Search This Blog

Thursday 30 January 2014

Selepas sebulan berkebun....

Assalamualaikum....
Baru berjinak2 dalam bercucuk tanam..
Mahu berjasa dan berbudi pada tanah.
kita pun dapat manfaatnya....

ehhe xda la banyak pun sayuran...
nak kategorikan ape pun tak tau la....
kira kebun la kot...sebab bukan bunga2an....
kalau bunga2, kita boleh la panggil taman kan....

Batas pertama...........

Kangkung la paling mula dan cepat menampakkan hasil....
Tapi setakat ni belum tuai2 lagi....
saya masih dok tunggu progres seterusnya.....
adakah akan membesar lagi?
atau macam tu sahaja perkembangannya....
nak cakap pokok2 yang saya tanam ni, tumbuh tu tumbuh...
tapi belum gemuk2s lagi la....
macam tak berapa yakin nak tuai lagi....
enSuami pun kata tunggu dulu, tengok biar dia besar lagi...
saya takut kang, dok tunggu nak besar, entah2 dia layu kat pokok je, hehe...
rugi kalau tak amek cepat....
tapi, saya nak tunggu bunga kangkung yang cantik tu, huuuu...

Bahagian hujung sekali, saya tanam daun kesum...
daun kesum tu masa beli, terus cabut2 daun2nya..
cucuk batang sahaja, tanam banyak2 yang ada.....

tengah2 tu, daun pandan pula.
anak pokok amek kat umah mertua.
pada awalnya ada daun...
tapi lama2 dia kekuningan, dan melayu...
nampak tak cantik pula dan serabut.
akhirnya saya amek gunting, terus potong biar gondol camtu...
guna kaedah tanam kesum, biar tanam batang sahaja, nanti baru ada peluang pucuk baru nak keluar...
ya, sekarang memang nampak ada pucuk2 baru yang tumbuh, kan betul hipotesis tu....hehe


Batas kedua, serai hidup juga...
tapi belum ada yang beranak2 lagi...
hari tu tengok macam hampir nak kering...
nasib baik cepat2 siram, lepas tu tengok baru sihat semula...

Sebelah serai, saya tanam pokok daun kari...
tapi setakat ni, belum ada berita baik.
macam tak nak hidup, tapi bila pegang2 batang tu, macam kuat plak tertanam.
masih menunggu progres seterusnya.
tapi semalam, saya dah tanam ubi kunyit dalam bahagian tu...
kebetulan ada beli kat pasar, memang niat nak tanam kunyit pun, sebab nak daunnya...
untuk tambah aroma dalam rendang, sedapnya wangi....

sebahagian lagi, saya tanam daun selom...
yeay, ulam pertama kegemaran saya telah dapat ditanam.
setakat ni, dah nampak daun2 pucuknya.
tak sabar nak petik, tapi belum tiba masanya lagi...
ulam raja ja belum jumpa lagi...


Batas ketiga, dulu yang tanam daun sup tu, tapi pokok tu tak dapat bertahan..
mungkin sebab recycle je kot, dah habis nutrien, macam tak hidup je, saya pun tanam pokok lain...
saya gantikan dengan benih jagung yang dibeli.
tapi sampai sekarang pun tak nampak pertumbuhan, entah jadi entah tidak...
mau tunggu lagi untuk beberapa lama...
kalau tak ada berita baik, kita tukar benih lain plak...

Pokok bunga kantan, alhamdulillah nampak hidup.
dah mula ada daun yang kembang.
enSuami tanya bila nak keluar bunganya, tak nampak pun...
ayokk, kena tunggu batang lain la...
klu satu batang keluar daun, selamanya daun..
sebab satu batang tu akan keluar daun, bunga akan keluar dari batang lain plak...
jadi nak menunggu batang bunga nak keluar, xtau la seluas mana yang dia nak hidup...
harap tak membesar meluas sangat..
nanti kacau pagar jiran, huuu...


