Search This Blog

Thursday 30 April 2015

RESEPI : Akhirnya dapat pau macam orang jual tu..

Assalamualaikum....

Yezza, kembali mood nak masak2 masuk blog..

Angin apa saya xtau..
enSuami dok berzikir suh buat karipap, pnIsteri pi buat pau, huhuhu...

Hujung minggu lepas, beli stok baru bahan masak kat rumah...
bawang besar punya la banyak enSuami amek, sampai 2KG lebih...
murah la kata kan...
dapat shopping kat TF tu..
beli kentang banyak2 nak buat inti karipap...

Petang semalam, saya dah buat awal inti karipap ni..
kali ni guna resepi sempurna, bukan main campak2 ikut dan je [spesies apa entah, hahaha]
inti karipap kali ni guna resepi dari Puan Hanieliza, ikut sukatan semua betul2, sebab nak buat sedap2..
cuma saya gandakan saiz adunan, sebab nak buat banyak2..
nak buat stok lebih, tak perlu buat banyak2 kali, jimat tenaga dan masa, kekdahnya....

Resepi Inti Pau Ayam (boleh juga guna untuk karipap)

300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil] (yang ni saya ganti keledek, carrot dah habis)
2 s/b serbuk kari ayam (saya guna 3SB serbuk kari + 1SB serbuk cili + 2BIJI cili padi-nak pedas, huhu)
1 cawan air
garam gula
daun sup [racik kasar] 

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.


Selalu kan, saya buat inti karipap, masa tumis mesti letak kayu manis, bunga lawang, macam nak buat kari.
tapi sebab dalam resepi ni tak ada, so, saya ikut je..
mungkin tak sama kot untuk inti pau ayam...
tapi hasilnya sama juga macam biasa inti karipap [bagi saya lah, huhu]

Pagi ni baru buat doh kuih pau selepas sarapan pagi..
rasa macam tak ada kerja plak, tak tahu nak buat apa..
terus teringat nak buat pau lah...
terus keluarkan mixer nak buat...

Masa tu ingat nak buat doh dari resepi tadi je..
tapi sempat lagi dok google...
tapi taip pau cina...

Sebab ini kali kedua saya cuba buat pau..
hari tu buat, tak berapa nak jadi..
enSuami komplen, mana boleh buat kuih pau guna tepung biasa...
awat yang tak boleh nya? saya dok buat dengan Mak zaman dulu, guna tepung gandum je..
pastu tekad nak beli tepung pau plak..
dah beli tepung pau, tapi tak buat2 lagi.
tepung roti yang beli sama dengan tepung pau, dah habis licin, selamat buat roti, bun...


Jumpa la resepi kat blog Wind of Change, tapi dia ada bagi link PAU BAGUS...
kedua2nya saya tengok...
apa beza dari segi bahan2, adunan, cara buat, dan hasil tekstur kuih pau selepas masak...

Ye la bos besaq nak makan pau yang macam jual kat Sungai Besar tu..
kalau orang Sungai Besar, mesti tau, ada pau sedap kat tepi jalan, berdekatan dengan pasaraya Sri Kassim tu...
kalau pergi Sg Besar, mesti nak beli pau tu...

Tapi sejak reti buat sendiri, dah tak rasa nak beli...
sebab dah reti buat sendiri..
entah macam mana, saya pilih nak buat resepi PAU BAGUS...
Sumber asal resepi PAU BAGUS dari kak NoorMasri

Bahan (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air

Inti - ikut citarasa

Cara

  1. Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
  2. Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  3. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  4. Perap 30 minit.
  5. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g.
  6. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
  7. Bahagian bawah tu lapik dengan kertas/daun pisang (gunting dalam size 2" X 2" samada segiempat/bulat).
  8. Kukus selama 7 -10 minit.
  9. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau.
  10. Enak dimakan panas2.


Haaa, macam2 suka duka nak buat kuih pau ni..
ada ke patut, masa timbang tepung semua, siap diadun dan diperap, nak sukat tepung untuk bahan B baru teringat, apesal guna tepung gandum???? yarks.......
dah ada beli tepung pau, boleh pulak, pi amek tepung gandum, adoi...
otak letak mana xtau, huhuhu...

Dah tu Bahan B baru guna tepung pau.
kamikaze tak???
sempat lagi dok pi mengadu kat Kak WindofChange tu, tersalah tepung, boleh cenggitu...
memang otak tak center agaknya pagi tadi...
saya teruskan jugak la buat..
kalau jadi, rezeki...
kalau tak jadi, pasrah je la...


Lepas dah perap tu, oh ya, untuk bahan B, saya buat lambat sikit setengah jam dari Bahan A.
sempat lagi dok cuci2 besen, pinggan, segala..
nasib baik enSuami rajin hari ni..
dia yang masakkan makan tengahari... Nasi planta + kurma telur rebus.
Alhamdulillah...
saya boleh la fokus buat kuih pau...


