Search This Blog

Wednesday 27 August 2014

RESEPI : Daging Merah ala Thai dan Tauhu Sumbat

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, hari ini best sangatttttt...
Sebab dapat masak 2 masakan yang dah lama teringin sangat nak masak.
Yang pertama Daging masak merah ala Thai.
First time makan masa belajar kat UKM dulu, kat kafe KUO je ada masakan ni.
Saya kalau tetiba tengah kuliah teringat daging merah ni, terus terliur.
Set terus kepala otak nak makan daging tu masa rehat nanti.
Kalau tak dak kawan yang free nak teman, makan sorang2 pun saya sanggup.
Selalu ja makan sorang2 kat KUO tu, janji dapat makan daging merah tu.
Sehingga la tetiba tender bertukar, tukang masak pun bertukar kot, dah tak ada dah jumpa daging merah tu kat situ.
Sedihnyaaaa...
Sehinggalah minggu lepas, asalnya nak cari resepi lain, tetiba nampak popular post, Daging Masak Merah ala Thai.
Macam kenal je daging tu..
Saya nak sangat tau apa rahsianya yang jadi merah macam tu.
Sebelum ni penah bincang dalam group mana entah, diorang cakap memang ada sos khas untuk masak merah tu.
Boleh dapat kat Klate atau Siam jek...
Alaaaa, mana nak cari jauh nun di sana...
Sumber resepi, boleh klik sini, Fiza's Cooking
Semalam baru je beli daging lembu.
Bercinta dari semalam lagi nak masak hari ini.
Pagi tadi, time sarapan dah kuarkan siap2 daging untuk defrost.
Semangat kot.
Bahan2 dia senang je kan...
Cuma ada beberapa yang saya durhaka sket dari resepi asal.

Pertama sekali dia cakap rebus daging dengan pewarna merah. Lepas empuk baru hiris.
Tapi saya hiris siap2...
Sebab nanti masalah kalau panas2, baru nak hiris, lambat lak kang.
pastu, dulu ada housemate pesan, kalau masak daging, kena letak halia.
Halia berfungsi untuk nyahkan bau hanyir kat daging.
Ok saya patuh aje......

Mari kita rebus daging.


Saya guna ros sirap tu je.
Pewarna merah tak ada, kaler pink ada la.
Macam tak sesuai jek daging kaler pink.


Tapi kalau hiris awal, daging merekot menjadi kecil la sikit.
Tapi saya OK je, korang terpulang nak buat macamana.
Kalau ada pressure cooker, OK la.
Saya guna periuk zaman tok nadoq je [istilah mak saya panggil kat periuk bertelinga ni. Asbab ni, dapat set periuk Vision, free Mak bagi, yahooo]

Lepas dah selesai rebus.
Dia suruh goreng sikit.
Nak tunggu kekuningan tu camna ya, sebab daging kita kan merah, Mak Ngah, hehehe....


Lepas goreng, tos dan ketepikan.
Tumis bawang plak...
Haaa, yang ni saya salah.


Punya la tak sabaq, orang suh tumis bawang putih jek..
Saya pi masuk sekali bawang besaq tu...
Heh........


Dah wangi bawang, masukkan 1 SB cili kisar.
Masak cili shingga masak.
Sambil boleh masukkan sos tomato, sos tiram, sos ikan.

Yaaa, kat sini rahsianya..
Kalau masakan Thai mesti guna sos ikan.
Dulu Abang saya ajar buat kerabu Thai ke, Somtam ke, memang sos ikan ni tak tinggal.

Jadi, kalau Chinese cuisine = minyak bijan
Thai cuisine = sos ikan plak...


Lepas tu masukkan daging.
Saya banyak letak air [guna air rebusan yang tak habis tadi] untuk basahkan semula daging tadi.
Sebab dah mengecut sikit kan. Lagipun nak kuah banyak sikit.

Pastu dia cakap kalau nak tambah kacang panjang boleh juga.
Tapi tak ada plak arahan kat mana nak masuk.
Saya pun ragu2, heh....


Tapi saya decide lepas sambal semua dah masak, baru masukkan sayur.
Saya nak sayur rangup2 tak mau layu2 sangat.
Ini saya guna kacang buncis dan karot.
Tambah sebiji je cili padi, sebab kebetulan ada lebih.
Lagipun memang tak pedas sangat pun, sebab guna cili kering 1SB je kan.
Banyak guna sos tomato ni....

