Search This Blog

Wednesday 29 December 2010

D.I.Y 4 : Cop Mohor NabilaHasyim ",)

Saya nak buat cop!
Saya nak cop semua barang2 milik saya! dan Kami juga!
Its all belong to us!
Kami perlu ada cop mohor, hehe...

Design dah ada..
OK x camni, Wak?
Haritu kita nak buat warna biru kan???
Semalam dah siap tempah kadkawen kat Puchong.
So cop mohor ni juga harus siap seiring dengan kadkawen sebelum diedarkan kepada jemputan.
Saya mau cop ni kat sampul kadkawen yang kosong tu dan juga mukasurat dalam buku tetamu.
Xla nampak kosong nanti! Bijak takkk???
Hehe, jemputan umah Sekinchan, nak jugak ke?
Nabilah nak buat ni, untuk kawan2 OK la
Kalau jemputan yang mak jemput tu, xsempat kot nak cop, =/


Update 3 Mac 2011
Cop yang ditempah, telah selamat sampai ke tangan Nabilah.
Rupanya design islamorangputih tu telah siap.
Tapi bila Nabilah cakap nak ubah address blog, dia buat yang baru semalam.
Jadi hari ni, pi amek kat kedai tadi, dakwatnya belum turun sepenuhnya kat stamp tu.

Tunggu dalam 2jam, dah biru dah semua, try la cop..
Yeyeh, macam ni la rupanya, address blog yang baru, khas untuk Tautan Hati NabilaHasyim.. (^_^)



Untuk cop ni, belanja RM35, extra RM10 sebab ada simbol. Tulip...


Puas hati kan???
Nanti balik, boleh la cop kat Buku Tetamu..
Alhamdulillah...=)

Monday 27 December 2010

.:: Bidadari dari Timur ::.



Sumber: Bidadari Dari Timur (Memoir Isteri Seorang Pejuang).
Penulis: Tuan Sabariah Tuan Ishak (Isteri Tok Guru) dan Illi Sarah Annual Bakri.

Pilihlah untuk 100% mengamalkan cara Islam yang mudah. Ia terjamin keberkesanannya tanpa perlu diuji lagi. Pandanglah hidup dengan kaca mata cinta dan optimis. Sapalah pagi dengan salam ceria. Jemputlah malam dengan tenang. Teguklah air yang segar. Hiruplah udara dengan rasa gembira. Ciumlah kelopak mawar dan bertasbihlah kepada-Nya. Renunglah dengan mata hati alam raya ini. Ia telah lengkap beserta manual hadis dan Al-Quran untuk membantu kita semua ke pintu syurga.


Sebaik sahaja kita memahami erti kehidupan ini, insyaallah kita mampu mengeksploitasi banyak hal yang berguna dari alam semula jadi, dalam jati diri bagi membebaskan diri daripada penyakit hati yang sering melanda manusia abad ini.


Keindahan selalu berubah-ubah dan muncul dalam aneka warna. Indahnya Subuh berbeza dengan indahnya waktu terbenam mentari di kaki langit senja tatkala menjelangnya Maghrib. Terangnya bulan purnama sama dahsyatnya dengan keasyikkan pekat malam tanpa cahaya rembulan.


Langit yang cerah, membiru laut tanpa setompok awan berbeza indahnya dengan langit berawan penuh. Semua keindahan ini harus dinikmati dengan renungan.


Pesanan dalam melayari alam rumah tangga:

Maafkanlah kesalahanku
Nescaya engkau mampu
kekalkan cintaku kepadamu
Janganlah engkau berbicara
Saat kemarahanku memuncak

Jangan sesekali dikipas api marah
Seperti memukul rebana
Engkau tidak akan mengetahui
Bagaimana buruknya
Sikap orang yang tidak terkendali

Janganlah banyak mengeluh
Kerana ia akan mengikis cinta
Dan hatiku ini mampu
Berubah menolakmu
Kerana tabiat hati yang tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
Bila berpada rasa benci
Dalam waktu singkat
Rasa cinta itulah yang kalah, hilang.....


