Search This Blog

Showing posts with label Hafni Azzahrah. Show all posts
Showing posts with label Hafni Azzahrah. Show all posts

Wednesday, 11 August 2021

Viral : Baru nak cuba roti jala jelita eh Pelangi πŸ˜‚

 Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Viral la plak kan, roti jala pelangi ke namanya..

Selalu dok nampak enSuami yang tunjuk kat FB. Sebab saya jarang buka FB. Sebab tak nak ikut viral² ni, nanti semua nak buat.. pantang tengok orang buat, kita pun nak buat. Lagi² kalau masak² ni.. makannya idok.. seronok nak masak je.. 😝


Roti jala ni memang favourite enSuami. Turun ke anak² pun suka. Saya kalau makan, sampai 4biji je. Lebihnya serah kat enSuami dan anak² diorang boleh makan sampai habis πŸ˜‚

Memandangkan viral orang buat 🌈 kita pun nak try. Tapi dah bancuh tepung malas plak nak buat. Sebab bekas picit ada satu je. Susah pula kalau nak buat 2 Kaler tu. Paling boleh pun, guna piping bag lah..


Tapi adunan kan cair² je. Kalau piping bag mesti leceh. So tak jadi la nak buat pelangi. Kita buat kaler² ja. So senang ikut turn habis satu Kaler buat Kaler lain pula. Kali ni just bahagi 3 bahagian. Plan nak buat Kaler hijau, kuning dan merah.


Susun kuning tengah. Kombinasi Hijau-Kuning (Kedah) dengan Merah-Kuning (Selangor) gituu.. Lepas dah siap hidang, enSuami excited tengok roti jala kaler² ni.. tapi merah tak berapa nak jadi Merah, dapat ala² pink je. Tak berani nak letak Kaler banyak², kang merah Ang Ang pula πŸ˜†

Dua tiga hari selepas tu, nampak kawan update roti jala pink purple, tengok cantiknya..😍 Isk tak leh jadi ni, macam nak kena cuba juga ni roti jala pelangi ni. 3hb lepas buat lagi roti jala pelangi pink-purple.


Tadi kan saya cakap botol ada satu je. So saya cuba dengan piping bag je lah. Bertabah lah juga guna piping bag ni. Sebab adunan laju turun. Pastu kalau tepung yang berbaki dalam piping bag tu, kena picit balik masuk bekas asal, sebab tak nak leleh², membazir, sayang tepung. Yang botol kaler purple. Yang piping bag kaler pink. 

Mula² saya picit botol dulu, baru picit piping bag. Tapi sebab piping tu leceh, ambil masa nak setelkan, jadi lama sangat untuk yang purple tu kat kuali, jadi yang purple tu tergaring sikit lah, belum hangit lagi,πŸ€—.


Pastu saya tukar buat pink dulu, setelkan pink, picit botol purple, sekejap je lah setel. Lama² dok gulung ni, teringat yang orang buat nampak smooth licin je. Saya punya nampak kesan gorengan. Pastu terfikir, entah², orang terbalikkan kot yang sebelah atas, gulung sebelah luar, macam kulit durian crepe tu. Pastu cuba buat tengok, baru nampak cantik macam orang jual..


Licin je kan? Betul tak?
Yang bahagian bawah tu yang awal² gulung. Sebelum ni tak ada buat kaler², just kuning serbuk kunyit je. Buat pun untuk makan sendiri, bukan untuk dijual ke pe.. so tak ada lah amek kisah, lawa tak lawa.. bila tengok orang buat, baru la nak terfikir apesal roti jalaku tak licin glowing macam orang jual. La ni baru ku tahu hahaha 🀣


Okay lepas ni boleh buat cantik² dah. Dah tau tipsnya.

Resepi Roti Jala NabilaHasyim

1biji telur
1/4 cawan minyak
2 cawan t.gandum
2 1/4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit (kalau nak kaler lain, tak yah letak)

Saya letak ikut turutan bahan tu. Saya bancuh dalam jar air, 1L pun muat, tapi leceh sket nak kacau² nanti. Kalau besar sikit jar tu senang sikit nak mix nanti. Kacau dengan whisker. 

