Search This Blog

Friday 29 April 2011

Anak Saudara Baru Aida dan Ulfa

Semalam teman Aida ke Kajang Medical Center, melawat anak saudara yang baru selamat dilahirkan pada 28 April dalam 5.30 petang. Baby girl lg. Aida kata Ummi baru ada sorang cucu lelaki, yang lain semua perempuan.

Ni anak Banglang, abang ulfa yang tinggal di BSP.
Masa sampai kat hospital, jumpa kak Shida ja.
Pas2 dok sekejap, BangLang datang dengan anak2 dan bibik...

Nak tengok baby ada dalam nursery kat tingkat 2.
Jom tengok baby...........=)

Aida dan Banglang dengan Iman tengok baby
Iman lari keluar plak, dah puas tengok baby kot...

Kami la plak nak masuk, kalau Iman xnak....
Suka tengok Iman, kulit cantik bersih sejibik macam MakNdak dia....
Aida dan bangLang keluar, baru kami dapat masuk tengok.
Sebab nurse xkasi masuk ramai2..
Kesian kena pakai tiub masuk hidung, ada sedikit masalah pernafasan
Harap baby cepat sihat.
Mungkin sekarang dah kuar hospital.
Cepat sihat Ummi dan baby.
Moga jadi anak solehah. Amin

Nak tunjuk jugak anak2 sahabat yang lain

Anak Alhafiz dan Fatihah
Muhammad AlFatih nama dia, isk isk isk =/



Anak Kak Kinah dan Samawi
Aisyah Humaira nama dia, isk isk isk =/


.........Ulfa, anak lelaki kotttttttttt........



Tuesday 26 April 2011

Karnival Aksesori Wanita dan Produk Halal

.::Sabtu, 23 April::.

Majlis Penyampaian SMUE
SMUE kali ni, penyampaian khas untuk Dun Bangi sahaja. Semua penerima seramai 36 orang. Nabilah incaj untuk jamuan makan. Sigh betoi bila majlis habis awal, tapi janji ngan pihak restoran nak makan 12.30. Kalut ceq, tebal je la muka masuk restoran semua tetamu yang ada. Minta maap, noo...Elok nak habis makan, ada pandangan tertarik ke sesuatu. Kak Yus kata, Ustazah Bahyah...Ceq pun tgok, ngeh ngeh.. Oooooooo, hebat.
~Keluar makan dengan anak dia kot, xnak la ganggu nak bergambar, kaco daun je kang. Anaknya cantik macam mak jugak ye, Alhamdulillah.~



Devotees dan Far East
Tengahari ada persembahan kesenian oleh Kumpulan nasyid Devotees dan Far East. Huhu, apa yang best dengan diorang, kami pun xtau. Tapi Devotees ada album terbaru la tu, Far East stil lagu2 glamor dia macam Ahlan Bina, Saat Lafaz Sakinah, Nur Syahadah dan Menanti di Alam Barzakh.



Nak dok makan jugak dengan kumpulan nasyid ni?

Sempat minum je, sebab makanan baru nak order, jadi macam segan la plak nak tggu lagi.
Lagipun tadi dah janji dengan Iqa, Nabilah dan Yana makan kt umah, so dia nak masak.

Karnival berlangsung sehingga 1 Mei ye. Pelbagai program diadakan pada hujung minggu Sabtu dan Ahad.
Sesape nak shopping beli baju, meh la PKNS Bangi. Barangan berkualiti dan banyak pilihan.
Jemput datang ye!!!!!!!



Monday 25 April 2011

Bila kami semua berkampung di Hospital, =|

Cik Teh masuk hospital, adalah berita yang mengejutkan kami semua sekeluarga!
Apa yang tidak kena padanya?
Demam yang berturutan selama 3 hari dengan berulang-alik ke klinik untuk semak darah dari semasa ke semasa, mengundang kerisauan.
Akhirnya petang Rabu disahkan ditahan wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Esok paginya tepon Mak, Mak bagitau CikTeh dah selamat operate semalam. Aik, sakit apakah yang sampai kena operate...
Disangkakan hanya demam denggi, tapi kena operate ni yang xpaham ni.
Doktor2 syak, CikTeh ada masalah kat apendiks, tapi bila dah bedah, apendiks nya sihat dan normal.
Jadi masalahnya???

