Search This Blog

Sunday 23 December 2012

Udang Lobster Sabah, bah......

Penah makan lobster?

Saya pertama kali dapat pegang, masak n makan.


Tapi tak makan banyak pon, amek cubit2 je.


Lobster ni mai dari Sabah bah.
Mak bawak balik dari Sabah masa ke sana kakak bersalin.


Dah lama tu, punya la Mak simpan nak bagi kat anak dia ni makan.
Nabilah n BTeh la yang dok jauh, xdapat rasa lagi.
Eh termasuk menantu.
Tapi enSuami kata kat Sarawak, murah2 aja...
Boleh order kat kedai makan biasa je.

Oh ye, jeles dengan Sabah Sarawak.
Mak kata Abang Firdaus beli banyak2.
Balik tu dengan muka gembira sebab dapat harga murah, nelayan baru naik darat.
Boleh la dia menjamu tetamu semenanjung, Mama Abah dan Mak Mertua.
Dah lebih, Mak bawak balik sket, huhuhu.

Saturday 22 December 2012

Saya suka makan yogurt

Apa mimpi ntah suka makan yogurt skang.

Sebab tiap2 hari, balik umah, malam2, enSuami mesti tanya makan tengahari tak?
Makan tengahari tak?

Tak makan pon.
Skang kat opis ada dua orang je, Nabilah n enShahrum.
Aisyah dah tak de. Kak Sab, dah lama xda.
Tak da kawan nak pi makan.

Lagi2, pasar belakang pejabat tu sangat la berkontroversi tentang AJK Persatuan.
Pejabat Adun plak yang jadi orang tengah sebagai SPR.
Masa gaduh2, dah kenal dah muka masing2.
Yang mana yang OK, yang mana KO, yang mana baran, yang mana samseng, kuikui.
Meluatnya nak pi makan kat situ lagi.

Jadi, saya pon terfikir nak sediakan makanan yang boleh buat alas perut.
Rasanya yoooooogurt la paling sesuai nak alas perut.
Time lapar, boleh makan.

Masa cuti sekolah ni, masa rehat tengahari mesti balik umah, sebab enSuami ada.

Jadi selalu isi perut bila tak sempat nak masak.
Nyummmmmmm

Terbeli masa tu murah kat MyMydin.

Pastu pi Econsave, lagi lagi murah.
Amek rasa cappucino daaa...
Coklat coklat tapi cam kopi.
Borong banyak2, yeaaaaaaa.

Sedikit info tentang YOGURT (Sumber : Melayukini.net)

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Melayukini.net - Yogurt sememangnya makanan yang amat baik untuk diamalkan setiap hari. Namun tidak juga yang ramai mengegemarinya kerana mungkin ia seperti memakan susu masam. Namun itu pada permulaan. Jika sudah biasa, rasa masam itu akan menjadi sedap. Cubalah amalkan yogurt setiap hari.

Friday 21 December 2012

Ais Kacang @ Pekan Simpang Empat

Oh, kalau kat kL ni, orang sebut ABC la kan.
Kami sebut aih kacang!
Sebenaqnya dah lama xmakan ais kacang kat kedai ni...

Sejak dah xmenetap kat kampung, keluar dari Kedah.
Kedai ni pon bapaknya kawan sekolah rendah dulu.
Ais kacang Pak Din.
Arwah Pak Cik Jamaludin.
Masa keja kat farmasi lepas SPM, pakcik selalu mai beli ubat kencing manis.
Kadang2 bos atau isterinya berseloroh, pak Din banyak makan aih kacang, manih2, tu yang dapat kencing manih kot???/
Hehe, gurau2 je.

Pak Din rileks, rezeki masing2 noo.
Ada banyak duit, habis duit beli ubat plak.
Allah Maha Kaya dan Adil.
Al-Fatihah untuk Pak Din.

Bila ada ex housemate yang kawen dengan orang Kedah, suami dia orang Yan, dekat la dengan Pekan Simpang Empat.
Bila dia update kat FB terngiang2 ais kacang yang halussssssss kat Alostaq, saya pon teringat nak tanya.