Ambil dan berilah yang terbaik...

Jadilah seperti lebah, makan daripada sumber yang baik dan mengeluarkan hasil yang baik dan manis pula. Bila ia hinggap di ranting, tidaklah pula sampai mematahkannya, menghisap pati sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu juga tanpa sengat, terbang dengan sebaran debu kecintaan, lalu hinggap membawa kasih sayang. Bersuara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan umpama ungkapan kesyukuran, ia seakan-akan malaikat dari langit yang turun ke bumi dari alam yang kekal.


Ketokohan serta karisma milik suamiku dalam menyebarkan ilmu agama menyebabkan dia diangkat tinggi dalam masyarakat setempat dan antarabangsa. Mereka yakin bahawa sosok ini sama sekali tidak akan mensia-siakan sesiapapun di bawahnya.

Lantas 40% daripada gaji bulanannya sengaja dipotong untuk diisikan ke dalam Tabung Serambi Mekah milik Kerajaan negeri Kelantan. Guna untuk dikongsi serba sedikit dengan rakyat. Untuk dipulangkan kembali, moga muncul dalam bentuk yang lebih baik lagi.

Kehidupan kita ini sementara sahaja. Kita akan menemui Tuhan Yang Esa suatu hari nanti. Justeru, pemimpin seperti inilah yang kucari-cari. Supaya hatiku ini tidak leka. Sentiasa diseru.

Kesibukan tugas rasminya bukanlah alasan atau tembok penghalang untuk menghentikan aktiviti dakwah. Seharusnya, bagi kita umat Islam, segala-galanya dalam hidup ini adalah berlandaskan Islam. Tidak terkecuali bidang politik. Jika tanpa landasan yang betul, politik pegangan kita untuk memerintah negara akan menyebabkan kita terlalai.

Astaghfirullahal ‘Azim...

Bertaubatlah semua, yang ketika ini sedang membelek-belek buku ini. Kembalilah ke pintu taubat. Khatamkan kembali Al-Quran jika engkau telah mula lupa. Ingati kembali lenggok bacaan merdunya untuk yang kedua kalinya dan yang ketiga kalinya. Bahkan untuk yang keseratus kali sekalipun.

Berkat dan berbahagialah, bagi yang membacanya. Aku dan suami di sini mendoakan kalian. Doakanlah juga kami di sini.

Sejarah tidak pernah kenal erti kata-kata terakhir dan akal tidak mengenal penghabisan sama sekali , tetapi yang dikenal hanyalah usaha dan pembaikan diri.


Anugerah Sebuah Kehidupan

Buat mereka yang tertanya-tanya, "Indahkah dunia dengan menjadi suri hidup Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat?" Sudah tentu ada jawapannya yang sekian lama terkumpul dihatiku.

Bolehlah aku simpulkan bahawa ia begitu bermakna. Dialah perkara terbaik yang pernah muncul dalam diari hidup ini. Dia membantu aku menemukan diri sendiri.

Hadirnya dia dalam hidupku adalah satu anugerah yang tiada ternilai. Hadirnya adalah wasilah untuk aku merandai hidup ini dengan makna yang sebenar. Dia umpama lantera yang tidak pernah jemu menebarkan cahaya ke segenap ruang hidupku, lantas aku bisa terus mengatur katih mendepani segala cabaran dan dugaan hidup ini.

Dan, hanya ucap syukur yang bisa kulafazkan sebagai tanda sanjungku di atas anugerah yang telah Allah SWT tentukan untukku dalam hidup yang serba fana ini. Semoga kesyukuran itu bisa memanifestasikan segala rasa yang ada di hati ini di sisi Allah SWT.

Banyak cara untuk aku menemukan diri sendiri dan keperibadian sebenar sebagai seorang muslim, wanita, anak, isteri dan jua ibu. Berani mencari kelebihan dan kekurangan diri. Mengubah apa yang kurang kepada keyakinan. Dia banyak membantuku menyingkap siapa diri ini. Kami saling membantu mencari harga diri masing-masing.

