Search This Blog

Sunday 31 May 2015

DAPUR : Susun atur terkini untuk baking station [selesai masalah loyang], yeah!


Assalamualaikum....

Cerita pasal ruang ni, dulu2, saya hanya guna 2 batang rod untuk bahagikan ruang antara loyang dan mixer.
macam gambar bawah ni...


Tapi seperti dalam cerita sebelum ni, hafni suka sangat tarik batang rod tu...
dan disebabkan loyang oven yang berat sangat tu, kadang2 boleh juga runtuh rod ni...
kalau jadi macam tu, berdentum la bunyi loyang besi berlaga...
adehhh...

Lepas tu, selepas tukar lantai baru dengan hiasan wallpaper tu, saya guna rod tu pula untuk susunkan loyang2 tu..
dannnn kejadiannya sama juga, Hafni tarik lagi semuanya, huaaaaaaa...

Lepas tu dah mula bosan, tak nak buat apa2 lagi dah..
Saya biar je gitu...
guna bakul Daiso tu je, untuk letak loyang2 yang kecil tu.
Habis cerita, hehehe...
Bekas2 acuan yang kecil2 tu, dah lama tukar tempat lain, sebab selalu jadi mainan Hafni...
penat nak kemas balik kalau dia dah sepahkan, jadi letak kat tempat yang dia tak boleh capai, senang cerita...


Bila lama2, rasa tak puas hati plak..
masa tengah sibuk kemas kotak2 buangan selepas selesai DIY Kabinet Dapur Hafni tu, terperasan kotak lebihan DIY untuk letak pinggan makan...
dok perati lama2, nak buang ke, nak simpan, nak buang ke nak simpan...
tup2 terfikir macam boleh guna je....
kalau ikutkan idea yang saya fikir ni, dah lama ada...
tapi dok malas, malas nak buat..
ingat nak cari file holder yang material besi tu untuk letak loyang2 ni...
sebab tu la dok tertangguh tak buat...

Lepas tu, pasrah je la, apa yang ada..
buat sendiri, habis cerita...
memenuhi keperluan...
tak ada kos yang keluar, jimat!


Macam rak untuk simpan pinggan makan, yang ni pun saya balut juga..
guna glue gun la, sebab guna kain...
saiz tak sama, belasah je la...
yang penting, kat bahagian depan, kosong tak ada penghadang..
mudah untuk sorong dan tarik loyang tu..
sebab saiz loyang oven tu, memang ngam2 je dengan ketinggian ruang kabinet ni..


Bila dah siap, masa untuk menyusun...
kosongkan semua ruang tu...
tinggal mixer je kat situ...
memang ruang yang ada, memang ngam2 dengan kotak tu...


Masukkan kotak2 nye, dan susun loyang ikut kategori...
loyang oven, yang petak tinggi kurus, satu kotak....


Yang loyang bulat, ada tersembunyi dalam bekas tupperware bertudung oren tu..
dua bekas tu memang tak leh nak letak mana dah, tak ada tempat sudaa..
lagipun memang bekas2 tu saya guna untuk letak kek kalau kek yang jenis bertopping...


Untuk bahagian pintu, ada tambahan sikit, piping bag....
saya lekatkan je plastik bungkusan tu dengan double tape...
just gunting sikit kat bahagian atas tu, untuk saya mudah tarik keluar, piping bag ni, bila nak guna...


Habis selesai masalah saya...
mudahan2 elok2 je la, fungsi dan faedahnya...
bila guna kotak dan kain, sekurang2nya, kurang sikit bunyi frekuensi bila besi2 loyang tu bertemu, heh!.....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Wednesday 20 May 2015

D.I.Y : Poster Hiasan di Ruang SOHO

Assalamualaikum...

Dah lama, meja jahit saya terbiar, tak terurus...
nak dekat sebulan juga kot, kali terakhir menjahit...
dan bertambah haru-biru masa DIY kabinet dapur Hafni 2 minggu lepas...

Beberapa kali juga perubahan yang berlaku di meja jahit ni..
terutama sekali bahagian storan..
rasanya sekali je saya kongsi tentang susun atur di ruang ni..
dari frame merah, saya tukar ke palang2 ni..
sebelum ni, semua gantung, guna S-hook.
pastu, bla bla bla....
lain kali la cerita....pasal susun atur ni, sebab tak sempurna lagi di mata saya...

