Search This Blog

Tuesday 11 October 2016

Kempen Laman Dapur Jabatan Pertanian Negeri Selangor..

Assalamualaikum...

Di sini saya akan kongsikan maklumat dan tips yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Selangor (JPS) untuk Kempen Laman Dapur yang dilancarkan.

Dalam pamplet Laman Dapur, disediakan beberapa tips menanam 3 jenis tanaman yang mudah ditanam di halaman rumah..

Antaranya ialah sayuran daun, sayuran buah dan ulam-ulaman..

1. Cara Menanam Sayur Daun

Sayur Sawi (Brassica sp)
Terdapat beberapa jenis sawi yang boleh ditanam seperti Sawi Bunga, Sawi Putih, Sawi Pahit, Sawi Jepun dan Sawi Kerinting.
Cara Menanam:
Biji benih sawi boleh terus ditanam ke atas batas.
Gaulkan biji dengan pasir atau tanah peroi, kemudian taburkan sama rata dalam alur-alur pada batas.
Selepas 10-14 hari anak benih bercambah, jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 15cm antara pokok dan 20cm antara baris.

Catatan NabilaHasyim : tak pernah lagi tanam sawi, huhu.. pernah tanam salad je, tapi masa tu mungkin medium tanah tak sesuai, macam terbantut je saladnya, hahaha...

Kangkung (Ipomoea aquatica)
Jenis yang popular ialah kangkung darat.
Cara Menanam:
Penanaman dibuat dengan biji benih. Biji benih boleh ditanam terus dalam alur atas batas. Sebanyak 45g biji benih diperlukan untuk sebatas.
Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

Catatan NabilaHasyim : selalu tanam guna keratan batang je.. kali pertama beli kangkung dari kedai, amek bahagian daun/pucuk je, buat masak. Batang yang lembut2, boleh cucuk terus dalam tanah atau rendam dulu dalam air, sehingga ada tunas baru atau berakar, boleh tanam dalam tanah.. senang je kan..


2. Cara Menanam Sayur Buah

Bendi (Malvaceace)
Biji benih bendi boleh ditanam terus ke atas batas. Masukkan 2 biji benih selubang sedalam 2.5cm.
Jarak tanaman disyorkan ialah 90cm antara pokok dan 150cm antara baris.
Selepas 2 minggu, cabut pokok yang kurang subur.
Anggaran sebanyak 11g biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2m lebar dan 7.5m panjang.

Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya tanam bendi. Lepas beli bendi, kalau tak habis dimasak, bendi tu pun dah tua, biar je bendi tu kering di tepi tingkap dapur. Dah kering kontang, buka kacang bendi tu, kumpulkan seberapa banyak biji bendi yang ada.. Guna biji yang dah kering tu untuk ditanam. Bila dah keluar tunas, dan berdaun sebanyak 2 lapis, baru mula alihkan ke tempat yang sesuai atau sepokok untuk satu pasu.

Cili (Capsicum annum)
Anak benih perlu disemai di bawah jaring kalis serangga sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum menanam.
Batas berukuran 1 meter lebar, 15cm tinggi dan panjangnya mengikut ukuran yang dikehendaki perlu disediakan. Tanah yang digunakan untuk menyediakan batas, sebaiknya tanah campuran 7:3:2 (tanah : bahan organan: pasir).
Cara menanam dalam pasu atau bekas lain:
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5cm (1inci). Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas ditanam.

Catatan NabilaHasyim : Cili pun sama juga. Pilih cili mana yang kita suka. Keringkan dulu cili tu, ambil bijinya dan tanam di tanah.. InShaAllah tumbuh lah ia.. tapi setakat yang saya tanam ni, tak de la meriah sangat buahnya.. Sekarang baru semai benih yang baru. Cili padi dari rumah kawan enSuami. Dia bela ikan talapia merah, air dari kolam ikan tu, dia buat siram pokok2 yang ditanam.. Memang sihat2 pokoknya. Cili2nya berkilat2 warna hijaunya.. Pedasnya pun boleh tahan. Macam cili padi Cameron yang merah menyala tu.. Saya suka cili padi yang saiz sedang, tak kecik sangat macam cili burung, walaupun tahap kepedasannya hampir sama sebab senang nak pegang kalau besar, hahaha.

