Search This Blog

Wednesday 30 June 2021

Resepi : Cornflakes Sira Kari

Assalamualaikum

Tujuan asal, nak habiskan cornflakes.

Hari tu beli cornflakes jenama Tesco, anak² tak nak makan, kata tak sedap. Mungkin sebab dah biasa dengan Nestle.

Teringat biskut raya yang guna cornflakes kisar, yang kawan suka sangat. Tanya dia, nama biskut tu, biskut buah pinggang.

Cari² resepi, teringat yang sebelum ni ada viral cornflakes sira kari. Saya pun cari juga resepi tu. Macam senang buat ni, xyah susah² nak baking buat biskut satu², penat la sikit kan..

 Jumpa dua resepi yang sira versi kacang soya, dan versi cornflakes.

  Kacang soya pun nak kena habiskan. Beli tahun lepas masa MCO1. Dah cuba buat air kacang soya dan taufufah. Tapi tak jadi sangat. Ada rasa kelat² kacang gitu. Kalau orang kampung saya kata rasa pedaq.

Kali ni saya rendam dalam jam 3petang. Dalam 6, tengok resepi, orang tu cakap rendam kacang soya dengan sedikit kapur. OOO, baru kutahu. Agaknya salah step kat sini kot.

Air kapur tu fungsi untuk rangup kan kacang bila digoreng? Atau nak buang rasa yang tak sedap pada makanan? Atau nak elak bahan makanan serap air?

Tapi ikut jugalah letak air kapur. Sebab memang ada kapur kat rumah. Boh je 😁 6.30 lebih tu baru mula goreng kacang tu. Dia Suh letak minyak banyak, supaya boleh tau bila kacang soya masak, dia akan terapung. Tapi saya letak minyak sikit je, sebab tak suka nanti ada banyak lebihan minyak.

Jadi goreng la sikit², nak tau kacang masak, susah jugak lah. First timer goreng kacang soya. Dok ingat teori mertua ja, kalau goreng kacang 🥜, kalau dengar ada yang meletup, maksudnya kacang dah masak. Saya memang gagal bila goreng kacang tanah, selalu hangus hitam, hahaha.

Sekarang senang goreng kacang 🥜 dengan AF ja. Tapi kali ni, tak terfikir lak nak guna AF. Tengah dok goreng tu baru teringat 🤦. Goreng je la sampai habis dulu..

Untuk nak buat sira ni, sediakan bahan :

Planta/mentega

Daun kari

Serbuk kari + serbuk cili

Gula/madu

Sedikit garam

cornflakes, kekacang/maruku

Cara memasak:

1. Panaskan kuali, cairkan Planta. Masukkan daun kari tumis naik bau. Api slow² je. Takut Planta hangus.

2. Masukkan serbuk kari+cili yang dibancuh sedikit air. Kacau sentiasa sehingga serbuk kari masak. Masa ni ada bau hangit², saya pun seram gak, kang rasa hangit tak sedap. Tapi sambung je buat 

3. Masukkan madu, garam untuk perasakan. Boleh tambah sedikit air kalau adunan cepat kering. Kita nak tunggu sampai serbuk kari masak je. supaya tak sakit/pedih perut.

4. Kalau rasa dah okay, masukkan kacang², gaul sekejap pastu tutup api. Selepas tu baru masukkan cornflakes. Gaul rata sampai semua kena sira tu. Makan panas² tu sedap juga.

Dah mula rasa tak boleh nak berhenti tangan tu amek cornflakes tu masuk mulut.

 

 Dah sejuk dalam kuali, baru alih masuk bekas. Sedap sangat. Hari tu buat sikit je dulu. Ada banyak lagi cornflakes. Kacang soya yang dah siap goreng tu pun, ada lagi. Simpan dalam peti sejuk, sebab dia tak berapa nak rangup. Nanti nak buat lagi. Buat kudapan homemade ni, boleh adjust ikut selera sendiri. Tak ada perasa tambahan yang berlebihan. Selamat untuk diet sihat gitu..