Lepas sebati semua, kena tapis masuk jar lain pula. Pastu kalau ada botol picit, senang nak tuang. Kalau pakai acuan bulat yang lama tu, lagi senang nak tuang adunan dalam bekas acuan tu. Saya tak suka pakai besen, besar risiko nak tumpah², kalau cedok guna senduk. Pakai jar senang nak tuang. Ini cara saya lah. πŸ˜€


Miqdad Kamilin, bangun² tidur, dia cakap kat Abi dia, 

"Abi, macam Dad nak mandi pantai lah.. tapi macam mana ya nak pergi mandi pantai?"

Adudu, nak mandi pantai ke anak oi.. lama sangat dah kot dia rasa terkurung dalam rumah. Kesiann. Kat umah ada mandi kolam je la boleh bagi. Dok sayu camtu lah, sempat la snap gambar tu. Selalu suka je Umi masak roti jala. Kali ni dia tengok je kakak dia makan. Last sekali nak habis dah, baru dia makan satu gulung.

Sabarlah, sebelum nak pi mandi, siapkan kerja sekolah dulu ya, kerja sekolah tak siap, takleh jalan², tak gitu 😚

Bye bye korang.. kamsahamnida ❤


Sedang mencari Penapis Air JIKSOO (Tankless)
Boleh Hubungi saya Nabilah, Magic Specialist 1Malaysia
Klik je link sini, Saya Nak Details Jiksoo

Monday, 13 January 2020

Sekolah: Label untuk Jadual Harian Persekolahan Hafni


Projek hari ni.
Siapkan jadual sekolah Hafni.
Tapi ni baru setel sekolah agama.
First time, try buat sendiri.πŸ˜™
.
Mula2 dah beli A4 sticker, tapi hari ni tak sempat dah nak cetak semula pada sticker. Guna yang cetak pada kertas biasa je, kertas recycle lagi, hahaha. Alang2 nak salotape kan saje, guna je la apa yang ada πŸ˜¬.
.
Hafni cuti hari ni, berikutan selesema, datang batuk dan demam. Dah ke klinik untuk test influenza, keputusannya level C.😷
.
Alhamdulillah hari ni dah tak ada selesema, demam pun dah kurang, batuk2 je ada lagi. Sepetang ni dia tidur lena, mudahan lekas sembuh, Amin πŸ™‚


Tahun 2020 ni, tahun pertama anak bersekolah darjah 1. Tahun pertama juga enSuami pindah sekolah Tingkatan 6. First time ni dia sekolah sesi pagi. Saya setuju sangat bila dia tanya pendapat nak tukar sekolah ni.. Masa dia cuba apply tahun lepas, pergi temuduga, 3 orang perempuan, 1 lelaki, dia seorang yang dapat.. rezeki sebab lelaki, wakakaka.. Susah nak jumpa cikgu lelaki kan.. Padahal 3 orang guru perempuan tu, lebih hebat daripada dia sebab umur diorang dah 40-an, pengalaman lagi banyak, level Kebangsaan pun adoo..
.
Jadual sekolah enSuami pun print sekali. Sebab setiap hari, waktu balik tak sama, huuu.. yang ni yang tak best, pagi2 dah takleh pi shopping barang dapur sama2.. saya pun jadi malas nak keluar sorang2, ngehh..
.
#makanakbarumasuksekolah
#organizingismyfavourite

Thursday, 15 March 2018

RUANG TAMU : Susunan je baru, perkakas masih sama, hahaha

Assalamualaikum

Alahai, minggu lepas janji, minggu ni baru sempat ehhh..
Tu la bila berjanji, mesti ja xdapat nak buat.
Lepas ni xleh berjanji lah, 😎

Saya rasa lama sangat dah tak mengemas rumah..
rasanya kali ni, kali 4 atau 5 saya tukar susunan...
yang terakhir, seat yang besar sekali letak di dinding..
kenkonon ada nak buat dekorasi kat dinding tu..
tapi separuh jalan je proses DIY tu...
akhirnya tak jadi buat...
tiga tahun berlalu begitu saja..