Batas ni paling suka dok tengok...
Lama2 tenung, anak pokok cili dah naik...
terlalu banyak, rapat2...


enSuami kata kena alihkan bagi jarak2...
baru dia boleh hidup elok..
tapi takkan semua pokok nak hidup? banyak tu...
kalau satu pokok yang hidup dan beri hasilnya, pun dah cukup bagi saya...
kang tak termakan, sedih plak emmmm.


Pokok limau purut pun belum nampak progresnya...
entah hidup ke tak....
sebelah tu ada ruang kosong sikit, saya cuba tanam anak pokok salad..
nak tengok boleh hidup ke tak...
tak ada dalam gambar, sebab baru je tanam lepas amek gambar ni...

Sebelum ni, saya xtau pun boleh guna sayur yang kita beli tu untuk tanam...
Jumpa kat blog mana entah, katanya, bahagian yang paling dalam tu boleh tanam...
jadi boleh la tumbuh pokok baru...
teknik ni, pertama kali saya cuba untuk kailan....
daripada segenggam sayur kailan yang dibeli di kedai, boleh dapat 3 pokok baru sayur kailan..


Yang ni batang paling besar dan paling bawah....
dah keluar pun daun baru....


Hujungnya plak, takda kerja, saya tanam kentang, haha...
dah siap tumbuh rizomnya, tak habis2 makan, lama sangat simpan..
geram tengok, pi tanam je la...
kot2 hidup, ada rezeki dapat makan kentang baru lagi....


Nampak tak kentangnya?
Dua ketul saya tanam...
haaaa. ce cari, jumpa tak?

Yang ni pokok terung...
Tapi pokok terung ni bukan saya yang tanam...
Uncle, jiran rumah yang bagi...
dia cabut satu pokok kat kebun dia tu, bagi kat enSuami saya...
masa diorang dok sembang2 pasal pokok2 yang ditanam...


Uncle ni macam2 sayur dia tanam...
semua yang saya tak kenal...
orang Cina suka makan, tanam, sayur hijau2 ni...
saya tengok pun geram..
semua cantik2, gebu2, hijau2 sayur dia.....

Saya terinspirasi nak tanam macam2, sebab tengok jiran2 tanam macam2lah...
aci dok, cenggitu? hihi...
Ada beberapa lagi pokok yang baru sangat tanam petang semalam....
mencuba2 nasib aja....
kalau tanam betul2, tak hidup...
yang dicampak buang pulak yang naik, hihi....

Lepas ni campak2 je, xyah susah nak korek tanam...
satni bila dah tumbuh anak pokok, mula la xtau pokok apa yang naik, hahaha....
xreti lagi nak bezakan, baru nak mengenal2 daun2 pokok....
pokok durian yang besar pun saya tak kenal, kalau enSuami tak sebut, 'ehhh pokok durian la..'
baru nak tercari2 mana? mana?


Dan selepas sebulan dok siram pokok dengan gayong [cebok], baru nak dapat beli getah salur dengan pemancutnya sekali....
baru tak rosak anak pokok, boleh siram macam shower, hehe....

Wednesday 29 January 2014

Apabila tangan mula berkebun....

Assalamualaikum...

Masa nak mula berkebun, saya guna apa2 sahaja keperluan yang ada di dapur untuk ditanam...
Yang pertama ada daun sup dan serai...

 
 
Saya baca, orang cakap kena rendam dulu, biar tumbuh akar dan pucuk baru.
Sepatutnya rendam selama 2 minggu.
Tapi tak sabar sangat, rendam seminggu sahaja.
lagipun tapak batas dah ada, terus tanam kat tanah je la....hihi
 
 
 
Selepas seminggu lebih, pucuk baru dah mula kelihatan...
Akar pun dah ada 2-3 lingkar....
Daun sup pun cepat....

Batas yang saya sediakan, saya bahagikan ikut kategori, terutama sekali jenis habitatnya...
untuk batas pertama, paling hujung kat pagar, saya korek buat dalam sikit, macam lopak atau kolam...
sesuai untuk kangkung, kesum dan daun pandan...yang suka tempat air bertakung (banyak)...

