Search This Blog

Wednesday 31 October 2012

Apa beza Mentega, Marjerin dan Lemak Sayur?

Selama ni dok conpius je kan..
Hari ini terjumpa maklumat ini.
pnIsteri kena bijak amek tahu.
Nanti enSuami tanya macam2, susah nak jawab.

Sekarang saya dah tau apa beza dan fungsinya.
Lepas ni boleh la modified sendiri apa2 yang perlu.
Jom baca Apa Beza Mentega, Marjerin dan Lemak Sayur?

Lemak
Dalam pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan gluten dalam tepung dan menjadikan kek lembut dan halus. [citation]

Dalam kek mentega (butter cake), lemak yang digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin. Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega tulen adalah dicadangkan tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut. [citation]

Lemak ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.


1) Mentega tulen dan lepa susu
Terdapat dua jenis mentega (atau juga dikenali sebagai butter) yang biasa didapati di pasaraya: mentega tulen (pure butter atau pure creamy butter) dan mentega lepa susu (dairy spread butter).

Mentega adalah sejenis produk tenusu asli (susu lembu) yang telah melalui pemprosesan moden bagi memisahkan lemak susu dan cecair. 
Lemak susu itu dijadikan pepejal dan dibungkus seperti produk yang ada hari ini dan biasanya disimpan di dalam peti sejuk kerana akan cair disuhu bilik.
Perbezaan harga, kandungan lemak dan rasa:

Perbezaan nyata adalah dari segi harga dimana mentega tulen lebih mahal dari lepa susu. 
Selain itu, mentega tulen mempunya kandungan lemak yang jauh lebih tinggi sehingga 80% dari beratnya (20% lain adalah garam, cecair dll.) manakala lepa susu mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah dan telah dicampurkan dengan minyak kelapa sawit, lecitin soya, lemak susu tulin, garam dan lain-lain. [citation] [citation]

Mentega tulen turut membangkitkan aroma dan rasa yang lebih sedap berbanding lepa susu kerana kandungan lemak susunya yang tinggi. [citation] 
Ia boleh didapati dalam keadaan bergaram (salted) atau tidak bergaram (unsalted).

Salah satu perbezaan yang juga agak ketara jika dibanding mentega tulen dengan lepa susu adalah juga dari segi warna dan baunyanya. Biasanya warna mentega tulen lebih kuning-keorenan dan baunya lebih kuat (seakan minyak sapi).


Jika membuat biskut dengan mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan wangi. Untuk kualiti produk yang terbaik, pilihlah mentega tulen (SCS, Fern) dan bukan mentega campuran (lepa susu). Namun dalam penghasilan produk bakeri terutama yang kecil-kecilan, kos perlu dititikberatkan dan rata-rata menggunakan lepa susu seperti Buttercup sebagai pengganti terbaik selepas mentega tulen.

Jenama mentega di pasaran:
Contoh mentega tulen seperti Golden Churn, Golden Fern, Anchor, Tatura, SCS dan lain-lain.


Contoh mentega tulen Anchor (picture courtesy of Google)

Contoh mentega tulen Golden Churn (picture courtesy of Google)
UPDATE 3 May 2012: Golden Churn kini disahkan halal.
Contoh lepa susu adalah seperti Buttercup, Butterlite, FarmCows, Giant butter spread, dan lain-lain.
Contoh mentega lepa susu FarmCows (picture courtesy of Google)

Contoh mentega lepa susu Buttercup (picture courtesy of Google)
2) Marjerin
Marjerin pula diperbuat dari minyak kelapa sawit dan kemudian diperkayakan dengan
rasa mengikut jenama yang berada di pasaran. Antara jenama yang terkenal di Malaysia ialah Planta, Daisy, marjerin Seri Pelangi, Puteri dan banyak lagi. [citation]

Contoh marjerin Planta (picture courtesy of Google)

Contoh marjerin Daisy (picture courtesy of Google)
Contoh marjerin Seri Pelangi (picture courtesy of Google)

Contoh marjerin Puteri (picture courtesy of Google)
Planta Soft, Naturel Soft marjerin atau sebarang marjerin lembut di dalam ‘tub’ atau bekas plastik di bahagian tempat freezer pasaraya juga tidak sesuai dibuat kek atau biskut kerana ia mengandungi kandungan air yang tinggi. [citation] [citation] Gunakan marjerin yang dilabelkan sesuai untuk membuat kek/biskut/roti seperti Planta serbaguna atau Daisy dalam tin atau gunakan marjerin khas seperti Seri Pelangi dan Puteri.


