Search This Blog

Tuesday 5 November 2013

TEMPAHAN DESIGN : Header Blog dan Edit Blog


Tempahan : Blog Jurnal NM @ Mama Nasih....
Harga : RM 20.00


Tempahan header blog RM 30.00++, percuma Watermark.
Header + Edit Blog = RM 30.00 - RM 50.00 (Bergantung kepada design)
Edit Blog sahaja = RM0 - RM 10.00
* Remove Subscribe to : Post Atom
* Tajuk entri (center / berimej)
* Add imej untuk Favicon
* Tukar/edit Jenis/Warna/Saiz Font untuk Blog
* Lain-lain ikut permintaan

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday 4 November 2013

Hafni jalan-jalan : Karnival Pertanian, IADA Kuala Selangor

Assalamualaikum..
Wekend semalam, ada karnival kat Kuala Selangor.
Sape ada singgah?
Tempat ni dekat la sangat dengan rumah kami...
Hari jumaat malam tu enSuami bgtau ada karnival kt IADA
tempat kawan saya keja..
Karnival ala2 MAHA katanya...
enSuami ajak pi tengok pagi Sabtu, kami otw nak balik Sekinchan.
dah alang2 kat umh, haruslah singgah tengok.
malam tu beria sakan bunyi bunga api, pung pung pung meletop.
waktu perasmian la kot.
saya dok tertanya2, ada ka rumput karpet?
Sayang nak beli ka kalau ada?
boleh janji ka nak beli masa tu...
selalu time macam ni la mahai...
Pagi sabtu bersiap2, kuar dalam 10 lebih...
masuk ikut pintu belakang ler, dah depan sesak bebenau...
Dah jalan2 sampai ke tengah, enSuami la dok sebut rabbit, rabbit...
saya dok terpinga2 lagi cari.
tajam betoi mata dia...
baru saya paham, kat tengah2 tu tempat berbumbung, kandang rabbit rupanya..
kami pun mendekati...
boleh la tengok rabbit.
boleh bagi makan la...
tapi xsyok la, Hafni kecik lagi.
xreti nak bagi makan kat rabbit lagi...
Jadi kami tengok je la...
Syok tengok dia mengunyah
nyum nyum nyum mulut dia...
saya dok klik gambaq jauh, tak perasan kat depan kaki saya ada 3 ekoq dok diam2 kat sini.

ni kes dah kenyang dah ka?
berterabuq carrot depan mata, tak terliuq pun depa ni..
konpem dah kenyang ni...
Syoknya tengok ada banyakkkk rabbit....
Try amek gambaq Hafni.
hafni tu dah xtau tengok tang mana...
dok panggil2 pun xkalih2...
Aiyyya...
Hat ni paling tak tahan tengok.
ingat kucing ja ada bulu kembang2...
rabbit pun ada yang kembang dooo...
baka jenis apa pun xtau laaa...
hat paling hujung sekali belah kanan atas, punya la besaq, sampai mulut dia boleh sembunyi dalam kulit leher dia...
ha ada paham ka?
Besaq2 ni, kuat makan ni...enSuami saya komen
apa daa enSuami saya ni....
comel pa, eeee gerammmm...
Balik umah tu, bila dok tengok2 gambaq balik, rasa teringin nak bela rabbit plak.
cakap kat enSuami, jom bela arnab! ngeee
ooi jenuh la nak beli carrot... mahai tu..
carrot apa nya, bg makan kangkung la, nant tanam kangkung kat belakang umah, xyah susah2 nak beli...
mana rabbit makan kangkung...
aik, rasanya jiran kampung dulu bagi makan kangkung kat arnab dia.
[ka saya salah sayur lain, kangkung la kan, arnab makan???]
Tapi enSuami kata, isk xboleh la, kesiannnnnnn
Kesian?
Kesian la, dia tak bebas, isk kesian kesian [sambil geleng2 kepala]
amboi, bila kucing tak kesian ka?
kucing boleh jalan jauh2 reti balik rumah semula.
tapi rabbit tak boleh lepas, kalau tak hilang...
ermmmmmmmm, [tak puas ahti] ngeee....
Tanam pokok je la kot.
Ulam2, sayur-sayuran.
Cili burung kaler purple camni ka...
Cantik pun cantik..
Nak makan pun boleh....
[err, arnab pun boleh makan pe kan...]
Jom nak balik dah...
Hari semakin panas.
kesian kat hafni tak bertopi.
sebelum dia menyanyi kuat2, elok la masuk keta cepat2...
lagipun, saya ingat kami nak jumpa pokok2 yang best2.
tapi banyak industri makanan IKS je...
kat mana2 karnival pun, mesti makanan banyak kan...
kami sempat la beli tempe bersira.
air jus, ingat jus biasa rupanya ada seaweed, patut la rasa lain macam ja...
Mak mertua lak beli pokok durian musang king tu haaa..
nak balik tanam kat rumah, sekali dengan pokok kedondong...
Durian oh durian...
lama lagi ni nak merasa...
sekarang rambutan sudah lebat berbuah.
tunggu masak nak merah..
boleh la kenduri rambutan bulan ni, ehhhheeee

