Search This Blog

Thursday 31 March 2011

Tautan Hati NabilaHasyim by MrOP@ Kg Baru

Tergerak hati nak tengok2 kat FB MrOP kot2 ada gambaq kawen ceq kat situ. Rasa hati saja tekan2 kat D.u.a.r.i.b.u.s.e.b.e.l.a.s. punya album.

Aik, ada la. Sebab ceq x fren dengan MrOP kat FB (*fren dengan isterinya saja) jadi terlupa nak tengok2 kot gambaq kawen kitorg dah uplod kat mana2. Selalu tengok kat websitenya, xda lagi. hari ni baru nampak muka sendiri.

Auwwww, malu. Hikhikhik.........

Tutup muka sket, dah malu...=)

Oh, dah nampak bilik kawen I yang simple je....

Pergi sambut enSuami dan keluarganya kat jalan kampung kami...

enSuami terkejut kot, sebab saya suh senyum kt MrOP untuk klik......


...............Sket jer, limited edition lah..............

Bagaimana Menyayangi Mertua

Sumber : DRS. KHALIL IDHAM LIM

Sebagai seorang isteri, sudah tentu rasa tertekan bila rumahtangganya ada campurtangan daripada orang lain. Tetapi rasa serba salah pula hendak membuat sebarang tindakan sebab orang itu pula bukanlah orang asing tetapi ibu kepada suami kita sendiri.

Kita perlu ingat, Allah telahpun memberi ketetapan bahawa seorang isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya. Kalau seorang isteri mencacatkan hati mertuanya, ertinya dia juga telah mencacatkan hati suaminya. Maka dia adalah seorang isteri yang menderhaka dan menjadi orang yang dimurkai oleh Allah.

Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala ada mertua yang suka sangat mencari-cari kesalahan anak menantu. Dikatanya menantu tidak pandai memasaklah, rumah tidak kemas, tidak pandai jaga anak atau mengungkit-ungkit segala kebaikan yang pernah dilakukan terhadap kita. Bagaimanakah agaknya kita menghadapi segala persoalan ini secara rasional.


1. Mengutamakannya dalam segala hal.

Dalam apa juga hal dan tindakan, kita mestilah dahulukan ibu mertua kita selagi perkara itu diizinkan oleh suami. Terutama bagi mertua yang duduk serumah, kita hendaklah mengutamakannya sebagaimana kita meletakkan suami di hadapan kita. Mintalah nasihatnya dalam apa jua tindakan walaupun ia dianggap kecil dan remeh.

Contohnya, "Emak, ikan ni masak apa yang paling sedap sekali?" Atau, "Emak buat asam pedas selalunya sedap, mak buat macamana?" Sesekali jika ajak mentua kita keluar bersiar-siar dengan kereta, biarlah dia duduk di kusyen hadapan bersama anak lelakinya. "Emak silalah duduk di hadapan, biar saya duduk di belakang dengan anak-anak." Atau jika keluar pergi ke pasar tanyalah kepadanya, "Emak ada tak nak pesan apa-apa yang mak teringin nak makan. Nanti boleh saya carikan di pasar."

Sebenarnya ada berbagai-bagai cara lagi yang boleh kita lakukan untuk memberi penghormatan kepada mentua kita hingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan disayangi. Nanti akan terjalinlah ikatan kasih sayang di antara kita dengannya.

2. Fahami watak dan perasaannya.

Sebagai seorang isteri sepatutnya kita mesti memahami akan watak dan perasaan ibu mentua. Bukankah mereka lebih dahulu 'makan garam' lebih banyak pengalaman maka sudah tentu mereka lebih suka jika nasihat mereka dituruti.

Ada kalanya mereka cemburu bila melihat anaknya lebih melayani isterinya hingga lupa memenuhi keperluannya. Mungkin sebelum kahwin dahulu, anaknya sering memenuhi keinginannya, menjaga makan minumnya, sering membawa dia keluar bersiar-siar dan sebagainya. Tetapi setelah berkahwin, segala tumpuan telah beralih kepada isteri, maka keperluan ibunya sudah dibuat sambil lewa saja. Oleh itu tidak hairan jika timbul rasa cemburu dan irihati terhadap menantunya.

Oleh itu isteri mesti seringkali ingatkan suami tentang tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya sendiri. Contohnya jika suami memberikan sesuatu hadiah untuk kita maka katakan kepadanya, "Abang hadiahkan baju ni untuk saya aje ke. Mak punya abang dah beli?" Tanyalah dengan penuh kasih sayang agar dia ingat akan tanggungjawab. Atau ingatkan pada waktu-waktu terluang supaya dia menziarahi orang tuanya. "Kalau ada kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah abang tu. Entah sihat ke tidak, perlu juga kita jenguk."

