Search This Blog

Wednesday 30 June 2010

Wak, Berita Panas!


Naim dah selamat jadi tunang orang, huuuu........ Alhamdulillah. Patutlah Nabilah htq msg, xbalas..org tgh sibuk ghupenya.. Mak Nabilah pun xcerita, emm.. bila ntah bertunang ni. 26 ka 27 hb kot. Dapat emel pagi ni. Jom tengok, nanti Nabilah boleh tunjuk mak2 sedara Nabilah, sepupu sepapat,=) Sebelah mak, adik2 perempuan ramai. ada PakCik Asri ja sorang adik lelaki. So, bila bertunang ni, ramai la jadinya, sebab MakCik2 ni nak mai memeriahkan majlis. Ramai gak tu, siap pasang khemah, biaq betik, Naim ni. Tapi xpa la, PakLang keja JKR, boleh dapat khemah free, hehe =P

Cantiknya, Naim.. Huuuuuuuu =)


Bertunang pun, kena buat flower bouquet ke? Alamak...

Naim bersama hantaran2 tunang, wah......


Naim dengan Mak dia (MakLang saya lah)

Cincin, specialnya design ni....

 Aik, dah peluk mak mertua...eh bakal =P

Ooo, silap ni...kena tunjuk ni dulu..
 Patutlah dok tengok cincin, mana part sarung kat tangan...dok cari-cari....

Rupanya gambar rosak, time ni..xnampak sudaa..

Ok, dah boleh dah dok sebelah mak baru. =) Yang sebelah Naim tu, tok. Maknanya Mak kepada Pn Intan la. Tok kitorg la kiranya. Satu2nya yang masih tinggal. Naim rapat ngan tok. Nabilah jarang2. 

Dulu kakChaq membesar dengan tok. Dia kata tok tu mak dia. Sebab tu Nabilah xrapat sangat, sebab tau Tok sayang kChaq lebih (eh ya ka?) Time raya ja, Nabilah baik dengan tok, sebab Nabilah sorang ja suka makan kuih2 raya org dlu2.. Tok suka la bg Nabilah mkn kuih2 dia buat... Bahulu, kuih bakaq, dodoi. Ketupat, lemang, xmkn sgt, =] Dulu tok buat sendiri bahulu, la ni malas sudaa.. Dia pun beli jgk. Satu lg favourite Nabilah dari tok, bengkang pandan. terharunya, klu tok buat bagi Nabilah makan, huuuuuuuuu...... Nak belajaq, xsempat2.. Tok garang, sedih dgq cerita mak, masa dia kecik2 dlu...huuuuuuu.


Ni Chu kami. Adik bongsu mak. Patutnya panggil MakSu la, tp dah besa panggil Chu sebelum dia kawen, bila dah kawen pun panggil Chu jgk. Semua jadi xreti nak tukaq panggil MakSu.

Ok, ni Pn Intan bertudung hijau. Cam x, wak? Yang oren tu, nampak sama x? Tu adik mak, kitorg panggil MakTeh.

Yang bersongkok tu, PakTam. Tapi di mana, MakTam ye? xnampak plak dalam mana2 gambar yang ada. Takkan PakTam ja yang mai? PakTam ni, bapa sedara ipar la, sebab dia kawen dengan MakTam (adik Mak-adik ipaq mak la). PakCik Asri yang pakai lebai, baju kelabu kat belakang tuh! Dok mengunyah, nyummnyum =)

Naim dengan Adek (nama dia Fadzilah, family panggil dia Adek) Adik kedua dari bongsu.

Ha, Fadzilah, Shuhana (ni batch kitorg la ni, 25), Naim, yang sebelah Naim tu, xkenal. Yang hujung sekali sepupu, Nadira (anak MakTam-PakTam)

Nadira, Angah (kakak Naim, yang baru ni, keguguran kali kedua), Naim, Mak saya lah.....

Sunday 27 June 2010

Tips mendidik anak

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

...
2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8 ) Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak...

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Kesilapan oleh ibubapa dalam mendidik anak-anak.

Dewasa ini purata ibubapa yang gagal mendidik anak-anak ke arah pengamalan Islam secara syumul begitu ketara sekali dan semakin membimbangkan. Impaknya dapat dilihat dengan jelas dalam senario kehidupan anak–anak itu sendiri. Hal ini jika berterusan akan merosakkan diri mereka, kasih sayang terhadap ibubapa mereka, hubungan antara keluarga, orang tua dan ahli masyarakat setempat. Lebih jauh lagi, tempiasnya akan tersebar terhadap Islam dan negara.

Faktor penyebabnya ialah bapa, selaku ketua, pemimpin dan pelindung terhadap keluarga, dan ibu selaku penasihat dan penggerak kepada peranan bapa. Malangnya peranan ini gagal dilaksanakan.

Antara kesilapan yang dilakukan ialah :

1. Kurang penekanan terhadap kewajipan solat ; Tidak mengajar anak solat dengan betul dari segi bacaan dan perbuatan kerana sifat menyerah tanggungjawab tersebut kepada ustaz di sekolah atau kelas Fardhu Ain. Kalau anak–anak solat pun tidak pernah diuji secara praktikal atau diperhati betul salahnya solat tersebut. Begitu juga, jika dibawa anak–anak ke masjid, ibubapa tidak mengambil pusing anak–anak mereka sama ada mereka sudah masuk saf atau tidak. Apa salahnya jika jarang–jarang ibubapa solat di belakang anak–anak. Dalam hal ini ada di kalangan ibubapa yang tidak memaksa secara tegas supaya anak–anak solat seperti solat Subuh atas alasan kasihan ( melihat mereka nyenyak tidur) dan juga semasa menghadiri sesuatu majlis keraian, kenduri, perayaan dan seumpamanya.