Akhir sekali, gula dan garam...
Manis lebih sikit pun tak pe...
Jadi likat2 gitu...


Tapikan, macam tak puas hati lagi.
Tak sama merah macam kat kafe tu la, hukhuk...
Tengah dok masak tu pun, saya tambah lagi sirap tau, hahaha.
Punya la tak syok sebab tak merah macam kat kafe tu...
Tapi rasanya OK jek...
Kalau yang kafe tu, macam bergetah2 sikit, dia sira ke, dia letak tepung jagung???
LOL.....


Yang kedua ni buat tauhu sumbat.
Saya. kalau tauhu goreng sampai garing, rangup tu, saya sangat suka.
Kalau tahu sumbat ni saya tak reti nak buat.

Paling hampeh, gaul dengan sos cili je, senang hahaha...
Hari Sabtu lepas makan open house kat rumah saudara, ada tauhu sumbat.
Saya amek satu nak rasa.
Intinya macam ada kacang2 sket.
Aik gaul dengan kuah kacang ke...

Macam boleh je nak buat sendiri.
Minggu lepas baru je buat kuah kacang nak cicah dengan cucur udang.
Ada lebih banyak, simpan frozen.
Bila2 nak makan cucur udang, boleh defrost lagi makan panas2....

Yang ni resepi hentam je cara saya....

Tumis bawang pun, pakai bawang besaq je, simpan sikit dari masak daging tadi.


Dah layu bawang, boleh masukkan kuah kacang.
Dia beku2 sikit, jadi masak lama sikit.
Tambah air panas sikit.

Bila kuah dah masak, baru masukkan sayur.
Masa ni ada karot n timun je.
Taugeh tak beli.
Tambah cili padi 3 biji.
Dah masak sayur, tutup api.
Tapi kan, saya ingat2 lupa, isi tauhu sumbat ni memang kena masak atau hanya dicelur air panas saja?
Kalau salah cara ni, kira ni resepi hentam saya lah...
Janji, boleh makan.
Lagipun memang kena masak kat api la, sebab nak panaskan kuah kacang tadi.
Alang2 dah ada kuali, tu yang masak sekali harung je...
Tauhu kena goreng awal sebelum masak inti.
Nanti panas2, susah plak nak isi inti tu.
Habis masak ni, ngam2 pukul 12.
Waktu selalu enSuami makan sebelum ke sekolah.
Kembang hidung, dapat masak special hari ini...
Makan punya la semangat, happy kan.....
 Alhamdulillah kenyanggggggg.........

Sunday 24 August 2014

RESEPI : Aneka Masakan Durian

Assalamualaikum.
Alhamdulillah ada rezeki enSuami dapat beli durian segar dan sedap dari Bukit Fraser.
Masa perjalanan balik dari kem perkhemahan di Ampang Pecah, KKB.
Hari pertama dapat durian, terus saya perisikan buah masuk Tupperware.
Dapat 4 biji RM20.00.
Dah lama sangat teringin nak buat masak tempoyak.
Sebelum enSuami pergi camping tu, dah pesan minta belikan ikan ketul, kenkonon nak masak masa dia tak ada.
tapi tak terbuat pun, almaklumlah makan sorang2, mana selera nak masak sedap2.
Nak masak pun jadi malas.
Masak cincai2 jek...
Bila dia balik tu terus jadi masak tempoyak...
Senang sungguh nak masak tempoyak ni ye....
Tak guna bawang pun, I LIKEEEEE!
Masa google cari resepi, ada dua versi rupanya.
Versi Perak dengan versi Pahang.
Kalau Perak letak Serai.
Kalau Pahang letak Daun Kesum.
Oooh, patut la macam biasa tengok sekejap kesum, sekejap serai.
Ada juga yang tambah lagi daun kantan.
Lagi baguih, ketiga2 dia letak, ini versi SATU MALAYSIA, agaknya...
Saya kat rumah ada serai je.
So jadi versi Perak la.
Kalau ada bunga kantan, daun kesum, lagi sedap kot, wangi.....
Resepi Ikan Ketul Masak Tempoyak
3-5 biji Cili Merah yang dikisar kasar [kalau tak ada, ganti cili kering, rendam lama sikit bagi lembut dulu]
Serai yang diketuk.
1 senduk Tempoyak.
Ikan pilihan [kembung, patin, atau ikan ketul yang lain]
2 cawan air atau lebih
Gula garam jika perlu
Orang yang bagi resepi tu kata, rahsia nak sedap, satukan ikan, cili, tempoyak, air di dalam periuk.
Dan gaul menggunakan tangan! Hah itu rahsianya...
Fuyoo saya pun buat juga. Ini memang air tangan betul ni, hahaha.
Isk, mesti la tangan dibersihkan dulu...
Dah sebati semua, baru masak dengan api sederhana.
Boleh letak serai / daun kesum / bunga kantan.
Proses masak yang slow2 aje....
Tunggu sehingga mendidih.
Boleh tambahkan gula garam kalau tak cukup lagi rasanya..
Puas hati dapat makan ikan ketui masak tempoyak.
Yang enSuami beli ni, tauke kedai tu kata, ikan senangin.
Hentam saja la, janji nampak ikan ketui....
Saya bukan makan pun ikan dalam tu.
Makan kuah je...
enSuami yang habiskan ikan tempoyak tu.
Saya tak reti sangat makan ikan yang tak digoreng dulu dalam masakan.
Rasa geli2 kat tekak, tak boleh nak telan, eeeee.......
Serawa Pulut Durian