Contoh marjerin lembut/soft marjerin Naturel (picture courtesy of Google) 3) Shortening/Lemak sayuran Shortening adalah 100% lemak dan padat (solid) pada suhu bilik. Ia biasanya dibuat daripada minyak sayuran yang dihidrogenasikan (hydrogenated) tetapi kadang-kadang juga mengandungi lemak haiwan. Tekstur 'flakey' pada pastry datang dari lemak padat atau 'lard' (lemak khinzir) yang diuli dalam lapisan tepung/doh. Dalam sesetengah resepi, shortening dipukul dengan gula untuk memerangkap udara, menghasilkan produk yang gebu. Terdapat emulsifier dalam shortening yang membenarkan ia mengemulsikan shortening dengan cecair. Ini bermakna ia membolehkan minyak dan cecair untuk bersatu, mewujudkan keserataan rasa dan tekstur di dalam adunan dan doh. [citation]
Contoh vegetable shortening (picture courtesy of Google) Shortening mempunyai tahap suhu 'smoke point' yang tinggi berbanding mentega atau majerin (perlu suhu yang tinggi sebelum ia mula terhangus). Ia boleh disapu pada tin supaya roti yang dibakar tidak mudah hangus dan warnanya sempurna keperangan.[citation] 


Satu lagi kelebihan shortening adalah ia memerlukan tahap suhu yang tinggi untuk mula mencair. Semasa membakar biskut yang menggunakan shortening, ia membantu mengekalkan bentuk doh biskut dengan lebih lama. Ini membenarkan telur dan tepung untuk 'set' dan mengekalkan bentuk biskut daripada terlalu merebak (spread). Terdapat beberapa shortening yang mempunyai tiada atau sedikit trans fat. Walau bagaimanapun, dari segi rasa shortening tidak menyumbangkan rasa kepada biskut atau roti. [citation] 


Majerin adalah lebih baik dari mentega dari segi kesihatan jantung (lebih-lebih lagi yang mempunyai trans fat rendah), namum kurang dari segi rasa. Mentega menambahkan aroma dan rasa 'creamy' kepada kek dan biskut. Shortening pula dapat mengekalkan bentuk biskut, tetapi kurang dari segi rasa. Bergantung pada diri masing-masing untuk memilih yang terbaik. Jalan yang mudah adalah menggunakan mencampurkan separuh daripada lemak-lemak tersebut. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada individu dari segi kos, tekstur dan personal preferance. [citation]



Tuesday 30 October 2012

Biskut Raya, Tiramisu, dan Kek Aiskrim di Hari Raya (^^,)

Hari raya nak menjelang sudaa..
Mood hari raya mesti la nak buat kuih raya, yeh!

Mak kat kampung minta buat biskut suji lagi.
Sebab dapat pujian ramai hari raya posa hari tu, hehehe.

Syok jugak buat biskut suji, sangat sedap.
Berbaloi2 dapat makan dengan banyak sebab buat sendiri, yeh.

Bila cakap kat enSuami nak buat kuih raya, dia conpius.
Kalau raya mesti buat kuih raya ka?
Mesti arrr, xdak kuih raya, xsyok ar..
Xmacam raya.

Kalau kat Kedah, xda la meriah sangat nak sambut hari raya haji.
Tapi sekurang2nya, meja bertukar rupa la jugak.
Ada hidangan kuih raya yang bermacam2, macam sambut hari raya posa jugak.
Tu yang nak kena buat kuih raya tu.

Raya hari tu, dah buat tat nenas satu balang.
Mak kata ada lagi.
Mungkin family dah jemu kot, dah bertahun dah mak buat tat nenas.
Tiap2 tahun ada, xpenah miss.
Cuma tahun ini, tangan pnNabilah yang buat, bukan pnIntan lagi.

Sebab tu Mak minta biskut suji ja, sebab yang tu dah habis.
Ok, saya buat biskut suji lagi 2 adunan.
Pas2 tambah dengan biskut rocky, first time buat.
Dengan semperit, first time jugak.

Biskut rocky, sebab oven tak dak turbo, jadi xcrunchy sgt.
Yang semperit plak, gebu la sangat, senang relai [hancur] bila pegang, xdan nak masuk mulut lagi daa...
Hui, tepung jagung banyak sangat kot, Mak kata.

Dah salah salin resepi daa.
Mak punya resepi tu yang lain, sampaikan tepung kastad pun xboh, xda la kuning sangat.
Nak cari resepi orang lain kat internet la.
Hat Mak punya kena tggu balik kampung, baru dapat salin resepi yang betoi.

