Search This Blog

Showing posts with label Rak IKEA. Show all posts
Showing posts with label Rak IKEA. Show all posts

Friday, 27 December 2019

Meja IKEA Adils Linnmon untuk Hafni

Ada orang tu semangat mewarna buku princess nye tuh.. 

Image may contain: one or more people and people sitting
Dah ready meja n kerusi untuk masuk sekolah. Happy lah tu.😘

Terima kasih Abi beli meja. Baru la selesa nak sekolah. Tiap2 bulan Hafni tanya, bila meja Hafni nak sampai 😂.
Umi janji nak beli online je senang.😅 .

Image may contain: indoor

Tapi Abi nak IKEA jgk, ikut je la pi IKEA beli meja.

Dalam web, nampak birunya mcm terang.
Bila tengok real, okay la Navy blue. .
Memang dah jatuh cinta sangat dengan Navy blue, semua nampak cantekk 😍


 #ikeadamansara #setadilslinnmon #navyblueinthehouse




#TautanHatiNabilaHasyim
#AgenCUCKOOMalaysia
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

Monday, 15 May 2017

DAPUR : Diserang cencurut

Assalamualaikum...

Hai, lama tak menulis, huhuhu...
Macam2 cerita nak kongsi, tapi tu la...
Malasnya nak menaip, macam tak ada masa..
Nak on laptop tu yang bercinta tu..

Baru-baru ni, dapur rumah gempar dengan​ serangan tikus..
Sebab bila balik bermalam dari rumah mertua, saya tengok sebiji kentang, kena rebuk digigit sesuatu..

Kalau gini la rupanya, tak lain tak bukan kerja tikus..
Masa ni musykil la jugak, sama ada cikti ni memang ada dalam rumah, atau dia keluar masuk je, nak cari makan..

Dulu2 saya sedar area rumah ada tikus, bila jumpa tahinya dalam bilik ampaian baju tu.
Masa tu cakap kt enSuami, ni tahi tikus ni..
Dia punya la positif, eh bukan lah, tahi ulat je tu..
Tahi ulat menatang apa besaq macam ni kan...
Saya dah biasa dengan tikus2 ni masa kecik2 dulu..
Siap ada operasi bunuh/kejar tikus lagi dengan abang2..
Biasa la rumah sebelah bendang [sawah]
Sekali dua tiga hari lepas tu, tengah malam, tengah dia buat kerja di ruang tamu, tikus melintas depan dia...
Terkaku ternganga je tengok tikus tu, bukan nak katok terus.. pastu lari masuk bilik tidur, tutup pintu..
Hahahaha..

Lepas tu, esoknya habis kami tunggang terbalikkan sofa, mana la tahu dia bermastautin bawah sofa ke..
Kang rosak sofa digeritnya [digigit]..
Tapi tak jumpa pun kelibat si tikus tu..
Mungkin dia keluar masuk je tapi tak dok dalam rumah..

Selain tu, saya sentiasa pastikan tong sampah dapur ditutup supaya tak jadi mangsa selongkar si tikus tu..
Sebelum tidur pun, semua pintu bilik ditutup.
Lama2 tu dah tak jumpa tahinya..
Dijangkakan, tikus dah tak masuk rumah la..
Rupanya enSuami dah tau rumah jiran sebelah ada tikus, dia tak pernah cerita balik kat saya...
Saya ni punya la susah ahti, mai mana tiba2 ada tikus ni, emmm

Dan baru2 ni pulak, bulan lepas, mesin basuh kat dapur ni rosak..
Selalu lepas kita tekan Start, dia akan keluar masa tempoh membasuh kan, dalam 41 minit, mesin saya..
Tapi kali ni keluar titik perpuluhan, tak ada 41...
Macam dah pelik ni..
Akhirnya memang betul dah rosak..
Dalam 3 hari tu, baru tukang baiki datang rumah

Kalau nak diikutkan, Ah Tan dah pernah datang rumah, 2 bulan sebelum tu sebab peti sejuk kami rosak..
Masa ni memang dia baiki di dalam rumah ni..
Tukar kipas peti sejuk tu, dah rosak katanya.
Tak sempat nak cerita pasal ni, kos baiki dalam RM 250.
Ingat peti sejuk ni orang baiki di bahagian belakang, rupanya di bahagian sejuk beku tu...
Saya yang tak tahu ni, tak ada la kemas/kosongkan freezer tu..
Sekali, Ah Tan tu datang, dia yang keluarkan semua bekas2 makanan yang ada...
Adoi malu, punya la banyak dan penuhssss...

Peti sejuk Samsung, simptom rosak bunyi kuat, macam besi berlaga gitu..
Pastu bahagian peti sejuk bawah, dinding atasnya berpeluh..
Peti tak sejuk, dan berbau macam toksin plastik gitu..

Dah peti sejuk rosak, sekarang mesin basuh pulak.
Dua beradik ni saya beli second hand je dulu..
Tahun 20012, nak dekat 5tahun sudah berjasa..

Memandangkan Ah Tan ni specialist peti sejuk dan aircond saja, so dia kena bawa balik mesin tu..
Hantar pada kawannya...
Tengok dulu apa yang rosak..
Masa ni dia ada la cerita..
Mesin basuh yang model lama2, boleh lagi baiki..
Kalau yang baru2 ni, susah nak baiki, spare part mahal kena beli dari kilang jenama tu sendiri..
Harga mahal, macam nak beli baru..
Jenama yang disebut tak boleh dibaiki langsung macam Samsung dan LG..
Wah nasib saya Toshiba je..
Teringin jugak tu nak beli Samsung, canggih-manggih betul model yang baru ni.
Bila tau ni terus tak jadi lar..

Lepas dia bawa balik tu, esoknya dah hantar balik dah..
Tak sangka pula kami, secepat ini siap...
Masa dia angkat bawa balik tu, saya tengok ada banyak tahi2 tikus bawah mesin tu..
Dan ada bau2 hancing di lantai mesin tu..
Ni mesti dah kena kencing ni...
Mesin ni rosak pada control panel nya.
Kos RM 250 jugak..

Lepas tu, membasuhlah enSuami, baju yang bertimbun tu dengan gembiranya..
Ada jaminan selama sebulan..
Alhamdulillah, mesin dah boleh guna...

