Search This Blog

Saturday 28 November 2015

KEBUN DAPUR : Kisah cerita pekebun amatur ;P

Assalamualaikum...

Kisah suka duka pekebun amatur ni, macam2 nak cerita...
tengok orang lain semangat update pasal tanaman masing2..
wah seronoknya tengok tanaman diorang menjadi...

Saya berjaya setakat daun2 je la...
yang buah2 tu tak berjaya menghasilkan buah yang banyak...

Pokok cili, tomato, capsicum, dah selamat masuk tong sampah...
bulan lepas saya kemas kini semua pasu2 pokok yang tidak membuahkan hasil tu, buang je la...


Bunga daun cekur...
cantik kan?
kaler putih...ada sikit2 kaler ungu...


Kali pertama kot saya nampak bunga daun cekur ni..
selama Mak saya tanam kat kampung pun, saya tak pernah nampak...
tau makan je daunnya buat ulam....

Dari dua bekas, sekarang dah jadi 4 bekas..
asyik lupa je nak cabut daunnya makan buat ulam...
sejak mula berbunga ni, makin kerap dia berbunga...
tiap kali siram tu, mesti ada salah satu pasu yang berbunga...
at least ada juga la penyerinya tu...


Allahuakbar!
Pokok kacang bendi berbunga, SubhanaAllah..
cantiknya, besaq plak tu...
saya tak pernah tengok, huahua...


Saya ingat kudup yang ada tu, nak jadi kacang bendi dah...
tak sangka plak ada bunga...
tapi logik dan lumrah la kan...
sebelum nak berbuah, mesti la berbunga dulu kan, cik kak oi...
tu la, terlupa pulak...heee...
so, ada lagi 3 kudup tu, kita tunggu la 3 kuntum bunga lagi bakal kembang, inshaAllah..

Tapi...
saya risau la, ada juga kutu2 hijau macam pijat dan semut2, dok hurung kudup tu...
ni yang geram ni..
nak penyek2 dengan jari, takut pula kot ada duri n bisa apa ke..
budak baru nak menanam pokok, bukan kenal menatang apa pun..
kalau ada terbaca, ada orang bagitau, tunjuk-share
baru la nak tau, itu-ini, gitu-gini...

Pokok kacang bendi ni, asal-usulnya, saya amek dari umah mertua..
tapi bukan amek pokok tau, saya patahkan dahan je...
saja amek, nak try tanam tengok, boleh tak hidup dengan keratan batang, tanpa tut pun..
balik cucuk dalam pasu, siram macam biasa...
untuk pokok limau kasturi saya buat juga, tapi tak jadi la pula..
kacang bendi ni je OK...
nanti nak cuba lagi limau kasturi..

Kadang2 kalau rasa malas nak tanam, kutip je la buahnye pokok mak mertua...
saya suka guna limau kasturi untuk cuci ikan, udang, sotong, semua yang seafood.
dah benda free tak perlu beli, guna je la kan..
kalau tak kutip, tanah la habuannya, habis luruh bila dah kecut-tua..
sayang tengok bila jatuh ke tanah..
tu yang suka kutip tu..
buat sirap limau, teh limau, pun sedap juga....
Kalau nak grill daging, tak ada lemon, kasturi pun jadi la..
grill daging versi Melayu jek, kekeke...

Baru2 ni dapat info, dari ahli group Kebun Bandar cerita nak tanam pokok limau kasturi, amek pucuknya..
ohhh baru tau, gitu..
tapi setakat ni tak sempat lagi nak cuba..
minggu lepas balik, lupa nak amek...
Esok (Ahad) baru nak balik sana..
Kalau ingat petik tu, boleh la saya cuba tengok dengan pucuk pula..


Ni pula pokok peria.
beli buah peria, nak buat sayur..
lama sangat tersimpan, biji nya pun dah jadi kuning.
nasib baik, boleh masak-makan lagi..
so simpan la biji tu, kot nak tanam..
letak kat tingkap dapur sampai kering..
pastu ingat nak simpan dulu, pastu fikir pergi tanam je la..
kalau tumbuh rezeki, kalau tak ada, tak apa la kan...

Dok siram dalam 2-3 hari, nampak ada tunas..
wah, berjaya la tumbuh..
saya biar je dia naik lagi..
tak ingat berapa biji letak hari tu..
tapi memang peria tu, biji nya sikittt je..
akhirnya 5 pokok tumbuh keluar...


