Search This Blog

Friday 26 August 2011

Hati berdebar-debar



Di saat ini, baru saja dapat mesej dari enSuami, yang dia dah mendarat...on the phone

Waaa, Alhamdulillah dah selamat penerbangan hari ini.

Hatiku plak yang berdebar-debar.love struck

Huhu, beg xkemas lagi.........

Camna ni, lambat2 sket la Sayang...

Adoi, nak berkejar ni....hurry up!

Boleh ke nak minta balik awal ni....

Adoi nak lari cepat............at wits' end


Tuesday 23 August 2011

Hadiah untuk Sultan

RM 200 diperuntukkan untuk membeli buku-buku terpilih untuk dihdiahkan kepada Sultan Selangor.

Nabilah cadangkan pada Kak Sab untuk beli buku "Indahnya hidup bersyariat" untuk dihadiahkan.

Masa proses pembelian, Kak Sab dan Aisyah yang pergi ke Syabab.

Balik ke pejabat, ada juga buku tu, happy

Pas2 lama dok belek2, YB nak hadiahkan buku tulisannya untuk Sultan.

Siap suh letak depan2 bagi nampak nama Shafie Abu Bakar, tuuu...smug

Ok, dah siap buat seperti yang diminta.

Pueh le nak decorate mgunapakai barang2 terpakai untuk nak hias bagi kat Sultan!whew!

Alhamdulillah dapat juga tangan dan idea ni memberikan sentuhan istimewa, chewwah.....thumbs up

Harap Sultan dapat baca habis buku2 yang berilmu manfaat untuk hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Jom balik buka puasa, wave

Monday 22 August 2011

Jalan-jalan Iftar Nisa' di Al-Hamra'


Seawal pagi dah bangun untuk mengemas rumah sewa.

Almaklumlah, dah lama xmengemas rumah.

Selalu sibuk berprogram, minggu nak cutikan diri daripada program walaupun orang lain sibuk dengan pelbagai program pejabat di luar.

Nak mengemas Al-Hamra' bukanlah mudah.

Sebab setahun sekali baru nak dapat buat. Xpercaya? percayalah..........

Makanya, tenaga adalah berkali ganda diperlukan.

Nasib baik, mood saya baik hari ini.

Mengemas sendiri tanpa mengomel dekat orang lain. Alhamdulillah, selamat mengemas rumah.

Sebelum mengemas rumah, sempat plak merajuk dengan enSuami. Terus ke dapur, xnak layan tepon dia lagi.

Langkah pertama, dah jatuhkan rak garam kunyit rempah semua.

Habis berterabur kayu manis, bunga lawang.

Serbuk kunyit tumpah tinggal bekas sahaja.. Adoiiiiiiiiiii



Dapur Al-Hamra' dah bertukar wajah.........


Selesai semua mengemas dapur, terus masak agar-agar pulak untuk pencuci mulut berbuka nanti. Ini saja potluck yang mampu saya hidangkan untuk sahabat.


Hari Sabtu sebelum tu, cuba buat piza dengan 1kg tepung.

Ok x piza saya? Nampak macam berseleranya..... Tapi, bila nak makan, rotinya keras rapuh, sehingga bracesku xmampu nak memutuskannya. Waaaaaaaaaaa

Sedisnya, xjadik.......
Tapi first time ni....
Lepas ni nak cuba lagi....
Xla susah nak wat piza, cuma bahan2 isinya agak mahal untuk diperoleh.
Petang tu dalam kol 4.30, nak buat nasi kerabu plak.

Sebagai permintaan dari Pn Natrah, menu nasi kerabu tu, Al-Hamra' yang buat. Natrah bawak lauk2, sayur ulam2 nasi kerabu.

Dulu masa pergi kelantan, Ma Natrah wat nasi kerabu warna-warni seperti hijau, kuning, merah. Macam nasi hujan panas je.

Untuk kali ini, saya pun nak cuba wat macam Ma Natrah.
Tapi Nabilah xtau teknik memasak nasi kaler2 ni.
Terfikir untuk buat macam ni ha, logik x???

Akhirnya lama2, beras dimasukkan dalam satu periuk.

Rupanya langkah sebenar nak masak nasi kaler2 mcm ni, kena masak nasi dulu.
Pastu bila nasi dah mendidih nak kering, masukkan sedikit warna hijau, kacau2, tinggal sekejap.
Pastu, masukkan kaler kedua plak. Kacau2, tingal.
Pastu masuk lagi kaler ketiga dan seterusnya kalau ada lagi.
Yang penting, teknik kena betoi.

Ahmad awal berbuka puasa dengan agar-agar koko plak kan......

Nabilah dapat idea nak susun makanan memanjang macam bufet. Mudah nak amek dan menjimatkan ruang.
Sempat juga wat air guava. Asalnya warga BR nak bawak air oren.
Tapi sampai dah masuk azan, air belum sampai.
Kesian kat kawan2...... Nasib baik air gula semua dah ready.

Ok, semua orang dah mula nyum nyum nyum. Amek kurma dahulu sebagai sunnah.

Sambil berbuka, sambil melayan kerenah Ahmad Nasih.
Tetamu ada dalam 15 orang termasuk warga Al-Hamra' sekali.
Lega semua makanan habis, xperlu dibungkus2 lagi.
Xyah nak pening2, i like!

Thursday 11 August 2011

7 Sunnah Penting!


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua

Monday 8 August 2011

Thursday 4 August 2011

Alhamdulillah, AisyBiNa dilancarkan!



Kepada kawan2 yang telah lama menunggu kemunculan Tudung Bidang 60 dari kami , hari ini Alhamdulillah, AisyBiNa telah melancarkannya.

Boleh ke blog rasmi AisyBiNa Collections di aisybina.blogspot.com

Untuk permulaan ini, tempahan awal boleh dibuat melalui sms/panggilan.

Lepas lama sikit, AisyBiNa akan 'upgrade' kualiti perkhidmatan yang lebih efektif.

Harap, kawan2 akan menyokong kemajuan AisyBiNa demi masa depan, Amin.

Kami ada logo AisyBiNa,

Comel x, logo kami???
Lepas ni, kami akan tambah lagi koleksi tudung seperti Akel, Prestige dan juga tudung dari Mesir.
Ada apa2 cadangan atau barang keperluan lain yang anda mahukan AisyBiNa sediakan?



Daisypath Anniversary tickers