Selepas 2 minggu guna, mesin tu buat hal lagi..
Allah...
Kenapa pulak ni, dulu2​ baiki boleh tahan 5tahun, kenapa yang ni 2 minggu je.. (T_T)
Pastu, enSuami telefon lah balik si Ah Tan tu bagitau mesin rosak lagi..
Seminggu tunggu, baru dia sampai..
Pastu angkut lagi mesin tu..
Masa tu tengok, ada lagi tahi tikus ni..
Lagi banyakkkk...

Petang tu, Ah Tan hantar balik..
Akhirnya persoalan terjawab..
Kali ni mesin rosak sebab dua wayar putus digerit tikus!!!
What!!???@#$_&-+\%*":;!?£¢€¥
Panas betul bila dengaq tu..
Selama ni dok makan kentang kami..
enSuami dengan baik ahti, takpelah dia makan kentang je kan, yang lain dia tak kacau kan..
Haa sekarang, mesin basuh boleh rosak dikerjakannya...
Tak ada kerja betullah ciktikus​ ni..
Wayar pun hang nak gerit, makan je la kentang tu, iskkk


Dan salah satu puncanya, bawah mesin saya ni lompong, tak ada penutupnya..
Sebab tu la, tikus tu boleh dok main2 dalam mesin ni..
Sebab beli second hand kan, saya amek apa yang ada je la..
Masa tu, mana lah nak tahu, nak belek2 kat bawah tu..

Jadi, akan datang, kalau ada yang beli second hand ni, kena tengok dulu ada ke tak penutupnya ya..
Untuk keselamatan jangka masa panjang..
Kalau tak ada kes tikus2 ni, tak ada masalah pun..
Elok je guna selama 5tahun ni..
Ni tiba2 ada tikus, tu yang buat masalah tu..

So atas cadangan diorang, kami ke kedai besi buruk untuk cari mesin2 lama yang orang buang, kot2 ada boleh ambil penutupnya..
Dah pi tengok, memang buruk betul lah.
Yang ada pun penutupnya pun berlubang jugak, mungkin sebab dah lama, rosak la tu..
enSuami kata, xboleh pakai dah tu
Dah pusing2 cari, dok fikir2, pergi kedai orang baiki mesin..
Technician tu cakap semua mesin yang ada, orang punya..
Sebelum tu, dah terfikir susah sangat, beli jaring besi tu untuk tutup.
Lepas tak dapat kat kedai baiki, kami pi MrDiy je nak beli senduk masak.

Sibuk saya dok ushar2 barang, enSuami datang dengan segala benda tentang tikus..
Dia ambil kertas gam tikus 2bungkus, satu bungkus ubat gegat..
Masa dia sembang2 dengan kawannya, kawannya cakap yang jahat2 rosakkan barang ni cencurut, bukan tikus..
So diorang suh beli ubat gegat, letak kat laluan dia tu..

Kalau tengok dari tahinya tu, memang ada beza..
Yang dalam bilik tu, tahinya besar sikit..
Yang ni tahinya kecil sikit.
Dan cencurut bau busuk, hancing nya tu kuat..
Tapi bila baca blog orang lain, dia cakap cencurut tak rosakkan barang..
Aik, konpius pulak saya, mana satu betul ni..
Tak kira la, spesies tikus ni, memang kerja gerit je, tak kira la makanan ke, baju, wayar, plastik, ke..
Apa yang dia rasa dia nak gerit, dia gerit...

Oh ya, korang pernah jumpa buku cerita budak2..
Cerita pasal tikus tu mati kerana giginya???
Haaa, gitu..

Dalam buku tu, si ibu tikus jatuh dalam bekas yang dalam macam baldi gitu..
Disebabkan dia tak dapat nak panjat keluar, berhari2 dia terkurung dalam baldi..
Si anak tikus mencari ibunya, dan jumpa maknya dalam baldi..
Masa tu mak dia minta carikan sesuatu yang keras seperti kayu untuk dia gigit..
Yang si anak ni ingat, mak dia lapar, so dia bagi makanan yang lembut2 pada mak dia..
Selama berhari2, dia ulang-alik bagi makanan kat mak dia..
 Tapi mak dia semakin lemah tak bermaya...
Dan lama2 mak dia mati dalam baldi tu..
Masa kejadian, si bapa tikus tak ada, outstation, wakaka..
Bila bapak dia balik, dia pun cerita mak dah mati dalam baldi.
Dan dia tanya kenapa mak dia minta kayu, bukan makanan?
So bapak dia pun cerita la, gigi tikus ni akan tumbuh memanjang dari semasa ke semasa, macam kuku kita tumbuh tu..
So tikus perlukan benda keras untuk dia gigit, nak elakkan kesakitan gigi yang semakin memanjang tu..
Kalau tak gigit, gigi semakin panjang, tikus rasa sangat sakit, tu yang boleh bawak mati...

Haa, apa yang korang terfikir??
Tak tahu lah cerita ni betul ke dongeng je..
Tapi macam ada logiknya jugak kann..
Sebab tu spesies tikus ni, kerja menggerit je..
Habis barang rosak, eeeeeee

Berbalik pada cerita realiti saya, hahaha..
 kertas gam tu, saya suh amek satu je sebab dalam tu pun dah ada dua keping..
Kita tengok dulu kuat ke tak..
Pastu enSuami terfikir nak beli plastik kadbod tu je untuk tutup bawah mesin.
Alaaa, yang banyak orang guna buat partition laci dapur tu..
Senang sikit boleh guna salotape untuk tampalkan kadbod tu..

Nasib tak keluar lagi dari kedai, ada je kat MrDiy tu..
Ada kaler2 je, putih tak ada..
Kami amek kaler biru, wakaka...


Bermula la operasi menutup semua lubang yang ada di mesin tu...
Tonggengkan mesin tu..
Tekap betul2 ngam2 dengan lubang yang ada..
Nasib amek yang besaq sekali, senang yang lebih boleh buang..
Kalau kecil, nak kena tampal2, jadi lambat dan tak efektif...


Sekecil2 lubang, enSuami suh tutup..
Katanya cencurut boleh mengempis dan mengecilkan badannya ikut lubang yang ada..
Sebab tu banyak spekulasi yang boleh dibuat cencurut masuk dari mana...
Ada lubang salur mesin, lubang kipas ekzos, atau ruang bawah pintu dapur..