 
 
Masa ni, baru tanam kangkung.
Kangkung ni, ambil keratan batang yang dibeli untuk makan...
Saya ambil makan daun saja, batang2nya saya cucuk kat tanah ni....
 
 
 
Batas kedua saya tanam serai yang direndam tadi....
Dua bahagian lagi masih kosong, belum tanam apa2 lagi...
 
 
 
Batas ketiga, saya tanam daun sup...
ingat sebaris ni, akan tanam pokok yang seangkatan dengannya seperti ketumbar, daun kari atau daun kunyit.
belum ada sumber lagi, terbiar kosong dahulu....
kat hujungnya tu, dah tertanam pokok bunga kantan...
sebab haritu kebetulan ke rumah atuk saudara, rumah dia ada pokok bunga kantan...
apalagi, mestilah nak ambil, free la katakan, huhu...
balik tu enSuami tanam je, tanpa fikir panjang.
saya dah tau, pokok ni boleh membesar setinggi 6meter, dan akan merebak beranak2 lagi.
tapi sebab kawasan yang luas belum digembur, nak cepat, tanam saja kat tempat yang ada...

 
 
Batas keempat, saya tabur biji2 cili padi, cili merah...
kat hujung sekali ada keratan batang daun limau purut, ambil kat rumah atuk saudara tadi juga...
 
Emm, esok baru kita tengok progres selepas sebulan....
Ada yang best, ada yang mengecewakan, huhu.....
 
 

Sunday 26 January 2014

D.I.Y : Tempat letak plastik sampah


Assalamualaikum..

Lama tak berDIY, xtau nak share ape kat blog.
Ada satu hutang, saya mau setle hari ini...

Lipat beg plastik bentuk segitiga.
Att to : Fizah Sioca, kekeke.....[maap, heee]

Nasib baik kali ini gambar OK walaupun ada satu juga yang xdapat transfer sebab rosak.
Bolehlah up entri kat sini...

Pertama sekali, semua mesti tau, beg plastik lepas beli barang, mesti longgok2, renyuk2 dalam 1 plastik besar, kan... atau sumbat dalam laci ke, kan...
Saya pun macam tu jugak, hahaha...
Beg plastik beli barang, saya recycle buat beg sampah[sebab dekut nak beli beg plastik khas untuk sampah].
Tong sampah kat rumah, kecil je, bawah sinki.
Sebolehnya, tiap hari nak buang.
Kadang2, 2hari sekali.
Kadang2, time lori sampah datang, baru terkejar2 nak buang, hihi...

Ok, terus ke DIY kita hari ini..
Cewahhh
SEBELUM

SELEPAS 

Bekas nak letak plastik ni, xda la DIY dari zero.
Sebenarnya kotak ni asal dari floating candle, beli kat Daiso.
Dah lama dah beli tahun 2012.
Tapi sebab xpernah guna lagi, jadi sedang elok je kotak ni...


Sebelum nak lipat2 ni, saya terfikir juga lepas lipat, nak letak mana kan..
Harus cari tempat nak letak yang efisyen, baru nak lipat2...
Mata pun melilau sekitar dapur, mencari sesuatu untuk merealisasikannya..
Dan ternampak lilin ni, dan berfikir untuk mencuba2.
Macam sesuai je, macam boleh je nak letak ni.....
Maka, jadilah begini..........

yang nampak tebal, gemuk2s tu, kira plastik tu besar la...
Yang sedang elok, plastik dari Speedmart, MyMydin, Giant, Tesco, sesuai untuk tong sampah saya..

Cara nak lipat.

No. 1 lipat plastik menjadi 2 bhgn.

No. 2, lipat lagi jadi 4 plak....

No. 3 Yang hujung bahagian bawah, lipat segitiga.

No. 4 Lipat lagi sehingga ke hujung..