Rupanya kat Pekan Simpang Empat.
Memang glamor dah ais kacang dia dari dulu2 lagi.
Sekarang ni anak dia plak usahakan.
Alhamdulillah ada pewaris yang mahu meneruskan.
Kawan saya tu, entah la.
Xpenah nampak dah muka2 depa ni.
Kakak dia ja yang ada kat kedai tu.
Nak tanya Anas Hibri pi mana, segan la plak hoi...
Tetiba tanya adik laki kan...

Ok saya dah kawen, tutup cerita!
Kebetulan kali ni balik, ada hari Khamis.

enSuami dok ajak nak pi Pekan Khamis, sambil2 boleh makan ais kacang.
Teringin la tuuuuu......
Tahun lepas dah cuba sekali.


Halus kan aih kacang dia.
Xtau la dia buat cmna.
Mata mesin dia tajam ka, dia pusing lama2 ka.
Memang halus mcm salji.
Cewahhh mcm la penah pegang salji kan.
Ntah2 salji pon xsehalus ni, kekeke...


enSuami tunduk rapat bila dapat ais kacang dia, hehe.
Kami makan ais kacang je masa ni.
Sebab perut kenyang lagi sarapan tadi.
Masa kat pekan khamis ni, dia beli manggis.
Dah berhari2 dok sebut nak makan manggis.
Teringin cap ape la...
enSuami beli 2kilo ke sekilo.
Saya pon tak amek tahu.
Xminat sangat kot manggis ni.
Layan je tengok dia teringin sangat nak makan manggis.

Bila balik je anak2 saudara wekend tu, Along n Angah, dok mintak pak Ndak nak mangooooo...
enSuami dok pelik apa mangooo...
Sekali mangosteen.
Adoi anak buah cakap omputih ko...
Kesian ada 2-3 biji je lagi masa tu.
Pak Ndak n wan makan banyak!
Tak cukup depa nak makan, dok terjerit2 nak lagi, nak lagi.
Hehehe, mangosteen punnya cerita......

Thursday 20 December 2012

Cadar Y.E.S di Pacific Alor Star Mall

Oh lamanya tak update blog.

Oh ye, saya n enSuami balik kampung Kedah, yeh!
Kebetulan cuti Keputeraan Sultan Selangor.
Saya pon tambah lagi 3 hari, boleh cuti terus sampai wekend.
Xde la terkejan2 nak blk Selangoq kan.

Ala, enSuami saya memang dah cuti dah pon.
Dah nama pon cuti sekolah, conpem la cikgu cuti.

Tiap2 hari enSuami menghadap internet jaaaaaaaa.
Tapi xpe la hal berfaedah.
Ye ke?

Iyeeeeeee, sebab enSuami saya survey pasal kos penyelenggaraan rumah bila nak masuk rumah baru.
Kalau balik tengok windo Mozilla dia, bertab-tab ada.
Penuhhhhhhh.
Kalau sama2 online FB dia trus copy link, untuk saya tengok.
Terus sakit kepala otak dia, banyak sangat input, hahaha.

Hal yang diperhatikan:
Kos pengubahsuaian (jika perlu)
Semakan kerosakan oleh pemaju sebelum betul2 masuk rumah selepas dapat kunci.
Kontraktor buat kabinet dapur.
Cara nak tinted cermin, tingkap, pintu rumah.
Nak cari grill.
Jenama kipas, lampu.
Jenama hob, hood untuk dapur.
Dan banyak lagi la.
Tu la yang jadi pening, banyak fening la...

Bila balik kampung saya, no internet kat rumah.
Yeh, enSuami boleh tumpu tengok saya saje... [sila muntah, hahaha]

Oh ye, sebenarnya ada sepupu yang baru kawen pada 8.12.12.
Tapi masa tu saya tersepit dengan tugas dalam program.
Nak lari balik kampung, macam xpatut je.
Jadi xdpat la balik.

Bila balik kedah minggu tu, saya mesti la nak beli hadiah kan untuk pengantin.
Dah la tak pi kenduri orang, xkan nak wat sonyap je.
Bagi la hadiah, ayok!

Macam besa mesti la nak Pacific.
Kebetulan hujung tahun ni, mesti ada sales gila2.
Mak saya pon nak beli handbag baru katanya.

Serius terbeliak mata.
Waaaa murah gila.
Alor Star Mall ni kira macam SOGO la kat kL ni.
Semua jenama ada.
Diskaun sampai 70% paling tinggi.
Jadi kira la, kebanyakannya semua bawah RM 100 la.
Ni semua nak habiskan stok.