Bila ada sofa tepi dinding tu, jadi tempat longgokan barang2 plak...
semua nak letak atas sofa tu...
almaklumlah depan pintu ja...
buka pintu ja, sofa tu paling dekat, semua main campak atas tu...

Jadi sebelum nak mula angin nak mengemas tu..
terfikir la, alang2 nak mengemas, saya nak tukar susunan sekali..
baru la nampak impak besar sikit bila bertukar keseluruhannya..
dok bayang dalam kepala je la, nak susun lagumana plak kali ni..

Nak guna apa yang ada ja...
dalam kepala otak, seater yang panjang tu, nak jadi divider tengah2 ruang tamu tu..
tapi bila dok kemas tu, nampak macam tak lepas ja ruang nak jalan sebelah dinding straight dari pintu tu..
kalau nak ikutkan, muat je lebar tu..
tapi sebab, depan seater tu pun akan ada sofa lagi, so ruang nak akses macam tak smooth..
jadi tukar plan, yang seater besar, ke dinding, yang 2seater jadi divider.
yang 1 seater untuk tuan rumah, senang nak bagi isyarat dari dapur kalau ada tetamu, wakakaka...


Pastu teringat, bila pagi2 hari sekolah..
selalu dok terjerit kat Hafni, amek sikat, amek cream, amek getah, tudung, skaf semua..
nak siap dia sebelum pi sekolah..
selalu dok bersiap kat ruang tamu, sebab nak elak si adik terkejut daripada tidur..
jadi teringat macam sesuai je kalau alihkan bedside table ni ke ruang tamu.
ada dalam bilik tidur pun tak berguna sangat..


Jadi alihkan ke sini, boleh la letak keperluan tu semua dalam laci, tak yah nak jerit2 lagi dah..
Sebelah atasnya, buat letak beg sekolah.
masa ni tak ada, sebab dah pi sekolah, bakul tu pun dah tukar lain, sebab cikgu bagi bawa balik buku teks, setiap hari kena bawa buku teks ikut jadual..
bakul tu tak muat nak letak buku, jadi tukar dengan bakul lain..


Untuk bahagian yang terlindung tu, saya hamparkan karpet yang dah lama tak guna..
almaklumlah sekarang ni kan dah ada baby..
tak leh nak lepak atas katil ja...
dah ranap dah tilam tu di bahagian tertentu, tak rata dah tilamnya...
anak kecik ni pun, dah mula nak meniarap, bergerak berguling2 dah, risau lama2 atas katil...
jadi kena lepak kat bawah2 je la..
buka toto, tilam dia, barang keperluan baby semua letak sini...

Bila ada sofa di tengah tu, boleh juga saya bersandar semasa BF baby..
cuma satu je spoil, kipas kat bahagian ni macam tak rasa sangat anginnya.
Padahal sama ja buka high sama dengan kipas depan pintu tu..
sejak technician datang baiki hari tu, prestasinya dah tak macam awal dulu..
saya pun hairan angin kipas tu pergi mana, emmm


Hai tenangnya hidup bila tengok rumah lapang dan rapi ja...
ha, selalu orang tayang yang cantik2 ja kan...
saya pun teringin bila tengok rumah orang cantik kemas...



Lagi tabik spring kalau jenis rumah, yang banyak sangat barang perhiasannya..
rajinnya depa susun, nak belek satu2..
saya tak sanggup oii...
saya ada yang basic ja, yang keperluan...
hiasan2 tu kadang2 teringin juga nak buat..
sikit2 boleh la, tak leh banyak2 satni saya yang rimas...

Tapi yang cantik indah tenang tu, tak selamanya begitu, hukhukhuk...
baru hari Jumaat kemas....
hari Sabtu-Ahad dah jadi lagu ni dah, arghhhh


Habis punah berkecai aiii...
sabaq je la...
jiran sebelah la punya pasai ni...

Harapan la nak kemas sokmo...
nak kemas tu punya la lama amek masa...
nak sepah, sat ja...