No. 5 Sampai hujung, dah lengkap segitiga..

No. 6 Lipat lagi, supaya yang hujung tersimpan di bahagian dalam.
tapi kalau tak silap saya, ada orang boleh selitkan masuk dalam lipatan, tapi sebab saya tak reti, saya buat macam ni je...

Pastu boleh sumbat masuk kotak....

No. 7, siap untuk display.
Saya gantung kat rak rempah [buat masa sekarang].
Berdekatan dengan tong sampah, senang nak amek.... 
Bila nak ganti plastik baru, tarik satu bucu........

Simple sajo, sesuai untuk saya yang economony, kikiki...
Setle entri untuk hari ini....
Eh xpaham macam mana nak lipat?
meh tengok video ni....
Saya pun jupa kat blog Sis ni.....

oK, mekasih semua....
Nak siapkan projek DIY seterusnya plak....
macam2 nak buat, enSuami tengok pun pening dengan bini dia ni, hahaha
aptb......
tatatata...........

Sunday 19 January 2014

UMIE SUE 2ND GIVEAWAY


Assalamualaikum....

baru malam tadi dapat snap gambar ni...
Kebtulan kopiah Abinya ada sebelah, try letak atas kepala...
Macam comel je, jom klik2....
Sekarang dia dah faham, bila suh senyum, dia boleh senyum........
nasib baik, Umi sempat klik time senyum tu, hihihi


Anak Umi Hafni Azzahrah jadi Anak Solehah ya..
Taat pada perintah Allah dan Rasul...
Mendengar kata Umi dan Abi...
Ringan tulang, suka tolong Umi dan Abi..
Tangan kanan yang ikhlas bersedekah..
Tangan kiri yang suka tolong orang..
Gunakan kaki ke masjid dan majlis2 ilmu..

Pandai belajar di sekolah..
Kuat ingatan untuk hafal 30 juzuk al-Quran..
Jadi ustazah dan al-Hafizah...
Semoga sayang ditemukan jodoh dengan suami yang baik..
Yang dapat membimbing sayang ke Syurga Allah...
Aminnn


*Doa yang acap kali diucap kepadanya pada waktu tenang...sobsobsob

Erin (..life after "i do") First Giveaway


TEMA GIVEAWAY


 Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes

1)  Follow blog ..life after "i do"

2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini


Ok, saya nak join jugakkk..

Gambarnya ialah, taraaaaaaa....


Hahaha, terkejut tak????

Huhu, gambar ni saya dapat snap semasa dalam pantang.
Alahai si Abi keletihan malam tadi menjaga anak kesayangan yang kerap terjaga....

Suka sangat dapat snap moment ni, hihihi.....
Sape2 tengok pun mesti tersenyum kan kan kan...
Kedua-dua beranak ni tidur ternganga dan versatile lagi.....
Macam bapak borek anak rintik lak.....kekeke.


*festime upload gambar ni utk umum. dpt tau kt enSuami, mampuih ceq, hahahaha...


Wednesday 15 January 2014

Persiapan seterusnya untuk berkebun........


Assalamualaikum,
cuti semalam, xda jalan mana2..

Saya ajak enSuami beli barang untuk projek DIY.
tak lupa juga dalam senarai nak beli penyodok tanah yang macam senduk nasi tu untuk keperluan berkebun.....
dah lama mula berkebun, peralatan belum beli apa2 pun..

Semua import dari rumah mertua.
Sampai kat kedai hardware, saya dok cari brg2 DIY dulu.
Dah nak habis tu, enSuami tanya cangkul kecil ada ka?
Saya pun teringat pasal penyodok tu...


Dalam majalah LAMAN, cangkul kecil tu ada siap mata serampang sekali.
Tapi tanya tauke, dia kata tak ada macam tu..
jadinya beli penyodok tu spesen dgn serampang...

Dah habis amek barang nak bayar, enSuami panggil lagi.
Dia tunjuk benih pokok kat saya.
Amek tu jagung, nak tanam jagung lak...