Saya?
Saya tak beli pape.
Walaupun ada yang berkenan.
Tapi handbag yang ada kat tangan sekarang, enSuami baru je beli masa cuti raya hari tu.
Kat tempat yang sama juga.

Mak saya, tak tengok pon yang less less ni...
Dia berkenan yang baru keluaq.
Conpem la harga RM 200 ke atas.

Wah, mak saya ni.
Sanggup tu.
Saya pon xpaham dengan taste orang pompuan.
Eh saya bukan orang pompuankah?

Huhu, bukan tahap saya la.
Xpenah lagi la handbag RM 200 ke atas, lokek kan saya.
Paling mahal pon, beg masa buat hantaran tu.
Kalau tak, xda maknanya nak beli handbag, huhu.

Oh ye, nak cerita pasal cadar lah.
Dah handbag bukan keutamaan saya, cerita pasal cadar.
Cadar, enSuami penah beli 1 untuk kawen kaler purple gelap.
Pastu dapat hadiah kawen, 2set cadar.
Pas2 ada set cadar enSuami masa dok Sarawak.
Saya, langsung la xdak cadar katil queen.
Dok umah sewa pon pakai toto, tu pon mnumpang yang roomate punya.

Jadi, mesti la perlu beli cadar baru.
Dah alang2 Pacific buat sale.
Kalau RM 50 tu bajet saya la untuk cadar.

Tengok la harga sebenarnya RM 239.00.
Boleh caya?
Mahai gila.
Ada orang beli?
Tak patut semahal tu.
Tak sanggup la.
Setakat bawah RM 100 boleh la.


Masa dok pilih2 nak bagi kat pengantin, sekali amek untuk diri sendiri jugak.
enSuami kata, OK.
Saya pilih corak ni.
Corak moden, salesman tu kata.
Orang2 muda suka la mcam ni.
Saya tengok pon, terus jatuh ahti, hehe.


Katanya ada 272 jenis benang.
Kualiti cotton 100%.
Tak panas.


enSuami saya plak suh amek 1 lagi.
Saya nak amek yang sama macam tadi.
Tapi dia kata amek yang area sini, mahal sket.
Pulak, ok dah enSuami bg green light, jgn dok tolak lak kan.
Rugi nanti kang, bukan selalu nak membeli, lagi2 nak balik Kedah, yihaaa.

Amek stail ni plak, kaler biru takdak lagi.
Corak moden jgk.
Baru la tak serabut tengok.
Cantiknya, i Like.


Semalam, dah seminggu balik, baru berkesempatan nak pasang.
Rugi la, eh eh, enSuami perli.
Dah beli cadar, bila nak pasang?

Bila la nak pasang, asyik tido kat karpet je.
Tak kaco pon tilam yang tak berbaju dah seminggu, hehehe.

Ok la, saya pasang hari ni ye, bos.
Ok dah pasang.
Lawa la kaler dia.
Harap tak kusam.
Nampak ceria, tak gitu?


Corak keseluruhan untuk tilam.


Bila letak bantal peluk.


Dua biji bantal yang ada.


Ok, malam tu, terus rasmi tidoq beralaskan cadar baru.
Memang selesa, tak panas.
Ok, saya paham, kualiti untuk 100% cotton.
Tapiiiiiiiiiiiiiiii, saya tunggu SALES je la, smpi diskaun 50-70%, yeh!
Boleh beli banyak2.
Yang biru tadi, tak rasmi lagi.
Jenama Windsir memang best.
Tengok kat website dia, banyak corak moden dan cantik2, bling2.
Tahun depan, boleh balik beli lagi, kuikui.
Babai........

Sunday 2 December 2012

Rumah Makan Cibiuk Putra Kajang, Seksyen 7, BBB

Sejak berdua dengan enSuami di rumah sewa, kami dah jarang2 makan kat luar.
Jarang la jugak.

Kalau makan malam kat luar pun, sebab on the way nak balik Sekinchan.
Singgah makan kat mana2 kedai kalau lapar sangat2 kat tengah jalan tu...