Isteri hendaklah ingat bahawa seorang lelaki walaupun sudah berkahwin dia masih ada kewajipan terhadap ibubapanya. Maka kita sebagai isteri perlu mengingat-ingatkan suami kita tentang tanggungjawab mereka itu. Membiarkan suami dalam kelalaian memikul tanggungjawabnya bererti membiarkan suami dalam kederhakaan dan dosa yang akhirnya menyebabkan dia terjun ke Neraka. Sanggupkah kita lihat suami yang tercinta itu kelak akan diseksa di Akhirat?

Jadi bantulah dalam mengingatkan kealpaan suami. Jangan pula kita yang mengongkong suami agar menumpukan perhatian pada kita sahaja.

3. Sentiasa menggembirakannya.

Sebagai menantu kita mesti sentiasa peka dengan apa-apa yang disukai oleh mertua. Kalau pulang menziarahi mereka, bawalah buah tangan yang dapat menggembirakan hati mereka. Berikanlah hadiah-hadiah yang disukainya seperti telekung, tasbih, tudung, kain batik, celak dan lain-lain lagi. Hadiah ini akan mengeratkan lagi kasih sayang di antara kita dengan ibu mertua.

Ajarlah anak-anak agar pandai menghormati datuk dan neneknya. Suruh mereka bersalam dan cium tangan setiap kali berjumpa atau hendak keluar rumah, berjalan tunduk bila lalu di hadapannya serta bersopan santun di hadapan mereka.

Sebenarnya kasih sayang seorang datuk terhadap cucunya melebihi daripada kasih sayang di antara seorang ibu terhadap anaknya. Sebab kadangkala mertua tersinggung bila mendapati sebarang kekurangan dan kecacatan dalam menjaga cucunya. Seperti kurang diberi perhatian, pakaiannya comot tidak ditukar dan sebagainya. Jadi pandai-pandailah kita mengatasi masalah-masalah yang remeh seumpama itu.

Di samping itu kita juga mesti menunjukkan sikap berkasih sayang kepada cucu-cucunya yang lain dan juga mengajarkannya kepada anak-anak supaya berbuat yang sedemikian juga. Apa yang perlu dibuat ialah sering mencari sesuatu yang menjadi kegemaran dan kesukaannya. Kemudian layanilah sungguh-sungguh hingga dia dapat rasakan beruntungnya mendapat seorang menantu yang memahami jiwanya. Contohnya seperti membasuhkan pakaiannya, memasak makanan kegemarannya, memicitkan kepalanya jika perlu dan sebagainya.

4. Sentiasa menghisab diri.

Jika pada hari itu kita lihat mertua kita bersikap bad mood, bermasam muka atau bersikap acuh tak acuh saja dengan kita, sudah tentu ada perkara yang tersirat di sebaliknya. Cuba ingat-ingat mengapa agaknya ibu mertua rasa tidak senang dengan kita. Memang tidak dinafikan kita tidak akan lepas daripada membuat sebarang kesalahan tapi untuk mengurangkannya, berhati-hatilah agar ianya tidak berlaku berulang kali.

Mungkin baru sebentar tadi kita telah menyinggung perasaan mertua kita kerana memukul cucu kesayangannya. Atau dia tersinggung kerana kita telah membantah sedikit arahan suami (anaknya) sebelum dia keluar ke tempat kerja sebentar tadi. Jika telah berlaku perkara-perkara seumpama itu, maka cepat-cepatlah cari jalan untuk membuat seberapa banyak kebajikan terhadap mertua kita. Hingga kebaikan yang kita buat itu dapat dirasakannya dan kesalahan yang kita lakukan sebentar tadi menjadi kecil pada pandangannya. Jika kita memang telah berusaha sedaya upaya untuk menjaga hati dan perasaanya tetapi mereka tetap juga tidak puas hati, janganlah pula kecewa.

Yakinlah itu ujian bagi kita untuk mencapai kasih sayang Allah. Kerana Allah menjanjikan orang-orang yang sabar itu pahalanya ialah masuk Syurga tanpa hisab (dihitung dosa dan pahalanya).

Firman Allah dalam surah An Nahl: 96 yang maksudnya: "Dan Kami berikan kepada orang-orang yang sabar itu pembalasan menurut apa yang telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya."