Ada satu hari tu, hujan lebat angin ribut kuat...
saya pun terperasan pokok ni macam tumbang sebelah..
dalam hati tu dok kata, habis la pokok peria ni, batang patah pulak...
siap saya betulkan lagi batangnya..

Pastu teringat juga, pokok peria kan menjalar..
dok ushar la batang apa nak guna nak buat tiang ni...
saya terlupa sekejap pasal pagar rumah..
sebab pagar ni, saya simpan space ni nak tanam morning glory..

Memandangkan entah bila nak boleh tanam MG, 
makanya saya angkat terus pasu ni letak tepi pagar...
cakap kat pokok, panjat la pagaq ni, tak ada tiang la nak pacak...
esoknya tengok, gelung2 dia tu dah melilit2 kat pagar...
baguslah, settle masalah den..
patut la dia tumbang, dia nak cari tiang nak berpaut rupanya, heee...


Silap tak koyak dulu sticker botol minyak tu..
buruk la sikit rupanya...
bila tanam terbalik ni, boleh pula dia mencacak ke atas...



Masa saya baru buat pasu terbalik ni, Uncle jiran sebelah tanya..
apa pasal pokok sudah terbalik, kenapa biar macam tu...
hehe, saya tersengih je la..
cuma cakap, tengok omputih tanam pokok tomato pasu terbalik, saja cuba2...

Masa tu tak nampak lagi progres nya..
lama2 baru nampak bahagian hujungnya dah menegak balik ke atas...
so saya assumed, pokok ni boleh sihat membesar la kot...
tengah tunggu ada tak buah nak jadi..
kalau nak ikutkan, dah banyak kali berbunga..
berbunga kuning..
nak tunggu buah le pulak..
kot boleh buat tomyam lagi, Amin..


Bila buat pasu terbalik ni, jadi pasu 2in1 lah...
bahagian bawah ada pokok.
bahagian atas pun ada pokok, hehehe..
ini ada pokok betik ni..
sebab tanah ni ada banyak sangat biji betik yang saya buang..
bila digembur-digaul, tukar pasu, saya pun dah tak ingat ada biji betik dalam tu...

Tapi saya tak mengharap la pada pokok betik ni.
sebab hari tu tengok dalam group ada orang asingkan biji2 betik jantan-betina..
lorr, baru tau ada jantan-betina..
kalau nak tanam, kena tanam kedua2nya dengan nisbah yang betul la..
satu untuk agen debunga, satu lagi untuk berbuah..

Pokok tomato ni ingat nak masuk tong sampah dah..
tapi baru2 ni perasan pula ada 4 biji buah tomato...
ehhhh, macam tau2 je pokok ni, orang nak buang dia..
cepat2 plak dia berbuah..
4 biji lak tu...
nak tunggu nanti, boleh membesar ke tak....

Pokok tomato ni ada dahannya yang menjadi tempat berpaut pokok peria tadi...
daun pokok peria tu jauh menjalar..
berbungapun dah banyakkkk dah..
tapi belum nampak buahnya...


Baru2 ni je perasan macam ada satu yang macam nak jadi buah...
susah jugak tu nak dapat...
harap2 boleh la merasa buah peria, Amin...


Pokok peria ni, ada pemangsa rupanya..
binatang apa entah, kaler oren-hitam, suka sangat makan daun peria ni...
habis daun pokok berlubang2...
jadi tak sihat berbanding masa awal2 meriah dengan daun dulu..


Pokok daun kesum ni pun ada suka dukanya...
induknya dulu, saya tanam dari batang daun kesum yang saya beli untuk masak tu...
pastu lama2, orang share cerita tanam dalam pasu/bekas yang bertakung air..
saya pun ikut la juga buat...

Kebetulan, bekas tu tak besar sangat...
pastu macam jadi tak jadi je daunnya..
kemudian balik dari kampung haritu, tengok kering kontang pula daunnya...
habis saya cantas yang dah kering..
alang2 saya merumput hari tu..
saya tukar ke dalam pasu semula...
tak nak buat lagi dalam bekas bertakung...
letak dalam pasu yang dalam sikit...
nak mencabar pokok ni, membesar seboleh mungkin...