2. Tidak memberi perhatian terhadap pembelajaran bacaan Al Quran anak–anak ; Anak–anak tidak ditanya atau menyuruh membaca semula apa yang pelajari pada hari itu dalam bentuk ulangkaji. Juga tidak ditanya guru Al-Quran tentang kemajuan dan sikap anak–anak semasa belajar sama telah untuk memberi kuasa veto kepada si guru bagi merotan anak-anak mereka.

3. Tidak memberi rangsangan dalam bentuk hadiah dan pujian terhadap anak– anak yang cemerlang dalam solat, bacaan Al-Quran ( hafalan lagi baik ) dan hafalan wirid serta doa.

4. Tidak menanam sikap kecintaan kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

5. Tidak mengambil kisah pemakanan anak–anak ; sama ada di rumah atau di luar yang kebanyakan bersumberkan syubahah seperti makanan segera, minuman berkarbonat dan lain–lain lagi. Atau bersumberkan pembelian wang haram atau syubahah.

6. Membiarkan anak–anak bergaul bebas ; tanpa memerhatikan latar belakang kawan–kawan mereka dari segi penjagaan solat, latar pendidikan, akhlak dan keluarga ( faktor pengaruh). Walau bagaimanapun anak–anak tidak boleh dikongkong kerana akan menghalang kematangan mereka dalam pergaulan.

7. Memberi kebebasan berpakaian tanpa menutup aurat ; khususnya anak perempuan. Ramai ibubapa golongan baru segaja memilih dan mengatur pakaian anak-anak mengikut ‘trend’ zaman ini. Sepatutnya anak–anak perlu diajar cara pakaian bersopan bermula zaman awal kanak-kanak lagi. Ingat, panas akhirat mengatasi panas dunia !!

8. Terlalu menekankan kecemerlangan akademik ; dengan menghantar tuisyen petang dan malam serta hujung minggu (tuisyen sekolah dan persendirian : tidak semua tetapi ada) sehinggakan anak–anak menjadi letih tetapi mengabaikan pendidikan Islam.

9. Membiarkan anak-anak menonton hiburan melampau ; dan drama yang tidak bermoral, mendengar muzik barat / cinta serta membaca novel cinta, majalah hiburan yang diketahui tiada motif / unsur mendidik rohani.

10. Tidak membawa anak–anak menziarahi kubur ; yang bertujuan untuk mengingatkan hari penyudah hidup.

11. Tidak membawa anak–anak terutamanya anak yang remaja berziarah ke rumah ahli keluaga dan saudara mara sambil memperkenalkan antara satu sama lain.

12. Tidak memanggil anak-anak supaya bersalam dan bermesra dengan tetamu yang datang ke rumah ( tetapi dengan menjaga adab kesopanan ).

13. Tidak memperjelaskan hukum hakam agama dalam semua aspek kehidupan baik rohani, jasmani dan ketuhanan kepada Yang Maha Esa.

14. Tidak menanam sikap menolong orang susah, fakir dan miskin serta amalan bersedekah.

15. Ibubapa tidak menunjukkan contoh tauladan tingkah laku yang baik selaras dengan kehendak Islam.

16. Ibubapa terlalu mengejar dunia sehingga semua di atas tidak terlaksana !!

Wednesday 23 June 2010

tips rumah tangga (surat suami buat ingatan dirinya)

tips rumahtangga

8 cara menjadi suami terhebat




  • Assalamualaikum w.b.t.
    Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga., tp mampukah saya menjadi semua dibawah ini. secara jujur sy xmampu tapi berusaha untuk kearah itu.



    1. Imam Solat
    Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.  Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

    2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
    Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

      ini kena baca kitab lebih afdall hurai cikit.

    3. Suami yang matang
    Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
    owh yeh isteri tetap akan minta pandangan suami,oo begitu rupanya

    4. Pandai Memasak
    Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
     owh yeh air tgn suami mampu, tp takut  org xmakan sebab x cukup rasa

    5. Suami yang ‘independent’
    Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

    oo sy kena beli mesin basuh ni, baru nampak sy membasuh =). romentik rupanya kalu suami iron baju sendiri


    6. Mempunyai prinsip dan pendirian
    Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

    Insya Allah akan cubalah memberi keadilan yg sewajarnya

    7. Menjaga anak-anak bersama isteri
    Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

    oo kena bangun  tgh malam betul jugak tu, anak suami jugak kan bukan isteri je. kepenatan 2 kali ganda mcmana tu . insya Allah kena belajar buat susu ni

    8. Jadilah suami serba tahu
    Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

    tp sy tidak tau semua tau la cikit2 . mcmana ye sy ni ok ke


Tuesday 22 June 2010

Program Fun With English \(^_^)/ ; Wong adoh sedang fly (!_!)

Pagi Sabtu lepas, ada program Fun With English. Program anjuran PAKSI Educare di bawah kelolaan Muslimat juak. Tolong Nada untuk uruskan cenderamata dan hadiah. Petang Jumaat tu balik lewat la, masuk waktu maghrib baru dapat kunci pintu opis. Nasib bek, Nabilah abc =)

Perjalanan program macam besa ja.. Awal2 xramai lg. Masa peserta sibuk dgn pendaftaran, Nabilah dok sibuk klik...snap...klik...snap...jer..hehe, hasilnya..jom layan...cam best gilak, siap promote cinih, =P

Masa ni dah siap dibahagi kumpulan...

Bakal Fasilitator, sedang menunggu untuk mendengar taklimat..

Wah, makanan! Apa ada kat dalam tu..Cepat la nak makan, lapaq ni..Xdan pun menyerok td, huuuu..

Yeah, cantik x? Angle ni Nabilah dapat idea masa tgok gambar kenduri Kak Kema & Us Asrol. Memang best la, skill ni.. Upgrade lagi lps ni, mcm naik kapal je rasa bila tgok gambar ni, =P

Cubaan kedua, angle style =)

Dah start taklimat untuk Fasi..

Cubaan ketiga nih, macam xjadi lak..bila dh syok sumthing, asyik nak buat2 lagi, hehe =D

Ni pun, bo tahan gak, ceh angkat bakul sendiri.. La ni dah naik lif, okeh!



