Search This Blog

Showing posts with label Isteri dan Rumah Tangga. Show all posts
Showing posts with label Isteri dan Rumah Tangga. Show all posts

Tuesday, 18 February 2020

Bilik Air : Reformasi 2020, (^_^)

Assalamualaikum
Anneyohaseyo..

Demam demam, demam crash landing on you, wakakaka...
Sebelum start tengok episod final 15 dan 16, dah terbaca entri CLOY pecah rekod Goblin dengan 24.1%.
fuyoo terus laju2 tengok episod tu semalam.
menangih tak sudah, lencun kain batikku, wakakaka...
sambil makan petang sambil maraton dua episod terakhir tu..
episod 15 tu sedey sangat doh.. memanjang nangis..
keciwa sbb second hero mati, huaaaaa..

Nasib hero dan heroin dapat bertemu semula..
tapi realitinya ada je org NK hidup aman damai kt SK.
cumanya, bagi kes ni complicated sebab hero n heroin merentas sempadan secara tak sah.
pastu hero plak keja askar anak askar yg berjawatan tinggi, bukan kaleng2..

Family heroin pulak penuh dengan hasad dengki.
jadi bertambah2 masalah bertimpa2, aihhh..
lastly, hero tak jadi askar dah, so dia bebas.
bertemu lah mereka di Swiss.
nasib happy ending.

Kalau ending macam Memory of Alhambra, tak tahu lah nak kata apa perasaan,
hahaha, frust gituuu..
tapi xpa, itu drama ja..

Hakikatnya Hyun Bin masih hidup, manse!
hidup suri rumahku masih diteruskan..
tahun ni, nak mula dengan bilik air dulu.

Bulan lepas ni kemas.
come on gais, 2020 dah..
punya la lama hang tak organize hidup.
berlangsung dengan biashe biashe..
asal hidup je..


Setelah lama tak terurus, tahun ni, nak nyahkan semua sampah sarap
yang dulu2, ku pandang sepi saje..
nanti la, nanti dulu la..
awal tahun ni, banyak stok2 sabun, syampu, pencuci yang dah habis
selonggok botol2 plastik dengan cebok yang dah patah.
botol Shaklee Basic H tu, sampai reput la, nak picit sabun, sekali botol yang pecah, wakakaka...
punya la lama tak habis2 lagi sabunnya.
Umo bersalin kat Hafni agaknya, Hafni pun dah darjah 1.

Ada 2 botol ni, beli serentak.
so lambat la nak habis, sabun ni pakai sikit je dah berkuasa nak mencuci kan..
sebotol lagi ada kat umah mertua, dok pakai masa pantang.
anak yang berpantang tu pun dah 3tahun, ahaks


Kali ni nak minimalis je.
Sabun pun tinggal sabun anak2 je.
Bilik air ni, saya dengan anak2 yang guna.
So plan (setakat ni la) nak pakai sabun anak2 je.
malas nak belek nak beli sabun apa nak pakai.
kulit saya macam sensitif je..
kalau pakai sabun mahal2, kulit jadi gatal2 plak.
Saya beli sabun murah2 cap Tesco tu, enSuami tanya plak "elok ke" pulakkk
dah tu nak jimat pakai sabun anak2 je.. Umi pun baby jugakk (pernah)

Sebelum ni botol clorox n sabun lantai tu ada kat lantai bilik air.
Baldi hitam tu je yang bergantung.
pastu terfikir, kalau gantung gak, muat tak ye..
sebab penyangkut S tu boleh tahan kuat jgk.
dah 2tahun gantung baldi tu, tak patah pun lagi.
so saya pun cuba la gantung.
ehh elok ja, masuk kat lubang botol tu.
okay setel.

Saya kureng sket nak letak kat lantai ni..
kalau boleh gantung, semua benda nak gantung la..
senang nak urus..
bagi lapang sket lantai tu, baru nampak kemas, ye takkk???


Cermin ni, tempat yang kena mantain selalu.
sebab kadang dok gosok2 gigi, terpercik ubat gigi tu, bertompok2 kat bekas tembikai, cermin dan shelf tu.
Tapi saya tetap nak letak barang2 tu kat situ.
Sebelum ni kosonggg, saya tengok toilet orang cantek2, toilet saya macam suram bosan je..
rupanya kita punya toilet, tak ada bunga2, penyeri suasana.

Kebetulan tak tahu nak letak mana bekas tembikai tu (hadiah anak murid ABIM tahun 2008) letak pi la kat situ.
Dalam tu saya letak kapas korek telinga, floss, apa lagi entah. Dulu2 suka korek telinga dalam toilet.
la ni xdan nak duduk lama2 dalam toilet.
Korek telinga sendiri, pangil anak2 sama2 korek telinga. Sama2 kapit kuku.
So secara tak langsung setel kerja serentak, anak2 n maknye, hahaha.

Cawan kaca tu, baru je disiplinkan diri.
Tahun lepas CUCKOO ada buat kempen, "Gosok gigi dengan secawan, secawan secawan. Gosok gigi dengan secawan guruupp gurupp guurupp.."
masa kempen tu, saya tak follow, dok persoal, cukup ke kumur dengan secawan je..