Alhamdulillah, lepas tukar pasu berlubang, baru sihat semula pokok ni...
nasib baik saya bertindak bijak, cewahhh...
rugi la kalau mati, batang induknya dah sebesar dua jari....
so dahan2 baru akan tumbuh, kembang2 dari batang besar tu..
tu yang jadi rimbun tu...
saya ukur daunnya sepanjang jari hantu saya...
mencabar diri dengan Entri Daun Kesum Gergasi ni, ce klik tengok
besaq gak tu daunnya...
rupanya ada dua jenis daun kesum, yang merimbun-daun besar-kasar, yang menegak-daun kecil dan lebih kuat berbau dan lembut.

Setiap kali basuh beras, saya simpan air basuhan tu..
dapat satu jag, 2.5L...
semua pokok ulaman ni, saya siram air beras...
baja, baja tahi ayam je...
itu je rahsia/tips saya...
daun limau pun tumbuh elok, buah je tak ada lagi..pokok kecil je..
pokok bunga je siram air paip biasa..
Jiran taman saya ni, siram pokok ros jepunnya dengan air Kangen..
kalau nampak pokoknya macam lesu2 je, siram air Kangen, terus subur sihat balik...
macam2 kan.....


Dan baru2 ni ada satu pokok tumbuh dalam pasu pokok kunyit..
mulanya ingat nak cabut je, kot ada rumput liar tumbuh..
tapi tak pe, biar je dulu..
sebab tengok pertumbuhannya cepat betul...
lama2 naik cantik je camni...
pastu saja2, petik daunnya...
saja nak bau2...
emmm, bau sesuatu yag dikenali...
macam serai2 gitu...
cari kat internet, terjumpa macam lemon basil...
fuyooo, betoi ka ni?


Siap berbunga cantik lagi...
sayang pula nak buang...
tu yang dok ragu2 je...
sambil menulis ni, baru teringat nak tanya jiran...
tunggu nanti enSuami dia sahkan betul ke lemon basil..
ke perasaang saya je, kuikuikui....
nape la pokok pudina tak tumbuh sekali?
boleh letak dalam air teh...
emm sedapnya bau air teh berpudina...


Pandangan keseluruhan tanaman saya...
yang ada di pagar, tak nampak dalam gambar ni...
asyik lupa je nak snap gambar...
sekarang ni panas terik kan...
kalau lambat keluar siram, silau mata macam dalam gambar...
terang betul...

Hari ini berkebun, saya tukar pasu pokok daun kari..
bagi pasu besar dan dalam lagi...
nak bagi pokok naik besaq besaq lagi...
yang ada sekarang, macam tak sihat sangat..
sebab pelepah dia turun ke bawah dan kekuningan daunnya...
kalau sihat, mesti kaler hijau pekat, dan pelepah daunnya macam menegak ke atas...
Jadi saya cantas semua dahan2 tu..
biar tumbuk tunas baru...
Stok daun kari pun banyak lagi dalam peti.
InShaAllah sempat la bertunas baru...


Ini bukan saya tanam..
Uncle jiran sebelah bagi.
dia baru tuai, nak gemburkan tanah, untuk tanaman seterusnya...
kalau saya tanam, bertuah la nak dapat macam ni, hukhukhuk...
daun kucai pun dia bagi gak...
walhal seminggu sebelum tu, dia dah bagi pokok kucai kat saya...
hahaha, tak malu kan....
dok tanya macam mana nak tanam pokok kucai, saya semai 3x, tak tumbuh2 pun...
last2 dapat pokok kucai terus..
Uncle nampak saya selalu dok amek, sampai tak dan daunnya nak tumbuh...
enSuami suka cucur udang..saya pula suka char koteow, apa lagi...
sedia2 dok amek daun kucai tu, tak ada daun kucai, daun bawang pun boleh la....

Tu yang Uncle bagi lagi tu...
dia kata saya rajin masak..
manyak pandai buat kuih, kahkahkah...

Hahahaha, Uncle ni... [malu aii]
saya suka try resepi2 baru, saja nak mencabar diri..
makannya idak..
tu yang banyak lebih tu...
so bagi je la kat jiran kan....

Sama2 dikongsi rezeki yang Allah bagi...
Alhamdulillah....
Untung la, kalau tanam dapat hasil ni...

Selama ni, saya dah jimat dalam bab daun2 perasa..
daun kari, daun limau purut, daun kesum, daun kunyit, daun pandan [tak berapa nak meriah sangat]
daun bawang, daun kucai...
serai. bunga kantan, belum ada bunga lagi.
daun sup, tak ada. cuba tanam tak hidup2..isk..
cili padi, limau kasturi, kutip kat umh mertua, kuikui...