Tuesday 29 June 2021

Tempe Busuk : Korang pernah makan atau masak?

Assalamualaikum annyeong

Tempe busuk? Namapun busuk mesti la tau tempe tu busuk kan.. tempe ni agak nak dekat sebulan gak la tu. hari ni dah 29 Jun, rasa awal bulan dulu enSuami beli. Dia beli 4bungkus tempe yang lipat macam lepat tu. Dah masak 2bungkus, tinggal 2bungkus lagi.

Simpan punya simpan, dah terlajak sampai sebulan tudiaa. Semalam nak masak tengahari, teringat tempe tu. Sian dia lama terbiar.Buka bungkusan, hiris 2,3 tengok rupa, hitam gitu..


Snap gambar, wasap kat kawan, dia orang Jawa. Mak dia buat dan jual tempe.
Tanya boleh makan lg tak, hitam macam ni bau tengik la jugak..
Dia reply boleh je makan, orang tua-tua masak je makan..
Dia sendiri tak suka.
Dia cakap boleh makan, saya pun goreng la.

Tunjuk kat enSuami, hitam macam tu dia kata xmau makan, hahaha..
Orang Jawa pun tak berani nak makan, tempe hitam2 macam tu..
Saya belasah je masak. Masak tumis cili merah dan hijau, pedas gitu, mesti makan nasi bertambah..
*motif nak bagi enSuami makan, hahaha..

Selepas goreng tu, rasa la jugak.

Tempe ni dah lembut sangat, mudah hancur..

Masa makan, saya lenyek2 je.. jadi perasa gaul dengan nasi.

Dalam tempe tu saya letak kentang potong panjang2 macam fries, ikan bilis dan kacang goreng lebihan nasi lemak hari Sabtu lepas. Pastu letak juga kacang soya yang saya goreng, ada buat macam kerepek gitu, untuk kudapan, esok saya cerita, hee... 

 

 Alhamdulillah selepas sehari makan, tak ada efek sakit perut, cirit-birit ke apa..

Sihat walafiat ja..

Maknanya tempe busuk macam ni masih boleh dimakan ya. Jangan dibuang, sian dia.. Masak je tumis cili pedas2 ni, confirm habis dimakan. Alhamdulillah..

Monday 28 June 2021

Dapur : Bila sesi maraton beraksi di dapur

 Assalamualaikum.. Apa khabar semua?? Terkejut tak tengok blog cantek??? Susah2 pulun tadi nak upgrade rupa blog kasi baru. Petang semalam dapat semangat nak tukar wajah baru. Lama dah rupa tu. Cemuih. Set jam malam tadi nak bangun awal pagi nak buat kerja guna komputer. Guna komputer ni laju sikit. Laptop saya dah tua, ketinggalan zaman, dah uzur, tak laju macam komputer ni..

Komputer ni laju la, baru updated, AMD lagi. Adik Ipar belikan standard kaki games, walhal kami tak main game pun, hahaha..

Komputer ni siang-siang, jadi tumpuan anak-anak lah. Sebab rumah kami tak ada TV. Komputer ni la TV kitorang. Saya lebih suka guna komputer, boleh multipurpose. Bajet kitorang lebih kat internet je la dah pakai WIFI. TV tak ada pun tak per, sebab saya tak tengok sangat cerita2 kat TV. Dah tengok Korea ja, mana nak ada kat TV. Internet je ada, ahaks. Tahun ni dapat langgan UniFi, sebab kawasan taman dah upgrade kabel internet semua tu..

Ruang tamu ni baru je kemas Sabtu lepas. Setelah sebulan PKP, baru kali kedua saya sapu sampah. Ampun la saya memang malas nak sapu sampah, kemas rumah. Sebab anak2 full time kat rumah, macam2 lah ragamnya.


