Search This Blog

Friday 31 October 2014

Rajinnya anak Umi ;)


Assalamualaikum..

Awal hari ni tau..
Saya masih dok melepak kat kerusi makan.
Sambil tunggu enSuami balik untuk sarapan.
Tadi dia keluar sekejap nak hantar kamera ke sekolah.
Ada sesi penggambaran untuk majalah lah kot.


Melayan anak Umi yang rajin ;)
Pagi2 lagi dah mula mengemas dah.
Hai, Umi baru dok rileks, anak Umi dah buat kerja dah?
Rajin anak Umi.
Nanti dah besar rajin2 lagi ye...


Dia memang suka sangat buka pintu kabinet tu.
Pintu kabinet ni la pintu pertama yang dia pandai buka sejak dia boleh mrangkak bergerak sendiri ke dapur.
Kalau saya sibuk nak membaking, ni la part yang selalu saya pasrah bagi untuk dia explore segala barang yang ada salam tu.

Hafni ni, barang yang kemas tersusun je dia suka.
Yang tersusun lah, yang dia nak kemas.
Kalau sepah, langsung dia xsentuh.
Mainan dia yang sepah, yang saya xsempat nak kemas, dia biar je.
Bila saya sedang kemas, masa tu la dia nak berebut dengan saya nak main mainan tu.

Sabor je la...

Wednesday 29 October 2014

KEBUN : Baru dapat semangat semula....


Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya kebun di belakang dapur terabai.
Masa awal2 tu memang cantik je viewnya.
Lama2, saya tak sempat nak keluar tengok kebun tu.

Dengan malas satu.
Dengan Hafni yang asyik nak mengikut je.
Masa tu dia xbo jalan lagi.
Dengan sibuk dalam rumah lagi, macam2 kerja nak buat.
Nak menjahit, nak masak, nak deko, nak DIY, nak basuh-lipat-iron baju.
Belum kira cuci-cuci, bersih lagi kan......
Heyyyyyyyyyyyy
Jadi saya mengharapkan enSuami la untuk ringankan beban saya.
Siap saya buat jadual dengan notis lagi.

Kat pintu dapur ada notis "TOLONG SIRAM POKOK" siap ada =) lagi.
Kat pintu nak keluar rumah "TOLONG BUANG SAMPAH" ada =) jugak!!
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Haishhhhhhhhhhhhhh, susah nak cakap kalau orang tak ada hati nak buat.

Selepas 10 bulan ni, setiap batas hanya satu pokok je hidup.
Batas pertama, ada pokok daun pandan je.
Sebenarnya pokok kangkung hidup je.
Tapi sebab dah lama sangat, daun2nya jadi besar sangat, siap menjalar ke rumah jiran lagi.
Lepas tu enSuami buang semua akarnya.
Katanya kalau nak makan dah tak sedap sebab daunnya besar sangat.
Katanya rasa tawar, entah ler betul ke idak....

Batas kedua, pokok serai je ada, 2 rumpun.
Batas ketiga, pokok bunga kantan je.
Batas keempat, cili besar. Dah 4 biji selamat dimakan. Sebab jadi sebiji-sebiji je, sikit je la ada.
Batas kelima, pokok terung yang Uncle bagi tu pun dah nak mati rasanya.
Serba salah plak pokok orang bagi jadi camtu, huhuhu....

Dua tiga minggu ni tetiba je, enSuami kerap dok hantar gambar kat WhatsApp.
Baru rasa nak bercucuk tanam.
Siap ajak saya, jom la pi nurseri.
Tengok tanah, pastu beli pokok limau purut, nak???
So kami pun ke Nano Nursery, Sg Yu Kuala Selangor.
Kali kedua pergi, baru membeli.
Kali pertama, tanya harga dulu untuk tanah.
Tanah tu, sebungkus RM1.50.
Kami beli 10 bungkus.

Pastu jeng jeng....
Haruslah pnIsteri ambik kesempatan.
Tetiba je teringat kat bunga favourite tu....

Saya ingat ni dah bunga lily.
Dah tanya dah Wak tu, bunga apa...
Dia sebut bunga Anthurium.
Lupa plak nak tanya nama Melayu apa?
Nampak pulak bunga kaler putih, dan2 rasa nak beli bunga tu.