Yang kedua ni atas permintaan enSuami.
Dia nak makan serawa sahaja.
Masa cari resepi, terjumpa Mat Gebu makan serawa ni dengan pulut.
Terus teringat, awat tak teringat langsung nak makan pulut durian nih??
Orang Kedah kan makan pulut dengan durian + santan + gula...
Haaaaa, tekak sapa boleh masuk???
enSuami tak leh telan..
Ni tekak orang Utara je ni...

Terus semangat pi masak pulut.
Masak pulut macam masak nasi je.
Saya tak letak santan pun.
Sebab nak simpan santan untuk serawa.

Resepi Serawa pun senang jugakk.

Isi Durian.
[Saya suka letak isi je, biji2 buang. enSuami pun tegur nape buang biji?
Saya tak suka, rimas la ada biji2 ni. Kalau boh isi sahaja kan senang nak makan.]
Santan Pekat.
Gula Melaka / Gula Perang / Gula biasa
[Gula melaka tak ada, saya guna gula perang.]
Daun pandan.
[Nak bagi wangi je, kalau tak ada pun tak pe.]

Yang ni pun satukan semua dalam periuk.
Guna api sederhana je.
Yang penting kacau sentiasa.
Tunggu sehingga kuah menjadi pekat.
Tanda santan dah masak, boleh tutup api.

Makan panas2, sedapnyaaaaaa....

enSuami tak masuk tekak dia, pulut dengan serawa.
So dia cicah dengan roti jek..
Saya pun first time makan pulut dengan serawa.
Saya masak pulut nak makan dengan durian.
Bila pulut lebih, saja2 cuba dengan serawa plak..

Ajaibnya saya boleh telan pulut tu dengan serawa.
Sebelum2 ni, saya jarang makan serawa.
Bubur2 yang manis2 ni, pengat2 ni, saya tak reti.
Macam biasa la, benda lembik2 ni, tekak rasa geli nak telan.

Sebelum tu cuba juga buat cekodok durian.
Xleh pi jugak tekak saya.
Selalu saya makan durian fresh je, termasuk tempoyak.
Kalau masak letak dalam bubur kacang hijau, dalam kuih kasturi, memang tobat terkejut kalau rasa ada durian dalam tu.
Durian crepe OK, sebab durian fresh...
Tapi dah jemu, makan crepe durian.
Ada resepi lain tak yang guna isi durian fresh2???
Ohh ya, hari tu tengok AFC, ada traveller tu makan aiskrim durian kat Thai.
Cara diorang buat, letak aiskrim dalam cup, lepas tu letak isi durian plak.
Jadi la aiskrim durian..
Aik macam tu pun boleh jadi noo...
Ala, tak dak aiskrim plak kat umah.
Isk nak cari aiskrim la plak lepas ni, durian ada lagi, hohohoho....

Wednesday 20 August 2014

DAPUR : Bahagian Kabinet Dinding dan Table top


Assalamualaikum...