Lepas dah siap semua lubang tutup, saya lapis lagi semua permukaan board tu dengan salotape..
Ye lah, benda ni kan plastik, plastik tu, kacang je la, cencurut ni nak gigit..
Takut pulak, kang tak tahan lama..
Lepas dah siap tang mesin...
enSuami mula buka kertas gam, letak di tepi dinding belakang mesin tu.
Lepas dah susun kertas gam, letak balik mesin, kemudian kami punggah pulak rak terbuka pantri ni..
Kot le dia menyorok kat belakang rak ni..
Sebab banyak sangat barang....


Risau kalau dia ada masuk dalam kotak mixer yang kaler biru tu, sebab dalam tu ada langsir.
Kang tak pasal berlubang-lubang langsirnya, huhu..
Bila buka, tengok cek semua, keadaan masih elok..
Tak ada kesan tahi ke busuk busuk ke tak ada..
Lega, alhamdulillah selamat..
Lepas tu enSuami tabur ubat gegat..
Banyak gila dia lempar..
Nak dekat habis sebungkus..

Petang tu, saya dok mengemas di dapur, perghh ketat hidung saya dok bau..
Bila ke ruang tamu, bau ubat gegat satu rumah..
Esok pagi, saya bangun tengok ada penyapu bawah rak..
Nampak 2 biji tahi cencurut..
Saya tanya enSuami, cencurut munculkan diri ke?
Taklah, abang kutip balik ubat gegat tu..
Bau kuat sangat..
Haa, tau takpe...
Bau kuat gila satu rumah, satni bukan cencurut yang mati, kita yang pengsan keracunan ubat gegat, huhuhu...


So, petang tu bermula la operasi saya mengemas rak pantri ni.
Kalau tengok dari overview rak pantri ni, dah nampak kan perubahan 2rak yang tengah tu..
Sebelum ni, saya buat letak stok makanan di situ, macam bawang kentang, makanan tin, makanan kering macam bihun laksa maggi tu...
Disebabkan angkara cencurut tu, saya tukar barang2 tu pindah masuk dalam laci bawah dapur..
Alhamdulillah, dapat ilham nak tukar untuk atasi dan elak kes2 makanan digerit tikus.



Akhirnya dapat realisasikan impian nak letak bawang kentang dalam laci..
Dok tengok omputih buat, teringin nak buat jugak..
Ingat nak tunggu KC baru, baru nak buat..
Tak yah nak tunggu lama lagi, sekarang pun dah boleh buat dah..
Ngam2 je bakul tu, walaupun saya tindan sikit..
Nampak bakul bawang terangkat/tinggi sikit dari bakul kentang..



Botol2 rempah dah tak boleh nak baringkan seperti sebelum ni, sebab nak jimat ruang..
Rak diy bulat pink tu, dah selamat buang..
Kotor dan dah tak relevan untuk dipraktikkan..
Alang2 nak kemas ni, tukar cara lain pula..



Untuk laci bawah sekali yang besar tu, dulu2 letak periuk, dah tukar jadi macam ni dah..
Botol minyak, botol stok kicap sos, makanan kering dalam tin, tipuware kosong pun letak dalam laci ni...
Puas hati nampak kemas di rak terbuka tu..
Senang nak ambil minyak masak, bawah dapur je, tak yah nak pusing2 badan..
Walaupun buat masa ni, kadang2 tersasul jugak badan nak pusing ke rak nak ambil minyak, hahahaha..
Belum terbiasa lagi la tu..



Rak bertindan pink ni dulu letak bawang kentang, dah tukar letak stok susu kotak, susu pekat susu cair dan atas sekali Milo kotak Hafni.
Kalau ikut efektif capaian tu, rumit jugak la..
Sempit sikit sebab ada tipuware sebelah nya..
Tapi okay je, sebab barang yang kerap ambil, letak atas sekali.
Susu kotak bawah sekali, kadang2 je amek bila nak masak sesuatu yang perlukan susu..
Susu pekat pun, lebih kurang dua bulan sekali nak ambil..
Jadi tak ada la kerumitan melampau..



Tipuware2 yang dulu rasa semak bila susun di rak terbuka, bila susun dalam laci ni, nampak kemas sikit..
Tak ada la sakit mata lagi, bila tengok rak tu..
Dari kes ni, saya dah dapat fikirkan sesuatu..
Iaitu barang yang kecil2 dan banyak, elok disimpan dalam ruang yang tertutup dari pandangan mata..
Walaupun dah susun elok dah tupperware2 tu, tapi tetap rasa macam tak kemas/sepah/semak di pandangan mata...
Jadi kita kena sembunyikan perkara/benda yang buat kita serabut tu..
kalau boleh kurangkan.. atau hilangkan dari pandangan..
baru la rasa rumah kemas sikit... dan tak serabut...



Dan stok makanan kering dalam plastik ni, dah selamat jugak susun dalam laci ni..
Lega boleh susun2 dalam ni...
Tak ada la sakit jiwa kalau nampak plastik kena gerit kan..


Untuk rak terbuka pantri tu, aras kedua yang letak bawang tu, saya tinggalkan ruang untuk letak barang2 keperluan semasa memasak..
Macam pemegang periuk kuali penutup semasa panas.
Tempat letak dan lapik periuk..
Pen dan salotape kertas untuk tulis stok makanan dalam peti sejuk..

Selama ni, main selit je celah2 bekas barang atau bekas bawang kentang..
Sekarang dah ada tempat khas dah, yeh!!!!
Berguna juga bakul Daiso ni..
Tak ada la rasa membazir beli dulu2..
Semasa mengemas ni, semua bakul yang ada, saya keluarkan.
Nak tengok, adjust bakul mana yang sesuai..


Bawah rak tadi, ada rak tergantung ni..
Dalam kotak tu, ada kertas pamplet Tesco Giant semua tu, guna untuk lapik plastik sampah..
Plastik sampah saya letak dalam kotak tisu, atas tisu dapur tu..
Boleh nampak dalam gambar overview tadi..
Guna kaedah yang paling senang tu, sumbat dalam lubang singlet plastik, so bila tarik satu, akan keluar lubang singlet yang seterusnya...
Tu yang terjojol keluar tu, hehehe...
Getah2 dan tali rafia ikat tepi tu, kumpul dalam​ satu bekas..
Sekarang ni, bekas tu saya tonggengkan dalam keadaan terbuka tanpa penutup.
Masa ambil gambar ni, baru je sudah susun, belum praktikkan lagi.
Bila dah guna, realitinya, bila nak amek getah, selalunya tangan sebelah lagi dah pegang benda yang nak diikat tu kan...
Jadi ingat realistik nak buka tutup bekasnya berulang kali? Memang tak la...
Buka je ternganga sesiap, senang nak amek, hahahaha...