Dunia kami yang berliku panjang, tiada puisi selayaknya mampu menggambarkan segalanya secara tepat. Tiada akal yang dapat melukiskan segalanya secara terang dan nyata.


Dari tangga kayu yang kududuki ini, kelihatan bayangannya yang selesai mengimamkan solat Isyak di masjid bersebelahan rumah kami.

Sungguh, aku tidak tahu dari mana mulanya cinta sebesar ini. Sedar-sedar sahaja, aku seperti sudah di syurga dunia.

Perlahan, lutut tuaku bangun menyambut ketibaannya. Kelihatan senyum santainya. Kini dia tegak berdiri di hadapanku. Kedua tangannya aku salami, kukucup. Syahdu. Aku renung dan tatap wajahnya yang putih bersih seakan diliputi cahaya.

“Mengapa Yah menangis?”
“Tiada apa-apa abang. Tiba-tiba teringat bermacam-macam perkara,” balasku ringkas.

Angin malam terus menghembus. Mengalunkan dingin ke segenap ruang dunia. Dinginnya menyucuk hingga ke tulang hitam. Segera aku menjemputnya masuk ke dalam teratak milik kami. Teratak cinta kami. Teratak yang telah menghimpunkan segala makna cinta sepanjang dia hadir dalam hidupku. Dan teratak yang telah menjadi arkib menyimpan segala suka duka hidup kami sebagai sepasang suami isteri.

Jika kalian pernah terfikir bagaimanakah lelaki itu berdiri dengan aura karismanya yang tersendiri menyebarkan dakwah Islamiyyah dalam statusnya sebagai Menteri Besar Kelantan, akulah wanita di belakangnya.

Dan semoga berdirinya aku di belakang dia akan terus mampu menjadi nyalir nyali yang terus membuatkannya tega merandai segala cabaran dalam perjuangan ini.

Jua semoga redha Allah SWT sentiasa mengiringi setiap jejak perjuangan ini dan semoga setiap insan yang telah mewakafkan dirinya untuk perjuangan ini akan mendapat penghormatan terbaik daripada Allah SWT. Kerana sesungguhnya janji Allah SWT itu tidak pernah mungkir, lantas yakinlah betapa perjuangan ini tidak pernah ada noktahnya selagi nyawa menumpang jasad.

Inilah kisah hidupku.

Aku memilih


Untuk menghidu bau Syurga-Mu


Dengan setia bersama suamiku..


Telah aku angankan menjejak ke dalamnya


Melalui mana-mana pintu yang aku sukai.


Ya Allah, aku mohon redha dan syurga-Mu.

Amin.




Tuesday 21 December 2010

Harus Cepat!!!

Wak, Nabilah rasa, bila Wak dah sihat sepenuhnya, luangkan lah masa untuk melengkapkan borang2 nikah yang berkaitan dan membuat ujian HIV di klinik/hospital kerajaan yang terdekat.

Borang yang lengkap dan telah disahkan oleh Pejabat Agama Daerah Sekinchan/Kuala Selangor minta diserahkan kat Nabilah sebelum cuti raya cina, 28 Januari 2011.

Nanti, kalau ada masa jugak, jengok2 la kejap, homestay ada kolam renang tu, bilik mana yang sesuai untuk family Nabilah. 
Nabilah bawa 1 family kitorang saja, dari MakAyah, BChaq-KMurni sampai la ke adik2. 
Yang makbapa saudara, setakat ni, xda dalam senarai. dan Nabilah pun tau, xda yang berminat nak ikut. 
Mudah untuk kami kalau datang bawa family sendiri sahaja.

Monday 20 December 2010

KAD KAWEN READY-MADE

PENCETAK : KANDA & DINDA WEDDING CARDS

Asal cadangan nak buat kad kawen ni kan???
 
