Search This Blog

Showing posts with label Almari Baju-Open Wardrobe. Show all posts
Showing posts with label Almari Baju-Open Wardrobe. Show all posts

Wednesday, 19 February 2020

Almari : Laci Baju Anak-anak cum Meja Solek

Assalamualaikum..

Anneyohaseyo, doooo (^_^)

Okay semangat dah nak update blog hari2..
lama tak cerita susun susun ni kan..

Selama dok senyap ni, ada perubahan susunan perabot je.
pertambahan perabot tak ada..
saya kalau boleh nak tahan je diri nak beli2 perabot ni.
sebab malas nak maintenance, wakakaka..

Banyak2 barang, simpan dalam kotak2 je.
Sabaq sat..
ada rezeki, nak renovate rumah.
kita all out masa tu..

Setakat la, pakai apa yang ada dulu.
ai is okay..


Ingat tak dengan laci ni dulu..
dulu2 tema putih omputih. katil putih, laci putih.
pastu Feb tahun lepas, saya angkut laci dan katil putih ni ke bilik kedua.

Kenkonon nak buat bilik tidur Hafni lah.
nak ajar tidur bilik sendiri.

Alasan Umi nak beli katil baru, la ni inlove dengan NavyBlue dengan Black.
Terpengaruh tengok cite Goddess of Marriage, tengok bilik dia cam cantik je kaler biru gelap.
sempat la beli PAX wardrobe IKEA kaler Black Brown.
pastu tambah dengan katil navyblue, okay sket2 kita usaha, ahaks..


Memandangkan kami ada satu ja rak tinggi macam ni.
Laci ni jadi tempat simpanan baju2 basahan anak2, termasuk la tempat nak bersiap2..
ini keadaan bila kau malas nak kemas, wakakaka..

Sebenarnya gambar ni snap selepas tempat ni diselongkar Miqdad petang masa Maghrib tu.
Umi dok buat keja tampal sticker jadual kakak Hafni, dia dok buat keja belakang ni.
kalih2 tengok, mula la Umi nak jadi tarzannnnnn!!!
Miqdad buat apa niiiiiiiiiiii, aduiiiiiiiiiiiiii


Semua segala benda dilonggok di sini..kalkulator pun ada, hahaha
botol dexandra dah habis dah tu, ada projek nak guna talinya tu.
tapi dah keluar semalam dalam gambar bilik air tu.
saya guna buat gantung bekas letak berus gigi dan ubat gigi tu..
plastik suction tu macam dah tak kuat, asyik jatuh je.
pi beli hook sticker, skli hook tu tebal sangat, tak muat nak masuk lubang bekas tu.
so teringat tali botol dexa tu..
bila pasang je, "wow smart la, Umi!" kata Hafni..
saya tak dapat nak agak, smart dia tu bermaksudkan apa, Umi bijak ke, atau bila gantung macam tu nampak WOW, ahaks..


Pertama sekali kita susun2 kerongsang dulu.
bertambah pula kerongsang baru, biras beli kat Sabah (tenkiu Nana)
yang lama2 patah, tercabut tu, kita nyahkan je. malas dah nak simpan dalam bekas ni
bekas kecil je. nak yang handy, sekali grab, masuk beg nak balik kampung ke, jalan2 je..


Susun2 yang besar2 dulu, tempat yang terhad.
yang kecil2 boleh adjust nanti.


Dah siap bekas untuk pnIsteri, bekas untuk enSuami.
senang nak mengangkut nanti.


Bekas jam lama, makeover sikit, lapik dengan kapas bulu2..
simpan jam2 dengan kerongsang besar2 ni..
lama dah tak pakai kerongsang besar ni.
kerongsang biru tu hadiah masuk UKM ke konvo UKM ke ek, tak ingat.
simpan sampai la.. gila lama tahun 2005-2008, ahaks

Jam couple, hantaran kawen, sekejap je pakai.
masa kemas2 ni, rasa macam nak bawak pi kedai je baiki.
Jam enSuami, terputus sikit sebab kemalangan tahun 2012.
jam saya, rasanya habis bateri kot..
pakai sekejap je, sebab jenis bukan pakai jam..
ingat kalau boleh baiki, elok balik, boleh la belajar pakai jam, wakakaka..

Jam pink n biru tu, tahu la kan..
anak2 punya la..
hari tu pergi GM Klang, tak tahu nak belikan apa kat diorang,
kebetulan Hafni tanya nak beli jam, boleh la beli jam sorang satu.