Sebelum tu, dah selamat dah ambil pokok limau purut.
Sepokok RM 10, kalau besar RM15.
Wak kata ambil yang kecil ni pun OK, daun ni dah boleh ambil buat masak dah pun.
So, setuju lah ambil yang murah aje....
Nak tanam kat tanah boleh, letak pasu pun boleh.


Akhirnya berjaya juga beli bunga ni.
Oh ya, masa tu nampak bunga kaler purple tu, macam lavender je.
Saya tanya betul ke lavender? Dia jawab betul la lavender.
Bunga ni baru sampai, tanya harga pun macam confused sikit.
Yang kecil RM10, yang besar pun RM10.
Wak cakap baik ambil yang besar ni, harga sama RM10.

Nak ke, Wak tanya.
Nak ambil ke tak, serba salah plak...
Dah kira2, RM40 dah kosnya.
Tanah 15, Anthurium 15, Limau purut, 10.
Xpe lah Wak, lain kali la.
So beli 2 pokok tu je la...

Esoknya nak pergi kedai lain, sekali kedai tu cuti lagi Awal Muharam.
Pastu enSuami ajak pergi nurseri Jasmin plak.
Jasmin pulak dah.....
Tempat ni nak dekat Ijok la juga.
Kalau orang nak masuk hiway Latar dari Kuala Selangor, kena terus ke depan lagi masa simpang nak masuk hiway.
Betul2 sebelah kiri, depan jalan je....


Hahhhhhhhhhh, meriah tak???
Semalam di Nano, lupa nak ambil gambar.
Kat Nano saya boleh katakan, banyak pokok bunga.

Tapi kat Jasmin ni, macam2 adooo...
Dari pokok herba, sayuran, sampai la ke rumput.
Pasu dan barang2 hiasan taman macam pasu besar untuk air terjun dan stepping stone pun ada...
Besaaar, 3-4 kali ganda dari Nano, huhu....


Mengah la juga berjalan sampai ke belakang, tengok ada pokok apa lagi dia jual.
Rumput karpet ni bahagian paling belakang sekali.
enSuami kata RM1.80 sekeping, saiz 1x2 kaki.
Pokok buah-buahan, durian, rambutan, pelam, pun ada.
Pokok2 hiasan yang besar2, macam pokok doa, pokok bonsai bertingkat2 tu, yang majlis bandaran guna untuk landskap jalan tu pun ado.
Stepping stone tu pun buat sendiri.
Ada pekerja2nya, saya nampak kat belakang tu.

Lai, lai, pokok nyok, sapa nak beli, lelong, lelong......


Dan yang lebih menariksssssssss lagi, yeh!
kat sini ada juga pokok lavender!
Tanya harga RM8!
Pergh, conpem nak amekkkk, xperlu fikir lagi, huahua....
Balik rumah, semalaman terngiang-ngiang pokok lavender.
Ruginya tak amek tadi, menyesalnya tak amek.
Pokok yang besar pun 10hinggit, takut esok2 pi dah harga lain kang, rugi giler la....
Itu semalam, hari ini tidak lagi, yahuuu!


Saya ambil yang paling rimbun sekali.
Yang depan sekali tu, saya punya.
Dah boleh pilih sendiri, haruslah amek yang banyakssss bunga.
Masa angkat pasu ni, tetiba tersenyum lebar.
Puas hati sangat kot, perasaan masa tu.
Bukan angan2 lagi, dah conpem jadi milikku, ekekeke.......

Kat sini jumpa juga pokok yang saya beli semalam, Anthurium.
Sekali lagi saya tanya nama pokok ni.
Kot le dia nak sebut nama bunga Melayu [kalau ada]
Tapi tak juga, Anthurium juga disebutnya...
Bangla ni pun sebut Anthurium, apa lagi yang boleh ceq tanya, Melayu lagi la dia xtau.
Kalau sape2 tau nama Melayu dia, bagitau saya ye.... TQ


Memandangkan semalam dah beli, xda la nak belek sangat.
Tapi harga, haruslah tanya, berapa hinggit.
Dia cakap 10 saja.
Ayokkkkkkkkkkk.
Xpelah dah beli pun, huhuhu......

Dan di sini la kemuncaknya...
Dok tengok2, ushar2, sekali nampak...
Yakkkssss itu pun dia.......