Masa ni enSuami curi2 amek gambaq pnIsteri cibuk kat dapur.
Tengah uli2, tepung.
Rasanya kali ini nak buat tat nenas kot.
Dah acuan tat nenas ada kat situ.
Dah xingat mana satu masa ni.
Tiap2 malam, lewat, dok sorang2 kat cerok ni dok tekan adunan.

Masa ni, ada adik ipar kat umah.
Sebab tu bertudung tu.
Kalau tak, xda la rajin tetiba nak pakai tudung semata2 nak amek gambaq kan, hohohoho.

Bila siang2 plak, tergoda2 nak buat tiramisu plak.
Xsabaq2 dah hoi...

Cari cream cheese xjupa kat Giant, wat eksperimen pertama.
Pakai cheese keping je.
Main agak2 hentam saja la.
Berserah aja, nak jadi ke tak, janji buat!

Dah google dah cari boleh tak, nak ganti cream cheese dengan cheesdale.
Ada chef tu, buat kek ape ntah yang susun cream cheese kat dasar loyang.
Dia kata boleh diganti dengan cheesdale kalau nak senang.

Ohhh, nampak mcm tu, apa lagi, nak buat jugak petang ni.
Terlupa plak beli serbuk nescafe, pakai 3in1 IndoCafe ja.
Kek sponge/chiffon tak dak jugak, ganti dengan ............ hahahaha.
Saya ganti dengan BAHULU!
Mak bagi dari hari raya hari2 lagi.
Baru makan sebijik.
Dah nak keras dah dok letak dalam petiais.
Tu yang amek buat tu.
Ok pe, bahulu kan macam sponge jugekkkkkkk...

enSuami persoal lak, hah buat ngan bahulu?
Ha la, habiskan apa yang ada.
Kan kakak tu kata, ada orang buat tiramisu pakai biskut, kek, mana2 pun boleh.
Chef Nabilah buat pakai bahulu plak, hahahaha.
Tiramisu Tradisional versi Melayu, hehehe.

Takut punya pasai, kot2 xjadi.
Pukul cheesdale dulu sorang2, letak 6keping.
Pukul sampai hancur.
Tapi xda la jadi halus sangat, lama sangat tunggu, terus je tuang whipping cream.
Pusing ajaaaaaa, sampai kembang.

Pastu sambil tu, dok lembabkan bahulu.
enSuami kata celup saja bahulu dalam mug air kopi tu.
Yeh, bijak betoi enSuami saya, hehehe.
Pastu tekan2 bagi padat dalam cawan.

Memandangkan xda gelas jernih macam Kak Ana Suzana tu, saya pakai cawan teaset yang lebar luas tapi xdalam.
Ok, dapat la 5 cawan ni.
Dah cawan ni pun ada 5 ja.
[Pelik, nape xdak 6, satu dah pecah kot, harta Mak Intan lagi, saya amek! kuekue]

Esoknya hari Khamis tu, enSuami dan adik ipar puasa sunat Wukuf.
Kebetulan nak balik umah mertua, cream cheese semalam masih berbaki, so plan nak wat 1, bawak balik kampung.
Siang tu pi Giant Warta plak, cari buah strawberry/kiwi dan kek chiffon nak buat baru.
Malangnya ada kiwi je, strawberry xdak!
Kek chiffon pun ada oren, pandan ja.
So amek oren.
Rasa pelbagai sungguh.

Masa buka posa, hidang kat depa, tiramisu macam ni.
enSuami dok sibuk dengan buah mangga dia.
Dia kata sedap tu kalau boh sekali.
Sekali adik ipar makan, dia kata xsesuai.
Xmasyuk la mangga dengan cheese.
Kiwi, OK.

OK, nasib baik hias kek tiramisu dengan kiwi saja.
Selamat!
Ini kek, untuk bawa balik kampung. yeh.
Sedapnya depa dapat makan yang kek punya, hihihi.

Hari raya kedua tu, asalnya nak buat aiskrim saja.
Dah tu, terpandai pi beli kek chiffon lak..
Ni nak jadi apa nih?

Kek aiskrim kah?
Hentam je lah.
Cari plak whipping cream.
Kat Tesco Kuala Selangor, boleh plak xjumpa whipping cream.
Kat Tesco, memang xdak ke?
Dah lama xshoping kat Tesco.

Selalu membeli barang kat Econsave je, xpun Speedmart.
Lagi lagi lagi murah dari Giant Tesco!
Kalau xdak jugak, pi kedai barang2 kek aja.
Semua jenis ada.
Kalau kat Bangi ni, dah meriah dah kedai barang2 bakery.
Dulu ada Yummies n satu lagi kedai Melayu tu [xpenah plak masuk kedai ni]
Yummies mahal sungguh.