Pastu masa jalan2 Taiping tu, dok kat hotel Novotel tu, ada la cawan kat sinki tu.
Saya pun teringat la pasal kempen tu.
try tengok isi ayaq dalam gelas kaca tu,
Dah try baru tau, Ehh banyak jugak ya ayaq secawan ni.
Cukupppp sangat nak kumur2..
Patut orang Korea kumur secawan je, gitu rupanya.

Balik umah terus keluarkan gelas ni letak kat toilet, ajar tunjuk kat Hafni.
Alhamdulillah sampai sekarang dia guna buat kumur mulut.
kebetulan pili sinki ni pun air slow, so sempat la kumpul air dulu sementara dok gosok2, dah penuh cepat2 tutup.
Ni gelas yang kedua dah ni.
yang first dah pecah dah, dikerjakan Miqdad.
Tak tahu la diorang main macam mana masa mandi tu
syok sangat dok main ayaq.. pecah dah sebiji gelas.
Tapi tak pe ada lagi stok gelas.
Harap tahan lama laaa gelas ni, Aminn


Jadilah begini je rupanya bilik air terkini.
Toilet, sebulan sekali saya cuci.
untuk mangkuk tandas dan sinki, 2minggu sekali.
tengok keadaan gak kalau rasa rimas xleh tengok tu, cuci sambil2 mandi.
tak perlu tunggu hari/waktu khas untuk mencuci.
sinki sekejap je nak cuci kannn
kalau lantai2 tu amek masa sket nak sental..
tapi okayla dah ada jadual macam biasa
boleh pantau kerja2 mencuci satu rumah, hehehe.


#TautanHatiNabilaHasyim
#nakpasangCuckooWasap0193330382 

Wednesday, 13 June 2018

RESEPI : Frambrozen Kenari versi Mudah @ Selamat, hahaha

Assalamualaikum...

#ni posting mengarang tahun lepas, 2017 tapi Tak sempat nak publish. Harap paham, hahaha..🤗

Minta maaflah terlanjur masa dah nak update pasal biskut raya, hahaha...
ni cerita biskut raya aidilfitri hari tu..

Plan nak update, minggu sebelum raya haji lepas...
tup2 enSuami sahkan jadi balik beraya di Kedah..
apa lagi kalut nak sedia itu ini untuk balik kampung..
dah kampung jauh kan, kalau tertinggal apa2, susah nak balik amek...
so lama la sikit bila nak kemas barang ni...

Saya pun tak tahu kalut apa minggu tu, tak sempat dah nak menghadap blog apa..
so terlajak la sampai ke minggu ni....

Frambrozen ni ramai yang suka makan kan...
sebab dia sedap, rangup dan chewy2 sebab meringue dia tu...
dulu2 pernah update buat frambrozen ni...
Cerita frambrozen versi lama...

Masa tu susah sangat nak cari resepi yang betul2 tepat...
main agak2 je, banyak sangat versinya...
Bila dah buat tak sedap (bagi saya la), malas dah nak buat lagi...
walaupun family mertua suka sangat makan...
saya je tak faham sedap tang mana frambrozen ni, hahaha....

Sampai la saya terjumpa resepi ni di FB..
ada orang share...
dah lama tak buat, teringin pula nak cuba lagi..
kali ni jumpa resepi dan step memasaknya jelas dan faham...


Screenshot resepi dari FB tu, saya ada yang bahagian meringue je...
adunan biskutnya pi mana ya???
Meringue ni lain sikit sebab guna tepung ubi, selalu guna tepung jagung..
bila guna tepung ubi ni, best juga, adunannya jadi berat, dan rangupnya tahan lama...

First time buat ikut resepi FB ni, saya punya la beria cari pizza cutter...
dok bayang, kalau guna pizza cutter, elok sikit la kejadiannya daripada guna pisau...
dah beli, dah hiris gelek-gelek...
hancuq jugak jadinya...


Habis semua kacang jem, melekat di mata pisau...
ceh, alternatif pizza cutter tak membantu pun, huh....


Sape yang ada loyang shortbread macam ni, senang la..
kacang2 tabur bila dah letak acuannya cutternya....
jadi kacang tak ada la nak patah2...
biskut pun jadi elok je seketul-seketul....


Kemudian ternampak la ada orang upload gambar, dia buat sebijik2 macam ni, sebab tak ada acuan shortbread tu..
saya pun save la dulu gambar tu...
kot rajin nak buat raya ni...

Pastu, memandangkan stok jem banyak lagi dalam peti sejuk...
haruslah buat frambrozen ni...boleh habiskan stok...
tahun ni beraya dengan mertua, family mertua kan suka makan frambrozen ni...

Dan nak dijadikan cerita frambrozen versi saya...
ada adik ipar ni beli biskut raya yang ada sebiji coklat cadbury kat atasnya..
saya suka biskut basenya tu, gebu2 gitu..
WA adik ipar tu, tanya nama biskutnya...
dia bagitau biskut cheese cadbury kot..
saya pun search la resepi nya...

Ooo, patut la gebu, sebab ada cheese dalamnya..
pastu cari2 lagi, terjumpa blogger ni dia bagi dua resepi, satu ada cheese, satu lagi tanpa cheese...
sebenarnya saya nak cari base frambrozen versi lain sebab yang dari FB tu, tak berapa nak sedap..
mungkin resepi tu tak mesra dengan PLANTA kot..
diorang buat pakai pure butter yang mahal macam LURPAK, Anchor apa tu...
mana la saya nak ada...

