Assalamualaikum..
Sabtu di hujung minggu ni, kita santai je lah menulis.
Topik headphone 🎧
Saya mula terjebak dengan headphone ni dalam tahun 2019 gitu..
Mencari-cari sesuatu untuk memenuhi keperluan hobi yang suka dengar lagu sambil buat keja²..
Kalau buka muzik pakai telefon bimbit, bunyi muzik tu kedengaran kuat pulak kalau di dapur.
Bunyipun tak jelas sangat sebab sound Speaker terbuka luas kan..
Kira macam sound mencapah gitu..
Terfikir nak beli headphone 🎧 yang Bluetooth, senang nak sambung guna, wireless gitu..
Masa ni masih dengan fon lama. Dah retak seribu, jatuh dari atas mesin basuh 😫
Yg snap gambar ni, guna fon enSuami, dia guna 8Pro.
Survey punya survey kat Shopee tu, jumpa la brand SODO ni..
Alaa bajet ciput je bawah RM 100..
Yang SODO ni harga RM 60, siri MH3.
Masa tu beli, kira yang the latest model la kot..
Berkenan SODO ni sebab Kaler dia cantik 😍
Ada gold dan rose gold..
Warna yang saya suka buat masa sekarang..
Tapi masa nak beli, ada stok rose gold.
So beli rose gold.
Model SODO ni best sebab dia 2in1.
Boleh guna headphone, boleh guna sebagai speaker juga.
Hanya terbalikkan je, dia punya tutup telinga tu, nama apa xtau, hee..
Yang sebelah kiri tu, automatik dia jadi speaker.
Ada 4 button.
Volume up/down
On/Off/Play/Pause
Next/Previous
Mic/Call
Semasa pakai headphone juga boleh jawab call.
Nak buat calling pun boleh tapi nombor terakhir/the latest dalam list call sahaja.
Pakai SODO ni tahan setahun gitu.
Saya rasa sebab saya salah guna plug untuk charging headphone 🎧 ni..
Guna plug charger handphone yang tinggi ampere (A). Dah lama dok pakai baru ensuami tegur..
Nanti melebur la bateri dia tu..
Sungguh la setahun je tahan.. lepas tu baterinya cepat habis/mati.
Baru nak member**k, bateri dah habis, isk 😝
Frust sangat, salah sendiri gak..
Survey lagi kat Shopee 😉
Mula nak beli SODO jugak..
Tup tup terjumpa Lenovo.
Fuuh, Lenovo pun ada headphone.
Model Lenovo ni dia declare long lasting battery, 20jam boleh tahan..
Kalau SODO 10-15jam.
Tapi sepanjang saya pakai tu, xsampai 10jam lah, 3hari dah kena cas.
Sehari guna dalam 2jam lebih ja..
Harga sama juga RM 60.
Cuma Kaler tak menarik, hitam sahaja ada.
Tak boleh lipat macam SODO, untuk mudah simpanan, keras kejung seketoi macam tu lah.
Pastu tak boleh buat speaker jugak.
Memang headphone 🎧 semata²..
Saja try model Lenovo plak.
Org kata, Lenovo pakar 🔋, tahan lama.
Kat posting produk pun dia declare 🔋 tahan lama..
Ini sangat bagusss 😜
Masa beli tu tanya seller, ada jual kepala plug utk USB cable nak cas 🎧 ni tak..
Seller Tu jawab xpe, I bagi you free plug Tu kalau you jadi beli..
So jadilah beli dengan dia 😂
Lepas dapat tu, cas dulu 2jam.
Pastu saya buat eksperimen, betul ke tahan 20jam..
Setiap kali sudah guna, saya catat berapa jam saya guna kat pintu kabinet dapur.
Jadi inilah catatan yang saya buat sepanjang 2minggu, sebelum tamat tempoh nak tulis review kat Shopee tu..
Masa ni, bateri tu tak habis pun lagi, tapi sebab nak buat review tu, jadi saya jumlahkan sehingga hari review tu je.
Selepas 3-4hari tu baru habis.
Tapi bukan total habis pun.
Lenovo ni lecehnya, bateri ada 40% lagi, dia dah bising² suruh cas.
Kalau SODO tu, sampai low 🔋 baru dia suruh cas 😅.
Tapi okaylah puas hati, 🔋 tahan lama sungguh..
Kalau charger dia hilang pun tak sedar.
Punya lah lama nak guna semula..
Button dia pun ada 3 je.
Power / tambah / tolak
Power Tu fungsi untuk on/Off, play/pause/resume, jawab call pun tekan button power jugak.
Yang tambah/tolak, untuk volume dengan next/Previous.
Kalau SODO dulu, kalau tak ada muzik bunyi, dia auto Off, dalam 10min kot.
Kalau Lenovo ni lambat Sket nak auto Off.
Walaupun tak ada bunyi, tapi kalau dia still connected dgn Bluetooth, dia on ja.
Kalau disconnected, xda Bluetooth yang connecting dengan dia, lama Sket baru dia nak auto Off.
Maybe sebab 🔋 dia tahan lama, jadi dia xperlu nak jimat² kot, 😆
Ini la favourite saya enjoy kat dapur tahun 2019-2020.
Tapi September 2020, ada orang sabotaj Hong Jin Young ni..
Kesian dia, sampai sekarang dia masih senyap dari dunia seni.
Orang Korea gitu la, kalau sekali kena boikot terus hancur lah masa depan dia dalam bidang seni ni..
Tak tau la bila dia nak buat comeback.
Umur sebaya ni, sama tahun 1985.
Suram je kalau tak da celoteh dia..
Dappun saram (bad people) buat jahat kat my cinggu, 😭
Tahun ni layan IU la sambil² dengar lagu² HJY..
IU ni suka sebab dia pun berlakon juga. Lagu² dia pun best jugak. Sesuai dengan selera.
Tapi trot Queen tetap di ❤️
Nice post, keep it up.
ReplyDeleteHope you are well in the current situation.
direct mercury analyzer
fish mercury