Pastu datang Kedai MakCik plak.
Pastu ada Bake with Yen.
Rupanya Bake with Yen lebih murahhhhh!
Yeh, saya dah tau kedai yang ideal untuk saya, hehe.

Yang tak boleh blah tu, acuan semperit kt BWYen tu jenama sama, RM 2 ja.
Kat MakCik sampai RM 3. Dilaaa mahai. sehinggitt tu...
Iskkkkkkk.

Terdapat 2 kesalahan major masa buat kek aiskrim ni.
Huhuhuhuhu, serikkkkkk.
Ni yang malu nak masak2 pape kat umah mertua ni, isk.
Ada je yang xkena, huhuhu.

1. Nak buat aiskrim kena guna susu FULL CREAM. Tapi hari2 tergedik beli susu COKLAT lak. Walaupun jenama sama Dutch Lady. Konon2, nak buat aiskrim coklat Oreo la. Dah xmau boh perasa/pewarna coklat, elok beli sesiap susu Coklat. Rupanya, xjadi biol. Dia jadi xgebu. Rasa macam kita buat aiskrim Malaysia tu. Macam air milo yang dibekukan. Camtu la jadinya. Aisey man!


2. Masa cari whipping cream tu kat kedai bakery, xdak plak jenama yang selalu orang beli. Jenama Emborg ke, hari2 beli jenama Toppin'. Dok cari la dia tulis non dairy ke tak. Tak tulis plak. Ada jenama Anchor ja. Pastu ada tulis for dessert n topping. Kira camtu la tu, sebab sebut dessert. Yang penting bukan for cooking. Ingat dah betoi dah.

Kebetulan masa tu, mixer kat umah plak dah rosak.
Main agak2 ja wat dengan blender, huhuhu.
Aisyah kata, hari2 yang kami beli bukan whipping cream, tapi dairy cream.
Mende plak dairy cream ni?
Sama macam saya beli ke?
Tapi tu la, masa blend ni, dia xkembang macam biasa.
Kaler krim2 kuning.
Selalu kaler putih gebu.

Yang ni, xtau la nak salah cream ka, sebab mixer xdak ka?
Atau ceq yang salah, sebab xterer???
Weeeee, xpe la.
Asal cuba, nanti improve lagi.
Semangat ni!

Tiap2 hari nak masak pelik2, luar biasa.
Mencabar diri katakan...
Tapi tu la, rajin masak saja, makan tak pon, kuekue..

Dah penuh daa dalam petiais tu.
Banyak makanan, sampai xtau nak makan yang mana satu.

Rasa nak buat lagi tiramisu!
Kek oren hari2 ada lagi!
Buah kiwi pun ada 3 biji lagi!
Butter ada 3 biji lagi!
Whipping cream ada 1 liter lagi!
Susu FULL CREAM ada 2 kotak lagi!
Telur ada 12biji lagi!
Cornflakes, nestum, shortening, banyak lagi!

Nak masak pe lagi nih?
Aigoooooooooooooooo!

Monday 29 October 2012

Tragedi 15 Oktober 2012

Huhuhu, ini cerita sedih dan sangat panjang.
Yang tak ketahuan jadinya selama dua minggu lepas.

Sangat mengejutkan.
Keliru!
Tak percaya!
Terpinga-pinga!

Setiap hari enSuami akan sampai rumah dalam jam 7.30 petang.
Haritu, bukan main lagi semangat masak lasagna buat kali kedua.
Konon nak improve skill la.
Harap sedap dimakan.
Lalalalalala.

Selesai masak, dah masuk waktu Maghrib.
Kadang2 solat bersama enSuami.
Kadang2 solat sendiri kalau enSuami lambat sampai.

Senja tu, solat Maghrib sendiri.
Sebab nak siap2 hidang untuk makan malam.

Dah selesai solat, hampir jam 8 malam.
Nape enSuami lambat nih?

Cari handset, cuba telefon.
Tak berjawab.
Kalau lewat, mula la hati jadi risau.
Ya Allah, jangan jadi apa2 pada suamiku.
Lindungi dia supaya selamat sampai ke hadapanku.

Matikan panggilan, terdengar bunyi motor Honda.
Harapan, enSuami la tu.
Terus lari menjenguk ke tingkap.
Ya, Sayang, xsalah lagi.

Terima kasih Ya Allah.
Dia dah balik.

