Search This Blog

Tuesday 31 May 2011

Kepulangan Bersama.........


27 Mei, 10.30 malam.
Pertama kali nak jemput enSuami dari airport.big grin
Terbayang2 plak video klip kumpulan nasyid tu, lupa plak... yg salah tegur org lain ingt suami dia.
Bila tengok situasi LCCT ni, hehehe tersenyum sendri.happy
Xkan jadi macam yg enSuami kata, 'moralnya jangan tersalah tegur orang'.
Saya xkan salah....batting eyelashes

Dalam hati, rasa lain.
Malu....
Serius malu, dah lama xjumpa, macam orang luar lah rasa.

Macam kitorg selalu sebut, kawen kali kedua....Stil pengantin baru, bo x? sila tabah...hahahahaha laughing
Apa nak cakap?
Apa nak buat?
Cium tangan la, paling penting.
Huahuahua, malunya saya! I don't want to see

~mana enSuami saya???~

Lepas amek tu, mesti dia nak makan kat r&r dengkil.
Dulu enSuami janji nak belanja makan szilling.
Tapi malam tu, dah xterbayang lagi.
Malu.. tak terkata...hypnotized
Mengantuk pun ye jgk..yawn
Mcmana nak buat bg elak xmgantuk sgt pada waktu2 penting.
Tengah meting pun, bo mengantuk...
Apa punya SU la....whew!

~Adakah Hasyim sedang dileteri adiknya???hee hee~

Hari Ahad, jalan2 ke Sabak Bernam.
Kebetulan FIL nak mengurut dgn Mbah.
Bo ziarah saudara mertua, hari2 belum berkesempatan.
tapi jangan bosan sudaaaa...
Depa ngomong jowo eh....
Nyong orak iso ooooo raised eyebrows
Tolong2 wat keja kat dapuq, ceq pandailah...
Bab cuci2 pinggan lagi pandai, hehehe...big grin

Ha keja sambilan, layan2 baby umo 3bulan.... Solehah namanya
Bagus, diam ja... nangis masa lapar susu je....

Abangnya menyelit setelah puas diajak. Malu sangat.I don't want to see
Wawa lg malu, kakak nombor duanya. juz candid je ni, nk amek gambar diorg, diorg xnak.... no talking



Monday 30 May 2011

Walimah Afiqah dan Firdaus, Tahniah!


Sabtu, 28 Mei. Nabilah berada di Sekinchan, di kampung enSuami.
Dari Sekinchan, kami ke Kapar untuk menhadiri majlis Walimah housemate Afiqah dan Firdaus.


~Tahniah Iqa dan Firdauslove struck~
Ingat susah nak cari umah pengantin (sebab slalu naik keta, asik sesat je)
Lupa plak kali ni, enSuami yang bawak. Lagipun area kampung dia jugak, xkan xtau kan?
Jowo mari, kehkeh....winking

Sampai je kat umah pengantin, nampak Puan Natrah kat pintu umah.
Baru teringat, oooo mesti geng2 AlHamra' ada dalam umah.
Dengar kata diorg bertolak dari Subuh lagi, sebab nak prepare utk mekap2 cikPengantin...

Akad nikah, pagi tu jugak berlangsung, area 9.30 pagi. Xdapat nak join, awal2 camni...
Almaklum lah, saya kan isteri org, batting eyelashes

Masuk je dalam umah, nampak sangat muka masing2 kepenatan.whew!
Mak andam le, paling penat sekali, hahahaha...
Hebat la Put, tukang mekap merangkap pengapit sekali.
Boleh amek berkat plak, bakal pengantin seterusnya...jeng jeng jeng....dancing


~masing2 bersandar kepenatan~



~bab bergambar, semua ceria...big grin~


~Itulah geng AlHamra' - Kami paling pakar dalam acara bergambar~

~Pengantin Baru dan Pengantin Lama, hehehehee hee~








Friday 27 May 2011

RESEPI : Bengkang Bertumis, =P~

Menu ini ditujukan khas untuk Kak Mimi.
Sebab dia yang request nak resepi.
ini adalah cubaan ketiga selepas jamuan Penerangan Muslimat di rumah kak Haslina.