Rasa2 macam nak kumpul herba omputih plak la...
kalau conpem pokok tadi lemon basil, owh yeh!!!
boleh jadi pembakar semangat untuk tanaman seterusnya...
nak cari kat mana pokok2 ni ek?
ada sesape nak bagi? ahakssss

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

TEMPAHAN DESIGN : Design Majalah Sekolah BAIDURI 2015 dan Manual Pengurusan & Takwim 2016

Assalamualaikum....

Huuuuuuuuuuuuuu, susahnya nak keluar dari sumpahan kemalasan ni...
tak ada mood nak update blog...
dalam hati nak update, nak update...

Bila dah buka entri draft...
pandang kiri kanan, close balik...
aduhhhhh dah tak reti nak menulis...

Kalau dah lama senyap sepi, gitu la jadinya..
nak menulis semula tu amek masa sikit..
update cerita simple2 je...

Kalau boleh tiap2 hari nak up entri resepi atau masak2...
kasi nak asah semula power dan mood nak menulis..
kekeke....

Bulan lepas dapat siapkan satu tempahan design...
Alhamdulillah...

Terima kasih pada Cikgu Sekolah SAG..
yang sudi bagi kepercayaan pada saya...
Tema gold, sempena sambutan Jubli Emas 50tahun, SMKSAG.

Tempahan cara amatur je....
tak sehebat designer lain, saya akuinya cewahh...
sekadar berkongsi minat dengan kekangan masa orang lain...
ada rezeki, saya buat sebaik mungkin....
Terima kasih..


Design depan dan belakang majalah sekolah RM80 sahaja..



Hari Rabu lepas, cikgu sek minta buatkan design untuk Manual Pengurusan pula..
Tema Abstrak...
Alhamdulillah...


Design depan dan belakang Manual Pengurusan dan Takwim SMKSAG RM20 sahaja...

Ada lagi sesiapa nak tempah untuk design cover majalah sekolah dan manual sekolah?
Boleh hubungi saya di emel

islamorangputih@gmail.com

Masih sempat lagi ni...babai


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Tuesday 24 November 2015

RESEPI : Koleksi Resepi Pizza Homemade

Assalamualaikum....

Nak simpan resepi pizza mudah, buat di rumah...
dalam satu entri di sini...
mungkin entri panjang sikit..
kadang2 ada ambil gambar banyak, so semangat sikit nak muat naik..
kalau tak amek gambar, minta maaf ye..
terlupa sangat mungkin sebab tak sabar nak makan, kekeke....


RESEPI 1

Dari blog TintaMerahMama, pizza menggunakan frying pan..
Bahan (untuk 1 doh)
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri 
3/4 cawan air suam 
1 SB yis kering 
1 SB madu sedikit garam.


Cara Masak

  1. Campurkan semua bahan dan bancuh sehingga rata seperti bancuhan tepung untuk cucur jemput2
  2. Tuang ke dalam kuali frying pan/nonstick pan/pemanggang ajaib.
  3. Ratakan sehingga memenuhi saiz kuali atau ikut suka nak bentuk macam mana..
  4. Kalau nak, boleh biarkan doh rehat selama 5-10minit.
  5. Boleh ratakan sos topping, dan tabur dengan topping seperti sosej, sayur campur, cendawan butang, nenas, bawang besar, capsicum, isi ayam, isi daging, tuna/sardin dan keju.
  6. Masak dengan api perlahan sehingga 15minit atau sehingga bahagian tepi pizza keperangan..
  7. Sedia untuk dihidangkan...
Resepi ni baru cuba sekali..
first time try tu, guna la kuali seramik CookLine tu.. tapi tu la, saya tak tahu yang kesan calar pada permukaan kuali tu, telah mengakibatkan kuali tu tidak lagi menjadi kuali tidak melekat...

Selepas baca entri TintaMerahMama, tentang frying pan tu, baru saya sedar, kenapa kuali tu dah melekat sekarang..
saya memang selalu guna sudip/senduk kayu je..
tapi saya lupa, bahan saya masak tu juga memberi kesan..
iyelah, pernah masak retak1000, ketam, apa lagi entah..
mungkin sebab kena bahagian tajam2 tu, yang buat calar...
hukhukhuk, sedih daa kuali dah tak superb seperti awal2 beli dulu...