Pastu timbang 50G, agak besar juga la...
sebesar tapak tangan, belum tunggu kembang selepas 20 minit...
lepas ni kalau buat lagi, kurangkan sikit timbangan.
boleh dapat banyak biji.
yang ni, dapat 18 biji je...


Lepas bahagikan doh kepada 50G, baru mula membalut pau...
saya leperkan sikit je..
tak pun, tak ada tekan2 pun, masa angkat tepung tu pun, doh dah tertarik sikit, so, terus letak inti.
1 SB inti, kalau boleh nak letak lebih lagi..
nanti bos besaq komplen, inti sket plak kang...
tapi 1SB pun dah kira patut da, satni susah plak nak tutup...


Terus je tarik hujung dengan hujung yang bertentangan, cantumkan...
Ok, saya tak ada plan nak buat kuih pau yang cantum atas tu..
jadi saya terbalikkan aje, cantuman tu ke sebelah bawah...
buat lapik dengan kertas A4 je, baking paper tak ada.
stok daun pisang, dah jadi kuning dah..
kalau ikut saya, lagi suka guna daun pisang.
tapi tak pe la, guna kertas plak....



Lepas dah bentuk2kan, kena rehat lagi 20 minit.
saya susun dalam tray oven, simpan masuk dalam oven je..
kat luar tak ada ruang..
dan tak selamat juga, Hafni macam geram je dok tengok, sebiji-biji macam ni...

Siap je semua 18 biji, cukup2 masa nak makan tengahari jam 12...
so makan dulu, ingat nak kukus petang2 nanti...
saja nak buat lambat, macam orang jual tu, kira lama la doh dia mengembang...
tapi tu la, dalam jam 12.55 kot, saya keluarkan juga kuali untuk kukus...
tak nak biar lama2, kang lain plak jadinya...

Selepas hampir sejam, biar..
Rupanya begini...


Dia tak kembang naik tinggi lor...
jadi kembang menggelebeh...
berat dengan inti ayam ka, pau oi...


Dan lebih menambahkan lagi suka duka, saya tak ada periuk kukus khas..
sebelum ni, memang style ni je la saya buat...
kehendak nak memasak tu, tidak pernah patah disebabkan dari ketiadaan peralatan, cewahh...
bukan susah pun nak buat, perlu sedikit kreatif dan idea...
masalah pasti boleh settle...
guna apa yang ada je...
janji boleh masak dan makan...



Hentam dua kuali terus, nak cepat punya pasai...
dan sebab pau ni besar kan, 3 biji je boleh muat...
memang sesuai la perderas terus dengan dua kuali...


Hasilnya, tak comel.......
berkedut2 tu, sebab mungkin tak tutup dengan kain..
dan juga bila tengah panas, tiba2 angkat penutup, dia terus turun, [yang saya perasan la- hasil post mortem, hihi]
mungkin hasilnya tak sesempurna dengan periuk kukus khas kot...


Tapi rasanya, memang BEST..
sebagus namanya PAU BAGUS...
lembut dan gebu...
saya suka teksturnya....
rasa macam dah sama dengan pau yang dijual di Sg Besar tu dah, hehehe...
tapi tak tau la bos besaq nak komen apa nanti...



Masa dok snap gambar, dah ngap 2 biji...
masa dok menulis ni pun, dah ngap 2 biji..
4 biji dah selamat masuk perutku....
pau ayam sedap dimakan, nyum...nyum...nyum.. [macam Ipin nyanyi la plak]

Wednesday 29 April 2015

Lawatan ke Ladang Fig Fiesta Al-Ridzuan [Pokok Tin Malaysia]


Assalamualaikum...

Sabtu lepas, ikut enSuami dalam program LADAP sekolah dia..
program ini anjuran Panitia Sains Pertanian sempena bulan Teknik dan Vokasional SMKST..
kira panitia kemahiran hidup la ni kan..


Pagi Sabtu tu, dalam 9.30 pagi, bergerak dari sekolah bagi yang berkumpul di sekolah..
ramai cikgu perempuan yang berkumpul untuk naik van..
yang bawak family macam enSuami saya ni, kami naik kereta sendiri je la..
keluar dari rumah sendiri, tunggu tepi jalan je..
masuk Highway LATAR menghala ke Sungai Buluh.
Ladang ni terletak di Merbau Sempak, Sungai Buluh, dekat dengan SK Merbau Sempak...


Sampai kat sana, terubah mindset sebelum ini..
ingat pokok tin ni, besar2 macam pokok kurma ke kan...
tekaan meleset sama sekali la..
saiz ladang ni, macam besar nurseri Jasmin gitu...
macam nurseri Jasmin besar lagi, kot...