Betik (Carica papaya)
Betik adalah buah-buahan yang tidak bermusim dan lazimnya berbuah sepanjang tahun. Betik biasanya ditanam oleh pekebun-pekebun kecil di Malaysia. Betik digemari sebagai pencuci mulut selepas makan.
Cara menanam:
Semai biji di dalam tapak semaian.
Semai biji terus ke dalam kotak/polibag.

Catatan NabilaHasyim : Betik ni pun senang juga. Beli betik dari kedai, kalau buahnya manis elok, simpan bijinya, dijemur kering.. tak nak kering, tabur je semua biji2 tu.. bijinya memang senang bertunas. Campak2 je pun, naik juga.. tapi bila banyak2 yang tumbuh, tak termampu nak tanam semua.. Cari yang betul2 sihat membesar. Setakat pokok betik saya belum lagi ada buah.. Putik bunga pun tak pernah ada lagi.. Baru2 ni pokok betik diserang monyet2. Monyet kan suka makan putik betik dan daun2 muda, buat ulam agaknya. Mana2 daun yang dah tua, habis terkoyak, kesan ragutan monyet, isk.... bila la pokok ni selamat nak berbuah.. timbunan tanah yang dibeli selori tu pun, agak mengganggu wilayah pokok betik tu.. tak sempat lagi nak touch-up kawasan pokok tu. kesian dia..


Serai (Cymbopogon citratus)

Sediakan 2 hingga 3 batang serai untuk ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman adalah bergantung kepada kesuburan tanah.

Serai dan daun pandan yang direndam dalam air, boleh tahan seminggu untuk daun pandan. Serai sampai habis digunakan pun tahan..

Catatan NabilaHasyim : kalau beli serai tu, biarkan serai tu terendam dalam bekas berair. baru la serai tu tahan lama, tak de la mati kering sebelum digunakan. kalau tak ada tanam lagi serai di rumah, boleh rendam dulu serai tu untuk beberapa hari, sehingga berakar. Baru boleh pergi tanam. Lagi senang pokok nak hidup kalau dah mula berakar. Alhamdulillah sejak tanam dulu, dah tak perlu beli lagi serai dari kedai..

Halia (Zingiber officinale)
Galikan lubang sedalam 10cm.
Kemudian masukkan satu keratan rizom atau umbi halia ke dalam lubang yang telah digali. Pastikan mata tunas menghadap ke atas. Akhir sekali, sediakan naungan untuk melindungi tunas-tunas yang baru disemai dari cahaya matahari.

Lengkuas yang direndam dalam air, tahan hampir setahun

Catatan NabilaHasyim : Halia ni berbaloi ke nak tanam? enSuami ada jugak sebut, tanam la halia. Saya jawab macam tak padan je nak tanam, baik beli je, seketul boleh tahan sebulan. Bukan banyak sangat nak guna. Lagi pun halia boleh tahan lama, so tak yah la tanam. Kalau kunyit, OK la nak tanam, sebab boleh guna daunnya untuk masakan. Nanti lama2, boleh dapat ubinya. Baru berbaloi sikit 2in1, tak gitu? Lengkuas pun tahan lama, asalkan biar terendam dalam bekas, 1-2 bulan sekali, tukar air rendaman. Saya pernah simpan tahan setahun, hahaha.. Kiranya setahun sekali je la saya beli lengkuas, kekeke...

3. Cara Menanam Ulam-ulaman

Pegaga (Hydrocotyle asiatica)
Pegaga ditanam dengan menggunakan sistem batas dengan jarak tanamannya 20cm X 20cm. Ia mudah dibiakkan menggunakan rizom atau batang rayap. Walaupun ia boleh tumbuh di bawah cahaya matahari, kebanyakan jenis pegaga memerlukan kawasan yang redup dan tanah lembap. Pegaga juga boleh ditanam di dalam pasu dan memerlukan tanah yang sentiasa lembap.

Catatan NabilaHasyim : Kali pertama dulu tanam pegaga, amek pokok dari rumah mertua, balik tanam dalam pasu kat rumah. Masa awal2 tu meriah lebat. Dah ada pokoknya, tak ingat pulak nak makan. Lama2 terpupus begitu sahaja. Baru2 ni terperasan ada tumbuh baru pokok pegaga. Mungkin sisa benih dari pokok lama kot.. Sekarang dah tanam balik dah. Tapi belum nampak macam nak melebat, walau dah kerap disiram air beras. Kalau tak menjadi juga, kena beli baru kot, tanam baru.