Jadi nak cari versi lain, yang mesra dengan PLANTA..
yang sesuai untuk biskut bajet, hahaha...

#sambung menulis tahun ni 2018, wakakakaa 🤣


Jadi Saya jumpa la resepi macam screenshot di atas.

Sumber link, boleh tekan sini BlogZachoes
Boleh baca details.
Kalau korang nak buat Cadbury cheese pun boleh guna resepi yang sama..
Yang Saya guna untuk frambrozen ni, resepi takda cheese.
Tapi still sedap n gebu...

Resepi ni sukatannya sikit sangat (bagi Saya la)
Selalu 1adunan 250G butter kan..
Yang ni 100G je..

So selalu bila buat ni, untuk adunan tepung ni Saya buat 3 (x3).
Meringue tu 2 adunan je (x2).
Baru balance antara tepung dan meringue.
Sebab meringue selalu dapat banyak..

Bila buat frambrozen ni, korang keluarkan semua loyang yang korang Ada ye..
Loyang kek ke, loyang Pai ke..


Macam Saya bekas kaca yang boleh masuk oven tu pun Saya guna..
Janji boleh masak sekali gus sampai habis adunan tepung yang Ada.
Tak perlu nak alih2kan biskut..
Sebab banyak step nak kena buat bila buat biskut ni...


Ini gambar tahun lepas, Saya belum terfikir lagi.
Ingat nak bakar biskutnya aje dulu..
Esok sambung dgn meringue.
Tapi bila buat tu, baru tau..
Lecehnya nak simpan dulu biskut dalam tuperware..
Esok nak susun balik dalam loyang..
Arghhh banyak keja, rugi masa, tenaga...

So tahun ni, 2018.
Saya buat sekali harung.
Keluarkan semua loyang yang Ada..
Tahun ni Tak guna bekas kaca tu..
Acuan pun tukar, pakai petak je..
Tahun lepas, kelopak2 tu senang nak putus/patah..
So pakai petak je, simple.
Tapi Tak come sangat la..
Ala nak buat makan kan..
Bukan nak buat hiasan [okay sejukkan ahti sendiri] 😆


Loyang kek pun boleh.
Walaupun susah sket sbb loyangnya dlm sket, tp okay la drpd susah banyak kan 😂

Saya bakar 145C, 15minit je..
Sebab oven agak kuat, so simpan masa utk last step nanti..
Meringue tu lebih penting..


Inti jem, boleh guna je perasa apa2 pun..
Blueberry, strawberry, peanut butter pun Ada juga orang letak.
Setakat pengalaman Saya, strawberry je yang sangat sesuai..
Blueberry, macam xmasyuk sangat rasanya.
Peanut butter, pun macam xsesuai..
Sebab dia perlu yang masam2 sket..


Lepas bakar, biar sejuk sket.
Boleh keluarkan Jem, masukkan dalam piping bag.
Gunting halus je, jangan besar2 sangat..
Nanti susah nak control Jem mengalir keluar..
Piping jangan ngam2 saiz biskut.
Masuk dalam sket.
Sediakan ruang sket, supaya bila bakar, Jem mencair sket, xla meleleh turun.
Nanti melekat susah nak tanggal kan biskut.
Jangan lupa ya alas loyang dengan baking paper atau kertas minyak..
Senang nak tanggal kan..


Kalau sempat, piping je semua Jem atas biskut yang Ada..
Baru Mula buat meringue..


Cara buat meringue ni, basicnya sama macam buat Pavlova.
Sebelum ni buat Pavlova guna cuka n tepung jagung..
Bila jumpa resepi di atas guna tepung ubi, Saya pun Cuba yang pulak..

Adunan ni best lagi..
Sebab dia jadi berat, Dan lambat sket nak cair...
So sesuai nak buat biskut ni..
Sebab nak bakar meringue tu amek masa..
Sementara tunggu bakar tu, yang lebihan tu masuk dalam peti sejuk..
Selamat la nak tggu sampai loyang terakhir tu..
Walaupun Ada sedikit cair/ringan, kalau kacau2 balik dengan spatula, dia sebati balik..
Boleh la nk piping dengan elok..


Untuk hiasan atas ni, apa saja kekacang yg korang suka, boleh letak..
Hiasannya lebih kurang macam buat almond crunchy/Florentine atau roti sarang lebah.
Ada warna putih, hijau n hitam/coklat.
Jadi boleh letak almond nipis, yang cincang pun boleh.. kuaci pumpkin/sunflower.
Bijan hitam, sy tukar chocolate rice, sbb pnh tgk org buat..
Almaklumlah ramai yg xsuka bijan😅


Cara nak hiasnya, first tabur dulu chocolate rice, sbb dia kecik2, klu tabur akhir skali, susah nak melekat, sebab ruang dah diambil oleh kacang2 yang lebih besar..

Lepas tu tabur almond.
Klu guna almond nipis, boleh ramas2 sket, kasi patah2..
Klu yang cincang lagi senang nak tabur..
Kebetulan Kali ni bungkusan almond dh nak habis, jadi tinggal yg serdak2 pecah2 je..
Saya rasa, yang hancur2 ni senang nak tabur, boleh letak banyak2.
Klu sekeping besar2 tu, dapat muat 2-3keping je muat.
Melainkan kalau letak almond shj, mcm dlm gambar contoh org lain buat tu..