Teruja tu, tak yah cakap la...
sampai je situ, semua kecoh tak tentu hala...
kedatangan kami disambut dengan secawan teh daun tin...
rasa, kelat2 macam teh jepun, teh cina...
tapi ada bau yang tersendiri la..


enSuami kata bila masuk ladang tu pun, dah ada bau dia yang tersendiri..
saya? tak perasan plak pasal bau tu...
sebab saya tak berapa nak sensitip sangat benda2 yang sikit je bezanya..
kecuali kalau bau semerbak macam masuk kedai bahan kek, yang tu tau la, hahaha...


Lepas minum, sembang merapu2, lama tu, kami dibawa masuk ke kabin.
untuk sesi taklimat.
baru la formal sikit program cikgu2 ni...
tapi mesti la kena taklimat dulu..
tak kenal, nanti tak cinta...
bila dah tau lanjut, baru la faham pasal pokok dan buah tin ni...


Pemilik ladang ni bernama En Ridzuan bin Abdullah [berbaju putih, sedang duduk tu]
asalnya dulu ada bisnes ID..
sekarang ni masih beroperasi bisnes tu, cuma dalam plan nak serahkan pada anaknya...
kalau nak diceritakan asal-usulnya memulakan bisnes ni, memang dia zero pasal penanaman pokok..
tak pernah tanam pokok pun, katanya...
tapi tetiba rasa nak buat benda baru...
nak keluar dari stress bisnes 'orang2 kaya'..
saja nak santai2 bercucuk tanam, bermesra dengan alam semula jadi.


Kalau perasan, enRidzuan ni pernah muncul di Majalah 3, surat khabar pun ada...
ladang ni mendapat liputan luas dalam media, seakan2 dia orang pertama yang tanam pokok tin..
menurut cerita enRidzuan, dia bukan la orang pertama yang tanam pokok tin di Malaysia ni, tapi dah ada orang lain sebelumnya.
cuma, orang lain tanam secara kecil-kecilan...
dan dia sendiri pun tak menjangkakan ladang dia boleh terjadi besar macam sekarang dalam tempoh setahun...
sebab tu, yang meletup kebamboom tu, hehehe...


Ladang tin ni pun asalnya milik orang lain.
pengusaha dulu tanam rockmelon, dia beli perniagaan dan semua peralatan dalam ladang ni dari pemilik asal.
tapi tanah lot tu masih dalam status sewa...
kalau ikutkan, 2 buah greenhouse yang besar tu, memang sedia ada..
yang bahagian depan sekali, itu yang baru dia buat...

Kalau ikutkan kenapa kita mesti terkejut pokok tin ada di Malaysia? pokok kurma ada di Malaysia?
sedangkan tumbuhan ni, memerlukan cahaya matahari/ cuaca panas untuk hidup..
dah tentu kelebihannya ada di Malaysia, sebab cuaca kita panas sepanjang tahun..
ni la kelebihan yang perlu kita manfaatkan..
kalau ikutkan benih pokok yang enRidzuan tanam bukan datang dari Mekah/ tanah arab pun..
benih2nya dari Jepun, Taiwan, China dan Eropah!
terkejut tak Jepun, China ada pokok tin?

Maknanya negara Jepun, China lebih cepat dan awal bertindak untuk menyimpan dan membiak benih dari pokok2 yang terbukti bermanfaat seperti disebut dalam AlQuran, "demi buah tin dan buah zaitun"..
kurma China kan ada.. kurma Jepun belum jumpa lagi..
kita negara Islam, tak ada buat?
negara luar, hanya sekali tuaian setahun kerana ada perubahan 4 musim.
sebab tu kita hanya jumpa buah tin kering.. [yang hitam dan rasa berpasir sebab biji]
tapi kalau di Malaysia, enRidzuan boleh tuai 3 kali setahun...
untung kan??? panas sepanjang tahun...


Di ladang enRidzuan ni, ada lebih kurang 20 jenis spesies tin.
tapi dia lebih fokus kepada tiga jenis benih dari Taiwan, Jepun dan Red Palestin [Red Israel].
sebab jenis2 ni menepati permintaan pasaran Malaysia, sebab buahnya besar, merah dan yang penting, orang nak manis2 kan...

Anak2 pokok banyak disemai untuk jualan dan permintaan pasaran.
sebab enRidzuan lebih berkeyakinan jual dalam keadaan anak pokok berbanding benih sebab dia risau kalau jual benih, tak naik anak pokok, nanti orang persoalkan pulak.
kalau tanam anak pokok, hanya perlu penjagaan rapi, siram dan baja.
tumbuh 6 bulan, inShaAllah dah boleh dapat hasil buahnya..


enRidzuan sangat menggalakkan kepada individu yang berminat untuk menanam secara besar-besaran, kalau nak buat ladang besar macam dia, lagi dia suka...
sebab penghasilan dari ladangnya pun tak mampu nak menampung permintaan yang ada.
kalau ada yang serius, enRidzuan sedia untuk memberi tunjuk ajar dan ilmu dalam penanaman pokok tin.
setakat ni dia banyak fokus kepada penghasilan anak pokok melalui kaedah tut.
sebab buah tin ni, sekali dia berbuah pada satu dahan tu, dah tak ada buah dah pada dahan yang sama akan datang.
jadi dia akan guna dahan tersebut untuk proses tut atau dicantas sahaja.