Oleh itu hendaklah kita selalu mengingatkan diri kita dengan berkata, "Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran dalam menghadapi masalah ini. Tunjukilah aku jalan keluar yang sebaik-baiknya. Semoga ujian yang Engkau berikan ini dapat mendidik diriku untuk semakin dekat dengan-Mu."

Sejarah pernah menceritakan tentang seorang sahabat AlQamah dengan ibunya. Beliau adalah seorang yang amat sayang terhadap ibunya dan sering mengunjungi ibunya terutama ketika beliau lalu untuk ke masjid. Dia selalu bertanyakan keperluan ibunya dan menguruskan kebajikannya. Tetapi setelah dia berkahwin jarang sekali AlQamah menemui ibunya itu. Hingga ibunya berkecil hati dengan sikap AlQamah. Ketika AlQamah hendak meninggal dunia, beliau tidak dapat mengucapkan syahadah. Lalu Rasulullah meminta ibunya memaafkan segala kesalahan anaknya itu. Jika tidak, AlQamah akan dibakar hidup-hidup. Setelah ibunya memaafkan barulah AlQamah dapat mengucap kalimah syahadah dengan lancar.

Memang tidak dinafikan ada mertua yang tidak menyenangi menantunya. Mungkin pada awal perkahwinan memang dia tidak merestuinya atas sebab-sebab tertentu. Maka sebagai isteri yang ingin menjadi menantu yang baik, janganlah mudah kecewa dengan sikap mertua yang begitu. Terimalah dengan sikap yang terbuka kerana mustahil bagi seseorang ibu tidak menyayangi anaknya lebih-lebih lagi jika anak menantunya itu jelas mempunyai budi pekerti yang baik. Lambat laun marahnya akan reda juga terutama bila sudah mendapat cucu nanti.

Oleh : nina mazrina.

Wednesday 30 March 2011

Misi 2 : Perkakas Dapur NabilaHasyim

Semalam pergi semula ke SenHeng Seksyen 4 Tambahan.
Hajat di hati nak beli microwave Samsung ni, sebab........

Ahad malam, masa pi meting, dapat hadiah kawen lagi!
Besaq sangat. Balik2 umah, ckp kt enSuami, dapat hadiah lagi.

Nabilah : Wak, wak... dapat hadiah lagi!
enSuami : Hadiah pe?
Nabilah : La, mana bukak lagi. Ingat nak buka nanti, dengan Wak.
enSuami : Oooo, nak buka dulu pun xpe. Besar ke?
Nabilah : Besaq sangat. Sepeluk saya.. =)
enSuami : Periuk nasi kot
Nabilah : Ada plak. Ni besaq lain macam la.
* Kalau periuk nasi, mesti segiempat sama. Tapi ni segiempat tepat.
Nabilah : Wak, rasa macam nak buka je Wak. Boleh x?
enSuami : Buka la, xpe je.

Nabilah pun dengan xcitednya mengoyak pembalut hadiah tu.
Koyak2, nampak 20litres.
Koyak lagi, koyak lagi... Electric Oven!

Nabilah : Wak, wak wak! Electric Oven, Wak! 
Nabilah : Alhamdulillah.
Nabilah : Kalau macam ni, xyah la beli microwave yang bake tu sekali, kan Wak?
Nabilah : Kita beli yang microwave Samsung tu je lah ek?
enSuami : Emmm, microwave je lah, OK jugak yang Samsung tu..

Di kedai SenHeng.
Masuk2 je kat pintu tu, mata terus tertumpu ke rak tempat letak microwave Samsung tu.
Dah kosong!
Hati berdebar2 dah. Dah ada orang beli ke?
Terus je meluru ke situ.

Ada Salesman tu datang,
Nabilah : Dah ada orang beli ke microwave ni?
Salesman : Haa, dah ada yang beli.
 Hukhukhuk, remuk redam.

Habis la. Xdapat dah diskaun yang semurah ni.
Yang tinggal jenama Electrolux, Sharp dan lain2.
Yang semurah RM200, Electrolux
Super Deal sekarang RM269 untuk member..

Bila dah xdapat beli apa yang ditarget, fikiran mula hilang arah tujuan.
Backup plan, beli dapur la.

Tapi round2 dulu dalam kedai tu, nak sejukkan hati.
Tepon Wak pun, xdapat2.
Xbalik sekolah lagi ke ni, emmmmmmmmmm =(

Tengok2 kat mesin basuh plak.
Bila tengok dekat, Toshiba ni nampak macam mesin basuh kat umah Kg Baru.
Dok pikir, Toshiba ke jenama kat umah tu???
Tapi design ni memang sejibik lah!
Toshiba, 10KG, RM 1399.00
Tengok macam dah aim Toshiba ni...