Malas dah nak kemas rumah. Kemas sekejap, sekelip mata je si Miqdad tu sepahkan.. Kakaknya dah penat2 susun mainan masuk bekas, sekali je dia tuang mainan tu ke lantai.. Perasan dia ni memang suka rumah dia sepah kot, ada je akalnya tu, nak buat Umi dan kakaknya jadi singaaa.

Masa ni enSuami keluar. Balik rumah MIL, nak potong rumput dah panjang kat sana. Sambil tu nak juga amek mesin tu ke rumah sini, rumput sini pun dah panjang.. Bawak anak2 sekali, aman sikit dunia Umi. Laju2 kemas rumah. Tukar lagi posisi meja komputer tu..

Habis sapu, mop lantai.. sambil basuh cadar patchwork 2 set.
Masuk dapur plak.

Baru2 ni ada beli barang nak buat stok. Saya rasa hari ini adalah hari yang sesuai untuk saya maraton.
Sebab enSuami, anak2 tak ada kat umah. Sebab pagi tadi dah siap masak nasi lemak untuk sarapan. Selalunya merangkap nasi tengahari juga. So tak perlu nak masak apa2 lagi untuk makan hari ni..


Sambil2 kemas rumah tu, saya masakkan kacang hijau dlm PC, sebab macam nak buat bubur kacang hijau. Petang semalam tetiba enSuami ajak cari durian. Dapat la beli sebiji Udang Merah, sebiji IOI. Tapi dalam bubur kacang hijau ni, letak 1ulas je durian. Nak bagi rasa sikit2 je. Sebab saya bukan suka sangat masakan ada durian ni. Makan fresh2 tak pe. Masakan tempoyak okay la juga..

Masa ni jadi bubur kacang je, belum siap sepenuhnya. Tunggu enSuami bawak balik santan KARA. haha rasa nak guna santan kotak la pekat sikit. Kalau biasa saya blend kelapa kisar, perah santannya. Memang ada stok kelapa dalam freezer. tapi takut main air banyak plak masa blend tu, jadi cair plak bubur ni..

Sementara tu, saya buat stok freezer macam biasa saya selalu buat. Stok cili kisar letak dalam bekas kecil2 macam ni. Untuk guna goreng2 masa sarapan pagi. Isi2 ayam yang bahagian dada tu pun potong dadu sesiap letak dalam bekas2 macam ni. Sekali masak amek 1 bekas je.

Setel cili kisar, buat stok paste asam pedas pula. Baru² ni jatuh cinta plak dengan Asam Pedas. Selama ni saya tak suka asam pedas, mungkin sebab masa masak dulu², tak jadi sedap, saya pun jadi tak suka. Baru² ni enSuami beli ikan apa ya, tak ingat dah. Dia minta masak asam pedas. Saya pun cari la resepi kat internet. masa tu blend pastenya macam banyak untuk sekali masak, saya simpan la beku separuh adunan tu.

Kebetulan sekarang ni, ada banyak kacang bendi sebab saya ada tanam pokok kacang bendi. Adalah dalam 7 pokok kot yang hidup. Tiap2 hari dok kutip bendi, dapat la dalam 2-3 biji sehari. Kalau xtuai, nanti bendi tu jadi tua kalau dibiar kat pokok. Jadi kutip la setiap hari, lama2 jadi banyak yang terkumpul.

Tak kan hari2 nak buat gulai kepala ikan kan... Pastu tengok ada paste asam pedas tu, saya pun masaklah. Hari tu jadi sedap lah pulak.. enSuami makan menambah², habis nasi untuk bahagian makan malam. So petang tu masak nasi lagi.

So, kali ni buat paste xingat dah resepi hari tu dari mana😅 saya agak² je la maybe dari Azie kitchen. Sebab selalu nya resepi lauk pauk saya tengok blog Azie kitchen tu.


Dapat la 4bekas. Harap betul lah resepinya, hahaha. Amin 🥰

Masa ni enSuami dah balik. Saya rehat sekejap, pi solat zohor. Pastu makan nasi lemak. Sambung nak bersihkan telur sepapan.