Minggu ni saya happy sangat, sebab beberapa kerja yang tertangguh selama ini, dah selesai disempurnakan.
Terutama sekali di bahagian dapur.

Yang paling nampak kat bahagian table top.



Saya ada kecil seciput je bahagian table top yang boleh digunakan.
Lebih kurang 4 kaki.
Dan bahagian ni juga ada kabinet storan di dinding.
Dapatlah 3 pintu.

Walaupun dalam rak tu ada para setingkat, tapi yang guna kerap tingkat bawah je.
Yang tingkat atas tak sampai sangat tangan saya nak capai.
Almaklumlah rendah aje, huhu....


Bahagian atas tu, yang depan2 saya letak barang yang mungkin saya nak guna.
Selalunya pada waktu tertentu sahaja.
Macam teko coklat tu, masa tetamu datang, nak bancuh air panas, baru guna.
Waktu sarapan kami berdua, bancuh terus je masuk mug.
Kosong je kat belakang tu, tak ada apa sangat.
Memang tak ada banyak barang pun.

Yang bahagian bawah, pinggan yang guna setiap hari.
Kotak belang2 merah tu, DIY sendiri.
Guna kotak pinggan tu juga.
Potong dan balut dengan kain.
Yang bahagian mangkuk, guna bakul hantaran kahwin.
Cuma tambahkan sarung, bagi seragam ngam ngam....

Simple je...
Yang pintu sebelah lagi....


Bahagian bawah letak blender, mesinnya.
Dan satu pembakar roti. yang jenis sandwich tu.
Ini enSuami pinjam yang dari Mertua punya, adoi...
Masa tu, musim buat roti bakar sapu mentega dengan seri kaya.
Sedappp...
Kat sekolah dia, koperasi diorang jual kat pelajar.
Tu yang nak try kat rumah tu.
Siapa yang tak pernah rasa lagi, boleh cuba tau, hehehe....
Yang paling atas, ada tray makanan dan loyang kek.
Jarang pun buat kek, letak atas tu, tak ganggu sangat.

Ok, turun kat bahagian table top.


Charger handset tu tak selalu ada kat situ.
Kebetulan cas kat situ, baru teringat nak ambil gambar, cerita pasal ni.
Ada hikmah juga rupanya, hehehe.

Sebelum ini, rak putih, MR DIY tu saya hanya letak sandar macam tu saja, sambil tindih atas bekas ESP Shaklee tu.
Minta enSuami skrukan, untuk biar tergantung, sampai ke sudah tak buat.
Baru2 ni dia pergi camping, masa dia tak ada la, saya bertukang sendiri.

Sekarang rak putih tu, dah tergantung.

Semua kicap, sos cili, tomato dan mayonis saya tuang masuk bekas picit ni...
Mudah dan cepat.
Bersih juga dan selamat.
Tak ada kaca2 lagi.
Persediaan awal untuk yang beranak kecil.
Mana tau nanti Hafni nak makan sos tomato, selamat sikit dia nak ambil.
Yang bekas kaca bawah tu, saya letak milo, kopi dan teh.


Yes, ini la projek yang tertangguh tu.
Papan tu, saya dapat free, Andy Everskill bagi ekstra, masa dia pasang kabinet dulu tu.
Tapi bahagian tepinya, tak comel la sebab bahagian bekas potong dengan mesin kan...
Mulanya saya balut guna masking tape yang putih tu.
Pastu teringat saya ada beli salotape kartun2 kat MR DIY.
Cadangnya nak buat untuk homeschool Hafni nanti, tapi belum buat lagi, heh...

Lagipun ada 10 biji.
Cari corak yang berkaitan sikit, kebetulan ada gambar susu, roti, OK sesuai sikit nak letak kat dapur.
Sikit je, juz nak tambah keceriaan, hehehe...
Lepas tu, saya double sekali lagi dengan salotape yang transparent plak.
Sebab salotape MR DIY tu tak lekat sangat.

Bila ada rak ni, boleh la letak2 minuman lain yang ekstra tu.
Yang paket2 kecil tu, enSuami kutip dari hotel.
Ada2 aje nak bawak balik.
So bahagian bawah kosong, saya happy!

Ingat nak biar kosong je.
Sekali teringat plak, nak keluarkan bekas gula yang saya letak dalam kabinet tinggi.


