Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..
Sebelum mula semula PKP bulan 6 lepas, peniaga jalanan banyak yang lelong laju², bahan jualan. Hebahan kat FB group kawasan setempat, wasap yang orang² share. Macam² makanan buat orang terlioq nak beli π€€
Salah satunya baby π ni lah. First time dengar. Baby π. Dah siap kupas, dibekukan. Lelong² 1bungkus RM 10. Masa tu dah bagitau kat enSuami, ada orang jual, lokasi kat mana, jam berapa ada..
Tapi masa dia keluar beli barang dapur, dia terjumpa pakcik jual buah². Dia beli tembikai π sebiji. Pelam 3kg. Nenas madu dia beli jugak selonggok RM 20 kot, ada dalam 4biji ke tak ingat..
Tengok dia bawak balik tu terkejut, amboi banyaknya borong buah. Ala tadi jumpa pakcik ni jual, kesian plak, esok dia tak leh nak jual² dah. Dia bagi murah jeee..
Dah beli buah nenas tu, tak dapat lah beli baby nenas tu.
Terpaksa la kupas sendiri nenas madu tu π. Sekali kupas tu terus kupas semua. Sebab nenas madu ni tak tahan lama kan. Dia cepat lebam dan buruk.
Yang mana boleh masak pajeri, asingkan sesiap. Yang mana nak makan saja letak dalam bekas. Yang lebihan tu, bungkus dalam plastik. Simpan beku. Dah tengok baby nenas boleh beku, kita pun buat gak la.. sebab tak habis nak makan. Pelam pun sehari sebiji kupas makan, kalau tak kupas, tak ada yang nak boleh makan..
Kali ni dapat dah beli baby nenas tu. enSuami tengok status wasap sis ni. Sebelum ni pernah beli rockmelon dengan sis ni. Dia pun tinggal kat taman sebelah je. Pagi Rabu tu, enSuami pi amek kat umah dia. Sebelum ni dia hantar, tapi kena tunggu husband dia balik kerja, malam baru dapat.
Bila tengok depan mata, baru tau.. Baby sungguh nih π. Saya ingat baby nenas ni besar tapak tangan. Boleh hiris² nak makan. Gaya saiz ni tak perlu nak hiris² dah la. Ambil basuh, terus boleh ngap.
Tengok saiz tu. Epal merah pun besar lagi. Saiz ni macam epal hijau Granny Smith tu je.. Memang sedap dimakan, rangup, juicy, manis jugak walaupun warna dia kuning² cair. Macam nenas Josephine yang saya tanam. Warna pudar² je, tapi bila makan merecik jusnya.. manis sedap sangat la..
enSuami beli 2pek, RM 20. 1 pek ada 5biji macam dalam gambar tu. 1pek lagi ada 6biji. Kalau timbang berat dalam 500G gitu. Yang pek 6biji kitorang buka makan dulu.
Ngap ngap ngap, habis dah sebiji. Saya makan semua, tinggal batang hijau tu je. Empulur pun saya makan, sedap. Kalau nenas besar pun saya makan, favourite sangat. Sekali makan, dah habis 2-3biji.
Bila kira² balik, macam mahal jugak lah ya.
Sebiji jatuh RM 2 gitu.. Emm xpa la buat nak rasa first time. Next time macam fikir dulu la nak beli ke idokk.π
Beli nenas besaq boleh buat masak² juga dengan harga RM 20, hehe..
Kat rumah tinggal satu je lagi pokok nenas. Lama dah dia besaq tu, tapi nak berbuah tu susah sungguh la. Dah la 1 pokok 1 buah je. Menunggu 2-3tahun. Kalau cerita kat staf pertanian, dia suh buh kabalt je. Tapi tak pernah ingat nak beli kabalt tu.. menunggu je lah bila dia nak berbuah. Jangan kata pokok nenas jantan plak la, macam pokok betik hari tu, tak berbuah², sekali jantan dah.. penat dok tggu Emm π
Bye bye korang.. kamsahamnida ❤️
.
..
...
Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Yang ni memang sedap..baby nenas
ReplyDeleteWah sedapnya nenas.. tgk pic ni teringat kalau jumaat je biasanya ada lori buah masuk ke kawasan parking sek kami jual buah2 segar.. antaranya nenas yg manis mcm ni.. alaahai syoknya kalau kembali ke norma yg lama kan
ReplyDeletetengok warna macam masam. Rupanya manis ye baby nanas ni. Harga boleh tahan mahal juga.
ReplyDelete