Hari ini, enSuami saya balik kampung.
Jadi buat cam nak surprise la, memandangkan before ni belum berkesempatan nak masak pape untuk enSuami, walaupun dah 2bulan libeh dah kawen, sigh

Ok, masuk kepada resepi.
Tapi nak bagitau Kak Mimi, yang ni resepi campak2 je, hee hee
xda sukatan yang tepat.
sebab amek resepi ni pun dari Mak, macam ni la mak saya ajaq, pandai2 la hang boh.... smug
Xpa yang penting, bahan2 pa kita guna.
Sukatan, boleh ubahsuai ikut keperluan.

Bahan
  • Tepung gandum
  • Air (Santan + Susu Cair + Susu Pekat)
  • Gula, Garam
  • Telur
  • Bawang merah
  • Mentega

Mula2 tetapkan sukatan tepung. Biasa Nabilah buat 3 atau 4 cawan bo dapat untuk 1 loyang, sederhana besar (empat segi sama)


1 cawan tepung untuk 2 cawan air.
Air yang dimaksudkan adalah campuran daripada santan, susu cair dan bancuhan susu pekat. *selalu buat santan RM2, 1tin susu cair, 1/2 tin susu pekat.


Pas2 masukkan sedikit gula dan garam mengikut kuantiti tepung yang dibuat.

Pas2 bo campurkan campuran air tadi dengan tepung ni.
Kalau 3 cawan tepung = 6 cawan air
Senang bancuh 3campuran td dalam jar je, pas2 tuang masuk dalam tepung.


Memang akan berketul2 ni ha..
Pas2 kacau la sampai sebati semua. jangan biar tepung2 melekat kat bekas tu.
kalau berketul2 pun xpe, kita ada taktik lebih cepat.....big grin


Masukkan dalam blander, yeh dancing
Masa nak kisar ni, Nabilah suka masukkan telur.
1 biji telur untuk 1 cawan tepung. Kalau dah 3cawan tepung, 3biji telur diperlukan.


Ok, kisar sampai habis tepung tadi, letak dalam 1 bekas asing.


Dah siap itu, hiris nipis2 bawang merah.
Kuantiti bawang pun terpulang.
Pada yang suka bawang, letak la banyak2.
Bo buat bengkang lebih wangi dan rasa bawang.
Nabilah kureng suka bawang, jadi letak sket la, bagi ada rasa bawang untuk bengkang ni.

Pas2 sediakan loyang yang nak guna untuk bakar nanti.
Sapukan mentega pada semua permukaan untuk elak bengkang kita melekat kat loyang.
Dan juga untuk tumis bawang.


Sementara tu bo panaskan oven dengan api atas bawah, 200C.
Panaskan loyang terus ke api dapur.
Bila mentega dah cair, dan panas, boleh tumis bawang tersebut sehingga kekuningan dan berbau.


Pas2 tutup api, tuangkan bancuhan tepung tadi terus ke loyang ni.


Bawang2 tadi akan naik sendiri ke atas.
Bo terus masuk oven. Bakar selamat 40-60 minit


Untuk cubaan pertama dan kedua dulu, bila nak makan baru nak buat.
Jadi masa jamuan, bila potong, bengkang lembik lagi. 
So, anggap diri gagal masak dengan baik. thumbs down
Walhal, xtau konsep masak bengkang camna, isk isk raised eyebrows
Kena masak awal 2,3 jam sebelum nak potong makan.
Baru la bengkang tu mantap elok, bila dipotong...
Baru ceq tau, kuangkuang winking

Hehehe, xpe kita baru nak belajar.hee hee
Selalu jarang gagal bab masak2 ni...
Sebab mak selalu ajaq mau perfect slalu... d'oh

untuk kali ke3 ni, masak awal sket.
Kalau nak makan panas2, sila la panaskan guna microwave anda, thumbs up
Selamat mencuba bengkang bertumis dari Kedah.applause

Tapi orang kL ni panggil bingka kan.............thinking





Daisypath Anniversary tickers