Bila dengar bunyi kunci mangga gril,
Terus meluru buka pintu plak.
pnIsteri senyum, menyambut enSuami.
Tapi........

Tangan suami terketar2...
Kulitnya tersiat2....
Darah juga menitik2....
Seluar terkoyak2....
Tangan baju juga....

@#&*^%$!~&@
Sayang!

Kaku.
Tak paham.
Nak tanya kenapa?
Tapi nampak enSuami sangat sakit.

Tolong dia bukakan helmet dan jaket.
Jaket coklat hantaran kawen tu juga terkoyak!
Sedikit lega, kerana jaket tu jugak, telah mengurangkan sedikit kecederaan di lengannya.
Walaupun ada luka yang sangat ngeri di tangan.

Dia jalan mencari dinding, untuk bersandar.
Ya Allah, aku nak buat apa ni?????????
Memang tak tau nak watpe dah.

Gagahkan diri jugak nak tanya.
Sayang jatuh sendiri ka kena langgaq?
Jatuh sendiri, langgar batu.
????????
Tapi dah lega sebab bukan dilanggar orang.
Kalau takkkkkkk, aishhhh @#%*^#...

enSuami duduk dengan lunjur kaki.
Dia dah xdapat nak bersila.
Dengan sakit, bertanya.
"Camna abang nak sembahyang? dah lewat."
"Solat hormat waktu je lah Sayang. dengan darah2 ni xdapat nak amek wuduk lagi."
Ngeri, kesiannya suamiku.

Bila enSuami angkat takbir, terus nak bersiap ke klinik.
Tahan menangis sendiri kat bilik.
Tapi tetap bersyukur, enSuami masih berkeadaan sedar dan mampu pulang ke rumah.

Alhamdulillah, ada banyak klinik swasta di kawasan rumah.
Dah tu, xtau nak pilih yang mana satu.
Pi Klinik As-salam la plak, xpenah lagi cuba.
Kebetulan klinik ni masih baru dan 24 jam perkhidmatan.

Walaupun terketar2, digagahkan jugak.
Harap2 xdak masalah nak parking nanti.
Jangan gelabah, satni pi langgaq keta orang plak.
Jangan Nabilah!
enSuami pun dah fobia.
Selalu ja tegur dalam keta, jangan laju2 Sayang!
[Xlaju pun, cemas sebenarnya]
Blurrrrrrrrrrrrr

Sampai kat kawasan klinik, parking plak penuh, sebab berdekatan dengan kedai makan.
Aduh, terpaksa turunkan enSuami dulu depan klinik, pastu pusing semula untuk cari parking, aisey.



Alhamdulillah, perkhidmatannya bagus.
Walaupun sebaik mungkin nurse tu cuci luka enSuami, tapi terjerit2 gak enSuami tu.
Kesian dia.
Dia lemah bila tengok darah.
Xleh kena cucuk2, takut.
Hehehe, kelakar pun ada.
Ni yang dok risau ni, bila pnIsteri nak bersalin nanti, cmna la enSuami ni nak tolong.
Xleh sangat nampak darah, loya kot jadinya.
Huuuuuu, tecian la saya nanti.

~Ahhh, dok tahan sakit~
pnIsteri senyum ja tengok.
Isteri hanya mampu tersenyum.
Kadang2 ingatkan enSuami sebut Allah, jangan dok ahhh, ohhh, uhhhhh
Hahaha, jahat betoi.
Orang sakit, mana la kita rasakan, emmm.

Tak tau nak watpa dah.
Sempat plak amek gambaq ya.
Ada jugak manfaatnya amek gambaq ni tau.
Boleh tunjuk kat family mertua yang dok jauh nak tengok kecederaan enSuami.


Luka ni yang paling sakit kat lengan tu.
Kat kaki lagi.
Seluar dah kena gunting sampai lutut.
Kemeja ditukar dengan tshirt sebab nak mudah bagi rawatan.

Kena 2kali suntikan, kat bahu n punggung.
Sebab doktor kata, "sekarang xrasa sakit lagi, nanti esok pagi bangun menjerit kalau tak inject ubat tahan sakit."
Doktor cerita pengalaman dia masa di hospital kerajaan.
enSuami setuju aja, ditahan juga perasaan takut dia.
Pejam mata aja, xyah tengok, weeee.


Kecederaan di lengan dan tapak tangan kanan sahaja yang dibalut.
Kat kaki xbalut.
Rupanya tapak tangan tu lebih teruk dari lengan tu.
Yang tu lagi menyakitkan bagi enSuami.
Doktor juga pesan, tapak tangan tu kena jaga elok, takut lama2 nanti, tangan n jari xbo meregang seperti biasa, kalau kulit baru tak jadi seperti sediakala.
Tapak tangan jadi merekot.
Boleh jadi tak normal la macam tu.