 Yang Hitam-Putih
 
 Yang Ungu-Putih

Pas2 pk2 balik, dengan promosi hujung tahun yang ditawarkan sekarang di kadkahwin.com dengan potongan 10% untuk kad Lite Begonia, RM0.29 untuk kad simili 140gsm, saya nak tukar plan.

 Tapi, Nabilah nak buat yang Artcard 230gsm, dapat RM0.33 untuk 1300keping setakat ni, pastu dapat diskaun 10% lagi.
 Hari2 ada orang hantar kad kawen ni kat YB. 
Tengok cam eksklusif. Dia pilih warna kelabu, kad tetap warna putih, keras, licin n kilat.
Pas2 kat bunga love tu, boleh letak gambar pengantin.
Cun kan???
Masa tu jemputan tu buat satu pihak ja.
Kad ni plak juz ada dua page, so agak musykil kalau untuk 2pihak, jadi camna yek???
Dah tepon kadkahwin ni, dia cakap nanti kad belakang bahagian peta, dia bahagi dua untuk letak 2 peta bagi jemputan kedua2 pihak. 
Oooo gitu, ingat dia tambah kertas 70/80gsm kat dalam tu, emmm...
Nak wat ke x?
Kalau pilih kad Lite Sufi tu, nant sama cam Amierul..kawan2 dekat lak tu..
Lite Begonia ni, kwn2 UKM xbuat lagi kot...
 
 Contoh banner/bunting yang happening, ceria2 ja..
 Xla skema sangat macam selalu tengok..
Hebat kan???

Sunday 19 December 2010

Hari Keluarga JASA-IPU 2010

Lokasi : Air Tenang Resort, Janda Baik, Pahang
Tarikh : 17, 18, 19 Disember 2010
Format : Hari Keluarga, Santai-santai, Mesyuarat Agung JASA dan Ko-JASA

Menarik di Resort:

1. Tumbuhan Yang Segar.

2. Air Sungai Yang Sejuk

3. Bilik Penginapan Yang Dingin tanpa Air-cond
 Bila tengok Abg Adram main badminton dengan isteri dan anak2, baru faham nilainya bercuti. 
Bukan mesti pergi ke tempat yang mahal, atau terlalu cantik, tapi boleh meluangkan masa dengan keluarga tanpa gangguan kerja adalah cukup baik memenuhi syarat percutian keluarga. 
Bukan perlu nak ada aktiviti yang best2 pun (ayat sedapkan hati AJK yang kureng), tapi sekurang2nya bila dah dapat meluangkan masa dengan family, kira OK la tu. 
Peluang camni, hanya dapat bila kita keluar dari kawasan kediaman. Barulah dikatakan bercuti..
Cuti2 Malaysia...=)



Anak2, main main gula2...


Bawak bola pingpong dalam sudu..



Bapak2 main kerusi muzik, =]

Sesi taaruf bagi geng muslimat. Mesti tanya zaujah kepada sape?
Saya suka soalan ni, sebab nanti saya ada jawapan untuk soalan ni, hehe..insyaAllah


Kanak2 CumiL, main air ~ngeee~

Bukan sengaja nak pakai jaket masa masuk ke air, tapi dah memang pakai jaket, lupa untuk ditanggalkan.
Soalan orang bijak, kenapa mesti buka jaket bila nak masuk air? Nabilah suka tanya =)
Anda ada jawapan?

Tajul Ariff Tajul Arus melayan kerenah anak2 di sungai yang sejuk..

Ajk yang setia berjasa. Pinggan mangkuk orang lain makan, kitorg yang basuh..
Baguskan??? Kahwin la sama saya, =] kecuali yang tudung pink tu..

Sekeluarga anak beranak makan bersama.. So sweet..

Isteri bermesyuarat, En Suami menjaga anak. Contoh yang terbaik dari HK 2010.
Rajin suami kak Rahmah jaga anak. Hebat isteri di medan juang, suami berjasa untuk keluarga.

Wednesday 15 December 2010

Ikan Bakar Bangi

Hari Jumaat lepas, sebab kalut nak siapkan kalendar, diri rasa xterurus. Makan pun tidak, perut dah lapar sangat dah.