Bunga yang saya nak sangat selama ni.
Sama tak rupanya???
Hampir sama je kannnnnnn...
Itu yg saya dah tersalah tu...
Sebab ada debunganya yang terpacak tu, yang nampak macam sama.
Bezanya boleh tengok pada batang pokok.
Kalau lily ni batang tegak je lurus sebatang-sebatang macam tulip.
Saya pun xtau la kenapa saya boleh minat bunga yang tak ada kat Malaysia ni.
Asyik tulip je, asyik lily jek, kalau dok kat Belanda takpe la juga, Nabilah oii...

Cepat2 je tanya Bangla tu berapa hinggit.
RM35 hokey......
Ini la paling mahal setakat ni...
Oh nak beli ke ni...
Tanya kaler putih, tak ada.
Ada yang kat sini je.......
5 pasu ni je.
Kalau ada yang beli, tak jumpa lagi la gamaknya...
Cantik ke kaler tu ek...
Kaler dia tak terang sangat, bercampur-campur.
Maroon-magenta-peach-purple yg mana satu betul pun xtau la...
Kalau ada kuning, syok jugak..
Nak simpan duit dulu la, sementara nak tunggu pokok baru sampai [kalau ada lagi].

Gambar seterusnya, gambar2 untuk simpanan ingatan saya.


Macam gambar atas ni, nak curi idea, nak buat macam ni nanti.
Jiran saya ada pokok ni.
Nanti nak minta jek kat dia, boleh cenggitu? hihi.
Haritu Uncle tu cakap, pokok ni senang je nak tumbuh.
Dulu ada kat tanah je, sekarang dah menjalar ke bumbung rumah dia.
Memang dia sengaja buat macam tu.
Nak bagi efek teduh kekdahnya.
Sebab bahagian teres dia, panas sebelah petang.
Saya punya panas waktu pagi, sekejap je.
Alhamdulillah dapat rezeki rumah sebelah sini.

Yang ni plak pasu jenis panjang.
Saja zoom kat harganya.
Kenkonon nak simpan tabung la kot, hahaha...
Kalau tak silap, kat Daiso ada.
Tapi tak ingat dah kualitinya sama ke tidak.
Saya teringin nak beli pasu panjang sebab teringin nak pasang stand tu.


Tu dia stand dia kat atas tu.
RM22 hinggit okey, huhu.
Nak beli stand saja pun dah 22hinggit, baik beli pokok.
2 ka 3 pokok boleh dapat dengan 22hinggit, tak gitu? kekeke.
Iskkk, kena pikiaq duaplohmpat kali nak beli ke tak....


Last sekali ada baja, plastik semaian, pasu macam2 bentuk, macam2 kaler, dari tema English garden sampai ke klasik Eropah pun voleyyy...

Ehhh, tak habis lagi.
Xmau tengok ke pokok apa yang saya beli, cecece.....


Saya beli tiga pokok je.
Lavender RM8.
Daun Kunyit RM4.
Ulam Raja RM3.
Haaa, ce kira berapa RM?
OK kan harganya?
Saya rasa pokok2 yang boleh makan ni, murah lagi dari pokok bunga.
Mungkin mahal, sebab pokok bunga dapat sekali dengan pasu kot, huhuhu.

Acaner tu, baik beli pokok yang boleh dimakan heyyyy.
Tapi ada bunga syok jugak.
Jadi berseri2 rumah kiteeee.....

Oh ya, pokok Roselle kat situ yang kecil tanpa buah RM5, ada buah RM10.
Roselle la plak, target seterusnya....
InsyaAllah.

psst: kali ni semua tanam dalam pasu. tak larat part maintenance nak cabut rumput tu yang malas tu, heyyyyy. Dalam pasu, kecil sikit skala rumput yang hidup di sekitar pokok, tak gitu? ;)

Monday 27 October 2014

DAPUR : Susunan Barang-barang Bakeri aka Baking Station


Assalamualaikum.
Hari ni nak sikit cerita pasal dapur.
Tapi saya langkau ke bahagian oven-microwave.

Yg pasal laci, haritu dah elok dah.
Pastu baru2 ni macam bertambah plak peralatan memasak tu.
Jadi sesak plak.
Perlu sorting semula barang yang penting dan guna saja letak dalam laci.
Makanya, kita tunggu lain kali ye.


Bahagian ni pun, baru je siap sepenuhnya [bagi saya, buat masa ni].
Tu yang semangat nak update tu, hehe...

Kalau ikutkan gambar dan tajuk di atas, ni bahagian bawah sekali.
Kebanyakan barang untuk peralatan memasak pastri.
Tu yang tajuk mcm baking station tu, ahaks..
Sebenarnya idea dah lama ada.
Tapi kekangan masa nak mhadap keja macam ni, yang buat nye asyik tertangguh, huhu.