Segala botol sembur, semua susun tepi..
Dulu2 dok susun sebelah depan, tapi bila kalut2 nak amek tipuware, mula la jatuh berterabur botol2 tu, hihihi..
Sekarang susun tepi je..
Tipuware2 pun dah tak ada..
Tak ada lagi pemandangan yang serabut, lapang je mata memandang, hehehe...


Untuk rak bawahnya, tempat baru untuk periuk bermastautin..
Susunan sama je, tindan ler nak jimat ruang..
Untuk set merah tu yang selalu guna yang kecik sekali buat masa nasi dan kuali untuk goreng nasi, bihun mee tu..
Yang periuk Vision ​tu, selalu guna buat masak lauk pauk..
Periuk kecil sekali, penutupnya dah terkubur dah, enSuami bagi jatuh..
So guna bekas puding tu buat tutup dari tercemar oleh anasir jahat, wakaka..


Bawah sekali kekal sama je..
Periuk kukus, masih selesa simpan dalam kotak..
Nampak lebih kemas dan selamat tersimpan..
Kotak langsir tu, dah tak ada tempat lain dah nak letak, kekal di situ je la..
Selagi tak menimbulkan masalah lain, okay je di situ.
Lagipun atas kotak tu, saya ada letak mozek yang saya guna untuk uli/canai doh tepung..
So masih ada keperluan di situ..

Dan akhir sekali...
Pintu dapur yang saya cakap tadi..


Ada lebihan kadbod tu, saya tampal kat sini pulak..
Kesian sangat kat pintu ni..
Dapat tukang yang tak mahir..
Salah potong, terlebih besar sangat ruang bawahnya..
Dulu2, pernah anak biawak masuk ikut celah ni..
Nasib la biawak tu masuk depan mata..
So saya tahu la biawak ada masuk dalam rumah..
La la tu jugak saya usahakan halau keluar..
Alhamdulillah, pandai juga dia keluar ikut lubang yang dia masuk..
Tak ada la dia merayau ke ruang lain..

Masa tu Hafni kecik lagi, tengah dok suap dia makan, dengar bunyi sok srek bawah pintu..
Sejak tu, sumbat tutup pintu ni dengan kain tuala buruk..
Lama jugak la macam tu, asyik lupa je nak beli getah yang boleh letak bawah pintu tu kan..
Sebab tak ukur lebar pintu, susah nak cakap berapa panjang nak beli.
Saya pun tak pernah tanya pasal ni di kedai hardware..
Pernah nampak kat FB je, orang tunjuk nak tutup lubang pintu sebab tak nak hawa dingin aircond keluar..
Saya main agak je boleh kot dipraktikkan kalau ada pintu yang lompong besar sangat...

Sekarang dah tampal kadbod ni, harap boleh la bertahan dari binatang berbahaya..
Kat taman ni macam2 binatang ada..
Yang merayap, yang merangkak, menjalar, yang terbang, yang bergayut, semua ada..
Saya memang tak buka tingkap rumah, takut ada benda2 ni masuk senyap2 tanpa pengetahuan..
Satu2nya tingkap yang saya buka, tingkap kat sinki ni je..
Tu pun kalau saya keluar rumah naik kereta, memang saya tutup la..
Nanti dah balik, buka balik..
Kalau saya menjahit dalam bilik, saya tutup.
Saya tak nak buka tingkap, sebab saya jenis lupa nak tutup, huahuahua...


Dan kalau perasan tadi, besen2 penapis semua dah susun di rak tadi kan..
Sebab saya nak ada ruang untuk simpan sabun mandi, pinggan, ubat gigi, berus gigi [masa ni dah kehabisan stok] dan apa2 yang lain yang sesuai..
Dulu enSuami cakap susah sangat nak amek besen masa tangan basah2 basuh ayam..
Sekarang dah ada kat luar, harap tak komplen lagi la..

Oh ya, lepas susunan baru ni, ada juga la dia sebut pasal botol rempah tu..
Katanya susunan yang lama lagi cantik!!
What??\%#$&@+--()/?!
Hembus angin mulut kuat2 saya masa tu..
Adoi, nak kira lawaa, orang buat nak bagi muat..
Praktikal nak selamatkan barang dari rosak tau..iskkk

Okay la okay la, isteri saya hebat..
Pandai kemas, susun2 ni semua...
Emmmm, macam tu la yang sepatutnya... (^_~)

Kebetulan hujung minggu tu cuti panjang sempena hari buruh, so kami pun balik rumah mertua, sebab adik2 balik berkumpul.

So hari Isnin, kami sampai rumah, lepas siram pokok, saya terus masuk dapur, memang nak tengok progres yang berlaku..
Saya perasan kat atas bekas bulat letak pulut, ada seketul tahi.
Atas rak, para yang sama ada seketul.
Rak bawah tempat kuali [kebetulan kuali tak ada di situ] ada seketul.
Depan mesin basuh, ada seketul..

Kalau ikut cadangan technician tu, dia ada suruh sumbat benda untuk tutup lubang salur tu.
Lepas dia balik je, memang saya sumbat terus dengan kain tuala buruk yang tebal tu..
Tapi disebabkan kami ada tarik mesin masa tampal kadbod tu, so enSuami yang keluarkan salur tu..
Lepas dah pasang tu, dia yang kemaskan balik salur tu.
Lepas tu saya tengok la jugak, macam tak penuh sangat lubang tu ditutup..
Maksudnya, ada nampak ruang lubang lagi.

So bila balik tu, tengok, kain tu dah tenggelam masuk dalam lubang..
Maknanya memang sah la, cencurut tu masuk ikut lubang tu...
Rasa logik tak logik belakang kira..
Yang penting dah tau tu laluan dia..
Jadi saya cakap, tutup je la lubang tu..
Nasib la lubang tu masih ada penutupnya..
Bila nak guna mesin, baru buka masukkan salur.
Habis je basuh, terus keluarkan.
Cepat2 tutup balik.

Setakat ni, cencurut tu masuk, masa kitorang tak ada di rumah waktu malam..
Selalunya kalau ada di rumah, waktu malam lampu dapur memang dibuka.
Kalau tak ada di rumah je gelap..
Cencurut tu pun bijak kot, tau orang tak ada di rumah, dia pula jadi tuan rumah, emmm..