Pas2 Salesman tu kata,
Salesman : Tengok yang Hitachi tu, 11KG harganya sama dengan 10KG Toshiba. Lagipun Hitachi la brand yang bagus untuk mesin basuh. Sekarang offer je 1199 ja.

Ish, ni wat orang conpius ni...
Nak beli yang 10KG ja tp harganya sama plak dgn 11KG
Tentulah lebih berbaloi2 beli yang ni kan???

Tapi xsempat dah kot nak rebut offer ni.
Sebab lama lagi nak beli mesin basuh ni.
Tunggu ada rumah dulu, nak kumpul duit lg.
Mesti dah habis dah offer masa tu kan kan kan???

Monday 28 March 2011

Masa Sekarang, Takdak Keja???

Habis kenduri, memang rasa lega habis, Alhamdulillah.

Tapi ada juga terfikir, hujung2 minggu nanti nak buat apa kalau takdak program???

Dulu masa hujung minggu, kalau xda program wajib dari pejabat, memang dipenuhi dengan keja2 kawen saya. Memang xpernah dok saja lah... Rasa masa xcukup ja bila nak dekat kenduri..

Sekarang ni dah xbuat lagi keja2 kawen, sebab saya dah selamat kawen dengan enHasyim.

Minggu pertama ni, hari Sabtu ada program Dinar Emas, dinjurkan oleh Unit 3N Nisa' Serdang.
~Penceramah, Pokya sedang menerangkan~
Saya la tu, Unit 3N. Before balik cuti kenduri, dah siap iklan untuk hebahan program. Tapi ada kekurangan untuk program tersebut. Puan Pengarah sendiri xpuas hati, tapi itu yang semampu saya usahakan.

~Hamper untuk YB, YB suka makan Oat~
~Hamper untuk Pokya, saya yang balut semua hamper ni. Cantik tak???~

Hari Ahad adalah hari reward untuk saya. enSuami janji nak reward untuk 2nd Dating. 
Terima kasih ya enSuami. 
Masa saya susah tension, dia la penenang. 
Saya dah siap habis program, dia juga yang nak bagi reward..

Bila Nabilah tanya : Kenapa suami saya ni baik sangat?
EnSuami jawab : Sebab kamu isteri saya...
Nabilah : Hukhukhuk terharu saya (^_^)


Hari Ahad pagi, sibuk iron baju untuk seminggu. Elok2 nak habis dah, CikLina tepon.
CikLina : Assalamualaikum Puan Nabilah, kalau boring2 dok umah, jom la teman Lina gi hantar barang kat adik Lina kt Maahad Hamidiah Kajang. Nak x?
Pn nabilah : Oooo, ok. Tapi nak kena tanya enSuami dulu...
CikLina : Oooo, lupa plak Lina. Ok, akak tanya dulu, nanti kalau boleh sms la Lina, sementara Lina nak kemaskan barang2 masuk dalam keta.
Pn Nabilah : Ok, ok.
~Nama Penuh sekolah adik Lina~
Betoi ka saya bored? Xrasa la lagi...
Yang pasti, rasa macam banyak sangat keja, banyak sangat fikir. Rasa diri xstabil lagi. Minggu pertama kerja, rasa macam bengong2 ja...
Bila ngadu kat housemate, dia kata kita susah hati sebab jauh dari suami.
~Sedang menunggu orang untuk berjumpa, xleh masuk ke kawasan asrama~
Saya rasa, X!

Mungkin ini yang dimaksudkan Nada, bila dlu2, orang komen kenapa Muslimat bila sejak kawen, reputasi gerakerja mencorot? Jawapan Nada, ye la xstabil lagi baru kawen. Baru nak setting minda, diri, kerja dengan status baru..

Inilah yang saya rasa!
Nasib baik, belum serumah dengan enSuami. Kalau x, mesti lagi kalut. Alhamdulillah, saya masih boleh kembali bujang, hehehe. Jangan marah ye, enSuami.

Tapi tau, ada baik dan buruknya untuk setiap perkara. Mana yang baik, kita manfaatkan. Mana yang buruk, kita cuba positifkan.

OK x???

Mesyuarat Agung Cawangan 1/3

Masa mesyuarat ni, tido je banyak...


Sebab saya makan banyakkkk, makanan2 ni semua ha...........