First time saya buat macam ni. Selalu bersihkan dulu sinki bagi clean and clear baru nak basuh telur. Tapi kali ni, xsempat lah. Lepas ni ada lagi nak masak². Nak basuh telur ni pun untuk habiskan masa nak tunggu waktu Asar.

Plan dah habis semua nanti baru nak bersihkan dapur sekali gus. Usai solat Asar, terus masuk dapur, blend bahan² mushroom soup pulak. Stok 🍄 soup dah habis. Selalu masa sarapan pagi makan 🍄 soup dengan garlic 🍞.


Alhamdulillah dapat la stok untuk 5kali makan. Dua bekas yang belakang tu, saya akan bahagi 2 je nanti bila nak masak. Nak jimatkan ruang dalam freezer. Kalau pakai satu² bekas, jadi makan ruang. So guna je 1 bekas untuk dua kali makan. Bekas kecil kat depan tu, untuk sarapan esoknya, hari Ahad semalam.


Habis mushroom soup, baru la sambung bubur kacang hijau tadi.
Boleh buat makan petang.
Mentang² dapat santan pekat, bukan main terlajak tuang santan tu.
Dah keputihan pulak bubur kacang hijau ni😅
Ada ja tak kena. Yang senang masak ni la, yang tak mau jadi ni.. tapi tak pelah masih boleh dimakan. Terlajak santan je, warna tak Cantek sangat sebab saya guna gula Melaka sahaja, gula merah malas nak rebus 😝

Habis dah bungkus bagi jiran². Malas nak simpan. Peti sejuk dah penuh. enSuami kata dia xminat sangat bubur kacang hijau. Saya teringin nak makan, tinggal semangkuk je untuk saya makan, 😁


Realiti dapur bila maraton..
Haa belasah ja semua sekali gus.
Biar penat sekali je, tahan 2-3 bulan hasil penat lelah ni..

Puas hati buat macam ni. Xda la hari² asyik kat dapur je.
Saya nak masak pun laju².
Memang wajib untuk saya buat stok, bahan² prep nak masak ni. Cepat boleh masak, cepat boleh makan. 😉

Sampai waktu Maghrib baru setel cuci calat semua, clean and clear. Dah boleh tidur lepas Isyak tu. Satu hari nonstop kat dapur.. Next time nak buat stok sambal nasi lemak pula, InsyaAllah.


My headphone ni la peneman pagi tadi masa dok godek2 blogger nak mekap blog bagi cantek. Komputer ni tak ada bluetooth, so guna cable audio untuk sambung. Siap la blog berwajah baru bermula hari ini. I ❤️ my Blog 🥰

Saturday 26 June 2021

Headphone : Aksesori wajib bila di dapur, ngeh ngeh

Assalamualaikum..

Sabtu di hujung minggu ni, kita santai je lah menulis.

Topik headphone 🎧

Saya mula terjebak dengan headphone ni dalam tahun 2019 gitu..
Mencari-cari sesuatu untuk memenuhi keperluan hobi yang suka dengar lagu sambil buat keja²..

Kalau buka muzik pakai telefon bimbit, bunyi muzik tu kedengaran kuat pulak kalau di dapur.

Bunyipun tak jelas sangat sebab sound Speaker terbuka luas kan..
Kira macam sound mencapah gitu..

Terfikir nak beli headphone 🎧 yang Bluetooth, senang nak sambung guna, wireless gitu..


Masa ni masih dengan fon lama. Dah retak seribu, jatuh dari atas mesin basuh 😫
Yg snap gambar ni, guna fon enSuami, dia guna 8Pro.

Survey punya survey kat Shopee tu, jumpa la brand SODO ni..
Alaa bajet ciput je bawah RM 100..

Yang SODO ni harga RM 60, siri MH3.
Masa tu beli, kira yang the latest model la kot..