Kemudian baru letak kuaci labu tu.
Untuk kuaci, Saya amek labu je, sebab warna dia terang kaler hijau..
Klu kuaci sunflower warna putih2 kelabu, lebih kurang macam almond je..
Baik amek labu kaler hijau..
Cantek sket bila warna warni, baru naik seri..
Ada putih hijau hitam n merah Jem..
Klu satu kaler je, nmpk pucat, Tak syok plak tengok.. 😛


Dah siap hiasan semua terus masuk oven..
Jadi kena pandai2 bajet masa..
Sebelum yg dlm oven nak habis masa, boleh la Kita stat hias loyang seterusnya..
Saya dalam 20minit lg nk hbs, boleh la amek meringue piping.
Saya sekali bakar 2loyang, tu yg lama sket nk siap..
Korang Kita try test sendiri, brpa minit korang amek masa untuk siapkan meringue Dan hiasan..

Masa bakar untuk meringue ni sgt penting.
Dalam resepi 140C, 45minit.
Saya nak cepat siap, saya Cuba 30minit 150C.
Tapi still lembik, dia belum betul2 keras meringue nya..
So bakar yg kedua, Saya buat 145C 40minit, baru nak keras..
Klu oven kecil, xboleh guna api kuat sgt, sebab loyang dkt dengan api atas bawah, jadi guna slow2 je.
Klu oven besar, kena adjust ikut keadaan 1 atau 2 loyang.


Hasil selepas bakar..
Klu oven yang Ada fan turbo tu, boleh guna utk 5minit terakhir..
Sebelum keluarkan loyang, tekan2 test dulu kt meringue tu, keras ke Tak..
Klu boleh tekan2 lagi macam span, kena tambah masa lagi la tu...


Tahun ni Saya buat 6adunan tepung.
4adunan meringue.
Dengar 6 macam banyak..
Tapi kalau tengok sukatan tepung, lebih kurang 2 adunan tat nenas..
Sebab total tepung gandum 700++G je..

Seperti dijangka dapat sket je, 200++ je..
Ingat boleh dpt 300biji.
Meringue pulak terlebih2 banyak..
Ada la rezeki buat Pavlova..
Seronok adikipar dpt mkn Pavlova, sebab dah lama Tak buat..
Alhamdulillah silalah makan smpi habis..

Semua dah sampai kampung ke ye?
Saya dah siap daun palas dah..
Hari ni mak ckp nak buat ketupat.
3kg pulut..
Family mak suka request ketupat pisang, aka pulut dakap..
Saya sorang ja dlm family xmakan ketupat pisang.
Kali ni nak try lg, kot2 dah tua2 ni baru lalu nak makan..
Muda dolu2, xberapa nak lalu..
Ensuami pun xlalu jgk nak makan..
So xdpt nak bwk blk Selangor, sebab xda org yg lalu nak makan..🙄 termasuk diri sendiri.

Selamat berpuasa di hujung Ramadan.
Ucap selamat hari Raya sesiap..
Kot berbulan lagi plak nk update,😂

Saya mohon maaf kalau Ada menyinggung perasaan orang lain sepanjang menulis di sini..
Menulis pun suka2 je..
Semoga sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada yang membaca di sini...

Babai...

Tuesday, 10 April 2018

Alhamdulillah, menggenapkan diri ke doublethree

Assalamualaikum...

Sekarang ni lemau betul nak update blog...

Hati tu nak je update, tapi tangan n laptop tak laju nak buat...

Tapi tak pe, slow2 mai mood nak buat...

Tarikh 9 April semalam, genap ceq double three...
heee...
Alhamdulillah...

Tahun ni, best juga reward bersusun datang dengan canteknya...
Alhamdulillah ya Allah atas rezekiMu...

Bulan lepas masa cuti sekolah, sempat la jalan2 dengan family,
lama dah tak bawa Hafni jalan2...
Miqdad pun dah besar, boleh la keluar daerah makan angin luar, kekeke...
Ala, dari Kuala Selangor ke Bagan Lalang je...
Cukup la nak merasa tido hotel 1 malam, ngeh....

Kenkonon anggap je la sempena anniversary kami yang ke7...
update kt status wasap, adik tanya dah 7 taun dah ka kawen?

Macam tak percaya plak ek..
ce kira dah kawen tahun 2011..
skg dah 2018..
7 tahun la kan...
anak sulung pun dah 5 taun...

Kawan saya lagi la, anak sulung dah tingkatan 1 dah..
adoi hat awai kawen, anak dah sek men daa....
kita anak baru nak masuk sekolah...
tak pa, jalan cerita masing2 kan...

Seingat saya tahun lepas, langsung tak ingat pasal anniversary ni..
besday tahun lepas pun, tak ada buat kek, just celebrate dengan laksa n pulut kuning di rumah mertua..
tahun ni tak ada buat kek jugak...

Tapi reward dengan hadiah, kekeke...


Tupperware pun boleh dikira dengan hadiah besday lah ye..
dah jarang2 beli...
First time terpanggil nak beli Tupperware...
saya bukan pengumpul ye...
tapi pengguna je...

Sebelum ni ada juga tupperware, set canister yang kaler biru tu..
buat isi Milo, gula, biskut..
masa tu, enSuami yang bagi, maksudnya dia yang beria suruh beli la..
saya amek la yang kedap udara, boleh boh gula n seangkatan...
tak ada semut boleh masuk...

Baru2 ni masa join kelas Cuckoo, saya ada la bawa potlucks..
kebetulan ada la, tupperware goody with cariolier yang mcm dlm gambar tapi yang Mak saya punye, hee...
balik kenduri hari tu, Mak tapau kan nasi n sambal ayam buat bekal, takut jem kreng kt hiway...
almaklumlah time cuti raya cina masa tu...

So rasa berguna sangat ada set tupperware bertingkat ni..
senang nak packing kalau nak bawa potluck yang macam2 jenis..

Masa pi kelas hari tu..
saya buat Kimbap 2 bekas..
2 bekas lagi kek karot cheese leleh dan pai epal..
syok plak bila boleh bawak gitu...

Macam dalam cite korea bawak bekal, dalam tupperware bertingkek-tingkek tu...
cuma yang ni versi Tupperware la...
kalau versi korea, bungkus dengan kain.. atau pun bekas jenis penutup berklip punya..


Syok la shopping kat shopee ni kan..
saya baru jugak la, tahun lepas mula kenal dengan shopee
masa cari teh raspberry untuk persediaan bersalin tu..
kat shopee je jual murah..
lagipun masa new user kan dapat baucer diskaun..
masa tu baru mula berjinak2 dengan shopee...

Sampai la besday kali ni..
shopee bagi baucer lagi sempena besday..
iskkk pandai dia nak suh orang shopping kan..

Tapi takpe 2 hari saya survey..
jualan tupperware yang paling murah..
Untuk set tingkat ni, paling murah jumpa RM45..
ada juga yang jenis double deep dengan kelebaran sama dengan set ni..
ada lebih dari 3 seller yang jual harga 45 ni...

Bila tunjuk kat BFF, pengguna setia tupperware...
dia kata dia pun baru beli set macam ni, kaler pink juga..
sama la kite...

Bila dia tanya saya beli berapa, saya habaq RM36.90..
terkejut dia, murah gilaaa hahahaha...
dia yang member pun bayaq RM53
saya tak member pun boleh beli dengan harga murah, bijak tak hahaha...
korang pun boleh, pi cari kt shopee ek....


Satu yang kureng bijak nye..
saya beli satu lagi set lain yang boleh jua guna pakai cariolier..
tapi saiz besaq...2L 2pcs..
masa tu ingat cariolier ni standard size..

tak de plak tanya seller tu boleh guna cariolier yang sama ke tak...
sebab 2 seller yang berbeza...
sekali memang tak sama saiz, huhuhu...

Sebab set goody jumbo tu, warna bercampur..
hijau dengan merah...
tu yang rasa cam, tak berminat nak beli..

So saya pun amek la yang set loose ni..
seller nya offer beli 1 RM33, beli 2 RM48..
saya amek 2pcs, make offer RM40.
so dia accepted. Dapat diskaun lagi besday baucer, jadi RM 32.83..
Total beli 2set ni RM70 shj, free pos...

Masa sampai pun, bila buka semua..
enSuami kata, tudiaa semua pink...
tak ada warna lain ke..
ada yang campur2, tapi tak minat..
enSuami kata, campur2 kaler la cantik..

Saya pula tak suka, serabut..
lagi pun kalau satu kaler senada, senang nak ingat dan nak cam...
tupperware ni kan ramai org guna...
especially family saya, memang pengumpul tuperware belaka.
dari Mak, Kak Ipaq, Kakak, semua tupperware penuh kabinet...
So kalau bercampur sekalipun, senang nak cam mana satu yang empunya...

Tapi sebabkan carioliernya tak sama saiz, emmm..
tak pe la.
kita tengok lain kali, kot nak beli cariolier shj atau nak beli satu set terus..
tu pun kalau nak beli la, hahaha...
ok juga ada Tupperware saiz luas ni...
sesuai dengan saiz loyang kek..
cuma tak dalam sangat je..

Not bad...
sementara tak guna bawa potluck,
boleh guna buat isi biskut, kopok ikan ke...
kebetulan transparent plak, senang nak nampak isi dalam...

Thursday, 15 March 2018

RUANG TAMU : Susunan je baru, perkakas masih sama, hahaha

Assalamualaikum

Alahai, minggu lepas janji, minggu ni baru sempat ehhh..
Tu la bila berjanji, mesti ja xdapat nak buat.
Lepas ni xleh berjanji lah, 😎

Saya rasa lama sangat dah tak mengemas rumah..
rasanya kali ni, kali 4 atau 5 saya tukar susunan...
yang terakhir, seat yang besar sekali letak di dinding..
kenkonon ada nak buat dekorasi kat dinding tu..
tapi separuh jalan je proses DIY tu...
akhirnya tak jadi buat...
tiga tahun berlalu begitu saja..


Bila ada sofa tepi dinding tu, jadi tempat longgokan barang2 plak...
semua nak letak atas sofa tu...
almaklumlah depan pintu ja...
buka pintu ja, sofa tu paling dekat, semua main campak atas tu...

Jadi sebelum nak mula angin nak mengemas tu..
terfikir la, alang2 nak mengemas, saya nak tukar susunan sekali..
baru la nampak impak besar sikit bila bertukar keseluruhannya..
dok bayang dalam kepala je la, nak susun lagumana plak kali ni..

Nak guna apa yang ada ja...
dalam kepala otak, seater yang panjang tu, nak jadi divider tengah2 ruang tamu tu..
tapi bila dok kemas tu, nampak macam tak lepas ja ruang nak jalan sebelah dinding straight dari pintu tu..
kalau nak ikutkan, muat je lebar tu..
tapi sebab, depan seater tu pun akan ada sofa lagi, so ruang nak akses macam tak smooth..
jadi tukar plan, yang seater besar, ke dinding, yang 2seater jadi divider.
yang 1 seater untuk tuan rumah, senang nak bagi isyarat dari dapur kalau ada tetamu, wakakaka...


Pastu teringat, bila pagi2 hari sekolah..
selalu dok terjerit kat Hafni, amek sikat, amek cream, amek getah, tudung, skaf semua..
nak siap dia sebelum pi sekolah..
selalu dok bersiap kat ruang tamu, sebab nak elak si adik terkejut daripada tidur..
jadi teringat macam sesuai je kalau alihkan bedside table ni ke ruang tamu.
ada dalam bilik tidur pun tak berguna sangat..


Jadi alihkan ke sini, boleh la letak keperluan tu semua dalam laci, tak yah nak jerit2 lagi dah..
Sebelah atasnya, buat letak beg sekolah.
masa ni tak ada, sebab dah pi sekolah, bakul tu pun dah tukar lain, sebab cikgu bagi bawa balik buku teks, setiap hari kena bawa buku teks ikut jadual..
bakul tu tak muat nak letak buku, jadi tukar dengan bakul lain..


Untuk bahagian yang terlindung tu, saya hamparkan karpet yang dah lama tak guna..
almaklumlah sekarang ni kan dah ada baby..
tak leh nak lepak atas katil ja...
dah ranap dah tilam tu di bahagian tertentu, tak rata dah tilamnya...
anak kecik ni pun, dah mula nak meniarap, bergerak berguling2 dah, risau lama2 atas katil...
jadi kena lepak kat bawah2 je la..
buka toto, tilam dia, barang keperluan baby semua letak sini...

Bila ada sofa di tengah tu, boleh juga saya bersandar semasa BF baby..
cuma satu je spoil, kipas kat bahagian ni macam tak rasa sangat anginnya.
Padahal sama ja buka high sama dengan kipas depan pintu tu..
sejak technician datang baiki hari tu, prestasinya dah tak macam awal dulu..
saya pun hairan angin kipas tu pergi mana, emmm


Hai tenangnya hidup bila tengok rumah lapang dan rapi ja...
ha, selalu orang tayang yang cantik2 ja kan...
saya pun teringin bila tengok rumah orang cantik kemas...



Lagi tabik spring kalau jenis rumah, yang banyak sangat barang perhiasannya..
rajinnya depa susun, nak belek satu2..
saya tak sanggup oii...
saya ada yang basic ja, yang keperluan...
hiasan2 tu kadang2 teringin juga nak buat..
sikit2 boleh la, tak leh banyak2 satni saya yang rimas...

Tapi yang cantik indah tenang tu, tak selamanya begitu, hukhukhuk...
baru hari Jumaat kemas....
hari Sabtu-Ahad dah jadi lagu ni dah, arghhhh


Habis punah berkecai aiii...
sabaq je la...
jiran sebelah la punya pasai ni...

Harapan la nak kemas sokmo...
nak kemas tu punya la lama amek masa...
nak sepah, sat ja...


Bantal2 ni terpenyek sebab Hafni dok lompat2 atas sofa ni..
bila tukar susunan macam ni, jadi bertambah seronok plak dia nak melompat..
dari satu sofa ke satu sofa, sampai la sofa yang divider tu, dia terjun ke toto karpet tu..
kadang2 saya tengah sandar situ pun, dia boleh lagi suruh saya ke tepi..
Umi tepi sikit, Hafni nak jump ni!
amboiii, jadi port baru plak untuk dia..
akai anak2 ada ja la...


Haa, susunan je baru..
barang2 semua sama..
cuma ranting2 tu je dulu, sebelum ni ada bunga2 kering tu,
saya cabut dah semua..
tinggal batang je saya guna..
simple senang..
sebelum ni asyik tersangkut kat baju, bila lalu sebelah dia..
sekarang dah tersorok di kiri kanan seater besar tu..
tak ada dia nak kacau orang dah...
melainkan ada orang dok kaco dia..
Hafni suka dok hide hide kat situ...
port dia merajuk menangis pun kat situ jugak, hahaha...

Nak cat2, belum ada semangat dan bajet lagi..
cuma terfikir tahun ni, kalau sempat nak cuba buat langsir..
guna langsir rumah sewa lama..
rasanya cukup untuk ruang tamu je..
prepare untuk mood raya..
baju raya xyah jahit dah tahun ni, pakai baju kenduri kawen baru ni je, yeyeh...
tengok la jadi ke tak...
dah lama dah langsir tu terpasang 5 tahun..
tanpa bertukar, tanpa bercuci, acemmmmm



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Monday, 12 March 2018

Mengisi hobi dengan baking seminggu sekali...

Assalamualaikum

Sejak balik dari cuti berpantang lepas..
ada something macam tak kena...

Setiap hari kita makan nasi sepanjang berpantangkan..
lama2 kot la rasa bosan makan nasi kan...