Hari Jumaat lepas, apa angin ntah.
Mengamuk nak makan kat luar, hehehe.
Asalnya nak pi makan kat Nasi Kukus House 2, kat Seksyen 7, dekat dengan rumah.
Sekali hari Jumaat, tutup daaa.
Kedai ni Islamik sangat.
Selalu pasang MP3 bacaan Al-Quran. Yang staf perempuan (rasanya Keluarga Tuan Kedai) kebanyakannya berpurdah.
Selalu makan tengahari kat Seksyen 4 Tambahan.
Yang kat Seksyen 7 ni, xpenah masuk lagi.
Tak pasti la kalau suasana dia sama ke tak kan....

Ok, ok, kali ni xcerita lagi pasal Nasi Kukus House.
Nak cerita pasal Rumah Makan Cibiuk.
Selalu dok lalu kat Kajang Silk, masuk Putra Kajang, ada nampak nama restoran Cibiuk!
Selalu dok sebut dengan semangatnya, Cibiuk!
Xtau la apa maksud cibiuk ni kan.
Ajak enSuami jom try la arrr...
Nanti kalau xdok kat Bangi lagi, susah daa nak makan benda pelik2 ni.
Kat Bangi je ada semua, ececeeee...


Masa sampai kat luar tu, tengok cam takut lak nak masuk.
Eksklusif sangat.
Pastu xnampak orang makan pun kat dalam.
Tengok kosong je.
Isk, boleh masuk ke tak ni...

Bila turun kereta, baru nampak ada suamisteri dengan anaknya kat dalam restoran ni.
So kami pun berani la masuk.
Bila jejak tu, enSuami terus meluru ke meja.
Saya plak meluru ke kaunter, hahaha.


Konon2 nak amek buku menu ler.
Tengok mende, ada ape.
Sekali nak tengok sket lesen, halal tak ni, sat ni salah masuk kedai lak, naya....

Tak lama kat situ, saya pun ke meja yang enSuami duduk.
Kami terduduk kat meja menghadap dapur restoran.
So boleh tengok semua pergerakan pekerja2nya.

enSuami lak teruja tengok air terjun dalam restoran ni.
Banyak plak air terjunnya.
Mula la enSuami teringatkan fountainnya.
Abang nak buat macam ni la....
Ha, sudaaaahhhhhhhh


Cepat amek gambar, Sayang.
Saya bagi je handset kat dia, Sayang la amek.
kat hujung bawah kaunter bar, ada lagi air terjun, siap kolam lagi.
Ada ikan ke tak eh, lupa plak.
Sementara nak tunggu makanan siap, kami berdua sempat pi tengok dekat kolam tu.
Kalau tak silap, ada ikan.
Sayang nak buat mcm ni jugak ke? Senang je ni beli kolah ni kat kedai. Pastu lindung dengan bata2, xda la nak simen2, boleh pindah2 ikut suka selera. nak letak dalam umah boleh, nak letak kat luaq pun boleh. Ye tak?
Ye betul2, pandainya isteri saye!
Ngeeeee


Bila kita duduk je kat meja tu, sampai la air teh panas kat meja.
Rasa macam kat Korea la.
Dalam cerita tu, bila masuk restoran je, waiter sediakan segelas air kosong.
Tapi diorg hidang teh.
enSuami cuba minum, rupanya teh kosong je, tanpa gula.
Sihat ni minum, kot2 teh jamu ka, hehehe.


Bila tengok ada pinggan tertiarap ni, saya ingat meja ni reserved.
Sebab meja sebelah tu, ada disimpan untuk majlis.
Sebab ada nama individu kat atas meja tu.
Tu yang tertanya kat waiter, boleh duduk ke kat sini?


Saya order limau ais. enSuami oder jus guava.
Semua jus, segelas RM6.90.
Sebab tu saya xamek jus, amek limau ais je.

pastu saya tanya, nak makan ayam rangup2, resepi ape?
Sebab bahasanya pelik2 la kan.
Keturunan Wali Songo agaknya.
enSuami kata bukan Jawa.
Dalam restoran pun dia mainkan lagu, rasa macam nak berkuda kepang, hihihi...

Air limau ais tu sedapppppppppp sangat.
Limau apa dia boh, dok bincang2 ngan enSuami.
tapi tak terjawab.
Rasa macam air asam boi.
Tapi takdak asam boi pun kat dalam tu.
Jumpa kulit limau ja.
Tapi xtau limau apa.
Sedap manis, bukan masam teramat tu.
Memang sedap lah!

Pastu yang saya order pun sampai.
Macam set ayam penyet la jugak.
Tapi lagi banyak tambahan tu.


