Search This Blog

Showing posts with label Hadiah Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Hadiah Perkahwinan. Show all posts

Tuesday, 10 April 2018

Alhamdulillah, menggenapkan diri ke doublethree

Assalamualaikum...

Sekarang ni lemau betul nak update blog...

Hati tu nak je update, tapi tangan n laptop tak laju nak buat...

Tapi tak pe, slow2 mai mood nak buat...

Tarikh 9 April semalam, genap ceq double three...
heee...
Alhamdulillah...

Tahun ni, best juga reward bersusun datang dengan canteknya...
Alhamdulillah ya Allah atas rezekiMu...

Bulan lepas masa cuti sekolah, sempat la jalan2 dengan family,
lama dah tak bawa Hafni jalan2...
Miqdad pun dah besar, boleh la keluar daerah makan angin luar, kekeke...
Ala, dari Kuala Selangor ke Bagan Lalang je...
Cukup la nak merasa tido hotel 1 malam, ngeh....

Kenkonon anggap je la sempena anniversary kami yang ke7...
update kt status wasap, adik tanya dah 7 taun dah ka kawen?

Macam tak percaya plak ek..
ce kira dah kawen tahun 2011..
skg dah 2018..
7 tahun la kan...
anak sulung pun dah 5 taun...

Kawan saya lagi la, anak sulung dah tingkatan 1 dah..
adoi hat awai kawen, anak dah sek men daa....
kita anak baru nak masuk sekolah...
tak pa, jalan cerita masing2 kan...

Seingat saya tahun lepas, langsung tak ingat pasal anniversary ni..
besday tahun lepas pun, tak ada buat kek, just celebrate dengan laksa n pulut kuning di rumah mertua..
tahun ni tak ada buat kek jugak...

Tapi reward dengan hadiah, kekeke...


Tupperware pun boleh dikira dengan hadiah besday lah ye..
dah jarang2 beli...
First time terpanggil nak beli Tupperware...
saya bukan pengumpul ye...
tapi pengguna je...

Sebelum ni ada juga tupperware, set canister yang kaler biru tu..
buat isi Milo, gula, biskut..
masa tu, enSuami yang bagi, maksudnya dia yang beria suruh beli la..
saya amek la yang kedap udara, boleh boh gula n seangkatan...
tak ada semut boleh masuk...

Baru2 ni masa join kelas Cuckoo, saya ada la bawa potlucks..
kebetulan ada la, tupperware goody with cariolier yang mcm dlm gambar tapi yang Mak saya punye, hee...
balik kenduri hari tu, Mak tapau kan nasi n sambal ayam buat bekal, takut jem kreng kt hiway...
almaklumlah time cuti raya cina masa tu...

So rasa berguna sangat ada set tupperware bertingkat ni..
senang nak packing kalau nak bawa potluck yang macam2 jenis..

Masa pi kelas hari tu..
saya buat Kimbap 2 bekas..
2 bekas lagi kek karot cheese leleh dan pai epal..
syok plak bila boleh bawak gitu...

Macam dalam cite korea bawak bekal, dalam tupperware bertingkek-tingkek tu...
cuma yang ni versi Tupperware la...
kalau versi korea, bungkus dengan kain.. atau pun bekas jenis penutup berklip punya..


Syok la shopping kat shopee ni kan..
saya baru jugak la, tahun lepas mula kenal dengan shopee
masa cari teh raspberry untuk persediaan bersalin tu..
kat shopee je jual murah..
lagipun masa new user kan dapat baucer diskaun..
masa tu baru mula berjinak2 dengan shopee...

Sampai la besday kali ni..
shopee bagi baucer lagi sempena besday..
iskkk pandai dia nak suh orang shopping kan..

Tapi takpe 2 hari saya survey..
jualan tupperware yang paling murah..
Untuk set tingkat ni, paling murah jumpa RM45..
ada juga yang jenis double deep dengan kelebaran sama dengan set ni..
ada lebih dari 3 seller yang jual harga 45 ni...

Bila tunjuk kat BFF, pengguna setia tupperware...
dia kata dia pun baru beli set macam ni, kaler pink juga..
sama la kite...

Bila dia tanya saya beli berapa, saya habaq RM36.90..
terkejut dia, murah gilaaa hahahaha...
dia yang member pun bayaq RM53
saya tak member pun boleh beli dengan harga murah, bijak tak hahaha...
korang pun boleh, pi cari kt shopee ek....