Ok, kita mula dari bahagian dalam ye...
Ini bahagian untuk loyang yang digunakan untuk baking.
Yang hitam hujung sekali tu, adalah loyang yang dapat dalam set oven.
Ada satu untuk grill, pun terselit kat bahagian loyang hitam tu.
Itu pun kaler hitam juga.

Nak cerita pasal loyang ni, dulu bersesak sikit kat bawah ni sebab tak tersusun.
Kemudian saya himpun semua loyang, simpan dalam oven senang.
Oven kan besorr, jadia tempat storan plak.

Tapi bila nak guna oven, kena la keluarkan loyang2 dalam tu.
Masa awal tu, boleh la bertahan.
Lama2 rasa rimas plak, buat kerja yang tak ada gunanya, kekdahnya.
Keluar masuk, keluar masuk loyang tu....

Pastu saya dapat idea bila tengok gambar ni...
Dok google gambar untuk susun atur di dapur, terjumpa la gambar ni...
Macam menariks je, saya pun simpan....


Lama2 saya pun terfikir nak buat juga untuk susun loyang saya.
So, jadi la macam ni.....


Yang penghadang tu, asalnya paip putih untuk wiring tu.
Ini kira kerja DIY terakhir lah yang menggunakan paip wiring tu.
Dah habis dah stok paip ni, hukhuk...
Semangat nak buat, sebab dah beli wallpaper murah tu, yeah!
Senang sikit.
Dulu dok fikir nak cat, tu yang lambat tu, renyah sangat keja kan...

Bila dah ada wallpaper, senang sikit.
Kualiti kalis air, licin, memang boleh tahan lama la kot berbanding kertas balut hadiah tu kan.
Dah siap ada gam, lagi la senang keja ceq, hihi.
Yang hitam tu, double tape.
Eh tapi bukan double tape sangat la, sebab ada sebelah je gamnya.
Ini, ada dapat dari set sinki ke hood ke pe xtau la...
Saya simpan lepas kerja renovation dapur siap hari tu.
Kali ni nak guna, baru tau, bukan double tape, huahua....

Bila letak tape tu, sekurang2nya, boleh maintain kedudukan penghadang tu.
Jadi ketat dan kukuh.
Baru berdaya nak tahan loyang yang berat kan, yeahhhh.


OK, kita ke belakang sikit.
Kat belakang tu, ada sealer.
Sebab jarang2 guna letak belakang tu dulu.
Ingat nak tukar tempat lain, supaya ruang ni luas sikit, tapi belum fikir lagi tempat yang sesuai.
Jadi letak dulu kat sini.
Atas sealer tu, ada plastik bungkus makanan, yang kaler kuning bunga2 tu.


Sebelah kanan plak, ada mixer.
Mixer ni, kalau nak guna, saya angkat dia ke table top.
Sebab table top kecil, tak boleh la nak display kat luar.
Lagipun bukan guna setiap hari, jadi simpan je, supaya table top tak sesak.
Dah memang khas bahagian bawah ni, saya nak letak mixer.
Jadi, eloklah menggunakan kemudahannya.
Mangkuk mixer tu, saya letak kat bahagian lubang mixer tu.
Macam kat gambar atas sekali ye.

Measurement jug tu, enSuami punya kerja la ni.
Seronok punya pasal masuk kedai DIY masa first time kat Setia Alam tu, xda kerja pergi amek measurement jug tu nak beli.
Saya dah cakap tak guna sangat, nak jugakkkk.
Hisk, lantak la, dia yang bayar...
Measurement cup kat rumah pun dah ada ML
Sekarang dah jadi sesak plak.
Bukan dia yang masak pun, heyyyyyy.


Yang tengah tu, acuan2 yang saya ada.
Dulu bersepah la juga.
Sekali teringat ada bekas kuih raya ni.
Cuba tengok letak2, ngam plak saiznya.
Jadi guna je la buat simpan acuan.
Baru sistematik sikit.
Idak ler berterabur mencari bila nak guna, hihi.
Jimat lagi.


