Search This Blog

Showing posts with label Persiapan Persekolahan. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Persekolahan. Show all posts

Monday, 17 February 2020

Almari : Pengurusan pakaian Sekolah enSuami dan harian dia

Assalamualaikum, Anneyohaseyoo

Lama tak cerita panjang-panjang kat blog
harap dapat menulis semula.
Bagi mai dulu mood nak menulis.

Anak yang kecik dah besaq dah la kan..
boleh buat hal sendiri dah, walaupun kadang-kadang pantang tengok Umi duduk, "Umi nak suuuuuu"
ini memang takde harapan nak elak, layankan je la..
anak last dah, harap tahun depan dah boleh putus susu, bila dah mula sekolah, Aminn

Tahun ni best sangat.
sebab anak sulung, Hafni Azzahrah dah darjah 1.

Pastu plak Abinya dah tukar sekolah.
dari sek men biasa, pindah ke Kolej Tingkatan 6.
dari sekolah sesi petang, dah sekolah sesi pagi tahun ini.

Boleh la sama2 pergi sekolah dengan Hafni.
Umi is rilek kat umah, yeahhh..

Minggu pertama persekolahan, Umi kalut2 dengan komputer nak siapkan benda remeh2 untuk sekolah Hafni, almaklumlah #makanakbarumasuksekolah punya semangat lain maciamm orang kata..
dok menghadap komputer, masa berlalu tak sedaq..
ingat dah pukul berapa dah, tengok2 jam, aik baru 9.30???

Selalu pagi2 macam ni, jarang ada kat umah.
enSuami kan sekolah petang, pagi2 je kalut la nak ajak pnIsteri dia ke sana, ke sini.
jadi bila enSuami tak da waktu pagi, wowww lapangnya masaaaaa..
boleh rileks kat umah, tak gaduh nak keluar2..
Almaklumlah, kalau ajak keluar tu, satu perkara yang amat berat bagiku nak bersiap, nak keluar.
ai is suka dok umah tau tak, kalau boleh tak mau langsung nak keluaqq, hahahaha

Dalam bulan kedua ni, saya dah boleh uruskan masa.
dah sempat dah nak basuhkan baju2 enSuami.
sebelum ni dia uruskan sendiri, sebab tengok masanya lapang je kan..
basuh baju sendiri, gosok baju sendiri.
walaupun sakit mata tengok dia, yang tak terurus pakaian dalam almari ikut kriteria yang saya buat awal2 dulu..
tapi.....................
biaq je la.........
dah dia yang buat sendiri...

Kadang2 senyap2 susun baju2 dia masa dia pi sekolah.
berapa tahun ya, dari blog ni senyap, sampai tahun ni baru nak menulis semula..
maknanya selama tu la, saya hanya melihat sahaja lebih kurang 2-3 tahun kot..
open wardrobe kami, masih seperti mula2 beli dan pasang.
takada apa2 pertambahan aksesori.
kedudukan almari ja yang berubah.
sebab saya ubah kedudukan katil.

Dalam perubahan masa 3 tahun ni, online shopping yang menjadi tumpuan hidup setiap hari, wakakaka..
sampai blog xdan nak buka dan tulis..
tengok Shopee lagi best, erksss


Selepas rombakan bilik yang dok sidai baju basuhan kepada bilik tidur Hafni
saya perlukan ampaian baru untuk gantung baju, yang dah siap digosok, terutama sekali baju2 sekolah.

Dok survey lama kat shopee tu, enSuami nak yang IKEA tu..
lama2 jumpa pattern baru..
nampak macam IKEA tapi bukan IKEA.
yang ni lagi best sebab kaki dia ada 2 line.
so boleh buat letak2 kotak, beg atau kalau omputih suka letak kasut kat almari/ampaian baju dia.

Dan pattern ni ada pilihan kaler2 selain putih sahaja mcm IKEA tu.
so first time beli, saya beli kaler pink untuk bilik Hafni.

