Search This Blog

Thursday 31 October 2013

D.I.Y : Kotak untuk simpan pakaian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

harap semua blogger n pembaca sihat ceria, amin...

Dalam 2 minggu kat umah ni, kalut2 dengan hafni, saya sempat berDIY..

Ada yang susah ada yang senang [dalam kondisi saya]

Pertamanya yang tak sabar nak buat, kotak ber'partition'
Idea asal dari sis Fizah blog Sioca..

Saya tengok tu, teruja, waaaaa..
Kalau keluar waaa masa first time tengok tu, maknanya memang idea tu sangat GEMPAQ..

Memandangkan kat umah pun memang ada banyak kotak, hajat di hati memang nak buat jugak..
walaupun tak tau lagi nak isi apa, bleh hahaha..

Dalam plan tu, sangat sesuai kalau boleh letak kain pelikat enSuami yang banyak sangat tu..
lagipun dia suka menyalin..
Dalam sehari mau 2, 3 helai dia guna...
dulu2 [atau dalam almari kt umh mertua] saya lipat2..
tapi enSuami dia suka tarik2 mana2 kain atau tshirt yang dia berkenan nak pakai...
so bila main tarik, paham2 je la...
bukan nak reti2 susun balik, ppft...

kat rumah sewa dulu saya main gulung2, cara saya masa bujang2 dolu2...
efisen la jugak, cuma ruang terhad.
kadang2 nak jimat tenaga, saya suh enSuami amek je kain yang tersidai kat ampaian tu guna dulu.
dah habis sangat dah, baru amek kat almari.
dia la yang ajar...
selamat tenaga saya nak berkemas, hehehe...


Ini dia kotak yang dah siap berbalut.
nasib saya mudah sebab kotak kipas yang ada tu, memang muat2 almari.
so, saya cuma tambah divider kat tengah tu je...

ya ampun, susah gila nak balut kotak yang berkotak2 macam ni..
tengok sis Fizah buat, macam senang je...
tau2 dah siap dia tunjuk gambar...
bila buat sendiri baru hang tauuuuuu....

dari tengahari sampai ke petang, baru siap macam ni...
ingat dah nak berhenti tengah jalan daaa..
dengan hafni yang kejap2 terjaga nangis
nak wat keje apa pun xleh tau...


Dah siap camni, tersenyum puas...
tapi tak terus siap jugak...
nak simpan baju dalam ni pun amek masa gak..
bertukar2 ideanya....


Mulanya semua saya gulung
kain pelikat gulung, tshirt pun gulung...

tapi bila tengok terjelir camtu, xsyok laaa
pastu try lipat sampai kecik...
jadi kain pelikat macam gambar kat atas tu...

tapi bila tengok situasi macam tshirt lebih banyak dari kain, [sebab masih kat umh sekinchan],
saya tukar kedudukan plak...
sebab tshirt ni tebal sebab ada kolar...

Jadi tshirt amek ruang tengah, kain pelikat dok tepi..


Saje je tumpangkn kain batik tu, nak tengok berapa helai bo muat.
klu keseluruhan kain pelikat, mgkin 6-7 sja, kalau sumbat 8 mcm ni, bo ketat sangat.
nanti kotak DIY ni plk yang rosak, aish...

Yang sebelum adanya kotak, saya simpan dalam laci mcm ni...


cepat sangat kain pelikat dia habis...
sekarang dah tukar masuk dalam kotak.
dan lebih senang, saya letak kat lantai luar dari almari...


xda lagi bunyi bising2, pintu gedegang, laci berdengung!
nanti wat anak saya senang terkejut dari tidur, nak pujuk balik bukan senang, huuu

satu lagi projek yang sama dari kotak...
kotak asal kertas A4 IK...
Saya balut pakai kertas yang sama...


untuk nak simpan cadar..
sebelum ni, saya simpan cadar dalam beg plastik je...


cara masa di rumah sewa dulu.
letak dalam almari...


dalam almari, saya simpan macam ni je, bleh..
membazir ruang kan...
sebab saya malas sangat nak buka2 pintu almari, lambat.
jadi suka letak barang2 yang jarang2 guna.
sebab tu la ruang tu jadi macam tu, huhuhu...

lepas ni, cadar2 tadi dah dipindahkan ke dalam kotak yang diberi nafas baru..


