yang cerita pasal short grain tu, boleh klik blog AlfiMohd..


Bahan-bahan
Rumpai laut kering
1 Cawan pulut (untuk 2 orang makan)
1-2 titis minyak bijan
1 batang lobak merah, dihiris jejari panjang, dicelur
1 batang timun, dihiris jejari panjang, dibuang biji tengah
2-3 biji telur (dibuat telur dadar)
sosej digoreng tanpa minyak
isi ketam digoreng tanpa minyak atau dicelur
tuna mayonis/ cili pedas (opsyen tambahan)

Cara-cara
Masak pulut seperti biasa (boleh letak garam sikit). Lepas pulut dah masak, titiskan minyak bijan, dan gaul rata..
Sediakan rumpai laut di atas tikar buluh/plastik/dulang.
Ratakan pulut ke semua permukaan rumpai laut.. tebal atau nipis, terpulang kepada selera...
Susun lobak, timun, telur dan lain2, di bahagian tepi sekali di satu bahagian seaweed..
Angkat tikar bulut, dan padatkan pulut bersama inti tadi supaya tergulung dengan kemas...
Gulung sehingga habis.
Ulang langkah gulungan sehingga habis atau kuantiti yang dikehendaki..
Potong kimbap dengan menggunakan pisau bergerigi supaya cantik terhiris..
Sedia untuk dihidangkan..
Boleh juga titiskan lagi minyak bijan pada kimbap jika suka untuk menambahkan lagi aroma pada kimbap...


Rumpai laut ni, saya beli di Speedmart, ada 10keping, harga RM8.90.
Ada pelbagai jenis rasa, classic, rasa sotong, spicy pun ada kot..
yang saya beli ni Classic..
kalau yang tak ada Speedmart, boleh cari di Tesco/Giant..


Pastu, pada yang tak ada lagi tikar buluh tu, takyah susah pi beli..
saya tak ada juga, guna plastik seaweed tu je balut, lagi senang...
lepas habis gulung, terus buang, senang cerita..
kalau nak beli juga, boleh cari di MRDIY, atau kedai2 barang perkakas rumah..


Keluarkan seaweed dari plastiknya, hati2 sikit, sebab dia rapuh..
pastu letak seaweed tu atas plastiknya...kalau tikar, atas tikar lah...


Ambil pulut/beras yang telah digaul dengan minyak bijan..
ratakan ke seluruh permukaan seaweed...
guna sudu plastik je, kalau nak senang..
sebab pulut tak melekat langsung di sudu plastik tu...
bersih je sudu tu...


Untuk isi2 dalamnya, korang boleh letak apa2 je sayur atau lauk yang korang suka..
lobak, timun, telur, sosej, isi ketam, tuna, kalau tak silap boleh juga letak kimchi kot..
kalau orang Korea betul, macam2 la diorang boleh letak, ikut selera dan kreativiti mereka..
dah makanan rutin mereka kan..

Macam kita punya nasi lemak, dulu2 makan dengan sambal ikan bilis, telur rebus, timun je..
sekarang macam2 lauk boleh ada.. pandai2 orang buat inovasi untuk pelbagaikan selera tu..
so terpulang korang letak apa, sebab korang yang nak makan kan...
macam saya tak ada stok timun masa ni... so tak ada la timun..
kalau tak suka sayur2, letak je lauk2 sahaja...
tak ada masalah, tak berdosa pun, hewhew...


Lepas susun lobak, sosej, saya tambah lagi isi ketam...


Pastu tutup dengan telur dadar...
kalau tengok yang orang Korea buat, kemas je..
bulat2, elok2 je isinya di tengah2...


Hasilnya yang telur dan sosej...
saya tak berani nak letak pulut banyak2, takut muak...
kalau letak banyak, tebal2, tak ada la seaweed tu bertindan/berlapis macam tu..
kiranya macam sekali gulung je, dah penuh dengan isi2..
yang macam tu memang Daebak lah!