Selom (Oenanthe javanica)
Selom selalunya ditanam dengan menggunakan keratan. Panjang keratan biasanya lebih kurang 20cm. Tanam 2 atau 3 keratan selubang dan padatkan tanah disekeliling keratan selepas menanam. Keratan-keratan ini boleh juga disemai dulu di dalam bekas berpasir. Ini adalah untuk menggalakkan pengeluaran akar. Selepas itu, keratan sedia diubah ke batas.

Catatan NabilaHasyim : Selom ni belum beli lagi, asyik lupa je nak beli ulam ni. Tapi saya dah cuba untuk ulam raja, memang menjadi. Masa kali pertama baca pamplet ni, baru saya tau betapa senangnya nak tanam selom. Kebetulan hari tu, enSuami ada beli ulam raja, saya perasan ada bahagian pucuknya. Yang pucuk tu yang saya amek tanam. Alhamdulillah, jadi. Sihat, kuat je batangnya.. Gitu punya senang tanam ulam raja!!!! Dulu beli RM3 kat nurseri.. Mati kelayuan, tuannya malas nak siram, adeh...

Selain dari tu, yang penting untuk kegunaan dapur:

Daun kesum :
Yang ni pun senang, beli daun kesum kat kedai. Balik masak, amek daun je.. Batangnya rendam dalam air separuh dari ketinggian batang tu.. biar sampai ada keluar daun/tunas baru. Bila ada tu, baru boleh tanam ke tanah. Masa rendam batang tu, jangan terbalik pulak batangnya.. yang pucuknya di atas.. Lagi bagus kalau amek batang2 yang muda lagi atau maksudnya bahagian pucuk/ yang hujung sekali.. Rajin siram dengan air beras. Membesar sihat lah dia.. Kalau nak bagus lagi, cari kesum yang daunnya rapat2, bau dia lebih kuat.

Catatan NabilaHasyim : Pengalaman saya beli kesum dari MyMydin. Dari dulu sampai sekarang, benih tu la masih bertahan sampai sekarang. Walaupun dah banyak kali tukar pasu/tempat tanam, mati kering, akar diserang semut buat sarang, kalau ada batang yang sihat tu, cepat2 gunting dan tanam tempat lain. Hidup balik sampai sekarang. Raya haji lepas, balik buat laksa di rumah mertua, enSuami beli daun kesum dari pasar [sebab sangka rumah mertua ada pokok kesum, sekali tak boleh amek sebab tak berapa nak ada] terpaksa beli. Daun jenis ni lain sikit dari pokok yang saya tanam. Daunnya jarak jauh2, dan baunya tak berapa kuat. Banyak mana, enSuami beli, semua tu saya masuk periuk, tapi tak bau wangi sangat kesumnya. macam tak ada daun kesum je...

Daun kari:
Saya amek anak pokok dari rumah mertua je, hehehe.. Pokok kari ni, kalau dah besar tu, mesti akan tumbuh anak pokok baru.. Kalau diperhati asal-usulnya, kalau tak silap saya dari akar pokok induk atau dari keratan batang gitu.. Oo baru jumpa satu sumber sahih, cara nak tanam pokok kari. Tapi kalau beli dari kedai, dia bagi pelepah je kan, macam mana nak tanam. Kalau dapat batang pokok, boleh la buang semua pelepahnya, rendam dalam air dulu.. Sampai keluar akar putih, baru tanam ye..

Daun limau purut:
Saya beli dari nurseri. Pokok berbuah, paling senang, kena tut dari pokok induk. Tak boleh dari keratan batang. Kalau ada biji benih, macam limau kasturi tu, saya tanam, tak pernah tumbuh pun, huhuhu, salah tanam kot.. Limau kasturi tu balik kutip 2 minggu sekali di rumah mertua. Bertuah sgt menantu ni, kekeke...

