Search This Blog

Thursday 29 January 2015

D.I.Y : Kotak Pakaian dan Lampin Pakai Buang Hafni


Assalamualaikum....

Semalam dah update pasal almari Hafni yang dah siap.

Ni cerita sebelumnya plak...
Lama dah DIY kotak pakaian untuk Hafni.
Baju baby kan kecik2 je...
Jadi muat sangat la, nak simpan dalam kotak A4 ni.
Kotak A4 ni dah tak ada penutupnya, rosak-terkoyak.
jadi saya buang daa...

Hanya ada kotak.
Lama2, rasa macam nak buat bakul untuk letak baju2 Hafni.
Almaklumlah saya kedekut sikit nak beli bakul2 besar yang baru.
Mahal mak oi...

Lagipun kan nak guna sekejap je..
masa berpantang kat rumah mertua, ada juga mertua keluarkan bakul yang petak besar tu, untuk letak baju2 Hafni.
bila dah balik umah sendiri, dah tentu la bakul tu xda kennn
xkan nak bawa blk yang mertua nyer, iskkk...

Dah tu, dok korek2 stok kotak, nampak kotak A4 ni.
Macam sesuai je nak guna.
Lama gak dok fikir..
Sungguh ke ni..
Nak buat ke ni..
Nak guna ke ni..
Nak balut dengan kertas ke?

Pastu jumpa kat blog Yuyuy, dia pun buat kotak isi barang2, balut dengan kain.
Idea dah ada, cuma 50-50 lagi.
Bila tengok orang dah buat, baru bersemangat nak buat juga.


Saya tak ada kain yang comel2, just kain lebih dari sarung bantal je...
Test2, ukur2 dulu, cukup ke tak...
Jadi yang ada ngam2 je....


Saya buat juga tali untuk pegang.
Gam banyak2 supaya kuat.
Saya guna glue gun semua untuk aktiviti ni....


Haaa, jangan terkejut, Hafni masa baby dulu.
Saya buat kotak ni...
Lama terperap dalam draf.
Masa ni, dia teman Umi sekali.
Dok dalam tu diam2, heeee...


Jadi pun pemegang kotak ni.
sehingga sekarang kukuh je, tak pernah tercabut lagi.
atau mungkin saya pun jarang guna pemegang tu sepenuhnya.
selalu pegang kotak je..
langkah berjaga2 lah katakan...


Ni susun2 masa baby dulu.
Baju kecik2 lagi.
Kadang2 pakai juga CD.
tapi salah pilih la design CoolaBaby ni, cutting besar.
kalau baby kurus, boleh bocor tepi.
tu yang tak konsisten pakai CD.


Bahagian pakaian tu, saya susun dalam bakul dulu.
Dapat tindan 2 bakul.
Bahagian atas pakaian.
Bahagian bawah selimut, pakaian jalan2, kain tuala kecil dan baju sejuk.
Sama je baju Hafni dengan yang semalam.
memang masih guna, dari dulu sampai sekarang...
yang baju newborn je yg dah simpan...


Haaa, ni la cover yang saya buat guna kain ni selapis je...
Xda lapik dengan apa2 pun.


Haa sama kan sarung bantal ni...
Ni la projek asal masa beli kain ni.
Tapi projek tu terbengkalai, sebab tu ada kain lebih.
Guna untuk balut kotak ni, habis daa..
Lega......

Dan yang kedua DIY kotak DD Dispenser.
Yang ni DIY yang baru siap minggu lepas.
Saya guna kotak cermin bilik air kalau tak silap.
tapi bahagian tepi tu, saya tambah kotak lain
sebab nak ikut lebar DD.


Masa ni aktiviti mencantum dulu.
guna stapler. guna gam kertas, salotape pun ada...


Lepas tu, bahagian dalam, saya cover dengan kertas recycle je...
Yang bahagian text, kita gamkan ke dalam.
baru nampak licin bahagian luar.


Tapak bawah pun tapak tambahan.
guna kotak yang sama bahagian tepi tadi.
amek dari kotak kipas, Monte Air-Elmark.


Dah siap bahagian dalam.
Cantum semua di bahagian luar.
Baru nampak saiz kotaknya.
bahagian atas ni, kebetulan lebihan je bahagian tepi tu.
yang lebihan tu jadi penutup plak.
masa ni dok fikir nak buat penutup ke tak...
last2, biar je penutup tu macam tu.