Yang ni, saya cuba letak tuna..
kebetulan ada tuna mayonis je..
kalau tuna cili, lagi sedap kot, baru rasa pedas gitu, baru syokk!


Isi dalam pun sama juga letak lobak dan sosej...
letak isi di bahagian hujung yang dekat dengan kita...
kalau nak letak sebelah sana pun boleh...
tengok tangan la, reti tak reti nak gulung nanti..


Lepas dah siap letak inti, angkat plastik hujung ni, naik ke atas inti, golek2 2-3 kali supaya inti dipadatkan dengan pulut2 yang ada...
dah rasa kejap-padat, baru terus gulung sampai habis...
tanggalkan plastik dari kimbap..
boleh ketepikan, atau nak hiris terus pun boleh...

Korang jangan gulung dengan plastik pulak..
plastik tu hanya nak elakkan tangan kita dari pegang seaweed yang basah tu je..
kalau tergulung sekali, susah pula nak keluarkan nanti, huahua..

Saya buat lagi kimbap lain sampai habis...
Dah habis semua, baru hiris...
seaweed ni bila dah kena pulut semua, dia jadi basah dan lembik..
jadi kena cepat buat...
kalau lambat2, nanti terkoyak, lagi susah nak gulung...
Plastik tu pun, lepas guna sekali, dah takleh guna dah sebab basah dan berminyak...
Jadi guna plastik baru setiap sekeping seaweed tu..
sebab tu tak yah beli tikar buluh tu...
guna plastik seaweed tu je senang...


Hasil kimbap yang ada tuna...
pisau pun tak tajam, siap minta enSuami asahkan, hahaha..
tak ada lagi pisau yang bergerigi tu, huhuhu...


Satu keping seaweed tu, boleh dapat 6-8 biji kimbap..
ikut ketebalan korang potong..
masa ni saya buat 3 keping je..
pulut, guna separuh je..
nak buat banyak2 takut tak habis nak makan...


Tu pun 9 biji ni, bagi ke jiran..
kalau tak, mau muak nak habiskan..
buat sekadar teringin nak buat je, makan tak berapa, huahua...

Masa buat tu pun dah kenyang, sekali hiris, masuk mulut...
sekali hiris, masuk mulut...
sebab tu dalam gambar ada 18 biji je, hahaha...
yang lain2 dah ngap awai lagi...

Seaweed tu pun, sedap dimakan begitu saja..
sambil layan cite korea, sambil makan makanan korea, fuh Daebak!
Gomabseubnida, Annyeong.. :)

Friday 26 February 2016

Booties ala Korea, kini dikakiku....(^_^)

Assalamualaikum...

Hari Khamis semalam, ke Klang untuk penukaran nama pemilik untuk akaun Indah Water...
dah masuk 3 tahun baru nak tukar...huhu
masa tahun pertama tu, bayar online je, tak perasan pun tentang notis untuk tukar nama...

Senyap sehingga dua tahun, tup2, sampai surat merah..
tunggakan 2 tahun..
bil dalam RM164.30, huhu...

So selepas selesai urusan indah water, enSuami ajak pergi tengok Warehouse Bata tu..
memang la dah tau, tak berapa nak ada kasut yang best2...
tapi saja la, nak tengok, kot2 ada yang berkenan....

Saya dah pesan, tengok kasut sekolah enSuami..
saya tengok elok je..
tapi tau selera enSuami, tak suka kasut tajam2, halus panjang, di depan, hahaha...
Cuma satu ja, saya nampak dia ada test kasut POWER...
nak beli, tak nak beli???
last2 tak beli sebab kat rumah ada lagi, beli tahun lepas...

Saya pulak, memang tak pandai la nak pilih kasut..
dah ambil satu pasang, tanya enSuami, OK tak?
dia jawab tak yah lah...
bila tanya kenapa, macam kasut orang tua je...huahuahua....


Memandangkan tak ada apa yang berkenan, kami pun nak keluar la...
masa tu enSuami ternampak kan kasut booties ni..
Dia saja je buat lawak, Sayang pakai kasut koboi ni je la, hahaha dia gelak....
Sungguh ni? Ayang memang teringin pun... OK ke kalau ayang pakai, hehehe....