Banyak2 pokok yang ditanam, ini la yang pertama beli benih.
yang lain2, semua amek keratan batang atau dari biji2 yang ada kat dapur dalam peti sejuk.
benih jagung ni pun dah selamat masuk dalam tanah.
ada 5 biji je. sikit la sangat.
lagi berbaloi buat benih sendiri.
tapi nak tunggu nak beli jagung tu entah bila.
selalu beli, dah habis makan, tinggal tongkol je, nak buat benih lagumana, huhu....

Yeay, dah syokk nak bercucuk tanam.
Hampir lengkap keperluan.
lepas ni nak kena maintain je pokok untuk terus hidup subur dan mengeluarkan hasil.
x sabaq la nak tunggu progresnya...
insyaAllah mudah-mudahan ada la rezeki hasil berbudi pada tanah..Amin.


Keperluan untuk projek DIY.
Harap2 menjadi kenyataan, lol.....
bila nak siap, entahlah...
sebab nk kena tunggu enSuami ada mood dlu, emmmmm


Monday 13 January 2014

Pendapatan hari ini... ngeh ngeh....


Assalamualaikum....

Dua hari lepas, tengok kakak ada update status kat FB, katanya "Asal je basuh baju, ada duit dalam mesin... rezeki2..hehe.
Siap ada not RM100 tuh...
Siap kawan2 dia tanya mesin jenama pe lg, tak bleh blah...
Saya baca pun boleh tergelak...
Dah tau dah sape nye keje...

Mesin basuh rumah sape2 pun camtu la kan...
Mesti nye ada bendasing tertinggal kt mesin..

Saya punya cerita ni, hal Sabtu lepas..
Pagi tu sebelum balik Sekinchan, sempatlah basuh baju dulu.
sedang dok sarapan, mesin ni mengamuk bukan main, gedumdam gedumdam...

sampaikan kitorang yang tengah makan pun boleh terkejut.
Apehal tuh?
Saya nak cakap, ade la mende yang xkena tu, tak terkeluar...
Asbab enSuami mmg dok anti kat mesin ni, sebab kadang2 dia buat hal..
Tapi saya xmau tukar baru lagi, sebab mesin ni masih mampu untuk keringkan pakaian kami anak beranak, sabar la sket je...

Lagipun saya basuh baju semasa saya memasak di dapur.
jadi bolehlah pantau mesin ni smpai habis kerja dia...
Nak beli baru? tunggu la sampai dia nazak sesangat, baru tukar yang besaq lagi, heyhey...

Dah siap tu saya angkat la baju masuk bakul.
time angkat tu, klu rajin, saya kelaskan siap2 kain pelikat-kain batik, tshirt-baju-tudung, last baju anak.
kalau time malas, just angkat satu2, sebab nak leraikan gumpalan baju dalam mesin. baju anak tetap last sekali, sebab kecik2...

Akhirnya pagi ni, ini yang saya dapat....
Tudiaaaaaaaaaaaa....


Ini la asbabnya mesin saya mengamuk rupanya.....
Siap ada kad atm lagi...
Mula nampak yang bawah je....


Sekali tengok, ada sekeping lagi tersangkut kat bahagian atas..
Dahsyat betul....


Selalu kalau sikit2 tu, saya amek je masuk tabung saya n anak....
tabung enSuami, saya biar kosong, ahhaaaa...
Dia banyak duit dah kot, asyik letak merata2 je....

Saya snap gambar2 ni, pi tunjuk kat dia.
"Pendapatan hari ini sebab basuh baju, siap ada kad lagi, boleh la amek duit bila2 pn" lol...
Sape nye keja nih?
Seingat saya saya cek dulu semua poket pakaian dia kalau saya yang amek nak basuh.
Last tu, baru dia teringat, sebab malam tadi amek duit lepas balik dari masjid.
Baju terus masuk mesin, ni la jadinya.
Alasan, LUPA....
kesimpulannya, bukan salah MESIN, salah MANUSIA, ye tak....