Berkenan SODO ni sebab Kaler dia cantik 😍
Ada gold dan rose gold..
Warna yang saya suka buat masa sekarang..

Tapi masa nak beli, ada stok rose gold.
So beli rose gold.
Model SODO ni best sebab dia 2in1.
Boleh guna headphone, boleh guna sebagai speaker juga.
Hanya terbalikkan je, dia punya tutup telinga tu, nama apa xtau, hee..
Yang sebelah kiri tu, automatik dia jadi speaker.

Ada 4 button.
Volume up/down
On/Off/Play/Pause
Next/Previous
Mic/Call

Semasa pakai headphone juga boleh jawab call.
Nak buat calling pun boleh tapi nombor terakhir/the latest dalam list call sahaja.

Pakai SODO ni tahan setahun gitu.
Saya rasa sebab saya salah guna plug untuk charging headphone 🎧 ni..

Guna plug charger handphone yang tinggi ampere (A). Dah lama dok pakai baru ensuami tegur..
Nanti melebur la bateri dia tu..

Sungguh la setahun je tahan.. lepas tu baterinya cepat habis/mati.
Baru nak member**k, bateri dah habis, isk 😝

Frust sangat, salah sendiri gak..
Survey lagi kat Shopee 😉

Mula nak beli SODO jugak..
Tup tup terjumpa Lenovo.
Fuuh, Lenovo pun ada headphone.

Model Lenovo ni dia declare long lasting battery, 20jam boleh tahan..
Kalau SODO 10-15jam.
Tapi sepanjang saya pakai tu, xsampai 10jam lah, 3hari dah kena cas.
Sehari guna dalam 2jam lebih ja..

Harga sama juga RM 60.
Cuma Kaler tak menarik, hitam sahaja ada.
Tak boleh lipat macam SODO, untuk mudah simpanan, keras kejung seketoi macam tu lah.
Pastu tak boleh buat speaker jugak.

Memang headphone 🎧 semata²..


Saja try model Lenovo plak.
Org kata, Lenovo pakar 🔋, tahan lama.
Kat posting produk pun dia declare 🔋 tahan  lama..
Ini sangat bagusss 😜


Masa beli tu tanya seller, ada jual kepala plug utk USB cable nak cas 🎧 ni tak..

Seller Tu jawab xpe, I bagi you free plug Tu kalau you jadi beli..
So jadilah beli dengan dia 😂

Lepas dapat tu, cas dulu 2jam.
Pastu saya buat eksperimen, betul ke tahan 20jam..

Setiap kali sudah guna, saya catat berapa jam saya guna kat pintu kabinet dapur.


Jadi inilah catatan yang saya buat sepanjang 2minggu, sebelum tamat tempoh nak tulis review kat Shopee tu..

Masa ni, bateri tu tak habis pun lagi, tapi sebab nak buat review tu, jadi saya jumlahkan sehingga hari review tu je.

Selepas 3-4hari tu baru habis.
Tapi bukan total habis pun.

Lenovo ni lecehnya, bateri ada 40% lagi, dia dah bising² suruh cas.
Kalau SODO tu, sampai low 🔋 baru dia suruh cas 😅.


Tapi okaylah puas hati, 🔋 tahan lama sungguh..
Kalau charger dia hilang pun tak sedar.
Punya lah lama nak guna semula..

Button dia pun ada 3 je.
Power / tambah / tolak
Power Tu fungsi untuk on/Off, play/pause/resume, jawab call pun tekan button power jugak.
Yang tambah/tolak, untuk volume dengan next/Previous.

Kalau SODO dulu, kalau tak ada muzik bunyi, dia auto Off, dalam 10min kot.
Kalau Lenovo ni lambat Sket nak auto Off.
Walaupun tak ada bunyi, tapi kalau dia still connected dgn Bluetooth, dia on ja.
Kalau disconnected, xda Bluetooth yang connecting dengan dia, lama Sket baru dia nak auto Off.

