Search This Blog

Sunday 26 June 2011

Bina Rumah Cara Islam




Islam ada panduan cara membina rumah.Namun kita lihat sering orang Islam ramai yang terpengaruh menggunakan Feng Shui yang berasal dari budaya Cina. Padahal, tidak semuanya selaras dengan ajaran Islam. Jika tidak berhati hati dan keliru, boleh jatuh syirik karena mempercayai Feng Shui selain Allah.

Apa yang saya ingin terangkan di sini Islam ada panduan atau langkah langkah tersendiri tentang cara memilih tempat tinggal dan membina rumah.Sebagai seorang Muslim kita harus ikut cara Islam dan bukan meniru cara orang kafir buat.

Namun apa yang akan saya bentangkan ini bukan perkara wajib syarii yang perlu di tunaikan.Tanya lah Iman dan buat lah setakad mana yang mampu.

Perkara perkara berikut perlu di rancang sebelum memilih tempat tinggal dan mula membina rumah selain perancangan reka bentuk fisikal nya.Di antaranya ialah:


1. Jiran Tetangga yang Baik

Pilihlah tempat tinggal yang jiran tetangga nya baik baik.
Sebab jika jiran tetangga kita tidak baik, maka hidup kita akan rasa terganggu dan kurang senang. Bayangkan jika jiran tetangga kita adalah,kaki gaduh, atau kaki gossip,jenis yang sombong dan ego yang tidak mahu campur orang.Atau yang jenis penting diri sendiri,suka buat hal sendiri.Bila ada kematian baru nak cari orang.

Maka pilihlah jiran tetangga sebelum memilih rumah.Buat lah survey, tanya masyarakat di situ tentang bakal jiran anda itu.Yang di maksudkan jiran ialah lingkungan 40 buah rumah di sekeliling rumah anda.
(Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir) Tiap empat puluh rumah adalah tetangga-tetangga, yang di depan, di belakang, di sebelah kanan dan di sebelah kiri (rumahnya).


2. Hendaknya rumah cukup luas (tidak terlampau luas tetapi juga tidak terlampau sempit).

Di antara kebahagiaan seorang muslim ialah mempunyai jiran tetangga yang soleh, rumah yang luas dan kenderaan yang sempurna. (Hadis Riwayat Ahmad dan Al Hakim)

Sekiranya semua orang bina rumah rumah banglo yang terlampau besar,ini akan menghasilkan masyarakat yang hidup sendiri sendiri, di mana jiran tetangga akan jadi tidak kenal di antara satu sama lain kerana para penghuni banglo tersebut hanya asyik berseronok di dalam "Istana" mereka masing masing.

Sebaliknya rumah yang terlalu kecil dan sempit pun tak baik, kerana akan cenderung membuat penghuninya tidak selesa di rumah sehingga akhirnya banyak menghabiskan waktunya bergosip di luar

Rumah yang paling baik dalam Islam adalah rumah yang sederhana besarnya.


3. Jangan membina Rumah Megah

Dalam membina rumah, janganlah terlalu mewah sehingga jadi bermegah-megahan. Ini tidak disukai Allah dan merupakan satu sifat dari orang-orang yang buruk di akhir zaman.

Rumah yang di bina dengan bermegah akan menjemput mala petaka.Terutama dari orang orang yang hasad dengki, pencuri dan perompak.

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu" [Al Quran At Takaatsur:1]

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab: "Apabila mereka saling bermegah-megahan dengan bangunan nya" [HR Muslim]

Belum akan datang Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah. (HR. Bukhari)

Jangan membina rumah yang terlampau tinggi sehingga akhirnya mengganggu jiran tetangga hingga tidak mendapat sinar matahari atau angin.

Ketika ditanya tanda-tanda Hari Kiamat Nabi menjawab:
"Seorang hamba wanita melahirkan tuannya. Orang-orang yang berkaki ayam, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membangun bangunan bertingkat." [Hadis Riwayat Muslim]


4. Buatlah Rumah yang Baik

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah hai orang-orang yang berakal, agar kamu mendapat untung." [Al Maa-idah:100]

Rumah yang baik adalah rumah yang sehat. Yaitu tingkapnya cukup agar sinar matahari dapat masuk dan rumah tidak menjadi lembab.Selain itu ia dapat mempertingkatkan pengedaran udara bersih.Jarak antara lantai dan atap sebaiknya agak tinggi kerana ini akan mengurangkan suhu panas.


5. Rumah juga perlu teguh dan kuat.

Misalnya dengan menggunakan dinding batu dan simen, rumah jadi lebih selamat. Jika menggunakan kayu, pilih kayu yang kuat serta beri rawatan anti serangga saperti anai anai sehingga tidak mudah reput. Elak kan sedaya upaya dari membina rumah dari bahan bahan yang mudah terbakar.

Sebaiknya rumah Muslim mempunyai sekurang kurangnya 3 bilik .Satu untuk suami-isteri, satu untuk anak laki-laki, dan satu lagi untuk anak perempuan.Jika ada kemampuan tambah satu lagi bilik buat tetamu.


6. Buatlah Rumah yang cantik, Allah senang kepada kecantikan.

Manusia pun banyak yang suka akan kecantikan. Oleh kerana itu buatlah rumah yang cantik dan indah.
Tapi ingat, mempamerkan kecantikan dan keindahan tidak sama dengan mempamerkan kemewahan atau kemegahan.

"Sesungguhnya Allah itu indah dan senang kepada keindahan. Bila seseorang keluar untuk menemui kawan-kawannya hendaklah menghiaskan dirinya. (Hadis Riwayat. Al-Baihaqi)


7. Tandas Jangan Mengarah atau Membelakangkan Kiblat (Ini penting)

Dari Abu Ayyub Al-Anshari ra.: "Bahwa Nabi saw. bersabda: Apabila engkau ke tandas, janganlah menghadap kiblat atau membelakanginya ketika buang air kecil atau buang air besar, tetapi menghadaplah ke timur atau ke barat." (Shahih Muslim No. 388)

Usahakan seboleh boleh nya agar rumah anda mengarah ke Kiblat. Jika tidak, sebaiknya tempat solat anda tidak mengarah ke tandas.

Usahakan di rumah ada paip air dan paip hujan, supaya anda boleh mandi wajib dan wudhu dengan lebih sempurna dengan air yang mengalir.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam bekas air yang tidak mengalir ketika dalam keadaan junub." (Hadis Riwayat Muslim).

Sebaiknya tempat wudlu dipisah dari tandas supaya kita boleh membaca doa sebelum atau sesudah wudlu.(Di larang membaca doa di dalam tandas).Kalau baca doa keluar/masuk tandas sekali pun kena baca di luar tandas.

Seboleh boleh nya jangan buat tandas dalam bilik tidur.Tandas atau jamban ada lah sarang tempat tinggal syaitan.Kalau ada tandas dalam bilik tidur bererti kita sentiasa berada bersama syaitan ketika tidur.

Ada yang mengatakan tandas zaman ini adalah bersih tidak saperti tandas zaman dahulu.Ia sentiasa di besihkan bahkan di bubuh wangi wangian pula.Maka syaitan tidak akan berada di dalam tandas yang bersih.

Bagi saya bersih di sini adalah bersih pada pandangan fisikal.Ambil contoh.Air minuman saperti kopi, sirap dan lain lain itu bersih, tetapi mengapa tidak suci untuk di buat berwuduk? Begitu juga dengan tandas atau jamban.Walaupun nampak bersih pada pandangan mata, ia tetap tempat yang tidak suci.Walaupun di wangikan dengan wangian seribu bunga.Maka jangan sekali kali kita tertipu dengan bisikan syaitan yang mengatakan tandas di dalam bilik kita itu suci!

Ramai yang kena gangguan syaitan saperti hysteria, boring dan rungsing apabila balik ke rumah,bergaduh suami isteri, bergaduh anak beranak,sakit yang tidak tahu punca nya, rumah tangga dan famili yang kucar kacir.Yang sebenarnya, di antara sebabnya berpunca dan datang dari syaitan yang mengganggu yang kita sendiri pelihara di tandas bilik tidur .

Sebaik baik (tetapi susah orang zaman sekarang nak ikut) buat tandas di luar rumah.


8. Rumah Harus Bersih

Rumah yang kotor tidak sihat. Ini akan mengundang berbagai penyakit. Oleh kerana itu, rumah harus bersih dan mudah dibersihkan.

"Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi." (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Penjelasan: Orang-orang Yahudi suka mengumpul sampah di halaman rumah.


9. Jangan letak Patung sebagai hiasan di dalam Rumah

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya. [HRBukhari]


10. Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940)


11. Peliharalah Anak Yatim

Jika anda berkemampuan, asuhlah anak yatim dan didiklah dengan baik.

"Sebaik-baik rumah kaum Muslimin ialah rumah yang terdapat di dalamnya anak yatim yang diasuh dengan baik, dan seburuk-buruk rumah kaum Muslimin ialah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim tapi anak itu diperlakukan dengan buruk. (HR. Ibnu Majah)


12. Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk

Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut.

Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: "Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]

Jika rumah anda luas mungkin anda boleh menanam pokok besar yang kuat. Jika sedang, anda boleh menanam pohon ukuran sedang seperti rambutan atau mangga.

Hindar menanam pokok besar yang rapuh dan berbahaya seperti pokok sena.


13. Apabila rumah siap di bina

Di anjurkan setelah rumah siap di bina panggil Ketua kampung,Imam, jemaah Masjid atau surau dan jiran tetangga untuk sama sama berdoa kehadrat Allah agar rumah yang telah siap di bina itu akan dapat keridhaan Allah, dan perlindungan darinya dari segala kejahatan makhluk saperti jin dan syaitan dan juga minta perlindungan dari pada kejahatan manusia

Di kesempatan ini kita berpeluang juga berkenal kenal, bermesra dan mula menjalin ukhwah bersama jiran jiran baru kita.

Friday 24 June 2011

Jangan Kau Pergi

Tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

Ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku


Janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh


Jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi








Thursday 23 June 2011

VOTE FOR US!!!


Semalam masuk lagi pertandingan Selangoridamanku.com anjuran Kerajaan Negeri Selangor untuk hebahan maklumat. Mula-mula, macam xsesuai je nak join pertandingan ini. Ingat blog yang ada kaitan dengan negeri Selangor je layak masuk.
Tapi bila tengok blog yang tertinggi dapat undian pun, bukan lah banyak sangat info tentang negeri Selangor dalam blog dia tapi lebih kepada kehidupan peribadi dan kreatif, jadi blog ni pun layak nak masuk.

Kalau xmenang blog berinfo, kreatif atau apa saja......... suka nak masuk pertandingan sekarang.

Nanti bagitau saya lagi, ada pertandingan apa kat Malaysia ni, hohoho....

Dah daftar blog kat website tu...
Pada sesiapa yang nak join pertandingan ini, boleh ke http://selangoridamanku.com/

Untuk nak undi blog Tautan Hati NabilaHasyim, bolehlah VOTE segera sehingga 31 Oktober 2011.
VOTE untuk kami ye di http://selangoridamanku.com/votes?cat=3&sort= ye... OK, VOTE jangan x VOTE!




Wednesday 22 June 2011

PERTANDINGAN BLOG SELANGOR IDAMANKU

Sumber : Selangoridamanku.com

Competition Theme
"Tema Pertandingan", updated Wed 6th of April 2011


"Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan."

 

Organizer Committee
"Jawatankuasa Penganjur", updated Wed 6th of April 2011

  • Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
  • Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Selangor
  • Fakulti Industri Teknologi Maklumat, UNISEL
  • Fakulti Komunikasi dan Media, UNISEL


Categories
Kategori, updated Wed 6th of April 2011


Secondary School Student Category "Kategori Pelajar Sekolah Menengah"

  • Penyertaan dibuka kepada semua pelajar sekolah di seluruh Malaysia yang berumur antara 13 hingga 17 tahun
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Setiap penyertaan hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja.
  • Tulisan dalam blog boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian seperti untuk membina blog masing-masing.
  • Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira BATAL.
  • Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti (penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian), kadar maklumat yang di’post’ pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta blog hendaklah menghantar nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi, kategori pertandingan dan alamat laman blog (blog site address) ke alamat email mfairuz@unisel.edu.my sebelum 31hb Oktober 2011.
  • Keputusan pemilihan pemenang yang terletak pada juri professional adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggunapakai mana-mana blog yang menyertai pertandingan ini sebagai bahan promosi, hebahan dan sebagainya.

Higher Education Level Student Category "Kategori Pelajar Institusi Pengajian Tinggi"

  • Penyertaan dibuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Setiap penyertaan hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja.
  • Tulisan dalam blog boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi untuk membina blog masing-masing.
  • Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira BATAL.
  • Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti (penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian), kadar maklumat yang di’post’ pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta blog hendaklah menghantar nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi, kategori pertandingan dan alamat laman blog (blog site address) ke alamat email mfairuz@unisel.edu.my sebelum 31hb Oktober 2011.
  • Keputusan pemilihan pemenang yang terletak pada juri professional adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggunapakai mana-mana blog yang menyertai pertandingan ini sebagai bahan promosi, hebahan dan sebagainya.

Open Category "Kategory Umum"

  • Penyertaan dibuka kepada seluruh warganegara Malaysia.
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Setiap penyertaan hanya boleh mendaftarkan satu laman blog sahaja.
  • Setiap peserta yang telah mendaftar untuk kategori 1 atau 2 TIDAK LAYAK untuk menyertai kategori ini.
  • Tulisan dalam blog boleh menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  • Peserta bebas menggunakan sebarang aplikasi, tool atau perisian seperti untuk membina blog masing-masing.
  • Kandungan blog mestilah asli dan jika diambil daripada sumber lain, perlu dinyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kandungan yang diambil sepenuhnya daripada sumber lain tanpa kredit kepada sumber asli akan dikira BATAL.
  • Kriteria penilaian blog melibatkan kreativiti (penggunaan teks dan elemen multimedia yang mampu menarik perhatian), kadar maklumat yang di’post’ pada blog dan bilangan pelawat yang melawat blog.
  • Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Setiap peserta blog hendaklah menghantar nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon untuk dihubungi, kategori pertandingan dan alamat laman blog (blog site address) ke alamat email mfairuz@unisel.edu.my sebelum 31hb Oktober 2011.
  • Keputusan pemilihan pemenang yang terletak pada juri professional adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan diterima.
  • Pihak penganjur berhak untuk menggunapakai mana-mana blog yang menyertai pertandingan ini sebagai bahan promosi, hebahan dan sebagainya.
 

Prizes
"Hadiah", updated Wed 6th of April 2011

Kategori Pelajar Sekolah Menengah

Johan:RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Kedua:RM 750 beserta trofi dan sijil.
Ketiga:RM 500 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3):RM 100 beserta sijil.

Kategori Pelajar IPT

Johan:RM 2000 beserta trofi dan sijil.
Kedua:RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Ketiga:RM 750 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3):RM 500 beserta sijil.

Kategori Umum

Johan:RM 4000 beserta trofi dan sijil.
Kedua:RM 2500 beserta trofi dan sijil.
Ketiga:RM 1000 beserta trofi dan sijil.
Saguhati (3):RM 500 beserta sijil.

Anugerah Khas

Blog hits tertinggi:RM 1000 beserta sijil.
Blog paling kreatif:RM 1000 beserta sijil.


Blog ini, menepati syarat-syarat di atas x?


Ikan Seksi ;)



Dulu masa kat KMJ, sibuk dok baiki sistem unit komputer, Ain boleh plak ajak main teka teki.

Kalau kak Nabilah terer masak kan, blajaq sains laut lg, ikan pa paling seksi?
Hah? ikan pa yang seksi?confused
Pulun la pikiaq cari jawapan...
Ikan cermin? Dak
Ikan sebelah? Dak
Eeee ikan apa seksi?
Ikan transparent? Dak, sambil dia geleng2, dan gelak terkekeh-kekeh kat Nabilah.
Ikan pisau2? Ikan pisau2 tu pa?
Ha ikan pisau2 ni, lain cara berenang dia. dia berenang tegak straight ke atas. Kurus ja dia.
Dakkkkkkkkkkkkk, bukan itu ikan seksi. Kalah dah kak Nabilah?
Isk, banyak2 teka teki tadi semua ceq menang, kali ni nak kena kalah ka...

Ok, ok, kalah. Apa jawapannya?
Sambil tersenyum simpul kemenangan, ikan belah belakang la jawapannya!winking
Hah?
Ha la, ikan yang belah belakang, kan seksi. mcm skirt yg terbelah kt belakang, halal haram, halal haram. seksi ar tuuuuuuuuuuuuuu.....
Adusss, betul tertipusssss
Pas2 tergelak sama, bo tahan jugak teka teki ni.rolling on the floor
Tercabar gue, budak sains laut.

Ok, seterusnya WakSabar menjadi mangsa untuk teka teki ini, kekekeke...
Diapun xleh jawab, kekeke. Saya suke, suke, suke...........hee hee

Ok, sebenarnya hari ni nak kongsi resepi Ikan Cencaru Sumbat Cili.
Kalau xsuka makan ikan cencaru, boleh ganti dengan kembung.
Ikan2 lain, xpasti sedap ke x, kalau guna resepi ni. Oh satu lagi, ikan terubuk, kalau bakar, sedap nih!

Siang ikan cencaru leklok ye, boleh luka banyak kat jari , macam saya masa mula2 xreti siang ikan, hehe
Pastikan belah belakang ye, kalau x, xseksilah, auwwwbatting eyelashes

Cili kering yang dah dilembutkan. *rendam lama atau direbus

Serai, yang dihiris

Bawang merah yang banyak....

Asam jawa, jangan lupa buang bijinya. Kalau ada yang dah siap dalam cup tu, lagi senang.

Pastu tambahkan gula dgn banyak dan garam. Cili ni sedap bila manis. Jadi kena lebihkan gula banyak.
Pastu kisar habis sampai lumat dan halus. Letak air sikit je untuk lancarkan putaran pengisar. Gunakan air masak ye.

Akhirnya, kalau sekali buat tu, kuantiti banyak, nak simpan tahan lama, eloklah masakkan cili ni, biar airnya kering. Nanti boleh simpan lama dalam peti kalau xhabis digunakan.

Memang favourite kat umah makan ikan sumbat cili ni.. Ayah suka makan, jadi mak selalu buat. Anak2 pun suka. Senang kan nak buat?peace sign

Selamat mencuba, resepi ikan seksi, hee hee

Saya sedang mencari resepi ikan sumbat kelapa plak. Sapa ada resepi? meh le kongsi, ceq baru nak blajaqbig grin


Monday 20 June 2011

Tshirt BERSIH dah sampai opis!


Semua kecoh......
Kuning merengau....
Dari jauh dah nampak.........
Sangat menarik perhatian orang.......

Tshirt BERSIH dah sampai opis, hohoho

Kuning ang ang
Nabilah cuba buka nak tengok saiz.
Ok L standard...
Nant kalau amek M untuk enSuami, sesuai..........

Tuntutan BERSIH 2.0.......

 Jom pi BERSIH, 9 Julai 2011
Mari gemparkan Malaysia dengan tuntutan rakyat Malaysia yang mahukan KEADILAN DAN KEBAJIKAN!!!



Kami dah masuk!!! Silalah LIKE LIKE LIKE!



Hari Jumaat hantar, petang tu jugak dah dapat masuk rasanya sebab dapat emel balasan dari pihak Busana Pengantin dalam proses dan telah dimasukkan.

Emel tersebut seperti berikut:

Salam,

Terima kasih kerana menyertai Contest Pencarian Pasangan Model SSWC JULAI.
Untuk makluman, gambar anda telah dimasukkan dlm album Contestants Pencarian pasangan Model SSWC.
 
Ini linknya :

Bolehlah promote ke kengkawan.
 
Selamat berjaya!
 
Siti,

Wah, kawan2...
Silalah LIKE LIKE LIKE banyak2......
Bagitau kat kawan2 untuk sokong kami, hehehe hee hee
Terima kasih untuk kawan2 yang memberi galakan...
Tercabar, seh.......
Tu yang join contest nih.

Ok, jangan lupa LIKE LIKE LIKE kat my photo yang cute ni, peace sign
LIKE LIKE LIKE......................

Sunday 19 June 2011

Himpunan Bersih 9 Julai 2011



 
Maklumat PELANCARAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 adalah seperti berikut:

Tarikh :19 Jun 2011 (Ahad)

Masa :8.30 p.m. - 10.30 p.m

Tempat : Dewan utama, Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, 1 Jalan Maharajalela Kampung Attap, 50150 Kuala Lumpur

T-shirt rasmi Perhimpunan BERSIH 2.0 akan dijual di acara ini.



Sayang, Nabilah nak pergi Himpunan ni pada 9 Julai 2011 tu nanti....
Nak ulangi sejarah Bersih 2007......


Waaaa, best ooooooooo
Kasi muka licin sebab lumur dengan garam, winking



Izinkan ya? pergi dengan geng2 Nisa dan Muslimat lain...
Tapi untuk pelancaran ni, xpergi la kot.
Ada program NISA' kat sini.
Sayang nak ke Tshirt Bersih 2.0??? Meh duit,  kekekekebring it on

Selamat Hari Bapa



Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya selama lima tahun lagi. Fakta ini adalah berdasarkan kajian oleh seorang pakar dari Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.  menarik fakta ni =) mudah dilakukan

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Itu kata pakar dari German, apapun sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.

Selamat menyambut Hari Bapa kepada semua yg bergelar bapa =)

Saturday 18 June 2011

7 Cara Buat Duit dengan Blog Sendiri


Posted by Azahari on June 16th, 2011

Berikutan beberapa email yang kita terima bertanyakan “bagaimana blog boleh menjana pendapatan”, “bagaimana buat duit dengan blog”, terdetik untuk kita menulis di blog sekadar berkongsi ilmu kita yang sedikit ini. Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk kita mendapatkan wang dari blog. Antaranya :-

1. Buat duit dengan meletakkan iklan di blog.

Kaedah ini amat popular dilakukan kebanyakan blogger. Jumlah pengunjung yang tinggi menjadikan blog popular dan mudah di cari. Trafik yang banyak dan konsisten di blog merupakan kelebihan dengan menggunakannya untuk meletakkan iklan. Pelbagai saiz dan susun atur iklan boleh diletakkan seperti banner, skycraper, icon kecil mahupun iklan teks.

2. Buat duit dengan Google Adsense.

Kita boleh mendaftar akaun Google Adsense dengan mendaftar di sini. Setelah mendaftar, pihak google akan mengesahkan akaun google adsense dan setelah itu kita boleh masukkan iklan yang telah google sediakan. Kita cuma pilih saiz dan jenis iklan yang mahu kita letakkan di blog kita. Apabila pengunjung klik pada iklan tersebut, kita akan dapat wang mengikut harga iklan yang di klik oleh pelanggan.

3. Menjual blog berpotensi

Apabila blog kita sudah ada pengunjung dan pengikut blog yang ramai, kita boleh menjual blog dengan harga yang kita tetapkan. Jika kita merasakan blog kita itu berpotensi untuk dimajukan tetapi kita tidak dapat menguruskannya lagi, ini merupakan langkah yang baik. Kita boleh memindahkan kandungan blog serta domain yang kita daftarkan kepada pembeli setelah harga dipersetujui kedua-dua belah pihak. Memiliki blog .com sendiri juga memberi kita kelebihan apabila menjualnya kerana kita dapat menawarkan harga yang lebih tinggi.

4. Menyertai program affiliate

Program affiliate samada dari Malaysia atau luar negara memberi pulangan lumayan apabila ada pengunjung membelinya daripada link kita. Kod affiliate atau banner kita boleh letakkan di blog dan pengunjung yang membeli dari link kita, kita akan dapat komisen. Contoh program affiliate yang kita jalankan adalah Affiliate Video Buat Blog. Pendaftaran affiliate juga mudah dan kita boleh letakkan banner di blog dengan mudah.

5. Membuat review berbayar

Blog boleh menjadi tempat yang sesuai untuk membuat review kerana pengunjung internet mencari maklumat di internet. Katakan ada pengunjung yang ingin membeli kamera tetapi ingin mendapatkan gambaran atau pandangan pengguna yang telah menggunakannya. Mereka akan mencari maklumat di Google dengan menaip keyword seperti “camera review” atau “review kodak latest camera” dan macam-macam lagi keyword. Bagi kita, ini merupakan peluang buat duit dengan membuat review berbayar. Pihak pengiklan akan membayar bagi setiap review yang kita akan buat.

6. Menjual produk sendiri

Bagi blogger yang sudah pun mempunyai produk sendiri, lebih mudah untuk kita promosi di blog. Kita boleh masukkan gambar produk, membina borang pesanan, contact form, facebook dan sebagainya di dalam blog yang kita bina itu nanti. Pengunjung boleh membuat bayaran samada melalui perbankan internet ataupun deposit ke mesin ATM. Mereka boleh mengisi borang pesanan di web setelah bayaran di buat dan kita dapat semak pesanan samada di blog ataupun melalui email.

7. Buat duit dengan servis

Kita dapat menawarkan servis yang tawarkan di blog. Servis merupakan cara yang mudah untuk kita buat duit dengan kos yang amat minimum. Pelbagai servis kita boleh buat bergantung kepada kepakaran kita. Perkhidmatan servis yang baik juga menambahkan pelanggan kita dan juga mungkin menambah “repeated customer” yang berpuas hati dengan servis kita.
Bagi saudara yang berminat memiliki blog domain .com pilihan sendiri, saudara boleh dapatkan Video Panduan Blog Wordpress di sini.





Friday 17 June 2011

Contest : Pencarian Pasangan Model Saints Scarves Wedding Collection JULAI



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Mestilah pasangan SUDAH BERKAHWIN (semasa sesi penggambaran –Julai 2011) berumur
dari 18-35 tahun.

2. Sangat berminat untuk memperaga Busana
Pengantin bersama pasangan.

3. Berpewatakan menarik dan berkeyakinan.

4. Tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Cara untuk pemilihan pemenang adalah seperti
berikut:
1. TOP 5 akan dipilih berdasarkan 'LIKE'
terbanyak .
2. Daripada Top 5 ,para peserta akan diadili
sendiri oleh Admin Busana Pengantin untuk pemilihan pemenang.
HADIAH
  • Pemenang UTAMA akan berpeluang memperaga Busana Pengantin koleksi SSWC (Saints Scarves Wedding Collection) yang terkini di Studio dan diandam oleh krew kami.
  • Outdoor Photoshoot dengan Busana SSWC.
  •  Frame bergambar 8X12
  •  DVD Unlimited shots anda sepanjang penggambaran di studio.
  •  Serta menerima Saguhati drp pihak kami.
2 LANGKAH MUDAH :

1.Emel sekeping gambar pose terbaik anda bersama
pasangan ke siti_adni@yahoo.com –
dengan tajuk PENCARIAN MODEL SSWC JULAI,
serta maklumat berikut :

  1. Nama FB :
  2. Nama Penuh :
  3. Berat (kg):
  4. Tinggi (cm) :
  5. Ukuran Badan : cth ; 32 , 26, 34
  6. no.tel :
  7. emel :
  8. Umur :
  9. Lokasi :
Sila ikuti contoh di atas supaya gambar anda
tersiar.


Notes : Anda boleh menghantar beberapa keping gambar (tidak lebih dr 3 keping),
tapi hanya 1 yg akan disiarkan di dlm FB untuk undian.

 2) Follow blog http://saints-scarves.blogspot.com/
dan LIKE page Busana Pengantin kami di sana. PENTING!!

Tarikh tutup penyertaan : 27 JUNE 2011 (12 tgh malam)

Tarikh Undian ditutup : 30 JUNE 2011 (12 tgh malam)

Notes :


*Gambar-gambar sepanjang penggambaran dan
gambar yang dikirim kepada kami akan digunakan untuk tujuan promosi dan dengan
menyertai pertandingan ini bermakna anda TELAH BERSETUJU untuk membenarkan
gambar-gambar anda digunakan untuk tujuan pengiklanan dan promosi. Harap
maklum.
SERTAI
SEKARANG!!


Pencarian Pasangan Model SSWC JULAI

More info : http://www.facebook.com/notes/busana-pengantin/contest-pencarian-pasangan-model-saints-scarves-wedding-collection-julai/218019308221677

Khas untuk pasangan sudah berkahwin ♥ ♥






Awalnya dah beria2 nak masuk nih!
Dah siap jadi follower kat blog depa......


Tapi lama fikir, *sebab xtau ukuran badan.
Seh, xpenah ukur.........choppp malu.........
Bila lama2 pikir, tengok lagi hadiah, masa awal2 nak masuk, xtengok betul2 hadiah pe....

Kalau menang dapat jadi model?????

HADIAH

  • Pemenang UTAMA akan berpeluang memperaga Busana Pengantin koleksi SSWC (Saints Scarves Wedding Collection) yang terkini di Studio dan diandam oleh krew kami.
  • Outdoor Photoshoot dengan Busana SSWC.
  •  Frame bergambar 8X12
  •  DVD Unlimited shots anda sepanjang penggambaran di studio.
  •  Serta menerima Saguhati drp pihak kami.

Dah siap nak pertaruhkan gambar ni,
Tapi, jadi model.........
Boleh ke enSuami balik Julai ni nak jadi model?
Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, xsesuai...........shame on you


Boleh ke Sayang join contest ni, sekadar suke-suke aje????? straight face
Ke nak MESTI MENANG! hee hee


Thursday 16 June 2011

Pasangan Hujung Minggu


SOALAN
Saya penjawat awam, sudah berkahwin tetapi masih belum mempunyai cahaya mata setakat ini. Masalah yang saya dan suami hadapi adalah hubungan jarak jauh ini kerana saya bekerja di Terengganu manakala suami bekerja di Perak. Saya sudah cuba bertanya teman-teman mengenai kemungkinan pertukaran agar saya dan suami dapat tinggal bersama.
Namun, jawapannya hampa kerana masing-masing terikat dengan SUK (Setiausaha Kerajaan) negeri. Akibatnya, sememangnya tiada jalan penyelesaian. Setakat ini memang tiada masalah dan syukur Alhamdulillah suami amat memahami dan sanggup berulang-alik setiap minggu dan kadang-kadang sekali sebulan. Tetapi, sampai bila harus begini? Apakah wajar saya sebagai isteri mengabaikan tanggungjawab seperti isteri yang lain atau adakah saya patut berhenti kerja? HANIDA

JAWAPAN
Salam Kesabaran dihulurkan untuk Hanida yang buntu dan mudah-mudahan diberikan jalan untuk kita terus melangkah dengan penuh semangat dan kegembiraan. Terima kasih kerana terus memikirkan cara untuk memburu syurga Allah SWT melalui rumah tangga.
Hanida yang baik, suami adalah hadiah Allah SWT buat kita, sebab itu Allah SWT menjanjikan tiga perkara di samping anugerah-Nya yang lain iaitu setiap anak Adam yang lahir sudah ditentukan umurnya, rezekinya dan jodohnya. Maka suami adalah antara hadiah Allah SWT dalam pusingan hidup manusia. Begitu juga rezeki kita…setiap bumi Allah SWT ini berkat dan ada rezeki untuk semua yang mencarinya kerana Allah SWT. Janji Allah SWT ini pasti, sebab Dia tidak pernah kejam dan berbohong dengan hamba-Nya, yakinlah ini dengan sepenuh hati.
Persoalan yang anda kongsi ini sesungguhnya amat memerlukan anda membuat pilihan amat penting sekarang. Ini kerana anda akan mempunyai anak, Insya-Allah, dan suami pasti akan berasa dengan penat dan jemu akhirnya untuk berulang. Kita juga bimbang, ada kalanya, jarak jauh itu sebahagian punca perceraian dan punca kecurangan atau apa yang dikatakan cinta tiga segi atau bermadu dalam senyap.
Ini kerana, betapa pun tebalnya cinta, jika terlalu jauh – melakukan perjalanan yang menyebabkan anda penat, waktu panjang dan badan penat pasti meninggalkan kesan. Justeru, faktor jarak menggamit kesulitan dalam hidup berumah tangga anda. Jika belum ditemui lagi ranjau-ranjau di sepanjang jalan, dalam bas, perhentian rehat dan pertemuan rambang, boleh membawa kepada berputiknya rasa dekat, seronok dan akhirnya cinta dengan si dia yang kita temui dalam perjalanan.
Hanida, Umie sendiri berpengalaman dan diizinkan bertemu ramai rakan-rakan wanita yang dimadukan dalam senyap, walaupun si isteri di depan mata dan tidak pernah tinggal tempat tidur. Inilah takdir…kata pelakunya bagi membenarkan tindak tanduk mereka.
Ada juga beralasan terpaksa menduakan pasangan kerana sunyi iaitu sunyi hati dan sunyi ruang. Malahan pasangan yang terjebak dengan perzinaan juga tidak kurang jumlahnya, juga dengan alasan sekadar perintang waktu etika kesunyian.
Umi tidak menafikan sikap jujur suami anda setakat ini, tapi lama kelamaan jika berita kesunyian dirinya mengharungi hidup berkeluarga jarak jauh sudah tersebar di tempat kerja, ada pula yang simpati lalu menawar diri. Alasannya sebab si isteri tiada di sisi dan lagi jauh di mata, lagi hebat boleh menyembunyikan perhubungan itu.
Oleh itu, sebelum drama ini memulakan episod pilu ini, nasihat Umi, buatlah pilihan walaupun getir kebimbangan dan keraguan anda. Sesukar mana pun proses pertukaran, haruslah diikhtiarkan secara bersungguh-sungguh sehingga anda dapat bersatu dengan suami atau suami dapat ke tempat anda. Lihatlah yang mana pilihan dipersetujui suami.
Sesungguhnya ini amat penting kerana suamilah penentu syurga anda di dunia dan akhirat. Andai kata tiada ruang berpindah usahakan mencari pekerjaan baru dengan penuh kesedaran dan keredaan berdoa kepada Allah SWT setulusnya, kerana Dialah penentu dan pemegang semua sumber rezeki makhluknya.
Malah, ia pasti mendukacitakan Allah SWT jika keadaan anda terus begini – seorang di hujung sana dan seorang lagi di ceruk sini, terpisah kerana keadaan dan tuntutan kerja. Persoalannya sampai bila? Allah SWT juga tidak mengizinkan perkara sebegini berlaku, sebab itu dipesan oleh agama, kedudukan isteri itu di sisi suami. Jangan di ringankan perintah Tuhan ini. Lawan perintah ibu bapa durhaka hukumnya tapi melawan perintah Allah SWT, bimbang neraka yang menanti. Nauzubillahminzaliq
Lakukanlah seperti yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyyah yang menyebut :”Jika masalah yang saya hadapi mengalami kebuntuan, maka saya akan bersitighfar kepada Allah SWT sebanyak seribu, nescaya Allah SWT akan membukakan jalan keluar.
” Ini dijelaskan pula oleh Allah yang berfirman: “Maka aku katakan kepada mereka – mohonlah ampun kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun”(QS Nuh:10).
Jika anda masih ragu-ragu untuk bertindak ambillah pesanan Allah WT ini buat renungan dan modal bertindak iaitu: “Sesungguhnya, Allah SWT sudah menetapkan ketentuan-ketentuan atas makhluk-Nya iaitu 50 tahun sebelum mereka diciptakan (Al-Hadis). Sebab itu bangunlah mencari penyelesaian agar anda tidak di timpa masalah yang jauh lebih sulit di selesaikan nanti dan bangunkanlah semangat bahawa anda bertindak bersama Allah SWT atas perintah-Nya Allah dan bermatlamat mencari reda-Nya.
Antara bekalannya keyakinan bahawa masalah kecil menjadi besar di mata orang yang kecil dan masalah besar menjadi kecil di mata orang besar. Pilihlah anda mahu menjadi orang yang bagaimana? Jika anda memilih menjadi orang kecil atau orang besar maka anda akan mendapat hasil mengikut usaha anda.
Namun Umie perturunkan satu lagi dorongan untuk anda – fahami “orang yang berusaha mencapai kebahagiaan dengan mengumpul harta benda, kedudukan atau jabatan, di akhirnya mereka akan hanya bertemu dengan kerugian, kesuntukan masa dan kegelisahan di akhir perjalanan mereka.
” Jangan sampai bahagia yang dikumpul akhirnya menjadi duka kerana kita berbeza dengan mereka yang beragama lain, sebab itu kita diingatkan: “Tetapi kamu (orang kafir) memilih kehidupan duniawi, sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (QS Ai-A’la:16-17). Ini tidak bermakna kita perlu buang dunia, tetapi carilah akhirat. Sesungguhnya syurga seorang isteri itu daripada suami yang mentaati Allah SWT.






Wednesday 15 June 2011

Selamat Hari Bapa!


Hari ini, di pejabat.
Berlaku Sambutan Hari Bapa, untuk bapa sekalian di Pejabat.
Atas desakan enAmir yang beria-ia mahu diadakan jamuan ini.


Selamat Hari Bapa buat yang hadir, Dr Shafie Abu Bakar, En Shahrum, En Amir, En Abu, Wak Sukaimi, Hj Yusuf, En Fuad, En Azemi dan En Azizi serta bapa-bapa lain yang di luar sana.peace sign

Kita makan bihun goreng dengan taburan udang yang besar hasil masakan dari Lina & Co. Terima kasih kepada tukang masak yang sedap, thumbs up

Dah siap hidang, sebab lama sangat tunggu tetamu lain nak sampai.
Sebab ada tetamu yang dah lapar sangat.drooling

Ok, acara acah-acah, Sape nak baca doa???raised eyebrows

Ok, YB yang membacakan doa selamat untuk semua.happy

~Wak Sukaimi kenapalah itu?~

Jurugambar sudah cukup profesional, YB nak suruh juga guna kamera dia, katanya canggih.
Tapi kamera itu rosak sebenarnya, gambar jadi bergaris-garishee hee

~Tengok sini saja, Nabilah ambil!~

~Siap potong kek, makan kek dulu rupanya~

~Tu dia Wak yang tak sabar nak makan, Lapaq katanya~

Untuk Hasyim, selamat hari Suami, big grin
Terima kasih kerana sudi menjadi pendamping hidup ini, love struck


Daisypath Anniversary tickers