Ada la 3 sekawan bekas cap Tupperware ni.
Saya buat simpan makanan yang betul2 perlukan kedap udara.
Gula, penting la, tak nak semut masuk.
Yang lebih tu letak biskut.


Selepas tu, dah nak bancuh air, mesti la ada cawannya kan...
Tempat gantung cawan ni, mesti ada kat setiap rumah kan....
Sekarang dah macam2 design.
Ni design lama ni.
Masa rumah sewa bujang lagi, kayu ni macam tahan sangat.
Satu lagi, yang tempat letak tisu.
Yang tu, mak saya ada la.
Saya tak ada....

Ok, bahagian kanan sekali, ada filter air.


Sebelum ni, rumah tak ada filter lagi.
Bulan Ramadhan hari tu, baru mampu nak beli.
Lama dok simpan dendam nak beli filter.
Kualiti air sekarang, faham2 je la...
Tu pun, baru sehari pasang, dah banyak kotoran termendap kat filter luar tu.

Saya dok target nak beli Magic.
Tapi orang tu datang rumah, dok promote semua jenis filter yang dia jual.
Katanya Magic dah lama, model 2010.
Lagipun kebanyakannya recondition.
Sebab tu akhirnya enSuami pilih Winix.
Memang tak pernah dengar sebab baru.
Ini model April 2014..

Tapi rasa baru kat Malaysia je, kat Korea dah keluar model lagi baru, upgrade sikit daripada model ni.
Cuma tak sampai lagi kat pasaran Malaysia.
So, kira model ni, the latest la kat Malaysia.

enSuami pun terpengaruh la nak beli model ni.
Lari la skit bajet dari yang diperuntukkan.
Dah boss sanggup, ikut je la....
Saya memang nak yang ada hot dan cold water.
Walaupun enJamal tu tak recommend guna jenis filter ni.

Katanya kalau rumah, lebih sesuai guna yang filter biasa ja.
Dalam tu ada 4-6 penapis air.
Lebih jimat.
Kalau pattern hot n cold ni sesuai untuk pejabat.
Ye la, kat pejabat kan nak cepat.
Takkan nak kena sediakan peti sejuk heater bagai kat pantry kan...
Kat rumah tak perlu la, sebab ada peti sejuk dan kettle...

Tapi kat rumah pun nak cepat jugak ape kann...
Kang tetamu datang, baru nak masak air.
Lagipun heater saya kecil je, 1 liter.
Tu pun hadiah kawen.
Kami tak ada beli termos pun.

Saya tetap nak hot and cold, sebab table top saya kecil.
Nak jimat ruang.
Kang filter ada besar gedabak dah, nak kena letak heater lagi, heh...
Periuk nasi dah selamat simpan dalam kotak.
Kalau tak, kat situ juga tempat mastautin periuk nasi.

Jadi ruang ni lapang sikit.
Kadang2 kalau hafni nak mengikut juga saya masak kat dapur, saya letak dia atas ni la.
Dengan pengawasan la.
Risau jugak kadang2, letak kat situ.
Tapi nak buat macam mana, dia tak suka duduk kat lantai.
Mesti nak kat tempat tinggi, tahap maharaja maharani anak ni....

Ada perubahan sikit kat sinki.
Dulu tak ada filter, tempat tu, saya buat tiarap pinggan lepas cuci.
Sekarang dah ada filter, memang tak tau nak tiarap kat mana dah.
Akhirnya satu sinki terpaksa dikorbankan, hukhuk...
Rak tu memang rak pinggan.
Kebetulan muat plak masuk sinki.
Jadi guna aje la apa yang ada.
Tak perlu nak beli baru.
Tapak lapik je belum guna untuk apa2 lagi.
Selesai sudah untuk bahagian ni.
Ingat nak sambung dengan laci sekali, tapi internet slow nak upload gambar.
Ini pun dah seharian tunggu uploading, huh...
Lain kali cerita lagi.
Kira bahagian laci, bahagian oven dan bahagian tall unit belum cerita lagi.
OK, babai....

Monday 18 August 2014

D.I.Y : Tempat letak benang aka thread holder

Assalamualaikum.

DIY tentang tempat letak benang....

Guna frame kayu RM 2.
Kualiti macam rak buku....


Banyak lukisan yang cantik2.
Jadi rambang mata nak pilih yang mana satu.
Tapi semua lukisan jenis menegak dan berpasu.