Selamat 4 set cadar, 1 selimut, 1 langsir [yang xdpt pasang kat tingkap] selesa dalam kotak ni..
Yeh, misi tercapai.
Ada juga guna kotak2 lama ni, nasib xbuang lagi masa pindah dulu..
Makeover sket, dah mudahkan penstoran baru.

Kalau orang lain, mesti beli bekas plastik storan tu kan...
saya tak terbeli2 lagi walaupun dah banyak kali terfikir pasal tu...
bila tengok harga, emm nanti la dulu, nanti la dulu, nanti la dulu, ada ja benda lain yang perlu didahulukan.
akhirnya, DIY la sementara dulu.

xtau la sampai bila dapat bertahan.
ingat nak label2 lak lepas ni, hihihi...
teringat sticker tertinggal kat umah sana.
nanti la buat label, kalau banyakkkk sangat kotak2 simpan macam ni...

Soalan, rajin ke nak buat lagi nih?
Huhuhu.....

Kotak tadi selamat simpan semula dalam almari.


yang sebelah tu pun kotak kertas A4 DoubleA.
dah siap balut.
tapi takada isi apa2 lagi...
rajin terlebih kot...
alang2 dah membalut ni, balut la siap, tengah ada mood membalut.
nanti nak guna kan senang, isi je barang pe nak, tunggu nak label je untuk memudahkan penstoran.


ini sahaja satu-satunya almari yang saya ada kat rumah ni...
huu, macam kesian la sangat, heee
dah jumpa almari idaman saya dan enSuami...
tunggu bajet la, apa lagi....

xsabaqnyaaaaa miliki almari pakaian idaman kalbuuuuu

Wednesday 30 October 2013

Macam-macam jadi kat Hafni...

Assalamualaikum...
Susah nau nak update blog bila dah berbaby ye...
Ada ja cerita nak tulis dalam hati n otak ni..
Tapi tak sempat2 nak tulis...
Baru klik new post, dah bunyi2 si anak tuh...
Aisey....
Saban sekarang, saya dah berada di rumah tak da tangga sendiri...
perhatian anak hanya dari umi n abi...
tak ada lagi nenek, pakcik n makcik yang boleh jaga Hafni, huuuu
Simpton menangis tiba2 bila dia terjaga dari tidur telah terjawab...
Mbah Iran [atuk saudara] kata lehernya tergeliat [terseliuh]...
tu yang bila tersedar je, terus nangis kuat2, sebab sakit...

Masa kena urut ni, serlop jugak la nangis...
Tahan saba je la, anak serlop...
pujuk2 nak kena urut kejap je...
lepas habis tu, cepat2 susukan dia, boleh la senyap, tumpang buaian kat umah atuk...
yang cucu dia punya.
lena tidoq....

Buaian kat situ, spring dia lembut je..
Tak macam kat rumah, keras...
kami pun teruja jgk tengok spring dia yang lembut tu..

enSuami kata kalau nak beli nanti, kena cari macam ni la..
boleh bayang spring yang macam mana kami maksudkan?

Ha nanti nak tunjuk.
Dah dua minggu kami di rumah, hari kedua, enSuami ajak pi beli buaian.
katanya kesian kat Hafni, xselesa tidur...

Kami pun kuar pergi cari..
Kebetulan dekat je dengan kawasan perumahan, ada kedai nama Bebe's Home...


Try masuk tengok dulu.
kalau saya nak survey2 dulu.
tapi enSuami tau2 je la, kalau dah jupa ada, terus aja beli, bukan nak tengok2 dulu.
Saya pun xnak pusing2 lagi daa...

Lenguh kot dok dukung Hafni ni..
Dah besar dah anak umi ni..
Berat sangat, lepas boleh letak dia, terasa sangat lenguh kat pergelangan tangan tuh, huuu.


Lepas balik tu terus pasang.
semangat tu enSuami, semua untuk Hafni yeh!

Spring macam ni la yang saya maksudkan...
Ada banyak, tapi sangat lembut...


banding dengan spring yang biasa dapat free dalam set ni...
yang jenis satu je....

dulu kecik2 pkai spring satu mcm ni jgk..
ingat sebab baru, sebab tu keras.
assume lama2 guna, kot jd lembut kan..
tapi nk tggu lama tu, rasa kena beranak 8 org bru nak lembut kot, kuikui...