Satu yang kureng bijak nye..
saya beli satu lagi set lain yang boleh jua guna pakai cariolier..
tapi saiz besaq...2L 2pcs..
masa tu ingat cariolier ni standard size..

tak de plak tanya seller tu boleh guna cariolier yang sama ke tak...
sebab 2 seller yang berbeza...
sekali memang tak sama saiz, huhuhu...

Sebab set goody jumbo tu, warna bercampur..
hijau dengan merah...
tu yang rasa cam, tak berminat nak beli..

So saya pun amek la yang set loose ni..
seller nya offer beli 1 RM33, beli 2 RM48..
saya amek 2pcs, make offer RM40.
so dia accepted. Dapat diskaun lagi besday baucer, jadi RM 32.83..
Total beli 2set ni RM70 shj, free pos...

Masa sampai pun, bila buka semua..
enSuami kata, tudiaa semua pink...
tak ada warna lain ke..
ada yang campur2, tapi tak minat..
enSuami kata, campur2 kaler la cantik..

Saya pula tak suka, serabut..
lagi pun kalau satu kaler senada, senang nak ingat dan nak cam...
tupperware ni kan ramai org guna...
especially family saya, memang pengumpul tuperware belaka.
dari Mak, Kak Ipaq, Kakak, semua tupperware penuh kabinet...
So kalau bercampur sekalipun, senang nak cam mana satu yang empunya...

Tapi sebabkan carioliernya tak sama saiz, emmm..
tak pe la.
kita tengok lain kali, kot nak beli cariolier shj atau nak beli satu set terus..
tu pun kalau nak beli la, hahaha...
ok juga ada Tupperware saiz luas ni...
sesuai dengan saiz loyang kek..
cuma tak dalam sangat je..

Not bad...
sementara tak guna bawa potluck,
boleh guna buat isi biskut, kopok ikan ke...
kebetulan transparent plak, senang nak nampak isi dalam...

Tuesday, 8 July 2014

Selepas tiga tahun ;p

Selepas tiga tahun, baru nak merasa kecanggihan teknologi nih.
Isk, mass nak beli baru ni pun, dah tak ada perasaan nak ambil tahu.
Janji ada ja.
Terpulang Kat enSuamilah nak pilih yang mana pun.
Dia nak beli kan....
Kasi surprise sikit kan....

Selamat dah X2 jadi koleksi kenang-kenangan.

Hadiah hantaran kahwin tuu....

Semoga Zenfone5 pula lebih berjasa until tempoh yang lebih lama ye...

InsyaAllah.

Boleh update rajin sket ke lepas ni, kekeke....


Wednesday, 25 April 2012

Hadiah Canggih meraikan Pengantin

Majlis meraikan pengantin anjuran Pejabat Adun Bangi, dibuat pada tahun ini selepas berderetan kenduri masa cuti sekolah bulan 3 yang lalu..

Ingat boleh buat masa cuti sekolah, boleh lah enSuami saya hadir.
Ni, xdapat buat masa cuti sekolah, emmm ni nak nangis ni.....crying

Nanti jeles dengan orang lain...
Orang lain ada enSuami, kita xdakkkkkk broken heart

Bila dapat sms jemputan, respon tak hadir.
Cewahh, berlagak xmau pi.......
Bukannya apa, nak jaga perasaan, huuuuu

Hari Sabtu lepas ada Jom Shopping di Econsave macam biasa.
Hj Rosdi dan Kak Mariah pun datang tolong jugak.
Kebetulan ada di situ, diorg amek kesempatan untuk membeli hadiah untuk pengantin2 yang akan diraikan esoknya (Ahad)
Hj Rosdi dah tau Nabilah xmau pi.

Dia paksa suh datang, katanya Sabrina n Wani pun datang tanpa suami.
Wani, tau la suami dia kat Kelantan, xda la jauh, kot2 enSuami dia balik, saya plak masih xberteman.
Kak Sab pulak, Nizar datang lewat, bukannya xdatang langsung, emmm

Masa tu Nabilah suka wat samseng, "arr beli hadiah iron kat Nabilah, Nabilah nak iron!"
Muka xmalu ke saya?
"enSuami kata, isk ada jugak spesies orang macam ni, boleh plak dok mintak2 nak hadiah pe.."
Lantak aih...
Dah kita perlukan iron, minta la iron.
Saja ja kata, habaq pi, xsemestinya orang beli kannnnnn, btoi x?