Sebenarnya dah pegang dah sebelum tu..
saya perasan ada dua pasang je lagi....
nak try pakai, malu2 pulak...
memang teringin lama dah nak beli booties macam ni...
peminat Korea la katakan...

Rasanya masa di U dulu pun, pernah beli sepasang, cuma jenis kulit, walaupun bukan original kulit...
tapi sebab dah teringin, harga mampu, try la beli sepasang...
sedondon dengan BFF.
berstyle la sikit zaman tu, hahaha....

Walaupun dia macam terkejut, saya minat kasut ni...
dia suruh la juga, cuba pakai, muat ke tak...
saya dah seronok la ni, kalau pakai dengan dress n jubah, memang smart la ni...

Dok tengok cerita Kak Marr pun, CheTa banyak pakai booties..
wuhh berstyle betul la tengok CheTa berfesyen...


Apa lagi, dah enSuami kata smart...
haruslah ambil satu...
tapi tertanya la jugak, OK ke untuk jangka masa panjang, hahaha...
Saya ni jenis beli satu kasut je...
memang kekerapan nak beli kasut tu, jarang2..
dah rosak sangat, tapak dah bocor, stoking selalu basah, baru nak beli baru..
sebab tu bila nak beli kasut, memang tak reti la nak pilih...
kena tanya enSuami, OK ke tak, OK ke tak....
kalau dia kata OK, sesuai, smart, baru boleh amek...
kalau tanya saya sendiri, apa yang murah, saya amek, hahaha...


Untuk warehouse ni, saya bayar RM20 untuk booties ni...
warehouse ni sampai 28hb Feb, Ahad ni...
tapi secara keseluruhan, tak ada kasut yang best2 pun...
Jenama BATA, tau2 je la design nya macam mana...
Kalau nak kasut POWER, boleh pi tengok...
Kalau nak jalan2 saja2 nak tengok pun boleh....


Terpulang kat korang...
Tapi tak jamin la, korang boleh beli kasut ke tak....
nama pun penghabisan stok, memang stok lama2 je, dalam tahun 2014, mungkin???

Tuesday 23 February 2016

RESEPI : Lasagna Coklat

Assalamualaikum...

Sambungan makan besar Chinese New Year..
eh eh, macam kita pula yang sambut raya, ekk...

Bukan apa, adik2 ipar yang bekerja tu, semua cuti, semua ada di rumah..
kebetulan ada sorang yang sambut besday...
suka la nak buat makan2...

Di kesempatan ini la saya nak cuba satu resepi ni..
dah lama terliur nak buat...
baru2 ni ada beli cream cheese, jadi tibalah masanya untuk mencuba...


Hari yang sama saya pulun buat trifle..
masa ni juga la nak buat lasagna coklat ni...
memang lintang-pukang la dapur ni...
enSuami pun terpaksa diheret sekali ke dapur, wakakaka...

Awal tu, dia keluar belikan biskut oreo, tepung kastad dan santan kotak...
lepas dah beli, buli enSuami kisarkan biskut pula...
pastu penyekkan biskut dengan mentega cair..
pastu cairkan coklat lagi...
macam2 la kena...hahaha...

Resepi jumpa di blog kak AnaSuzana...
spesies dessert ni berlapis2 juga..
dah nama pun lasagna, haruslah berselang-seli, huahuahua...

Langkah 1 (Oreo)
2 bungkus biskut Oreo.
5 SB butter dicairkan [saya guna 4SB Planta]

Cara-Cara
Kisar biskut oreo bersama dengan krimnya sekali..
Kalau ada food processor boleh masuk terus dengan butter..
Kalau guna blender biasa, kisar kering saja.
Butter tu boleh dicairkan guna microwave [Menu Defrost, 1 minit saja]
Kalau tak ada microwave, boleh cairkan butter guna non-stick pan atas api dapur..
Kemudian tuang cairan butter ke biskut dan gaul rata...
Padatkan biskut tu di permukaan bekas yang hendak digunakan...