Dah siap, terus masukkan.
Bila masuk je, terus bulat je matanya...


Net pun kena beli asing, ingat dapat free dah 1 set..
first time beli buaian, kekeke...
hentam nak semua sekaligus...
sapa la nak bg free semua kan?


Abi dok tangguk la Hafni nak bagi tidoq dalam ndoi baru..
smpai abi nak pi sekolah, tak pejam pun si hafni ni...
kalau hafni nangis, mesti nak suh saya susukan... walhal baru je susu setengah jam yang lalu...

Sepanjang hari tu saya dok layan dia dalam ndoi.
ralit dok berendoi, zohor pn lmbt..
hafni stil xmau pejam mata, adoi....


nak solat punya pasai, saya terpaksa buat cara biasa...
iaitu, nak anak tidur, umi pun kena tidur jugakkk.
akhirnya atas badan umi juga yang hafni lena, fuh...


masa awal2 ni, kalau saya nak buat keja, saya gendong je dia...
kadang2 kesian gak, badan dia terpeleot sana sini, main hentam je umi ni...
time nak potong, cincang, ambil barang, semua dengan satu tangan..

sampai satu masa tu bila dia letih, dia akan tertidur sendiri dalam dukungan.
bila dah lelap, saya pun apa lagi, cepat2 ar letak...
saya letak dalam bakul ni...


nasib baik teringat nak bawak balik bersama.
dah agak dah, bila kat dapur mesti berguna bakul ni...
tapi sekarang jadual dah berubah, kadang2 je saya masak waktu petang.
selalunya saya dah masak siap2 untuk makan tengahari sblm enSuami pi sekolah.


sekaligus untuk makan malam sama.
selalunya masak ntuk 2kali makan.
saya berdua ngan enSuami je
cukuplah sekadar ada lauk n sayur.
lengkap 1set, xda nak mewah2 sangat..

udah enSuami selalu dok tanya, mana jimat lagi masak sendiri ke beli ke untuk makan dua orang?
kalau masak cukup2 untuk kita makan, xda sisa2 lebih2, mesti la jimat lagi kalau masak.
kalau makan tak habis tu yang buat rasa membazir tu, ada paham?

Sebelah malam, bila nak makan, enSuami panaskan guna microwave udaah...


Jimat tenaga, air, minyak, gas lagi...
dengan isu semua naik harga, haruslah berjimat!
guna microwave dua minit je untuk panaskan semula...

lepas makan selesai, baru boleh lepak2, tapi tu enSuami je...
kalau dia rajin, Hafni tidur, dia jagakan ndoi...
saya boleh curi masa buat kerja lain...


kalau hafni meragam...
saya pun kena naik katil, tidur sama2 dengan Hafni, huuuu...
masa berlalu saya tak berkira daa...
kol 8 lebih, 9 lebih dah tidur dengan anak.
Waktu biasa terjaga semula dalam kol 1, kol 4, dan 5 lebih waktu subuh...

Suka tengok kalau anak tidur mengiring camni...
sangat comel, sebab nampak mulut dia tersepit...


Kadang2 ternganga camni...
Tangan dia tu, action tido macam orang dewasa.
Bila jaga suka mengeliat banyak2, dengan bunyi sekali..

Amboi anak dara umi nih, hehehe

Hafni Azzahrah, anak umi, anak solehah.
Nanti hafal al-Quran jadi al-Hafizah ye...
Aminnnnnn


Monday 21 October 2013

Entahlah, xtau apa nak cerita....


Assalamualaikum...

Nabilah ahmad masih tak ada apa2 perkembangan...
hafni mungkin bertambah berat...

Hari raya tak ke mana2, sebab malam raya, saya demam panas tiba2...
esok tu dok rumah juga la..
Family pun tak ke mana2 juga, sebab Abah ada buat korban kat surau, jadi masa dah habis untuk melapah daging...

Petang semalam, jalan2 ziarah ke Sg Samak.
Atuk saudara...
sempat dia mengurut kat Hafni..
katanya leher Hafni terkehel, sebab tu dia sakit n nangis teruk2..
terjaga je terus nangis kuat2....
tidur pun tak lama selalu terkejut2...

jeles dgn kwn2 lain join contest.
saya xdpt join la nmpknya..
masih baru dlm dunia keibuan...
xda apa2 yg boleh dikongsi...
*nangis*

esok insyaAllah nak try dok umh sendiri dengan Hafni berdua...
enSuami dah mula mengangkut barang hari ini..
nak pindah hari ini xsempat, pospon esok...

entah la menang tgn ke tak..
mana nak masak, mna nak dukung, mana nak susu, nak sidai baju lagi di ampaian...

teringin sgt nak babywearing..
DIY sling baby.
- kalau terpaksa...
tapi kena tggu leher bby dh ckup kuat dlu, emmm
kalau tak, letak ats tilam, dlm katil atau beli buaian...

nak tinggal sekejap untuk ke toilet n solat yg paling mencabar...
kalau la saya superumi, dukung jgk la anak walau semasa solat, ALLAH!

untuk yang terakhir, ada perkongsian untu ibu moden!

Antara perkara yang menyebabkan fizikal dan mental bayi lambat berkembang adalah :

Membedung bayi
Memakaikan sarung tangan dan sarung kaki kepada bayi
Menidurkan bayi dalam keadaan telentang
Meletakkan bayi di dalam buaian
Menggunakan walker pada bayi

Nak tau lebih lanjut kenapa dan bagaimana? Bagaimana pula mahu meningkatkan potensi bayi dari segi fizikal, mental dan emosi? Join parenting course di Institut Nury 

p/s : ni bukan promosi tapi galakan untuk menuntut ilmu keibu bapaan..hehe 



Ada kebenarannya? Jom cuba dulu, baru tau....

Friday 11 October 2013

Perancangan keluarga, papsmear, MGTT, dah meleret la saya cerita...

Assalamualaikum...

tak syoknya tak dapat update blog..
sebenarnya nak bercerita..
tak sempat2 nak taip..

xtau apa nak share, bleh?
Heeeee

nk mbebel mende ni...

anak saya dah cukup sebulan...
pergi klinik, dan kena cucuk, hepatitis B dos ke2.
walaupun ramai sahabat terdekat menolak vaksin...
tapi segolongan kami, masih mengikut prosedur.
setiap ibu, mahu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya...

saya xtahu nak kata camna...
kalau dibaca2, memang rasa nak unvaccine jugak...
boleh terpengaruh oooo
tapi enSuami tak izinkan...
dia suh ikut macam biasa ja...
alasan, kita pun kena cucuk jgk dlu...
xjadi apa2 pun... (alhamdulillah)

Setakat dua hari ni, anak saya tak ada kesan negatif dari dos yang diterima, Alhamdulillah.
Harapnya kami boleh teruskan seperti biasa tanpa menyanggah pendapat.
walaupun saya ni tidak menyokong penuh perubatan kimia.
sebab saya sakit jarang2 ke klinik, melainkan dipaksa kawan2 atau sekarang dah ada suami.
sebab dulu kecik2, kalau demam, ayah saya boleh buatkan air ubat.
petang hingga malam, demam. esok pagi dah boleh pi sekolah sebab dah sembuh.
tak da can la nak ponteng sekolah dulu2...

bila cukup sebulan, 3 perkara menghantui saya buat masa ni...
1. Perancangan keluarga
2. Papsmear
3. MGTT

aish malas betul nak pikir semua ni..
semalam ke klinik untuk check up doktor [sebab suntikan 2hari sebelum di klinik desa] doktor dah tanya kaedah untuk perancangan keluarga.
jawapan saya sama ja macam saya jawab kat nurse di KD, kaedah natural, semula jadi.
Boleh ke, doktor tu tanya.. saya jawab insyaAllah.
Pastikan dua tahun ya.. mcam bagi amaran plak doktor ni.. saya senyum je InsyaAllah.
sebab dah bincang dengan enSuami, dia memang nak Hafni besar dua tahun dulu, baru pikir nak usaha lagi.
sebab dia tak nak anak2 kami hadapi sindrom kemurungan anak kedua...
sebab dah ada tengok pengalaman orang, memang kesian sangat la kat anak yang xckup perhatian, dapat adik baru.
memang dia mudah merajuk, nak mak dia aje...
kesian plak tengok...

tapi tu la, mana nak tau rezeki tu cepat plak.. orang kata tereksiden atau terbabas, heee
bagi saya sekurang2nya saya ada perancangan yang tetap.
selebihnya langkah pencegahan dan doa.
ilmu kesuburan kena ada la kan...
alhamdulillah, insyaAllah cuba yang terbaik.

tapi nak cerita hehehe, dua minggu jaga anak, saya cakap kat enSuami, bosan la jaga anak..
3 minggu jaga anak, okay tak ada anak sorang ja? xreti nak jaga la....
hohohoho, surender awal nampak....
kalau la saya berpantang kat umah dengan mak saya, mesti ayat glamor mak saya keluaq...
ha beranak pandai, nak jaga xreti, huuuuuuuuu....
baru saya rasa perasaan kawan saya yang xmau beranak lagi, hee..
anak sulung dia dah nak masuk 4 tahun kot..
dia sama la macam saya, jenis kasaq sket..
xreti nak lembut2, pujuk2...
kami berdua mmg xberapa nak mesra dgn budak2...

dolu2 saya tgok kakak ipar saya dok ckp2 dgn baby dia [yg kecik xphm apa2] saya rasa mcm org gila la plak, mcm xbtul plak..
sebab tu, mai turn sendiri dah ada anak, saya tak berapa nak buat sangat, malu gila [ego tinggi nih, hahaha]
enSuami je la yang suka dok main2 bergurau dengan anak...
sebelum nak beranak ni saya ada pikir jugak, boleh ke saya ni nak jaga anak, sekali dah ada, bukan boleh buang plak bila xsuka kan....
elok juga la saya lambat sikit dapat anak, boleh ada masa nk berbujang lg ke, nak jalan2 foya2 ke, hehehe..
mula mengandung bila enSuami dah dapat pindah, saya dah boleh cuba2.
tapi 1 yang kuat tu, sebab tekanan dari orang keliling...

ye la, dah kawen tak beranak, macam pelik la plak..
bagi saya kitar hidup seorang perempuan mesti rasa tak lengkap selagi dia belum menjadi isteri dan ibu.
saya pun mesti la terpikir sungguh ke tak mau anak...
nanti org kata mandul ka sakit kat mana ka, xdak anak kann..

ok, skg dh pregnen, dah bersalin, lega sudaaa.
terbukti, jeng jeng jeng...
tapi bukan nak beranak sbb ni ja....
saya pun ada persediaan dan perancangan bila dah ada anak...

tapi proses untuk 2-3 bulan pertama, bayi akan menangis tanpa henti, atau tanpa sebab..
yang ni yang berat ni nak hadapi tiap2 hari..
kadang2 saya dah sampi tahap xmau layan dah anak tu...
tapi hanya bila enSuami ada la... kalau dia tak da, sapa nak amek anak untu pujuk, layan...
klu dia tak ada, ada 1 atau 2 cara ja yang saya tau untuk diamkan anak...

perkara kedua papsmear..
saya ingat papsmear untuk remaja perempuan sahaja.
memandangkan dah terlepas, rasa lega la.
sekali, nurse KD tanya saya bila nak buat.
saya terkejut badak la...
mesti kena buat ka? semua macam tu?
saya xpenah plak dengaq kawan2 saya yang dah bersalin depa cerita kena buat papsmear..

bila dah jupa doktor semalam doktor tanya bila nak buat.
MGTT pun dia tanya jugak.
saya kata xtetap tarikh lagi.
ingat doktor tu dah nak bagi kata putus dah kat saya bila kena buat.
tapi dia kata rujuk kat KD, bila sesuai nak buat.
papsmear kena buat ye, dia bagi amaran lagi...
mesti ramai yang lari kan...
bila entah nak buat..
macam tak bersedia lagi...
trauma masa cek bukaan rahim pun dok terasa lagi, heee

semalam 10 oktober, besday enSuami.
tapi sebab keadaan serba kekurangan sekarang, tak ada apa2 surprise untuk enSuami.
minta maaf la kat enSuami..
tapi mak n abah ada belikan kek harijadi untuk dia semalam, surprise!!!
tersenyum lebar enSuami, terkejut la tu...
terima kasih kat mak abah, selebrate besday enSuami saya, anak mereka juga...
saya? boleh kasi big hug n kiss je la... hee hee


Daisypath Anniversary tickers