Petang Khamis menjadi semakin gawat. Panggilan dari KakChaq merencatkan dada.
Musibah apakah yang melanda dirinya kini..
Kami semakin kebingungan.
KakChaq mendesak untuk kami balik malam ni juga.
Selepas infom pada BTeh, minta masing2 tepon bos untuk minta cuti kecemasan hari Jumaat.
Tiket dah dibeli, malam tu jugak kami pulang ke Kedah.
Khabar ini telah disampaikan pada enSuami, mohon izin untuk balik ke kampung.
Salam takziah dan kemaafan dikirimkan untuk keluarga di kampung kerana tidak dapat pulang menziarah
 =(

Hari 1 : Jumaat
Sampai pagi Jumaat di hospital, terus kami minta untuk masuk ke wad.
Ya Allah sedihnya melihatkan keadaan ini.
Macam xpercaya, pun ada.
Apa yang salahnya ya........
Tak terkata kami yang melihatnya...
Sempat plak curi2 amek gambar ni.
Lepas amek gambar, baru nak baca peraturan.
Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau mengambil gambar di sekitar katil pesakit di dalam wad ini.
Kuang kuang kuang....

Nasib bek dah amek dlu, klu x, mesti xberani nak klik lg.
Ada la juga 1 kenangan untuk tatapan pesakit bila dah sihat kelak.

Seharian Jumaat tu ada di hospital menemani Mak yang sudah 2 hari di sini.
Kesian Mak, dugaan demi dugaan untuk dia.
Semoga Mak tabah dan diganjari Allah untuk kesusahan ini.

Kesempatan gambar yang ada ni, diuplod ke facebook.
KakChaq di Sabah tolong tag kan pada kawan2 atau saudara yang berkaitan.
Mohon doa kesejahteraan dari semua yang dapat melihat.

Bila dah masuk FB, ramai kawan2 dia dapat tau...
Akhirnya petang tu, wad diserbu kawan2 rapatnya.
Alhamdulillah ramai yang berziarah.

Kami sebagai tuan rumah, kena adjuz giliran nak masuk.
Supaya siapa yang datang dapat masuk melihat CikTeh.

Sambil2 dok menunggu, bergurau-senda sesama saudara.
Ramai saudara mara yang dapat berkumpul memberi sokongan kepada kami sekeluarga.
Xkurang juga yang membawa makanan.
Berkelah plak kitorang kat ruang menunggu wad kecemasan ni...

~Unit Rawatan Rapi, tempat CikTeh dirawat~
Petang tu bawak angah plak pi main Elephant
Nak alihkan perhatian dia sebab Kak Murni nak masuk tengok CikTeh.
Kanak2 bawah 12 tidak dibenarkan masuk dalam wad.

Angah dok bergoyang2 ja kat Elephant ni..
Nak pi cuba yang lain?
Dia xbesa. Tapi Nabilah try menarik perhatian dia.
pas2 sket2 dia panjat tangga ni...


Penuh kanak2 ribena di sini.
Syok sungguh depa main...

Malam tu Nabilah balik tidur di rumah sebab Mak nak tukar baju baru, jadi Nabilah boleh amek kat umah.
BTeh teman Mak di hospital.


Hari 2 : Sabtu

~Nak bergambar dulu sementara menunggu~
~Kami, 5 orang yang sedang menunggu~
~Kami, 3 orang yang sedang menunggu, 2 lagi dah dapat masuk...~
 Balik malam tu, dapat merasa durian plak, Alhamdulillah



Hari 3 : Ahad
Turun makan burger dengan BTeh dan BTam

Hari Ahad, boleh bawak Along plak main Elephant.
Sebab kali ni dia dibawa ke hospital, sebab di rumah dah xda sapa.
Semua ready nak balik ke rumah masing2 di Penang dan di Selangor.

Teringat masa dulu, kami makan sama sebelum kenduri, reward untuk tolong bersihkan rumah sebab nak kenduri.
Nabilah, Mak, CikTeh dan CikTam...
Kami makan chicken chop semua.
Naik 2motor, hujan2 pun kami pi jugak.
Sebab tu dah malam last dah, nanti semua saudara2 datang, xleh dah nak keluar.


Humaira : Jauh di sudut hati, harap sangat CikTeh dapat mengambil iktibar dan menghargai segala perhatian dan doa serta usaha orang2 terdekat yang menziarah, mendoa sepanjang dia terlantar di hospital. Semoga menjadi anak soleh kepada Mak yang telah bersusah payah menjaga dan berjaga selama 2minggu di hospital. InsyaAllah.

Sunday 24 April 2011

D.I.Y 13 : Deco Bilik Pengantin

Idea asal untuk bilik pengantin telah bertukar kepada pelamin.
Jadi apa yang tinggal untuk bilik pengantin?
Adussss, bikin gawat!
Agak2 idea dari pengantin Aku Bukan Bidadari boleh dipraktikkan.

Cantik juga yang dia buat, simple dan kemas. Yang penting, CANTIK! dan DIY!
Ya, saya nak buat jugak..
Tapi saya nak bentuk LOVE..
Ada makna... LOVE.. CINTA pada enSuami saya.
Nak sambut dia dalam keluarga kita kan....