Hari kedua, baru dapat balut.
balut dengan kain.
kain lebihan baju pakai kat dapur.
daripada dok terperosok dalam plastik kain perca, ada juga guna.
ngam2 juga untuk projek DIY ni.
ada lebih sikit pun saya buang juga, malas dah nak simpan.
buat semak kepala je, heh.....


Lepas balut semua siap, baru saya tebuk lubang untuk kain ni.
lubang kat kotak, dah buat awal lagi sebelum mula balut.
kat bahagian atas pun saya buat tali juga.
sebab saya plan nak gantung, untuk jimatkan ruang.
tapi kalau nak letak bawah pun tak ada masalah.
boleh dapat 3 line DD.
berapa keping boleh masuk, xtau la..
sebab DD ni pun dah tinggal separuh dari 80pcs.
bila susun dalam ni, xsampai separuh pun.


Mungkin 80pcs DD, muat kot.
Ingat nak letak CD kat sebelah.
emm mcm tak jadi je...
kalau Umi rajin, Umi buat kotak lain untuk CD plak.
setakat ni, buat kotak untuk DD pun dah jenuh...
almaklumlah ada pembantu tak bertauliah gitu.....
bukan senang nak siapkan.
sila bertabah Umi...
sel2 otak anak sedang berhubung, kekdahnya......


Dah siap untuk almari Hafni.
abaikan je la ek, bayangan monte air yang masih nampak gitu...
lupa lak nak cover dengan kertas, ingat tak nampak dah, bila balut dengan kain.
mungkin kain ni jarang sangat kot.

Harap boleh bertahan sehingga diperlukan...
kalau esok2 tak sesuai nak gantung, kita letak bawah plak ye...
nampak xcomey sebab tak seragam je warna-corak kainnya....
dari segi praktikal, menjimatkan ruang, mudah nak ambil, mudah nak simpan.
nampak kemas tersusun juga.
ikut piawaian saya la.
sesuai dengan kemampuan dan bajet saya.
simple2, biasa2 je, hihihi....
  

Wednesday 28 January 2015

ALMARI BAJU : Khas untuk Hafni...


Yeazzaaaaaaaa...

haa, baru nak keluaq gambaq2 ni...
iskkkkk...
internet macam ciput......

Eh, eh...
Assalamualaikum...
hehehe, susah bebeno nye nak upload gambaq...

Hehehe, ni antara projek baru yang siap..
baru2 ni kan Abi Umi dah ada almari baju baru
jadi haruslah Hafni pun ada satu kennnnn..

saya dah memang plan, kalau kitorang dah ada almari baju tu
almari baju bujang tu, nak bagi ke Hafni..
dulu ingat nak transform kaler ke putih.
dah saya nak hitam plak, memang match la dgn almari baru.

saya tak pilih putih, sbb nk kurangkan sikit risiko.
sebab jenis pemalas nak lap2, maintain tu..
pasrah je la pilih gelap.
lagipun, dah banyak perabot dalam rumah kaler black-brown
so nak sama je senang.

Jadi almari bujang ni.
saya kemaskan untuk Hafni.
setakat ni, bahagian dalam ni je yang guna untuk Hafni.


Yang bahagian 2 laci bawah tu, xguna pun.
masih ada barang2 kami.
laci bawah sekali ada stok kain tuala.
belum transfer ke laci UmiAbi lagi sebab frame laci belum sampai lagi ke rumah ni.
masih menetap di rumah mertua [bila la nak boleh angkut tu, huhuhu]

Haaa, saya mula semangat nak mengemas sebabbb..


Hafni beli baju baru, yeay!!!!
dah lama sangat Hafni tak beli baju.
sejak umur setahun ni, belum beli lagi.
sekarang dah setahun 5 bulan sudaa...
kesian Hafni tak ada baju baru.
baju baby dia dah singkat, senteng daa
siap nampak pusat lagi, acik2nya mengusik... ;)


Kali ini saya beli style rompers plak.
sebab Hafni susah sangat nak pakai baju.
nak pakai DD pun, mcm kena seksa pukul lagi, menjerit bukan tipu2 deh.
bingit Umi, Hafni oii...