Bunga Kantan:
Bunga kantan mahal gila sekarang ni.. Dulu sehinggit satu. Sekarang 3hinggit kat pasir penambang. Minggu lepas, pergi kenduri singgah rumah atuk saudara enSuami, dia ada pokok bunga kantan. Bunga kantan, yang saya tanam belakang rumah ni, amek anak pokok dari rumah atuk ni la.. tapi sampai sekarang tak ada bunga lagi.. tanah tak sesuai kot.

Orang bagi petua, kena rajin tebang batangnya, supaya rajin tumbuh tunas baru. tapi tak ada juga. Sebab jarang belai dia.. tu yang merajuk dia nak membesar. Pergi rumah atuk ni, x lupa la nak tengok pokok kantannya, lagi2 bunga kantan tengah mahai gila ni..


Bila pi tengok, boleh histeria tengok, banyak gila bunganya.. Kira2, lebih sepuluh kuntum tu. Kalau ikut tamak tu, semua bunga tu saya nak cantas. Ye la kalau tak amek, lama2 dia kembang2, habis layu kat situ juga. Sama juga kalau saya amek semua, layu dalam peti sejuk kan..hehehe tanduk hijau sat.
Tapi enSuami suh amek 3 je, xyah nak lebih2.. Adoi seronok kot tengok bunga kantan tu, cantik sangat. Yang bunga ni lain dari yang dijual. Kaler pink lembut, dan bertanduk/berduri di hujung kelopak. Kalau dok beli kat pasar tu, tak ada macam ni.. Selamat dah buat laksa, nasi goreng kerabu, sedapnyaaa...

Pokok kantan tak semua orang boleh tanam. Yang ada laman besaqq ja, boleh tanam. Sebab pokok ni lama2 dia akan membesarkan wilayahnya, baru la nak dapat banyak hasilnya. Ye la, pokok bunga kantan kan unik sikit. Keluar tunas batangnya tu, sama ada nak jadi daun atau bunga je.. dia tak akan jadi kedua2nya.. Jadi kalau besar lamannya, barulah besar kebarangkalian nak dapat bunga tu..
Susah kan, sebab tu la mahal. Kat Mydin murah sebab bunga kantannya merah, bukan pink, hehehe.

Lagi pokok apa lagi yang penting kat dapur, kalau ada boleh tambah lagi ye...
Selamat bercucuk tanam, jimat kos perbelanjaan dapur..




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Friday 7 October 2016

Macam mana 'bloglist' boleh hilang?

Assalamualaikum.

Hai korang punya blog jadi macam saya x eh?

Petang semalam baru perasan, masa nak add 'bloglist', sekali tengok tak ada..
Refresh byk kali pun xda, aik..

Tak puas hati, buka layout [berwajah baru kan?] Memang sah xda langsung!

Saya tak ada edit apa2 pun..
Lama berbulan dah xbelek apa2 pun kat blog ni..

Klu update blog pun, taip2, publish, terus tutup.
Memang xcara la nak deko2 blog ni, xda masa...

Tu yang hairan tu macam mana boleh hilang..
Habis lah link2 penting yang saya simpan.
Macam mana nak cari balik, huhu..

Baru sikit dapat tambah link blog kawan2 yang saya ada bookmark dalam laptop.

Meh tinggal kan link blog korang ya..
Nanti boleh saya add dalam 'bloglist'saya, please..

Bukan ku pinta, hilangnya 'bloglist' tu,
Tidak ku sangka, rupanya begini..
Sedeh weh...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday 4 October 2016

Jangan menangis Habibah vS Alhamdulillah

Assalamualaikum...

masa sedih2 nak menangis dalam toilet tadi,
teringat pula dengan lagu ni..

first time dengar kat radio IKIM dalam keta..
dalam sekali dengar tu je,
lagu ni melekat di hati..
sebab sangat2 kena dengan isi hati wanita..
bagi saya yang rasa la..

menusuk kalbu sangat...
sebab salah satunya kalam dari Allah juga,
sabda nak pilih pintu syurga mana untuk isteri solehah...




Jangan Menangis Habibah
oleh : Aris Ariwatan

Kemari sini Habibah
Lepaskan gundah gulana
Izinkanku mendengar
Resah jangan terus dibiar

 Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah

Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan

Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Jangan menangis Habibah
Penatmu itu ibadah
Isteri yang taat setia
Syahidlah ganjarannya

Teladanilah wahai wanita
Betapa tabah Siti Khadijah
Luhurnya hebatnya Fatimah

Teladanilah wahai wanita
Selautan ilmu Siti Aisyah
Kudusnya taqwanya Rabiatul Adawiyah

 Solat lima waktu
Puasa di Ramadhan
Taati suamimu
Maruah dipertahan
Sabdanya pilihlah
Syurga mana
Pintu mana
Yang kau suka

Sumber daripada: Blog ArnaMee

Penatmu itu ibadah..
Allahuakbar, buat kerja rumah bukan lah sesuatu yang sukar bagi saya..
penat macam mana sekali pun, lepas tidur, esok segar semula..
ulang lagi buat kerja rutin tanpa banyak soal..

Bila rasa nak sedih, mengamuk, marah2..
dengar lagu ni sejuk sikit..
kata kat hati, OK tak pa, sabaq..
jadilah isteri solehah..
syurga mana, pintu mana yang kau suka..
sambil nyanyi dalam hati...

nak jadi isteri solehah bukan senang...
banyak dugaan, huhuhu..
kalau tak sabaq, boleh tsunami dalam rumah ni..

Bila nak share lirik ni di blog ni
baru tau asal-usul bagaimana terhasilnya lirik yang menusuk kalbu ni..
rupanya Aris dapat menulis lagu ni, terilhamkan dari penderitaan kakaknya yang menghidap kanser..
aduh, sedihnya (T_T)
bila dia dendangkan lagu ni kepada kakaknya,
kakaknya tersentuh dengan lagu ni..

Semestinya..
semua wanita pun akan terasa..
bukan mudah nak jadi wanita..
jadi anak, isteri, menantu, ibu..
cabaran datang dari pelbagai penjuru..
kadang2 tersepit di tengah2 situasi..
satu je yang boleh dipilih pada satu masa, yang paling utama...
selebihnya kita terpaksa lepaskan..

Lagu Alhamdulillah dari Wani pun sedap juga..
terinspirasi dari kejadian tsunami di Acheh..
yang tu pun menghiris jiwa juga..
bersyukur bukannya susah hanya dengan ibadah
sebut je Alhamdulillah, dirikan solat 5 waktu..
tu lah tanda bersyukur dengan nikmat Allah [contoh dari sebanyak2 ibadah sebagai tanda bersyukur]



Nah, layan je video Wani ni...
memang best sangat..
sambil dengar2, boleh sebut2 Alhamdulillah juga..

simple2 je lirik dua lagu ni..
tapi sangat lekat di hati..
bila kita pun berada/rasa apa yang digambarkan dalam lagu ni..

Hari ni nak layan perasaan sikit..
tapi tak mau nangis2..
kita nyanyi2 je, yeh!

Jangan menangis, Nabilah!
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah..
dari hambaMu yang lemah dan hina..


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Monday 3 October 2016

RESEPI : Kek Lobak Merah + Kacang

Assalamualaikum...

Dah lama tak makan kek karot..
sejak jumpa video kek karot versi blender halus tu, orang2 komen dalam tu, ni la cara buat kek karot yang betul..
omputih la yang komen..

Seingat saya, versi Malaysia parut je la kot..
xpernah nampak lagi yang jenis blend..
kalau buat nasi karot pun, parut je..
kalau blend, tak jadi nasi la, jadi bubur karot la kot, hohoho...

Minggu lepas, tetiba terlintas teringin nak makan kek karot..
sebab dah lama tak buat...
ada kesempatan pi Mydin, beli karot 6 batang,
walaupun di rumah masih ada dua batang..
Bajet2, nak buat 2 biji kek...

Satu makan, satu lagi bagi orang, kekeke...
rasanya dalam sebulan tak membakar kek, tak boleh duduk agaknya..
nampak telur banyak lagi dalam peti,
ooo tak buat kek lagi, nanti buat kek, habis la telur tu, huhuhu...


Resepi untuk kek karot, masih lagi setia dengan resepi ex-housemate bagi- Masz
resepi dia senang, kalau tak ada mixer pun boleh buat kek ni..
guna blender untuk pukul telur + gula (sehingga larut dan jadi putih).. nak guna whisker pun boleh
janji ada oven, kalau tak ada, boleh cuba kukus, atau pressure cooker, atau pemanggang ajaib..
nak adjust api, xtau la, sebab saya tak ada PC dan PA tu...
kalau kukus, standard kek, 40-45 minit la..

Masz sendiri yang tulis resepi ni..
siap lukis-lukis lagi..
page belakang, dia bagi resepi kek coklat..
tu sebab dia tulis - Masz lagi
yang serbuk kayu manis, saya tambah, sebab dia lupa tulis..

First time cuba tu, tak jadi.
dah tu mengadu kat dia, dia baru teringat serbuk kayu manis tak tulis..
tapi bukan sebab tu kek saya tak jadi..
masa tu memang tak pandai lagi nak buat kek..
saya tau buat kek coklat kukus je masa tu..
kenapa entah, macam tak kembang/naik sangat la...

Kali ni buat OK je kek tu..
Lembab, lembut, bahagian atas tu, keras crunchy sikit, saya suka yang macam ni..
kali ni tambah sikit bahan asing, cewahh..


Hari tu nampak di blog kak Azie Kitchen, ada letak kacang...
tapi tak ingat kacang apa dia letak..
kena google balik cari resepi tu..
kebetulan masa beli kayu manis, nampak kacang ni di sebelahnya..

Ooo, dok ingat nak buat kek karot, boleh la acu cuba try test letak kacang..
nak merasa jugak apa kelainannya, mesti bila makan, mengunyah lebih sikit sebab ada kacang..
main amek je beli kacang ni..
kalau tak sedap letak dalam kek,
lain kali boleh goreng makan terus, buat kudapan..
dulu2 Mak rajin beli buat sendiri kacang goreng, goncang2 dengan sedikit garam..
boleh makan2 sambil tengok TV, hehehe...


Untuk nak letak dalam kek, saya cincang2 dulu dengan pisau..
buat gaya Jamie atau Nigella tu ye...
pegang hujung pisau yang tajam tu secara statik, gerak2kan hulu pisau je untuk cincang2 kacang..
fefeeling jadi chef sat, dengan pisau baru, kekeke...


Karot pun parut guna pemarut baru, yeh!
Sukaaaaaaa..

Lepas dah siap parut karot dan cincang kacang...
baru mula pukul telur serentak dengan ON oven..
saya guna jam oven je untuk tengok berapa minit saya pukul telur + gula sehingga jadi putih..
dalam sepuluh minit camtu..


Sambil pukul telur, sambil ayak tepung semua..
kalau guna hand mixer, kena ayak tepung dulu la..
kecuali kalau ada pembantu nak tolong sekali buat...


Masa ni, saya buat 1 1/2 adunan..
buat untuk dua loyang.
yang loyang besar tu, tersaja pi tabur karot lebihan tu..
bila dah masak, dia tenggelam jugak..


Suhu oven yang resepi Masz ni, guna 160C je..
masa oven kecik dulu, OK la masa elok dengan masa 40minit..

Tapi bila guna oven besar ni, 40 minit masih tak masak..
saya tambah 15 minit lagi, baru masak OK..
Sebelum ni buat kek coklat dia, tak masak juga, tambah 15 minit lagi..
kali ni terlupa lagi nak adjust tambah suhu lagi..
lepas ni boleh adjust jadi 170C selama 40minit pula..
lebih kurang standard untuk kek padat..
Lain kali nak buat lagi, boleh cuba 170C pulak, hehehe..


Masa gaulkan tepung tu, nampak karot macam banyak je..
tu yang ada lebihan sikit tadi, pi buat tabur2..
bila dah masak, tak la banyak mana pun karotnya kan..
patut habiskan je tadi, adoi..
saya parut 4 biji je tadi..

Ada kacang ni, sedap juga ye..
Saya agak tak kena dengan selera saya, tapi bila cuba makan, OK jugak sedap..
gula tu, sukat 2 cawan, tapi tak pernah penuh pun..
memang selalu masak kek, memang kurangkan sikit gulanya..
tak sukat betul2 penuh pun..
tak nak manis2 sangat, nanti pening kepala, huhuhu...

Senang kan resepi ni..
Selamat mencuba!




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382
Daisypath Anniversary tickers