Nak la jugak wat cantik2... Penghargaan untuk enSuami kerana sudi menjadi sebahagian dari keluarga Ahmad-Che Intan kat Kampung Baru ni, ngeeee...

Frame LOVE? Nak cari kat mana?
Haritu, lama jugak dok intai2 kat kedai2 yang berkaitan.
Tapi belum terjumpa apa yang diinginkan.

Akhirnya buat keputusan untuk gunakan polisterin yang bentuk LOVE.
* tp sayang, xdapat nak guna untuk jangka masa panjang. B2B lain, guna idea yang lebih efisen ye.
* tp bunga2 tu stil boleh simpan. dan akan datang nak deco untuk bilik kami nanti =)

 Kesalahan pada hari majlis:
1. Baru nak lekat LOVE tu pada pagi kenduri.
2. Guna double-tape yang besa (kaler putih)
Pada hari kenduri, LOVE sebelah kiri asyik jatuh tertanggal.
Sampai geng OP Nabilah plak yang tolong lekatkan balik, huhu...
Sory menyusahkan korang..

Huda kata, klu pakai tape yg hitam tu tahan sket.

*dengan muka xmalu, ceq tanya..oo ada ek double-tape hitam nya?
Huiiiiiiiiiii, babpe dok tau dolu2 lagi...=|

 tengok 1 dah jatuh, terpaksa dibiarkan di situ........

~Akhirnya, dah main tabur2 atas katil sudaa, wuaaaaa sedey~
 Xsangka bila tengok dalam gambar nampak cantik, ngeeee.
Mashuk dengan cat dinding ungu muda.

Masa tengok kat blog B2B tu pun, memang dah terdetik, cantik..
Teringin nak buat jugak.
Akhirnya terrealisasi jugak impian untuk deco bilik pengantin dengan design ni.

~Langsir tingkap semasa hari kejadian~
Nabilah cuba untuk elakkan menggunakan langsir utk background katil..
Stereo-type... dah selalu orang buat..
Nak lain dari yang lain.

Bila minta enSuami tanggalkan semua hiasan ni, enSuami kata,

enSuami : Nanti Nabilah hias macam ni jugak ye kat bilik kita nanti...
Nabilah : Erk (*seperti tidak percaya apa yg telinga dengar td)
enSuami : Ye la buat la macam ni.. Cantik. Pandai Nabilah hias...
Nabilah : Emmmm (*sambil mencebik bibir = xmau)
Acah je tu, kekekeke...
Best la klu dapat hias lagi.
Tapi nak guna material yang lebih bijak, yeh!

..........Frame berbingkai putih, di mana kamu?????..........

Pelaburan Emas Kecil-kecilan

Pelaburan Emas dah jadi mcm satu fenomena sekarang, ramai yang tertarik tapi xsemua orang mampu nak membeli emas dalam berat 10g,20g 100g apatah lagi satu jongkong emas... yang harga nya mencecah ribuan ringgit... Pengalaman membeli emas sebelum ini memang mengujakan apabila dapat menjualnya dengan harga yg lebih mahal dari harga asal ketika membeli...  

Tapi semalam semasa ber YM disapa oleh seorang tokey emas... tokey emas ni adalah org yg sy beli emas sebelum ni...Pertemuan semalam memberi cikit pencerahan dan kemudahan kepada sy, yg xmampu lagi membeli emas dalam bentuk 10 gram keatas...

dbe_80: salam..bila nak belii jonkong lagi ..buat pembelian tetap lah setiap bulan....
dbe_80: jika budget tak banyak rm140-160 sebulan ..buleh join GIA
taqwagen: gia tuapa?
dbe_80: jika bedget banyak 10g sebulan....rm1470-1600 sebulan
dbe_80: GIA tu bagi yg nak memiliki jonkong ,tapi budget sikit ..jadi saya tawarkan 1g sebulan ..cukup 12 bulan dah ada 10-12 g ..dapat tukar ke cash ,fizikal atau nak ambil 916 yg sama nilai..

dbe_80: sikit-sikit lama jadi bukit jugak ....
taqwagen: oo
taqwagen: bgus juga tu
dbe_80: idea ada ...tapi saya tak lantik agen ,
taqwagen: iAllah tunguu gaji sy beli
dbe_80: hanya nak tolong je ..bikan MLM, atau skim cepat kaya ..cuma satu cara nak menyimpan jonkonbaik beli jonkong hodoh saya ..dulu u beli rm118/g je ....sekarang sy beli balik rm142/g ....

menarik juga info dari tokey emas ni. utk info lanjut boleh kunjungi  http://kedaiemassalfinah.blogspot.com/





Daisypath Anniversary tickers