Sebab skirt2 dia dah mula singkat [ikut gen tinggi Abi, kot]
saya usha juga nak beli seluar.
amek besaq2, sekali longgar plak kat pinggang, hahaha nak jimat sangat.
Umi kena jahit butang sikit untuk seluar jeans tu..
yang getah2 tu, nak buat macam mana ek, xda idea la...
kot simpan dulu ke..
bila Hafni nak gemuk berisi sket nih? heee...


Untuk baju2 skirt tu, semua saya hanger lah...
bila gantung2 ni, nampak sangat mana skirt yang paling singkat...
semua saya susun ikut kekerapan pemakaian.
yang ketepi kiri, jarang2 pakai.
macam baju sejuk, n baju kurung.
baju kurung yang nenek buat ni, dah senteng dah masa pakai bulan lepas.
kat bahu pun dah ketat.
cepatnya anak dah besar...


Skirt baru, Umi beli satu je...
dah lama teringin nak cari yang bahu sangkut mcm singlet tu.
ada kaler ni je, Umi amek je la...


Semua Umi borong kat Fiffy je..
Rasa lega sangat ada butik Fiffy kat sini.
Cuties pun ada jugak.
Tapi bajet Abi tu, Fiffy je la mampu.
Cuties mahal banget...
Kalau ada sale, baru kita jenguk2 ek....

Sekarang Fiffy kat sini ada sale.
sampai 7 feb ni.
xsempat plak nak tunggu gaji bulan 2.
ingat macam nak pi beli lagi.
hari tu beli baju siang je...
baju malam Umi tak beli pun, hahaha...
lupa daa...
lagipun, diorang baru nak susun2, buka2 baju dari plastik.
Awal sangat Umiabi pergi shopping pagi tu..
kedai x ready lagi, hahaha...


Ni je, kotak pakaian Hafni.
Sikit je kan baju hafni, huhu..
separuh ada dalam bakul, xbasuh lagi.
kalau semua dalam ni, muat2 je la kotak ni.

selalu balik kg hjg minggu tu, angkat kotak ni je la balik.
semua baju ada dlm kotak ni.
tak ada yang tinggal kat umah.
skg dah skirt gantung, xda la bawa balik skirt.
hopefully xda le tetiba nak pergi kenduri, baju skirt Hafni kat rumah sini.
kalau tau ada kenduri, boleh ready awal2...


OK, pencetus kedua, Umi melantun2 rajin...
sebab Umi dah siapkan kotak pampers ni...
ramai yang share idea ni.
macam menarik je..
macam teringin je nak buat...

lama dok tangguh..
bila mai angin semangat nak kemas almari untuk Hafni, saya pun buat sekali la kotak ni.
dua hari baru siap.
hari pertama potong2 kotak dulu, cantum semua.
hari kedua baru balut.
balut pun pakai kain je, boleh guna glue gun, hehehe..
malas nak guna pembalut kertas. wallpaper tak ada stok.
2x dah pi sungai besar, kedai tu tak restock lagi daaa, huhuhuhu...


OK, selesai untuk almari baju Hafni.
almari ni pun ada dalam bilik tidur kami.
saya pusatkan pakaian dalam satu bilik.
saya pun dah biasakan diri mandi guna bilik air master bedroom.
sebelum ni suka dok mandi kat bilik air luar sebab bilik baju sebelah bilik air luar ni.
Hafni pun mandi sini juga, sebab skg pakaian-keperluan dia ada di sini.
cuma mainan je ada dalam bilik SOHO-playroom tu....

Bilik kedua yang digunakan sebagai bilik jemuran-pakaian, masih berfungsi yang sama.
belum ada katil lagi dalam bilik tu, so memang ampaian ada dalam tu lah..
Umi kennnn malassss nak keluarrrrrr rumahhhh, hey..........

Hafni syok sgt bila tengok baju2 dia tergantung ni...
bila buka pintu almari ni, suka dia jerit ..ju..ju [baju..baju...]
saya tanya, banyak ke baju Hafni tu? ..ju..nyakk [baju..banyak]
macam ni pun Hafni dah kata banyak
Hafni bersyukur la kan...
Solehahnya Hafni, amin....

selamat poket Abi tu, kekekeke...

Friday 23 January 2015

Hafni dapat hadiah dari CikYa nya ;)


Assalamualaikum....

Haa, ni cerita Hafni yang kena demam baru2 ni...
Saya pun kena juga sekarang, tapi selesema je..
seksa kan, pedih sgt bila hidung berair...
meleleh air mata, meleleh air hidung, ahaks.....


Best tak hadiah nih?

Mungkin dah lama, si Cik Ya nye dengar Abi dia nak beli basikal untuk Hafni.
Tapi sampai sekarang, tak beli2 lagi, hey....

Tup2, Cik Ya nye tanya, dah beli ke belum?
Nak yang macam mana?
Umi pun naik heran, nape Cik Ya tanya ni...

Kami pun dok survey2 je tengok.
Alang2 nak membeli, biarlah menang memakai....

Sekali bila Hafni demam, macam tak semangat je tengok dia.
Hujung minggu lepas balik jumpa embah n nenek...
Hafni demam rindu kottt....

Hari Ahad tu, CikYa keluar belikan basikal..
Hafni yang tengah sememeh tu, mata hidung semua merah berair
Orang tak sihat la katakan...
Blurrrr je bila letak dia atas basikal ni....


Mungkin tak terduga perasaannya..
teruja? gembira? terharu pun mungkin ada, hahahaha...
first time dapat hadiah besar macam ni..
Nampak sangat Hafni dah besar....


Tapi kena tolak dulu la, kalau Hafni nak fefeeling naik basikal...
kaki dia pun tak sampai lagi di pedal tu..
apatah lagi nak kayuh sendiri kannnn....

Abi n Umi la jadi mangsa kena tolak2 tu kat rumah ni..
nasib baik rumah kosong tak da perabot.
boleh la Hafni pusing2 dalam rumah...

Patut la orang cakap, masa anak kecik2 ni, tak yah nak perabot bagai la..
anak nak main aci ligan, aci sembunyi pun tak boleh.
sekarang kecik2, main dalam rumah je la ekkk..
[umi kan malas sgt nak keluar, huh]

Terima kasih banyak ye CikYa, bagi hadiah kat Hafni.
Saaaaayang CikYa ketat-ketat (*_*)


Wednesday 21 January 2015

DAPUR : Rak terbuka di ruang dapur

Assalamualaikum...

Hari ni, mood baik punya, kekeke....
Happy happy, baru balik dari shopping kat Giant, huahuahua...
Giant je pun, hahaha...

Ok, syok nak habaq, sebab tak selalu beli banyak2 kat Giant...
sebab giant lebih mahal sikit dari Tesco.
Kebetulan untuk katalog 2minggu ni, kat Tesco tak offer banyak makanan yang murah, Giant plak yang melimpah2 makanan yang ada sedikit sale daripada harga biasa...

Oppppppps, walaupun nampak macam ada sale kat giant, tapi saya tengok juga.
Kadang kalau sale pun, tapi still mahal juga [banding dengan Speedmart atau Mydin atau Tesco], tatap tak beli juga.
Dah giant memang mahal kan, huahuahua....

Memang dalam list nak beli makanan2 kering yang dah kehabisan stok.
Dah tesco tak ada offer, kita pi giant la, hoorey....
Ada banyak barang yang memang saya dok aim, Giant plak buat offer.
Macam orang mengantuk yang disorongkan bantal, kekeke....

Dah balik tu, kerja mengemas, simpan2 la plak, barang2 yang dibeli.
Sebelum ini, macam biasa, makanan kering, saya letak di bahagian atas para microwave.


Bahagian belakang tin biskut tu.
Nampak gayanya, tak jadi la nak cerita part tu.
Sebab sekarang isi2 kat belakang tu, dah berubah posisinya.
Apa yang ada sekarang, ada tin biskut tu yang dah dibalut wallpaper, dan bakul pink untuk letak roti dan biskut.
Kategori makanan 'ready to eat', kekdahnya.

Di bahagian para ni, agak tinggi untuk capaian tangan saya.
Tambah lagi, kena simpan kat bahagian belakang.
Masa simpan tu, memang saya dah siap tarik kerusi, siap simpan semua macam biasa.
Pastu, dok kemas2 kat peti ais, terperasan la plak rak kat sebelah tu.
Aiii, selama ni, tak nampak ke rak tu, heyyyy...
Bukan tak nampak, tapi buat2 tak nampak...
Sebab sepah sangat kat rak ni....


Kat bahagian rak ni, ada 4 para.
Atas sekali, kami letak barang hardware, lampu2 downlight yang lebih, peralatan akuarium, dan barang2 kreativiti saya.
Ada juga letak lilin, ink printer, dan juga penyembur nyamuk.

Tingkat 2,3, baru saya guna untuk letak makanan.
Sebelum ni, tingkat 2, saya letak bawang2 dan bekas biskut kuih raya tu.
Sebab kan tak susun2 sangat, memang tak banyak pun barang boleh letak.

Tingkat 3, saya buat letak botol minyak masak, dengan tipuware yang kosong, menanti giliran untuk digunakan.

Tingkat 4, simpan kotak besar yang dalam tu ada oven dan langsir rumah, simpan sat kat sini, tak ada tempat lain, huhuhu...

Ok, sebelum mula kemas tu, tak mau nak amek gambaq...
Sebab tak tau lagi, sama ada selepas kemas, berubah ke tak, dari sebelumnya...
Aikkkk
Kalau dah namanya mengemas, takkan la tak da perubahan kan?
Tak kira, tak kira, tak mau tunjuk jugakkkk, hahahaha....

Pertama sekali, bahagian atas tu, saya kemaskan dulu.
Lepas siap pasang almari IKEA haritu, skru2 yang lebih tu, kami main longgok2 je kat dalam kotak pink tu.
Nak harap enSuami saya, memang tak la, dia nak simpan.
Ada banyak benda yang boleh dibuang, masih ada di rak ni.
Bila buat penyisihan, baru clear sikit.
Time mood rajin ni, laju je nak buang barang2/sampah2 yang tak berguna.
Malas nak simpan2 lagi, buat semak plak....

Alang2 dah nak mengemas ni, saya tunjuk sekali la, cara saya simpan barang2 hardware kat rumah...
Hardware lah sangat, hahaha...
Saya guna kotak laptop acer ni...


Kotak ni best, sebab ada pemegang.
Lagipun, kualiti kotaknya tebal.
Ada 3 kali kunci.
Memang sesuai sangat nak guna.
Gaya mekanik bawak kotak spanarnya, hehehe...


Kat bahagian dalam, saya guna bekas2 rempah saya yang lama.
Bekas plastik, yang asalnya penutup kaler merah.
Tapi sebab rajin terlebih, saya pi spray hijau, kenkonon nak tema hijau la untuk dapur.
Disebabkan saya tukar botol kaca, so botol plastik ni free.
Entah macam mana entah, dapat idea nak guna bekas ni untuk isi paku2, skru2 yang ada.
Sebab kalau nak harap enSuami, merata-rata la jumpa paku, skru ni...
Ikut dan dia je, nak letak mana....


Jadi, alang2 dah ada bekas ni, saya pun isi semua barang2 yang ada ikut kategori dalam satu bekas.
Nanti senang nak cari, ambil, letak balik.
Dah bekas pun transparent kan, takkan tak nampak kottt....


Yang bahagian kiri plak, ada L-shape, glue gun, Allen key, sarung tangan, penggelek cat kecil, spanar pun ada.
Bila simpan setempat, senang nak cari.
Tak ada nak lupa2, salah tempat nak cari, tak jumpa2 bila nak guna...
itu semestinya dielakkan.


Kotak ni, saya letak bahagian tepi sekali.
Sebab dia lebar sangat, tak muat dah kat bahagian lain.
Sebelah dia plak, ada bekas Shell ni.


Dalam dia ada semua kelengkapan nak bertukang.
Tapi bukan heavy-duty la...
Just cukup untuk keperluan.


Ada tukul, spanar, player, tape pengukur, screwdriver biasa-bunga, yang kecil dan besar, dan pisau.
kalau tak silap saya, set ni dapat hadiah masa servis kereta.
enSuami tukar minyak pelincir, jenama Shell [sintetik kot]

Lepas tu, ada juga bahagian lilin, kiwi kasut enSuami, ink printer, saya letak dalam kotak.
Haaa, jangan tanya awat tak balut.
Belum cukup rajin nak balut2 tu.
Hopefully, ni sementara je.
Kot le ada idea/tempat lain nak susun.
Malas la nak balut2 ni...
Lagipun tadi nak cepat.
Banyak lagi benda lain tak kemas, [hey alasan, ngehngeh]


Yang tingkat ke2 ni, yang 100% transform.
Saya guna bakul yang sama juga.
Susun2, dapat letak 4 biji bakul.
Tengah2 tu memang cantek la ada space untuk rak pink tu.
Oops abaikan model tecik tu, dia baru bangun tidur
Nasib baik, Ummi dah siap kemas daaaa...


