Search This Blog

Saturday 19 May 2012

Alhamdulillah dengan berita baik seawal celik mata (^_^)



Awal pagi, sedang lena dibuai mimpi, chewaah

Tapi mimpi bukan best la...
Sesuatu yang menakutkan..
Tertunggu-tunggu keputusan pertukaran enSuami.

Dah banyak kali terjaga, berkali2 mimpi nak bangun semak online keputusan.
Saat tu jugak la, waktu masih malam.
Sabar lambat lagi.

Sampaikan mimpi, keputusan akan keluar pada pukul 1 petang.
Arggggghhhhhhhhhh, lambatnya.
Biaq betoi........
Mimpi rupanya......

Macam risau sangat la klu sampai termimpi2 ni.
Apa la keputusan esok nak keluar ni...

Tengok2 waktu Subuh, enSuami telefon.
Assalamualaikum, Sayang..
Waalaikumussalam, mmmmmm
Cepat peluk, Abang!
Hah?
Abang dapat pindah, Sayang.
Hah? Sungguh?
Iye, dapat pindah.
Bila Sayang cek?
Tadi. untuk semakan nama sekolah, 26hb ni baru boleh tau...
Iye. Alhamdulillah.
Dah kena stat cari rumah sewa lah ye Sayang.
Ye, nanti Nabilah cari....

.......................Senyummmmmmmmmmmm.......................
sepanjang dalam panggilan.
Hati berbunga2.
Macam2 berlegar.
Nak cari rumah sewa.
Boleh conpem perabot yang order haritu.
Barang2 nak kemas.

EnSuami kata mungkin tangguh fly.
Mana tau kot2 urusan perpindahan tu amek masa.
Tiket 25hb tu mungkin burn gitu aja...

Emmmmmm, jangan la balik lambat sangat.
Cepat2 kemas, cepat2 siapkan dokumen.

Nabilah kat sini pun pulun jugak, hokey...
Nanti balik, boleh masuk umah baru...

Yeah, sukeeenyeeee
Alhamdulillah syukur sangat.
Terima kasih ya Allah.
Terima kasih kawan2 n sesape yang terlibat mendoakan untuk kami.
Terutama keluarga n keluarga mertua.
Nanti xda la nak dok Hotel Bangi Lanai lagi.
sampaikan pembantu hotel tu pun dah kenal suara empunya enHasyim n pnNabilah yang slalu sewa situ.
Malu kottttttttt

*masih terpikir2, kot2 ada niat nazar. Ada ke eh? Allahuakbar*
~hepy ni, lalalala~

Wednesday 16 May 2012

Untuk semua Guru Malaysia, (",)



Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.

Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR

*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis

 http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Tuesday 15 May 2012

Selamat hari guru tahun ini meletupppp!

Tiba2 ja hit counter Tautan Hati meletup sampai tercatat seperti gambar kt bawah...
  Photobucket
Terkezut kottt..

Kalau cek satu2, banyak entri selamat Hari Guru.

Oo almaklum lah title entri pun Selamat Hari Guru, tu yang tersampai kat blog ini.hee hee
Tahun ni nak ucap selamat hari guru lagi kat enSuami?
Tiap2 tahun nak kena ucap ke?

Bebeh nanti, kueng kueng kueng.....broken heart

Xda puisi la tahun ni, 
Xsempat nak feel...
Asik gaduh je kannnnn
Xpernah nak elokkkkkkk, aishhhhhat wits' end

Tu la, PJJ jeee
Xsempat nak berkenalan pun dengan enSuami.
Asal cakap je, marah.
Asal marah je, cakap.
Dah le pnIsteri ni garang
Maknanya kalau x sebab nak marah, xkan boleh cakap berjela2 la kan...
Emmmmm, letih la camni.

enSuami nak hadiah hari guru?
Hadiah pe lak ehhhh

Ada tengok sesuatu yang menarik, tapiiiiiiiiiiiiiiii

pnIsteri pun nak hadiah jugakkkkkkkkk.batting eyelashes
Hadiah enSuami dapat pindah balik Bangi ke Selangor ke.......