Dah habis kat bahagian dalam, kita ke pintu plak.
Hahaha, ni memang habit suka menggantung tak boleh control, huhu.
Penggantung tu, beli kat DIY, RM2 satu.
Saya tengok ada orang guna yang wire [besi petak2 tu] Daiso ada jual kan.
Mula nak guna juga, tapi bila fikir nak gantung, nak kena guna hook juga, jadi guna hook ni je la...
Macam cukup2 je, peralatan yang nak digantung.
3 jenis mata mixer.
Measurement cup.
Measurement spoon.
Pengayak tepung.
Sarung tangan.
Yang pengasing telur tu, jarang guna, tak efektif sangat.
Buat manual guna tangan je senang, ceh...
Tapi bukan saya beli tau, dapat hadiah kawen ni.

Kawan2 saya yang bagi, diorang tau saya suka baking, macam2 peralatan baking diorang bagi.
Ya loyang petak yang kecil tu termasuk sekali.
Mangkuk adun yang kaler kuning yang berat tu pun adooo.
Macam tradisional sangat kalau guna mangkuk tu, sebab Mak saya pun ada juga mangkuk tu.
Sayang sangat dengan khazanah ni...

Masa tak ada mixer, memang sepenuhnya saya guna mangkuk tu.
Bila dah ada mixer je, dah tak guna lagi.
Saya simpan kat bahagian atas sekali.
Lain kali kita tunjuk..

Yang last sekali, plastic wrapping dengan aluminium foil.
Dapat idea bila tengok gambar ni...


Jadi pergi beli je, hook bergam tu.
Then ukur dan tampal.
Saya punya hook ni, second-hand nye...
Dulu gantung benda lain, asyik tercabut je.
Nak buang, sayang, saya guna kat sini.
Kali ni tampal, saya letak salotape sekali, kasi lekat kuat.
Lagipun, kedua2 kotak ni, idok ler berat berKG...
Rasanya tahan je.


Asalnya beli, memang nak guna untuk benda alah ni.
Pastu lama sangat tertangguh, tak buat2, saya guna ke hal lain.
Masa tu dok 50-50 lagi nak buat ke tak...
Macam malas je, bek letak je kat tepi microwave tu, ada ruang, huahua....
Pastu dah alang2 mengemas kat sini, saya pun buat je la, DIY ni.
Jadi mereka berdua ni, dah ada tempat baru yang selesa dan selamat gitu...
Memang sesak la sikit kat pintu ni.
Walaupun begitu, [cewah] saya selesa dengan situasi ni....
Senang bagi saya, one stop center kekdahnya, kekeke....

Byebye........

Sunday 26 October 2014

Latihan akhir sebelum pertandingan

Assalamualaikum..
Hari tu kan saya ada bagitau ensuami terpilih Untuk pertandingan Pentanque kan...
Dalam minggu cuti Deepavali ni, sibuk lah dia dan kawan2 dok berlatih kat stadium.
Nak bakar semangat lagi, orang lain dari daerah lain pun ada datang Untuk praktis.
Almaklumlah, Padang Stadium Kuala Selangor ni la yang akan jadi tuan rumah.
Senang kata, sedikit kelebihan la untuk orang tempatan sini.
Lawan di Padang sendiri.
Hari2 berlatih kat sini...
Kalau tak menang, xtau la nak kata apa, huahua...
Setiap pagi dan petang, diorang berlatih main, berlawan sesama mereka.
Ada dalam 8-10 orang juga yang terpilih.
Semua dari sekolah ensuami.
Siap dapat pelepasan tak perlu ke sekolah.
Saya, tiap2 hari enSuami ada kat rumah, macam cuti sekolah plak.
Tapi SPM nanti enSuami bertugas jadi pengawas exam.
Lambat la nak balik kampung.
Siapa free esok, jemput la datang ke stadium Kuala Selangor.
Pertandingan mula waktu pagi.
Peringkat negeri.
Kepada yang bertanding, semoga berjaya.
Kuala Selangor harus jadi Johan!
Amin.....

Saturday 25 October 2014

Kedai Mr. DIY kini di Kuala Selangor

Kedai DIY dah ada kat Kuala Selangor, yeay.. 
Lokasi dalam premis Courts, betul2 menghadap Jalan besar.
Dekat je dengan Tesco.


First time nampak hari Isnin Lepas.
On the way nak ke Bangi, tetiba ensuami nampak signboard MD...
Fuyoo, dah ada kat Kuala Selangor tuuuu...


Tetiba jadi excited.
Lepas ni boleh la Umi pi jalan kaki je...
Amboi kejam betoi Abi tu, nak suh orang pi jalan kaki je...
Yeyeh, boleh beli barang best2 tu...