Disebabkan melekat, saya pun lupa nak amek gambar..
masa buat tu pun dah was-was..
macam pasrah je la, kalau tak jadi elok...
tup-tup, sungguh la melekat di kuali...
terpaksa guna spatula, untuk kikis2 bagi lekang dari kuali..
memang sadis sangat...

Rasa macam nak try guna oven pulak nanti..
dari segi rasa, bau yis/masam tu kuat sangat, sebab guna 1 SB, sedangkan tepung 1 cawan saja..
tak tau la kalau orang lain tak kisah...
saya kisah, sebab yis saya cepat habis, huhuhu [dasar dekut sangat]

Selepas cuba resepi 1 ni, saya pun teringat Nana ada update pasal pizza mudah tu...
lepas tu masuk blog Nana, cari semula resepi tu...
masa dulu tengok, baca, tak teringin nak buat...
bila orang dah mula kongsi masak pizza senang, mudah, homemade, baru teringin nak buat la..

RESEPI 2
Dari blog Nana RahsiaHatiku, Pizza Senang, Mudah, dan Sedap..
Bahan (utk 2 doh)
2 cawan tepung gandum
1 SB minyak
1 SB gula
1 SK garam
1 1/2 SB yis (rendam 10min dlm 1 cawan air/nampak agak berbuih)

Cara Masak
Campur semua bahan..
tambah air sikit2 sampai jd adunan doh..
doh agak melekit sikit tapi xpe..biarkan stengah jam pastu uli balik utk buang udara dlm doh..
biarkan stengah jam/sejam lagi pastu boleh buat pizza...
sebab doh tu melekit,tabur tepung kat loyang n tangan sikit sebelum ratakan doh atas dulang..doh tekan sampai betul2 nipis tau baru sedap!

Bakar 160C selama 30minit, api atas bawah.

Kali ni cuba lagi dengan pelbagai persediaan jiwa dan raga, huahua..


Semangat ni, siap potong semua bahan2 siap..
semangat sebab semua bahan ada, termasuk nenas tin..
buat pizza ni, kalau ada nenas baru sedap..bagi tekak saya la..

Satu lagi yang saya suka, letak serbuk biskut pada loyang...
kalau perasan la, di Domino, ada letak serbuk kaler kuning2 gitu...
masa saya nampak tu, saya tak tahu la apa nak kata benda serbuk kuning tu..
kemudian terbaca di satu blog tu, dia cerita letak serbuk roti/biskut di bawah pizza..
baru saya tahu benda apa yang kuning2 di pizza Domino tu...

Serbuk yang disarankan adalah dari biskut baby tu, macam Milna, Rusk, atau bijirin yang putih macam bubur nestum tu..
kalau tak ada, guna je, cream craker ke, marie ke, atau kalau ada serbuk roti tu lagi senang la..
macam saya ni guna biskut baby tu, ramas2 dengan tangan je, pastu penyek2 dengan bontot gelas, malas nak buka blender...



Memang adunan ni basah2, melekat di tangan...
masa ni penyek2 dengan gelas ada, dengan tangan ada, dengan spatula pun ada...
macam2 cara cuba, first time nak cuba, nanti2 dah tau la, macam mana yang senang...
kesimpulannya guna tangan je la, hihu...
disebabkan uli guna mixer, saya buat ulang uli, 3x juga la, dah Nana cakap, lagi banyak uli-rehat-uli, lagi sedap doh pizzanya, so saya pun cuba la..


Ratakan semua ke permukaan..
loyang saya tak ada sapu apa2..
hanya serbuk biskut tu je semata-mata...
pastu terus la dengan topping...


Untuk keju, saya beli pizza topping je..
tak ada mozarella..


Lepas dah siap, topping, boleh terus bakar..
kena panaskan oven dulu 10 minit sebelum masukkan pizza...


Nyum nyum, sedia untuk dimakan...
masa panas2 lagi syok makan...
masa ni masak waktu pagi, so lunch dengan pizza je hari tu...


Sekali hadap dengan enSuami, tinggal banyak tu je lagi..
tapi adunan ni dapat dua biji la juga..
satu lagi kecil sikit..