Lama ditilik2, saya pilih yang paling kurang kesan pelik kalau frame ini dilintangkan.
Kebetulan lukisan ni pun tak ada pasu kan....


SEBELUM....

SELEPAS....

Cara nak buat, mudah je....
Saya gunakan paku, dan tukul...
Sebelum itu, kena la ukur dulu barisan dan jarak saiz benang yang dikehendaki.


Hafni menemani saya sepanjang kerja bertukang ni, huhu....
Kadang2 risau la juga, kang terketuk tangan anak ni, aisyyyy....
Tengok tu, suka sangat dia nak cabut paku tu...
Penat2, Umi ketuk, heh......


Dah siap keseluruhan.
Sebenarnya antara dua barisan tu pun, ada baris lagi.
Tapi saya sengaja selangkan dulu.
Benang saya pun tak banyak sangat pun.
Kalau banyak sangat paku, tak penuh dengan benang, tak cantik juga....

Oh ya, nak tunjuk juga realitinya kat belakang frame ni..
Benda ni terjadi, bukan saya ganas sangat ketuk2 paku tu.
Tapi terpaksa buat sampai jadi macam ni...
Sebab papan ni nipis je, kalau saya paku sikit je kedalamannya, nanti paku mudah tertanggal semula.
Senarionya, bila selesai satu paku, nak paku yang sebelahnya, paku yang awal tadi tercabut plak.
Saya cuba paku, sampai tertimbus sikit, baru paku tu tak tertanggal dah.
InsyaAllah.


Cuba gantung, dan tengok keadaan posisinya.
Rasanya dah cantik elok, boleh la masukkan benang....


Selesailah DIY kali ini.
Senang je kan...
Alhamdulillah dapat buat yang sempurna dan kemas sikit berbanding yang sebelum ini.
Dengan bajet yang kecil saja, no hal lah.
Janji cantik, kemas dan tersusun.
Mudah dan senang untuk saya simpan dan ambil.
Boleh jadi penyeri juga di ruang SOHO saya, memandang memang tak ada hiasan apa2 kat meja SOHO ni...

Jumpa lagi, babai.......

Friday 15 August 2014

RESEPI : Sizzling Yee Mee


Assalamualaikum.

Smlm dh try blogging by mobile, hari ni buat lg.
Sekali dh update, baru nk rajin, utk menulis seterusnya.
Nak start enjin tu la, susah sket, hihi.

Hari ni nak share resepi.
Tapi sama ja mcm org lain buat.
Sbb saya pun survey resepi org jgk.

Nanti dok tayang masakan, xletak resepi, ada plak kang yg tya, heh..
Bkn xmau tulis, tp fikir sbb berlambak dh yg kongsi resepi mudah mcm ni..
Apa la nk heran kt blog saya ni kan..
Org dh masak berzaman dh, saya baru nk masak, LOL!

Jom tengok bahan2 dan caranya:
(Ni utk 2 org mkn tau...)

3 biji cili kering (dipotong pendek dlm 1inci @ potong 2)
Halia (hiris halus @ tumbuk)
5 ulas bawang putih (hiris halus @ tumbuk)
Lada hitam (tumbuk halus)

Cili kering tu saya suka gunting pendek2. Lada hitam tu ada jg yg ganti dgn lada sulah. Saya suka lada hitam. Cara shortcut saya, halia, bwg putih, lada hitam, saya tumbuk je senang, pastu tumis dgn minyak panas smpi naik bau.

Dada/isi ayam yg dipotong dadu.
2 cawan air
Sos tiram, kicap pekat, kicap cair.

Lepas bhn tumis dh naik bau, boleh masuk isi ayam. Tunggu ayam masak sikit, baru masukkan air. Air tu boleh tambah lg kalau nk kuah banyak. Kot la ramai yg nk mkn. Lepas tu masukkan sos tiram dan kicap bagai. Selesa dgn selera masing2.

Cendawan shiitake (direndam shingga kembang dan lembut, dibelah 4)
Sayur sawi

Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan cendawan. Kemudian sayur sawi. Klu mkn kt Kedai, masa hidang tu, baru nk letak sawi ats mee tu kan? Dia xpe sbb ada hot plate kot. Siapa yg xda, kena masak sesiap la dlm kuah tu mcm saya ni, hehe.