Okey, dah boleh makan, yeh! Alhamdulillah =]

Bihun rupanya di dalam itu polisterin.. Huuuuu, ittadakimase!! =)

Grup Nada dan Farah jadi Fasi...

La kotak ni pun nak klik jugk? Em suka, sebab satu bekas simpan banyak barang. Kan bagus, satu tempat boleh sumbat semua barang. Tu yang perempuan xleh pkai handbag tu, sekali hilang, kena ragut ka, semua lesap, IC, purse, handset, makeup, perfume, kunci rumah-keta-moto...Nangis, xberlagu..kuikuikui ;)


Yang paling best masa ni, yeh! Nabilah geram betoi dengan bdk ni, yg tembam, comey ni.. Faizul, nama dia. Knapa orang yang nama Faizul hemsem, eh? =] Ajak bergambar berdua dengan dia, dia malu, hihihi... Dia suh ajak adik dia sekali bergambar, baru dia mau.. Nak panggil adik dia ni yang susah ni, abi dia asyik dok dukung ja, camna nak amek gambar?

Last2 tu, dapat gak, hehehe =)
Mula bertiga jaa...Penat nak suh depa angkat Peaaaaaaaaace!!!

Pas2 mai lagi abang dia yg besaq.. Paling besaq sekali, jadi peserta kat dalam.

Ha ni dia adik dia, Amsha nama dia, huuuu. Tapi paling comel yg td la..

Nabilah geram kat tahi lalat bawah bibir dia tu, macam SitiNurhaliza =]

Dia malu, dia malu, dia malu...

Aik gigi...Hehehe =)


Tapi ada video yang Nabilah rekod masa depa main bola, adik dia suka sungguh main sepak2 tu. Masa dok rekod tu, dia tanya, Kenapa amek gambar lagi, banyak sangat? Nabilah jwb, sebab comel..Sebab tu dok amek lg, pas2 dia sengih2, dia pun lari2 pi main bola dengan adik dia..=P

Monday 21 June 2010

Fatimah Syarha suka baca buku dia



em bila membaca rasa kejujuran dan ikhlas yg cermin perwatakan penulis, punya bnyk ciri zaujah idaman , tp too idealis utk sy. tp mmg boleh buat org berubahlh terasa auranya.


Fatimah Syarha Mohd Noordin
author profile

Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.


Karya pertama beliau ialah 'PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA' bersama Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH'. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.


Tautan Hati Tautan Hati
by Fatimah Syarha Mohd Noordin

Syabab Musafir Kasih



Thursday 17 June 2010

Melayan Suami "Anak Emak" =/

Siapa yang tidak pernah mendengar ungkapan anak emak...? Rasa-rasanya, kita semua tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘anak emak’ ini, ya. Memanglah semua orang ada emak dan semuanya anak emak, tetapi bila disebut-sebut si polan atau si polanah itu ‘anak emak’, semacam ada sesuatu yang negatif tidak kena dengan si polan atau si polanah tersebut.

“KALAU ummie buat kari, sedap. Tapi kalau you yang buat I tak berapa seleralah,” pedihnya telinga Hazimah sudah tidak terasa dek lali mendengar ungkapan ‘semanis’ itu daripada bibir suaminya. Bagi dirinya ungkapan sebegitu tidak lagi memberikan sebarang erti kerana kalau melenting, suami akan mengadu kepada ibunya dan beliau pula yang mendapat malu nanti. Nasiblah bersuamikan ‘anak emak’.

Pernahkah anda mengalami situasi di atas. Harapan saya, tidak pernah adalah lebih beruntung. Namun jika anda pernah mengalaminya, harap dapat bersabar dan cuba habiskan artikel ini. Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya ‘anak emak’! Jiwa wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Hari ini saya hendak berceloteh berkenaan lelaki yang sudah bergelar suami sebenarnya ‘anak emak’! JIWA wanita mana yang tidak tertarik dengan lelaki yang berbudi penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggungjawab, ikhlas dan jujur. Anda juga berkemungkinan besar jatuh cinta dengan lelaki apabila dia memiliki sifat-sifat baik seperti itu.

Ke semua peribadi terpuji tersebut sudah tentunya terbentuk atas asuhan ibu bapanya, malah didikan itu juga biasanya menyebabkan anak lelaki sangat menuruti arahan dan permintaan keluarga terutama ibunya. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, namun konflik boleh terjadi apabila sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang wanita. Alamak... tersilap pilih rupanya...

Tindakan suami menuruti segala permintaan ibu membuatkan si isteri acapkali menjeruk rasa. Malah, ada rumahtangga yang berantakan, gara-gara tingkah laku suami yang berlebih-lebihan mengikut telunjuk emak dia. Bukanlah maksud saya hendak menyuruh suami menderhaka kepada emaknya sendiri, tetapi taat kepada emak ibu pun ada batasnya. Taat kepada emak bukan bermakna tidak mengapa suami boleh nusyuz kepada isteri sendiri. Ingat tu!

Siapakah yang dikatakan suami anak emak ini?
Menurut Ahli Psikoterapi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Md. Zain, mengikut teori Sigmund Freud, secara semulajadi anak lelaki lebih cenderung bersama ibu manakala anak perempuan pula dengan bapa. Erk... biasanya, bila kita sebut ‘anak emak’, istilah ini agak condong kepada kaum lelaki. Mengapa? Seperti kata prof Dr. Azhar, ‘anak lelaki lebih cenderung bersama emak/ibu', oleh sebab itu, secara naturalnya dapat dilihat kebanyakan anak-anak lelaki lebih rapat dengan ibu sehingga berkongsi segala masalah peribadi dan menjadikan ibu sebagai sahabat baik mereka... dan lahirlah istilah ‘anak emak’.