Bahagian kanan, belakang sekali, bahagian makanan dalam tin.
Tapi takde la makanan sangat, hanya susu pekat, susu cair.
dan ada 1 tin nenas dadu, kenkonon nak buat pizza hawaii, sampai la ni, tak jadi lagi pizza, huhuhu.
Bahagian depan, ada tepung gandum.
Belakang tu tepung goreng rangup, tengah tunggu nak refill dalam bekas.


Bahagian tengah, ada rak 3 tingkat ni.
Saya guna buat letak bawang besar, putih, cili kering dan kentang.
Tapi kentang, cili kering, dah habis.


Bahagian kiri belakang plak, ada makanan kering macam bihun, pasta, mi kering kasar, mi kering halus. Suka dengan cap Vit's tu. Giant sale skg RM1.98 sampai 28 Jan, hihihi...
Bahagian depan ni, tak ada apa sangat.
Just nak penuhkan je.
Ada kerepek, serbuk oreo, dengan tepung naik sendiri kot [boleh pulak tak ingat]
Tak ada plak gambar penuh untuk setiap tingkat ek...
Lupa nak amek kot.

Tingkat ke3 ni pun, saya close up bahagian yang baru je..
Nak tunjuk bahagian untuk recycle paper untuk kegunaan dapur dan bekas saya simpan plastik sampah.
Hahahahaha.....


Kertas2 tu, kertas iklan Tesco n Giant.
Lepas dah habis shopping, saya lipat2, untuk guna kat dapur.
Kertas tesco selalu licin, saya guna buat lapik plastik sampah, sebab dia boleh kalis air [lambat serap air]
Kertas giant yang menyerap air, saya guna untuk buat lapik dalam tipuware untuk cili padi atau sayur2.


Plastik2 sampah, saya lipat 4 je...
Just tindan2 je.
Pastu tutup kotak tu, buat lubang kat tengah.
Kenkonon kaedah macam tarik tisu lah.
Tapi saya memang tak tindih berantaian pun.
Boleh je tarik terus.
Plastik tesco, giant, mydin, speedmart je saya guna letak dalam ni.
untuk yang saiz standard yang besar sekali la.
yang kecik2 tu letak asing, untuk guna kat bilik air.
OK, saya tak rajin lagi nak balut.
Kena tengok dulu, lama mana boleh bertahan dengan konsep ni.


Rak ke3 ni, masih dengan tong minyak.
Bekas2 biskut raya.
Belakang2 tu, ada juga tipuware yang besar2.
menanti giliran nak guna.
Ohh ya, semua bakul yang saya ada, yang tak diguna, saya longgok setempat kat situ.
Supaya saya sentiasa nampak, yang saya ada bakul.

Sebenaqnya pagi tadi sebelum pi giant tu, sempat lagi dok berkira2 nak beli bakul baru nak susun2 makanan kering.
Asyik dok fikir, kira2 je...
Tapi belum buat2 kemas lagi.
Sekali dah mula kemas, baru tau....
Takyah nak beli baru pun.
Apa yang ada pun, dah lebih dari cukup, huahuahua.....

Sebelah rak, ada peti ais, sebelah peti ais, ada mesin basuh.
Sebelah mesin basuh, ada apa?
Hahaha, ada tangga.
Saya fungsikan dia sebagai rak untuk saya letak sabun dan pelembut, aci dakkk?
Guna je la apa yang ada.


Ok juga mesin basuh ada kat dapur.
Sebelum mula sediakan sarapan, saya mula dulu kat mesin basuh.
Sambil2 basuh, sambil masak.
Habis masak, terus makan.
Sudah makan, masuk toilet.
Keluar toilet, terus sidai baju.
Sidai baju pun dalam bilik je.
Bilik tu pun, sebelah dapur je, hehehehe..
Senang sangat, tak da nak jalan jauh2.
One stop center, kekdahnyer.....

Daisypath Anniversary tickers