Esok paginya, habis baju penuh dengan darah n air badan [nanah] dari luka.


Luka di betis yang tak dibalut.
Agaknya begini la.
Luka di kaki tu tak nampak sangat.
InsyaAllah enSuami saya xpenah pakai seluar pendek ke luar rumah.
Luka di lengan n tapak tangan dibalut sebab nak jaga perkembangan luka tu.
Doktor tunjuk beza hari kedua, keadaan yang dibalut dan tak dibalut.
Yang dibalut, lukanya masih cerah pink.
Yang tak dibalut, akan cepat hitam.
Kira OK la kalau nak hitam pun kat kaki, sebab terlindung.
Kat tangan ni boleh nampak, sebab pakai baju tangan pendek.
Proses baikpulih tu pun, lebih baik n terjaga dari bakteria.

Esoknya kemas2 barang enSuami masa xcident.
Tengok baju n seluar dia.
Seluar dah kena potong sebelah.
Baju plak terkoyak kat hujung tangan.
Kata kat enSuami, kalau buat kemeja tangan pendek, boleh jugak.
Ke camna?
enSuami kata, buang je la Sayang.
Nampaknya enSuami dah xmau tengok dah pakaian tu.
Fobiakah?
Ok, pnIsteri pun buang semua baju n seluar tu.
Tamatlah riwayat, hehehe.

Selama dua minggu enSuami bercuti.
Selasa malam tu, kami ke Kota Damansara.
Nak jupa kawan cikgu sekolah, amek kertas soalan.
Alkisahnya, minggu tu minggu akhir siapkan kertas soalan.
enSuami dah stat stapler kertas soalan hari Isnin tu, tapi xhabis buat semua.
Stapler tu pun rosak akibat dari xcident tu.
Pen dia yang dalam poket seluar, hancur berkecai.
Ada yang jatuh kat tangga apartmen, masa dia jalan, sebab poket pun dah bocor.

enSuami kata dia jadi superman masa tu.
Tiba2 ja boleh terbang.
Tangan dah xgenggam handel motor.
Badannya terguling2 beberapa kali dan terseret.
Motor terpelanting ke tengah.
Bila tengok helmet pun, memang tercalar.
Syukur ada helmet, lindungi kepala.

enSuami terlanggaq batu besaq.
Geram tak, klu pikir2 balik.
Macamana boleh ada batu simen, buangan sisa pembinaan kat tengah jalan.
Ishhhhhhh, memang xleh terima.

Masa perjalanan balik dari Damansara tu, minta enSuami tunjuk tempat dia jatuh.
Memang ada lagi batu besaq tu.
Rasa nak berhenti ja amek batu tu, nak siasat, hehehe.
Tapi batu tu dah letak kat tepi, di celah2 pokok tepi jalan tu.
Masa kejadian, tak ada kereta lalu situ.
Tapi ramai jugak penunggang motor lain yang turun tolong enSuami.
Kebetulan ada kereta polis buat rondaan, diorang pun berhenti jugak.
Polis kot yang alihkan batu tu ke tepi.
Diorang dah nak panggil ambulans dah, tapi enSuami tolak.
Dia kata nak balik rumah.
Orang pun tanya rumah kat mana, nak tolong hantar.
Bila cakap Bangi, semua terkejut sebab jauh.
Ramai yang tenangkan enSuami.
Dia memang blur dan tak tahu nak buat apa.
Ada yang bagi nasihat, rileks dulu, tenang2, jangan bergerak lagi.
Bila dia rasa OK, diorang minta dia berjalan, nak tengok OK ke tak, kot2 ada yang patah.
enSuami dengan gagahnya berjalan amek motor dan stat nak balik.
Orang lain masih ragu.
Tangan dah berdarah2, ramai yang simpati.
Tapi enSuami kuat, nak balik juga.
Dan enSuami kata, ada sorang tu ada eskot dia sampai kat simpang Mid Valley.
Baik sungguh, enSuami rasa terharu.
Dia kata rasa macam tak percaya apa yang jadi kat dia.
Kenapa ramai orang datang kerumun kat dia, dia malu!