Selain itu, suasana keluarga itu sendiri apabila bapa jarang sekali berada di rumah atas urusan kerja menyebabkan kaum ibu perlu mengendalikan segala permintaan anak sekaligus membina ikatan yang lebih akrab. Adakalanya personaliti bapa yang garang, pendiam dan kurang mesra membuat anak lelaki lebih selesa dengan ibu yang lemah-lembut.

Saya sendiri pernah mengenali beberapa orang lelaki yang dikatakan ‘anak emak’. Apa yang hendak dilakukan, semuanya diminta pandangan emak/ibu. Sifat begini sangat terpuji, tetapi ada kalanya agak merimaskan. Iyalah... kalau sampai hendak beli ‘spentot’ pun kena tanya emak, syusahlah. Bukan sahaja diri sendiri yang syusah, emak pun syusah nak menjawab... hik.. hik...

Tidak dinafikan, semasa anak lelaki masih bujang keakraban bersama ibu itu mungkin tidak mengundang masalah, walau bagaimanapun, sebaliknya setelah mendirikan rumahtangga, wanita baru dalam kehidupannya mungkin menyebabkan suami perlu membahagikan perhatian.

Seorang lelaki yang bergelar suami seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membahagikan kasih sayang antara seorang isteri dan ibu. Lelaki juga perlu jelas kepentingan yang patut diberi antara wanita yang dicintai dan wanita yang disanjung tinggi dalam hidupnya. Bagi golongan isteri yang sukar menghadapi suami ‘anak emak’, beberapa tip untuk memperbaiki keadaan dan menangani masalah agar tidak menggugat kebahagiaan rumahtangga.

Tips # 1 - Kenali personaliti jejaka

Sebelum menjalin hubungan lebih serius kenali kekasih anda terlebih dahulu. Seseorang wanita boleh memahami personaliti dan latar belakang lelaki itu sewaktu bercinta lagi. Pada waktu itu, anda boleh melihat cara perbualan atau kekerapan teman lelaki anda bercerita mengenai ibu atau ahli keluarganya.

Jika anda boleh menerima situasi dia sebagai lelaki ‘anak emak’, maka anda seharusnya belajar menerima situasi itu dari awal. Jika anda wanita yang tidak dapat bertolak ansur dengan situasi tersebut, sebaiknya anda sudah menamatkan hubungan itu daripada pergi terlalu jauh. Apabila anda memahami lebih awal sifat tersebut, setelah berkahwin anda lebih mudah menyesuaikan diri dengan situasi itu.

Tips # 2 - Memberitahu perasaan

Elakkan naik berang atau pun cemburu tatkala suami lebih memberi tumpuan kepada ibunya. Ini akan membuatkan dia berasa tertekan dan mendorong kepada keretakan hubungan indah suami isteri.

Cuba beritahu suami apa yang boleh dia lakukan untuk menunjukkan kejujuran, kasih sayang dan keikhlasan dirinya kepada anda. Misalnya, anda berkecil hati apabila terdengar kata-kata sinis dan aduan ibu mertua kepada suami tentang diri anda. Jangan merajuk sebaliknya beritahu kepada suami supaya meminta ibunya berterus-terang dengan anda. Bercakap secara berhadapan boleh mengelakkan syak wasangka. Dengan ini, suami tidak perlu menjadi orang tengah untuk menyelesaikan masalah.

Tips # 3 - Terbuka dan positif

Apabila anda berfikiran terbuka dan positif, segala tindakan sama ada suami mahupun ibu mertua tidak menjadi masalah besar. Amalkan sikap lebih bersabar dan berdoa agar dapat mengharungi segala masalah dengan tenang. Ibu mertua juga semakin lanjut usia, sudah tentu dia juga inginkan perhatian dan berhak ke atas anak lelakinya. Apabila anda berfikiran begitu, soal kepentingan dan kasih sayang yang utama jarang timbul dalam diari kehidupan yang indah ini.

Tips # 4 - Jalin hubungan baik

Layanlah ibu mertua seperti ibu sendiri anda. Sungguhpun teguran dia kadangkala menyinggung perasaan tetapi jangan lupa tanpa didikan serta pengorbanan wanita tersebut mungkin tiada suami yang tercinta itu.

Berusaha mengambil hati ibu mertua dengan menghadiahkan aksesori barangan kemas pada hari jadinya atau pun merancang majlis untuk hari istimewanya. Lebih manis lagi, berikan sedikit duit saku setiap bulan atau membawa ibu mertua ke pusat beli-belah dan ke spa supaya dia tahu anda menghargai dirinya.

Jika ada sesiapa yang mempunyai tips hebat, jangan lupa kongsikan tips anda di Laman-Seri.

Surat Dari Calon Isteri (",)

Assalamualaikum, Sobahul khair...=)

Tetiba ja jadi Ustazah Nabilah, kena sejibik! Sms tadi bukanlah sungguh2 nak jupa... hanya untuk membalas kepada sms sebelumnya. Selain dari Saifulislam sebagai tauladan, baru2 ni Nabilah ada terbaca artikel mengenai "Surat Calon Isteri". Selepas membaca ni, semakin kuatlah hati melapangkan dada untuk meneruskan azam itu. Ya, bukanlah penting saat pertemuan pertama itu melainkan Saat Lafaznya Sakinah terucap dari mulut dan hatimu sebagai akur janji, diriku sebagai amnahmu. Kelegaan dan kesyukuran pada saat itu, adalah lebih bernilai kerana yang haram itu telah halal bagiku.

Jom, baca surat dari calon isterimu, ahaks =P

Sumber: http://amalypoetry.blogspot.com/


Untukmu Bakal 'Imam'ku yang tiada siapa mengenali termasuklah diri ini, dirimu masih rahsia penciptamu..rahsia yang telah ditentukan untukku, yang perlu kusingkap dengan segunung taubat dan sepenuh sungguhan sujudku, cuma jambatan istikharah jua yang bisa merangkai rahasiaku ini....