Langkah 2 (Puding Coklat Bersantan)
1/4 C tepung jagung
1/2 C gula kastor
Secubit garam
1 1/2 C Susu Segar
1 1/2 C Santan Kotak
200G dark chocolate
1 penutup penuh esen vanila
1 SB serbuk koko..

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Masak secara double-boiled.
Sebaiknya gunakan whisker supaya bahan2 tidak berketul..
Bila adunan semakin menjadi likat, boleh tutup api, dan biarkan sejuk..
Likat macam susu pekat, tapi takkan membeku seperti puding/agar2...

Langkah 3 (Krim Keju)
250G cream cheese
2 SB susu segar
100G gula aising
300ML non-dairy whipping cream

Cara-cara
Dalam bekas mixer, putar cream cheese yang dibiarkan sejuk dalam suhu bilik sehingga lembut.
Kemudian masukkan gula dan susu segar, putar lagi sehingga sebati. Ketepikan.
Dalam bekas lain, putar whipping cream sehingga kental. Pastikan whipping cream baru dikeluarkan dari peti sejuk. Kental bermaksud, tidak tumpah, jika mangkuk diterbalikkan.
Kemudian adunan cream cheese tadi dituangkan ke dalam bekas whipping cream.
Guna spatula untuk kaup-balikkan kedua-dua adunan sehinga rata dan sebati.


Lapisan pertama, kita rata dan padat2kan bancuhan biskut bersama butter..
Kemudian ambil adunan keju, tuang ke atas lapisan biskut tadi...


Tuang separuh sahaja dari adunan keju tu...
Lepas keju, tuang pula puding coklat yang dimasak awal tadi..
sambil buat kerja lain, kacau2 puding ni supaya dia tak berketul..


Adunan coklat ni boleh tuang habis..
tinggal sikit je, dalam 2 SB untuk hiasan atas nanti..
tu pun kalau nak hias la..
kalau tak nak, boleh tuang habis..

Kemudian ambil lagi adunan cheese tadi dan tuang sehingga habis..
ratakan perlahan-lahan, sehingga menutupi permukaan puding coklat..


Akhir sekali boleh hiaskan dengan buah strawberry..
masa ni memang tak beli pun..
guna je nenas tin koktel tu...hahaha
saja2, tambah parutan coklat di atas..
kalau ada coklat cip, boleh guna coklat cip..lagi comel..


Lebihan puding coklat tadi, boleh masuk dalam piping bag untuk lorekkan di atas permukaan buah2an tadi..
corak ikut kreativiti korang...


Dapat la berlapis-lapis gini...
itu la asbab dipanggilnya lasagna kot..

Rasa puding coklatnya best sangat..
adik2 ipar kata macam makan chocolate indulgence secret recipe tu ha...
hari tu terlebih banyak simpan untuk hiasan tu, so meratah je coklat tu, nyummmm nyumm sorang2 kat dapur...
sapu pada roti pun sedap...
katanya macam coklat nutella tu..
lepas ni boleh la buat lagi puding tu, boleh ganti jem nutella, ngeh ngeh ngeh...

Selepas dah siap hias semua, simpan dalam peti sejuk dulu..
dalam sejam atau lebih baru sedap dimakan sejuk-sejuk...

Satu lagi bekas puding trifle juga, untuk bawa balik...


Menghabiskan buah-buahan koktel dan whipping cream...
bermanis-manisan lah kite di hari raya, kekeke...


Makan besar untuk raya dan besday...
Lepas ni nak cari dessert apa pula yang best ekk???

Monday 22 February 2016

RESEPI : Puding Trifle Berkrim Putar

Assalamualaikum...

Huh, lama sudah tak bersiaran...
malas2 gitu...kekeke...

Kalau ada yang monday blues hari ni..
meh nak kasi semangat sikit...
tengok makanan warna-warni, kasi terbuka mata tu, wakakaka....