Lepas saya kawen, saya makan dengan banyaknyaaa.......
Conpius dengan selera yang semakin menjadi-jadi......
Saya xdapat nak bagi tumpuan lagi dalam meting........
Akhirnya saya telah pi tidoq kat bilik mesyuarat sebelah....
Sorang2........
Tapi biar pintu terbuka........
Tapi buka aircond............
Melampau kan saya????
...............Em saya memang xdapat tahan tido kalau dah mengantuk sangat!!!..............

Sunday 27 March 2011

Misi 1 : Survey Barang2 Perkakasan Dapur

Untuk hal2 di dapur, Nabilah plan untuk membeli 1 barang setiap bulan sementara menunggu mempunyai rumah bersama enSuami.
Kena guna taktik semasa melakukan persiapan perkahwinan dulu, bagus idea yang kawan2 bagi ni.
Mana yang elok, apa salahnya kita praktikkan, kan?
Kalau nak simpan duit, takut tak tersimpan.
Kalau nak beli sekali gus, agak membebankan.
Jadi perlu ada perancangan awal. Agaknya orang nak kata ceq gila lagi ka, macam dulu??? =|

Survey barang di Sen Heng Seksyen 4 Tambahan.
Kat situ agak besar.

Barang pertama, Dapur
Kat situ lebih kurang 5-6 pilihan yang ada.
Jenama Panasonic, Elba dan Faber.
Salesman tu kata, selalu untuk dapur, jenama Elba dan Faber yang bagus.

Ok, dah short listed tinggal Elba.
Elba plak ada 2 model. Satu RM 115 dan RM 139.
Ingat nak amek RM115 tu. Pas2 dia cakap,
Kalau amek yang jenis macam ni lebih tahan lama, jenis stainless steel ni sebab xberkarat (Sambil tunjuk yang RM139)
Ok, Nabilah decide untuk amek yang ni.
Jenama Elba.
RM 139 pakai member card, jimat RM20 = RM119
Jadi harganya hampir sama dengan nilai Elba RM115 yang jimat RM10.

Yang kedua, Microwave
Microwave Samsung, harga asal RM 499
Dengan member card jimat RM 200.
Last stock, promosi habis gile2...
Kalau dah jimat 200, tinggal 299 sama harga dengan microwave biasa yang kurang 1 fx dari Samsung ni. Samsung ni boleh Grill.
Pas2 dapat free buku resepi memasak menggunakan Microwave ni.
Macam dah nak conpem nak amek yang ni.

Pas2 teringat plak tanya Microwave yang siap boleh membakar sekali.
Nanti senang xyah beli oven dah, boleh jimat ruang umah, heeeee =]

Pas2 dia tunjuk kat belakang ni ha...
Ternampak jenama Sharp, I Like Sharp.
Nampak x, bo BAKE???
Tapi designnya, cam lama2 ja.
Sebab bertangkai. Adusss
RM 1199...jimat RM20 ja??
Bila cek kat sistem, boleh jimat RM100 untuk hari ni..
Ok, nak beli yang ni.
Tapi untuk bulan ni, saya nak beli dapur dulu kot.
Sebab harga RM 1199 perlu simpanan 2bulan la...

Ketiga, Peti Sejuk
Peti sejuk, nampak jenama Panasonic plak yang menarik di mata.
Bahagian freeze ada di bawah, pattern design sekarang, Salesman tu kata.
Nabilah suka warna Kelabu dan gelap2 hitam, nampak elegen dan kemas

Untuk harga yang mampu.
Tapi kualiti cover peti sejuk ni, bukan stainless steel, =/

Yang stainless steel, yang ni...
RM 1299.
Masa dok amek gambar2 ni, Salesman tu tanya,

Salesman : Nak beli cash ke kad kredit?
Nabilah : Cash la. Tapi xla beli hari ni. Hari ni, nak survey2 ja. Nak tinggal kat Kuala Selangor, mungkin beli kat sana ja.
Salesman : Xda masalah kalau nak hantar. Beli kat sini pun boleh, pas2 kitorg boleh hantar tanpa cas. Selagi dalam Kuala Lumpur dan Selangor.
Nabilah : Ye ke camtu. Sungguh ni xcas, jauh kot.
Salesman : Xda cas kalau dalam Selangor. Xpun beli kat sini, kitorang minta SenHeng cawangan sana hantarkan model yang dibeli ke sana.
Nabilah : Hah, sungguh? OK gak tu.
Salesman : Ye xda masalah la. Kalau cas pun xbanyak, 2ringgit, 6ringgit camtu je...
Nabilah : (ye ke pokcik ni, cam xcaya ja,=/ hehehe )

Di dalam sama ja design, cuma bila besar peti sejuk tu, besar la ruang dalamnya.