Ketahuilah wahai mujahidku, Ketahui namamu tidak menjadi idamanku, apalagi untuk menatap wajahmu, Menggeletar diri ini apabila terfikirkan azab Allah, justru diri ini amat bersyukur karena masih tidak ditakdirkan sebarang pertemuan antara kita, ku bimbang andai terjadi pertemuan itu sebelum lafaz akad darimu, sungguh kita menempuh siksaan Allah. Ya Tuhan Kau lindungi kami...


Biar bertahun lama, yang ku tunggu bukan dirimu tetapi yang ku tunggu adalah lafaz akad yang akan membimbing diri ini ke Jannah Allah. Apalah artinya perasaan kasih yang bersemi untukmu suamiku andai maharnya bukan kemampuanmu untuk mendidikku menjadi mujahidah yang mencintai DIA lebih dari segala...


Tiada yang lebih bahagia suamiku, melainkan didikanmu yang akan membuat diri ini mencintai perjuangan menegakkan Deen ini, berikan ku sepenuh kekuatanmu dalam mendidik iman ku agar syahid ku damba, berikanku segala kasihmu jua agar sujudku kan tegar padaNya dalam memohon dikurniakan pada kita mujahid-mujahid yang akan menyambung perjuangan abah mereka.


Berikanku sepenuhnya sebagian hati yang kau sediakan untuk diriku, agar sebagian hati mu itu akan menjadi inspirasi padaku untuk menghantar satu per satu mujahid kita ke medan jihad. Mungkin kau heran suamiku, mengapa diri ini hanya maukan sebahagian hatimu dan bukan sepenuhnya. Suamiku, hatimu itu milik Rabbul jalil, dan ku mohon sebahagian itu sebagai semangatku wahai suamiku. Dari awal lagi sudah kudidik hati ini, bahwa dirimu, suamiku, bukan milikku dan juga mujahid-mujahidku itu bukan milikku... kalian milik Allah, dan diriku hanya medan yang diciptakanNya untuk menyambung generasi jihad dari rahim ini.


Wahai suamiku, seadanya diri ini sekarang, hanyalah dalam mujahadah mentarbiyyah jiwa agar diriku bisa menjadi sayapmu mengenggam syahid. Tersangatlah bimbang diri ini andai ku gagal mendidik hati, karna yang kuimpi seorang pejuang untuk menyambung jihad yang terbentang dengan melahirkan para mujahid...


Wahai suamiku, walau dimana jua dirimu dan siapa jua dirimu yang pasti bersama kita mendidik hati mencintai SYAHID demi redhaNya, sebagai hamba yang menikmati kurniaan yang tidak terkira dari Rafi'ul A'la, bersamalah kita bersyukur, bersyukur dengan mencintai DIA lebih dari segala isi dunia dan dunia ini...kerna hilang arti pada sebuah kehidupan andai cinta dari Allah tidak kita balas, andai cinta sementara bisa melukakan hati sepatutnya hati-hati kita robek sudah karna gagal membalas segunung cinta dari DIA Maha Esa...

Semoga semuanya terjawab dalam sujud yang kita labuhkan demi redhaNya... biarlah seribu malam berlalu tapi pastikan ianya berlalu dengan alunan sendu dalam sujud kita diatas lembaran tahajjud...

Friday 11 June 2010

Nilai Cinta Seorang Suami


"Mata penulis tajam memerhatikan dengan penuh pengamatan bangunan peninggalan sejarah itu dengan mata berkaca-kaca. Boleh dikatakan setiap hari penulis akan mendatangi satu corok laluan berpagi-pagian untuk mencari mutiara-mutiara berharga di persisiran mahligai terunggul di rantau ini. Semenjak berpindah ke rumah baru,penulis tidak lagi perlu bersusah payah memerah keringat menunggu, berhempit-hempit,dan berpanasan di dalam bas kerana jarak dari rumah ke universiti hanya mengambil masa sepuluh minit perjalanan. Kalau hendak diikutkan mungkin ada sahaja mereka yang pantas memberi alasan;

“Masih jauh tu”

“Ala naik bas bukannya mahal sangat pun,dengan mata wang mesir ni”

“Tidak mengapalah, enta jalanlah dulu ana ikut dari belakang”

Namun keindahan setiap jalanan di angkasa lukisan arca bagunannya tidak tumpah seperti sebuah kota lama yang masih segar, kaki memancu gagah melangkah ke hadapan, saban hari setiap waktu dan ketika laluan ini, bumi kota lama ini tidak pernah sirna dari derapan bunyian ribuan kaki melangkah, berlari-lari anak,dan hentakkan kuat deruman enjin tua. Suara-suara dari segala sesuatu meruak-ruak dalam gelombang besar dan tersuling ke liang-liang bisikan setiap yang melaluinya. Kali ini,penulis merasakan ada sedikit kelainan yang bermain di jiwa,seakan-akan telah mengajak penulis mengukir bait sebagai pahatan kenangan di setiap dinding bangunan unik itu. Penulis hampir tertewas pada lamunan kecil iblis bermain hebat di pancaindera, seolah-olah berada pada kurun tapak bangunan ini ditegakkan;

“Eerm,mungkin sudah hampir ratusan tahun”Bibit hati penulis sambil cuba mencari kepastian kalau ada catatan usang yang bertarikh pada deretan bangunan ini.

“Kenapa kali ini hati aku tertewas pada polimik seni bina bangunan?”

“Apakah sebelum ini aku tidak pernah melalui dicelah-celah batu-batu yang berkotak lebih indah dan lebih canggih dari ini?” Penulis terkesima hebat sambil mata bagaikan melekat kuat pada batu-batu tersusun rapi itu.