Kualiti roti pizza nya...
rasa semua OK, kami suamisteri suka makan bahagian tepi dulu...
suka yang keras, rangup2 gitu....
yang ni pun, ada juga sikit masam2..
masa ni saya guna 1SB je, 1/2 lagi buat2 tak nampak je, hahaha...
tak ada kesan pun pada hasilnya...bagi saya la...

Dan resepi ketiga ni baru cuba semalam...
saya ingat sampai resepi Nana tu dah nak update kat blog la..
sekali bila taip kat google, punya la banyak resepi pizza mudah homemade ni...
berpinau mata baca satu2 resepi yang diorang share...
last2 jumpa resepi Azie Kitchen...
bila tengok bahan, macam senang je...
macam nak try je secepat mungkin, kalau tak; tak boleh lagi nak up koleksi resepi pizza mudah ni..

Memandangkan semalam tak berapa semangat nak masak nasi, so buat keputusan nak buat pizza je..
dapat la mencuba pizza kak Azie tu...
senang pakai tepung gandum je...

RESEPI 3


Bahan:

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula [saya letak 1/4 SK]
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil [saya ganti minyak jagung, kalau tak ada minyak masak pun boleh]
Sedikit olive oil (lumur)

Cara Masak:

  1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.
  2. Ayak tepung ke dalam mangkuk, letakkan garam.. buatkan lubang di tengah2, tuang minyak, dan bancuhan yis tadi...
  3. Gaul dari keliling mangkuk dengan menggunakan pisau.. [saya guna sudu yang bancuh yis tadi je]
  4. Dah sebati semua, uli pula dengan tangan sehingga tepung tak melekat di tangan. 
  5. Lepas tu, uli pula di papan canai, dengan kedua2 belah tangan, tekan ditepi, tolak ke depan, lipat2 tepung, ulang lagi sehingga puas hati...
  6. Pastu lumurkan minyak pada permukaan bekas dan tepung dan rehatkan doh selama 30minit. tutup dengan plastic wrap. boleh letak di tempat yang berhaba/panas.
  7. Lepas dah kembang, tumbuk adunan untuk keluarkan angin dan uli sebentar.
  8. Boleh bahagikan doh kepada 2 bahagian atau lebih untuk saiz yang dikehendaki.
  9. Sediakan topping sehingga siap.
  10. Panaskan oven 10minit sebelum, Bakar 5 minit pertama pada 240C dan 15minit kemudian dengan 220C.



Kali ini saya mengalah menguli tepung guna tangan. nak kena ikut cakap sifu, tengok apa hasilnya... Tapi OK la, tepung ni lembut, gebu je.. tak ada la lenguh sangat nak uli..rasanya kalau buat lagi lepas ni, boleh la uli tangan je..tak rasa susah pun...


Rehatkan doh selama 30minit..
saya tutup guna plastik balut makanan tu je...
Pastu letak atas water dispenser, sebab dia panas berhaba, hehehe...
ni pun dah terlajak masa nak dekat sejam..
sebab baru nak study kat entri Kak Azie yang satu lagi..
ralit dok baca, dah terlebih masa...


Dah kembang sikit...sekali ganda je kot...
lepas tu tumbuk2 buang angin...
uli sat, pastu canai nipis2...


Masa dok baca entri kedua tu, saya jumpa Kak Azie, buat pizza keliling dengan keju..
saya pun apa lagi, tiru je la..
kebetulan ada keju cheddar lebih dari bangkit cheese raya haji haritu...
try la buat...


Saya tak ada pizza pan..
saya guna cake pan..
loyang kek yang boleh buka tepi tu, saya amek yang bahagian bawah tu je..
haa, bijak tak, kekeke...
lepas ni rasa nak beli lagi loyang camni, boleh fungsi 2in1...
jimat gitu...
macam semangat je nak beli, sebab rasa seronok nak buat pizza lagi sebab senang...
pizza cutter nak beli juga, sebab tak ada lagi, huhu...


Kemudian balut balik keliling cheese tu...
boleh cucuk2 sikit dengan garfu.. saya buat dengan hujung pisau je kebetulan guna pisau untuk hiris lebihan doh tu...hehehe


Pastu siapkan dengan topping kesukaan...
kali ni saya tambah serbuk lada hitam, saja nak try2.. baru beli serbuk lada hitam tu...
masa nak tabur ni, ada masalah pada cheese..
pizza topping hari tu dah rosak.. jadi cair dan rasa pahit2 gitu..
terpaksa masuk tong sampah.. salah cara simpan kot...