Yang penting, hari ni nak cerita pasal DIY terbaru ni, heee...
baru siap petang semalam..

Ya, ini dia...
nak deko sikit kat ruang ni...
bagi naik seri sikit..
sambil memberi motivasi pada diri..
untuk lebih bersemangat dan lebih positif, yeah!


DIY kali ni, memang zero cost!
haaaa, guna semua bahan2 yang ada depan mata dan dalam rumah ni je....
kotak frame tu, saya guna kotak jam Romantika yang saya beli dulu tu..


Kotak2 ni saya simpan tau, macam best je kotak ni..
kot le boleh buat DIY apa2...
dan akhirnya, kali ni menjadi lah kegunaannya..
kalau ikutkan ruang tu, muat je nak sumbat 3 frame terus..
tapi sebab, saya baru guna 2 jam, satu lagi masih tersimpan [malas nak panjat kabinet nak amek]
jadi guna 2 je lah dulu...


Mulanya nak ambil kata2 Fikir positif, rasa positif, beri positif, dapat positif...
bila google, jumpa kata2 ni pula...
kalau pilih kata2 ni, nampak lebih menyeluruh maksudnya..


Saya memang perlukan treatment positif macam ni, huahuahua..
sebab sikap negatif dan prejudis ni sangat kritikal dalam diri ini, huhuhu...
harap2, saya boleh selalu mengingatkan diri saya setiap hari...
Aminnn, inShaAllah...


Keep calm ni pun, kebetulan jumpa masa google tu, hehehe...
selama ni, dok tengok kat FB n internet org dok guna KEEP CALM, keep calm, keep calm...
entah apa-apa je...
tak sangka pula, dalam bab sewing pun ada KEEP CALM..
ada KC and SEW ON, tapi saya terpilih LOVE SEWING pula, hehehe...


DIY ni, saya cetak macam buat stencil Allah dulu...
cetak dalam 4 helai kertas A4...
sebab frame ni, bersaiz 35cmx35cm..
nampak la juga kesan cantuman tu kan...
kalau jauh sikit, kira OK la, samar2 gitu...
dah nama pun cantum...
kemudian balut dengan plastik balut buku untuk lebih tahan lama...hee [terjumpa dalam kotak barang2 purba zaman bujang, wakakaka]



Mulanya kosong je untuk KEEP CALM ni..
pastu macam best je nak tambah deko2 sikit, tapi tak tahu nak letak apa...
tengok2 idea, ada orang buat border dengan butang2 baju...
saya pun dok cari la frame border butang...
tetiba TING!

Ehhh, butang baju kan ada banyak dalam laci...
macam best je, guna butang real..
lagi pun, butang yang ada tu, butang terbuang, butang terpakai...
sama, tapi tak cukup korum...memang tak boleh nak guna untuk baju baru pun..
daripada terbiar menyemak dalam laci, moh le kite menggunakannya dak...


Susun2 dulu ikut sama jenis...
supaya nanti nak susun tak terambil butang yang sama kan...
try test susun kat frame..
tapi tak lama tersusun tu, Hafni main, habisssss... T_T


Lepas tu, apa lagi susun ikut dan je...
nak buat double pun tak boleh...
sebab ada sikit je...
butang2 ni, memang dari baju kemeja..
so tak ada la colorful macam orang buat deko2 tu...
semua kaler putih n jernih, tu pun dah naik kuning ter..
guna apa yang ada je...
tak nak keluarkan kos, nak jimat, heee


Keep Calm and Love Sewing :)
Hiduplah penuh ikhlas dan banyakkan kasih sayang untuk diri kita dan orang lain..
Buang semua perasaan negatif dan jangan sekali-kali fikir negatif tentang sesiapa..

Mendalam maksudnya...
Semoga bermanfaat :)
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Wednesday 13 May 2015

D.I.Y : Set kabinet dapur untuk Hafni

Assalamualaikum...

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Akhirnya siap juga...
hampir sebulan juga la, projek ni berlangsung...
selama itu la, rumahku lintang-pukang, ;P

Tetiba idea + kemahuan datang, nak buat dapur tempat main masak2 untuk Hafni.
sebelum itu, pencetusnya adalah terjumpa set mainan masak2 kt MrDIY bulan lepas..
masa tu, ragu2 lagi nak beli...
kena simpan duit dulu...
aim nak beli yang besar, kaler merah hitam, siap ada dapur sekali...