Kali kedua beli lagi kaler hitam dan putih plak.
Best tau ada ampaian ni..
Hitam untuk enSuami.
yang putih saya letak kat dapur, sebelah mesin basuh.
tempat kami nak sidai baju, sebelum nak bawa jemur kat luar.

Ampaian Crocodile tu masih lagi guna, cuma dah tukar ke luar rumah
Sepenuhnya dah pakai paip PVC untuk elbow ampaian tu..
idea tu memang bijak sangat, pastu enSuami tambah lagi kebijakkan tu, dengan 2inci lagi PVC untuk atasi kelonggaran yang saya sumbat dengan kain2 atau salotape2 sebelum.

Link entri untuk idea tu, kat sini, bagi yang dah lupa atau belum pernah baca lagi, kekeke.

Jadi, pagi2 enSuami tak ada kat rumah..
saya dah boleh uruskan semula pakaian2 kotor dia..
dan juga baju2 sekolah yang perlu digosok tu..

Style saya jenis gosokkkkkk banyakkk buat stok seminggu ke sebulan ke..
baru la puas hati, senyum je tengok baju tersusun kemas.

Minggu pertama bulan Feb ni, saya gosok banyak2 baju kemeja cotton dan kemeja batik.
minggu kedua saya habiskan baju raihan dia untuk pakai hari Jumaat.
sebab awal2 tu, dia tengok2 dulu cikgu2 lain punya trend..
boleh ke tak pakai baju raihan ke sekolah.

Minggu pertama tu lagi la skema, siap dengan tie lagi.
pastu tak pakai dah, katanya orang lain tak pakai pun, huaaa..
jadi semua baju sama macam sekolah lama la..


Saya pilih baju pun ikut warna jaaa..
hari tu amek pink n purple je..
sebab tengok dah lama enSuami tak pakai pink..
so gosok semua baju pink dia..
mau tak mau dia kena pakai gak...wakakaka...

Selepas 3minggu gak kot tak basuh kain pelekat dia..
Selasa lepas, saya habiskan kain pelekat dia dalam bakul dengan 2 round basuhan.
27pcs.. kira tau, sebab nak cari hanger bagi cukup..
hanger dah mula susut..
bukan hilang, tapi baju bertambah banyak sangat.

time sidai pun nak susun ikut kaler2 jugak, wakaka
Kain pelekat2 ni baru je basuh, saya sidai macam ni terus.
siap belipat 4, gantung kat hanger, bawa jemur kat ampaian luar.
kalau cuaca panas elok, kering ja kain pelekat ni..
kalau tak berapa panas tu je masalah sket, segan2 je dia nak kering.

Buat camni terus, sebab nak cepat setel kerja.
basuh time sidai terus lipat.
so bila kering nanti dah tak perlu lipat.

Pakaian enSuami semua bergantung.
yang tak bergantung, singlet, seluar kecik, stokin.
yang kecik2 ni saya sumbat dalam poket2 gantung tu,
ala mcm IKEA dok sumbat kasut tu, tapi yang ni saiz kecik sket la.
saya beli kat shopee gak, harga dalam RM2/4 camtu.
senang nak simpan pakaian kecik2 tu..

Dua tahun ni, bertambah2 tshirt jersey dia.
Zaman sekarang, duit jenuh betul la..
buat program je, buat tshirt.
pergi program je, dapat tshirt.
bertambah la baju2nya..
tak abgi bawak balik, tak boleh jugak, dah dapat free kan, emmm

Mula la akai pnIsteri ni, nak mem"buang" baju yang dah lama2 tak pakai, berhabuk sawang tu..
bila nak boleh buat tak tau..
harap ada masa senyap2 nak sisihkan baju2 tu.

Kalau masuk BOX MAKNA KANSER tu, betul ke dia hantar lupus pakaian2 tu?
bukan dia jual balik untuk kumpul dana ke?
sape tau ekk..