Pulun2, ada rezeki masyuk.. Ada dermawan la plak hari ni, kasi duit belanja, hehe, Alhamdulillah. Share dengan Aisyah. Bila dah siapkan separuh progres kalendar2, dan sampai waktu Maghrib. Harus berhenti untuk makan, xtahan sgt dah. Nant lepas solat boleh sambung semula, Lina janji nak teman sampai siap.

Dengan duit belanja yang ada, kitorg pi makan kat kedai kat medan selera tu. Bila dah jalan separuh, nampak signboard ikan bakar bangi tu, terpikir, Nak Cubakah? Lina pun tersoal2 gak.

Ok gak try..Jommmmm!

Wah banyak gak menu. Semua ikan2 besar ada, Siakap, Terubuk, Bawal, Talapia, Pari, Keli. Yang besa Kembung, Cencaru. Apa lagik???

Pilih, pilih, ngomel, ngomel, komen, komen....
Aisyah amek ikan keli.
Lina amek ikan kembung.
Nabilah amek ikan cencaru.
Emm sedap dia punya rencah bakar nya tu..
Kuah sambal n kicap pun best.
Makan bersama Nasi Putih n Tomyam yang pedas kaw kaw..
Sampai tersedak ha, masa hirup kuah tu..
Slrrrrppppppppp...=P

Ikan Bakar Bangi

Hari Jumaat lepas, sebab kalut nak siapkan kalendar, diri rasa xterurus. Makan pun tidak, perut dah lapar sangat dah.

Pulun2, ada rezeki masyuk.. Ada dermawan la plak hari ni, kasi duit belanja, hehe, Alhamdulillah. Share dengan Aisyah. Bila dah siapkan separuh progres kalendar2, dan sampai waktu Maghrib. Harus berhenti untuk makan, xtahan sgt dah. Nant lepas solat boleh sambung semula, Lina janji nak teman sampai siap.

Dengan duit belanja yang ada, kitorg pi makan kat kedai kat medan selera tu. Bila dah jalan separuh, nampak signboard ikan bakar bangi tu, terpikir, Nak Cubakah? Lina pun tersoal2 gak.

Ok gak try..Jommmmm!

Wah banyak gak menu. Semua ikan2 besar ada, Siakap, Terubuk, Bawal, Talapia, Pari, Keli. Yang besa Kembung, Cencaru. Apa lagik???

Pilih, pilih, ngomel, ngomel, komen, komen....
Aisyah amek ikan keli.
Lina amek ikan kembung.
Nabilah amek ikan cencaru.
Emm sedap dia punya rencah bakar nya tu..
Kuah sambal n kicap pun best.
Makan bersama Nasi Putih n Tomyam yang pedas kaw kaw..
Sampai tersedak ha, masa hirup kuah tu..
Slrrrrppppppppp...=P