Bantal2 ni terpenyek sebab Hafni dok lompat2 atas sofa ni..
bila tukar susunan macam ni, jadi bertambah seronok plak dia nak melompat..
dari satu sofa ke satu sofa, sampai la sofa yang divider tu, dia terjun ke toto karpet tu..
kadang2 saya tengah sandar situ pun, dia boleh lagi suruh saya ke tepi..
Umi tepi sikit, Hafni nak jump ni!
amboiii, jadi port baru plak untuk dia..
akai anak2 ada ja la...


Haa, susunan je baru..
barang2 semua sama..
cuma ranting2 tu je dulu, sebelum ni ada bunga2 kering tu,
saya cabut dah semua..
tinggal batang je saya guna..
simple senang..
sebelum ni asyik tersangkut kat baju, bila lalu sebelah dia..
sekarang dah tersorok di kiri kanan seater besar tu..
tak ada dia nak kacau orang dah...
melainkan ada orang dok kaco dia..
Hafni suka dok hide hide kat situ...
port dia merajuk menangis pun kat situ jugak, hahaha...

Nak cat2, belum ada semangat dan bajet lagi..
cuma terfikir tahun ni, kalau sempat nak cuba buat langsir..
guna langsir rumah sewa lama..
rasanya cukup untuk ruang tamu je..
prepare untuk mood raya..
baju raya xyah jahit dah tahun ni, pakai baju kenduri kawen baru ni je, yeyeh...
tengok la jadi ke tak...
dah lama dah langsir tu terpasang 5 tahun..
tanpa bertukar, tanpa bercuci, acemmmmm



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Wednesday, 7 March 2018

D.I.Y : Rumah Kunci dari Jam Frame Gambar

Assalamualaikum..

Projek DIY, yang baru je siap hari Ahad lepas..
dah lama saya terfikir nak buat..
tapi belum ada kehendak yang kuat nak buat...

Sampai la rumah kunci yang sedia ada dok guna ni,
besi tempat sangkutnya dah loose..
letak kunci je, skrunya berpusing turun, menyebabkan kunci jatuh ke lantai..
kalau nasib tak baik, boleh jatuh kunci atas kaki sendiri, aishhhhh...


Ni ha rumah kuncinya..
betul2 ala2 rumah..
beli kat Billion Bangi masa awal2 masuk rumah berdua dengan enSuami..
dah lama pun nak masuk 6 tahun dah..
2012...

Hujung tahun 2012, saya dan enSuami ada ke Johor, Simpang Renggam.
pi tolong mengangkut barang2 mertua, sebab Abah dah pencen tahun tu..
on the way nak sampai tu kan jumpa bandar seramik tu..
jalan2 situ dulu, sebelum nak sampai rumah mertua, wakakaka..


Terbeli la plak jam dan ada macam frame gambar gitu...
harga elok lagi kat kotak..
seingat saya, saya ada minta kurang, antara 50-55-60 kalau tak silap...
bukan 79.90 la, mahai kot nak bayaq 79.90.
di kedai yang sama saya ada beli 2 biji pasu ala2 kayu bentuk petak, dengan loceng buluh (yang orang gantung bagi bunyi bila ada angin, apa nama rasmi tak tau, lupa wakaka) so boleh la minta kurang masa tu..


Ini rupa jam nya..
tapi sebenarnya, ada cermin kat depan tu..
masa saya buka kotak, perasan separuh skru yang ada, sudah dibuka..
ingat dulu pernah dah mula nak buat DIY ni..
tapi tergendala kot, Hafni kecik lagi masa tu..
sekarang dia dah besar, dia pulak boleh jaga adik, Umi boleh buat kerja..
Alhamdulillah kali ni siap terus, heee....


Lepas dah buka cermin, baru la nampak ada ruang nak letak penyangkut kunci tu..
Lap2 dulu, dah berhabuk sangat, 6 tahun la katakan..


nasib la bateri tak terpasang masa tu, walaupun bateri tu dah berkarat dalam kotak jam tu..
masa awal2 pasang bateri, macam slow jugak jamnya nak jalan..
tapi lama2 Alhamdulillah, tengok elok je dia berfungsi...