Hari2 boleh pi.
Pi tengok je la, bukan beli pun, haha...
Masa hari pembukaan semalam, 24 Oktober, ramainya orang.
Saya pun pi terjah juga.
Ingatkan ada diskaun ke, special price ke, man hadooo...


Nak cari barang pun xjupa.
Sesakkkk.
Saya nak beli mainan utk Hafni je.
Cari, xda.
Siap tunjuk gambar kt staf lg.
Diorg pun xjupa jgk.
Mungkin sebab outlet ni kecik je..
Xsemua brg ada.


Staf tu kata, mainan byk ada kat Subang, antara outlet yg besar.
Emmm kna pi Setia Alam atau Bukit Raja jg la nampaknya....
Kalau pasal wallpaper kt MD tu, saya dah beli lagi murah dr MD....


Haaa, nak tau x kedai mana, hehe????
Kedai 5 SEN JAYA kat SG Besar, yeh!!
Saya tau pun, sbb baca blog kakak ni.
Siap print screen lg.
Pernah lalu depan kedai tu, Tp sbb xtau apa yg menarik, jd xmasuk la.
Bila dah tau, hohoho, dan2 nak ajak ensuami pi.

Tapi minggu Lepas saya pi, harganya lagi murah dari yang akak tu bagitau.
Dia cakap RM3.50.
Saya beli RM2.50!!!!
Tapi beli Satu je dulu, nak tengok kualiti.

Bila tengok kat MD, sama je jenamanya, OLAB.
Kt MD, RM3.50 OK.

Saya dah pi Kaison, Paradigm Mall.
Hajat di hati nak beli font tu.
Nak beli H-O-M-E...
Dpt HOM jeee, E dah habis...
Bila tengok kualiti, cat putih dah terkopek, emmmm.

Last, masuk tgn kosong, keluar pun tgn kosong.
Masa baca blog orang, mcm2 saya print screen, nak beli tu, nak beli ni...
Bila tengok kualiti, alaaa mcm ni je, baik buat sendiri, heyyy.
Tengok Bunga pun, mcm kat kedai dua hinggit je.

Nampaknya tak ada yg menarik di Mata saya.
Masuk Romantika pun, xbeli apa2.
Acaner tuh???

Kat mana ek orang beli Bunga cantik2 tu???
Nak Bunga lily putih, nak Bunga orkid putih.
Yg ni je berkenan di hati.
Tengok orang dok hias guna bunga2 ni mcm cantik je, mcm sweet je...
Tapi xjumpa lagi.
Ke dalam gambar nampak cantik n mahal Tp sebenarnya sama ja yg mcm saya tengok kat kedai?

Bagi saya, nak tau kualiti, bahagian tgh dlm bunga tu xkosong.
Ke salah ek...
Memang xreti lagi Bab bunga ni, memilihs sgt ke, ahakss...

Friday 24 October 2014

Pertama kali join program komuniti TBA


Assalamualaikum...
Hampir setahun saya tinggal kat sini.
Tapi nak kata saya kenal kejiranan, jiran berkongsi pagar je saya kenal.
Tu pun, xingat dah nama apa.
Uncle Chong ke, adeh...

enSuami saya pun segan nak tanya semula namanya..
Uncle je selalu sebut nama enSuami saya, Ya, cikgu Hasyim...


Saya memang memerap je dalam rumah.
Nak keluar buang sampah pun saya tak nak.
Haha, maharani tak?

Saya kenal kawan saya masa matrik dulu je, Asparina.
Nasib baik jumpa kat hospital dulu.
Kalau tak, dah tentu saya tak tahu yang dia akan tinggal satu taman dengan saya.


Sampai la, minggu lepas, AJK Taman datang rumah ke rumah, jemput sertai pertandingan boling.
Ala bukan nak lawan cari champion sangat pun, yang penting nak jumpa2 berkenalan.
Mengeratkan silaturahim kejiranan kekdahnya.
Saya memang tertunggu-tunggu program macam ni.

Dulu tinggal kat Bangi, status rumah sewa, macam tak semangat sangat nak join.
Malu la katakan, penyewa je....
Macam2 program komuniti masing2 buat untuk mengeratkan silaturahim kejiranan.

Kali ini, dah tinggal tetap di sini, rumah sendiri, haruslah join.
Sekurang-kurangnya, boleh tambah kenalan.
Tak rugi kalau kenal jiran2 sendiri.
Penting kot, ada hal apa2, senang nak refer.
Mana la tau kan, kot2 ada yang boleh membantu dan memberi tunjuk ajar, mana yang kita xtahu tu...