Alkisah sambutan hari raya Cina lepas, semestinya makan besar kan...
aljiran saya kan berbangsa Cina...
sebelum nak raya tu, dapat la sekotak limau mandarin, Uncle bagi...
waa, best tu...
Alhamdulillah rezeki...
rumah ni jarang ada buah-buahan...
sokmo lupa jak nak beli, hihuuu...


Hari raya, hari Isnin kan, tapi selalunya makan besar pada malam sebelum raya...
makanya hari Ahad tu, saya siapkan puding trifle sebagai pencuci mulut untuk jamuan mereka..
nak bagi makanan jenis lain, mungkin makanan mereka pun dah banyak kot...
sebab jiran sebelah ni, kategori ibu bapa, jadi anak2 atau saudara yang muda2, akan datang ke rumah mereka...
menganggarkan pencuci mulut, semua boleh makan, sejuk2, manis2, OK la kot, huhu...

EnSuami dok tanya, bila nak buat pavlova?
saya pula naik hairan, kenapa nak buat pavlova?
rupanya dia ingat akan bagi pavlova lagi tahun ni...
Laa, banyak lagi makanan dalam dunia ni, takkan pavlova je tiap2 tahun, bagi la yang lain pulak kan, hahahaha..

Resepi triffle ni banyak je kat internet..
dah lama resepi ni hot, tahun 2012/2013 gitu...
pernah makan sekali, ada kawan bawa potluck semasa Usrah..
saya rasa sesudu je, pastu tak lalu dah...
masa tu macam tak boleh diterima tekak, ada kek, puding dan agar-agar/jeli, pada satu masa...
orang lain semua puji, sedap-sedap....
sampai la ni, baru teringin nak cuba buat...

Resepi trifle sekarang dah berinovasi..
ada tambahan whipping cream plak sebagai finishingnya...
tu yang teringin nak cuba...

Saya rujuk resepi di blog LinaPG

BAHAN A (LAPISAN KEK) 
Kek Swiss roll secukupnya
Air dari jus koktel

CARA-CARA: 
Swiss roll dipotong setebal 1cm.
Masukkan ke dasar mangkuk.
Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk.
Tekan2 sket supaya padat.
Siram/renjiskan dengan air/jus koktel ke atas kek/swiss roll.
Tujuan supaya lapisan kek agak moist.
Ketepikan

BAHAN B (KASTAD) 
1 cawan rata tepung kastad
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat guna tin susu cair)
1 tin buah2 koktel (asingkan buah dan jus)

CARA-CARA: 
Satukan semua bahan, kacau hingga kastad sebati dan gula hancur.
Kemudian masak atas api yang kecil hingga pekat.
Kastad akan kelihatan sedikit meletup2.
Tutup api.
Curahkan adunan kastad ke atas lapisan kek (Bahan A)
Susun buah koktel ke atas adunan kastad sambil ditekan2 sedikit supaya buah tidak terapung.
Sejukkan sebentar.

BAHAN C (JELI)
1-2 titis pewarna merah

CARA-CARA
Ikut arahan sukatan air dan gula pada bungkusan jeli.
Masak sehingga serbuk jeli, gula larut dan pekat. Tutup api.
Tambahkan pewarna yang dikehendaki.
Curahkan ke atas adunan kastad.
Curah perlahan menggunakan senduk/sudu.
Mulai dari tepi supaya lapisan tidak bolos dan bercampur warna.
Sejukkan sebentar.
Pastu pindahkan ke dalam peti ais hingga jeli dan puding keras.


Sediakan bekas lutsinar...
supaya boleh nampak lapisan demi lapisan yang berwarni-warni ni...
kalau tak ada, boleh beli dengan saya, OK...
kek swissroll ni, ikut selera.. nak coklat, vanila, pandan ke..strawberry pun ada kadang2...
saya ada coklat dan pandan je ada masa ni..
beli di Speedmart je...


Buah koktel, ditapis asing dari jusnya...
jusnya boleh guna untuk renjis-renjis pada kek..
supaya kek lebih lembab dan lembut bila makan...