1 SB tepung jagung ( dibancuh dgn sedikit air suam)
2 titik minyak bijan

Yg terakhir sekali, sblm nk tutup api, masukkan bancuhan tepung jagung. Tunggu sekejap mendidih sikit, titikkan minyak bijan. Tunggu seminit, boleh tutup api dah...

Oopsss...
Boleh tambah gula garam ikut selera masing2.

Yg kali ketiga buat sizzling ni, xda cendawan.
Ada org kata, xda shiitake mushrooms, xfeel la mkn sizzling.
Terpulang PD selera masing2.
Saya rasa xda effect Sgt.
Yg penting saya rasa adalah minyak bijan.
Minyak bijan ni la yg membezakan masakan melayu dgn cina.
Macam nasi goreng cina, sayur pok choy yg pekattt tu. Byk kali Cuba xjadi2 lg, Geram betoi lah..
Sejak ada minyak bijan ni, baru sedap sikit sayur yg saya masak.
Kalau x, haish tengok pun xda selera.
Macam nk masak utk org sakit jek..
Sebijik mcm hospital masak.
Terukkan, huh..
OK, balik td psl resepi, bila nk hidang, ada org kata kena rendam dulu sekejap yee mee dlm air Sejuk. Sekejap je, kurg dr 5minit. Tp klu ada hot plate mgkin xperlu. Kt kedai, mcm xrendam jek. Dari plastik trus masuk plate. Xtau la, belum ada hot plate. Telur pun, saya goreng asing. Nk hidang baru susun2 dlm pinggan, tuang kuah sizzling masa panas2.
Ada rezeki nanti, boleh beli hot plate.
Tapi klu xda mcm OK je.
Xda perbezaan sgt dari segi rasa.
Ye tak....

Thursday 14 August 2014

RUANG TAMU : Bapak gajah dah sampai!

Assalamualaikum.
Huh, mood raya dah habis dah sebenarnya.
Teringin sangat mak update.
Tapi ada je halangan, heh..
Hari ni gagah jgk update by mobile.
Kalau tunggang terbalik, mcm x terurus tu, minta maap la.

Banyak sangat cerita dok terpendam dlm otak ni.
Nak tidur pun susah, asyik dok pikir je..
Kalau ikut tajuk entri, memang pelik la bapak gajah kat ruang tamu kan..
Of course la bkn gajah betoi, hihi..

Ni cerita pasal misi yg ketiga saya.
Untuk kelengkapan Rumah.
Selesai dah.
Punya la lama dok tangguh, setahun la jugak.
Huhu, bajet punya pasal.
Tapi Alhamdulillah, skg dh settle.
Tapi ada sedikit pelik, dan rasa mcm xpatut jek..
Rumah kecik je mcm xpadan dgn sofa, huahua..


Tak terfikir plak nak ukur saiz Rumah sendri dgn sofa.
First time kot, xtau la plak kna kira tu semua.
Masa tu ada ekspo perabot, saja la jln2 tgok cuci Mata.
Sambil tu ada jgk dok fikir nk usha sofa.

Yg saya target masa tu nk fully fabric.
Fully washable.
Dan design pn yg simple je.
Kusyen yg straight je, xmau lekuk2.
Plannya klu esok2 ada bajet, saya rajin, boleh jahit sendri sarungnya kan..
Mesti nak tukar2 ikut tema kan ..
Huh, bajet Hati besaq betoi, haha.

Berangan saja pun xpa la..
Bkn kena byr pn kan...

Sebetulnya, sofa ni sampai sblm raya.
Tapi masa diorg call, enSuami xjawab, mungkin dlm kelas kot.
Lepas raya, baru saya tya semula.
Maklumlah, sblm raya kisahkan nk raya, nk blk Kedah lagi.
Jd xla ralat sgt xda sofa kt rumah.
Bkn beraya kt cni pn, xda org nk dtg pun.

Bila sampai je Lori, driver minta keluarkan kereta, nk masuk Lori.
Punya la terketaq habis, dh lama xdrive keta sejak bsalin.
Dgn Hafni lg dok nangis, xleh nk Lepas, heh..
Selesai parking, dia ckp pintu rumah ada besaq lg x?
Xmuat ni sofa nk masuk.