Masa mengemas pinggan di sinki, nampak pula 2ketul tahi kat tingkap sinki..
Amboi, tak ada makanan nak gerit, merayau pulak dia ye..
Patut la tahi ada merata-rata...

Setakat ni, kawasan dapur je yang ada tahinya.
Tempat lain belum pernah terjumpa lagi..
InShaAllah, lepas ni tak ada la lagi jumpa tahi2 tu..
Harap sangat tutup lubang salur tu sebagai solusi yang muktamad..
Amin..

Nanti kita tengok lagi progres, selepas kami balik kampung nanti..
Mudah-mudahan, selamat lah semuanya..
Tak rela nak susah ahti sebab tikus ni, huhuhu...

Babai....

Wednesday, 22 April 2015

ALMARI : Gosok, gosok jangan tak gosok (keja iron baju)

Assalamualaikum...

Taranggggggggggggg
asalnya tajuk nak bagi tips semasa menggosok baju..
tapi, tak pasti banyak mana tips yang saya ada untuk selama 30 tahun hidup ini, [alhamdulillah] dalam menggosok baju...

Tips2 yang ada pun, melalui bacaan majalah, blog orang, website omputih, dan juga petua lisan terus ke telinga saya...
nak kategori untuk penjimatan pun boleh juga...

Tips 1
Kalau nak gosok baju kan, cikgu KH saya cakap (masa Ting.2-tahun 1999) sekali gosok, gosok baju banyak2 sekali gus. Maknanya sekali kita ON iron tu, gosok la baju sekolah/baju kerja tu, stok untuk seminggu pemakaian. Sebab nak jimat tu, pada elektrik. Sebab bila kita ON iron, filamen pemanas iron tu akan mengambil masa dalam setengah - seminit untuk menjadi panas sesuai dengan kerja2 untuk mengosok pakaian.

Jadi cuba kira kalau 5 hari kerja, 5 kali kita ON iron setiap pagi. Ada dalam 5minit juga la masa terkumpul untuk iron tu panas sahaja. Belum masuk masa kita menggosok pakaian kita sampai licin tak berkedut kan..

Macam tu la maksud cikgu KH saya tu. Masa tu saya ingat lagi cikgu tanya sapa suka gosok baju? saya sorang ja yang angkat tangan.. Sampai cikgu kata, awak boleh mai duduk dengan saya la, saya paling meluat nak gosok baju... Anak2 pun tak suka.. saya rela pakai baju ghonyok2 [bahasa utara = kedut2] macam ni, daripada berpanas nak pegang seterika... [Hohoho, patut la baju cikgu semacam je, hehehe]

Saya dah biasa dah masa ni, dok iron baju sekolah arwah Ayah. Dia selalu bagi baju kat saya pakai untuk seminggu. 3 helai baju, 2 helai seluar. Tapi sekolah 5 hari. Masa bila dia recycle pun saya sendiri tak perasan. Hari2 pi sekolah dengan Ayah pun tak perasan. Tambah la student sekolah yang lain kan...

Masa awal tahun dulu, misi saya untuk beli almari baju tercapai.
sebelum nak mula aktiviti gosok baju...
punya la semangat, saya ambil semua baju sekolah enSuami untuk basuh semula..
walaupun masa tu, cuti sekejap je..
sebab masa cuti sekolah tu masih bekerja sebab bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM kan..
baki cuti dalam seminggu lebih je..
minggu akhir tu, dah mula mesyuarat ape daa...
saja la basuh baru, bagi segar bugar, wangi2, semangat sikit nak perderas iron baju nanti...hehehe


Kalau tak silap, waktu malam saya basuh ni..
tu gambar cerah je, berlampu kan...

Lagi satu, gosok banyak2 sekali gus, dapat jimat masa kita juga.
ataupun boleh selamatkan keadaan masa waktu kecemasan.
macam bangun tido lewat ke, anak meragam waktu pagi ke..
elektrik tetiba tak ada ke..
masa nak pi kerja tu la, macam2 hal jadi kan..
Jadi ni kira persediaan awal la ni..
bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...
Lepas mandi, terus je pegang hanger, amek baju apa nak pakai...
saya lebih suka macam ni, daripada dok kalut2 sangat pagi tu, boleh rosak mood nak pi kerja..
pagi2 buta dah spoil...
acaner nak meneruskan kerja sampai 5 petang..

Tips 2
tips ni jumpa dalam website omputih kot..
masa tu, orang dok share2 kat FB...
kegunaan lain aluminium foil selain membalut makanan...
banyak2 kegunaan yang dikongsikan, yang ni je yang masuk otak saya..
macam menarik je...
try la praktikkan....


Saya cuba guna aluminium foil, balut iron board ni..
pastu pakaikan semula sarungnya..


sarung yang ni pun masa beli dalam spesifikasinya, boleh memantulkan haba ke atas semula [untuk kurangkan masa menggosok]
kiranya kita boleh gosok bahagian atas je.. bahagian bawah secara langsung, jadi licin jgk... [kononnya la]
tapi enSuami kata macam tak fungsi je cover ni, sebab nipis sangat...

Ok tak pe, sekarang dah ada tips baru...
guna aluminium foil plak..
tapi setakat ni, saya pasang sekali tu je la..
tak tau la, kaedah ni kena tukar-salin [kot le ada jangka hayat]

Hasilnya, saya kurang sikit nak nampak perubahan...
sebab ada tips ketiga yang selama ni yang saya guna, lebih berkesan dan lebih nampak hasil perubahannya...

Tips 3
Ini pun kebetulan, saya ada iron macam ni...
DRY : STEAM : SPRAY : SURGE IRON
ini spec yang ada pada iron ni..
~Maaf gambar lama, dalam entri lama, masa di rumah bujang~
Dapat hadiah kawen la katakan...
masa awal2 guna, guna iron ni macam biasa je..
iron secara 'dry'
lama2, teringin nak cuba gaya wap plak...
baju enSuami, tau2 je la kan...
kain cotton, amek masa juga la nak gosok sampai licin...

Bila cuba wap, macam cepat je dah licin.
wah menarik ni...
selama ni, tak pernah ada iron boleh isi air ni...
ok macam jakun la jugak kan...
tapi tak kisah la..
dah dapat tips untuk cepatkan kerja, dah bagus sangat kan...
yang penting, kerja cepat siap, jimat tenaga...