Nak main boling dekat je.
Kat One Plaza belakang Tesco Kuala Selangor.
Sebelum ni, sekolah enSuami dah pernah buat kat situ.
Tapi masa tu saya tak ikut.
Ingat cikgu-cikgi je ada, rupanya ada juga family yang ikut.


OK, yang main enSuami je.
Saya sampai sekarang, saat menulis ini, belum pernah lagi pegang bola bowling tu..
Huhuhu, xpernah lagi main.
Lepas tengok orang lain main, baru rasa teringin nak main.
enSuami janji nak bawak main2 kat sini,
Yeh, boleh la belajar baling nanti.
Entah bila la tu...
Wallahualam...


Walaupun main ni suka-suka, tapi ada juga hadiah tau.
Salah seorang jiran, Mr Suhoomaran sponsor hadiah, sponsor jamuan lagi.
Kitorang punya sukaneka ni, buat masa cuti Deepavali tau.
Dia dan isteri pun datang juga, main, siap menang tempat kedua lagi.
Wah, meriah sangat.

Masa penyampaian hadiah tu, ada la ajk bagitau program ini program kedua.
Pertama dulu, buat gotong-royong bulan 9 lepas.
Kami tak join lagi masa tu, tak perasan plak.
Mungkin balik kampung kot.

Bila dah isi borang komuniti, baru dapat info serba sikit.
Dah join group WhatsApp, lagi la laju maklumat sampai.
Dah berkongsi cerita masing2.
Baru rasa seronok sikit ada kawan kat sini.

 

Thursday 16 October 2014

Bawak Hafni tengok lembu... buuuuuuuu


Sekolah enSuami buat majlis korban masa raya haji lepas.
Baru nak tayang.
Internet slow ya ampun...
Hilang mood nak update blog, hehhhhh.....



Ini baka apa pun xtau la...
Ini kira saiz besar ni...
Yang sekolah enSuami beli, harga RM3500, 2per3 dari saiz ni....
Nanti kita tengok kat bawah....


Masa ni, ada seekor lembu jantan tu dok meragam.
Aweks dia kena culik mahu dijual.
Meroyan dia, keliling lori tu, sambil berbunyi2....
Kesiannnnnn.
Nak wat guane, lumrah hidup....
Huhuhu.......


Haaa, ni la lembu yang sekolah beli.
Keciks je, okey...
Baka Kedah-Kelantan, ahaks........
Kedah-Kelantan tuuuuuuuuuuu....
Nampak kecil, tapi isi padat.
Entah 2 ke 1 je per 3 dari saiz lembu yang awal tadi.
Baka tadi tu, kalau dia kencing, macam kita buka air paip keluar tu.
Laju ya amat, kuat bunyi air.
Masa first dengar tu, ingat paip air mana yang terbuka, rupanya depa kencing, hahaha....


Ini makanan lembu.
Ada hampas soya yang dikeringkan.
Kalau tak silap yang putih tengah tu, soya.
Yang kanan tu rumput.
Yang kiri ni tak ingat plak...


Jerami padi ni pun lembu makan juga.
Thaif Enterprise ni ada mesin yang boleh padatkan jerami jadi macam ni.
Sejenis kenderaan macam pembajak tanah.
Masa nak balik tu, nampak la pekerja tengah pasang tali2 hijau macam tali rafia, tapi xtau la betul ke tak tali rafia.
Tengah pasang kat kenderaan tu.
Kemungkinan besar, jentera tu, boleh ragut dan padatkan sekeping2 macam tu terus, entah la...
Dia buat jual, RM50 sekeping ke seikat tu, lupa daa....

Sejak bawa Hafni tengok lembu ni, dia dah mula sensitif dengan binatang2 yang dia nampak.
Nampak semut pun, huuuuuuu, berdengung je dia bunyi macam bunyi lembu.
Nampak burung, nampak ulat gonggok, nampak monyet, lotong.
Semua dia bunyi, huuuuuuuuuuuuuuu......

Tuesday 14 October 2014

Hafni selepas setahun...


Assalamualaikum...
Hafni dah setahun...sekarang...
Macam tak percaya pula dikira angka begini...


Perkembangan Hafni normal seperti biasa.
Satu je tak, dia belum ada gigi lagi...
Tak ada langsung tanda-tanda nak tumbuh gigi, huhu.
Itu la, Umi doa lagi pelik2, hahaha....