Selepas selesai sediakan kek...
boleh bancuh kastad pula..
bancuhan kastad ni, perlu dibancuh larut, kalau ada ketul2 juga, boleh tapis..
lepas tapis, baru masak...
masak sampai likat2, meletup2 sikit...
kemudian tuang terus ke atas kek....


Untuk cubaan saya, dalam kastad, saya tak letak semua buah-buhan koktel..
ada beberapa ketul je nenas yang saya letak, saja nak rasa masam2 pada kastad tu...
lepas buat puding ni, saya biarkan puding tu sejuk dulu, kemudian baru masukkan ke dalam peti...

Sementara puding sejuk, kita boleh teruskan memasak jeli pula...
ini ada beza sikit bungkusan serbuk agar-agar atau serbuk jeli...
sebelum ni, saya pun tak tahu apa beza antara dua ni...
kemudian ada terbaca, di satu blog, dia bagitau, untuk trifle, guna jeli supaya bila makan, lembut2-gedik2 gitu..
kalau guna agar2, bentuknya statik, keras-kedung katanya...
so, jangan tersilap beli...


Kalau ada serbuk agar2 je, boleh juga guna, cumanya hasilnya gitu la, keras sikit..
Masak serbuk jeli, ikut arahan di belakang...


Bila semua dah larut, tutup api dulu...
Saya asingkan sikit ke dalam mangkuk, letak pewarna hijau...


Ini untuk tujuan hiasan di bahagian atas whipping cream nanti...
kalau tak nak buat pun tak pe...
ada juga yang gunakan buah-buahan masam seperti strawberry, kiwi dan lain-lain...
ikut selera masing-masing lah ye...


Yang lebih dalam periuk, boleh letak kaler merah...
masa ni saya letak perasa strawberry, so warnanya secara langsung jadi merah...


Bahgian ni yang saya tukar..
keluarkan puding dari peti sejuk, susun buah-buahan koktel di atas puding..
buahan koktel yang saya beli agak banyak, jadi dapat melitupi semua permukaan...
kemudian boleh tuang jeli tadi perlahan2...


Tuang sehingga menutupi semua buah2 koktel...
ada tinggal sikit je untuk hiasan nanti...
biarkan sejuk sikit, kemudian masuk peti lagi...


Haaa, setakat ni, dapat la 3 lapisan...
Coklat-kuning-merah...

Lepas zohor gitu, operasi whipping cream pula...
whipping cream non-dairy, jenama apa pun tak kisah...
saya sukat 1 cawan (240ML) dan pukul sehingga kental...


Jeli yang diwarnakan tadi, boleh dihancur2kan guna pisau...
kalau guna agar2, senang nak cincang dengan pisau..
kalau jeli ni, dia liat2 sikit, sabau je la nak cincang2 ni...
kalau ada buah lebih2, nak tabur2 lagi untuk hiasan, boleh juga..
kalau ada strawberry-kiwi tu lagi cantik la, dah tak perlu lagi jeli warna-warni ni..
asbab tak ada buah, saya ganti dengan jeli2 ni saja...
untuk bagi lebih ceria dan berwarna-warni...


Whipping cream boleh guna piping bag untuk hiasan..
guna nozzle bintang bilah 9-12 gitu..
baru nampak ada bunga2...
kemudian boleh tabur jeli atau hiaskan dengan buah-buahan ikut kreativiti...

Selepas hias, masuk peti sejuk lagi untuk kekalkan kesegaran whipping cream tu..
lepas Asar, kami siap2 semua nak balik rumah mertua, masa tu baru bagi kepada Uncle...


Balik dari cuti tu, Uncle pulangkan tray ni dengan isi yang pelbagai...
angpau untuk Hafni pun ado...
Alhamdulillah...


Orang memberi, kita merasa kannn..
gitu la...

Babai....

Thursday 4 February 2016

RESEPI : Wantan Goreng versi western...

Assalamualaikum...

Hari Isnin lepas, kehabisan idea nak masak apa untuk sarapan...
nak buat nasi goreng, dah jemu sangat, bihun pun jemu...
mee, koteow semua tak ada...