Pokok tin ni dikhabarkan boleh hidup sehingga 400 tahun, dan dikatakan pokok tertua di Turki bersaiz sebesar pemeluk.
pokok tin ni tak ada bunga, dia keluar terus jadi buah, dari hijau kepada merah.
bila dah matang boleh petik dan boleh dimakan terus.
tapi kalau simpan 1 hari dalam peti ais, rasa manisnya lebih sedap dan berbeza rasanya dari makan segar dipetik dari pokok.

Pokok tin ni disarankan ditanam dalam pasu untuk lebih selamat dan terjamin.
kalau tanaman besar-besaran perlu extra care, seperti greenhouse...
kalau tanam biasa kat rumah untuk makan sendiri, boleh biar terdedah.
yang penting pokok tin suka cahaya matahari waktu pagi...
jadi letak pokok pada tempat, cahaya matahari naik...
baru pokok tumbuh sihat...
guna tanah 6in1, dan baja kopi 2minggu sekali waktu pagi.

Lepas habis taklimat, dah tau macam2 khasiat buah dan daun tin, masa melawat pokok pun tiba.
boleh masuk dalam greenhouse, tengok pokok, pegang buah, petik dan makan, hahaha...
saya ada tanya enSuami tak nak petik ke, huhuhu...
serba salah nak amek, sebab dia nak dapat buah pun susah, kita datang, masuk petik2 plak kan...
setahu enSuami saya, lawatan kami tak berbayar, so sangat la tak patut nak amek..
tapi siapa yang masuk awal dapat la merasa buah tin segar...
enSuami saya amek rasa sikit je, sebab kawan dia pelawa rasa buah yang dia petik [dengan serba salah tapi teringin nak rasa, huhuhu]
katanya memang sedap lah, walaupun sebenarnya bijinya banyak dan kecil2, tapi bila makan masa segar macam ni, memang tak terasa pun biji tu, rasa gebu, manis je...
aduhh, terliur saya, hukhukkkk
sedihnya tak dapat rasa buah dari syurga...


Dapat la satu kenangan bergambar dengan enRidzuan...
orang yang berjiwa besar, nak buka kilang plak lepas ni..
sebab tu dia nak sangat kalau ada yang sama2 boleh buka ladang pokok tin besar-besaran.
boleh la dia beli buah2 tu, untuk produce produk2 lain plak...

Setakat ni, dari pokok tin ni, pihak al-Ridzuan ni dah hasilkan teh, jem dan sos spageti, sos keropok, selain menjual anak pokok dan buah segar pokok tin.
Buah tin, sekilo RM 80 - RM100.
Anak pokok berharga RM100 - RM150.
Teh daun tin berharga RM38.
Jem buah tin berharga RM28.

Jualan dibuat di ladang ini atau di pejabat urusannya di Setiawangsa.

Kebaikan Buah dan Daun Pokok Tin
Makan buah

  • Boleh bantu pesakit buah pinggang yang telah sampai ke tahap dialisis.
  • Wanita yang sukar hamil, boleh bantu untuk dapatkan zuriat.
  • Buat jus buah tin, akan bekalkan tenaga luar biasa semasa berpuasa.

Minum teh daun Tin

  • Baik untuk wanita cegah kanser payudara.
  • Baik untuk lelaki cegah kanser prostat.
  • Pesakit kencing manis/diabetis boleh juga amalkan untuk turunkan kadar glukosa dalam darah [diamalkan sendiri oleh isteri enRidzuan].
  • Pesakit gout, demam denggi dan kolesterol juga dapat dikurangkan/disembuhkan.




Thursday 23 April 2015

RUANG TAMU : Bila ada jadual, baru nak licin berkilat....

Assalamualaikum...

Haa, ini kesan hembusan semangat masa kemas wayar Streamyx hari tu...

Sebelum ni, kedudukan sofa macam lain...


Karpet tu pun wujud sekejap je..
lepas tu saya simpan balik..
sebab tak rajin...
boleh jadi tarzan kalau Hafni tumpahkan apa2 makanan...
tambah lagi ada enSuami yang suka makan-tido-lepak kat ruang tamu...
iskkkk, mengucap panjang la...

Lepas saya kemas wayar streamyx tu, saya dapat idea untuk buat jadual bulanan yang saya kongsi dalam entri lepas...
masa mengemas kat situ, saya tukar lagi kedudukan sofa ni...


Masa awal2 sofa ni sampai, one seater dok sebelah kiri.
bila tengok menghadapnya 3 seater yang panjang tu, nampak tak seimbang...
pastu tukar jadi macam gambar atas...

Sekarang jadi macam ni plak...
2 seater plak, saya tolak sebelah kiri.
yang 1, 3 seater, kekal di situ...