Ok, mesin basuh xtengok plak.
Ingat2 enSuami dah ada di Sarawak.
Rupa2nya, enSuami ada peti sejuk kat sana.
Iye lah, baru teringat, kan enSuami selalu dok basuh baju kat umah kawan dia, hehe...

Salah ingatan la saya ni......=)

Saturday 26 March 2011

Apa kata Mereka???

Sejak Kawen, ramai yang memberi ucapan.
Untuk tempoh minggu pertama ni, bila on9 FB, kawan2 IM memberi komen dan bercerita tentang majlis kawen kami...

Along x-SMKTSR

Along : as-salam
Along : nabilah,thniah2
Along : s0ri sgt2 xdpt p
Along : sebelah llaki km kn blk klate
Along : cntik sgt bju purple
Along : lain muka nabilah
Along : i like
Along : ;-);-)
Nabilah : wsalam
Nabilah : hehe
Nabilah : km pun xcaya :D:D

Along : hihi
Along : sebelah lelaki purple kn
Along : mn gmbar sebelah prempuan
Along : tringin km nk tgk
Nabilah : ok tgok..
Along : mn?
Nabilah : bru je tag gmbr dr adik ipar..
Along : yeke..
Along : ok2
Along : hihi
Along : tq2
Along : cntik2
Along : xpuas tgk
Along : cntik bjunya
Along : wah2
Along : bju suami p0n smart
Nabilah : tu la jeles btul tgok baju dia
Nabilah : smart gila..
Along : he3
Along : 2la..
Along : bju nabilah p0n apa krgnya
Along : lawa=)
Along : pendek kta sume cntik
Along : mnjadila pe y nabilah rncang
Along : sume brjln lncar..ALHAMDULILLAH
Nabilah : ya...alhamdulillah..
Nabilah : kt selangor ja hujan lebat sgt..
Nabilah : smpi tanah umah becak teruk..
Nabilah : kasut pengantin hbs kotor
Nabilah : :D
:D
Along : yeke
Nabilah : nsb bek baju sendri, bkn sewa..
Nabilah : so ganyah je la..

Along : 0oo bju ungu 2 bj buat sndiri eh
Along : bkn sewa???
Along : cntikla nabilah
Along : bju 2
Nabilah : baju mana cantik?
Nabilah : bju ungu?

Along : a'ah
Along : tempah eh?

Nabilah : ya, wat kurung moden ja along
Nabilah : cuma kt tgn tu, wat tgn saloma
Along : cntik kain dia n wrna
Nabilah : pas2 renda kt tgn tu km tmbh sendri..
Along : pndai hmpa tmbh
Nabilah : jd la mcm 3tingkt..
Along : nabilah mmg kreatifla
Along : =)
Azman : A'salam. Selamat Pengantin Baru!
Nabilah : wsalam
Nabilah : baik, terima kasih :):)
Nabilah : uppa, ok x tgok gmbr nblh tu?
Azman : muka nabilah lain la..
Azman : putih habis...hasyim pun segak jer...mantap
Azman : siap ada senjata tue (keris)
Azman : cantik korang bergambar..pandai pilih baju dan setting pelamin :-):-)
Azman : Well done!
Nabilah : muka lain sbb makeup, yg pro..
Nabilah : dia tmbh kt hidung, tau la ceq hdung kemek :P:P
Nabilah : tp kt kedah, ok..sbb sepupu yg makeup..
Nabilah : natural la sket..
Nabilah : setting pelamin, adik hasyim yg set..dia blk2, dah setle smua
Nabilah : nblh dtg tgok je la.. :D:D
Azman : hasyim dah balik sarawak yeak..ala, kesiannya nabilah huhuhu
Azman : banyakkan doa supaya cepat hasyim dapat cepat transfer :-):-)
Nabilah : uppa :(:(
Nabilah : ptutnya flght pg smlm..
Nabilah : ujian pgantin bru..dia xleh msuk, sbb lewat smpi..
Nabilah : pas2 bli tket hr ni fly, kol 1 nant..
Nabilah : yg nblh plak, ptg smlm smpi bangi..
Azman : x gi bye2 kat dia ker?
Azman : dia nak balik sana?
Azman : kat airport
Nabilah : emm xdpt la..
Nabilah : smlm pun dh amek cuti..
Nabilah : nblh xdak kenderaan sendri..pgerakan terhad la uppa
Nabilah : insyaAllah cuti sek ni, kitrg nk beli keta..
Nabilah : nblh pun kna cpt2 repet lesen..
Nabilah : nant bo amek ensuami sendri kt airport
Nabilah : stkt ni, bgantung kt adik hasyim tu, dia keja kt subang, so bo la amek..
Azman : oo
Azman : good...kena ambik lesen sampai berjaya!
Azman : Insya-Allah
Azman : gambar kenduri kat kedah bila nak publish?
Nabilah : huhu..nblh xdak simpanan
Nabilah : kna tggu kamera abg, atau pun OP..
Nabilah : lmbt sket kot..
Azman : ok