Kesian kat kami tau.
Sapa yang PJJ je memahami.

Merempat merana menumpang kasih, huhu
Bilakah derita ini akan berakhir?

Sape paling lama PJJ kat sini?
Saya nak belajar berdikari macam awak!

Tolong sayaaaaaaa, doakan suapaya Hasyim Rahimi dapat pindah ke Hulu Langat!praying
19hb ni keluar result...
Berdebarnya.......

5tahun sudah di Sarawak, xkan xdapat pindah lagi kotttttttt!sad



Monday 14 May 2012

Dah selamat sudaaaa, Alhamdulillah (",)

Seperti rancangan minggu lepas, weekend nak pi pasang tinted.
Perjalanan ke Damansara memang menakutkan.

Adoi lotih, kaki den...
Ni kira oto ni, klu manual camna la......

Apoinment 2.30, sampai nak dekat kol 3.30.
Hujan lebat, keta banyak, xtau jalan, sesat2...
Macam tu la jadinya...

Bila dah sampai, legaaaaaa
Terus masuk keta dalam kedai.

Tunjuk baucer.
Bos kedai, promot untuk tambah safe film..
Ceq pi kata semua xmau.

Buat apa yang dah bayar je..
Terus tutup fail, kekeke
Terbantut orang tu nak cakap lagi, bla bla bla...

Ye la, takut terpengaruh.
Satni nak shoping kat IKEA, xdop plak...

Dah masuk, isi borang untuk warranty..
Staf dia pun dah stat keja...
Photobucket

Dia cakap boleh jalan2 dulu, minum2..
Ok, ceq pun keluar la...
Nak cari tempat solat, punya la susah.
Kawasan non-muslim (Cina mostly)
BTeh plak lapaq, xmkan tengahari lagi.
Cari kedai pun susah, ada kedai mamak je nampak.
Jalan2 lagi, jupa la kedai Fatmawati, masuk la dengan Bismillah.

Lepas sudah makan, cari surau berdekatan dengan kondo situ.
Emmmm, ada sumting....
Selesai solat, nak dekat kol 5 dah.
Wani pun xsampai2 lg.

Terasa nak pi tengok kedai keta, kot2 la dah siap.
Walaupun dia kata, siap 2jam.
Kedai plak tutup 5.30pm.
Takkan nak pi IKEA setengah jam je?
Mesti la takkkkkkkkkk

Photobucket
~Dah xnampak dah bantal NabilaHasyim~
Sampai kedai, tengok2 dah siap dah.
Ada keta lain, Savvy kat dalam.

Waa, caya la, dah siap.
Kira OK la.
Sembang2 sket dengan bos kedai, pesan 2hari xleh turunkan tingkap.
Tunggu Wani pun dah sampai, kami pun gerak ke IKEA.

Sampai IKEA, waaa terujanyaaa.
Wani dah amek apa yg dia nak beli.

Sayaa? Belum sampai kat part perabot lg..
Terlalu kat tempat pokok2, BTeh teringin plak nak beli pokok.
Nak letak kat meja meeting katanya.
Lama betoi dia dok belek2 pokok mana nak amek, pasu mana yang sesuai...
Adoi, adikku............
Photobucket

Tengok le gayanya...
Dok test satu satu pokok masuk dalam pasu yang dia berkenan tu..
Nak tengok mashukk ke tak..

Lama sangat tunggu, Nabilah n Wani terus ke bahagian perabot.
Nak cari perabot pun bukanlah senang.
Berlambak oooooo
Peninggg, terlangut mencari2 barang yang nak beli tu...

Akhirnya tanya staf IKEA je senang.
Dia pun bagitau kat rak 14. Tinggal merah aja!
Saya mok itam, kok!
Tanya lagi, bila stok baru nak sampai, saya nak kaler hitam.
Dia cek kat komputer, ada kat Section 19 plak.