Haaa...
Jangan tanya la, nampak pelik kenapa ada barang2 atas 1 seater tu...
tu la barang kerja enSuami masa dia berkubang 2 bulan tu..
tapi kertas yang dalam kotak kuning tu je la...
yang besen n bekas nasi tu, barang2 orang.
2 minggu lepas dia ada program kepimpinan di kawasan perkhemahan.
cikgu2 plak nak buat barbeku..
enSuami la, AJK barbekunye..
bekas2 tu la, dia guna untuk perap ayam, ikan, sosej semua...
tunggu masa nak pulangkan kepada tuan2nya..
pinjam yang mertua dan kawannya punye...
letak berdekatan pintu, supaya tak lupa nak amek bila nak keluar...


Memandangkan karpet dah tak ada..
jadi semua lantai licin la tak ada karpet.
kalau kotor tu, nampak la sangat...

Saya guna Basic H je untuk cuci lantai ni..
tak ada beli pencuci khas macam AJAX ke pe..
saya suka yang multipurpose je...
satu, boleh guna untuk semua...


Guna Basic H ni senang, sebab tak perlu bilas dah...
just cuci je dengan sekali mop...
pastu biar sampai kering...
kesan marker yang terconteng kat lantai pun, boleh hilang dengan Basic H.
so licin-clear la lantai rumah...
seminggu sekali je, saya nak menyapu n mop ni...

Sejak ada jadual ni, minggu ni terancang sikit kerja...
Hari Isnin, kerja mengemas ruang tamu, dan bilik2 tidur, termasuk dapur sekali...
tapi, tugasan ni hanya fokus kepada menyapu dan mengemop lantai je...
sebab tu boleh run terus ruang tamu dan 3 bilik tidur..
bab kerja2 lain, emmm.. ada kerja apa lagi ekk...
ohh ya kalau sawang2...

Sawang tu, rasanya setahun sekali pe, baru cuci, huhu...
ingat bila ada vakum, senang sikit nak sedut2...
tapi apa kan daya, Hafni takut plak dengan bunyi vakum...
sebulan sekali, saya cuba juga ON vakum untuk bersihkan habuk2 di sofa
tu pun masa enSuami ada, supaya Abinya boleh tenangkan Hafni yang takut vakum tu..
sampai sekarang belum OK lagi.
entah bila la dia nak OK dengan vakum tu...


Sebelum ni, feature wall ni, belum berubah wajah.
berubah wajah pun sekadar cat je..
guna cat lebihan dari bilik tidur, kaler coklat...
so jadi la macam ni...


Ni la pengalaman mengecat dengan ada anak kecil...
tensionnya lain macam, huahua...
masa ni cat sampai kat dinding utama je, yang bim kat atas tu, tak cat plak, adoi..
nampak pelik tak eh???

Mulanya saya ada projek DIY kat ruang ni, sebab tu semangat nak cat tu..
tapi enSuami tak approve plan DIY saya tu...
sebab dia cakap dinding ni nak letak TV [walaupun lambat lagi nak ada TV nya]
dia tetap tak bagi buat apa-apa...

Siap komplen lagi tak lawa, tak lawa, tak lawa...
projek yang saya nak buat tu, iskkkkk...
akhirnya saya biar je la dinding tu dengan 2 seater tu...

Tapi, bila dah lama2, timbul plak masalah baru..
enSuami saya lebih suka solat di ruang tamu ni...
bila ada 2 seater kat dinding tu, jadi ruang terhad sikit...
dan yang paling tak tahan, jadi tempat longgok2 plak kat situ.
dah suka solat kat situ, sejadah, al-Quran, semua dia tinggal atas tu..
bersidaian, macam ampaian plak...


Sebab dengki punya pasal, saya kosongkan je ruang tu..
kasi luas sikit ruang untuk solat.
dan yang penting, tak ada lagi sejadah berjuntai kat sofa...yeay!

Bakul hitam tu la tempat longgok sejadah..
dan juga beberapa barang yang tak ada tempat penempatan rasmi...
sebelum ni, bakul tu ada dalam bilik SOHO tu [sepatutnya jadi ruang untuk solat jugak]
tapi saya je yang solat kat bilik tu, bila solat sorang2.
bila berjemaah, kena keluar jugak lah, dah tuan Imam dok kat luar..emm

Bila ada bakul ni kat sini, saya ajar enSuami longgok dalam bakul ni ye...
lega sikit pemandangan tu.
kalau tetamu terjah pun, just angkat je la bakul ni, masuk bilik...
senang sikit kerja nak mengemas...

Saya pantang sikit ada barang2 kat lantai ni...
sebab tu saya sanggup longokkan barang2 tadi atas sofa.
tak kisah la, rosak ke pe.. [itu kira kemudian]
yang penting tak duduk kat lantai...
sebab tak boleh ada barang yang tak sepatutnya kat lantai..
sofa la menjadi korban... [pasrah je la, harapnya tak lama sgt mastautin kat situ]


Bila dah ubah kedudukan sofa ni, ada la lagi sikit space kat pintu ni..
boleh la just nak buka-tutup pintu dan masuk-keluar rumah...
dalam waktu terdekat ni, tak ada plan nak beli apa2 perabot.
so, tak ada hal la, space kecik ke pe...
tak leh nak wat pape lagi dah..
memang besar ni je la ruang tamu yang ada...
asal penghuni dalam rumah dah selesa, cukup sudaa...

Nak buat cantek2, deko2...
tak reti la plak...
kalau nak keluar belanja tu, susah sikit la..
just beli apa yang penting, barang2 asas kegunaan je...
hal deko2 tu, enSuami kata kemudian je la...
dia tak kisah pun...
[kalau ikut enSuami, semua tak kisah kan]
sebab tu, saya buat sendiri2 je, mana yang boleh buat sendiri...
yang tak keluarkan kos..
DIY la jimat dan puas hati...hee

Buat ruang kosong luas sikit.
baru boleh Hafni nak berbasikal dalam rumah, hehehe...
Alaa, mengaku je la Umi tu malas, iskkkkkk...

Wednesday 22 April 2015

ALMARI : Gosok, gosok jangan tak gosok (keja iron baju)

Assalamualaikum...

Taranggggggggggggg
asalnya tajuk nak bagi tips semasa menggosok baju..
tapi, tak pasti banyak mana tips yang saya ada untuk selama 30 tahun hidup ini, [alhamdulillah] dalam menggosok baju...

Tips2 yang ada pun, melalui bacaan majalah, blog orang, website omputih, dan juga petua lisan terus ke telinga saya...
nak kategori untuk penjimatan pun boleh juga...

Tips 1
Kalau nak gosok baju kan, cikgu KH saya cakap (masa Ting.2-tahun 1999) sekali gosok, gosok baju banyak2 sekali gus. Maknanya sekali kita ON iron tu, gosok la baju sekolah/baju kerja tu, stok untuk seminggu pemakaian. Sebab nak jimat tu, pada elektrik. Sebab bila kita ON iron, filamen pemanas iron tu akan mengambil masa dalam setengah - seminit untuk menjadi panas sesuai dengan kerja2 untuk mengosok pakaian.

Jadi cuba kira kalau 5 hari kerja, 5 kali kita ON iron setiap pagi. Ada dalam 5minit juga la masa terkumpul untuk iron tu panas sahaja. Belum masuk masa kita menggosok pakaian kita sampai licin tak berkedut kan..

Macam tu la maksud cikgu KH saya tu. Masa tu saya ingat lagi cikgu tanya sapa suka gosok baju? saya sorang ja yang angkat tangan.. Sampai cikgu kata, awak boleh mai duduk dengan saya la, saya paling meluat nak gosok baju... Anak2 pun tak suka.. saya rela pakai baju ghonyok2 [bahasa utara = kedut2] macam ni, daripada berpanas nak pegang seterika... [Hohoho, patut la baju cikgu semacam je, hehehe]

Saya dah biasa dah masa ni, dok iron baju sekolah arwah Ayah. Dia selalu bagi baju kat saya pakai untuk seminggu. 3 helai baju, 2 helai seluar. Tapi sekolah 5 hari. Masa bila dia recycle pun saya sendiri tak perasan. Hari2 pi sekolah dengan Ayah pun tak perasan. Tambah la student sekolah yang lain kan...

Masa awal tahun dulu, misi saya untuk beli almari baju tercapai.
sebelum nak mula aktiviti gosok baju...
punya la semangat, saya ambil semua baju sekolah enSuami untuk basuh semula..
walaupun masa tu, cuti sekejap je..
sebab masa cuti sekolah tu masih bekerja sebab bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM kan..
baki cuti dalam seminggu lebih je..
minggu akhir tu, dah mula mesyuarat ape daa...
saja la basuh baru, bagi segar bugar, wangi2, semangat sikit nak perderas iron baju nanti...hehehe


Kalau tak silap, waktu malam saya basuh ni..
tu gambar cerah je, berlampu kan...

Lagi satu, gosok banyak2 sekali gus, dapat jimat masa kita juga.
ataupun boleh selamatkan keadaan masa waktu kecemasan.
macam bangun tido lewat ke, anak meragam waktu pagi ke..
elektrik tetiba tak ada ke..
masa nak pi kerja tu la, macam2 hal jadi kan..
Jadi ni kira persediaan awal la ni..
bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...
Lepas mandi, terus je pegang hanger, amek baju apa nak pakai...
saya lebih suka macam ni, daripada dok kalut2 sangat pagi tu, boleh rosak mood nak pi kerja..
pagi2 buta dah spoil...
acaner nak meneruskan kerja sampai 5 petang..

Tips 2
tips ni jumpa dalam website omputih kot..
masa tu, orang dok share2 kat FB...
kegunaan lain aluminium foil selain membalut makanan...
banyak2 kegunaan yang dikongsikan, yang ni je yang masuk otak saya..
macam menarik je...
try la praktikkan....