Saya iron sebelah je, jarang sangat iron depan belakang.. [malas, kot]
enSuami kata, tak yah nak tajam2 sangat la, satni kedut jugak..
sebab sekolah sesi petang, nanti time nak solat sinsing tangan nak berwuduk kan..
sampai ke petang la, tangan baju dia macam tu..
jarang la bila balik, pakai kemas macam masa pergi..
kang balik elok je macam pergi, confuse plak, aik enSuami ni tak solat ke, [boleh cenggitu, pang sekali kang, kuikui]

Kalau tak ada iron jenis steam ni, agaknya boleh semburkan dengan air kot ek..
ingat lagi dulu2, zaman Mak, masa tu kegilaan beli kain material sutera...
bila Mak suruh iron baju, kena renjis2 air dengan tangan je...
tak ada spray bottle la katakan, masa tu...
tegang jugak la kain sutera tu, renjis2 air dengan tangan je, kemudian gosok..

Saya suka bila iron baju, iron kain cotton dulu...
amek yang tebal2 dulu, sebab tenaga banyak lagi, baru nak mula kan..
selalunya saya susun sesiap la, kain cotton-kain licin-baju batik-baju raihan-baju melayu.
macam mana saya sidai kat ampaian untuk jemur macam gambar tadi, macam tu la saya susun untuk iron.
lepas tu susun macam tu jugak dalam almari baju...

Haa, gambar bawah ni, semua dah siap iron...
yang tak iron lagi, macam biasa la tinggal dulu kat ampaian tu..
saya iron baju2 ni, sebulan sekali.
sekali dah ON iron tu, habis semua saya gosok mana yang belum gosok...

Kadang2 susun ikut warna, kadang2 ikut dan je..
sebab enSuami saya kan pilih baju ikut mood dia, nak pakai warna apa..
jadi tak ada maknanya saya susun ikut warna..
just nampak macam cantek je la, sebab ikut tona kaler gitu...


Baju kain cotton satu frame...
Kalau sebulan sekali, gosok, tak sempat pun semua baju habis.
dulu2 saya pernah try, boleh tahan dalam 3 bulan.


Baju batik dan baju kain licin, satu frame...
Tapi kalau nak tunggu 3 bulan, berat plak kat ampaian tu...
kadang2 sampai patah la, penyambung palang tu...
jadi setkan jadual sebulan sekali iron baju...
kan dah masuk dalam jadual semalam tu...
sebulan sekali je saya iron.
seluar je kena ulang2 iron tiap2 minggu..
yang kena ulang tu, kerja enSuami..
dia iron sendiri...
kerja saya sebulan sekali je... [bertuah la sangat, bini ni, huahuahua]


Baju raihan dan baju melayu, satu frame...
baju raihan, pakai pergi sekolah hari Jumaat.
baju Melayu untuk solat ke masjid.

Baju askar tu, memang tersesat la sikit.
baru2 ni je, enSuami dapat baju tu
dah dia guru penasihat untuk PKBM [Persatu Kadet Bersatu, kot]
gaya macam askar la jugak...
hari Rabu pakai uniform rasmi yang kaler hijau tu [macam PALAPES masa kat U tu]
tapi tak selalu pun dia pakai, baru sekali pakai, segan katanya...
dia tak minat pakaian/kerja yang beruniform ni..
terbalik pulak dengan saya yang suka Uniform..

Bagi saya senang la, tak yah fikir nak pakai baju mane, bila nak gi kerja..
confirm pakai baju yang sama setiap hari, hahaha...
senang ahti saya, hehehe..


Ada tips2 lain yang best?
jom kongsi-kongsi...
TQ..

Sunday, 19 April 2015

ALMARI : Pengurusan pakaian seharian di rumah


Assalamualaikum...

Haiii, hujung minggu macam ni..
orang suka pi jalan2, bersiar2 ke..
atau pulun buat kerja dalam rumah?

Saya, suri rumah, setiap hari sama je bagi saya...
kecuali kalau hujung minggu macam ni balik rumah mertua...
kalau di rumah mertua, tak ada la nak dapat buat kerja kat rumah..
kalau macam masak2 tu, harus la ada, kan...

Banyak2 kerja dalam rumah, tentang pakaian paling banyak langkah2 dan tahapnya..
bermula dari kita membasuh, dan sidai di ampaian, tunggu kering, kutip balik, nak lipat, nak simpan dalam almari, nak gosok baju lagi kan... sampai la kita pakai dan ulang semula step tadi...

Dan kerja ni la paling banyak puan isteri tak berapa nak gemar..
sampai berlonggok2 dalam bakul.
bertimbun2 atas sofa, atas katil atau lantai sekalipun...

Saya, Alhamdulillah, kerja tentang pakaian ni, saya rasa boleh tahan lagi [setakat ni la]
xtau la kalau anak ramai jadi lain plak kan...
nak cerita santai2 ikut pengalaman saya menguruskan pakaian selama ini.
kalau sesuai boleh praktikkan..
kalau tak, terpulang kepada keberadaan masing2...
lain padang, lain belalang, hehehe...
ada kaitan ke dgn pantun tu? [belasah je lah, hehehe]

Membasuh pakaian
bagi isteri yang macam saya, suri rumah, bila2 masa pun boleh membasuh, terpulang kepada kesesuaian masing2.
tapi saya selalu basuh pakaian pada waktu pagi.
paling awal, masa bangun dari tidur, sebelum mandi nak solat Subuh, saya dah mula kerja membasuh.
kita basuh kan guna mesin auto. Just 'Start' je, lepas tu boleh tinggal..
kalau semi auto, boleh adjust masa. mungkin masa mesin membasuh, kita tengah mandi. lepas sudah mandi boleh bilas. tapi kena utamakan solat Subuh dulu la, sebab masa tak lama...
kalau yang bekerja, kalau basuh pagi, mesti tak sempat plak nak sidai di ampaian.

kalau basuh malam sebelum tidur, tak berapa nak digalakkan, melainkan lepas habis je kerja mesin tu, kita terus sidai pakaian tu...
selalu orang cakap kenapa baju bau hapak, tak sedap, walau dah letak sabun banyak2, siap softener wangi mcm Downy lagi, tapi still berbau.
antara masalahnya, kita tinggal pakaian tu berkuap di dalam mesin.
atau orang kata, ala boleh buka penutupnya, nak sidai terus tak larat, letih, mengantuk nak tidur.
kalau tak sempat nak sidai pun, tolong la keluarkan dari mesin dan masuk dalam bakul. kemudian letak kat tempat yang ada pengudaraan. [kadang2 tetap berbau]

Jadi untuk yang bekerja, saya cadangkan basuh semasa memasak petang, balik dari kerja tu.
masa bekerja dulu, saya buat macam ni.
sambil masak, mesin baju proses, siap masak, mesin pun dah berhenti.
lepas berhenti, terus sidai. masa tu enSuami sampai rumah lepas Maghrib, so lepas Maghrib baru dapat makan bersama.
saya percaya kebanyakan suri yang bekerja, mesti sidai baju dalam rumah kan... jadi tak ada masalah, bila masa nak sidai.
kalau ampaian di luar, tak digalakkan sidai baju kat luar waktu malam...
Sebab nya boleh baca kat entri ni... KLIK SINI
kalau terpaksa, sidai je la kat mana2 yang boleh digantung, kat grill tingkap ke, kat kerusi makan ke, huahua....