Kebetulan hari tu nampak kawan masak roti stim, cheesenya mencair meleleh. nampak menyelerakan..
terus wasap tanya guna cheese apa meleleh gitu..
dia cakap guna Beqa ke Bega ekk
confuse huruf q dia tu..
ramai yang sebut Bega kat pamplet pasaraya..
ingatkan Q, emmm


Maka bermula misi mencari cheese tu..
selalu senang je jumpa kat 2PLY tu..
tapi time nak, time tu la tak dak...
pi Giant, Tesco pun tak ada, pelik betul saya..
pastu mana entah, enSuami jumpa kat kedai baru buka...
2 minggu juga la, mencari cheese ni, adei...

So bila dah ada, dengan seronoknya dapat membaking...
lama dah teringin nak makan pizza..
ada cheese seharusnya buat pizza la kan...


Ini gambar Jumaat lepas..
kali kedua baking..
first time baking, semua doh buat pizza, ada kecil, ada besaq, tak da sos untuk Hafni...

Kali ni baking, misi nak buat bun kelapa..
sehari sebelum tu, dah buat inti kelapa..
saya guna kelapa kering yang buat biskut kek tu je..
banyak sangat lagi berbaki..
saya tak minat biskut ada kelapa
so try buat inti tengok, dah kempunan nak makan inti kelapa...
tapi tak best sangat, sebab tak lembab, asbab kelapa kering kot ekk..
dah tambah banyak2 air gula merah, cuma tak letak gula putih je..
nanti rajin, nak makeover sikit, takut nak letak gula banyak2, huhuhu...


Bun kelapa, buat 9 biji je muat satu loyang..
try dulu, risau kalau tak sedap...
sebab tengok inti, macam tak puas hati sangat, daun pandan pun tak letak masa masak inti tu, emm


Selalunya roti bun, kalau buat sendiri, yang laku cepat habis..
yang macam ni ha, yang ada sosej, ada sos, mayonis, cheese..
haa yang tu cepat habis...
yang bun kayu manis tu, saya lupa nak letak gula, sebelum gulung tu..
just letak planta, kismis dan serbuk kayu manis..
patut la rasa macam pelik je..
bila stat makan, baru sedaq, saya tabuq gula kat atas ja, dalam takda gula, tawaq hahaha...


Pizza tu sekali hadap, saya sorang, dah separuh hilang...
lain kali buat, boleh banyakkan pizza tu..
kali ni buat nipis2 ja..krup krap sangat pizza tu hahaha...

Untuk resepi bun roti ni, saya suka dengan resepi Donat Kentang dari Kak YatieMemories
saja memandai sendiri, menggunapakai resepi donat jadi roti..
sebab pernah tengok kat FB, ada sekali orang share dia buat pizza guna doh donat, so lembut elok la pizza base dia...
so saya pun try la dengan resepi ni... menjadi sesuai..
senang nanti bila dah hafal resepi, nak buat donat? roti? bun? pizza?
satu resepi ja setel semua menu di atas, ha bijak tak....

Setakat ni, belum jemu lagi dengan resepi ni, kekeke....
mari saya kongsikan di sini ya...

Bahan-Bahan
500G tepung gandum
200G kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 SB susu tepung
1 biji telur ( dipukul sedikit)
200 ML air suam
3 SB marjerin/butter
3 SB gula
2 SK yis

Caranya
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. 
  2. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. 
  3. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. 
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 
  7. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut.
  8. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda. 
  9. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. 
  10. Sedia untuk dihidangkan.

Versi Roti/Bun/Pizza by NabilaHasyim
  • Adunan ni saya pernah buat untuk bun kentang @ potato bun, pun sedap juga, cuma tawar sikit, boleh tambah gula lagi jadi 6 SB gula ATAU susu tepung tu guna susu pekat.
  • kalau untuk buat roti dan pizza, just tak letak kentang je..sukatan lain sama je, tak terjejas pun.
  • kalau buat roti sarang lebah, tak perlu gandakan gula, sebab sos butterscoth pun dah manis sangat dah.
  • dah bagitau tadi susu tepung, saya ganti susu pekat
  • air suam, saya ganti air sejuk, sebab guna mixer, saya tuang semua 200 ML.
  • marjerin, saya guna Planta, cairkan guna microwave, defrost, 2minit.
  • saya masuk campur semua bahan, mix dengan mixer, telur pun skip, tak pukul dulu..
  • mix selama 15 minit. Perap sejam. bentukkan nak buat roti/pizza, simpan dalam oven, sampai doh kembang, ikut saiz yang saya nak, seperti kembang sampai penuh loyang, atau bersentuhan antara satu sama lain, tak sampai sejam, berkuap kot dok dalam oven tu..
  • lepas tu baru keluarkan, panaskan oven 10-15minit, sambil2, sembur roti dengan air kosong atau yang dicampur sedikit dengan susu pekat/susu segar/telur yang dipanggil eggwash, kalau malas nak buat, air kosong saja pun boleh..
  • kalau oven kecil boleh guna 170-180C, 20minit. oven saya guna 160C, api atas kuat sangat, boleh hitam roti/pizza. masa sama 20 minit. ini bergantung dengan oven masing2, tuan empunya oven lebih kenal oven dia macam mana..
  • kalau ada bread softener, improver, nak letak pun boleh, 1 SK setiap satu.. tapi saya asyik lupa letak setakat ni.. huhu.. tak letak pun lembut je
  • tanpa pengawet, boleh tahan 3-4 hari..

So, selamat mencuba!








Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Wednesday, 7 March 2018

D.I.Y : Rumah Kunci dari Jam Frame Gambar

Assalamualaikum..

Projek DIY, yang baru je siap hari Ahad lepas..
dah lama saya terfikir nak buat..
tapi belum ada kehendak yang kuat nak buat...

Sampai la rumah kunci yang sedia ada dok guna ni,
besi tempat sangkutnya dah loose..
letak kunci je, skrunya berpusing turun, menyebabkan kunci jatuh ke lantai..
kalau nasib tak baik, boleh jatuh kunci atas kaki sendiri, aishhhhh...


Ni ha rumah kuncinya..
betul2 ala2 rumah..
beli kat Billion Bangi masa awal2 masuk rumah berdua dengan enSuami..
dah lama pun nak masuk 6 tahun dah..
2012...

Hujung tahun 2012, saya dan enSuami ada ke Johor, Simpang Renggam.
pi tolong mengangkut barang2 mertua, sebab Abah dah pencen tahun tu..
on the way nak sampai tu kan jumpa bandar seramik tu..
jalan2 situ dulu, sebelum nak sampai rumah mertua, wakakaka..


Terbeli la plak jam dan ada macam frame gambar gitu...
harga elok lagi kat kotak..
seingat saya, saya ada minta kurang, antara 50-55-60 kalau tak silap...
bukan 79.90 la, mahai kot nak bayaq 79.90.
di kedai yang sama saya ada beli 2 biji pasu ala2 kayu bentuk petak, dengan loceng buluh (yang orang gantung bagi bunyi bila ada angin, apa nama rasmi tak tau, lupa wakaka) so boleh la minta kurang masa tu..


Ini rupa jam nya..
tapi sebenarnya, ada cermin kat depan tu..
masa saya buka kotak, perasan separuh skru yang ada, sudah dibuka..
ingat dulu pernah dah mula nak buat DIY ni..
tapi tergendala kot, Hafni kecik lagi masa tu..
sekarang dia dah besar, dia pulak boleh jaga adik, Umi boleh buat kerja..
Alhamdulillah kali ni siap terus, heee....


Lepas dah buka cermin, baru la nampak ada ruang nak letak penyangkut kunci tu..
Lap2 dulu, dah berhabuk sangat, 6 tahun la katakan..


nasib la bateri tak terpasang masa tu, walaupun bateri tu dah berkarat dalam kotak jam tu..
masa awal2 pasang bateri, macam slow jugak jamnya nak jalan..
tapi lama2 Alhamdulillah, tengok elok je dia berfungsi...


Untuk penyangkut kunci tu, saya guna sangkut langsir je, kahkahkah...
dah berkurun simpan...
ngam2 ada 6 biji..
yang panjang tu boleh letak 4, yang sebelah kiri, boleh letak 2...


Untuk kerja kali ni, macam biasa la, guna yang paling mudah..
pakai 3M doubletape ja untuk penyangkut tu...
cepat siap, tak ada nak skru2..
buat kerja sendiri2 je, yang senang je la kita boleh..
kalau tak dapat bertahan, terpaksa la skru akan datang..
buat masa ni macam elok je..
selalunya 3M tidak mengecewakan.. cewahhh


Siap dah pun, potong2 kejap je..
tak ada ukur, pandai2 adjust, tampal kiri kanan dulu, pastu baki ruang tengah tu, adjust je untuk 2 lagi penyangkut..


Haaaa, nampak tak double tapenya?
nasiblah frame tu kaler hitam jugak..
selamat den....
dapat siap kerja dengan cepat...
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, ada hikmahnya beli kaler hitam, huhuhu...


Rupa keseluruhan frame...
gambaq tak dan lagi nak tukaq...
nanti ada masa tukaq boh muka anak2 sendiri pula..
buat masa ni kita settle kerja DIY dulu...


Tak sangka selepas lama tersimpan baru nak berguna..
dari asalnya jam, frame gambar, kemudian jadi tempat sangkut kunci plak...
alang2 tu biaq pelbagai fungsi dan kegunaan...
suka sangat, pandai Nabilah Ahmad, hahaha..

Tempat sangkut jam frame ni, alhamdulillah boleh guna tempat skru yang sedia ada dari rumah kunci lama..
walaupun nampak ketepi sangat sampai ke frame pintu...
guna je la, selagi boleh...

Ingat nak belajar macam mana nak drill dinding..
geram plak fikir bila time2 macam ni nak guna dril, tapi tak reti, sedih sangat dengan diri sendiri...
harap ada kesempatan lepas ni, Amin...


Rumah kunci lama, jadi mainan Hafni pula..
dia minta nak main, bagi je la..
boleh rosak cepat sikit, senang ahti nak buang...

Di atas meja kopi tu la, cermin asal yang cover jam tadi..
saja letak2 sat kat atas meja kopi..
menambahkan elemen hiasan di situ..
ada makeover sket dalam rumah ni, terutamanya ruang tamu..
dah bosan dengan susunan lama...
lama sangat dah tak kemas rumah..
sejak sebelum pregnant, dah pregnant, bersalin, habis pantang, anak dah nak masuk 5 bulan...
bayangkan berapa lama tak kemas rumah, adoi....

InshaAllah, kalau sempat menulis, esok kita review...
baru la semangat sket rumah bersusunan baru, Alhamdulillah..


Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Daisypath Anniversary tickers