Terima kasih kat semua yang membantu.
Kami suamisteri tak kenal pun sapa2 masa tu.
Syukur Alhamdulillah masih ada yang prihatin.
Terima kasih kat 'seseorang' yang eskot enSuami saya.
Hanya Allah yang dapat membalas semuanya.

pnIsteri plak cuti 2 hari temankan enSuami.
Hari Selasa dan Rabu.
Hari Rabu tu jugak, paksa enSuami siapkan keja stapler kertas soalan2 dia.
Sebab esok pnIsteri dah kerja, xda orang nak tolong dah.
Lepas Asar tu, kami berdua gigih susun n stapler kertas.

Yeh, syoknya dok kat umah.
Jadi suri rumah sepenuh masa, hee.
Pertama kali, tolong enSuami stapler kertas soalan.
Sebelum ni penah semak kertas je.
Teringat plak masa dolu2 tolong ayah stapler kertas soalan.

Kami susun banyak2, baru stapler.
Sebab, bila enSuami stapler, mesti dawai kokot tu rosak, tersangkut.
Hai, pnIsteri buat OK jek.
Xpe lah consider la, tangan dia sakit, OK.


Sakit2 pun, kena buat keja jugak.
Nak minta tolong kawan dia, staplerkan, depa pun ada kertas soalan jugak.
Dah la subjek Geografi hari Isnin, hari pertama.
Memang kena buat cepat.
Alhamdulillah selesai, malam tu jugak.
Terus hantar kat kawan dia balik, minta dia bawak ke sekolah.
Lega satu kerja enSuami dah setel.
Yang xsetel, key in PBS kat internet.
Yang ni memang xleh nak wat gapo dah.

Dah la kena pakai window IE.
pastu lembab gila plak tu.
Bila submit ja, server cannot diagnose.
Mana la xsakit hati.
Sampai ke sudah xsiap2.
Awat la kerajaan ni xboleh upgrade dia punya servis?
Klau bentang bajet berjuta2, server lembab.
Satu Malaysia kot nak pakai, tolong lah kerajaan.
TELUSSSSSSSSSSSSSS!
Kesian cikgu cikgi.
Keja cikgu sekarang xmacam dulu dah.
Sekarang banyak tekanan.
Walau serajin mana pun seorang guru tu, kerja dia xpernah habis.
Ada ja PBS.
Sampai budak2 pun naik bosan.
enSuami cerita, anak murid dia Tingkatan 2, mengeluh "bosan la PBS tiap2 hari, Cikgu."
Tak sempat enSuami jawab, kawan dia dah mencelah,
"Ala, kau ni. Cikgu pun bukan nak buat sangat, dah terpaksa buat"
"Ni semua Najib la punya pasai. Najib ni jahat. Kita bunuh ja, Cikgu!"
Terkejut enSuami, sambil bergurau dia jawab, "Awak nak bunuh mcmana?"
Budak tu sungguh2 menjawab, "Ala senang ja, kita tembak ja..." [macamana RM buat kat Altantuya, hahaha]
enSuami geleng2, xtau la nak kata pa lagi.
Budak2 pun dah paham.

pnIsteri pun terkagum bila dengaq cerita ni..
Bukan kagum sebab budak tu nak bunuh, tapi sekurang2nya mereka tahu yang susur galur pendidikan datang dari rencana politik pentadbiran Malaysia.
Kalau menteri tu bijak mengurus, baiklah hasil dari pentadbirannya.
Seingatku, masa tingkatan 2 dulu, xtau apa2 pun lagi.
Politik tak mau amek tahu sikit pun.
Semak kepala, rasa.
Tapi hari ini dah lain.
Kerja pun dalam bidang politik, xkan nak amek jalan tengah lagi?
Mustahil lah kan...

Bila sebut bab solat, enSuami jadi pening.
Bukan buat2 pening, nak mengelat solat, tak!
Tapi pening xtau nak ikut yang mana.
JAKIM kata macam ni.
Ustaz ni kata macam tu.
Video tunjuk macam lain.
enSuami xtau nak buat macam mana, hahaha.

Sekejap kata mcm ni, sekejap kata macam tu.
Doktor kata boleh amek wuduk kat tempat yang boleh kena air.
Masalahnya tapak tangan dia pun luka, nak kepul air xleh.
pnIsteri pun risau, naik seriau.
Air nak kena kat luka, isk mesti pedih.
Sayang, camna ni? Abang nak ikut yang mana?
Lerrrrrr......

Dah banyak kali dah Isteri kata buat tayammum, xpun solat hormat waktu saja..
Luka mcm ni mana boleh kena air.
Dah la, pi la tanya Ustaz, Nabilah bukan Ustazah! [kang dah merajuk!]
Emm, enSuami serba salah.
Masa sakit menyerang, dia solat hormat waktu sahaja.
Sebab semua anggota rasa tegang.
Kadang2 xleh nak gerak mana2.
Rasa tergam tangan dan kaki dia.
Baring ja kat atas katil.