Maybe sebab 🔋 dia tahan lama, jadi dia xperlu nak jimat² kot, 😆


Ini la favourite saya enjoy kat dapur tahun 2019-2020.
Tapi September 2020, ada orang sabotaj Hong Jin Young ni..
Kesian dia, sampai sekarang dia masih senyap dari dunia seni.
Orang Korea gitu la, kalau sekali kena boikot terus hancur lah masa depan dia dalam bidang seni ni..
Tak tau la bila dia nak buat comeback.
Umur sebaya ni, sama tahun 1985.
Suram je kalau tak da celoteh dia..

Dappun saram (bad people) buat jahat kat my cinggu, 😭

Tahun ni layan IU la sambil² dengar lagu² HJY..
IU ni suka sebab dia pun berlakon juga. Lagu² dia pun best jugak. Sesuai dengan selera.

Tapi trot Queen tetap di ❤️

Tuesday 22 June 2021

Testing setelah lama tak update 2021, by smartphone

Assalamualaikum rindunya nak menulis blog 
Macam² nak tulis.
Tapi tu la, susah nak mencuri masa nak menulis.


Sarapan pagi ni, roti dah expired semalam. So hari Google cari resepi yang best..

Jumpa resepi roti sapu kaya + butter. Katanya ala² style cafe kopitiam gitu..
Tengok dia bakar guna air fryer, okay la boleh la buat, cepat siap. Perut dah berkeroncong dari subuh tadi 🤣

Kalau masak sarapan, kalau boleh memang nak yang cepat² je masak, cepat Sket boleh makan. Spesies perut tak tahan, celik² mata je nak kena makan sudaa... 😅

Orang lain buat sapu kaya kat roti, butter tu potong ketul² letak tengah.

Saya punya terbalik, saya sapu Planta kat roti. Sebab Planta lembut. Kaya saya simpan dalam peti, berketul² keras susah nak sapu kat roti, jadi letak seketul².

Masuk air fryer, lebih baik tak perlu potong sesiap², lepas bakar baru potong. Tak la butter/Planta/cheese Tu meleleh keluar 😂



Yang bahagian tepi sekali, yang bahagian kulit tu, saya sapu kaya + Planta + letak Mozarella.. saja nak pelbagaikan...

Makan dengan Milo panas untuk ensuami. Saya susu panas. Berita gembira saya dah bebas dari kopi 3in1. Yeah, Alhamdulillah. Dah xda dah borong kopi lagi.. stok kat rumah pun xda.. ada kopi kampung je, ensuami dok bancuh bila dia teringin nak minum..

Happy dah boleh masuk geng bebas kafein. Teh dulu favourite. Tapi selepas bersalin, perasan macam xleh minum, sebab nanti macam sakit² urat/badan/sengal² gitu..

Ada gak beli teh bunga tapi jarang² pun buat. Tak ingat nak minum, hahaha 😁

Dan terakhir, saya Agen jualan SKMAGIC KOREA ya.. dulu² kan CU****, sekarang dah tukar SKMAGIC. Masih dalam bidang yang sama, sebab rasa serasi jual water purifier, air purifier, outdoor and indoor filter..

Kalau korang berminat dengan SKMAGIC, boleh la wasap saya untuk details. Dah banyak iklan kat tv and internet tentang produk SKMAGIC..

Kalau tak perasan yang mana satu, boleh tengok video kat bawah ya 👇🏼



Haaa, dah kenal dah SKMAGIC? Nanti boleh wasap..  
www.wasap.my/60193330382/Jiksooskmagic

Huwaaa, berjaya habiskan posting hari ni.. ada kesukaran Sket guna smartphone ni, sabar sabar...

Korang ada cara/apps untuk update blog Yang lebih mesra? Ni dah guna blogger mobile view gitu.. lamaaa ketinggalan la kannn

Bye bye✋✋ korang. Next time jumpa lagi..🌷


Daisypath Anniversary tickers