Lamunan hati penulis mati seketika dek terdengar dari dekat laungan azan muazin berteriak lantang. Hati penulis tergerak untuk mencari kebenaran disebalik tilikan tidak bertauliah sebentar tadi, mana tahu mungkin ada siapa-siapa yang lebih tahu tentang sejarah bangunan dan tembok besar yang masih tersisa di luar sana. Kaki penulis bergerak terancang seiring rabaan mata menguyu mencari dari mana arah azan itu berkumandang. Sambil berjalan telinga penulis menangkap kemas suara-suara bel dan paduan nada malakut terkadang-kadang mencair jauh. Penulis menyaksikan pertengkaran di sebelah tempat penulis mengelamun sendu tadi,dua perempuan saling melayan ke arah masing-masing dan seketika mereka ditarik untuk dilepaskan,pakaian rumahan mereka bertebangan terlepas ke udara seperti bulu-bulu yang sangat besar.

Penulis terpesona sekejap dengan adegan-adegan yang tidak berbayar itu,boleh dikatakan sudah menjadi rutin harian orang-orang arab akan berirama keras sesama hanya kerana masalah kecil.Kaki terus memandu tubuh yang semakin mengurus,tiba-tiba mendekat suara serak-serak basah yang muncul dari antah berantah,tapi yang pasti suara itu bukan roh yang tersesat;

“Anak mahu ke mana?”Suara seorang tua arab bertongkat bergerak laju sedikit daripada penulis.

“Pak cik apa khabar?”Wajah penulis menjadi rembulan menatap kasih padanya.

“Saya mahu mencari arah suara azan tadi berkumandang”Jawab penulis tersimpul manis di bibir.

“Pak cik tahu,di mana masjid tu?”Penulis terasa agak malu sedikit,masakan hal sekecil itu tidak bisa diselesaikan.

“Mari nak pak cik tunjukan”

“Pak cik pun mahu ke sana juga”Sambil memegang lembut tangan penulis memimpin ke arah suatu bagunan tersorok kecil dari pandangan.

“Patutlah tak jumpa,di sebalik bangunan rupanya”Penulis membiarkan tangan terus disuluh oleh orang tua arab itu,sambil tersenyum malu.

Baru penulis mengerti bahawa sebuah cinta suci itu,tidak semestinya perlu disaksikan dengan suara yang keluar semata-mata,cinta yang indah tidak perlu mencari sesat,cinta yang bersulam secangkir iman tidak perlu meminta berharap,dan cinta itu tidak perlu dibayar dengan material yang terpancak. Cinta sebenar hanya perlu sedikit pengorbanan dan pengertian disebalik tembok kukuh yang pernah dibina oleh Nabi Adam a.s dan Nabi Yusof a.s suatu ketika dahulu bersama pasangan masing-masing. Rasa kagum pada lukisan ukiran bangunan dan keseniannya juga merupakan cabang-cabang cinta yang lahir secara ikhlas sepersis mawar berduri petanda kasih yang masih belum termiliki. Inilah kejujuran yang pasti,tanpa perlu mencari,dan meraba-raba senuansa ciptaannya oleh Tuhan Maha Mengerti akan keperluan sekalian hamba-Nya.

Pencarian Sebuah Potrait Cinta

Perkahwinan adalah suatu tuntutan dalam Islam. Antara perkara penting sebelum melangkah ke alam pernikahan ialah hal yang berkaitan dengan pencarian pasangan hidup kerana di sinilah cinta suci lagi halal akan dibina, untuk sama-sama merasai susah senang,jatuh bangun sebuah kehidupan berumahtangga demi melihat keperkasaan benteng pertahanan Islam terus kukuh dengan lahirnya zuriat-zuriat sebagai pejuang sebagai mengganti dan kesinambungan para mujahid terdahulu. Rumahtangga tadi sekiranya dibina dengan tapak semaian keimanan, ketakwaan, dan kasih sayang serta dipikul penuh amanah, sudah tentu akan bercambah biak kebahagian dalam melahirkan generasi yang soleh dan solehah serta jauh dari pergolakan amukan jiwa memberontak.

Islam telah menyediakan garis panduan yang lengkap kepada bakal-bakal suami dan isteri di dalam memilih pasangan hidup.

Nabi pernah bersabda;“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; iaitu kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya, dan agamanya. Oleh itu,utamakan wanita beragama nescaya kamu akan beruntung” (Hadith riwayat Muslim)

Apa yang dapat kita fahami, dari maksud hadith di atas ialah ciri-ciri yang paling baik dalam memilih calon bakal isteri iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan dan dan beramal dengan ajaran agama. Mungkin pernah terlitas di benak hati kita untuk memiliki gadis yang memahami perasaan dan bersedia menyelami setiap pahit maun hidup seorang suami yang terpaksa berkerja keras dalam memikul amanah yang cukup banyak.

Pemilihan pasangan hidup tidak boleh dipandang ringan. Islam amat menekankan isu ini disebabkan kesannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan keharmonian dalam negara adalah amat besar kerana jika isu ini sampai tahap pergaduhan dan penceraian di antara suami dan isteri akan mengakibatkan rumahtangga dan nasib anak-anak terumbang ambing. Jika demikian,bagaimana generasi pelapis negara dapat dilahirkan? Sudah tentu apa yang diharapkan ibarat “bermimpi disiang hari” semata-mata.

Tanggunjawab membentuk rumahtangga yang bahagia dan melahirkan generasi cemerlang amatlah berat.Justeru, keteguhan dalam pegangan agama suami isteri perlu dipertingkatkan agar kita lebih bersedia menghadapi ujian dan cabaran hidup berumahtangga.


Allah Taala berfirman;“Ketahuilah bahawa harta benda dan anak pinak kamu itu adalah ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah Taala jualah pahala yang besar”el Anfal (8:28)

Sehubungan dengan itu sebagai bakal ibu dan bapa kepada bakal anak-anak,kita hendaklah menyemai benih yang ditanam dalam hamparan semaian iman sejak kecil lagi, agar bila mereka besar kelak akan bercambah biak padanya asas pengetahuan agama sekaligus melebar luas pada saksiah ruhiah dalaman yang mantap.Berikan mereka bimbingan dan panduan tepat tentang kehidupan berkeluarga agar anak-anak tahu dan faham tentang adab-adab pergaulan sesama manusia yang berlainan jantina.Mengawal dan mengurus perasaan cinta kepada orang lain yang bukan mahramnya serta batas-batas yang sesuai dengan ajaran agama.Mana mungkin sebuah kehidupan rumahtangga yang bercampur baur di antara ketaatan dan maksiat dapat melahirkan generasi yang hebat lagi cemerlang sebagai penyambung zuriat keturunan.