Saya cuba guna aluminium foil, balut iron board ni..
pastu pakaikan semula sarungnya..


sarung yang ni pun masa beli dalam spesifikasinya, boleh memantulkan haba ke atas semula [untuk kurangkan masa menggosok]
kiranya kita boleh gosok bahagian atas je.. bahagian bawah secara langsung, jadi licin jgk... [kononnya la]
tapi enSuami kata macam tak fungsi je cover ni, sebab nipis sangat...

Ok tak pe, sekarang dah ada tips baru...
guna aluminium foil plak..
tapi setakat ni, saya pasang sekali tu je la..
tak tau la, kaedah ni kena tukar-salin [kot le ada jangka hayat]

Hasilnya, saya kurang sikit nak nampak perubahan...
sebab ada tips ketiga yang selama ni yang saya guna, lebih berkesan dan lebih nampak hasil perubahannya...

Tips 3
Ini pun kebetulan, saya ada iron macam ni...
DRY : STEAM : SPRAY : SURGE IRON
ini spec yang ada pada iron ni..
~Maaf gambar lama, dalam entri lama, masa di rumah bujang~
Dapat hadiah kawen la katakan...
masa awal2 guna, guna iron ni macam biasa je..
iron secara 'dry'
lama2, teringin nak cuba gaya wap plak...
baju enSuami, tau2 je la kan...
kain cotton, amek masa juga la nak gosok sampai licin...

Bila cuba wap, macam cepat je dah licin.
wah menarik ni...
selama ni, tak pernah ada iron boleh isi air ni...
ok macam jakun la jugak kan...
tapi tak kisah la..
dah dapat tips untuk cepatkan kerja, dah bagus sangat kan...
yang penting, kerja cepat siap, jimat tenaga...

Saya iron sebelah je, jarang sangat iron depan belakang.. [malas, kot]
enSuami kata, tak yah nak tajam2 sangat la, satni kedut jugak..
sebab sekolah sesi petang, nanti time nak solat sinsing tangan nak berwuduk kan..
sampai ke petang la, tangan baju dia macam tu..
jarang la bila balik, pakai kemas macam masa pergi..
kang balik elok je macam pergi, confuse plak, aik enSuami ni tak solat ke, [boleh cenggitu, pang sekali kang, kuikui]

Kalau tak ada iron jenis steam ni, agaknya boleh semburkan dengan air kot ek..
ingat lagi dulu2, zaman Mak, masa tu kegilaan beli kain material sutera...
bila Mak suruh iron baju, kena renjis2 air dengan tangan je...
tak ada spray bottle la katakan, masa tu...
tegang jugak la kain sutera tu, renjis2 air dengan tangan je, kemudian gosok..

Saya suka bila iron baju, iron kain cotton dulu...
amek yang tebal2 dulu, sebab tenaga banyak lagi, baru nak mula kan..
selalunya saya susun sesiap la, kain cotton-kain licin-baju batik-baju raihan-baju melayu.
macam mana saya sidai kat ampaian untuk jemur macam gambar tadi, macam tu la saya susun untuk iron.
lepas tu susun macam tu jugak dalam almari baju...

Haa, gambar bawah ni, semua dah siap iron...
yang tak iron lagi, macam biasa la tinggal dulu kat ampaian tu..
saya iron baju2 ni, sebulan sekali.
sekali dah ON iron tu, habis semua saya gosok mana yang belum gosok...

Kadang2 susun ikut warna, kadang2 ikut dan je..
sebab enSuami saya kan pilih baju ikut mood dia, nak pakai warna apa..
jadi tak ada maknanya saya susun ikut warna..
just nampak macam cantek je la, sebab ikut tona kaler gitu...


Baju kain cotton satu frame...
Kalau sebulan sekali, gosok, tak sempat pun semua baju habis.
dulu2 saya pernah try, boleh tahan dalam 3 bulan.


Baju batik dan baju kain licin, satu frame...
Tapi kalau nak tunggu 3 bulan, berat plak kat ampaian tu...
kadang2 sampai patah la, penyambung palang tu...
jadi setkan jadual sebulan sekali iron baju...
kan dah masuk dalam jadual semalam tu...
sebulan sekali je saya iron.
seluar je kena ulang2 iron tiap2 minggu..
yang kena ulang tu, kerja enSuami..
dia iron sendiri...
kerja saya sebulan sekali je... [bertuah la sangat, bini ni, huahuahua]


Baju raihan dan baju melayu, satu frame...
baju raihan, pakai pergi sekolah hari Jumaat.
baju Melayu untuk solat ke masjid.

Baju askar tu, memang tersesat la sikit.
baru2 ni je, enSuami dapat baju tu
dah dia guru penasihat untuk PKBM [Persatu Kadet Bersatu, kot]
gaya macam askar la jugak...
hari Rabu pakai uniform rasmi yang kaler hijau tu [macam PALAPES masa kat U tu]
tapi tak selalu pun dia pakai, baru sekali pakai, segan katanya...
dia tak minat pakaian/kerja yang beruniform ni..
terbalik pulak dengan saya yang suka Uniform..

Bagi saya senang la, tak yah fikir nak pakai baju mane, bila nak gi kerja..
confirm pakai baju yang sama setiap hari, hahaha...
senang ahti saya, hehehe..


Ada tips2 lain yang best?
jom kongsi-kongsi...
TQ..

Tuesday 21 April 2015

HOME BINDER : Jadual bulanan Keluarga NabilaHasyim

Assalamualaikum...

Cewahh, nama bukan main..
jadual bulanan?
keluarga NabilaHasyim...??

tapi, haaaa...
macam biasa la..
pnIsteri je yang pulun semua..
dah kite yang dok rumah..
enSuami dah keluar bekerja mencari nafkah..
kasi can la...
walaupun kadang2 kan, eh eh eh isk.. xpatut..xpatut...


Haa, ni kira dah rajin la ni..
timbul kesedaran nak buat jadual..
selama ni, saya main hentam je..
ikut dan saya...
rasa nak buat, buat...
kalau tak mau sudahhh...

Sebab enSuami cakap jangan paksa diri..
kalau nak buat, buat..
tak nak, xpe..
tak kisah pun... [katanya lah]


Saya bab memasak, tak banyak kompromi la..
sebab dah mesti kena masak..
nak hidup, kena makan..
nak membina tenaga untuk aktiviti seharian...
lagipun dah perut orang kampung macam saya ni, celik2 mata je, kena makan la...
kalau lambat makan je, mula la tak kena duduk...


Masa dapat imej ni kat WhatsApp, tersenyum sendiri..
emm, betul sangat la kan...
nak buat macam mana, sedikit sebanyak, kebanyakan kerja2 rumah, dah sebati dengan hati nurani dan lumrah seorang wanita...
tak suruh pun, tapi dengan sendirinya memang kita nak buat kan...

Jadual tadi lepas print
ingat nak letak dalam frame
letak kat dinding sebelah toilet
tapi banyak pulak kerenahnya
macam2 hal la frame yang ada kat umah ni..

Dah lama sangat dok pening kepala
tinggal la dulu
kot2 ada idea datang kemudian..

Tahun lepas, saya buat jadual cuci toilet je..
memang tampal kat pintu toilet.
tahun ni baru nak terfikir untuk himpunkan semua kerja dalam satu jadual
senang sikit nak tengok...

Dah habis sapu n mop lantai
masuk dapur untuk memasak...
dok tengok pintu peti sejuk bahagian freezer, macam sesuai je nak letak.

Letak kat sini je la..
sebab saya je yang nak tengok kan..
kalau letak kat pintu toilet tadi
macam terlebih glamor la plak kalau tetamu datang nak masuk toilet
tengok rumah ni ada jadual, kahkahkah...
macam sebelum ni, ada adik ipar kata fuyoo, siap ada jadual tu...

 

So, dah selamat jadual tu bermastautin di pintu freezer.
dah siap tanda2 dah...
banyak la yang pangkahnya, hahaha..
bulan 4 baru nak buat kan...
yang mana saya ingat, saya ada buat, saya tanda..
yang tak ingat tu, pangkah je la...
yang penting, akan datang harus tick-tick je
baru betul you ikut jadual ni kan, heee...

Dan dalam jadual ni, paling kerap pun, 4x sebulan..
maksudnya, seminggu sekali je la saya buat.
2x sebulan, 2minggu sekali la, untuk peti sejuk je..
1 kali tu, sebulan sekali je..paling lekeh, hohoho...
jimat kan...
saya tak ada buat kerja, yang setiap hari buat..
kecuali memasak, dan bersihkan dapur/sinki...

yang Hood tu baru 2x kot saya cuci...
tu pun kt luar2 je..
kalau ikutkan mekanik hari tu cakap kena cuci kipas kat dalam tu juga..
6 bulan sekali ke sebulan sekali entah, lupa dah...
kipas tu pun tak pernah cuci lagi...
dok harap enSuami nak buat, entah bila lah, huhu....


Tak pe la, kali ni dah masuk dalam jadual...
satu hari ada satu kerja khas untuk dilakukan...
so, tak ada lagi nak blur blur...
nak buat apa hari ni, nak buat apa...

Kawan2 ada jadual macam saya tak?
ke ini semua poyo, hahaha...

Saya buat jadual ni, sebagai panduan.
kalau ada baru saya buat dengan teratur..
kalau tak, main hentam je la...
dah teruk sangat, baru nak mengemas...
tak pun, bila tetamu tetiba terjah, baru macam ribut nak mengemas semua..
dah kata enSuami xkisah
tak payah la nak susah-susah..
rilek2 jek, hahaha....

Babai....
Daisypath Anniversary tickers