Akhirnya dia mula praktis bertayammum.
Sebab dok pikir, susah la nanti nak kena qada' banyak waktu solat.
Guna debu di dinding rumah.
Kadang2 terasa lawak pun ada.
Sayang, ada ke debu kat dinding ni?
@#$%&*^%@
Dah buat, xyakin plak, ni nak marah ni, sigh.

Pastu bila bertayammum, satu rumah dia pusing.
Sekali buat kat dinding bilik tidur, pastu pi ruang tamu, pastu sebelah meja makan, pastu pi bilik baju plak.
Satu hari tu, dia sedar, Sayang, kalau amek kat tempat yang sama tapi waktu lain2, boleh kan?
Ye Sayang, awat la yang Sayang pusing satu rumah bila nak tayammum? sat2 tang ni, satgi tang lain plak. Amek kat tempat yang sama pun boleh, asalkan waktu lain2.
La, mana Abang tau..
Emmmm lah..

Bila dia nak bertayammum, mesti dia panggil, Sayang mai tengok ni, Abang buat betoi ke tak?
Nak tengok cara dia tayammum.
Masa awal2 tu, dia conpius pasal nak pusing tangan.
Bila pnIsteri tunjuk, dia nampak senang, bila nak buat, xjadi.
Macamana Sayang pusing tangan macam tu?
Hah @#$%&*^@
Mana2 lah Sayang. [senyum]
Janji yakin, meratakan semua ke anggota.

Selama dua minggu tu, saya suka sangat!
Bila rehat tengahari mesti balik rumah.
Balik makan dengan enSuami.
Siap tolong suap lagi.
Baru romantik, hehehe.

Sebelum ni, susah2 je kan nak suap2 ni.
Kali ini Allah bagi peluang, yeh!
Tapi saya je lah yang dapat suap enSuami.
enSuami xleh suap kat saya pun, [huuu sedih]

Tapi xpe, saya tetap hepy.
Sebab berpeluang berbakti lebih untuk enSuami.
Allah bagi saya peluang berpahala.
Tiap2 hari dapat pujian dari enSuami.
Isteri solehah, isteri saya ni. Sayang isteri yang baik. Terima kasih jaga Abang. Nasib baik saya dah kawen, ada isteri. Kalau tak sape lah nak jaga Abang. Huhuhu, sambil berlakon menangis.
Pandai enSuami amek ahti saya ye...
Takpe, I like too.
Because I love you very much.

Rawatan berterusan kat klinik yang sama.
Hari kejadian - Isnin
Kali kedua - Selasa
Kali ketiga - Khamis
Kali keempat - Sabtu
Kali kelima - Isnin
Kali keenam - Rabu

Bila tulis macam ni baru tau, enam kali pergi ke klinik untuk rawatan enSuami.
Alhamdulillah kali terakhir pergi, sebelum balik kampung hari raya haji.
Doktor kata dah OK.
Kami tambah lagi beli oinment yang doktor guna kat klinik untuk disapu kat luka enSuami.
Luka kat kaki, paling cepat kering, tapi hitam sket dari yang lain sebab terdedah.
Kemudian lengan dah xperlu balut.
Akhirnya tapak tangan.

Kos rawatan xda lah mahal sangat.
Masih mampu la, walaupun time tu sangat tersepit rasa.
Takaful enSuami dah mati sebab bila handset lama dia hilang, nombor phone upline dia pun hilang.
No siri ke no akaun pun xtahu bila nak tukar alamat n maklumat terkini.
Entahlah apa yang tak kena tentang takaful dia.

Pengajaran kali ini, dia berkobar2 nak amek Medical Card.
Dia ada sebut pasal MAA Takaful.
Katanya paling terbaik di Malaysia.
Masih berkira2 tu, belum decide lagi.
Kalau sesape ada review tentang takaful terbaik, bolehlah bagitau kami ye..
Saya ada Takaful Ikhlas.
enSuami ni yang nak berpaling tadah, hehehe.

Alhamdulillah, hari ini enSuami dah mula ke sekolah.
Hati2 ya Sayang.
Xmau lagi jadi macam hari2.
Tatutttttt....
Mata tu jegil luas2, tengok kat jalan.
Jangan merayap melayang entah ke mana.
Macam2 boleh jadi.
Saya pun kena beringat juga, kadang2 asyikkk masa dengaq radio.
Aihhhhh......

Daisypath Anniversary tickers