Saturday 2 November 2013

D.I.Y : Acuan Khat Kufi ALLAH


Hai, suka tak pasal deko2...
Tapi nak DIY juga..
Bajet cam pro plak..
Cewahhh...

First time tengok yang ni lawa tak rasa?
Sapa boleh teka, kat rumah sapa ni?

sapa follower blogger glamer ni mesti tau kan...
Ye blogger Nama Saya Nadia...

Dia buat guna orang profesional..
iaitu Wallmakeover by Na...
Harga RM450 kot...

Mulanya saya pk nak letak frame bunga2 je kat header/future wall bilik tidur kami.
pastu dok usha2 lagi idea.
Buka semula entri Nadia pasal deko khat ALLAH tu...

explore explore, google google...
ting!
macam boleh buat sendiri jek...
ha, macam mana tu?
ehhheee...

first sekali kena la ada design khat ni kan...
apa lagi pakcik google la buat keja....
hentam la keyword ALLAH, KHAT KUFI, VECTOR semua....
jumpa yang ni....


pastu usha lama2, asal macam pelik je...
tengok semula gambar tadi...
oh yang dia punya ada syaddah n hiasan2 lain patut la...
yang saya jumpa ni kosong2 je....

google lagi...
bila terjumpa yang ni....


ish macam lawa juga.
boleh buat lain sket dari Nadia...
nanti sama lak, tiruuuu ehheeee....

tapi nak jadi rezeki, mata nampak juga design sebijik macam awal tadi...


Yes!!!
dah jumpa...
tak sabaqnya...

edit2 sket.
buang background.
pastu adjuz ikut saiz kat dinding yang nak dibuat tu...
agak saya dalam lebar 4kaki, tinggi 6kaki kot...
sebab header tengah tu 5kaki, ikut saiz katil queen, standard la kan....

tapi daripada gambar kecik nak jadi 4kaki, acane???
saya tau2 gitu je, teknik ni guna excel.
korang penah buat?

saya penah tengok je kawan2 buat masa kat UKM dulu.
diorg buat word untuk banner calon pilihanraya kampus...
selalu budak laki ja yang dok buat ni..
pompuan tolong cantum2, n cat banner...
sebab time gantung banner, keja orang laki plak buat...

jadi, saya pun acu cuba try test tengok...
agak2 la nak adjuz kat dalam excel tu...
dengan sedikit pengetahuan, try2...
dapat la juga hasilnya....

nak dapat ni, 12 keping A4 saya guna...
Kalau usha dekat2, boleh nampak cantuman kertas tu...

Masa ni dah siap cantum daaa...
lepas print, terus cantum...
xsabaq nak tengok jadi ke tak...

dah siap cantum, dah kering gam tu, sesi toreh menoreh lak...
pakai gunting la nak cantik..


Udah siap daa....
dah boleh nampak corak tikar sarawak kat belakang tu....

Lepas ni sedia untuk tampal kat dinding plak...


kaedahnya of course la pakai cat...
sebab yang pro tu pakai cat.
ni dah pikiaq habis dah ni...

enSuami tanya, sungguh ka....[ayat tak percaya la tu]
sungguh la... hahaha
saya yang cat semua ni, ape kisah..
enSuami tengok2 je....

kalau tak lawa, kasi double, padam semula dinding tu....
semua ni dah siap daa..
saya setle semua sebelum bersalin lagi...
gigih tak, bila nak panjat kerusi tu, enSuami, haiii geleng2 pala...
saya, rilek jek....

insyaAllah selamat.
kan dah selesai...
satu hari dah siap...
bila nak touchup2 tu je amek masa sket...

Ada bran nak conteng2 dinding rumah???
ehhhheeee....


Friday 1 November 2013

D.I.Y : Kotak soket berlebihan eh tambahan daa...