Dok usha2 dalam peti beku, nampak kulit wantan yang dah lama tak terusik...
emm macam best juga kalau nak makan wantan...
malam tadi punya la teringin nak makan steambot..
tapi enSuami malas nak pi Giant...
so mengalah je la dengan mi goreng mamak dengan 2 biji roti canai..

Untuk inti kali ni, nak guna sosej je...
tinggal 3 biji lagi, 2 biji bahagi 8, 1 biji lagi salai untuk Hafni...


Bila bahagi sama rata, senang sikit nak urus...
dah tau berapa keping kulit wantan nak kena kopek..
dah tau berapa biji akan dapat nanti...


Salai kering saja, tanpa minyak...
kalau nak letak boleh juga, tapi letak sikit saja..
kalau berminyak sangat, mengganggu proses nak bungkus nanti..
saya suka kering saja, sebab lepas ni, akan goreng guna minyak lagi...


Sambil2 nak tunggu sosej disalai, boleh dadukan sebiji bawang besar...
saiz bawang besar di rumah saya ni, kecil2 je...
sesuai untuk satu biji, sekali masak..


Boleh sosej dah masak, boleh gaul rata bersama bawang...


Selepas tu, boleh tambah sayuran apa yang korang suka...
kalau ada sayur campur, OK juga letak...
masa ni ada carrot saja, so parut carrot je la...


Untuk perasa, saya guna sos BBQ Heinz macam gambar dalam resepi Quesadillas dulu..
dah banyak lagi..
elok la guna selagi boleh guna...
kalau nak tambah serbuk lada hitam, garam, boleh tambah masa ni...


Seperti biasa, daun sup jangan lupa..
dapat masuk daun sup ni, buat aroma masakan jadi lebih harum dan sedap....
cewahhh...


Dan terakhir sekali, selepas tutup api, boleh la parutkan sikit keju cheddar..
kalau ada mozarella, letak masa bungkus wantan nanti ye...

Nak cakapnya versi western sebab guna sosej, sos BBQ dan keju...gitu..
kalau wantan Chinese style mesti la guna minyak bijan kan...
saja ja tajuk tu...

Rasanya, dah ada kot, orang lain buat..
yang ni saya buat hentam apa yang ada depan mata je..
dah kebosanan dengan resepi biasa untuk sarapan...
saja2 cuba lain sikit...


Kulit wantan ni, sebelum nak mula menggoreng inti tu, boleh la keluarkan dari peti beku dulu..
bagi kulit lembut sikit, baru boleh nak kopek satu demi satu...

Kalau nak letak mozarella, masa ni la, sebelum nak bungkus tu...


Letak kulit wantan, letak inti, kemudian sapukan air kosong pada sekeliling kulit wantan.
nak bungkus wantan ni terpulang pada kreativiti...


Nak bungkus cara bunjut boleh...
bungkus cara bakul boleh..
bungkus cara nasi lemak boleh...
bungkus macam handbag pun boleh...


Saya bungkus, ikut dan je jadi macam mana, wakakaka...
saya suka bungkus macam handbag...tapi tak selalu jadi..
sebab tak ingat sangat step tu, main lipat2 je, kalau jadi, jadi lah...
kali ni pun, dapat satu je bentuk handbag...


Selepas dah siap semua bungkus..
boleh panaskan minyak...
goreng dengan api sederhana...
kalau dah bertukar warna perang tu, boleh angkat dan toskan...


Boleh dihidangkan bersama sos dan mayonis..
atau apa juga sos-sos pencicah lain yang korang suka...


Sarapan pagi Isnin lepas...
ada pula yong tau fu pasar malam tak habis makan...

Hidang sekali la, enSuami suka sangat yong tau fu ni..
kuah yong tau fu ni pun sesuai juga makan bersama wantan....
krup krap krup krap makan sampai habis 16biji wantan...

Sekian saja, siaran resepi untuk hari ini..
Resepi sarapan simple luar dari biasa..
Selamat mencuba, hehehe...



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers