Search This Blog

Tuesday 23 November 2010

Nasi Minyak + Daging Masak Hitam


Hari Jumaat lepas, tengah menghadap komputer, boleh plak dok terbayang nasi minyak..isk3x...
Nak masak nasi minyak ke ni?  
hmmm betul la tu nasi minyak, sy nak buat ni xpun nasi tomato, or nasi jagung
Lauk pa plak yang sesuai? Daging masak hitam, ok x? lauk ye acar n daging masak hitam mmg ngam
Hehe, meh cari resepi kat internet nasi minyak masak guane..
Amek resepi yang ringkas, bahan2 xbanyak sangat..
Kat MyResepi.net... senang, yahaaha.. =)
Selamat sudaa masak nasi minyak, tapi kuning sangat plak mcm nasi kunyit..sbb terlebih serbuk kunyit, huhu...guna minyak sapi ke palanta tu? Planta, xdak minyak sapi
Tapi daging masak hitam saya, pedas berapi, betul2 kaw, hehe! manis x rasanya, kalu pedas manis sedap lagi sy rasa lah Ye manis, Wak daging masak hitam tu, mcm tuan yg masak, kuikui =)

D.I.Y 3 : White Flower Handbouquet Saya Dah Siap!

Cantik tak??? =)   
CANTIK ENTI MCM KERJA PROFESIONAL , BOLEH BUKA KEDAI PAS NI, ADA BAKAT
Amboiiiii =/
Puasnya hati 3 projek DIY siap serentak dalam satu hari.
White flower handbouquet idaman pun dah siap!
Sukeeeenyeeee!!! Sy pun sukee

Yeyeh, kalau perlu, majlis tunang nanti pun boleh pakai ke nak simpan seri tu masa kawen nanti???
saya rasa elok simpan utk kahwin, kan kan Baik, Wak!
Hehe, =)

Wak, suka x?  
ya sy teruja dan suka, hasil tangan enti,sy hargainya 10 markah utk enti,
Sesuai kan dengan semua baju kawen kita tu??? 
utk gold boleh utk purple pun boleh jadi xperlu buat dua

Update 100111
Selesai sudah sepenuhnya.
Dah belit bunga tangan ni dengan reben.
Dapat cari yang warna hijau ja.
Xtau nak combine warna pe yang mashuk..
Rasanya hijau dah sesuai.

 

tengah dok belit2, terfikir, ler amek kaler koko pun ok pe...
Xterfikir langsung pun sebelum ni.
Tapi OK la, memang xda pilihan warna koko pun kat kedai yang beli semalam.
Dah, bersyukur dah, dengan apa yang ada.
Hijau pun OK per, kilat lagi bersinar2..
Ceria..harap sesuai dengan majlis nanti.
InsyaAllah, dah cuba yang terbaik.

 
 OK x, Nabilah nak pegang nanti nih???

 Perbelanjaan untuk Flower Handbouquet Idaman:
Bunga Putih : (3kuntum RM10) X 3 = RM 30
Daun Paku-Pakis : (3ranting RM) = RM 
Reben Hijau = RM 1.75
Jumlah keseluruhan = RM



Friday 19 November 2010

Cerita-cerita Dolu-dolu ^^

Usrah Gabungan JASA @ Teratak YB Che Rosli

Natrah dok pangku Hero Ahmad Nasih

Anak kak Norma (Fkejut) sejibik cam muka Kak Norma =)


Mesyuarat AJK Program Hari Keluarga JASA @ Teratak NatrahOdeng

Hehe, Ayuni pi masuk toilet, dia tanggalkan cincin.
(Knapa mest bla masuk toilet, nk kena tanggal semua cincin???)
Pas2 ceq try sat. 
Tgok sejibik batu dia, pas2 ada kiri kanan kot pengiring, tapi kecik sket saiz tu.

Baru tau, cincin ni cincin merisik. 
Untuk dia punya plan majlis, terus akad nikah nanti.
Dah xda majlis untuk tunang.
Yang ni saiz 12..muat2 ja masuk. 
Kalau kegemukan bertambah, alamat melekat la kat jari ni sampai bila2, dah xbo tanggal lagi.


 Urusan di Bangunan SUK Shah Alam


Sebelum nak pi, kna balik umah Nada dlu, untuk amek Aisyah, adiknya.
Balik umah, tgok KakTi dok kutip buah jambu air, pokok jiran umah diorang.
Kami pun sama jugak join sambil makan langsung dipetik dari pokok.
Terbaik dari ladang!!! =)




Semangat KakTi dok petik2 masuk dalam plastik.
Bagi ke kitorang umah bujang.


Akhirnya plastik beg yang penuh dengan buah jambu ni, lupa di amek kuar masa balik dari SUK.
Xda rezeki la ahli rumah AlHamra'.
Kami ja dapat makan fresh kat bawah pokok.

Sampai bangunan SUK, Nada buat lawak xberenti kat pakcik guard untuk amek pas pelawat. Nabilah ingat xpenting sgt.
Rupanya pas pelawat tu la jadi kunci untuk pintu lif.

Dah xdak kunci, kena tggu orang la bukakan pintu lif untuk kitorang masuk, aigoo..=/

Pas2 dah jalan2 pi mana2 guna tangga, sempat la jumpa pemandangan yang cantik ni.



Nampak realnya, macam amek gambar betul.
Walhal, hanya lah lukisan semata.
Waa cayalah, tabik respek kat pelukis ni, memang berjaya menghidupkan lukisan ni, Tahniah!

Besday Ayah dan Mak

Ayah sambut besday, 8 November. Manakala Mak pada 16 November.
Memandangkan Nabilah dah buat edible image ni, jadi nak jugak2 realisasikannya...walaupun banyak halangan nak siapkan kek ni.

Gambar xcantik sangat, sebab dah kalut nak balik.
Gambar yang cantik2 ada kat kamera BChiq. Nanti la minta.
Lagipun tukang masak xprofesional, xdak plate kek yang muat kek panjang camni. 
Yang ada simpan, bentuk bulat ja..terpaksa la letak dlm tu, xcomel, huuu ;!

Masa ni pun mak dah siap potong2, kasi makan. Along dan Angah dah sedia menanti kat sebelah Wan tunggu nak makan ke nak bergambar masa awal tadi, xperasan plak Nabilah.


Ok, tunjuk kek MakNdak buat! Hehe ;)


Ni Angah masa dalam keta nak pi kenduri Umah PakCik Asri. 
Adakah dia suka naik keta Honda atau dia suka dengan MakNgah & PakNgah nya atau dia suka naik keta awal bo sampai dulu?
Hanya dia yang tau. Mau plak dia ikut kitorang pi dulu, tinggal Mama, Along ngan Papa kat umah. Isk, isk, isk...

Wednesday 10 November 2010

Tuesday 9 November 2010

FAEDAH MEMELUK ZAUJAH

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 
 Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Friday 5 November 2010

Pesanan Buat Suami: Dr Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday 2 November 2010

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



Daisypath Anniversary tickers