Pi tengok, aaa adaaaaaaa.
Syoknyeeee.
Ingat tadi nak balik tangan kosong dah.
Puas hati dapat beli.
Tapi teragak2 jugak la.
Muat ke ni, nak masuk keta.
Panjangnya 1m lebih.
Tawakal je la, saya nak beli jugak!

Dok pk2, klu mengangkut layar putih, masa nak pi program, keta Satria pun muat, takkan Persona xmuat kan....
Turunkan seat depan, bawak ke belakang, ingatkan nak kena serong...
Tengok2, lunjur bawah box pun dah muat.
Legaaaa arrrrrrr.
~Dah selamat dah beli, kaler hitam~
~Next time nak beli meja pulak, lalalalalala~

Thursday 10 May 2012

Bisnes baru kat blog NHB


Okey, kepada kawan2, pembaca2 sekalian.........
Terutama kepada Wanita Cantik di luar sana,
Cik-cik, Puan-puan......

Silalah sila...
ke blog NHB untuk memilih mana2 handbag idaman kamu.batting eyelashes

Design sangat trendy, selera anak muda dan untuk kelihatan muda.big grin

Harga sangat la murah, mampu untuk dimiliki.
Jenama Sophie dari Paris yang baru dilancarkan awal tahun ini di Malaysia.

Rambang mata jugak ni, mana satu nak pilih.
Dikhabarkan setiap keluaran beg yang dipasarkan hanya dipromosi dalam tempoh 48hari bekerja.

Lepas dari masa tu, design baru plak keluar.
Kalau dah habis stok tu, memang xdapek lagi la nak beli.
Hanya 5 design terpopular akan keluar lagi untuk volume seterusnya.

Meh le menjamu mata dulu...
Kalau ada yang berkenan, jangan segan2 la nak tanya saya ye...hee hee
Ok, love u all, saya sedia membantu. TQ kiss
Ok, boleh klik sini ya..

http://nabilahasyimboutique.blogspot.com/

*membantu saya untuk memulakan perniagaan. lepas ni nak berenti keja nak dok umah, big hug

Wednesday 9 May 2012

Mana ni, berdebarnyaaaaaaaaaa



Penjualan baucer dah tamat waktunya..
Baucer ni valid 11 Mei..

Tinted dah booking, nak pi hari Sabtu ni.
Orang kedai tu OK je.
Hari Sabtu, 2.30pm.
Masa amek 2jam kalau xpenah tinted lagi.

Tapi baucer belum keluar dalam akaun ILD.
Mungkin kena tunggu 11 Mei kot.

Jangan xdapat print baucer sudaaa,
Tempat dah booking.

Nak tepon orang kedai pun terketaq2.
Apa laaa, Nabilah ni..
[awak tu bukannya budak2 lagi, dah 27 dah]
Nape saya ni xmatang lagi, adoi....worried

Bila la enSuami boleh harapkan isterinya ni tanpa sebarang kemusykilan???thinking

Memang xboleh diharap lagi, huuuuuuuuuu shame on you

Pasal polish n wax, kedai kasi weekdays sahaja.
Isk, nasib bek enSuami cikgu.
Ada cuti sekolah.
So weekdays dia xkeja n free.
Boleh la enSuami pi.dancing
Nasib bek kat Puchong je bukan Damansara, huhu.

Untuk Sabtu ni nak kena pi Damansara.
Sape boleh teman saya ni...

Housemate? Nisamate? Officemate? confused
Wani Damansara, family nya nak datang.
Tambahan lagi, enSuami dia pun ada kelas weekend ni, emmmmmm
Sapa nak teman ni.......

First time ni, nak pi kL, Damansara yang sibuk plak tu.
Huish, menakutkan.......whew!

Berani ke Nabilah Ahmad ni?
raised eyebrows

Hari Jumaat ni pun kena ke Shah Alam, sorang2.
Ada taklimat manfaat baru dari Kerajaan Selangor untuk anak2 TASKA.
Nanti Nabilah review la balik..
InsyaAllah.....

*Mintak2 la ada sesape hamba Allah yang sudi tolong, Amin praying

Tuesday 8 May 2012

Menjawab Persoalan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0

Setelah menulis pengalaman aku menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu yang menyaksikan empat siri iaitu dari part 1 hingga part 4, aku dihujani dengan pelbagai soalan oleh mereka yang masih kurang jelas dan samar - samar dengan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau ringkasannya BERSIH. Aku tidak memarahi mereka walaupun ada soalan - soalan yang diajukan adakalanya jawapan tersebut ada didepan mata. Cuma mereka enggan berfikir dan menilai, namum ini peluang terbaik aku untuk melakukan pencerahan kepada mereka. Aku akan cuba menjawab secara direct tanpa bermetafora kerana aku tahu bukan semua manusia tahu untuk memahami metafora.

1- Soalan yang sering aku ditanya dan adakalanya membuatkan aku ketawa sendiri, yang berbunyi "Apakah tujuan BERSIH mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur?"

-"Bersih" ialah sebuah pertubuhan hasil dari gabungan lebih 80 Ngo dan parti - parti politik dalam Malaysia. "Bersih" bukanlah sebuah parti politik ianya adalah sebuah gabungan NGO dan Parti - Parti politik yang nama penuhnya ialah "Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" ringakasan dipanggil "BERSIH".
-BERSIH 1.0 merujuk kepada perhimpunan yang pertama diadakan pada tahun 2007 sebelum pilihanraya umum ke 12. BERSIH 2.0 merujuk kepada perhimpunan yang kedua diadakan pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 adalah merujuk kepada perhimpunan yang diadakan baru - baru ini iaitu pada 28 Apri 2012.
-Apa yang dimahukan oleh BERSIH ini sehingga sampai 3 kali mereka berhimpun?? :- Perkara yang membawa kepada perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0 ini ialah bagi menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil. Secara detail BERSIH menuntut 8 perkara untuk dikuatkuasakan oleh pemerintah dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan 8 perkara tersebut ialah:
  1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  2. Reformasikan Undi Pos
  3. Gunakan Dakwat Kekal
  4. Akses Media Yang Bebas & Adil
  5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  6. Kukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
Ini adalah perkara paling asas untuk diketahui dan difahami oleh sesiapa saja yang mahu menyokong atau menentang aktiviti, program ataupun Perhimpunan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0. 

2- Soalan kedua yang selalu aku ditanya lebih teknikel sedikit, soalanya selalu berbunyi "Apakah pilihanraya kat Malaysia ni tak cukup adil ka??, kalau tak adil macam mana parti pembangkang boleh menang sampai 5 negeri dan BN boleh hilang majoriti 2/3. Soalan begini juga sering kedengaran di Tv3 dan Utusan Malaysia.

-Ya betul parti pembangkang berjaya menang 5 negeri dalam PRU ke-12 dan menafikan majoriti 2/3 BN diparlimen. Sebelum menjawab soalan itu, cuba perhatikan semula 8 tuntutan Bersih tersebut. Dalam keadaan serba susah dan bersaing pada padang yang tidak rata dengan 8 perkara tersebut dinafikan kepada parti-parti pembangkang, parti - parti pembangkang boleh menawan 5 negeri dan menafikan manjoriti 2/3 BN. Cuba bayangkan jika 8 perkara itu dipenuhi rasanya tidak mustahil parti pembangkang boleh menawan Putrajaya. Tapi bukan soal menang atau kalah, yang dituntut ialah persaingan dan pertarungan dalam pilihanraya itu biar seimbang dan adil. Tetapi umpama kaki dan tangan kita diikat tetapi diajak bergusti. Tetapi dalam kaki tangan diikat itu pun kita mampu memberikan kecederaan yang parah kepada lawan kita. Ini yang paling ditakuti oleh si pemerintah jika persaingan itu benar - benar bebas dan adil. Adakah zalim dan kejam jika 8 perkara yang dituntut oleh BERSIH itu dipenuhi??

3- Soalan ketiga, ialah soalan yang aku sering terbaca di status Facebook yang berbunyi "Kenapa perlu demo-demo semua ni, kalau tak puas hati time pilihanraya nanti undi la parti apa ko nak..."

- Aku sedih bila terbaca soalan macam ni kerana, si pengaju soalan ini aku percaya sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5 sekolah bantuan penuh kerajaan dan lebih menyedihkan ada yang mempunyai ijazah dan master tetapi masih lagi soalan begini terluar dari mulut mereka (mungkin ada yang tidak kena dalam sistem pendidikan kita). Tapi tidak mengapa aku akan sedaya upaya aku melakukan pencerahan. Jika kamu tahu sesuatu perlawanan itu bakal berlangsung dengan tidak adil, adakah kamu akan terus untuk bersaing juga yang mana kamu tahu yang kamu akan ditipu hidup - hidup. Orang gila sahaja yang akan masuk pertandingan yang dia sendiri sedar dia bakal ditipu hidup-hidup. Jadi mereka yang turun berdemo ni adalah untuk menuntut pertandingan itu dijalankan dengan adil. Bukan soal parti mana yang menang. Tetapi soal pilihanraya yang bersih dan adil. Dengan hanya turun mengundi dan memilih parti mana yang kita sokong tidak akan menyelesaikan masalah ketidakadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Maka setelah tuntutan yang dibuat secara diplomasi itu tidak dilayan maka demostarsi atau perhimpunan rakyat dilakukan bagi menunjukkan kepada seluruh negara dan dunia bahawa rakyat yang berhimpun itu mahukan 8 perkara tadi dipenuhi bagi memastikan pilihanraya itu berjalan dengan bersih dan adil. Sekali lagi aku bertanya, adakah zalim dan kejamkah jika 8 tuntutan itu dipenuhi??

4- Soalan terbaru yang aku terima, kali ini agak ilmiah tetapi malas, malas kerana tidak mahu mencari dan membaca tetapi hanya menunggu untuk mendengar. Soalanya berbunyi "Apakah hasil dari perhimpunan Bersih dan adakah matlamat Bersih tercapai?

-Menjawab kepada soalan ini, aku lebih suka untuk menimbulkan persoalaan "Demostrasi - Demostrasi besar yang pernah berlaku dalam negara kita ini adakah ianya berhasil. Dan aku menjawab "YA"

-1998/1999 sewaktu era reformasi, demostrasi - demostrasi besar berlaku setiap hari dan minggu di kuala lumpur, hasilnya ---------------> Mahathir telah meletak jawatan, apa kamu kira Mahathir akan meletak jawatan jika tidak ada Reformasi 1998/1999

-2007 Bersih 1.0, hasilnya ------------------> SPR setuju menggunakan dakwat hitam pada PRU 12 namum 2 hari sebelum PRU keputusan dibatalkan, rakyat yang merasa tertipu menghukum Umno/Barisan Nasional dalam keadaan yang serba payah hingga Umno/Barisan Nasional cedera parah dalam PRU ke 12.

-2008 Demostrasi mansuhkan PPSMI, hasilnya------------------> Kerajaan hari ini telah memansuhkan PPSMI kesan dari tekanan politik yang mereka terima dari demostrasi tersebut walaupun hingga hari ini mereka enggan mengakuinya kerana mungkin ego sang pemerintah.

-2009, Demostrasi ANTI ISA, hasilnya ---------------------------> Pemerintah hari ini telah akur dan bersetuju untuk memansuhkan ISA yang kononnya termasuk dalam dasar tranfomasi negara. Apa kamu fikir jika tiada desakan dan demostrasi tersebut pemerintah akan memansuhkan akta zalim ISA tersebut. Cuma kerana ego mereka menyebut ianya sebahagian dari dasar tranformasi negara.

-2011 Bersih 2.0, hasilnya ---------------->Kerajaan bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi mengkaji perjalanan sistem pilihanraya di Malaysia. Jika tiada demostrasi ini, apa kamu fikir kerajaan akan mengambil tindakan untuk menubuhkan jawatankuasa bebas untuk mengkaji sistem pilihanraya di Malaysia ini?. Namum Jawatankuasa itu dilihat tidak jujur dalam menjalankan tugasnya, banyak bukti dijumpai seperti senarai pemilih yang meragukan, perpindahan pusat mengundi yang ketara, keengganan pemerintah membenarkan parti-parti pembangkang muncul di media arus perdana. Kini semua maklumat ini telah diketahui umum rakyat sudah mula bercakap dan mula menuntut hak mereka sebagai pengundi. Jadi semua ini memberi tekanan kepada pemerintah. Jika demostrasi ini tidak diadakan, apa kamu fikir pemerintah akan mengambil pusing tentang semua ini malah mereka akan cuba tipu dan terus menipu.

-2012 Bersih 3.0, hasilnya -------------------------> hasilnya tekanan semakin hebat datang kepada pemerintah untuk menunaikan 8 tuntutan Bersih tadi, kali ini jumlah peserta perhimpunan semakin ramai. Secara moral ianya telah menjejaskan imej pemerintah Umno/Barisan Nasional. Mereka perlu lebih berhati - hati dan tidak boleh menipu sesuka hati dalam pilihanraya yang akan datang sekalipun 8 tuntutan Bersih tadi tidak dipenuhi. Tetapi rakyat sudah buka mata, dunia telah membuka mata, anak muda telah membuka mata semua ini yang paling ditakuti oleh pencuri bila orang mengetahui yang dia telah, sedang dan akan mencuri.

Setelah aku menjawab soalan - soalan yang sering dilontarkan kepada aku itu. Aku cuba ingin bertanyakan SATU sahaja soalan kepada para pembaca yang budimana. Soalannya berbunyi: 

"ADAKAH ZALIM ATAU KEJAMKAH JIKA 8 TUNTUTAN "BERSIH" ITU DIPENUHI??? "


Monday 7 May 2012

Nak mekap keta kami hujung minggu ni...



Dulu xpaham apa la menatang I Love Discount ni eh....
Orang masuk, kita pun nak masuk....

Selalu dapat emel dari ILD, xpenah nak buka tengok pun..
Sebab first time buka xpaham......

Orang jenis malaih nak baca, macam ni la haih...
Omputih plak tu, susah sungguh nak perah otak, hehehe...

Sekali tu ada masa nak menyelami sedalamnya, apa itu I Love Discount...

Pastu baru paham, apa pentingnya ni...
Pastu bila dapat emel dari ILD, memang xsabaq la nak tengok..

Satu hari (baru2 ini) ada diskaun untuk tinted keta.
tempat Damansara.
Tunggu sampai dah 5 orang yang membeli.




Skg dah cukup 5 orang.
Pastu camna ekkk?
Ada 1 hari lagi...

Apa akan terjadi lepas ni...
Tertulis di situ, baucer valid 11 Mei...

Maknanya hari Jumaat ni stat.
Plan tu nak minta Wani Damansara tunjukkan jalan.
Dia kata dekat ja dengan opis dia...

IKEA pun dekat dengan opis diaaaa, I Likeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Maknanya nanti nak pi mekap keta, sementara tu boleh shopping kat IKEA?
Yeayyyyyyyyyyyyyyy!

Hari ni nampak lagi treatment untuk keta.
Bagitau kat enSuami, dia kata amek la...

Amek lagi??? Adoi....
Cepat oo orang beli dah 147 orang dah.
Agaknya memang berbaloi2 ni..
RM50 ja untuk semua Polishing + Waxing + Claying + interior treatment..
Mana nak dapat tu, semurah tu...
Kan? kan? kan?




Isk, nak amek ke tak ehhhhhhhh???

Sape nak jugak diskaun????
Meh klik sini

Daisypath Anniversary tickers