Ye, untuk projek seterusnya.....
Masih lagi berasaskan kotak.
Kali ini kotak kasut plak...
Masa punggah kat bilik stor, saya korek2 jupa 3 kotak kasut yang masih utuh dan elok..
Sebelum ni, saya hanya teringat nak simpan kotak kasut je..
sebab kotak kasut cantik.
tebal
ada penutup yang senang buka...
masa dok asrama, guna kotak kasut untuk simpan adik2, kakak2..
lepas tu saya buat kotak barang mekap dalam projek DIY dolu2..
kali ini masa tengok blog Lipstik merah Yana, dia buat sesuatu yang waaaaa
dah paham kan apa maksud waaaaa...
Jadi saya pun haruslah nak tiru juga...hee
idea yang gempaq dan bermanfaat apa salahnya kan...
Ok, jom mulakan kerja diy kita kali ini...
hahaha, masa ni dah siap daa 70%..
tinggal sebiji je lagi lubang yang belum ditebuk...
lepas ni boleh balut lak...
masa dok tebuk2 ni terfikir, kenapa mesti tebuk bulat eh?
xda ke penebuk atau cara yang lebih mudah n cepat?
baru dapat lubang tu cantik2 sket...
ehhh, ada2 aje la Nabilah ni...
Dah tu nak masuk lubang ketiga, baru saya dapat cara yang mudah...

mula2, tebuk2 dulu dengan pisau..
tekan je kasi terkoyak sket.
kalau terer lagi biar tembus ke belakang...


Tapi kat tengah tu, dah toreh panjang2 macam dalam gambar atas...
pastu koyak yang lapisan pertama tu..
selalunya kotak kan ada 3 lapis..


Dah tu baru koyak lapisan ke2 dan ke3...
pastu kemaskan je la, kertas yang terlebih2 tu..

Amaran!
tak semua hasilnya akan jadi cantik 100% okey.
saya juz share je..
mgkin org lain ada idea yang lebih bijak...
sila la bagitau saya ye...

dah selesai tebuk lubang, masa untuk membalut plak...
[xda gambar]
sampai kat part ni baru nak tunjuk...


Saya tebuk kertas pembalut macam ni untuk lubang2 tersebut.
tapi bila nak kemaskan, jadi macam ni la plak...
huhuhu...


Petak plak akhirnyaaaa
sebenarnya boleh je nak bulatkan..
untuk lubang pertama, saya kemaskan rapat2.

tapi, tau2 je la, kertas bila kena gam, jadi basah n lembik..
so senang terkoyak.

jadi untuk mengurangkan tekanan daripada terkoyak, saya biar je jadi petak...
klu tau jadi camni, xyah susah2 buat bulat kan???
emmmm...

Ooops selingan..


saya dapat siapkan balutan ni sambil menyusukan hafni.
nursing pilow ni sangat membantu.
sebab dua2 tangan free.
so boleh la buat kerja sambil2...

ya, ini keadaan sebelum....


berlingkaq sana sini wayar2nya, hee
ikut dan je mana nak tarik, mana nak guna...

sesi cubaan untuk menyumbat.


kalau nak tau, sungguh saya tak try dulu, extention ni muat ke tak nak masuk kotak ni..
sebab antara 3 kotak yang ada, yang ni la yang paling besaq.

saya amek je, terus ukur nak tebuk...
masa test2 ni, baru cuak...
alahai cerdik la sangat, tak ukur dulu.
nasib baik muat, kalau tak...
sia-sia !@#$%&* ngeeee

tiba la masanya nak jadi technician..
of course la kena buka dulu kepala plug ni...


bila lagi nak praktis ilmu KH masa sek dulu kann...
akhirnya berjaya juga selesaikan misi ni...
plug menyala seperti biasa...


kalau nak pendekkan lagi wayar2 tu pun boleh juga.
saya dah cuba jolok2 semula masuk ke dalam...


Awesome, boleh masuk ke dalam dengan senang, n tarik keluar dengan mudah...
macam wayar vakum karpet lak rasa, heee....

Ok, pemandangan kat plug untuk soket tambahan adalah sangat menenangkan...
tiada lagi serabut2.....


Sape lagi ada idea kreatip macam ni, jom kongsi2...
saya nak tiru buat jugak, heeeee....
Besttttttttt
mekasih kat blogger2 yang terer2 ni.
semoga lebih bijak lagi idea2 akan datang..

jom berkreatip n berDIY!




Daisypath Anniversary tickers