Pastu balik rumah, dok tengok2 gambar dalam telefon, terjumpa, gambar yang pernah dikongsi tentang set dapur mainan, diperbuat daripada kotak, dalam group KSSA dulu2...
ingat lagi tak gambar ni?


Saya simpan je gambar ni, sebab rasa menarik..
memandangkan kotak pun ada banyak, mana la tahu kan, tetiba rajin nak buat sendiri...
simpan sebagai sumber inspirasi gitu....

Tapi sekarang, dapur ni dah upgrade tau...
versi aluminium pula, hehehe...


Saya baca, yang warna silver tu, guna aluminium foil...
tapi kebetulan saya ada stok kertas kilat2 ni, ada pula warna silver, jadi saya guna kertas pembalut tu sahaja...
selamat aluminium foil kat dapur, hee...

Ini rupa kabinet dapur untuk Hafni...
Amacam, OK tak, huhu?


Tidak la sehebat macam orang lain buat...
asal boleh buat sendiri, OK la...
memang mencabar kewibawaan-kekreatifan-keimaginasian Umi nak siapkan set dapur ni, huhu...
tapi Alhamdulillah siap juga akhirnya...

Alkisahnya, plan awal, nak buat macam lain...
saya guna kotak yang sekeping, asal dari kotak almari PAX IKEA dulu...
bajet hati besar, nak buat pun besar..
alang-alang nak DIY la katakan...


Hari pertama, dapat siapkan rangka asasnya sahaja..
besar ni...
hari kedua, dapat buat pintu oven, kabinet dan microwave...


Ruang cadangan untuk letak kabinet dapur ni, di bahagian tingkap bilik ni..
boleh nampak, muat2 je, sampai bukaan pintu...
kotak yang berdiri terbuka tu, cadangnya nak buat rak tingkat2 untuk letak barang2 atau peralatan untuk aktiviti masak2 ni...

Hari ketiga, tak ada apa2 progres..
hari keempat dan seterusnya pun yillek....
saya, kalau dah terbiar lama, xsentuh apa2, nampaknya terus tak jadi la kerja tu..

Yaaa, projek ni terbengkalai selama seminggu, huahuahua...
sampai la satu hari tu, kalau tak silap, Jumaat lepas..
dah tak tahan sangat dah tengok keadaan bilik ni..
disaster sangat, grrr!!!

Serba sikit, rosak la juga, sebab Hafni suka sangat main, pintu oven dan kabinet tu..
suka gamaknya, buka tutup pintu oven tu..
saya perasan, pintu kabinet dapur saya selamat tanpa diselongkar Hafni sejak ada pintu oven ni, hahaha...
mungkin sebab dia sendiri dah ada pintu kabinet sendiri, kot!
perkembangan positif ni!

Tapi sayang la, tak dapat realisasikan pintu oven dan kabinet tu..
memang sesuai sangat dah kedudukan tu..
tapi apa kan daya, binaan rangka macam tu tak kukuh...
terpaksa tukar plan lain..
jeles tengok omputih dapat buat dengan kualiti kayu/papan lagi...
kebanyakan guna almari/perabot lama yang sudah tidak digunakan seperti kabinet TV atau display cabinet..

Saya pun banyak berpandukan gambar2 yang saya download dari internet..
ada 3 gambar terpilih yang dijadikan panduan..
saya cetak, tengok, fikir, buat sehingga jadi realiti..
tapi selalunya saya akan pilih yang paling mudah, sesuai dengan bahan dan kemampuan yang saya ada..

Sebelum nak setup semua, jadi kabinet keseluruhan..
saya siapkan satu demi satu komponen kabinet seperti dapur, sinki, oven, microwave...
microwave yang sama dari projek pertama...


Pastu saya siapkan kotak dapur...
kotak dapur tu, saya guna dari kotak yang bersandar tepi pintu tadi.
memang asalnya kotak dapur Effegi tu pun, hehe...
oven, microwave guna kotak limau mandarin Gong Xi Fa Cai, hehehe...

Untuk sinki, guna kotak air mineral Cactus, kebetulan ada 2 buah, saya cantum, jadi saiznya sama lebar dengan kotak dapur..
Lega, di situ..
kalau tak ada kotak yang sama saiz, tak berapa nak cantik la kan, tak sama saiz...
nasib baik la, ada yang matching...
[kalau tak, nak kena buat muka sekupang kat kedai borong, nak minta kotak free, huhu]


Ini, meja makan!
tapi dah jadi port Umi siapkan kerja terakhir yang rumit2 sikit..

Selepas semua komponen kecil2 ni siap..
baru boleh nak mula setup jadi kabinet, cewahhh...

Pagi semalam, saya mula design simbol nombor digital untuk microwave dan oven..
lepas dah siap cetak..
cari gambar untuk tingkap pula..
yang ni pun susah juga nak cari yang sesuai..
nak lukis sendiri, tak pandai la pula..
cari gambar yang dah siap je la, kemudian cetak...

Langkah pertama, dinding ni mula mendapat sentuhan, adalah di tingkapnya...
konon nak bagi effect tingkap tu boleh nampak halaman belakang lah kan...
lepas tu mula letak sinki, dapur..

Kedudukan sinki, saya tukar ke kanan daripada plan asal di sebelah kiri.
sebab nak elak Hafni, masuk duduk dalam sinki tu...
keciwa Umi, tengok Hafni masuk dalam sinki tu, hukhuk...


Ha gitu la gayanya..
hari pertama sinki siap, hari Ahad lepas..
lepas siap, saya letak situ, keluar dari bilik..
sekali patah balik, tengok Hafni dah selamat masuk dalam tu...

Aii, ni nak basuh pinggan ke nak basuh diri sendiri ni?
Abi dia cakap, Hafni nak mandi kolam eh???
banyak la kolam, nasib baik tak ada air, kalau tak habissss semua..


Sinki..
2 buah kotak Cactus tadi, saya cantumkan, balut.
masa ni, saya belum pasti nak guna apa sebagai sinki..
mulanya plan nak guna mixing bowl macam omputih guna..
tengok kat kedai, mak ai mahalnya, aduh tak jadi nak beli..
pastu fikir2 nak guna besen plastik, kot rajin, balut dengan kertas silver tu...
pastu, fikir2 teringat tray letak makanan yang disimpan dalam KD, tak digunakan...


Apa lagi, terus ambil dan test..
memang ngam la saiz tray ni, dengan kotak tu..
nak melintang boleh, nak menegak pun boleh...
saya pilih menegak je..
sebab kalau melintang, masih ada banyak ruang kosong, sebab kotak yang lebar...
bila pasang menegak ni, sekurang-kurangnya dah makan ruang, jadi tak ada la nampak cacat atau terkosong je...
kepala paip tu, paip sinki yang pemaju pasang...
sebab tak guna paip ni, jadi boleh guna untuk Hafni.

Kalau tak ada kepala paip macam ni, boleh juga guna, kepala dispenser macam botol mandi picit tu..
saya tengok ada omputih guna kepala dispenser tu untuk jadi kepala paip sinki...
nampak pelik ke, tak ada pemulas? hahaha
pemulasnya ada di bahagian bawah kotak...
sebab paip ni jenis pasang kat dinding..
untuk DIY ni, tak sesuai pula nak pasang kat dinding, jadi saya biar sahaja pemulas itu di bahagian bawah kotak sebagai penahan kestabilan kedudukan pili tu...
untuk botol sabun tu, saja je la letak..
tak nak bahagian tu kosong.. yang sebelah lagi tu, macam nak letak pasu bunga kot...


Dapur.
tapak dapur tu, adalah sekeping kotak.
saya balut dengan pembalut silver tu.
yang nampak berkilat pelangi tu, CD [cakera padat]..
pastu untuk tungku dapur tu, saya guna kotak juga.
yang bulat paling kecil tengah tu, guna saiz botol gam.
yang kedua guna saiz lubang salotape 2inci, lebarnya, 1cm je..
yang besar sekali, guna ukuran CD tu sendiri, lebar 1cm juga.
kemudian yang panjang2 tu kotak juga, dipotong jejari..
yang saya buat ni, lebar hujung ke hujung, sama saiz.
kalau rajin, boleh buat runcing sikit yang sebelah dalam...


Dapur Effegi versi kotak sedang diuji...


Tapak sulaiman sedang dimasak dalam kuali, hehehe...

Apabila, sinki dan dapur dah selesai...
Oven dan microwave pula ada konflik sikit..
tentang kedudukan nak letak..


Mulanya saya plan nak letak macam ni la, sebab dah tak ada rak di bahagian tu..
tapi bila memikirkan habit Hafni, yang suka sangat duduk atas kotak, saya rasa macam tak selamat plak nak letak macam tu sahaja...
mau dilanyak Hafni nanti, huhuhu...


Pilihan kedua...
nak tindan oven-microwave secara vertikal...
kalau buat macam ni, agak tak comel, sebab tingkap akan terlindung sedikit..
nampak bebanan pada oven, bila microwave bertindan atasnya...

Lagipun, kotak untuk dapur tu agak lebar juga..
kalau saya tak gunakan ruang ni, mesti bahagian dapur nampak kosong dan terlalu luas...
jadi eloklah manfaatkan ruang tu...
saya pun fikir, kalau boleh nak gunakan ruang sekadar di bahagian tingkap tu sahaja..
tak nak ambil terlalu besar wilayah untuk dapur ni..
kena pertimbangkan keperluan lain juga..
bilik ni, multipurpose, huhuhu..


Akhirnya, saya pilih untuk susun sederet, melekat pada dinding, untuk jimat ruang dan tersusun..
had selari dengan saiz dapur masak...
rasanya pilihan ini adalah pilihan yang tepat...
awalnya saya risau juga, kalau Hafni tak sampai nak pegang..
tapi bila dia dah mula main, OK je...
memang sampai, memang sesuai...



Seronoknya Hafni tu, buka-tutup pintu microwave dan oven tu...
masa saya ajar dia guna, siap ajar tekan2 kat nombor2, START tu, sambil bunyi tet-tet...
gelak2 dia dengar, pastu dia pun buat juga, tet-tet...
feeling happy, meh!!!


Visual digital ni, buat sendiri, cetak, kemudian lekatkan...
senang kan...
buat digital ni lebih senang daripada buat tombol2 dapur dan oven...


Tengok la, comot je rupa tombol2 ni...
tombol ni saya guna roll tisu dapur yang dah habis tu...
potong ikut saiz yang sesuai, yang timbul tu pun dari roll tu juga...
tombol ni boleh juga guna, penutup botol air atau minyak masak...
kalau guna penutup plastik tu, boleh la pusing2...
yang ni, xleh pusing, dummy je...


Microwave dan oven sedang diuji...
Ikan sedang dimasak, hehehe...


 Set dapur yang pink2 ni je yang dibeli...


Beli kat MrDIY, satu set RM 14.90...


Masa dok belek2 nak pilih, terperasan set ni tak ada sudip, senduk semua...
mulanya nak set yang kaler merah-hitam...
tapi set tu, ada dapur pula...
saya dah buat dapur sendiri, tak perlu nak beli dapur lagi...


Set ni je la yang sesuai..
lain kali nak cari senduk-sudip pula..
kalau susah sangat, ambil senduk-sudip Umi je la, ada banyak Umi tak pakai, wakakaka...

Masa tu cari juga, plastik mainan yang bentuk sayur, buah-buahan kat DIY, tak ada plak..
yang bentuk binatang je ada...
yang bentuk binatang, kami dah ada!


Dah selamat jadi bahan masakan Hafni...hehehe
nanti nak cari sayur, buah-buahan pula...

Tamat sudah cerita DIY dapur kotak untuk Hafni...
kotak banyak lagi tuh,
dok google2, macam2 la idea yang menarik...
macam nak buat satu lagi untuk mainan Hafni...
tunggu dia bosan dulu masak2...
lepas ni kita cari permaian lain pula [kot, kalau rajin]!

Hafni boleh bosan ke?
tak yah bosan2 la, main je masak2 sampai bila2...
xyah Umi buat mainan lain, wakakaka...

SEBELUM

SELEPAS



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Friday 1 May 2015

Jom layan lagu Kun Anta... lak..lak..


Lagu penuh oleh penyanyi asal... Humood Alkhudher..



Yang live, boleh tengok muka penyanyinya, ada sikit je...


Suka juga dengan Wani cover ni, best....



Lirik Nasyeed Hummod Khudir- KUN ANTA

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain,
aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.

فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain
hanya untuk berbangga

و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan

فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.

لا لا
لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan,
kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini
di dalam hati ia bersinar.

لا لا
نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.

كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri
pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada

أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka
tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
إلا بما يرضيني، كي أرضيني
melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.

سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri
inilah aku
فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
hal ini kurasakan sudah cukup
dan aku sangat pasti

سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku
aku tidak perlukan orang lain menerimaku
وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
aku akan jadi apa yang aku suka
kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku
Daisypath Anniversary tickers