Watpe dapat hadiah yang kita xperlu sangat...
Rugi tu, bek mintak, hehehe....
Malu xmalu...... janji dapat.

~Persembahan Marhaban oleh Kumpulan Marhaban Taman Jasmin~

Tapi masa tu xpercaya la kan...
Nak dapat iron ni...
Tapi Hj Rosdi ada bagi amaran ar, "kena datang, kalau x, saya xbagi hadiah tu"
Nabilah ingat Hj Rosdi maksudkan hadiah umum yang conpem semua pengantin dapat.
So Nabilah pun menjawab la, "Ala Hj Rosdi dah beli kannn, xkan xbagi kat Nabilah. Watpe beli hadiah banyak2, simpan tapi xbagi kat orang???"
"Hah, xkira la, xdatang xbagi. Saya simpan la nak bagi kat orang lain. Ramai lagi Nisa' yang xkawen."
Emm, sambil mencebik, straight face

Pagi Ahad tu memang xmau pi...
Dah janji dengan Haz nak pi Kuliah Dhuha Us Don kat Surau Annur.
Tengok2, YB tepon suh amek gambar kat tempat majlis, sebab dia datang lewat, ada majlis bersama MB di Hulu Langat.
Aduhhhh, kena pi jugak nampaknya....

Akhirnya jejak le kaki di tempat majlis.
Semua dok tanya, Mana suaminya? Mana pasangannya? Ni meraikan pengantin, kena pakai baju kawen!
Masalahnya, saya datang sebagai camerawoman, bukannya pengantin, adoi!
Banyak sangat tanya, merajuk satni, balik teruih kot.angry

Masa penyampaian hadiah, memang nama Nabilah juga dipanggil.
Kira 2in1 lah...
Masa tu xkisah dah la pasal hadiah.
Janji selesa masa majlis.
At least ada la teman, Wani Damansara pun datang keseorangan tanpa enSuami.

~Masa pi amek hadiah untuk pengantin~

Tapi, dalam senyap2, hee hee
Kak Mariah bagitau  hadiah atas permintaan dah beli. Nanti tukar dengan dua2 hadiah tu...
surprise Terkejut kot...
Ingat tak dapat dah la kan.. saya pun dah cool dah....
Memang la dalam tepon tu, banyak kali dok sebut pasal iron. Sampai Kak Mariah tanya, xdak iron lg ka?
Emm nak pindah nanti la, barang pertama kena beli adalah iron.
Satni kang, dah pindah, xdak iron, pi keja baju xbergosok.......

Akhirnya balik tu terus buka hadiah.
Walaupun tau memang dapat iron, tapi excited jugak la, nak tengok iron tu...
Dapat hadiah yang kita nak, mesti la best kan???

Wahh, FABER...
FABER lagi, haritu dapat oven dari Kak Mariah pun jenama FABER jugak...
Waa, Hj Rosdi n Kak Mariah ni pengguna tegar FABER ke???


Nampak canggih le, iron ni.
DRY : STEAM : SPRAY : SURGE IRON
Alhamdulillah, rezeki dimudahkan urusan.
Semoga enSuami pun dimudahkan pindah ke Hulu Langat.


Nabilah tau, Hj Rosdi n Kak Mariah kesian kat Nabilah kannnn.
Suami dok jauh, xdapat pindah2 lagi...
Pas2 nak sejuk n gembirakan hati saya, sebab tu la belikan hadiah ni kan...
Yes, I Like dengan hadiah ni!!!

Mekasih ya..........kiss

Perbezaan saiz dan kualiti tapak iron tu...
Memang baikk punya, bukan cap ayam ha..
Dah daftar online untuk 3months extended warranty.
Harap ianya bertahan sehingga 10 tahun lagi, Amin....




Wednesday, 1 June 2011

Rezeki Pengantin, =)


Dapat hadiah kawen lg!
Hadiah cadar katil.
Ustazah bagi isnin lepas.
mentang2 la enSuami saya balik ye....
Dapat lagi cadar baru sempena hadiah kawen Nabilah dan Hasyim.


Hari2 baru je berkira2 dengan enSuami, perlu cadar lain untuk persalinan.
Xkan nak pakai cadar kawen je sepanjang masa kan???
tengok2, dah dapat cadar baru, xyah beli.
Yeyey, suke suke... Alhamdulillah.winking
Rezeki pengantin xhabis lagi rupanya....