So, topping dengan keju cheddar tadi..
masa parut2 ni, macam seronok je guna keju ketul ni...
dah set mcm nak beli yang ni je lepas ni...
tapi saya lupa, keju cheddar ni tak cair...
dia jadi kering2 je gitu..
sesuai untuk hiasan bangkit cheese, tat nenas cheese dan ban cheese tu...
untuk pizza, tak sesuai kot...
ramai suka letak mozarella, dengan sticky cheese [saya tak pernah beli lagi jenis sticky ni]


Masa bakar, letak dalam loyang, seperti kata sifu.. memang patut pun..
memudahkan untuk pegang loyang tu, sebab kita tak ada holder pizza pan tu..
kalau ada, boleh la masuk terus je..


Hasilnya keju ketul untuk topping pizza...
kering perang macam tu..
lepas tu apa lagi saya tambah cheezy kuning untuk wedges tu..
bagi kasi ceria, mengancam sikit, hahaha...


Baru nak meleleh sikit kan....
cheese yang keliling tu pun, tak cair sangat..
boleh terasa la makan cheese seketul2, hehehe...


Baru puas hati yedak?
terpulang pada selera masing2 la..
saya sebab kecemasan, huhu...
dah nak topping, baru sedar keju tu dah rosak...


Bahagian kedua, guna loyang yang besar tu...
habis sudah cheese tu diparut..


Hasil selepas bakar...
pastu ada lagi lebihan doh...
kalau buat sama besar, boleh buat dalam 4-5biji pizza bulat...


Yang last tu, saya canai beracuankan loyang tadi dibahagian bawah plastik...
so dapat lagi dua biji pizza...
tu pun ada lagi lebih sikit...
saya canai je, terus masak...


Letak sosej je...
pastu letak cheezy tu je, bakar...
Oh ya, untuk pizza bulat tu, saya bakar ikut resepi Kak Azie..
yang kemudian tu, saya bakar ikut resepi Nana, sebab malas nak tukar suhu dan masa lain2..
bakar terus je senang...bunyi loceng, dah siap...


Hasil untuk hari ini...
dah separuh dah yang bulat tu saya ngap, enSuami tak balik lagi jaga exam semalam..
yang besar tu, bahagian tepi saya amek makan dulu...
yang tu keras, rangup.. sebab nipis sangat saya tenyeh, hehehe...
yang last tu, konon letak sosej untuk Hafni..
last2 Umi juga yang ngap sampai habis...
tak sedaq sedap dok makan sambil layan cerita korea, apa lagi...

Yang lebih dua biji tu, saya nak sejukbeku kan...


Saya nak masak sesiap dohnya..
kalau ikut dari entri Kak Azie, boleh simpan terus dohnya...
terpulang nak ikut yang mana..
sebab dulu masa belajar frozen food tu, mesti melalui sebarang proses memasak sebelum dibekukan...
so saya ikut yang ni la..
kalau buat siap2, senang, nanti keluar dari freezer terus topping, terus bakar..

Sebelum bakar, cucuk2 dulu buang angin..
Bakar 180C selama 10minit..


Dah siap bakar, enSuami pun sampai...
saya dah pesan, belikan tuna untuk topping pizza..
akan datang punya projek..
tunggu beli cheese dulu..
kot boleh dapat gaji esok ke, ehem ehem, inshaAllah...


Biar sejuk dulu...
pastu masuk freezer, dalam 1jam, dah keras sikit..
keluarkan dan balut kemas2..
elakkan doh menyerap bau2 yang tidak enak dalam freezer tu..
saya balut satu2 sebab nak elak, kot la kalau doh ni melekat kang, susah lak nak pisahkan..
lepas balut macam ni, saya letak lagi dalam beg plastik, ikat kejap, letak di rak bahagian pintu je..
tak nak kacau bahagian tempat letak lauk-pauk...

Kalau diperhatikan, macam sama je dari resepi Nana, mungkin ada yang olah untuk separuh adunan kot, sebab dua cawan je..
dalam resepi ni 4cawan..
2SK yis, agak berpatutan untuk 4cawan tepung ~500g...
saya suka resepi ni, sebab dohnya boleh dicanai...
so boleh bahagikan doh sama rata untuk kuantiti yang banyak...
tak ada mixer pun boleh buat, uli dengan tangan...