Nurul Huda, x-SMKTSR
Nurul : salam, lawanya pengantin :):)
Nabilah : owh yeh, trima kasih
Nurul : a'a, lain nmpk
Nurul : sweet

Azemi : salam.
Nabilah : wsalam
Azemi : nak mt tlg tgk diari Nabilah ttg program Penerangan, nak bt laporan. kalau2 ada simpan.
Nabilah : ok, nant
Nabilah : sempt x, mggu depan..
Nabilah : mggu ni cbuk sket..ad progm
Azemi : ok secepat yg mugkinlah, dah dpt memo dr Urusetia.
Nabilah : oh :D:D
Azemi : tq,senyum sokmo lps kawin nie.
Nabilah : aik,
Nabilah : sblum ni, senyum pa..
Azemi : he..he. ok.

Nurul Ain x-housemate

Nurul Ain : salam
Nabilah : wsalam
Nurul Ain : beb.....tahniah
Nurul Ain : cntik snguh ko
Nabilah : yg mana se?
Nurul Ain : smua skli
Nurul Ain : make up ko cntik
Nurul Ain : lain sngguh muka ko
Nabilah : kot sbb tkg makeup pro kot
Nurul Ain : hehehe
Nabilah : yg kt sgor makeup kt butik
Nurul Ain : skrg duk bngi ke
Nabilah : kedah, sepupu km makeup
Nurul Ain : owh ye ke..mmg cntik


Hazwan x-UKM

Hazwan : Selamat berkahwin
Hazwan : maaf x dpt g
Hazwan : jauh
Hazwan : semoga kekal bahagia ke anak cucu
Nabilah : ooo, ok..
Nabilah : anak cucu je?
Hazwan : hahaha

Nabilah : biar la sampai syurga..
Nabilah : :D:D
Hazwan : bahasa standard melayu

Salmi : assalamualaikum
Salmi : waahhhh
Salmi : nabilah cun giler baju hg
Salmi : cantik mekup
Nabilah : waalaikumussalam
Salmi : tahniah2
Nabilah : baju mana cun?

Salmi : dua2 lah
Salmi : yg gold dgn ungu tu
Nabilah : knpa kata cun?
Salmi : yg ungu tu sesuai dgn hg
Salmi : yg gold tu mcm prncss!
Salmi : =)=)
Nabilah : hehehe, suke suke..
Nabilah : i like too
Nabilah : :):)
Salmi : tu yg hg jahit sendiri ka?
Nabilah : uish dahsatnya klu jahit sendri baju..
Nabilah : km tmbh kt tgn ja, renda2 tu..
Nabilah : bg nmpk mcm 3tingkt..
Nabilah : ada nmpk ka?

Salmi : mstlah nmpk
Salmi : n kmi dah tau 2 mmg style hg
Salmi : renda2 kat tgn
Salmi : hehe

Nabilah : aik ye ke style km?
Nabilah : km tmbh sbb nampk kosong la..
Nabilah : maleh nak jahit manik...
Nabilah : p jahit renda tu sng sket..

Salmi : alhamdulillah dah slesai kan
Salmi : hsbnd hg dok sabah sarawak?
Salmi : awat x ikot?
Nabilah : =)=)

Nabilah : xleh ikut la, keja la weh...
Salmi : sian hg
Salmi : dah brapa hari d tinggalkan nih?