Nabi pernah bersabda;“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih, kedua ibu bapalah yang akan mencorak (kehidupan) mereka sama ada menjadi yahudi, nasrani,atau majusi. Sebagaimana seekor ternakan melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggota). Apakah kamu menganggap hidung,t elinga, dan lain-lain anggotanya terpotong?”

Padahal cinta yang tulus mulus hendaklah bermula pada Dzat Maha Kuasa yang mencipta perjalanan darah yang unik sehinggakan menghasilkn preksi perasaan cinta dan kasih sayang sebagai salah satu fitrah insani yang perlu dihayati dari hati jatuh ke hati. Dia tidak pernah mencerca hina para hamba-Nya walaupun di sana kemurkaan-Nya sangat jelas dan sensitif pada kemaksiatan yang dilakukan oleh sekalaian hamba-Nya.Namun kasih sayang Allah Taala Maha segala-galanya, mengatasi kemurkaan-Nya tatkala hamba-Nya sudi merangkap di keheningan malam syahdu mengharapkan keampunan dengan mengakui kesalahan dan melahirkan rasa penyesalan di atas kelalaian dalam memilih sebuah perjalanan yang diredhai-Nya.

Mahar Cinta Terhutang

Penulis merenung sejenak, selepas selesai usai melaksanakan tuntutan agama di masjid itu, di petang indah sayut menunggu camar bertebangan pulang ke sarang. Jika mengharuskan penulis jatuh cinta kepada material terutama perempuan yang halal dikahwini, maka pengalaman jatuh cinta itu bisa penulis gambarkan secara fakta, dan bisa pula penulis gambarkan secara fiksi.

Kalau secara fakta,maka penulis tentu akan melaporkan berapa tekanan darah,berapa denyutan nadi per minit, dan bagaimana komposisi hormon serta enzim yang ada di dalam tubuh penulis bergerak sepersis tumbuhnya rasa kasih dan cinta itu, seperti catatan di kaki tempat tidur seorang pesakit di hospital, yang setiap pagi dibaca oleh oleh para doktor dengan raut wajah tanpa emosi.

Adapun kalau secara fiksi,maka penulis akan menggambarkannya begini:

“Terimalah lamaran sang kekasih untuk beradu di kamar hati”

“Jemput abang di Lembah Nil yang setia”

“Akan aku utuskan dewa-dewa kasih ke hatimu”

Gambaran yang lebih berbentuk suatu ungkapan puitis untuk dihamburkan ke liang telinga terus menerjah ke hati yang dalam untuk mengimpuls perasaan suci ditafsikan semulus tindakan yang terzahir di mata.

Kalau seseorang ingin mengetahui atau mengalami bagaimana rasanya jatuh cinta, manakah gambaran yang lebih relevan baginya? Penulis merasakan,orang itu tentu akan memilih penggambaran secara fiksi diletakkan di hadapan,manakala fakta adalah penguat pada hati untuk terus teguh pada pendirian yang lahir dari fiksi.

Spiritual atau jatuh cinta kepada Tuhan Maha Agung adalah fakta yang lebih abstrak daripada jatuh cinta kepada seorang perempuan. Kerana itu,menurut hemat penulis,agar orang lain bisa mengetahui dan merasakan pengalaman tersebut, maka perasaan itu akan lebih efektif bila digambarkan secara fiksi. Memang benar, pengalaman itu bisa juga digambarkan secara fakta dalam bentuk teologi atau psikologi. Namun penulis merasakan gambaran seperti itu tidak akan secara normal boleh melahirkan rasa cinta berputik dan menggetarkan hati-hati yang merasainya. Tapi tidak mustahil kerana sejarah telah membuktikan pada zaman para sahabat, bagaimana mereka merasakan cinta yang tumbuh mekar di hati hanyalah layak untuk Tuhan yang Esa sahaja.

Allah Taala berfirman;“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal”el Anfal (8:2)

Sungguh indah cinta itu,jika ditafsirkan dalam erti maksud yang sebenarnya.

Jalan Sunnah Hiasi Rumahtangga

Ketahuilah, bahawa rumahtangga ini adalah sebahagian dari fasa-fasa perjuangan yang harus kita jayakan bagi mencapai matlamat suci kita. Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Rumahtangga ini adalah obor bagi masyarakat Islam yang cemerlang.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan di atas jalan dakwah,maka ianya juga tidak akan terlepas dari sunnah jalan dakwah ini. Bahawa sunnah jalan dakwah ini dulu, kini dan akan datang bukanlah jalan yang merehatkan. Ia bukan juga jalan yang dihampari oleh permaidani merah dan ditaburi oleh bunga-bunga yang indah.Ia adalah jalan yang penuh ujian dan kesulitan tetapi di hujungnya terdapat kemanisan. Maka tidak seharusnya kita merasa bersedih hati di kemudian hari atau merungut atas kesulitan dan ujian yang akan dihadapi walaupun berbeza kerjaya dan lapangan.

Oleh kerana ia adalah sebahagian dari perjuangan, maka kepentingan perjuanganlah yang akan mencorak rumahtangga ini baik ana mahupun bakal pendamping ana kelak. Kepentingan perjuangan ialah kepentingan Islam dan masyarakatnya serta wadah perjuangan yang mendokongnya.