Keadaan selepas kau dah kemas, ahhaaa
Legaa, lapanggg
tapi yang terkini, bakul depan cermin tu, alihkan juga ke kanan.
sebab ganggu nak tengok cermin, almaklumlah, ai tak berapa nak tinggi, huhuhu
span kecik2 tu, saja buat hiasan tang tu, buat jadi mainan Hafni Miqdad je..
macam tak berguna sangat je nak guna masa mekap2, ke ai yang tak reti guna, wakaka..
okay mengaku tengok AKMU beli masa nak buat video live dengan Byung Jae, kita pun nak beli gak..
dah dia asyik dok sebut gyiyoo, gyiyoo (comel/cute) kita pun rasa benda ni gyiyoo hahaha..

Kat sini, memang terpaksa gak la guna 2bakul
nak khaskan satu bakul je, tak boleh jugak..
banyak sangat perkakas2 nye..


Zoom in sikit bakul kiri tu, ada bekas eyeshadow dah lama pun tak pakai.
beg polkadot tu, ada beg kecik2 lagi dalam dia, dgn botol2 dexa, dok simpan ada lagi bau kopinya tu, wakaka..
bekas bawah skali, bekas wet tissue, tapi kosong, belum restock wet tissue.
pastu bekas jam2 tadi.
pastu bekas kerongsang.
lain2, deodoran suamisteri, perfume, bekas butang enSuami.
yang dalam plastik tu, tisu muka dengan makeup remover MK.


Bakul ni pula, ada cotton buds, baby oil, minyak but-but.
2 bekas masker pupu telur dan Bunga Tanjung.
bedak baby, 2 botol losyen Mustajab dan Yusmira.
Dalam pencil case tu, simpan hair cutter, guna untuk potong rambut Miqdad.
setakat ni tak pernah lagi gunting rambut dia kat kedai.
gunting kat umah pun qeyau selop, pi kedai tak tahu la meraung macam mana plak, wakakaka..
Tali ukur tu, memang kena ready kat situ..dok ukur lilit badan, nak inchloss, ahaks


Koleksi anting2 yang ada, pusing sampai ke belakang ada..
dulu2 je dok beli.. hantu korea sangat..
tengok lawa je, nak beli.

Sejak2 online shopping ni, belum lagi dok beli benda2 kecik ni.
macam nak kena beli jugak lepas ni..
sebab baru2 ni, Hafni cakap, "Umi, Hafni tak sabar lah nak pakai earings Umi tuuu"
whatsssssssssss??? habisla nanti dok berebut dengan anak dara dah nak besaq ni..
kalau dia terjumpa earings cantek2 kat Utube tu, laju2 tunjuk kat Umi, "Umi, umi beli la earings macam ni, Hafni nak, sebab dia cantek..."
Umi rasa, tangan di dada mata ke atas, wakakaka

Dari 4 laci yang ada.
1 laci untuk Hafni
1 laci untuk Miqdad
1 laci bawah sekali letak stok tuala dan sejadah.
1 laci yang atas sekali, Umi menumpang letak pakaian Umi.


Tetap kekal dengan susunan macam ni.
senang nak simpan dan amek
nak kemas pun senang
1 line untuk 1 jenis.
Baju jalan2, baju tidur, baju siang, lampin.

Rasa2 macam nak beli lagi satu laci ni.
kaler black brown sedondon dengan wardrobe, nak letak kat bilik sendiri.
Lepas ni akan bertambah lagi koleksi Skincare WonderLab, kalau ada laci ni, boleh susun2 cantek2 macam ni.
Dah usha2 dah rak jernih alat mekap tu kt Shopee, wihuuu..

Gituuuu...




#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

Monday, 17 February 2020

Almari : Pengurusan pakaian Sekolah enSuami dan harian dia

Assalamualaikum, Anneyohaseyoo

Lama tak cerita panjang-panjang kat blog
harap dapat menulis semula.
Bagi mai dulu mood nak menulis.

Anak yang kecik dah besaq dah la kan..
boleh buat hal sendiri dah, walaupun kadang-kadang pantang tengok Umi duduk, "Umi nak suuuuuu"
ini memang takde harapan nak elak, layankan je la..
anak last dah, harap tahun depan dah boleh putus susu, bila dah mula sekolah, Aminn

Tahun ni best sangat.
sebab anak sulung, Hafni Azzahrah dah darjah 1.

Pastu plak Abinya dah tukar sekolah.
dari sek men biasa, pindah ke Kolej Tingkatan 6.
dari sekolah sesi petang, dah sekolah sesi pagi tahun ini.

Boleh la sama2 pergi sekolah dengan Hafni.
Umi is rilek kat umah, yeahhh..

Minggu pertama persekolahan, Umi kalut2 dengan komputer nak siapkan benda remeh2 untuk sekolah Hafni, almaklumlah #makanakbarumasuksekolah punya semangat lain maciamm orang kata..
dok menghadap komputer, masa berlalu tak sedaq..
ingat dah pukul berapa dah, tengok2 jam, aik baru 9.30???

Selalu pagi2 macam ni, jarang ada kat umah.
enSuami kan sekolah petang, pagi2 je kalut la nak ajak pnIsteri dia ke sana, ke sini.
jadi bila enSuami tak da waktu pagi, wowww lapangnya masaaaaa..
boleh rileks kat umah, tak gaduh nak keluar2..
Almaklumlah, kalau ajak keluar tu, satu perkara yang amat berat bagiku nak bersiap, nak keluar.
ai is suka dok umah tau tak, kalau boleh tak mau langsung nak keluaqq, hahahaha

Dalam bulan kedua ni, saya dah boleh uruskan masa.
dah sempat dah nak basuhkan baju2 enSuami.
sebelum ni dia uruskan sendiri, sebab tengok masanya lapang je kan..
basuh baju sendiri, gosok baju sendiri.
walaupun sakit mata tengok dia, yang tak terurus pakaian dalam almari ikut kriteria yang saya buat awal2 dulu..
tapi.....................
biaq je la.........
dah dia yang buat sendiri...

Kadang2 senyap2 susun baju2 dia masa dia pi sekolah.
berapa tahun ya, dari blog ni senyap, sampai tahun ni baru nak menulis semula..
maknanya selama tu la, saya hanya melihat sahaja lebih kurang 2-3 tahun kot..
open wardrobe kami, masih seperti mula2 beli dan pasang.
takada apa2 pertambahan aksesori.
kedudukan almari ja yang berubah.
sebab saya ubah kedudukan katil.

Dalam perubahan masa 3 tahun ni, online shopping yang menjadi tumpuan hidup setiap hari, wakakaka..
sampai blog xdan nak buka dan tulis..
tengok Shopee lagi best, erksss


Selepas rombakan bilik yang dok sidai baju basuhan kepada bilik tidur Hafni
saya perlukan ampaian baru untuk gantung baju, yang dah siap digosok, terutama sekali baju2 sekolah.

Dok survey lama kat shopee tu, enSuami nak yang IKEA tu..
lama2 jumpa pattern baru..
nampak macam IKEA tapi bukan IKEA.
yang ni lagi best sebab kaki dia ada 2 line.
so boleh buat letak2 kotak, beg atau kalau omputih suka letak kasut kat almari/ampaian baju dia.

Dan pattern ni ada pilihan kaler2 selain putih sahaja mcm IKEA tu.
so first time beli, saya beli kaler pink untuk bilik Hafni.

Kali kedua beli lagi kaler hitam dan putih plak.
Best tau ada ampaian ni..
Hitam untuk enSuami.
yang putih saya letak kat dapur, sebelah mesin basuh.
tempat kami nak sidai baju, sebelum nak bawa jemur kat luar.

Ampaian Crocodile tu masih lagi guna, cuma dah tukar ke luar rumah
Sepenuhnya dah pakai paip PVC untuk elbow ampaian tu..
idea tu memang bijak sangat, pastu enSuami tambah lagi kebijakkan tu, dengan 2inci lagi PVC untuk atasi kelonggaran yang saya sumbat dengan kain2 atau salotape2 sebelum.

Link entri untuk idea tu, kat sini, bagi yang dah lupa atau belum pernah baca lagi, kekeke.

Jadi, pagi2 enSuami tak ada kat rumah..
saya dah boleh uruskan semula pakaian2 kotor dia..
dan juga baju2 sekolah yang perlu digosok tu..

Style saya jenis gosokkkkkk banyakkk buat stok seminggu ke sebulan ke..
baru la puas hati, senyum je tengok baju tersusun kemas.

Minggu pertama bulan Feb ni, saya gosok banyak2 baju kemeja cotton dan kemeja batik.
minggu kedua saya habiskan baju raihan dia untuk pakai hari Jumaat.
sebab awal2 tu, dia tengok2 dulu cikgu2 lain punya trend..
boleh ke tak pakai baju raihan ke sekolah.

Minggu pertama tu lagi la skema, siap dengan tie lagi.
pastu tak pakai dah, katanya orang lain tak pakai pun, huaaa..
jadi semua baju sama macam sekolah lama la..


Saya pilih baju pun ikut warna jaaa..
hari tu amek pink n purple je..
sebab tengok dah lama enSuami tak pakai pink..
so gosok semua baju pink dia..
mau tak mau dia kena pakai gak...wakakaka...

Selepas 3minggu gak kot tak basuh kain pelekat dia..
Selasa lepas, saya habiskan kain pelekat dia dalam bakul dengan 2 round basuhan.
27pcs.. kira tau, sebab nak cari hanger bagi cukup..
hanger dah mula susut..
bukan hilang, tapi baju bertambah banyak sangat.

time sidai pun nak susun ikut kaler2 jugak, wakaka
Kain pelekat2 ni baru je basuh, saya sidai macam ni terus.
siap belipat 4, gantung kat hanger, bawa jemur kat ampaian luar.
kalau cuaca panas elok, kering ja kain pelekat ni..
kalau tak berapa panas tu je masalah sket, segan2 je dia nak kering.

Buat camni terus, sebab nak cepat setel kerja.
basuh time sidai terus lipat.
so bila kering nanti dah tak perlu lipat.

Pakaian enSuami semua bergantung.
yang tak bergantung, singlet, seluar kecik, stokin.
yang kecik2 ni saya sumbat dalam poket2 gantung tu,
ala mcm IKEA dok sumbat kasut tu, tapi yang ni saiz kecik sket la.
saya beli kat shopee gak, harga dalam RM2/4 camtu.
senang nak simpan pakaian kecik2 tu..

Dua tahun ni, bertambah2 tshirt jersey dia.
Zaman sekarang, duit jenuh betul la..
buat program je, buat tshirt.
pergi program je, dapat tshirt.
bertambah la baju2nya..
tak abgi bawak balik, tak boleh jugak, dah dapat free kan, emmm

Mula la akai pnIsteri ni, nak mem"buang" baju yang dah lama2 tak pakai, berhabuk sawang tu..
bila nak boleh buat tak tau..
harap ada masa senyap2 nak sisihkan baju2 tu.

Kalau masuk BOX MAKNA KANSER tu, betul ke dia hantar lupus pakaian2 tu?
bukan dia jual balik untuk kumpul dana ke?
sape tau ekk..

Kalau dia hantar lupus je semua, tak kira elok ke buruk ke?
boleh la sekaligus je hantar sana..

Kalau nak kena grouping ni yang lambat sikit nak setel, huhuhu.
kenapa orang laki dia sayang baju2 dia ya, sanggup simpan saje, walaupun tak pakai/tak muat/ketinggalan zaman, nak juga simpan???
ke enSuami ai je camni, huaaaaa



#TautanHatiNabilaHasyim

Sunday, 18 March 2018

JARUM DAN BENANG : Makeover Baju Lama untuk Berpantang

Assalamualaikum...

Hai cuti sekolah dah bermula..
enSuami pun dah jalan2 cuti sekolah..
jauh ke Hatyai nun...

Rombongan sekolah dia..
boleh la pi..
jalan2 tengok dunnia, heee...

Kami 3 beranak kat umah ja..
banyak kerja saya nak buat sementara dia tak ada ni..
I'm free la kata kan..
nak enjoy dengan gaya sendiri..
walaupun still nak kena melayan 2 orang anak syurga ni, heee..
tapi enSuami tak ada lagi syok hahaha...
alaa bukan lama pun, esok dah balik dah pun...


Nak cerita pasal projek jahitan sebelum bersalin dulu...
saya teringat ada satu baju, upahnya untuk buat blause..
tapi disebabkan kain asal ni, kain batik Sarawak, enSuami beli dulu dari Sarawak..
si tukang jahit, buat baju labuh besaq, tapi tangan pendek sampai siku ja...
huaaa, lagu mana nak pakai ni...

Upah masa tahun 2011, 2017 baru nak buka tengok..
nasib la terfikir macam boleh alter kot..
sebab saya suka sangat corak kain batik Sarawak ni..
sayang la kalau tak pakai langsung..
nak make over baju Hafni, macam susah la plak tu...
dekut sebenaqnya, wakakaka....


Jadi mari kita hamparkan tengok, macam mana gayanya..
boleh ke idok nak alternya...
nampak kan, labuh sangat baju ni..
saya amek contoh blause biasa yang saya pakai..
nampak lebih gitu, bila diukur, cukup2 la untuk panjangkan bahagia tangan..
ngam2 elok je..


Bila dah nampak ada harapan, moh le kite tetaskan bahagian tangan..
pastu tambahkan zip di bahagian leher untuk mudahkan BF..
nasib baju ni lebar besar..
jadi ada lah ruang/sedikit lebihan basi untuk pasangkan zip tu..
tak ketat langsung kat dada..
dah baju besar....


Jadi bahagian yang lebih tu, saya dah potong..
amek contoh baju tangan saloma, hahaha..
sesaje nak mencuba..
tapi tak saloma sangatlah, just bukaan je luas..
sebab ira kain tak serong...


Potong simple biasa je macam atas tu ha..
macam tu je dapat nak buat..
boleh la janji tangan dah jadi panjang...


Ok dah siap dah sambung..
memandangkan kain ni macam kain cotton gitu, cepat la siap..
tak licin, senang nak jahit untuk amatur macam saya...
zip pun siap dah...
perasan tak, bahagian coraknya tak senada tu, haa kat situ la sambungannya...


Setle dah untuk baju pakai balik dari hospital bersalin tu...
sepanjang pergi hospital semasa kuning tu pun, dok keluar masuk hospital, baju ni je saya pakai..
senang selesa, besar jadi tak panas..


Sebelum buat projek, sarung tilam Miqdad tu, saya ada beli kain batik gold..
yang saya cerita, sangat nak buat kain batik saja..
mulanya nak buat baju, tapi enSuami kata pelik sangat aihh...
so buat kain batik juga la..
cuma kain batik bergetah siap, untuk buat baju sepasang dengan blause.
blause tu nak beli je, tak tau lagi sama ada hitam atau kaler kuning/yellow mustard/gold...


Haa, gini la hasilnya..
buat susun kain batik je...
masa ni sayang ke kain nak gunting bagi fit..
memang buat sebesar2 kain yang ada...


Bila pakai tak rasa.
bila amek gambar, tengok..
baru nampak macam besar gelebeh..
tak fit, nampak macam selekeh plak ye...
tak pun sebab masa tu macam tak terurus lagi...
sebab baru je lepas pantang...
masih baru nak handle baby...


Baju ni dapat cari kat kedai pakaian siap je..
kat sini ada MUAZ, branch dari Nilai 3 kalau tak silap...
second time beli yang zip besi jeans ni...
bila pakai blause ni, baru perasan..
saya rimas.. besi zip ni berat..
untuk BF plak zip macam ni lambat sikit nak buka..
tapi zip sorok lagi susah..
saya prefer zip biasa je dengan sebelah tangan je boleh zapp buka...



Jadi selepas difikirkan, saya dapat konklusikan;
kalau buat baju sendiri, saya guna zip biasa je..
kalau nak beli blause, saya cari yang jenis ala2 kemeja, just butang je...
sebab kalau jual, memang tak jumpa la orang pasang zip biasa kan...
paling lekeh pun zip sorok..
sekarang ni musim fesyen zip jeans tu..
jadi kena banyak berkira la sebelum nak beli...

Hari Jumaat lepas, saja ajak enSuami pergi kedai pakaian tu..
sebelum ni pernah pergi, jumpa kemeja2 besar yang macam shopee jual tu..
masa pergi hari tu tak sempat nak tengok harga..
ye la nak compare mana murah dengan shopee..

Sambil minta enSuami test belakang saya, dia cakap labuh..
besar sangat ni...
saya cakap la, la skg ni memang la fesyen pakai baju besar...
dia jawab, ye la tu, kalau tinggi tak pe la...
amboi nak cakap kita rendah la tu..

Takpe la tak jadi nak amek lagi, tapi kalau tengok tu..
mata saya dah berkenan dah...
Bila keluar je, dari kedai tu, 
ehh betul la fesyen pakai baju besar ek skg ni, enSuami tanya...
emmm baru nak percaya, sebab
sebab dia nampak ada gegadis pakai baju labuh ke lutut..
saya tak perasan, sebab perempuan tu dah masuk kereta...


Ala2 macam ni la...
corak petak2 macam kemeja..
depan dada, berbutang..
besar dan labuh...
tapi kebanyakan model macam ni semua pakai seluar fit, halussssss gitu...
kalau baju besar macam ni, pakai dengan palazo, kena tak eh?
nampak gelebeh? gemokss? emmmmmmmmm


BERITA BAIK ‼️ UNTUK MAMA & PAPA YANG PENTINGKAN KUALITI UDARA DALAM RUMAH
.
.
CUCKOO menawarkan pelan ansuran mudah serendah #RM60 sebulan untuk memiliki PENAPIS UDARA yang berteknologi tinggi diimport khas dari KOREA 👍🏻
.
.
Jadi Mama & Papa tak perlu risau dah dengan 👇🏻
❌ Rumah banyak habuk 🤧
❌ Rumah bau kepam/masakan 🤭
❌ Bau asap rokok 🚬🚬🚬
❌ Bau haiwan peliharaan 😷
❌ Bulu kucing melekat- lekat🐈🐈

Nak daftar pun mudah sahaja, tak perlu susah-susah keluar rumah, kami bantu daftar secara Online terus ke sistem HQ.
.
.
Hanya perlukan 2 dokumen berikut:
✅ Salinan IC depan
✅ Salinan Kad Debit depan
.
.
TAK PERLU RISAU... 99.9% yang mendaftar APPROVED dan dapat pasang di rumah mereka.
.
.
Hubungi saya untuk pemasangan segera
Untuk order pantas..
Wasap 0193330382

Monday, 18 January 2016

TIPS : Cara saya atasi masalah Ampaian Crocodile yang patah

Asssalamualaikum...

Hai semua....
hari ni nak cerita idea gila saya nak atasi masalah yang selalu berlaku di rumah ni...

Ampaian baju ni memang agak penting la bagi saya..
sebab pakaian yang telah dibasuh, semestinya akan dijemur/disidai di ampaian ni...

Dulu2, saya pernah cerita, ampaian ini diletakkan di dalam bilik tidur, bersebelahan tingkap, yang mendapat cahaya matahari secara langsung dari pagi sehingga petang...


Selain dari sidai baju basah, satu bahagian di sebelah yang bertentangan, saya guna untuk sidai baju sekolah enSuami yang belum digosok..
termasuk baju dan tudung saya [jika ada] yang belum digosok...

Kalau ikutkan jadual, sebulan sekali, saya gosok baju...
kalau lebih dari jadual, mula la menambahkan beban yang melampau pada ampaian tu...
jadi had muatan, cukup sehingga sebulan sekali sahaja...


Tapi sejak 2012 kami guna ampaian ni...
masalah elbow/sesiku [tak tahu la nama rasminya apa, wakaka] yang berwarna oren tu, selalu la patah, huhuhu...
nak beli di kedai perabot, kena order dulu...
sebiji tu, RM2.00..

Pernah la dulu beli baru dalam 4 biji kot...
kos RM8.00.. [pejam mata, telan ayaq lioq]
lama-lama, ada juga patah...
pastu dapat idea, sebelum dia patah/terkoyak secara besar-besaran, saya salotape-kan banyak-banyak supaya dapat terus kukuh memegang rel ampaian tu...

Sehingga la satu masa tu, saya dapat idea pula...
nak cari paip air, bentuk L/elbow di kedai hardware...

Lama dah dapat idea, tapi asyik lupa nak membeli...
sampai la letak benda oren tu dalam beg duit, supaya tak lupa nak beli...
minggu lepas, baru dapat beli...

Di kedai, tanya nak paip yang bentuk L macam ni sambil tunjuk benda oren tu...
Paling kecil pun saiz 4cm, agak besar berbanding lubang benda oren tu...
tapi nak buat macam mana kan, cuba la juga 2 biji dulu..
1 biji, RM0.40...  


Balik rumah, terus nak pasang letak macam tu saja, tapi tak berjaya...
lepas tu dapat idea nak guna span/kain untuk balut rel besi tu supaya saiz membesar dan ngam dengan lubang paip tu...


Ini pun cuba jaya je la ek...
tolak-sumbat sampai habis ke hujung...
kadang2 boleh tercabut juga... [mungkin sebab guna kain licin kot]
OK, cuba kedua-dua bahagian, terus masuk ke rel dan ke ampaian tu...


Jadi la seperti dalam gambar...
asal boleh pasang, OK...


Walaupun rupanya tak sekemas atau secantik benda oren tu...
yang penting dapat berfungsi...
kemudian harga pun lebih murah..
RM0.80 sahaja untuk 2 biji elbow ni...
emm lagi jimat berganda, hihihi...hee hee


Tak ada yang kurangnya, tetap dapat berfungsi...

OK ni gambar tengah penuh sebab bulan 12 tak gosok baju..
pastu dah mula tahun baru pun, enSuami pakai yang stok lama yang dah gosok..
minggu kedua pula, sekolahnya ada merentas desa, so, tiap2 hari pergi sekolah dengan t-shirt dan traksuit...
lagi la buat dek jek si pnIsteri, dancing


Tapi minggu ni dah clear dah....
berpeluh la juga, gosok baju, musim panas sangat sekarang ni kan..
tu pun buat sikit-sikit...3 hari gak la berulang gosok baju ni...
sebelum masak tenghari, gosok baju dulu, 2 jam...
lepas masak, makan, tidur kan Hafni, boleh mandi terus untuk solat zohor....
baru segar sikit badan...

Misi ampaian patah, SELESAI!
korang ada idea lain yang lagi bernas, idea nanti share OK!
wave
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Wednesday, 22 April 2015

ALMARI : Gosok, gosok jangan tak gosok (keja iron baju)

Assalamualaikum...

Taranggggggggggggg
asalnya tajuk nak bagi tips semasa menggosok baju..
tapi, tak pasti banyak mana tips yang saya ada untuk selama 30 tahun hidup ini, [alhamdulillah] dalam menggosok baju...

Tips2 yang ada pun, melalui bacaan majalah, blog orang, website omputih, dan juga petua lisan terus ke telinga saya...
nak kategori untuk penjimatan pun boleh juga...

Tips 1
Kalau nak gosok baju kan, cikgu KH saya cakap (masa Ting.2-tahun 1999) sekali gosok, gosok baju banyak2 sekali gus. Maknanya sekali kita ON iron tu, gosok la baju sekolah/baju kerja tu, stok untuk seminggu pemakaian. Sebab nak jimat tu, pada elektrik. Sebab bila kita ON iron, filamen pemanas iron tu akan mengambil masa dalam setengah - seminit untuk menjadi panas sesuai dengan kerja2 untuk mengosok pakaian.

Jadi cuba kira kalau 5 hari kerja, 5 kali kita ON iron setiap pagi. Ada dalam 5minit juga la masa terkumpul untuk iron tu panas sahaja. Belum masuk masa kita menggosok pakaian kita sampai licin tak berkedut kan..

Macam tu la maksud cikgu KH saya tu. Masa tu saya ingat lagi cikgu tanya sapa suka gosok baju? saya sorang ja yang angkat tangan.. Sampai cikgu kata, awak boleh mai duduk dengan saya la, saya paling meluat nak gosok baju... Anak2 pun tak suka.. saya rela pakai baju ghonyok2 [bahasa utara = kedut2] macam ni, daripada berpanas nak pegang seterika... [Hohoho, patut la baju cikgu semacam je, hehehe]

Saya dah biasa dah masa ni, dok iron baju sekolah arwah Ayah. Dia selalu bagi baju kat saya pakai untuk seminggu. 3 helai baju, 2 helai seluar. Tapi sekolah 5 hari. Masa bila dia recycle pun saya sendiri tak perasan. Hari2 pi sekolah dengan Ayah pun tak perasan. Tambah la student sekolah yang lain kan...

Masa awal tahun dulu, misi saya untuk beli almari baju tercapai.
sebelum nak mula aktiviti gosok baju...
punya la semangat, saya ambil semua baju sekolah enSuami untuk basuh semula..
walaupun masa tu, cuti sekejap je..
sebab masa cuti sekolah tu masih bekerja sebab bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM kan..
baki cuti dalam seminggu lebih je..
minggu akhir tu, dah mula mesyuarat ape daa...
saja la basuh baru, bagi segar bugar, wangi2, semangat sikit nak perderas iron baju nanti...hehehe


Kalau tak silap, waktu malam saya basuh ni..
tu gambar cerah je, berlampu kan...

Lagi satu, gosok banyak2 sekali gus, dapat jimat masa kita juga.
ataupun boleh selamatkan keadaan masa waktu kecemasan.
macam bangun tido lewat ke, anak meragam waktu pagi ke..
elektrik tetiba tak ada ke..
masa nak pi kerja tu la, macam2 hal jadi kan..
Jadi ni kira persediaan awal la ni..
bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...
Lepas mandi, terus je pegang hanger, amek baju apa nak pakai...
saya lebih suka macam ni, daripada dok kalut2 sangat pagi tu, boleh rosak mood nak pi kerja..
pagi2 buta dah spoil...
acaner nak meneruskan kerja sampai 5 petang..

Tips 2
tips ni jumpa dalam website omputih kot..
masa tu, orang dok share2 kat FB...
kegunaan lain aluminium foil selain membalut makanan...
banyak2 kegunaan yang dikongsikan, yang ni je yang masuk otak saya..
macam menarik je...
try la praktikkan....


Saya cuba guna aluminium foil, balut iron board ni..
pastu pakaikan semula sarungnya..


sarung yang ni pun masa beli dalam spesifikasinya, boleh memantulkan haba ke atas semula [untuk kurangkan masa menggosok]
kiranya kita boleh gosok bahagian atas je.. bahagian bawah secara langsung, jadi licin jgk... [kononnya la]
tapi enSuami kata macam tak fungsi je cover ni, sebab nipis sangat...

Ok tak pe, sekarang dah ada tips baru...
guna aluminium foil plak..
tapi setakat ni, saya pasang sekali tu je la..
tak tau la, kaedah ni kena tukar-salin [kot le ada jangka hayat]

Hasilnya, saya kurang sikit nak nampak perubahan...
sebab ada tips ketiga yang selama ni yang saya guna, lebih berkesan dan lebih nampak hasil perubahannya...

Tips 3
Ini pun kebetulan, saya ada iron macam ni...
DRY : STEAM : SPRAY : SURGE IRON
ini spec yang ada pada iron ni..
~Maaf gambar lama, dalam entri lama, masa di rumah bujang~
Dapat hadiah kawen la katakan...
masa awal2 guna, guna iron ni macam biasa je..
iron secara 'dry'
lama2, teringin nak cuba gaya wap plak...
baju enSuami, tau2 je la kan...
kain cotton, amek masa juga la nak gosok sampai licin...

Bila cuba wap, macam cepat je dah licin.
wah menarik ni...
selama ni, tak pernah ada iron boleh isi air ni...
ok macam jakun la jugak kan...
tapi tak kisah la..
dah dapat tips untuk cepatkan kerja, dah bagus sangat kan...
yang penting, kerja cepat siap, jimat tenaga...

Saya iron sebelah je, jarang sangat iron depan belakang.. [malas, kot]
enSuami kata, tak yah nak tajam2 sangat la, satni kedut jugak..
sebab sekolah sesi petang, nanti time nak solat sinsing tangan nak berwuduk kan..
sampai ke petang la, tangan baju dia macam tu..
jarang la bila balik, pakai kemas macam masa pergi..
kang balik elok je macam pergi, confuse plak, aik enSuami ni tak solat ke, [boleh cenggitu, pang sekali kang, kuikui]

Kalau tak ada iron jenis steam ni, agaknya boleh semburkan dengan air kot ek..
ingat lagi dulu2, zaman Mak, masa tu kegilaan beli kain material sutera...
bila Mak suruh iron baju, kena renjis2 air dengan tangan je...
tak ada spray bottle la katakan, masa tu...
tegang jugak la kain sutera tu, renjis2 air dengan tangan je, kemudian gosok..

Saya suka bila iron baju, iron kain cotton dulu...
amek yang tebal2 dulu, sebab tenaga banyak lagi, baru nak mula kan..
selalunya saya susun sesiap la, kain cotton-kain licin-baju batik-baju raihan-baju melayu.
macam mana saya sidai kat ampaian untuk jemur macam gambar tadi, macam tu la saya susun untuk iron.
lepas tu susun macam tu jugak dalam almari baju...

Haa, gambar bawah ni, semua dah siap iron...
yang tak iron lagi, macam biasa la tinggal dulu kat ampaian tu..
saya iron baju2 ni, sebulan sekali.
sekali dah ON iron tu, habis semua saya gosok mana yang belum gosok...

Kadang2 susun ikut warna, kadang2 ikut dan je..
sebab enSuami saya kan pilih baju ikut mood dia, nak pakai warna apa..
jadi tak ada maknanya saya susun ikut warna..
just nampak macam cantek je la, sebab ikut tona kaler gitu...


Baju kain cotton satu frame...
Kalau sebulan sekali, gosok, tak sempat pun semua baju habis.
dulu2 saya pernah try, boleh tahan dalam 3 bulan.


Baju batik dan baju kain licin, satu frame...
Tapi kalau nak tunggu 3 bulan, berat plak kat ampaian tu...
kadang2 sampai patah la, penyambung palang tu...
jadi setkan jadual sebulan sekali iron baju...
kan dah masuk dalam jadual semalam tu...
sebulan sekali je saya iron.
seluar je kena ulang2 iron tiap2 minggu..
yang kena ulang tu, kerja enSuami..
dia iron sendiri...
kerja saya sebulan sekali je... [bertuah la sangat, bini ni, huahuahua]


Baju raihan dan baju melayu, satu frame...
baju raihan, pakai pergi sekolah hari Jumaat.
baju Melayu untuk solat ke masjid.

Baju askar tu, memang tersesat la sikit.
baru2 ni je, enSuami dapat baju tu
dah dia guru penasihat untuk PKBM [Persatu Kadet Bersatu, kot]
gaya macam askar la jugak...
hari Rabu pakai uniform rasmi yang kaler hijau tu [macam PALAPES masa kat U tu]
tapi tak selalu pun dia pakai, baru sekali pakai, segan katanya...
dia tak minat pakaian/kerja yang beruniform ni..
terbalik pulak dengan saya yang suka Uniform..

Bagi saya senang la, tak yah fikir nak pakai baju mane, bila nak gi kerja..
confirm pakai baju yang sama setiap hari, hahaha...
senang ahti saya, hehehe..


Ada tips2 lain yang best?
jom kongsi-kongsi...
TQ..
Daisypath Anniversary tickers