Nabilah : selasa, rabu

Salmi : oooo baru ja lg...
Salmi : tabahkan hatimu
Salmi : cewah
Nabilah : hnya km yg mrasainya :(:(
Salmi : alolo sedihnya...
Salmi : jgn lah sedih2
Salmi : nnt cuti skolah bleh la jmpak
Salmi : tu tkr status ek jgn lupa
Salmi : married to....
Nabilah : eleh, xmau lg :P:P
Nabilah : tggu ensuami tukar dlu ;);)
Salmi : =P


Syahar x-SMKTSR

Syahar : slmt pengantin baruuu
Syahar : maaf kami xdpt pi kenduri aritu kami xblk tgh ada kelas
Syahar : sgt2 busy hujung2 sem ni
Syahar : maaf ya
Nabilah : ok xpe..
Syahar : kami tgk hampa len sgt
Syahar : diet ka?
Syahar : bj bt sendiri ek? semua lawa
Syahar : hampa pun sweet sgt2
Nabilah : km xdiet..trun sedri tanpa sedar, ;);)
Syahar : ye ke?
Nabilah : bju gold tu, yg km nya beli dr indon..
Nabilah : yg ensuami, temph kt org kg..
Nabilah : bju ungu temph semua, kt org kg..
Syahar : mmg hampa nampak kurus, len sgt2...xpalah turun dgn sendiri..mst penat kot
Syahar : ooo
Syahar : kira semua tempah la, xsewa
Syahar : bj nikh pun cantik bgt
Syahar : best la
Syahar : untung leh pakai lg len kali
Syahar : bj ungu tempah kt mn?
Syahar : km ingat nk tempah kain bj hantaran aritu
Syahar : murah x?
Nabilah : la...
Nabilah : bju ungu tu, kurung moden je syahar..
Nabilah : temph kt sapa2 pun bo..
Syahar : oo yeke
Syahar : xpala
Syahar : yg kedah bj gold ke
Nabilah : haa
Nabilah : knapa hgpa nmpk bju tu cantik?
Syahar : semua cantik esign dia
Syahar : *design
Syahar : kami saja tnya, sbb cantik, kain cantik xleh bg sebarangan org jahit
Syahar : nnt xjd sayang laa
Syahar : kami pun nk tempah sedondon...untuk raya nnt
Syahar : hehe
Syahar : Syahar : ungu kat selangor ek?
sama cantik sma padan
Syahar : hampa dok sekali gn en suami ke skrg?dok mn?
Nabilah : oo nmpk cantik ek..
Syahar : byk ke turun, tgk nabilah sgt kurus, kalau bukan fb nabilah, kami xkenai..sungguh
Nabilah : sbb org yg pkai tu cantik, tu yg nmpk cantik tu ;);)
Syahar : hahaha
Syahar : tu sudah semestinya
Syahar : mahai dak tempah
Nabilah : emm tkg jhit tu mmg la profesional..
Nabilah : semua pesen dia reti..
Syahar : melayu ka cina
Nabilah : sbb dia pro, mahal sket la dr org besa
Nabilah : melayu
Nabilah : sekmpung dgn km..
Syahar : oo
Syahar : bgs la
Syahar : sbb kami tnya tu, kami dh byk kali dh tempah, ada yg ok, ada yg x...sayang kain la kalau xjd Syahar : mcm kita nk, xsedap pakai
Nabilah : hg pa nak buat bju pa?
Nabilah : hr2 km temph bju kain ada batu2, kurung moden, tgn wat kerut benang getah..
Nabilah : dia amek 42..
Syahar : bj mcm gaun ka jubah ek, yg moden nye..labuh tp belah depan, kira dua lapis la..
Syahar : tp kena bw majalah fesyen tu la
Syahar : haha
Syahar : okla harga
Syahar : mahai ka mrah ka, asai sedap dan pandai bt..cantik...suda memadai..kalau murah tu bonus la
Syahar : hihi
Syahar : aritu kenduri katering ka?jd amik gn pak cik tu ke?
Nabilah : xla..amek katering yg dah besa dgn famly km..
Nabilah : abg sulung km suh amek yg sama..
Syahar : oo
Nabilah : dia kta seng sbb pcik tu dah tau umah, tmpt mana nak letak mknan..
Syahar : ok la mcm tu pun, xpa...
Syahar : hampa pakai tu kat gg ek?
Syahar : br perasan
Syahar : suami kami suh bt gak..aritu pi tnya mahai sgt
Nabilah : aik awat syahar nak pkai lak?
Nabilah : bkn ok dah ka?
Nabilah : km buat ni pun 4K..
Syahar : ntah suami kami suh bt, dia suh bg gg sama
Syahar : ada gg kami yg xsama satu
Syahar : hehe
Syahar : sakit x pakai tu?xleh buka ek bpe lama?

Dan akhir sekali sedikit coretan Majlis Tautan Hati nabilaHasyim di Kedah di blog abang ipar,bah..=)

Terima kasih semua.
Doakan kami bahagia sampai ke syurga, amin =)
~Tautan Hati NabilaHasyim~
Daisypath Anniversary tickers