Untuk resepi seterusnya, saya nak kongsi resepi yang saya dapat dalam kursus frozen food tadi..
ada pernah sekali cuba resepi ni...
dah tak ingat dah rasanya macam mana..
buat bulan 2 hari tu lagi..bulan 11 baru nak cerita, hahaha...


Ada la juga 2keping gambar..
tu pun saya amek sebab nak whatApps ke enSuami..
nak bagi dia terlioq kat sekolah tuh...
first time buat pizza jadi..
2x sebelum tu saya cuba buat, keras macam batu, adoi...  '_"

RESEPI 4
500G TGandum
11G yis
10G gula
1SK baking powder
1SK bread improver/voltex
10G garam
30G shortening/lemak sayur
280-300G air sejuk

Cara Masak
Gaul semua bahan kering hingga sebati.
Masukkan air sejuk dan uli hingga yis dan gula hancur/larut.
Masukkan shortening, uli hingga lembut.
Rehatkan doh selama 30minit, kemudian tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
Bahagikan/timbang doh mengikut saiz dikehendaki...
Biarkan doh naik 2kali ganda selama 30minit, dan bakar pada suhu 180C selama 10-12minit [untuk disejukbekukan]

Cara Penyediaan untuk Pizza SejukBeku
Lembutkan pizza terlebih dahulu iaitu dibiarkan pada suhu bilik. kemudian dibakar pada suhu 200C selama 10minit.
Kalau terus bakar, boleh guna cara biasa dari resepi 2 atau 3...


Selalunya pizza frozen, lebih bakar doh pizza, terus topping, baru frozen..
tapi saya tak buat topping sesiap, sebab freezer penuh, tak muat nak letak pizza elok2 dalam bekas.
sebab tu saya biar roti kosong je..

Kalau dulu kat Bangi boleh beli roti pizza kosong kat kedai Pizza di Teras Jernang.
lupa la plak nama pizzanya..bukan pizza Pah..pizza ni ada jual kat pasar malam seksyen 1. roti dia sedap, lembut..macam Domino la juga rasanya..
Hari tu pergi rumah kakak di Senawang, dia pun ada pizza segera ni..
katanya beli kat kedai bakery..
mungkin dah banyak kot jual kat bakery sekarang ni...
kalau nak cepat, beli la kan, sebab kakak saya pun kerja..
saya suri rumah, boleh la buat sendiri..
alang2 ada ilmu frozen food, sila la aplikasikan ye..
kalau tak sia2 je bayar pi kursus, tapi tak buat...iskkk...

Untuk sos topping, ikut selera masing2..
ada yang letak sos2 je, campur sos cili+sos tomato, gaul rata, kemudian sapu atas pizza..
kalau rajin boleh masak sendiri, tumis2 apa yang patut..
kalau nak cepat lagi, sedap lagi, beli yang siap dah dalam botol macam jenama Prego, Kimball pun boleh..
hari tu kakak saya guna yang dalam botol tu je..lupa plak nak tengok jenama pa.. mungkin jenama Heinz pun ada juga kot...


Yang saya punya ni, main hentam je bubuh...
ada letak bawang besar, cili kering, tomato, sos cili, sos tomato...
sos cili, sos tomato tu saya habiskan stok..
sebab sos cap Puteri tu tak sedap, enSuami komen..
dan sementelah dah ada sos Mudim yang sedap tu..
so saya habiskan semua yang ada tu...
so dapat banyak juga la, satu tupperware..
saya simpan freezer je, sebab nak tahan lama..
dan boleh tambah kiub pati ke, perasa ke, oregano, atau basil ke..
kena letak juga rempah omputih tu, bagi ada bau2 pizza tu...

Untuk resepi Topping, saya kongsi resepi dari kursus ni..

Sos Topping Pizza
2 ulas bawang putih
200G bawang besar
1 tin besar puri tomato
8biji tomato kisar
1SK lada hitam
2SK lada sulah
3 1/2 SK garam
4 SB gula
11/2 SK oregano

Cara Masak
Tumis bawang putih, bawang besar yang dipotong dadu. Apabila layu, masukkan tomato kisar.
Masukkan semua bahan2 lain.. Masak sehingga pekat.
Tutup api. Sedia untuk digunakan...

Haa, senang je kan buat toppingnya..
Buat banyak2 sesiap, boleh simpan beku..
senang nak guna, bila2 masa..

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers