Search This Blog

Showing posts with label Hobi dan Kegemaran. Show all posts
Showing posts with label Hobi dan Kegemaran. Show all posts

Thursday, 29 July 2021

Tempoyak : Sebekas RM 20 dengan Gulai Tempoyak Daun Kayu

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Musim² durian ni mesti tempoyak akan datang seiring.. Lama dah tak makan tempoyak sebab dah lama tak buat tempoyak. Beli durian, cukup² untuk makan je, tak ada lebihan nak buat tempoyak ๐Ÿ˜‚

Baru² ni terjumpa resepi Gulai Tempoyak Daun Ubi Kayu. Masa rumah bujang dulu, macam ada housemate dari Lumut bawak menu ni, ayah dia yang masak. Bila dah kahwin ni, asyik lupa nak tanya kawan tu, resepi masakan tu, sebab tak tahu nama apa nak habaq kat dia ๐Ÿ˜…

Pastu jumpa kat IG Yaties Kitchen. Tengok rupa macam sama je, terus SS, send kat dia. Yang ni ke dulu bawak masa kat rumah sewa tu? Dia cakap ya betul la tu. Sembang², pasal resepi, nekad la nak buat. Misi mencari tempoyak, hehe..


Petang tu keluar nak cari durian Tekka. Tapi penjual Tekka yang beli sebelum ni, tak ada pulak hari tu. enSuami jumpa udang merah, tauke tu lelong. Dia bawak masuk dalam Keta, saya rasa bau masam² je. Bagi anak rasa, dia kata ada masam. Pastu dia keluar lagi pergi cari Tekka pulak..



Memandangkan dah masam teringat pasal tempoyak, tak jadi beli yang siap. Balik buat sendiri, tempoyak udang merah.

Satu bekas harga RM 25, dia lelong RM 20, enSuami amek 2 bekas. Alhamdulillah 1 bekas je yang masam. 1 lagi okay. Rasanya sebab dia kopek dah lama, letak kat tempat panas, jadi buat berkuap jadi masam. Patut simpan dalam polisterin berais okay la kan๐Ÿค”


Kopek satu², pakai sarung tangan plastik tu sebab tak nak ada kena enzim๐Ÿ˜
Cari tips dan resepi buat tempoyak kat YouTube n TikTok. Kalau nak masak², tengok TikTok senang, sebab video dia sentiasa jalan, tak yah nk tekan button replay untuk ulang²..

Tips Tempoyak
1. Guna garam kasar untuk perap.
2. Ada letak gula. Sebelum ni tak pernah letak gula.
3. Guna sudu/senduk plastik untuk kacau², jangan guna yang besi.
4. Dah isi dalam bekas bertutup, tabur gula di permukaan atas isi durian.
5. Guna bekas yang lebih besar dari muatan isi durian, supaya ada ruang pernafasan dalam bekas tu.
6. Dah siap adun, jangan tutup rapat sangat penutup tu, sebab nak biarkan gas yang terhasil dari perapan tu boleh keluar, kalau tak, bekas boleh meletup akibat tekanan gas dari tempoyak.
7. Biar pada suhu bilik dahulu semalaman. Esok baru masuk peti sejuk.


Saya korek² ni buat sebelum nak balik kampung, raya haji lepas. Memandangkan tak ada kat rumah, Sy letak je terus dalam peti sejuk. Nasib la tak ada letupan yang terjadi dalam peti sejuk tu, kalau tak naya je satu peti sejuk bau tempoyak ๐Ÿ˜œ

Mungkin sebab bekas yang saya guna tu, jenis tak rapat sangat. Masa tu dengan harapan, balik dari raya tu, boleh dah masak gulai tempoyak tu. Sebab kata selepas tiga hari dah boleh makan. Makan tu memang boleh makan, tapi tak berapa rasakan lagi masam² tempoyak tu. Macam letak isi durian je dalam masakan tu..

Sebelum balik dari rumah mertua, pesan kat enSuami, kutip pucuk ubi kayu, untuk sekali makan je. Pastu saya ada kutip juga sikit pucuk ubi keledek. Sebab daun² lain tak ada seperti daun kaduk dan labu. Daun kunyit ada tanam. Singgah supermarket nak beli barang dapur, jumpa petai dah siap kopek. Rasa macam takut tak jumpa petai papan, beli siap je lah. Kalau difikirkan macam untung beli yang siap kopek ni. Bukan saja dah mudah nak masak sebab siap kopek, tapi untung sebab yang ditimbang memang dah sah² isi petai yang boleh dimakan.

Biasa lah kalau beli petai papan, belum tentu lagi berapa isi petai yang akan dapat, kadang² buruk je banyak. Isi pun kecik² je. Yang beli siap ni, besar² betul, gemuk², baka dari mana tak tahulah. Tapi memang besar hampir saiz ibu jari ๐Ÿ‘๐Ÿผ


Alhamdulillah tercapai hasrat nak masak gulai tempoyak ni. Dah tau resepi, next time boleh buat lagi. Sedap sangat aihh. Dah lama gila tak  makan nasi penuh pinggan. Hari tu boh sesiap nasi penuh pinggan, azam nak makan banyak. Alhamdulillah berselera la makan tu.. buat pedas² dari masakan biasa. Letak sampai 7biji cili padi merah tu. Selalu apa² masakan sebiji je letak ๐Ÿคญ

Resepi buat tempoyak, klik sini

Resepi Gulai Tempoyak Daun Kayu, klik sini

Ada bahan², boleh lah try korang.. sedap dan berbaloi masak sendiri, hehe..


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday, 5 July 2021

Exercise Bike : Zaman Covid² ni, kita kayuh dalam rumah je la ๐Ÿ˜†

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Perasan tak, sebelum ni datang musim orang berbasikal?
Sebelum covid melanda, ramai yang dah ada kesedaran untuk memilih sihat dan fit.
Pelbagai group sokongan wujud di FB, Wasap, Telegram untuk sama2 sihat dan fit.
Tak kurang juga group diet pemakanan, dietition pun dah mula mendapat perhatian orang ramai.

Group diet yang terbaik yang saya tahu setakat ni, Diet Suku Suku Separuh.
Terma diet pemakanan yang disarankan Kementerian.
Apps Nutrisi pun ada untuk catat jumlah pengambilan kalori kita setiap hari.

Sebelum covid tu, seronok tengok orang berbasikal.
Mak ayah anak-anak, sedondon je satu family.
Bestnya depa boleh beli basikal.
Basikal pun bukan harga kaleng-kaleng tu..
kita mampu tengok je la dulu..


Dalam group DSSS tu saya selalu search pasal perut buncit dan peha besar..
Hahaha, sebab itu lah masalah besaqqq yang saya hadapi.
Over nau perut buncit ni, xtau la nak buat lagu mana lagi..

Dok baca2 perut buncit kena buat PLANK.
dah cuba dah, cuma tak konsisten.
Sebab perlu persekitaran dan ruang yang selesa.

Pastu enSuami share Ada orang buat jumping rope untuk kempiskan perut buncit.
Sehari 1k hingga 2k sehari, 3bulan dia buat.
Okay la puas hati perut dia kempis.
Sekarang dia jadi master jumping rope kat YouTube yang dari Malaysia lah.

Asalnya dia pun inspired dari omputih. Omputih tu buat 2k sehari, terbukti dalam 2bulan.

Pastu jumpa seorang laki ni, slimnya peha dia..
Orang tanya, camna nak dapat peha slim tu..
Dia jawab, #kurakurarun
Saya baca dua kali, xpaham.
Saya ingat dia jawab main2..
Orang yang tanya tu pun reply sekali lagi, apa tu, #kurakurarun?
Lari kura2, dia jawab.. ouh, baru perasan kura-kura run.. gitu

Pastu jumpa satu posting sis ni share, dia kata xyah tanya macam mana nak kuruskan peha, macam mana nak hilangkan perut buncit? Kalau konsisten senaman/buat exercise secara disiplin, automatik lemak2 yang tak sepatutnya ada, akan hilang sendiri tanpa kita fokus untuk bahagian badan tertentu sahaja..

Ye ke, mula² macam tak nak setuju gak la..
Sebab saya berat, dah ideal, boleh la, bukan overweight macam dulu2..
Cuma perlu perhatian sangat kat perut.
Dan peha pun nak kecikkan juga, sapa xmau peha slim kan???

Sebab dulu2 pernah overweight, mungkin masa tu la kot perut mula membuncit..
ukur2 sekarang macam 4bulan mengandung, hahaha..
Pregnant 2kali ja, bertungku macam biasa, berpantang macam orang lain gak.
Cuma dengar2 tu, masa pantang tak leh minum air kosong banyak-banyak.
Ini yang saya buat minum air kosong banyakkk
Rasa letih kalau tak minum ayaq..

Eh berbalik kepada cerita sis tadi, orang tanya dia exersice apa..
Dia jawab kayuh basikal dalam rumah.
Orang pun tanya la, basikal macam mana, beli mana, berapa RM, brand apa?

Saya pun baca la semua komen2 tu..
Dah baca semua, terpengaruh gak la..

Pi survey kat Shopee. Dah jumpa beberapa tu, dah baca review, add to cart.
Sis tu beli yang harga bawah RM150.00..
Saya pun cari bajet macam tu je la, tak yah nak beli mahal2..

Takut2 jadi perhiasan orang kata..
jadi tempat sidai kain tuala.
Sis tu pun cerita dia pun setelah 3tahun jadi perhiasan, baru la insaf nak guna..
3 tahun, mak aii.. takut plak nak beli..
takut tak terguna..


Sebulan gak fikir, sambil2 survey tengok harga.
Dok pikir nak letak mana..
Abaikan la contengan kat dinding tu..
Hasil kerja tangan Miqdad Kamilin.
Saya memang dah lama tak ada deko2 rumah.
Malas nak cara, biarlah dulu anak² besar.

Sebelum ni, tempat ni ada buaian untuk Miqdad.
Dok fikir² dah boleh kot simpan buaian ni, Miqdad dah 4 tahun.
Kalau buaian dah simpan boleh la letak basikal kat sini.

Bila cakap kat enSuami nak beli basikal, dia gelak-gelak
Mana ada basikal harga RM200?
Dia ingat saya nak beli basikal outdoor tu, memang la xdapat harga 200..
Ni nak beli basikal dalam rumah ja, covid2 ni mana boleh kayuh gerek kat luaqq..


Ye ke basikal tu harga 200?
Tak da la basikal tu harga 150 ja termasuk pos.
Bila tunjuk gambar kat dia, iskk beli la yang elok sikit..
Elok sikit tu maksud dia tu yang mahal sikit, untuk lebih kualiti la teww..
Tapi tak ada la mahal sangat, under bajet mampu kitorang lah..

Survey lah sekali lagi, up sikit je bajet..
enSuami suh cari yang macam ni..
Nampak eksklusif sikit, kaler hitam menawan..


Besi kaki tebal. Ada roda untuk mudah alih.
Hitam merah nampak smart kan ..
Ada 3 pilihan kaler, hitam-merah, putih-hitam, merah-hitam.
Yang saya beli ni hitam-merah.
Kedai yang saya beli ni, ada 1 kaler sahaja.
Kalau kedai2 lain ada pilihan kaler.

Mulanya saya ada jumpa kedai ni, harga bagus RM269, Preferred Seller-boleh guna coins RM30.00
Masa tu stok dia banyak la juga.
Saya dah ready duit nak beli masa sales 6.6..
Masa tengah malam 12malam tu, dia ada baucer RM10, saya apply tak jadi,
macam sistem tak detect gitu..
Alaa pastu macam malas dah nak beli.

Seharian 6.6 tu, dia asyik buat Shocking Sales ja..
Harga Shocking Sales jadi RM250, pastu baucer RM10, dah boleh apply.
Pastu boleh guna coins RM30. Jimat banyak dah la kan..
Campur dengan kos pos, RM35 lebih, total dapat RM256.00 gitu..
Tapi saya tak beli, wakakakakaka..

Kononnya nak tengok2 dulu, harga boleh turun berapa..
Sekali seller tu habiskan terus stok dia..
SOLD OUT, masa sales 8malam kot, perghhh.
Menyesal den, hahahaha..


Beza kat kedai tu, benda alah ni (electronic display) button dia tu panjang.
Yang ni bulat ja..
Yang button panjang tu, nampak smart la sket..
Tapi saya baru tengok semula, info dia sikit ja.
Ada SCAN TIME DISTANCE CALORI.

Kalau yang ni ada extra ODOMETER, PULSE.

Yang lain2 body semua sama.
Dan satu lagi extra kat basikal yang saya beli ni, ada sensor untuk bacaan nadi.
Sebab tu ada extra bacaan ODOMETER dan PULSE.


Ini sensor nya.
So masa kayuh tu, kita kena letak tapak tangan atas sensor tu. Barulah dapat ambil bacaan PULSE.

Kat display ni ada 2 wayar yang kita kena sambung.
Guna 2biji bateri 3A. Nasib pakai bateri kecik tu, ada stok kat rumah boleh terus pasang, tak dapat free bateri kedai ni...


Masa awal pasang tu, saya tersalah sumbat wayar lah.
Dua wayar tu, satu datang dari roda, satu lagi dari handle basikal.
Setiap lubang tu ada je label. SENSOR dan PULSE.
Saya ingat sensor tu dari handle sensor nadi.
PULSE Tu dari roda. Terbalik rupanya..
SENSOR Tu dari roda, PULSE Tu dari handle.
Patut la tak ada bacaan.
Bila tukar baru kuar bacaan kalori tu semua ๐Ÿ˜…


Kedua penting sangat ada benda alah ni 
Phone holder, hehe.
Penting tu nak layan KShow ๐Ÿ˜ sambil kayuh²..
Ada review tu, dia kayuh sambil layan Netflix, enjoyyy je..
Masa survey kedai awal tu, macam xsure dapat ke tak, hampir nak beli phone holder macam motosikal pakai.


Untuk kedai ni, sebelum nak beli tu tanya sesiap betul tak dapat holder ni, betul tak ada sensor nadi tu?
Sebab ada kedai, dia declare ada sensor, tup² bila customer dapat, sekali tak ada sensor.
Macam tertipu ke, tersalah model ke, tak tahu lah 
Banyak sangat kedai² kat Shopee tu saya baca.
Alhamdulillah puas hati pilihan kedai ni..

Daripada sebelum ni berkira nak button panjang, rasanya yang ni lagi elok la, shape dia petak, information pun banyak.
Semua bahagian dapat elok, tak ada calar, kemek, barang lama ke, display tak function ke..

Alhamdulillah rezeki semua elok sempurna.


Yang holder ni, tak ada la canggih mana.
Dia punya lubang tak mau nak fit kat besi handle tu.
So dapat idea nak ikat dengan cable tight je.
Sebab takut masa dok letak fon, tersadung sikit dengan tangan/kaki mau terpelanting holder ni.
So lepas ikat ni, tak ada risau lagi pasal jatuh², Setel ✅


Button kat bawah handle tu, ada kepala untuk adjust gear ringan ke berat.
Kat roda tu ada macam span tebal gitu.
Lagi (+) lagi rapat span tu ke roda 
So bila kayuh, jadi berat la roda tu nak pusing-pusing.
Maybe yang orang komen bunyi bising masa kayuh sebab geseran ni kot 
Sebab bila span tu rapat sangat, ada la keluar bunyi sikit, bunyi ngilu geseran tu.
Tapi saya pakai ๐ŸŽง, tak ada la dengar sangat.
Tu pun kalau gear berat sangat. Kalau gear ringan, senyap je....

Kalau nak berhenti boleh je tekan button tu, nanti roda tu stop.
Macam saya jarang pun tekan. Saya just stop kaki saya je la daripada kayuh.
Sebab kayuh tak ada la laju².
Slow and steady je.
Saya target 20km sekali kayuh.
Ambil masa dalam 1jam jugak lah.
Kalori dalam 320++..


Korang kalau beli basikal ni, elok lah beli seat baru juga.
Seat yang dapat tu, agak sakit la duduk.
Saya dah cuba macam² tau 
Lapik tuala, lipat tebal - sakit juga
Lapik kusyen sofa - sakit juga
Lapik bantal peluk baby - sakit juga.
Terasa sangat kerasnya seat tu.
Tak boleh jadi ni, beli juga seat basikal yang baru.
Kat Shopee gak, jumpa seller ni jual murah dari kedai glamor yang lain.
Yang ni, memang ada video tunjuk kualiti span dia tebal 6cm ke 7cm entah.
Seat tu sama jugak, harga je lah lain².


Seller ni pos barang laju je, same day.
Dapat esoknya, terus pasang.
Tak boleh tahan, hahaha
Nak pasang pun sama je.
Memang seat untuk basikal.
Exercise Bike pun boleh guna seat ni๐Ÿ˜‰


Ini rupa kedua dua seat ni.
Boleh tengok perbezaan tu
Tapi bila pakai seat ni baru saya sedar..
Sebenarnya yang buat tak selesa kat bontot tu sebab kita duduk lama²..
Macam kalau kita bersila duduk lama, tak berubah posisi, kita akan kebas kaki kan
Sama juga lah dengan duduk kat seat ni.. 

Yang buat tak selesa tu sebab duduk lama kat situ.
Dia jadi kebas bontot.
Tapi kalau tak tukar seat, lagi lah sakit.

Seat lama, sakit bontot 
Seat baru, kebas bontot
Beza kan sakit bontot dengan kebas bontot kan ๐Ÿ˜œ


Tombol yang dekat perkataan Bike tu untuk adjust ketinggian seat.
Untuk yang tinggi, kaki panjang, boleh guna lubang yang paling bawah untuk lebih tinggi.

Macam saya, saya pasang lubang no. 3 dari atas.
enSuami tinggi 170cm, still boleh guna.
Tapi dia tak guna sangat pun.
Saya ja yang dok kayuh setiap hari, sebab saya yang nak beli kan ๐Ÿคฉ


Saya sediakan selipar ni untuk pakai semasa kayuh.
Saja perlindungan untuk kaki.
Sebab hari tu kulit saya ada gatal² kat atas kaki, jadi saya tak nak terluka kena plastik-plastik paddle ni, so sarung kasut ni..
Tak ada la rasa sakit kat tapak pedal tu.

Setakat 2minggu guna ni, saya tak nampak lagi apa² perubahan yang besar.
Apa² pun saya just exercise je setiap hari.
At least Ada juga la bakar kalori.
Asyik intake' je, burn nya tak ada..

Tapi kalau nak bagus, orang suggest beli treadmill.
Yang lari² atas tapak yang berpusing tu.
Maybe yang tu boleh la buat kurakurarun..

Tapi saya kena decide salah satu je boleh beli.
Kalau korang ada bajet lebih, ada ruang luas dalam rumah, boleh beli dua².

Saya pilih beli basikal ni sebab, 
๐Ÿฅ•kalau tak ada treadmill still boleh lari² anak dalam rumah atau kat dapur tu.
๐Ÿฅ•Jumping rope baik untuk atasi buncit, tak ada rope pun boleh lompat.
Tapi kalau tak ada basikal, tak jadi berbasikal lah kekdahnya..
 Gitu la kepala otak saya fikir๐Ÿ˜‚

Sebelum beli basikal ni, saya ada juga buat rutin jumping rope, tanpa tali.
First time nak buat 50 mengah gak la.
Lama² 70, pastu 100, pastu up lagi 200.
Sekarang dah boleh buat 300x sekali jump tanpa berhenti.
Dalam sehari dapat gak la 1000 hingga 1200.
2k belum pernah capai lagi 

Sejak ada basikal ni, lompat jugak lah dalam 300 atau 500 sehari.
Macam best gak la jumping Tu.
Bergegaq semua lemak lemak kat peha n perut tu....


Ini kedai first yang saya tak jadi beli tu..


Ini kedai yang saya beli.
Harga diorang lebih kurang je, beza dekat sensor tu ya.
Kedai yang saya beli ni ada sensor.


Ini seat yang saya beli..

Pengalaman korang macamana?
Ada apa² exercise yang wajib korang buat setiap hari?
Untuk maintain body atau nak atasi perut buncit macam saya?

Mesti korang dah Selim melim macam ๐Ÿœ teww kan kan kan.....
 
Jelesss ๐Ÿฅณ


Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Friday, 2 July 2021

Kebun Dapur : Daun Kangkung Hidup Segar Membesar

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Dah petang dah baru berkesempatan nak menulis.
Sebelum solat Zohor tadi dah siap print kerja sekolah Hafni, tunggu dia tulis semula dan siapkan latihan-latihan yang ada. 
Bercinta nak tunggu dia habiskan kerja sekolah..
Tapi kena la buat juga, bagi sokongan cikgu2 susah2 buat kerja sekolah memenuhi jadual tugasnya sebagai guru..
Terima kasih cikgu !


Puas tak tengok daun kangkung sebesar tapak tangan?
Okay saya janguk lagi.. sebab ni tanam sendiri, soo excited!

