Assalamualaikum...
Hai, lama tak menulis, huhuhu...
Macam2 cerita nak kongsi, tapi tu la...
Malasnya nak menaip, macam tak ada masa..
Nak on laptop tu yang bercinta tu..
Baru-baru ni, dapur rumah gempar dengan serangan tikus..
Sebab bila balik bermalam dari rumah mertua, saya tengok sebiji kentang, kena rebuk digigit sesuatu..
Kalau gini la rupanya, tak lain tak bukan kerja tikus..
Masa ni musykil la jugak, sama ada cikti ni memang ada dalam rumah, atau dia keluar masuk je, nak cari makan..
Dulu2 saya sedar area rumah ada tikus, bila jumpa tahinya dalam bilik ampaian baju tu.
Masa tu cakap kt enSuami, ni tahi tikus ni..
Dia punya la positif, eh bukan lah, tahi ulat je tu..
Tahi ulat menatang apa besaq macam ni kan...
Saya dah biasa dengan tikus2 ni masa kecik2 dulu..
Siap ada operasi bunuh/kejar tikus lagi dengan abang2..
Biasa la rumah sebelah bendang [sawah]
Sekali dua tiga hari lepas tu, tengah malam, tengah dia buat kerja di ruang tamu, tikus melintas depan dia...
Terkaku ternganga je tengok tikus tu, bukan nak katok terus.. pastu lari masuk bilik tidur, tutup pintu..
Hahahaha..
Lepas tu, esoknya habis kami tunggang terbalikkan sofa, mana la tahu dia bermastautin bawah sofa ke..
Kang rosak sofa digeritnya [digigit]..
Tapi tak jumpa pun kelibat si tikus tu..
Mungkin dia keluar masuk je tapi tak dok dalam rumah..
Selain tu, saya sentiasa pastikan tong sampah dapur ditutup supaya tak jadi mangsa selongkar si tikus tu..
Sebelum tidur pun, semua pintu bilik ditutup.
Lama2 tu dah tak jumpa tahinya..
Dijangkakan, tikus dah tak masuk rumah la..
Rupanya enSuami dah tau rumah jiran sebelah ada tikus, dia tak pernah cerita balik kat saya...
Saya ni punya la susah ahti, mai mana tiba2 ada tikus ni, emmm
Dan baru2 ni pulak, bulan lepas, mesin basuh kat dapur ni rosak..
Selalu lepas kita tekan Start, dia akan keluar masa tempoh membasuh kan, dalam 41 minit, mesin saya..
Tapi kali ni keluar titik perpuluhan, tak ada 41...
Macam dah pelik ni..
Akhirnya memang betul dah rosak..
Dalam 3 hari tu, baru tukang baiki datang rumah
Kalau nak diikutkan, Ah Tan dah pernah datang rumah, 2 bulan sebelum tu sebab peti sejuk kami rosak..
Masa ni memang dia baiki di dalam rumah ni..
Tukar kipas peti sejuk tu, dah rosak katanya.
Tak sempat nak cerita pasal ni, kos baiki dalam RM 250.
Ingat peti sejuk ni orang baiki di bahagian belakang, rupanya di bahagian sejuk beku tu...
Saya yang tak tahu ni, tak ada la kemas/kosongkan freezer tu..
Sekali, Ah Tan tu datang, dia yang keluarkan semua bekas2 makanan yang ada...
Adoi malu, punya la banyak dan penuhssss...
Peti sejuk Samsung, simptom rosak bunyi kuat, macam besi berlaga gitu..
Pastu bahagian peti sejuk bawah, dinding atasnya berpeluh..
Peti tak sejuk, dan berbau macam toksin plastik gitu..
Dah peti sejuk rosak, sekarang mesin basuh pulak.
Dua beradik ni saya beli second hand je dulu..
Tahun 20012, nak dekat 5tahun sudah berjasa..
Memandangkan Ah Tan ni specialist peti sejuk dan aircond saja, so dia kena bawa balik mesin tu..
Hantar pada kawannya...
Tengok dulu apa yang rosak..
Masa ni dia ada la cerita..
Mesin basuh yang model lama2, boleh lagi baiki..
Kalau yang baru2 ni, susah nak baiki, spare part mahal kena beli dari kilang jenama tu sendiri..
Harga mahal, macam nak beli baru..