Ampaian macam ni, kebanyakan ramai yang ada kan....
Saya punya ni jenama Crocodile, tak berapa nak tahan.
yang bagus jenama 3V. sape yang baru nak beli cari jenama 3V, tahan lasak...

Menjemur pakaian
kalau pakaian yang dibasuh dalam kuantiti yang banyak, sampai tak muat ampaian ke...
cari alternatif dengan menggunakan hanger.
saya memang beli hanger banyak2...
pakaian yang nampak sebelah sana tu, pakaian yang dah kering.
tapi sebab perlu digosok, tapi belum digosok lagi, jadi saya biar gantung di situ dulu.
kalau dah siap bergosok, baru letak kat almari.
ampaian ni ada 6 palang.
3 belakang sebelah sana, letak pakaian kering.
3 sebelah sini, untuk jemur pakaian yang baru dibasuh.
ampaian ni ada sebelah tingkap, sebab tu ada langsir sebelah kiri.


Kali ni, basuh baju Hafni.
baju saya dan enSuami, baru je basuh semalam.
sebelum2 ni, kalau saya 'Start' mesin masa saya mula buat sarapan, mesin akan tamat lepas kami sarapan.
kadang2 kalau ada masa terluang, sementara, menunggu mesin membasuh, saya sempat kosongkan ampaian dari baju yang dah kering [basuh hari sebelum, atau 2 hari sebelum] sambil lipat2 terus mana yang sempat.

Kalau 'Start' masa subuh, masa sarapan tu, dah habis mesin bekerja. so lepas sarapan, baru nak angkat pergi jemur.
jadi tak sempat nak lipat, just kosongkan ampaian dan jemur dulu yang baru dibasuh.
selalunya kalau basuh baju Hafni, saya akan sekali kan dengan cadar katil kami, huhu..
nak jimat masa, air dan tenaga, hahaha.
baju Hafni kan kecik2 je, tak sampai pun 10KG...

Baju Hafni ni basuh tak tentu [tak ada jadual]
kadang saya tunggu sampai baju dia nak habis, baru basuh..hohoho
atau kalau rajin, ada cadar nak basuh, angkut sekali la dengan baju Hafni.
yang pasti tak bertembung dengan hari basuh baju Abi n Umi.
baju Abi n Umi, tetap dua hari sekali...
so hari yang selang [free] tu, boleh la basuh baju Hafni n cadar....

Untuk pakaian Hafni, saya guna ampaian bulat tu je...
setakat ni, masih relevan nak guna ampaian tu...
so guna je la...
palang ampaian tu, boleh guna untuk letak cadar...
cadar tak sesuai nak guna hanger..

Menjemur pakaian dalam rumah, bukan penyebab bau hapak.
tak perlu buka kipas pun.
macam saya cakap tadi, bau hapak, bukan sebab sidai dalam rumah, waktu malam ke pe..
tapi cara kita uruskan pakaian dari mesin basuh tu...
saya pernah je basuh waktu malam, sidai malam, tak buka kipas, sama ja hasilnya...
yang penting, jangan biar pakaian terperap dalam mesin lebih dari 1-2 jam...
baru pakaian kita rasa segar dan tak berbau...


Melipat pakaian
Haaaa, siapa sama dengan saya longgok baju macam ni, hahaha?
yang berlonggok ni, selalunya pakaian saya je...
sebab, baju enSuami semua berhanger...
bila kering terus masuk almari...
kecuali baju n seluar sekolah.
saya lepak kat ampaian tu dulu, sebab tak iron lagi....

Habit kebanyakan suri, bila nak lipat kain, mesti nak menghadap TV kan kan kan?
lega, rumah saya tak ada TV.
saya mula berhabit macam ni, masa tinggal di rumah bujang.
walaupun ada TV, tak kuasa nak bawa baju pi menghadap TV nak lipat baju.
lagi pun saya ada cerita masa bujang, saya basuh baju setiap hari.
tak banyak la sangat, baju tidur, baju kerja, habis... 2 pasang je..
lipat depan almari baju terus...
habis lipat, terus masuk almari...

Sampai sekarang, saya kekal dengan habit tu.
lipat baju depan almari.
TV tu tak membantu langsung memudahkan kerja, malah melambatkan lagi ada la... [OK saya ni jenis nak cepat je...]
sebab ralit dok tengok TV...
tambah bila ada Adi Putra lagi, langsung tangan tak berjalan, mata tak berkelip [ahaks, peminat Adi Putra la sangat, hahaha]

Jom saya ajar lipat baju sambil berdiri, ngeh ngeh...
yup, saya lipat baju sambil berdiri.
bila berdiri kita cepat alert, takut kaki lenguh ke pe, jadi psikologinya, kita buat kerja dengan cepat tanpa melengahkan masa, cewah....
kalau di rumah sendiri, iron board, laci baju, katil, adalah 'meja lipat baju' saya...

Siapa lipat baju, macam kedai lipat, angkat tangan???
dah tentu saya tak angkat...
sebab saya tak pernah lipat macam tu, hahaha...
dari kecik, tengok Mak lipat baju, macam saya lipat sekarang.
mungkin Mak saya sorang je la kot, lipat baju macam ni..
saya plak ikut.
masa dapat kakak ipar pertama, tengok dia lipat baju macam kedai, hehehe....
rasa pelik plak masa tu, kenapa susah2 nak lipat tengah macam tu ek?
yang saya tak berapa suka, sebab nak center sama banyak tu yang susah sikit.
dan saya rasa macam tak kemas plak...
ye la lipat cara manual kan...
lain la kalau ada pelipat baju tu...
memang kemas, tajam elok la....