Dah orang selalu kata, kalau boleh jalan dulu, lambat la tumbuh gigi.
Kalau dah tumbuh gigi, lambat plak boleh jalan.
Saya pun doa la, bagi jalan dulu.
Kenkonon, xla teruk sangat Abi n Umi kena buli untuk dukung Hafni.
Eheheh, dah boleh jalan pun nak dukung2 jugee...
Ngada-ngada tau dengan Abi dia tu....


Haaa, sengih ler muka orang tak bersalah tu...
Tak ada gigi lagi.
Tunjuk gusi je la....
Tapi lasak tau, dalam tak ada gigi, semua makanan dia dah makan.
Apa yang Umi Abi makan, dia pun makan juga.
Dah terjerit2 nak juga, acaner la tak bagi kan....
Itu comot2 tu, makan kek coklat haritu.
Masa dok sapu topping, dia pun nak makan juga, tak sabar2.....


Kalau saya sedang masak kat dapur, dia bosan main dengan Abi, dia pun masuk dapur juga.
Pastu jerit2 nak didukung.
Saya dukung, pastu letak dia kat table top.
Ni la port dia, bila teman saya memasak kat dapur.
Kalau Abi dia masak pun, dia duduk sini juga.
Masa dok lepak kat sini, bertabahlah Umi nak kemas semula apa yang dia sepah kat situ...


Haha, lawak betul gambar ni.
Bila tengok je, mesti nak tersengih.
Sebab, masa ni, Hafni sepahkan baju kotor dia yang ada dalam bakul tu.
Dan kemudian, dia cuba nak pakai sendiri skirt dia ni.
Sekali sarung kepala, tersangkut renda skirt tu di kepala.
Macam pakai shawl plak tengok renda2 tu terletak elok kat kepala dia.
Tetiba je rasa anak pun kreatif juga, hahaha.

Sekarang saya dah mula ajar dia, bila buka baju kotor nak mandi tu, kutip terus baju letak dalam bakul.
Menjadi juga la habit ni.
Kadang2 saja je dia letak baju dia dalam bakul baju UmiAbi.
Saja nak test kot, Umi sabar ke tak ye, huahuahua....

Hafni ikut gen Abinya kot.
Agak tinggi.
Sekarang kalau berdiri kat table top tu, lagi sikit je, kepala dia nak kena kabinet atas.
Lepas ni tak boleh dah la berdiri atas tu.
Hopefully bila dia dah matang sikit, tak perlu lagi nak angkat bertenggek kat sini.

Kalau dari segi komunikasi, Abinya lebih faham dari saya.
Saya cuma tahu, dia pandai sebut Allah.
Sebab dia selalu dengar saya sebut bila nak angkat dia dukung n nak letak dia kat bawah sebab berat. hehehe.
Dah pandai sebut nak, kalau dia nak sesuatu, sambil tunjuk ke arah tu.
Kalau dia nak minum air, Abi dia cepat alert, anak dia nak minum air.

Dah boleh tadah tangan untuk baca doa makan, Aminkan, doa lepas solat pun kadang2 dia angkat.
Kami solat, belum sujud lagi, dia dah sujud dah.
Kalau nak bersalam, sebelah tangan je dia hulur, dan cium tangan.
Boleh lambai tangan, byebye bila nak balik.
Boleh cium pipi bila minta disayangkan....

Untuk anggota badan pun dah lama ajar.
Sebut mata, dia kenyit mata.
Sebut hidung, dia sehseh...
Sebut mulut, dia muncungkan mulut.
Sebut lidah, dia jelirkan lidah.
Sebut telinga, dia pegang telinga.
Sebut pipi, dia tunjuk pipi.
Sebut pusat, dia korek pusat, hahaha.
Sebut siapa nama Hafni, angkat tangan, dia angkat tangan, hehehe.....

Tetiba je rasa gatal telinga, bila enSuami panggil Hafni adik.
Dah banyak kali saya perli, eee geli ler dok panggil adik adik....
Dah panggil Hafni adik, dah x perlu adik la maknanya, hehhhhhh......
Bila saya cakap macam tu, enSuami jawab, Amboiiiiiiiiiii, saje je nak panggil. Itu pun tak boleh. Umi ni, serius sangat.
Hahahaha......heyyyyyyyyyyyyy

Daisypath Anniversary tickers