Jenama yang disebut tak boleh dibaiki langsung macam Samsung dan LG..
Wah nasib saya Toshiba je..
Teringin jugak tu nak beli Samsung, canggih-manggih betul model yang baru ni.
Bila tau ni terus tak jadi lar..
Lepas dia bawa balik tu, esoknya dah hantar balik dah..
Tak sangka pula kami, secepat ini siap...
Masa dia angkat bawa balik tu, saya tengok ada banyak tahi2 tikus bawah mesin tu..
Dan ada bau2 hancing di lantai mesin tu..
Ni mesti dah kena kencing ni...
Mesin ni rosak pada control panel nya.
Kos RM 250 jugak..
Lepas tu, membasuhlah enSuami, baju yang bertimbun tu dengan gembiranya..
Ada jaminan selama sebulan..
Alhamdulillah, mesin dah boleh guna...
Selepas 2 minggu guna, mesin tu buat hal lagi..
Allah...
Kenapa pulak ni, dulu2 baiki boleh tahan 5tahun, kenapa yang ni 2 minggu je.. (T_T)
Pastu, enSuami telefon lah balik si Ah Tan tu bagitau mesin rosak lagi..
Seminggu tunggu, baru dia sampai..
Pastu angkut lagi mesin tu..
Masa tu tengok, ada lagi tahi tikus ni..
Lagi banyakkkk...
Petang tu, Ah Tan hantar balik..
Akhirnya persoalan terjawab..
Kali ni mesin rosak sebab dua wayar putus digerit tikus!!!
What!!???@#$_&-+\%*":;!?£¢€¥
Panas betul bila dengaq tu..
Selama ni dok makan kentang kami..
enSuami dengan baik ahti, takpelah dia makan kentang je kan, yang lain dia tak kacau kan..
Haa sekarang, mesin basuh boleh rosak dikerjakannya...
Tak ada kerja betullah ciktikus ni..
Wayar pun hang nak gerit, makan je la kentang tu, iskkk
Dan salah satu puncanya, bawah mesin saya ni lompong, tak ada penutupnya..
Sebab tu la, tikus tu boleh dok main2 dalam mesin ni..
Sebab beli second hand kan, saya amek apa yang ada je la..
Masa tu, mana lah nak tahu, nak belek2 kat bawah tu..
Jadi, akan datang, kalau ada yang beli second hand ni, kena tengok dulu ada ke tak penutupnya ya..
Untuk keselamatan jangka masa panjang..
Kalau tak ada kes tikus2 ni, tak ada masalah pun..
Elok je guna selama 5tahun ni..
Ni tiba2 ada tikus, tu yang buat masalah tu..
So atas cadangan diorang, kami ke kedai besi buruk untuk cari mesin2 lama yang orang buang, kot2 ada boleh ambil penutupnya..
Dah pi tengok, memang buruk betul lah.
Yang ada pun penutupnya pun berlubang jugak, mungkin sebab dah lama, rosak la tu..
enSuami kata, xboleh pakai dah tu
Dah pusing2 cari, dok fikir2, pergi kedai orang baiki mesin..
Technician tu cakap semua mesin yang ada, orang punya..
Sebelum tu, dah terfikir susah sangat, beli jaring besi tu untuk tutup.
Lepas tak dapat kat kedai baiki, kami pi MrDiy je nak beli senduk masak.
Sibuk saya dok ushar2 barang, enSuami datang dengan segala benda tentang tikus..
Dia ambil kertas gam tikus 2bungkus, satu bungkus ubat gegat..
Masa dia sembang2 dengan kawannya, kawannya cakap yang jahat2 rosakkan barang ni cencurut, bukan tikus..
So diorang suh beli ubat gegat, letak kat laluan dia tu..
Kalau tengok dari tahinya tu, memang ada beza..
Yang dalam bilik tu, tahinya besar sikit..
Yang ni tahinya kecil sikit.
Dan cencurut bau busuk, hancing nya tu kuat..
Tapi bila baca blog orang lain, dia cakap cencurut tak rosakkan barang..
Aik, konpius pulak saya, mana satu betul ni..
Tak kira la, spesies tikus ni, memang kerja gerit je, tak kira la makanan ke, baju, wayar, plastik, ke..
Apa yang dia rasa dia nak gerit, dia gerit...