Nak rezeki yang lebih besar....
Tamak x? hehehepeace sign



Tuesday, 19 April 2011

Electric Oven (^_^)

Dapat hadiah electric oven dari Kak Mariah dan Hj Rosdi.
Terima kasih, Kak! Hj Rosdi jugak.
Teringat masa kursus frozen food tu..
Kita sama2 mengacau adunan kuih-muih dan kek jugak.
Agaknya akak dapat teka dari sini ke ek?

Nabilah baru berkira2 nak beli oven dan microwave hari2.
Tengok2 malam tu, dah dapat kat pejabat.
Alhamdulillah nasib bek xbeli lg siang tu.


Tapi yang rugi, xdapat beli microwave Samsung yang murah dalam harga promosi tu sebab dah ada yang beli hari Isnin tu, huhhhhhhhhhhhhhh
Xda rezeki nak dapat yang murah dengan barang yang berkualiti.

Kena plan n kumpul duit lg untuk misi yang akan datang.

Masa pi hari Selasa tu, memandangkan microwave dah dibeli oleh orang lain, jadi saya beli dapur gas, jenama Elba.
Dah ada kat umah kat Bangi ni.
Sekarang dah ada dua harta untuk rumah baru di sini.
Akan cuba bawak balik ke Sekinchan untuk simpanan masa depan.

*Bila ya dapat pindah serumah dengan enSuami???*

Hari ni, Nabilah dah guna electric oven ni, Sayang!
Wat masak roti telur mata kerbau macam Sayang tunjuk kat blog dulu.

Sebenarnya nak uji oven tu berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Kalau sempat ceq mana2 yang rosak, boleh la kita tukar ke baiki ke selagi ada warranty kan???

Roti telur sedang dibakar dalam oven


Akhirnya siap roti telur ni..
Siap makan macam makan piza plak, hehehe...

*Resepi kedua mungkin kek besday kitorg...Nak buat kek apa ye, kawan2??


...........Nanti kita cuba buat lagi yek, sarapan ke sekolah untuk Sayang..........

Wednesday, 26 January 2011

Hadiah Pertama Perkahwinan


Uppa : Salam Nabila masih guna alamat no16 jalan 1/2A ni ke?
Nabilah : Ye uppa. nak hantar yang tu ke? Nanti tulis Nabilah yang CumiL tau, =)
Uppa : Baik, Nabilah yang comel...

Wah, best best, hehe. 
Hari2, uppa cakap nak pos flash drive, koleksi anime favourite dia. 
Nabilah orait ja, Uppa bagi, Nabilah tengok, tihihi.

Hari Isnin, 24 Januari 2011, balik rumah waktu tengahari tu, tengok kat peti surat, xda.
Emm, xsampai lagi.
Masa tengok pagar terbuka ni, isk Dira ni xtutup pagar ke masa keluar tadi?
Tapi, tiba2 ternampak sesuatu yang luar biasa kat motor Sheila.
Macam surat, yeyeh! Macam surat.
Nama saya, ada x?
Tengok tengok..YES!
Royal Air Mail.
~Nabilah Yang Cumil~

Kalih belakang,
~Azman Yang Mantap~ tuuuuuuuuu...
Huhuhuhu

Buka kat dalam, ada kalendar
 ~Northern Ireland 2011~

Pas2, nampak flash drive, 2GB seyh!
Dengar hari2, Uppa kata 1GB.
Penuh dengan cerita anime.
*Tapi belum tengok lagi ada cerita pa kat dalam tu, anime yang mana satu...

Pas2 saja la selak2 by page kalendar ni..
Alek2 page yang last, ada ni...
Xsangka, Uppa pandai buat surprise.
Bila ada ucapan Selamat Pengantin Baru, baru Nabilah teringat Uppa kata nak kasi kalendar merangkap hadiah kawen skali.
Oh ye, OK Nabilah terima dengan hati yang gumbira.
Terima kasih, Azman Uppa@ Azman Senpai sekeluarga, 
*belum kawen lagi tapi dah dapat hadiah kawen.
Alhamdulillah, =]
~Semoga Perkahwinan Nabilah dan Hasyim berjalan lancar dan dipermudahkan, insyaAllah~
Daisypath Anniversary tickers