Search This Blog

Friday 31 March 2017

Air gula 85g

Assalamualaikum..

Saja tak ada keja menulis secara langsung dari klinik kesihatan.
Tadi ingat nak bawa buku baca, terlupa juga nak ambil letak dalam beg.

Hari ini Hafni bangun lambat sikit, demi nak menjaga moodnya, saya layankan aje dia bermalas-malasan nak bangun tidur..

Alhamdulillah minggu ni, Abi tak ada kat rumah kerana kursus di KL, Hafni tak ada meragam macam selalu..

Asyik bangun je, nangis..
Ajak pi sekolah je tak nak..
Risau juga saya nak hadap dia seorang setiap pagi.

Tapi alhamdulillah, dia ok je..
Sampaikan pagi tadi hantar, cikgu tanya, minggu ni dia OK ya? Tak ada nangis macam selalu, hahaha...

Antara 2 sebab yang mungkin dia OK je:
1) sebab Abi nya tak ada, jadi tak ada dia nak mengada-ngada [biasalah anak manja Abi] atau
2) tidurnya cukup, tinggal berdua dengan saya, saya tidur awal. Tak ada orang lain nak melayan dia, dia pun tidur sekali je, senang...

Alhamdulillah, hari ni dah cukup 3bulan, saya mengandung anak kedua..
inShaaAllah due dalam bulan 10 camtu..
Disebabkan ada sejarah keluarga ada DM, kena la minum air gula...

Tengah menunggu 2jam tempoh penyerapan air gula ni, ambil masa sekejap menulis..
Saya tak nak dok terkulai je...
Kena aktifkan diri sikit, supaya metabolisma badan bergerak kerja...
Cewahh, entah betul ke tak teori saya ni, huhu...

Yelah, harap sangat kali ni tak ada lagi GDM..
Nak bebas tanpa apa2 risiko..
Siapa yang tak nak sihat kan???

Ni pun melepak kat tempat duduk makmal..
Kalau duduk di bahagian klinik ibu tu, ramai sangat orang, kerusi pun tak cukup..
Kat makmal ni, kerusi kosong, orang keluar masuk, ambil keputusan, lepas tu keluar, memang kosong la tak ada orang..
Aircond pun kuat kat sini, hehe...

Lagipun kalau tak ada kerja nak buat, asyik tengok orang lalu-lalang, boleh pening kepala den...

Nurse cakap dalam 11.26pg macam tu, baru dia panggil pula selepas 2jam..
Lambat lagi, sekarang baru jam 10pg..

20Mac lepas, kakak saya bersalin secara czer..
Anak kembar lelaki-perempuan..
Orang tengok suka je, dapat kembar, sepasang pulak tu kan...

Tapi tuan badan yang beranak tu, hanya dia la yang tahu..
Peritnya rasa..
Sampaikan hari dia boleh discaj tu, kat hospital lagi dia dah cakap nanti beli susu anak..
Minta bagi susu formula je, sebab dia sakit sangat..

Selepas bersalin tu, dah menyusu dah kedua-dua anaknya..
inShaaAllah kedua-dua dapat kolostrum..
Cuma sebab satu malam di hospital tanpa ditemani ahli keluarga, dia rasa penat menguruskan kedua-dua anak, sehinggakan tak cukup tidur..

Mujurlah ada kawan2 sebilik 4 orang, yang juga menunggu masa nak bersalin, bergili-gilir menjaga anak-anak kakak, kalau ada yang menangis..
Tolong2 dukung, pujuk2 main..



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday 29 March 2017

BENANG DAN JARUM: Kain Skirt Pola Gigi Buaya dan Baju Princess Hafni

Assalamualaikum....

Dah lama tak cerita pasal jahit-menjahit ni..
tak selalu pun menjahit..
bila ada kehendak membuak-buak tu, baru la mesin tu nak berfungsi, hehehe...

Tahun lepas, macam dah lama ceritanya, hahaha...
Sebab ada 2 kenduri adik lelaki saya bertunang dan adik ipar nak kawen...
Jadilah asbab yang penting nak menjahit...

Ada sorang adik ipar tu sponsor baju untuk bridemaids..
tak bridemaids sangat la, just untuk kami yang perempuan ni...
Mak mertua, tak termasuk, hehehe...

Beli baju sahaja..
baju ala-ala Saloma gitu..
yang kembang di bahagian bawah baju dan hujung tangan..
masa tu, kalau ikut enSuami, suh beli skirt yang siap je la kan...

Entah macam mana, saya terjumpa pasal kain gigi buaya tu..
sebenarnya sebelum ni dah pernah tengok...
cuma entah, kalau belum terasa teringin nak buat..
macam-macam dikomplennya dalam hati...
babpe nak gigi buaya ni... lawa sangat ka.. apa beza dengan kain/skirt biasa.. gitu persoalannya???? 

Kalau dah tak nak...
bila mai angin dia nak mencuba tu,
haa, tak kira la gigi buaya ka, sisik ikan ka....
susah ka, banyak kain ka, harus nak buat jugakkk, hahaha...

So lepas dah study, ciri-ciri kain yang sesuai, saya pun rasa nak cari kain macam batik tu..
dari 2 tahun lepas lagi nak kain ala2 batik songket Sarawak tu...
ingat nak kena beli online dah...
sekali jumpa kat kedai YangYang je..
murah pulak tu, RM15.90 je...
boleh la dengan standard saya yang murah2 je...
janji nampak cantik....