Hari tu beli kangkung dari Tesco. Bahagian pucuk muda tu memang simpan nak tanam.
Saja la pi campak dalam bekas tanaman tu.
Tak ada sumbat batangnya dalam tanah pun, memang betul2 campak je, hihi..
Alhamdulillah tengok2 hidup juga,

Hidup segar bugar. Daun bersih, hijau gelap, daun lembut.
Seronok kot dapat zat macam2.
Sebab tanam dalam bekas polisterin ni, air bertakung, tempat saya tuang sisa makanan.
Banyak pokok2 untuk masakan, saya siram dengan air beras je.
Kira kat dapur tu ada la satu jar air 2L yang saya sedia untuk simpan air beras.
Bila ada apa2 makanan yang rosak/basi, saya masuk je dalam jar tu.
Soo macam2 zat protein ada.

Bila ada kangkung, apa lagi sedap masak tumis belacan dengan nasi goreng kampung, yeay..
Lama sangat dah tak membeli sayur daun2 ni.
Beli banyak2 nanti membazir, sebab lambat masak, sayur dah rosak.
Saya memang masak hari2, tapi entahlah kenapa sayur macam tak masak/makan pula.
Mungkin sebab masak pelbagai, bukan makan nasi setiap hari.
Saya selang2 dengan masakan lain.


Ini kali kedua dah amek.
Yang gambar tapak tangan tu, kali pertama amek, 5helai je gitu.
Tu pun cukup je buat nasi goreng..


Ni ha nasi goreng kali pertama daun kangkung.
Saya kalau nasi goreng suka letak telur, ikan bilis dan isi ikan je.
Biasa la asal usul makan macam tu. 
Orang utara biasa buat nasi goreng bila ada lebihan nasi dan ikan goreng.
Bila kawen, enSuami tak puas hati, mana ayam?
Alaa xsyok ada ayam dalam nasi goreng, hahaha..
Fish cake kadang2 letak kalau buat nasi goreng Cina.

Tapi kali kedua buat nasi goreng kampung ni, saya keluarkan isi ayam juga.
Sebab saya ingat nasi banyak dalam periuk.
Bila penyek2 nasi, aik xda la banyak mana.
Tapi alang2 dah defrost isi ayam, guna je la..
Kasi masak ikut selera enSuami pula.
Letak isi ayam banyak2 dalam pinggang dia.
Pinggan saya, saya boh ikan bilis dan kacang goreng, hehehe..


Nasi goreng kedua takdan nak snap.
Sebab pagi tu baru keluar amek daun kangkung.
Dah terlanjur masa nak makan.
Tak ingat apa da, siap masak je, terus santap, Alhamdulillah..

Saturday, 26 June 2021

Headphone : Aksesori wajib bila di dapur, ngeh ngeh

Assalamualaikum..

Sabtu di hujung minggu ni, kita santai je lah menulis.

Topik headphone ๐ŸŽง

Saya mula terjebak dengan headphone ni dalam tahun 2019 gitu..
Mencari-cari sesuatu untuk memenuhi keperluan hobi yang suka dengar lagu sambil buat keja²..

Kalau buka muzik pakai telefon bimbit, bunyi muzik tu kedengaran kuat pulak kalau di dapur.

Bunyipun tak jelas sangat sebab sound Speaker terbuka luas kan..
Kira macam sound mencapah gitu..

Terfikir nak beli headphone ๐ŸŽง yang Bluetooth, senang nak sambung guna, wireless gitu..


Masa ni masih dengan fon lama. Dah retak seribu, jatuh dari atas mesin basuh ๐Ÿ˜ซ
Yg snap gambar ni, guna fon enSuami, dia guna 8Pro.

Survey punya survey kat Shopee tu, jumpa la brand SODO ni..
Alaa bajet ciput je bawah RM 100..

Yang SODO ni harga RM 60, siri MH3.
Masa tu beli, kira yang the latest model la kot..


Berkenan SODO ni sebab Kaler dia cantik ๐Ÿ˜
Ada gold dan rose gold..
Warna yang saya suka buat masa sekarang..

Tapi masa nak beli, ada stok rose gold.
So beli rose gold.
Model SODO ni best sebab dia 2in1.
Boleh guna headphone, boleh guna sebagai speaker juga.
Hanya terbalikkan je, dia punya tutup telinga tu, nama apa xtau, hee..
Yang sebelah kiri tu, automatik dia jadi speaker.

Ada 4 button.
Volume up/down
On/Off/Play/Pause
Next/Previous
Mic/Call

Semasa pakai headphone juga boleh jawab call.
Nak buat calling pun boleh tapi nombor terakhir/the latest dalam list call sahaja.

Pakai SODO ni tahan setahun gitu.
Saya rasa sebab saya salah guna plug untuk charging headphone ๐ŸŽง ni..

Guna plug charger handphone yang tinggi ampere (A). Dah lama dok pakai baru ensuami tegur..
Nanti melebur la bateri dia tu..

Sungguh la setahun je tahan.. lepas tu baterinya cepat habis/mati.
Baru nak member**k, bateri dah habis, isk ๐Ÿ˜

Frust sangat, salah sendiri gak..
Survey lagi kat Shopee ๐Ÿ˜‰

Mula nak beli SODO jugak..
Tup tup terjumpa Lenovo.
Fuuh, Lenovo pun ada headphone.

Model Lenovo ni dia declare long lasting battery, 20jam boleh tahan..
Kalau SODO 10-15jam.
Tapi sepanjang saya pakai tu, xsampai 10jam lah, 3hari dah kena cas.
Sehari guna dalam 2jam lebih ja..

Harga sama juga RM 60.
Cuma Kaler tak menarik, hitam sahaja ada.
Tak boleh lipat macam SODO, untuk mudah simpanan, keras kejung seketoi macam tu lah.
Pastu tak boleh buat speaker jugak.

Memang headphone ๐ŸŽง semata²..


Saja try model Lenovo plak.
Org kata, Lenovo pakar ๐Ÿ”‹, tahan lama.
Kat posting produk pun dia declare ๐Ÿ”‹ tahan  lama..
Ini sangat bagusss ๐Ÿ˜œ


Masa beli tu tanya seller, ada jual kepala plug utk USB cable nak cas ๐ŸŽง ni tak..

Seller Tu jawab xpe, I bagi you free plug Tu kalau you jadi beli..
So jadilah beli dengan dia ๐Ÿ˜‚

Lepas dapat tu, cas dulu 2jam.
Pastu saya buat eksperimen, betul ke tahan 20jam..

Setiap kali sudah guna, saya catat berapa jam saya guna kat pintu kabinet dapur.


Jadi inilah catatan yang saya buat sepanjang 2minggu, sebelum tamat tempoh nak tulis review kat Shopee tu..

Masa ni, bateri tu tak habis pun lagi, tapi sebab nak buat review tu, jadi saya jumlahkan sehingga hari review tu je.

Selepas 3-4hari tu baru habis.
Tapi bukan total habis pun.

Lenovo ni lecehnya, bateri ada 40% lagi, dia dah bising² suruh cas.
Kalau SODO tu, sampai low ๐Ÿ”‹ baru dia suruh cas ๐Ÿ˜….


Tapi okaylah puas hati, ๐Ÿ”‹ tahan lama sungguh..
Kalau charger dia hilang pun tak sedar.
Punya lah lama nak guna semula..

Button dia pun ada 3 je.
Power / tambah / tolak
Power Tu fungsi untuk on/Off, play/pause/resume, jawab call pun tekan button power jugak.
Yang tambah/tolak, untuk volume dengan next/Previous.

Kalau SODO dulu, kalau tak ada muzik bunyi, dia auto Off, dalam 10min kot.
Kalau Lenovo ni lambat Sket nak auto Off.
Walaupun tak ada bunyi, tapi kalau dia still connected dgn Bluetooth, dia on ja.
Kalau disconnected, xda Bluetooth yang connecting dengan dia, lama Sket baru dia nak auto Off.

Maybe sebab ๐Ÿ”‹ dia tahan lama, jadi dia xperlu nak jimat² kot, ๐Ÿ˜†


Ini la favourite saya enjoy kat dapur tahun 2019-2020.
Tapi September 2020, ada orang sabotaj Hong Jin Young ni..
Kesian dia, sampai sekarang dia masih senyap dari dunia seni.
Orang Korea gitu la, kalau sekali kena boikot terus hancur lah masa depan dia dalam bidang seni ni..
Tak tau la bila dia nak buat comeback.
Umur sebaya ni, sama tahun 1985.
Suram je kalau tak da celoteh dia..

Dappun saram (bad people) buat jahat kat my cinggu, ๐Ÿ˜ญ

Tahun ni layan IU la sambil² dengar lagu² HJY..
IU ni suka sebab dia pun berlakon juga. Lagu² dia pun best jugak. Sesuai dengan selera.

Tapi trot Queen tetap di ❤️
Daisypath Anniversary tickers