Tengah dok sangkut kat hanger, jumpa lagi sehelai, terselit kat kain pelikat.
ni kes atm dh habis not rm50 la ni, semua kuar rm10.
kalau ada sehelai je, boleh gak masuk poket.
tapi kali ini, saya amek rm1 not baru saje...
simpan nak buat duit raya, hihihi.....

Wednesday 8 January 2014

Saya mahu berbudi pada tanah [azam 2014, ngeee]


Assalamualaikum...

Hari tu dah habis bercerita pasal dalam rumah..

Sekarang mood kat luar2 pulak, hehe...
Memandangkan ada ruang laman di rumah...

Saya teringin nak bercucuk tanam...
Nak feel, tangan sejuk tak, hoho...

Orang kata kena tangan sejuk, baru pokok nak tumbuh..
Dulu2, saya join ayah saya je menanam..
Dia tanam ape, semua naik elok...
Padi ja tak berapa, hasil sikit....

Untuk rumah ni, saya tak rajin nak tanam pokok bunga.
Saya nak tanam pokok keperluan dapur.
Macam serai, daun pandan, limau purut, cili padi dan lain2.

Alhamdulillah seminggu saya menghadap tenet baca pasal tanam-tanaman ni...
Siap tambah bloglist kat blog ni....
Saya tambah ilmu melalui internet ja...
Macam2 ado...
Taip saja nak tanam apo, mesti ada....

Lepas balik rumah, beberapa hari saya ingatkan enSuami untuk pinjam mesin rumput mertua.
Hari pertama tu, minta dia tebas dulu lalang kat belakang.
Walaupun, pagi tu dia ada mesyuarat kat sekolah.
Yoya betui, pnIsteri ni, dera enSuami, kuang kuang....

Dapat la buat tiga batas.
Hajat di hati nak buat 5 atau lebih...

Adoi, susah no nak mencangkul...
Akar lalang tu dalam sampai setengah kaki....
Kena cabut dulu bagi licin, supaya kelak tak ganggu pertumbuhan pokok kita...

Tapi kadang2 cincai jugak, lol...
Saya dapat tips, tabur garam kat tanah, kasi mati itu rumput.
Tapi saya tak tabur kat atas batas, nanti pokok yang nak ditanam tak hidup plak, naya....

Kalau ikutkan macam2 nak tanam..
antaranya dalam senarai:

Kangkung
Kesum
Bunga Kantan
Serai
Daun kari
Daun pandan
Daun kunyit
Daun Sup
Daun ketumbar
Cili padi
Cili merah
Limau Kasturi
Limau Purut
Ulam raja
Ulam selom

Kalau rajin lagi, nak tanam :
Tomato
Tomato Ceri
Kacang botol
Daun pudina

Alamak banyaknya, hehe...
Menjadi ke idok, xtau la....

Saya harap, saya bukan angan2 taik ayam sajaaaaa, hoho...
Setakat ni dah semai

Kangkung
Serai
Bunga Kantan
Limau Purut
Daun sup
Cili padi, cili merah, entah la nak naik ke tak.
Daun sup pun macam tak nak hidup je...

Hujung minggu nanti nak kutip anak pokok daun pandan, daun kari n limau kasturi kat rumah mertua...

Ok, jom kita layan kebun mak mertua saya..
Dapat inspirasi dari mak ni la...
Kalau esok2 pokok yang saya tanam tak naik, kena import tangan mak mertua la mai tanam, kuikui...

Sayur bayam...

Sebelum ini saya pun tak tau ada pokok bayam macam ni...
first time tengok.
Tu tengah dok menuai tu.
enSuami suh kutip, masak lemak...

Syok la jugak, daun dia besaq2...
Pokok tinggi tegak ke atas 

Ada juga mak goreng buat kopok bayam, ler.....