Sebelum nak gunting apa2, pola haruslah ada..
first time plak tu buat...
harus la kena ada sampel, kalau tak susah gak nak faham...
Polanya saya rujuk dari FB JahitkuCantikYanCotton ..
Banyak pola dia yang saya ikut, senang sikit faham..
macam dia ajar orang dari zero knowledge atau amatur gitu...

Sambil tengok laptop kat dapur, melukis pun kat lantai dapur je, huhu


3 helai surat khabar saya cantum..
malas nak membeli kertas minyak...
secara asasnya, lukis skirt pola A-cut je...
pastu bahagi 2 kain tu dan bagi ruang dalam 4 inci untuk zig-zag kan pola...
tak leh besaq sangat zig-zag ni, takut tak cukup kain...
kalau beli kain 2meter macam batik tu, tak cukup sangat...
lebih-lebih lagi corak berkaki...
kena pandai2 adjust kain tu...

Lepas dah puas hati, boleh gunting pola tu...


Bila dah gunting pola, letak atas kain, baru faham kegunaan zig-zag tu...
banyak juga yang saya adjust..
kat bontot tu, pi buat besaq sangat, bila dah siap jahit, tak cantik pula jadinya..
jadi banyak juga yang saya gunting buang kain...
masa buat pola, tak ikut betul2 cakap cikgu... [mentakut ketat, tapi luas besar sgt, tak cantik pulak kejadiannya]


Jadilah macam ni selepas digunting kain...
saya buat 6keping je...
mulanya nak buat zip tepi...
pastu rasa malas ya amat...
so guna getah je semua...
Lemah la saya kalau zip kat kain ni...

Tu yang tiap2 tahun buat baju raya, maxi dresssssss je memanjang...
malas nak jahit kain, hahaha....


Masa ni baru je siap jahit...
amek gambar jap, tunjuk kat SILs, kata dah ada dah kain untuk baju bridemaids, hehehe...

Masa balik Kedah, hujung bulan 11 tu,
dah sempat melaram dengan kain ni, tapi pakai dengan blaus lain, kebetulan pink juga..
pi jalan2 kat Tanjung Dawai nak beli ikan bilis..
dengar cerita ada mee udang banjir sedap..
singgah pekena jugak la, dah sampai kan, hihi...


Tak jelas sangat pulak...
saya buat tak ketat kot..
tapi bila jalan, terasa lain sikit la, terasa la gigi buayanya tu, hahaha...

Lepas dah cuba kain gigi buaya..
cuba plak baju kurung moden..
yang orang cakap kurung Erin Malik tu...
lepas dah buat pola, dah jahit, baru saya perasan...


Alaaaa, macam baju yang saya pernah buat dulu2 je...
apa la susah2 buat banyak pieces...
saya punya baju lagi senang, just kembangkan je dari pinggang sampai hujung baju...
cantik juga hasilnya...
nak beralun tak beralun, pemilihan kain tu penting, macam cotton dan lycra/denim..
dapat la beralun, hek eleh....


Baju ni pun siap sebelum balik Kedah..
nak pakai masa rombongan pertunangan adik kat Penang, hehehe..
nasib sempat siap, sepasang dengan Hafni..
enSuami recycle je baju raya dia 2 tahun lepas, huhu...



Masa ni, Hafni suka sangat dengan kakak cantik ni...
Kakak Orange dia panggil...hahaha
tak nak berganjak dari pelamin tu...
banyak gila gambarnya dengan tunang adik ni...
dah tak tau nak pujuk camna, bagi ruang kat orang lain nak bergambar...
merasa la saya duduk amek gambar sekali, kalau tak...
tak ada juga gambar muka saya ni...
malu la nak interprem... kita tak cantek...iskkkkk....

Untuk baju princess Hafni pula..
saya memang nak try buat ala2 frozen tu untuk jadi flower girl masa kenduri adik ipar..
asyik tak sempat nak cari kain....

Ada adik2 ipar tunjuk gambar baju princess yang dijual di kedai...


Yang kedai jual, mesti la cantik kan....
Bila tengok baju contoh ni, saya terfikir sesuatu....

Emmm, selepas digodek2, jumpala kain lace baju kawen saya dulu...
yang lebihan je... yang baju kawen tu ada lagi, hihi..

Pola dari FB juga...
tapi tak ingat pula FB sape...
masa tu memang jumpa contoh dia guna lace macam saya buat ni...
tapi asasnya macam ni, boleh tengok FB JahitkuCantik juga...
Step2 tak ada...
saya cuba jaya je.. kain pun agak terhad...
entah jadi entah tidak, tak ambil gambar pun...

Hasilnya.....


Ha, tudia, budak baru mangkit tidoq..
siap je terus nak pakai...
siang-malam pakai baju princess tak nak buka..
dah mandi pun pakai balik..adeh...

Terpaksa sembunyikan dulu, 2 minggu sebelum kenduri..
mau lunyai baju ni sebelum kenduri, huhu....
Haaa, nampak tak bersepah kat belakang tu,
mencari harta karun tersimpan selama 5 tahun lepas, hahaha...
muat juga buat baju Hafni...


Nak pi sekolah pun, nak pakai baju princess...
adoi, anak oi, orang lain elok je pakai unifom, kita sorang nak jadi princess kat sekolah..emm
kalau tengok keadaan sekarang ni, dah berbulu2 je lacenya...
Umi hentam je basuh dengan mesin, apa lagi....iskkkk...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382
Daisypath Anniversary tickers