Tomato yang ditumbuk dengan cili ni pun, sedap sangat.
Saya pun hairan lah, tomato dengan cili je pun, kenapa sedap sangat nih?
Rasa nak pi tanya ja, dia letak pe lagi selain tomato n cili, boleh?
Boleh blah, hahaha.

Selalu dapat nasi putih, ayam, timun, tempe, tauhu.
Kali ini dia tambah ikan masin plak.
Huh, banyaknya!
Saya xreti la makan lauk banyak2.
Reti makan 1 lauk, 1 sayur je.
Kalau banyak sangat, saya jadi xtau nak makan yang mana satu, heeeee.
Xreti, xreti, xreti.


Bila tengok hidangan ni, saya dah tak keruan.
Nak makan mcmana ni.
Boleh makan dalam ni ke?
Siap tanya waiter tu, nak makan mcmana?
Maksud saya boleh buka daun pisang nasi tu, makan atas bakul ni ke?
Ke makan guna pinggan ni, sambil nak pegang tunjuk kat dia.

Waiter tu senyum je, sambil angguk2 menunjukkan reaksi makan menggunakan pinggan.
Ok, baik!

Saya pun nak ke sinki untuk basuh tangan.
Dari jauh lagi enSuami dah nampak design kat sinki ni cantik.
Dia suh amek gambaq.
Ok, saya amek gambaq.
Dia minat gila la ni.
Tiba2 je dia kata, kita nak buat sinki kat mana eh?
Hah, nape nak buat macam tu?
Pi basuh tangan kat dapuq je la, bukan jauh sangat pun dapoq dengan ruang makan.
Saja, nak buat, nampak cantik!


Sebab cantik ja? Bukan sebab keperluan?
Setakat nak cantik, takdak function, xyah lah.
Takut membazir lak, bebel pnIsteri kat enSuami, ngeee


enSuami plak order Nasi Goreng Kambing.
Saya tanya ada rasa kambing tak? sebab xnampak daging kambing pon.
Tapi enSuami kata rasa kambing, ada rasa, memang cukup rasanya.
Tak sudah2 dia puji sedap.
Memang kaw n sesuai dengan namanya.


Ooops, hehehe.
Kami ada tempah satay jugak, huhu.
Satu set RM 9.90, ada 10 cucuk. jadi satu 99sen lah.
enSuami je yang sempat makan sate ni kat kedai.
Saya, nasi tadi pun tak habis.

Minta waiter bungkuskan nak bawak balik.
Yang bagusnya depa ni, senyum je.
Lembut sopan je layanannya...
Masuk waktu Maghrib, mana yang tak de kerja tu, terus solat kat Surau yang ada dalam kedai.
Bagusnyeeeeeee....

Kami plak nak cepat la kan, tu yang minta bungkus semua.
Kami pun nak solat awal macam depa jugak, heee..
Bungkusan pun bukan calang2 eh..
Siap lapik dengan daun pisang lagi.


Bagusnya.
Sebab keropok sekeping pun, dapat 1 tuperware xtra, yeh!


Jahat ke?
Saya pun xsangka dia nak letak asing, bagus betul!


Ayam saya tak habis lagi lebih dari separuh.
Saya banyak makan tempe dengan sambal tomato tu.
Sedap sangat, yang tu habis licin, heeee.


Dapat la 3 biji tuperware baru...


Kami makan berdua, dalam RM 46.50.
Puas hati.
enSuami xhenti2 puji.
Makanan sedap!
Layanan superb!
Suasana cantik, eksklusif!
Boleh bagi 5 bintang untuk Cibiuk!!!!!!!!!

Boleh datang lagi lepas ni.
Bila tengok blog rasminya, Cibiuk ni Sunda eh.
RAJANYA SAMBAL oooo.

Patut la sambal dia sedap.
Dalam kedai tu, ada 1 pondok hidangan.
Tak tengok la plak apa ada kat situ.
Kami assume, hidangan untuk orang yang reserved tadi.
Atau mungkin sape2 nak tambah sambal lagi, sila la ke situ ek?

Entah la, tapi enSuami dok kata nak mai lagi, nak rasa ikan bakar dia.
Bila tu ye?
Kalau dah pindah, xsempat ar, emmmm


Daisypath Anniversary tickers