Pastu sayur pucuk ubi...
Sebelum ini saya xtau ada beza pokok ubi...
Rupanya yang jenis runcing kurus ni, orang tanam untuk makan daunnya...
Kalau yang gemuk2 tu, tanam untuk ubinya...
Oooo macam tu ka....


Kalau family ni, diorang suka goreng dengan telur..
Apa nama ntah tak ingat plak namanya.
Daun tu kena gaul dengan garam, sampai keluar airnya.
Pastu masuk dalam telur, goreng.
Kalau jadi, makan dia rangup ar...

Ok, jom pi belakang rumah plak.
Yang tadi tu kat bahagian depan, sebelah tempat parking keta...

Kat belakang ada, cili padi.
Tapi spesies ni orang panggil cili burung.
Nampak je kecil cinonet, tapi pedas berapi...


Mencacak je tumbuh naik..
Yang merah2 dah habis kena tuai.
Yang hijau2, tinggal dlu kat pokok.
Yang merah tu pun, tak habis dimakan...

Dah la ada dua pokok lak tu... 

Syok la bila dok kutip2 ni...
Sesuatu perasaan yang sukar dikatakan...
Tentulah rasa happy je ada hasilnya.
Saya yang tak tanam pun tumpang gumbira, apatah lagi orang yang tanam tu, mesti berbunga2, hihi.


Berdekatan dengan pokok cili tadi ada pokok daun kari dengan limau kasturi.
Syok orr ada limau kasturi, boleh tambah perasa dalam air.
Nak basuh ikan pun senang, sebab ada limau freee, xyah nak beli2 lagi...
Tengok dah berterabur dah buah kat tanah.
Tak habis nak makan, huhu....

Kat bahagian tanah berlopak pulak, ada kangkung, daun kesum dan sedikit pegaga. 

Pokok kangkung yang ada bunga.
Kaler putih, cantikkk.

Ini pulak, pokok kesum dan pegaga...

Info baru yang saya dapat, daun kesum tak boleh dimakan.
Hanya sesuai untuk dijadikan perasa dalam makanan.
Sebab bulu kat belakang daun tu ada kesan sikit pada tubuh lebih2 lagi kepada pesakit gout.
Terkejut saya baca, lol..
Saya suka jgk makan kalau dalam kuah laksa.
Kalau dalam laksa, semua saya balun, bunga kantan, asam keping, daun kesum.
Bila tau ni, huishh kena hati2, almaklumlah laksa kan feveret ooiii...

Dan pegaga bulat macam dalam gambar tu, bukan untuk dimakan tapi pegaga untuk hiasan.
Patut la bila makan tak ada rasa sangat pegaganya.
Tapi tak da plak cakap, ada kesan buruk ke tak kalau makan, lol...
Jadi kalau nak makan pegaga, cari yang daunnya yang bergerigi tu, selalunya nipis2 je daunnya.
Kalau untuk hiasan, daunnya bulat licin dan lebih tebal..

Sejak nak bercucuk tanam ni, ada juga beli majalah LAMAN tu..
Serentak berguna untuk saya nak bercucuk tanam, dan enSuami yang nak buat laman hiasan kat bahagian depan...
Majalah DAPUR dah tak beli dah, sebab dah siap dapur, lol...
Nak save bajet ni, nak buat lanskap lawa2 enSuami saya tuh...
Saya rasa semua lelaki bila dapat rumah, kalau ada ruang untuk rumput, itulah perkara pertama yang dia nak buat.
RUMPUT KARPET!
Kita tunggu tengok...
Rajin ke idok nak buat sendiri.
Tengok gaya macam nak upah orang jek tu...
Tapi kata nak berjimat, ingat nak DIY sendiri, emmmm.

Tapi belum muktamad lagi.
Rumput yang dipotong, dah mula dah nak naik....
Tu yang dia marah sangat tu, xsempat nak racun lagi, dah hidup balik dah..
Cepat sungguh dia hidup....

Rumput.. oh rumput...


Daisypath Anniversary tickers