Homestay Kg Parit Serong

HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

“Belajarlah berenang, nanti bolehlah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik!”, kata Wak Amin.
Hahaha.. Gelak ketawa semua yang mendengarnya. Tidakkah lucu jika kita yang tak tahu berenang ini dapat masuk sukan Olimpik?
“Hey.. Tak mustahil kalau kita mencuba. Aku dulu masa nak buat kolam renang ni, semua orang tak percaya tau? Buang duit la, tak yakin boleh buat la. Akhirnya orang yang cakap itulah yang berenang kat dalam kolam renang aku”, sambung Wak Amin lagi.
Homestay ada kolam renang? Betulkah? Kalau di hotel percayalah.
“Tengok la dalam peta Malaysia, carilah mana-mana Homestay yang ada kolam renang. Inilah satu-satunya!”, tegas Wak Amin.
Bangsa kita kurang berminat dalam sukan berenang. Walhal sukan ini adalah salah satu sunnah nabi selain berkuda dan memanah. Mungkin kerana pemikiran bahawa berenang ini seksi, mahal dan sukan orang-orang kaya, kita memperlekehkan usaha orang kita yang berfikiran jauh seperti Wak Amin ini.
Baru-baru ini saya bersama UNIC berprogram di sekolah sekitar Tanjung Karang dan berpeluang menginap di Homestay yang cukup “UNIC” (unik) ini.
Homestay Amin di Kampung Parit Serong, Tanjung Karang.
Banner Homestay Ada Kolam Renang
.
Bukan kolam renang sahaja yang menjadi tarikan, homestay ini juga mampu memuatkan seramai 40-50 orang pada satu-satu masa! Tak ke meriah tu?
Selain itu, kos penginapan di homestay ini jauh lebih murah daripada hotel. Bermula dari RM25-RM100 semalam. Memang puas hatilah kalau datang ramai-ramai. Sarapan juga disediakan oleh tuan rumah untuk tetamunya (sarapan termasuk harga penginapan).
Sarapan bersama tuan rumah di pagi hari
.
40 ORANG TAK TERLALU SEMPIT KE?
“Kalau kita lihat, homestay yang lain kena ikut syarat Kementerian Pelancongan, kena ada ruang tamu dalam Homestay. Tapi Wak tak buat ruang tamu, tapi lebih kepada menyelesaikan masalah orang. Manalah tau ada rombongan pengantin (lebih 30 orang) datang ke kawasan ni, bolehlah tinggal kat Homestay ni, tak payah tinggal kat hotel sebab kos tinggi”, terang Wak Amin.
Jika datang berombongan. Kadar bayaran seorang ialah RM15 termasuk sarapan pagi.
“40 orang boleh muat dan berkatil bukan tidur atas toto, kalau tambah toto boleh muat dalam 60 orang. Harga penginapan termasuk bayaran sarapan pagi dan mandi di Swimming Pool!”, tambah beliau.
HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?
Benar. Kolam renang ini bukan kolam yang dibeli di pasaraya (macam kolam budak-budak tu). Ianya adalah kolam renang yang sebenar.
Kedalamannya sekitar 3 dan 4 kaki ke bawah. Sesuai digunakan oleh kanak-kanak, dewasa dan orang yang tak pandai berenang. Pelampung juga disediakan bagi pengguna yang takut tenggelam!
Jom mandi di Kolam Renang Kampung Parit Serong!
.
KADAR BAYARAN BAGI PENGGUNA KOLAM RENANG:
  • Pelajar Sekolah Rendah dan Ke Bawah = RM 3.00
  • Pelajar Sekolah Menengah = RM 5.00
  • Dewasa = RM 5.00
  • Penginap Homestay = PERCUMA
Bayaran ini bagi saya amat berpatutan dengan servisnya. Kebetulan juga di sekitar Kuala Selangor dan Tanjung Karang, memang sangat kurang Swimming Pool di kawasan ini dan inilah peluang untuk menikmati mandian di dalam kolam renang untuk orang-orang di kawasan ini.
Mandi sambil menikmati suasana kampung Parit Serong.
.
Bagi kami, Homestay ini lain dari yang lain. Disamping bayaran penginapan yang murah, kita dapat menikmati suasana desa yang damai dari kesibukan kota. WiFi juga boleh diakses di sini, memang mantap!
Bayaran penginapan kami berlima hanya RM80 sahaja termasuk sarapan dan berenang-renang di kolam renang. Selalunya sekitar RM150++ untuk menginap di hotel bajet (untuk 4 orang) tanpa sarapan. Cuma homestay ini jauh di pedalaman sahaja.
PENGHARGAAN KEPADA AMIN HOMESTAY
Terima kasih kami ucapkan kepada keluarga Wak Amin di atas layanan yang diberikan. Insya-Allah jika ada kelapangan, kami akan menginap di sini lagi.
Maaf kurang jelas – Peta Homestay Amin
.
Bagi yang berminat untuk menginap di Homestay Ada Kolam Renang ini, bolehlah menghubungi Encik Amin di talian 012-970 1969 atau Puan Sur di talian 016-255 3141. Juga boleh melayari blog Homestay di http://aminhomestay.blogspot.com.
Terima kasih daun keladi. Ada masa kami datang lagi.
HOMESTAY ADA KOLAM RENANG?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.