Jika kita fahami apa yang dinyatakan tadi, maka tentulah diri kita terasa terlalu kerdil untuk memikul tugas ini. Hanya dengan bantuan Allah sahaja kita akan berjaya. Namun, sejauh mana Allah Taala akan membantu kita adalah terletak pada sejauh mana kita mampu menepati segala kehendak-Nya. Jasteru itu, kemungkaran adalah sesuatu yang asing dan sangat sensitif bagi rumahtangga ini kerana ia adalah penghijab bagi kita dari bantuan Allah Taala dan akan lebih menyukarkan jalan ini.

Bagi seorang mukmin, kecintaannya hanyalah kepada satu, cinta kepada Allah Taala. Kalau ianya harus mencintai yang lain,maka ia adalah cinta kerana Allah Taala. Inilah ikatan yang akan mengikat hati kita, cinta kepada Allah dan bercinta kerana Allah. Semoga dengan ini kita akan digolongkan di dalam salah seorang daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah Taala di padang mahsyar kelak, lelaki dan wanita yang saling mencintai kerana Allah Taala semata-mata.

Tanpa ikatan perkahwinan ini pun, hati kita pasti diikat dengan rasa ukhuwwah fillah, kesatuan fikrah dan matlamat dari satu wadah perjuangan (menegakkan agama Allah Taala) yang sama. Ikatan-ikatan ini sahaja sudah cukup untuk kita saling mengasihi antara satu sama lain. Begitu kukuh ikatan antara mereka yang mempunyai fikrah dan perjalanan hidup seumpama ini, dalam dambaan cinta-Nya.

CINTA dalam Islam ialah untuk mereka memahami Islam dan tuntutan syariat, serta sentiasa berada dalam tarbiah, disamping tahu akan kehendak tuntutan fitrah suci manusia itu.Bukan sahaja manis dibibir tapi bersedia untuk mengambil si 'dia' sebagai pemaisuri hati untuk sama-sama melihat Islam menjadi kuat dan dihormati kawan mahupun lawan,dengan pelbagai cara terutama dalam meramaikan zuriat yang mampu mendokong perjuangan para syuhada' terdahulu. Inilah taaruf atau konsep cinta yang ditaja oleh Islam yang penuh berhati-hati dan menjaga kemaslahatan semasa. Cinta lebih indah bila ikatan sudah dipatri antara dua sejoli.

Para hukama' pernah bermadah;"barang sesiapa yang bercinta (dengan menjaga batasan dalam islam dan untuk mencari keredhaan Allah Taala semata-mata) dan bilamana mereka mati (semasa cinta masih bertaut),maka matinya itu dikira mati syahid".

http://puteraazhari.blogspot.com/

Friday 4 June 2010

Monggo ngenal kuih wong jowo

Kuih 'Lemper'- ha pernah dengar x kuih ni, kuih ni lagi sedap dari pulut udang tu, percayalah. kuih ni biasa kuih ni dibuat masa kenduri yang besar mcm kawin ke , selamat ke, I Allah kalu sy kawin nanti sy pun tempah kuih ni, enaknya. Mak pun baru tempah rm 60 semalam utk rewang rumah makcik sy . 

kuih ni kat kedah xda, org jawa je, yg makan kuih ni. tp kalu org luar makan mesti mau tambah lagi. memag sedap

Image

Seperti kuih koci, kuih lemper guna menggunakan daun pisang jenis pisang Awak kerana daunnya yang lembut untuk dilipat serta dibentuk. Daun pisang perlu dilayukan juga dibawah sinaran matahari.

Image

Lidi kelapa diperlukan. Sebab di kampung, lidi dari pokok kelapa atau dari pelepah pokok kelapa sawit banyak digunakan...
Kalau kuih ini ada dibuat di kawasan bandar, biasanya penggunaan lidi digantikan dengan stapler je..

Image

Pulut yang telah dikukus dengan santan kelapa.. Penggunaan santan segera amat tidak digalakkan kerana rasa kuih yang terhasil tidak sama sedapnya jika dibandingkan dengan menggunakan santan kelapa segar...

Image

Isi inti kedalam pulut seperti di dalam gambar.
Maaf kerana saya lupa untuk mengambil gambar inti untuk kuih lemper ini.Bahan untuk intinya terdiri juga dari kelapa parut, bawang merah dan putih, buah lawang, udang kering (lagi banyak lagi le sedap...), kayu manis, lada putih, pelaga, gula dan garam...Semuanya dikisar dan digaul sebati dengan kelapa parut tadi.

Gunakan plastik sebagai lapik untuk mengelakkan pulut melekat pada tangan anda.

Image

Close up how you should do it..

Image

camne lah rupa nya pulut yang telah diisi dengan inti untuk kuih lemper..

Image

Bentukkan pulut berisi inti tadi seperti oval/bujur seperti dalam gambar

Image

Balut dengan menggunakkan daun pisang yang dikoyak memanjang



Image

Another close up from different angle

Image

Kemudian dibalut lagi dengan daun pisang seprti di dalm gambar. Gunakan lidi supaya daun pisang tidak terbuka dan nampak comel :grin:

Image

Kuih lemper yang telah siap dibungkus dengan daun pisang...Kini hanya tunggu dikukus sahaja.

Image

Kuih lemper yang telah dikukus

Image

Ini lah rupa kuih lemper yang telah dikukus dan dibuka dari daun pisang yang membalutnya tadi.

Image

Kuih lemper. Satu lagi jenis kuih tradisional orang Jawa yang anda akan dapati di majlis keramaian atau perkahwinan masyarakat Jawa.
Kuih llemper seperti juga dengan kuih pulut panggang hanya bezanya kuih lemper dikukus sementara kuih pulut panggang dipanggang lah....

Mungkin anda boleh jumpa kini kuih koci di majlis keramaian atau perkahwinan orang Melayu juga serta boleh didapati dijual di pasar malam terutamanya dimana ada kedapatan masyarakat Jawa tetapi kuih lemper agar sukar untuk didapati sekarg ni. org tua je buat.

Daisypath Anniversary tickers