Kalau saya lipat macam ni je, dari hujung kain ke hujung kain...
bila dah kawen, enSuami pun tanya sambil ketawa, kenapa lipat baju macam ni?
Awatnya???
macam ni la senang, cepat, tak payah nak ukur2...center tak center...
pap..pap..pap.. siap! masuk almari [berlagak sikit nagan enSuami, hihi]

Kadang2 saya lipat kat iron board ni..
tapi kalau lipat kat sini, susah sikit bila nak mengangkut baju masuk laci..
dah lipat elok2, mesti nak kena pedo bawa baju2 tu, supaya tak berterabur..
nak kena ulang-alik tu, jauh la juga, bilik belakang jemur baju ke bilik tidur utama.
jadi selalunya saya lebih suka lipat atas laci baju sendiri.
habis lipat terus masuk laci....


Ini laci baju saya.
konon dulu beli untuk Hafni.
tapi sebab baju Hafni sikit sangat, macam membazir je untuk Hafni.
lepas beli open wardrobe tu, terus tukar fungsi.
laci ni jadi almari pakaian saya.
lebih kepada pakaian yang kena lipat la..
macam tshirt, kain batik, dll...


Kain batik, sama kot macam orang lain lipat.
selalunya sampai kat step kiri gambar bawah tu, dah boleh berhenti dah..
tapi sebab saya simpan dalam laci, saya perlu saiz yang lebih kecil, jadi lipat 2, sekali lagi.
kena ikut kesesuaian storan masing2..
tshirt tadi pun, saya lipat sampai kecik...
senang nak dirikan baju tu bila simpan nanti...


Bila lipat tshirt atas laci...
dah tentu sambil berdiri...
kalau kat rumah mertua, katil la jadi meja..
kalau rasa rendah sangat, peha sendiri pun boleh jadi meja lipat baju..
sebab cara saya lipat kan senang, jadi tak ada la perlu tempat yang sempurna-luas, untuk nak lipat baju..
atas laci tu saya biar kosong je, senang nak lipat baju.
tambah lagi, saya kan tak pandai nak deko2 ni...
ada plan nak letak pasu bunga, tapi pasunya tak cat2 lagi...
bila ntah angin rajin nak cat mengecat tu...
jam tu pun, patutnya gantung kat dinding, punya la malas nak pk drill dinding, letak atas tu je...iskkk

Laci 4 tingkat ni...
tingkat pertama, pakaian kecik2... termasuk singlet enSuami, stokin sekolah.
tingkat kedua, baru ada pakaian saya yang dilipat tadi....
saya simpan macam ni...
kaedah macam FizahSioca ajar, macam omputih buat, untuk mudah kita simpan, amek dan pilih pakaian yang hendak diambil.


Susun tshirt ikut warna??
sebelum ni saya tak buat, OK..
saya tak kisah pun susun warna campur2.. sebab saya boleh pakai tshirt ikut turutan [yang depan amek dulu] bukan ikut mood [ni spesies enSuami saya, suka pilih baju ikut mood nak pakai warna apa].

sampai la dalam group KSSA ada yang kongsi susun tudung ikut warna..
gigih betul dia ni susun ikut warna [saya rasa masa tu la...]
masa tu laci ni, tak ada lagi kat rumah ni.
masih menggunakan bakul Daiso RM5 tu, untuk simpan tshirt.
teringin plak nak cuba ikut warna macam orang tu buat...
bila susun, macam syok la plak, hahaha...
tapi saya jenis tersusun, kalau dah mula dengan tshirt hitam, saya pakai tshirt hitammmm je sampai habis.. baru amek warna lain...
sebabnya, nak mudah bila nak lipat n simpan nanti lepas basuh...
kalau dah satu warna guna sekaligus, nanti masa lipat, satu warna je la, senang nak susun..
bijak tak.. bijak tak... hahaha...


Tingkat 3, letak cadar n selimut plak...
cara nak lipat simpan cadar, saya dah share sebelum ni..
masa tu simpan dalam kotak [sebab laci ni tak ada lagi]
sekarang laci dah ada, terus transfer masuk sini...

Kain tuala, saya gulung2...
sebab saiz asal masa beli masih ada..
so ikut je cara tu...
memang muat2 je dalam laci ni...



Tingkat 4, simpan kain tuala, dan beberapa helai sejadah mini yang tak digunakan.
3 paling kanan tu, masih dalam plastik lagi, belum guna.
3 yang kiri, kerja enSuami ni, kerja menyalin tuala..
kalau ikut cara saya, pakai satu tuala, sampai buruk-hancur, baru amek tuala baru.
dia tak, suka menyalin.
mentang2 la nampak banyak, colorful plak tu, suka la, dok tukar2...
saya cakap yang baru nak simpan, kot le ada untuk tetamu...
nanti bagi kat tetamu, semua ada bau dia plak, banyak cantekkk...
lepas dah kena bebel, stop la, 3 helai tu je dia sempat rasmi, heee...

Haa, habis dah..
baru sampai lipat dan simpan baju...
bab gosok baju, nanti saya kongsi kemudian, gambar dah ada, nak mengarang tu lambat sikit.
pengurusan pakaian enSuami, semua hanger, senang aje...
tak semua orang boleh hanger semua baju dia, jadi terpulang kepada kesesuaian rumah tangga masing2.
macam enSuami saya ni, dia suka pilih baju ikut mood, jadi kalau lipat, memang berterabur terkeluar bila dia tarik baju yang dia nak...
dah saya lipat n susun rapat2, kejap2, memang terkesan la jugak bila satu baju ditarik, yang lain pun tertarik keluar jugak..
tak larat nak bebel, nak buat kerja banyak2 kali, hah, sidai je semua...
yang rumit sikit, nak kena iron baju sekolah dia...

Lain kali kita gosok baju kerja plak...
ada tips2 lain nak kongsi pasal pakaian ni?
korang urus macam mana?
kalau ada cerita macam ni, jangan lupa tinggalkan link untuk saya baca plak...

Just sharing..
Sharing is caring (^_~)

Kalau saya nak lipat baju macam kedai lipat, saya guna cara ni.... suka sebab cepat. inspired sangat tengok video ni. tapi tak cukup rajin nak lipat macam ni setiap hari. kalau nak lipat baju adik ipar, boleh la lipat macam ni [sebab diorang lipat macam kedai] tu pun kalau rajin la, huhuhuhu..

Daisypath Anniversary tickers