Oh ya, korang pernah jumpa buku cerita budak2..
Cerita pasal tikus tu mati kerana giginya???
Haaa, gitu..
Dalam buku tu, si ibu tikus jatuh dalam bekas yang dalam macam baldi gitu..
Disebabkan dia tak dapat nak panjat keluar, berhari2 dia terkurung dalam baldi..
Si anak tikus mencari ibunya, dan jumpa maknya dalam baldi..
Masa tu mak dia minta carikan sesuatu yang keras seperti kayu untuk dia gigit..
Yang si anak ni ingat, mak dia lapar, so dia bagi makanan yang lembut2 pada mak dia..
Selama berhari2, dia ulang-alik bagi makanan kat mak dia..
Tapi mak dia semakin lemah tak bermaya...
Dan lama2 mak dia mati dalam baldi tu..
Masa kejadian, si bapa tikus tak ada, outstation, wakaka..
Bila bapak dia balik, dia pun cerita mak dah mati dalam baldi.
Dan dia tanya kenapa mak dia minta kayu, bukan makanan?
So bapak dia pun cerita la, gigi tikus ni akan tumbuh memanjang dari semasa ke semasa, macam kuku kita tumbuh tu..
So tikus perlukan benda keras untuk dia gigit, nak elakkan kesakitan gigi yang semakin memanjang tu..
Kalau tak gigit, gigi semakin panjang, tikus rasa sangat sakit, tu yang boleh bawak mati...
Haa, apa yang korang terfikir??
Tak tahu lah cerita ni betul ke dongeng je..
Tapi macam ada logiknya jugak kann..
Sebab tu spesies tikus ni, kerja menggerit je..
Habis barang rosak, eeeeeee
Berbalik pada cerita realiti saya, hahaha..
kertas gam tu, saya suh amek satu je sebab dalam tu pun dah ada dua keping..
Kita tengok dulu kuat ke tak..
Pastu enSuami terfikir nak beli plastik kadbod tu je untuk tutup bawah mesin.
Alaaa, yang banyak orang guna buat partition laci dapur tu..
Senang sikit boleh guna salotape untuk tampalkan kadbod tu..
Nasib tak keluar lagi dari kedai, ada je kat MrDiy tu..
Ada kaler2 je, putih tak ada..
Kami amek kaler biru, wakaka...
Bermula la operasi menutup semua lubang yang ada di mesin tu...
Tonggengkan mesin tu..
Tekap betul2 ngam2 dengan lubang yang ada..
Nasib amek yang besaq sekali, senang yang lebih boleh buang..
Kalau kecil, nak kena tampal2, jadi lambat dan tak efektif...
Sekecil2 lubang, enSuami suh tutup..
Katanya cencurut boleh mengempis dan mengecilkan badannya ikut lubang yang ada..
Sebab tu banyak spekulasi yang boleh dibuat cencurut masuk dari mana...
Ada lubang salur mesin, lubang kipas ekzos, atau ruang bawah pintu dapur..
Lepas dah siap semua lubang tutup, saya lapis lagi semua permukaan board tu dengan salotape..
Ye lah, benda ni kan plastik, plastik tu, kacang je la, cencurut ni nak gigit..
Takut pulak, kang tak tahan lama..
Lepas dah siap tang mesin...
enSuami mula buka kertas gam, letak di tepi dinding belakang mesin tu.
Lepas dah susun kertas gam, letak balik mesin, kemudian kami punggah pulak rak terbuka pantri ni..
Kot le dia menyorok kat belakang rak ni..
Sebab banyak sangat barang....
Risau kalau dia ada masuk dalam kotak mixer yang kaler biru tu, sebab dalam tu ada langsir.
Kang tak pasal berlubang-lubang langsirnya, huhu..
Bila buka, tengok cek semua, keadaan masih elok..
Tak ada kesan tahi ke busuk busuk ke tak ada..
Lega, alhamdulillah selamat..
Lepas tu enSuami tabur ubat gegat..
Banyak gila dia lempar..
Nak dekat habis sebungkus..
Petang tu, saya dok mengemas di dapur, perghh ketat hidung saya dok bau..
Bila ke ruang tamu, bau ubat gegat satu rumah..
Esok pagi, saya bangun tengok ada penyapu bawah rak..
Nampak 2 biji tahi cencurut..
Saya tanya enSuami, cencurut munculkan diri ke?
Taklah, abang kutip balik ubat gegat tu..
Bau kuat sangat..
Haa, tau takpe...
Bau kuat gila satu rumah, satni bukan cencurut yang mati, kita yang pengsan keracunan ubat gegat, huhuhu...
So, petang tu bermula la operasi saya mengemas rak pantri ni.
Kalau tengok dari overview rak pantri ni, dah nampak kan perubahan 2rak yang tengah tu..
Sebelum ni, saya buat letak stok makanan di situ, macam bawang kentang, makanan tin, makanan kering macam bihun laksa maggi tu...
Disebabkan angkara cencurut tu, saya tukar barang2 tu pindah masuk dalam laci bawah dapur..
Alhamdulillah, dapat ilham nak tukar untuk atasi dan elak kes2 makanan digerit tikus.
Akhirnya dapat realisasikan impian nak letak bawang kentang dalam laci..
Dok tengok omputih buat, teringin nak buat jugak..
Ingat nak tunggu KC baru, baru nak buat..
Tak yah nak tunggu lama lagi, sekarang pun dah boleh buat dah..
Ngam2 je bakul tu, walaupun saya tindan sikit..
Nampak bakul bawang terangkat/tinggi sikit dari bakul kentang..
Botol2 rempah dah tak boleh nak baringkan seperti sebelum ni, sebab nak jimat ruang..
Rak diy bulat pink tu, dah selamat buang..
Kotor dan dah tak relevan untuk dipraktikkan..
Alang2 nak kemas ni, tukar cara lain pula..
Untuk laci bawah sekali yang besar tu, dulu2 letak periuk, dah tukar jadi macam ni dah..
Botol minyak, botol stok kicap sos, makanan kering dalam tin, tipuware kosong pun letak dalam laci ni...
Puas hati nampak kemas di rak terbuka tu..
Senang nak ambil minyak masak, bawah dapur je, tak yah nak pusing2 badan..
Walaupun buat masa ni, kadang2 tersasul jugak badan nak pusing ke rak nak ambil minyak, hahahaha..
Belum terbiasa lagi la tu..
Rak bertindan pink ni dulu letak bawang kentang, dah tukar letak stok susu kotak, susu pekat susu cair dan atas sekali Milo kotak Hafni.
Kalau ikut efektif capaian tu, rumit jugak la..
Sempit sikit sebab ada tipuware sebelah nya..
Tapi okay je, sebab barang yang kerap ambil, letak atas sekali.
Susu kotak bawah sekali, kadang2 je amek bila nak masak sesuatu yang perlukan susu..
Susu pekat pun, lebih kurang dua bulan sekali nak ambil..
Jadi tak ada la kerumitan melampau..
Tipuware2 yang dulu rasa semak bila susun di rak terbuka, bila susun dalam laci ni, nampak kemas sikit..
Tak ada la sakit mata lagi, bila tengok rak tu..
Dari kes ni, saya dah dapat fikirkan sesuatu..
Iaitu barang yang kecil2 dan banyak, elok disimpan dalam ruang yang tertutup dari pandangan mata..
Walaupun dah susun elok dah tupperware2 tu, tapi tetap rasa macam tak kemas/sepah/semak di pandangan mata...
Jadi kita kena sembunyikan perkara/benda yang buat kita serabut tu..
kalau boleh kurangkan.. atau hilangkan dari pandangan..
baru la rasa rumah kemas sikit... dan tak serabut...
Dan stok makanan kering dalam plastik ni, dah selamat jugak susun dalam laci ni..
Lega boleh susun2 dalam ni...
Tak ada la sakit jiwa kalau nampak plastik kena gerit kan..
Untuk rak terbuka pantri tu, aras kedua yang letak bawang tu, saya tinggalkan ruang untuk letak barang2 keperluan semasa memasak..
Macam pemegang periuk kuali penutup semasa panas.
Tempat letak dan lapik periuk..
Pen dan salotape kertas untuk tulis stok makanan dalam peti sejuk..
Selama ni, main selit je celah2 bekas barang atau bekas bawang kentang..
Sekarang dah ada tempat khas dah, yeh!!!!
Berguna juga bakul Daiso ni..
Tak ada la rasa membazir beli dulu2..
Semasa mengemas ni, semua bakul yang ada, saya keluarkan.
Nak tengok, adjust bakul mana yang sesuai..
Bawah rak tadi, ada rak tergantung ni..
Dalam kotak tu, ada kertas pamplet Tesco Giant semua tu, guna untuk lapik plastik sampah..
Plastik sampah saya letak dalam kotak tisu, atas tisu dapur tu..
Boleh nampak dalam gambar overview tadi..
Guna kaedah yang paling senang tu, sumbat dalam lubang singlet plastik, so bila tarik satu, akan keluar lubang singlet yang seterusnya...
Tu yang terjojol keluar tu, hehehe...
Getah2 dan tali rafia ikat tepi tu, kumpul dalam satu bekas..
Sekarang ni, bekas tu saya tonggengkan dalam keadaan terbuka tanpa penutup.
Masa ambil gambar ni, baru je sudah susun, belum praktikkan lagi.
Bila dah guna, realitinya, bila nak amek getah, selalunya tangan sebelah lagi dah pegang benda yang nak diikat tu kan...
Jadi ingat realistik nak buka tutup bekasnya berulang kali? Memang tak la...
Buka je ternganga sesiap, senang nak amek, hahahaha...
Segala botol sembur, semua susun tepi..
Dulu2 dok susun sebelah depan, tapi bila kalut2 nak amek tipuware, mula la jatuh berterabur botol2 tu, hihihi..
Sekarang susun tepi je..
Tipuware2 pun dah tak ada..
Tak ada lagi pemandangan yang serabut, lapang je mata memandang, hehehe...
Untuk rak bawahnya, tempat baru untuk periuk bermastautin..
Susunan sama je, tindan ler nak jimat ruang..
Untuk set merah tu yang selalu guna yang kecik sekali buat masa nasi dan kuali untuk goreng nasi, bihun mee tu..
Yang periuk Vision tu, selalu guna buat masak lauk pauk..
Periuk kecil sekali, penutupnya dah terkubur dah, enSuami bagi jatuh..
So guna bekas puding tu buat tutup dari tercemar oleh anasir jahat, wakaka..
Bawah sekali kekal sama je..
Periuk kukus, masih selesa simpan dalam kotak..
Nampak lebih kemas dan selamat tersimpan..
Kotak langsir tu, dah tak ada tempat lain dah nak letak, kekal di situ je la..
Selagi tak menimbulkan masalah lain, okay je di situ.
Lagipun atas kotak tu, saya ada letak mozek yang saya guna untuk uli/canai doh tepung..
So masih ada keperluan di situ..
Dan akhir sekali...
Pintu dapur yang saya cakap tadi..
Ada lebihan kadbod tu, saya tampal kat sini pulak..
Kesian sangat kat pintu ni..
Dapat tukang yang tak mahir..
Salah potong, terlebih besar sangat ruang bawahnya..
Dulu2, pernah anak biawak masuk ikut celah ni..
Nasib la biawak tu masuk depan mata..
So saya tahu la biawak ada masuk dalam rumah..
La la tu jugak saya usahakan halau keluar..
Alhamdulillah, pandai juga dia keluar ikut lubang yang dia masuk..
Tak ada la dia merayau ke ruang lain..
Masa tu Hafni kecik lagi, tengah dok suap dia makan, dengar bunyi sok srek bawah pintu..
Sejak tu, sumbat tutup pintu ni dengan kain tuala buruk..
Lama jugak la macam tu, asyik lupa je nak beli getah yang boleh letak bawah pintu tu kan..
Sebab tak ukur lebar pintu, susah nak cakap berapa panjang nak beli.
Saya pun tak pernah tanya pasal ni di kedai hardware..
Pernah nampak kat FB je, orang tunjuk nak tutup lubang pintu sebab tak nak hawa dingin aircond keluar..
Saya main agak je boleh kot dipraktikkan kalau ada pintu yang lompong besar sangat...
Sekarang dah tampal kadbod ni, harap boleh la bertahan dari binatang berbahaya..
Kat taman ni macam2 binatang ada..
Yang merayap, yang merangkak, menjalar, yang terbang, yang bergayut, semua ada..
Saya memang tak buka tingkap rumah, takut ada benda2 ni masuk senyap2 tanpa pengetahuan..
Satu2nya tingkap yang saya buka, tingkap kat sinki ni je..
Tu pun kalau saya keluar rumah naik kereta, memang saya tutup la..
Nanti dah balik, buka balik..
Kalau saya menjahit dalam bilik, saya tutup.
Saya tak nak buka tingkap, sebab saya jenis lupa nak tutup, huahuahua...
Dan kalau perasan tadi, besen2 penapis semua dah susun di rak tadi kan..
Sebab saya nak ada ruang untuk simpan sabun mandi, pinggan, ubat gigi, berus gigi [masa ni dah kehabisan stok] dan apa2 yang lain yang sesuai..
Dulu enSuami cakap susah sangat nak amek besen masa tangan basah2 basuh ayam..
Sekarang dah ada kat luar, harap tak komplen lagi la..
Oh ya, lepas susunan baru ni, ada juga la dia sebut pasal botol rempah tu..
Katanya susunan yang lama lagi cantik!!
What??\%#$&@+--()/?!
Hembus angin mulut kuat2 saya masa tu..
Adoi, nak kira lawaa, orang buat nak bagi muat..
Praktikal nak selamatkan barang dari rosak tau..iskkk
Okay la okay la, isteri saya hebat..
Pandai kemas, susun2 ni semua...
Emmmm, macam tu la yang sepatutnya... (^_~)
Kebetulan hujung minggu tu cuti panjang sempena hari buruh, so kami pun balik rumah mertua, sebab adik2 balik berkumpul.
So hari Isnin, kami sampai rumah, lepas siram pokok, saya terus masuk dapur, memang nak tengok progres yang berlaku..
Saya perasan kat atas bekas bulat letak pulut, ada seketul tahi.
Atas rak, para yang sama ada seketul.
Rak bawah tempat kuali [kebetulan kuali tak ada di situ] ada seketul.
Depan mesin basuh, ada seketul..
Kalau ikut cadangan technician tu, dia ada suruh sumbat benda untuk tutup lubang salur tu.
Lepas dia balik je, memang saya sumbat terus dengan kain tuala buruk yang tebal tu..
Tapi disebabkan kami ada tarik mesin masa tampal kadbod tu, so enSuami yang keluarkan salur tu..
Lepas dah pasang tu, dia yang kemaskan balik salur tu.
Lepas tu saya tengok la jugak, macam tak penuh sangat lubang tu ditutup..
Maksudnya, ada nampak ruang lubang lagi.
So bila balik tu, tengok, kain tu dah tenggelam masuk dalam lubang..
Maknanya memang sah la, cencurut tu masuk ikut lubang tu...
Rasa logik tak logik belakang kira..
Yang penting dah tau tu laluan dia..
Jadi saya cakap, tutup je la lubang tu..
Nasib la lubang tu masih ada penutupnya..
Bila nak guna mesin, baru buka masukkan salur.
Habis je basuh, terus keluarkan.
Cepat2 tutup balik.
Setakat ni, cencurut tu masuk, masa kitorang tak ada di rumah waktu malam..
Selalunya kalau ada di rumah, waktu malam lampu dapur memang dibuka.
Kalau tak ada di rumah je gelap..
Cencurut tu pun bijak kot, tau orang tak ada di rumah, dia pula jadi tuan rumah, emmm..
Masa mengemas pinggan di sinki, nampak pula 2ketul tahi kat tingkap sinki..
Amboi, tak ada makanan nak gerit, merayau pulak dia ye..
Patut la tahi ada merata-rata...
Setakat ni, kawasan dapur je yang ada tahinya.
Tempat lain belum pernah terjumpa lagi..
InShaAllah, lepas ni tak ada la lagi jumpa tahi2 tu..
Harap sangat tutup lubang salur tu sebagai solusi yang muktamad..
Amin..
Nanti kita tengok lagi progres, selepas kami balik kampung nanti..
Mudah-mudahan, selamat lah semuanya..
Tak rela nak susah ahti sebab tikus ni, huhuhu...
Babai....
mslh juga bila diserang. kena kawal dri skg.
ReplyDeletenti mcm mcm rosak
tikus ni memang takde keja lain. rumah mak akak tinggal seminggu pergi kelantan. balik-balik je penutup air kat lubang air habis berlubang dia gigit.
ReplyDelete