Kena gaya driver tu pn org Kedah jgk.
Hilang sket kekejangan, blur pn ada jgk masa tu, isk xtau nk kata laa.
Mcm xcaya je, sungguh ka besaq.
Nasib la ada sliding door kt tepi teres.
Tu pun, dua pintu je.
Memang muat2 lah..
Dia kata nsb baik muat, klu x, km bawak blk arr..
Hah???

Sebelum ni, ruang tamu kosong.
Saya biar camtu je, xda buat apa2.
Nasib baik ada jgk karpet, masa rumah sewa dulu.


Kalau ada org dtg, mmg dok bersila kat karpet tu je la.
Sempat gak klik masa dok kosong, walaupun dah ada satu sofa yg dh selamat masuk.
Jadi, selepasnya mmg penuh dah rumah ceq, separuh.
Separuh lg, selepas sliding door dan trus ke dinding toilet.
Lepas pasang semua, rasa semacam je tengok rumah sendiri.
Tapi OK la asbab dh penuh, tak yah lg nk tambah apa2 brg sampingan, huh...
Saya pun xpandai nk hias sgt.
Usha2 rumah org je Cari idea, haha.
Setakat ni dh ada beberapa idea nk buat.
Tunggu masa je nk jd realiti.
Bila tu, xtau la nk hbq.
Setakat 2 minggu bersofa ni, selasa lepas dh tambah satu aksesori penyeri.
Tu pun fikir sebab ruang tu, xdapat dicapai oleh Hafni.
Jadi sangat lah sesuai letak water fountain tu.
Dah lama beli.
Ada juga tempat nk pasang.
LEGA....
Ni kat bhgn penjuru antara dua sofa yg bertemu.
Mmg saya tolak rapat.
Xda ruang nk mencelah.
So, hafni xbo nk main2 air dan kolam tu.
Selamatttt...
Sebenarnya tetiba dpt nama gajah sbb enSuami saya la panggil dia gajah.
Lepas saya Watsap gambar sofa kt dia..
Saya rasa mmg sofa bapak besaq kan..
Cuma saya je terkejut xsangka.
Keadaannya ank JD mcm ni.
Kita mesti jd xsuka, klu rumah jd sempit kan..
Itu je yg buat saya blur tu.
Tapi saya mmg terlupa langsung yg sofa ni kita bo request nk 1+2+3 atau 2+3 saja atau 3+1 ka kannn
Kira ikut suka dan kesesuaian lah kan..
Mmg xingt lgsung...
Tp kira OK kot BG saya sbb pakej lengkap 1+2+3, dgn harga RM 3100.
Saya tengok ada orang 2+3 pun dah RM 4K lebih.
Tapi jenama lain la...
Saya punya COLICO Mavi's Design.
Penah dgq????
Saya pun first time.
Nasib baik enSuami saya puas Hati.
Sbb kusyen dia best, besaq, sedap nak tidoq, hehh....
Kalau tak, mcm2 komplen dia.
Silap xamek sofa kulit....
Silap xamek L-shape...
Silap xamek 2+3 je....
Aishhhhhh
Sabaq je lah...
Dia kata nk tukaq sket susunan sofa ni.
Mcm xsyok je ada sofa kt dinding DPN pintu tu..
Selalu laluan tu sesuai kosong, senang org nk lalu.
Entahlah xleh fikir lg stkt ni..
Karpet je mcm xmasyukk sgt.
Tp kdg2 mcm OK jg, ada kontra.
Ye takkk
Dh ada idea pasal karpet ni.
Nk beli baru, mcm xkan kot.
Saya mcm xminat nk berkarpet.
Baru guna setahun lebih, kaki saya dh gatal2.
EnSuami dh keluar jemur, n siram air, still gatal lagi.
Kulit ni mmg xtahan kot, sensitip sket.
Ke salah Cara penjagaan karpet???
Saya pun x Google lg PSL ni.
Tp dh ada idea baru.
Nanti nk Cuba dulu.
Mcm mudah dan sesuai jek...
Kalau jadi, Kita story lain kali ek..
*Sory cerita mcm tgantung xbergambar. Ada 2,3 keping OK la ek. Ada problem sket kt mobile ni. Xnk amek masa lama2. Takut penat dok taip, kang hilang plak, menangis xberlagu ceq.. Bye..
Daisypath Anniversary tickers