Kalau dia hantar lupus je semua, tak kira elok ke buruk ke?
boleh la sekaligus je hantar sana..

Kalau nak kena grouping ni yang lambat sikit nak setel, huhuhu.
kenapa orang laki dia sayang baju2 dia ya, sanggup simpan saje, walaupun tak pakai/tak muat/ketinggalan zaman, nak juga simpan???
ke enSuami ai je camni, huaaaaa



#TautanHatiNabilaHasyim

Monday, 13 January 2020

Sekolah: Label untuk Jadual Harian Persekolahan Hafni


Projek hari ni.
Siapkan jadual sekolah Hafni.
Tapi ni baru setel sekolah agama.
First time, try buat sendiri.πŸ˜™
.
Mula2 dah beli A4 sticker, tapi hari ni tak sempat dah nak cetak semula pada sticker. Guna yang cetak pada kertas biasa je, kertas recycle lagi, hahaha. Alang2 nak salotape kan saje, guna je la apa yang ada πŸ˜¬.
.
Hafni cuti hari ni, berikutan selesema, datang batuk dan demam. Dah ke klinik untuk test influenza, keputusannya level C.😷
.
Alhamdulillah hari ni dah tak ada selesema, demam pun dah kurang, batuk2 je ada lagi. Sepetang ni dia tidur lena, mudahan lekas sembuh, Amin πŸ™‚


Tahun 2020 ni, tahun pertama anak bersekolah darjah 1. Tahun pertama juga enSuami pindah sekolah Tingkatan 6. First time ni dia sekolah sesi pagi. Saya setuju sangat bila dia tanya pendapat nak tukar sekolah ni.. Masa dia cuba apply tahun lepas, pergi temuduga, 3 orang perempuan, 1 lelaki, dia seorang yang dapat.. rezeki sebab lelaki, wakakaka.. Susah nak jumpa cikgu lelaki kan.. Padahal 3 orang guru perempuan tu, lebih hebat daripada dia sebab umur diorang dah 40-an, pengalaman lagi banyak, level Kebangsaan pun adoo..
.
Jadual sekolah enSuami pun print sekali. Sebab setiap hari, waktu balik tak sama, huuu.. yang ni yang tak best, pagi2 dah takleh pi shopping barang dapur sama2.. saya pun jadi malas nak keluar sorang2, ngehh..
.
#makanakbarumasuksekolah
#organizingismyfavourite

Friday, 27 December 2019

Meja IKEA Adils Linnmon untuk Hafni

Ada orang tu semangat mewarna buku princess nye tuh.. 

Image may contain: one or more people and people sitting
Dah ready meja n kerusi untuk masuk sekolah. Happy lah tu.😘

Terima kasih Abi beli meja. Baru la selesa nak sekolah. Tiap2 bulan Hafni tanya, bila meja Hafni nak sampai πŸ˜‚.
Umi janji nak beli online je senang.πŸ˜… .

Image may contain: indoor

Tapi Abi nak IKEA jgk, ikut je la pi IKEA beli meja.

Dalam web, nampak birunya mcm terang.
Bila tengok real, okay la Navy blue. .
Memang dah jatuh cinta sangat dengan Navy blue, semua nampak cantekk 😍


 #ikeadamansara #setadilslinnmon #navyblueinthehouse




#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

Thursday, 26 December 2019

Promo Gunting Rambut RM 5 by #2020BarberShop


Barbershop 2020 kt Sekinchan.

Image may contain: 1 person, sitting

RM 5 je promo hari ni, kedai baru buka
Hari ini sahaja 26/12/19 sampai 10mlm

Image may contain: one or more people and indoor

Cawangan baru di Sekinchan
Servis terbaik, kemas, bersih, puas hati πŸ‘

Image may contain: indoor

#hebahansekinchan #guntingrambut #backtoschool @ 2020 barbershop


#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 
Daisypath Anniversary tickers