Monday 13 December 2010

Walimah Nada-Tariq

Dalam perjalanan ke Muar tu, excited sangat nak tengok negeri orang.
Tambah lagi dapat tengok yang pelik2...

Ada jambatan macam Penang ja..

Tapi yang best, yang ni...pencawang tv yang tinggi2 macam tiang2 letrik...Banyak oooo. Semua rumah ada, nak dapatkan siaran dari Singapura dan Indonesia ka?

Dapat tisu, decoupage, =)
Qatr al-Nada a.k.a nada telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Saudara Tariq pada 20 November di Masjid As-Solihin, Teras Jernang Bangi. Manakala majlis di Muar, Johor pada 11 Disember yang lepas.
~Bergambar dengan Mak Saudara Terengganu~
Kebetulan Nada yang menyambut hari lahirnya pada 10 Disember sehari sebelum kenduri di Johor, telah mendapat kejutan dari suami dengan sambutan hari lahir pertama sebagai isteri pada majlis menyambut menantu di Johor.
Sebentuk cincin disarungkan di jari sebagai hadiah hati dari suami.
~Saat suami membaca doa kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran yang ke-24~
~Sempat bergambar dengan geng rombongan ke Muar~
1 Malaysia kah???
~Pasangan Pengantin Bahagia~ Peaaaace!!!
Tahniah diucapkan.
Semoga berbahagia bersama.
Kekal hingga akhir hayat,
Sampai ke Syurga, Amiiin =)

Dapat goodies bag yang besar. Banyak kos nih!

Coklat buatan Mak Tariq rasanya. Mak dia jual kuih2 frozen, biskut raya, coklat lagi, bestnya kalau dapat belajar free =|

~Sarang nhe!!!~

Sunday 12 December 2010

my E day

Perjalanan ke kedah
bil malam tu pi alor star mall beli la buah buahan ni, sambil tunggu makcik sampai dari selangor dia pi lambat cikit, pas makan malam baru mula operasi, mula nak balut guna plasti buah tp tgk xcantik...... susun punya susun x cun tgk,,, ubah lagi
try cara lain, tu makcik yg tolong buat
last2 ikat guna slotape, jadilah mcmtu

hasilnya

sesat pulak gambar ni, cincin tunang,mudahan menarik, hmm masa sarungkan cincin tu, mak terlupa nak bagi kotak ciincin n grant dia, xpelah nanti sy bagi kotak ni
mesti dah licinkan sekarang?
cantik bila malam tu, tp bila pagi dah jatuh gam x kuat, adui malu ni kalu tergolek kat umah pn intan
manisan betik, berharga rm 45 tp sayangnya bunganya x besar.kena tempah kat org lain, warna hijau putih sempena tempat kerja enti, daun hijau bunga putih=)
manisan
detik2 yang mengujakan,saat cincin hendak disarungkan huhu, nerves
bakal mak mertua anda
wah pn intan senyum je. mak pun senyum, nabilah bt ahmad ditengahnya =)
maafla sy xpkai baju grey, buat enti menangis =(
senyum cikit
hantaran kedua2 belah pihak

hantaran sy

gambar kabur
ni yg menarik sgt,huhu sy suka
cheese cake
buah
coklat sedap x?
hantaran kami baju, mudahan sesuai la,
Hantaran sebelah perempuan ada 5:
1.bahulu ikan, made in kedah
2. hasil tangan natsumi, cream puff ,sedap
3.external hdisk, terima kasih banyak boleh simpan banyak fail
4. ni pun kreatif juga cup cake, mula2 tgk mak pelik kenapa ada gambar abah dalam tu.=)
5. Buah-buahan, hmm bakul buat sendiri ya
dya, cik ummi, n mak
Daisypath Anniversary tickers