Untuk penyangkut kunci tu, saya guna sangkut langsir je, kahkahkah...
dah berkurun simpan...
ngam2 ada 6 biji..
yang panjang tu boleh letak 4, yang sebelah kiri, boleh letak 2...


Untuk kerja kali ni, macam biasa la, guna yang paling mudah..
pakai 3M doubletape ja untuk penyangkut tu...
cepat siap, tak ada nak skru2..
buat kerja sendiri2 je, yang senang je la kita boleh..
kalau tak dapat bertahan, terpaksa la skru akan datang..
buat masa ni macam elok je..
selalunya 3M tidak mengecewakan.. cewahhh


Siap dah pun, potong2 kejap je..
tak ada ukur, pandai2 adjust, tampal kiri kanan dulu, pastu baki ruang tengah tu, adjust je untuk 2 lagi penyangkut..


Haaaa, nampak tak double tapenya?
nasiblah frame tu kaler hitam jugak..
selamat den....
dapat siap kerja dengan cepat...
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, ada hikmahnya beli kaler hitam, huhuhu...


Rupa keseluruhan frame...
gambaq tak dan lagi nak tukaq...
nanti ada masa tukaq boh muka anak2 sendiri pula..
buat masa ni kita settle kerja DIY dulu...


Tak sangka selepas lama tersimpan baru nak berguna..
dari asalnya jam, frame gambar, kemudian jadi tempat sangkut kunci plak...
alang2 tu biaq pelbagai fungsi dan kegunaan...
suka sangat, pandai Nabilah Ahmad, hahaha..

Tempat sangkut jam frame ni, alhamdulillah boleh guna tempat skru yang sedia ada dari rumah kunci lama..
walaupun nampak ketepi sangat sampai ke frame pintu...
guna je la, selagi boleh...

Ingat nak belajar macam mana nak drill dinding..
geram plak fikir bila time2 macam ni nak guna dril, tapi tak reti, sedih sangat dengan diri sendiri...
harap ada kesempatan lepas ni, Amin...


Rumah kunci lama, jadi mainan Hafni pula..
dia minta nak main, bagi je la..
boleh rosak cepat sikit, senang ahti nak buang...

Di atas meja kopi tu la, cermin asal yang cover jam tadi..
saja letak2 sat kat atas meja kopi..
menambahkan elemen hiasan di situ..
ada makeover sket dalam rumah ni, terutamanya ruang tamu..
dah bosan dengan susunan lama...
lama sangat dah tak kemas rumah..
sejak sebelum pregnant, dah pregnant, bersalin, habis pantang, anak dah nak masuk 5 bulan...
bayangkan berapa lama tak kemas rumah, adoi....

InshaAllah, kalau sempat menulis, esok kita review...
baru la semangat sket rumah bersusunan baru, Alhamdulillah..


Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Friday, 22 September 2017

Part 3 : Sambutan Kelahiran Hafni sebab Umi teringin nak buat Kek :P

Assalamualaikum...

Ok sambung terus dengan part 3...
kebetulan tengah free ni, hari ni kan cuti, hehehehe...

Ok nak cerita lanjut pasal kek choc cheese berry tu...
saya jumpa resepi ni, di blog SesedapRasaSyazwaniAdnan
dia pun buat sebab teringin nak makan sebelum bersalin ni...
resepi asal katanya jumpa di myresepi...
boleh klik link tersebut untuk cerita lanjut...

Dia punya versi cheese chocolate cake..
saya punya versi choc cheese berry..
Saya guna resepi tersebut untuk buat coklat mousse tu dan bancuhan cheese nya...

Image result for choc cheese berry ala secret recipe

Ini gambar dari web SR ye...
so saya ikut layer sama macam ni...

Masa saya lapis, kek coklat lembab tu...
selebihnya, saya lapis atas dasar kek yang sebiji lagi tu...
buat serentak..

Esoknya, pergi cari gelatin, baru dapat buat adunan cheesenya...
kalau tengok dari gambar SR tu, dalam cheesenya ada buah2 jugak kan...
saya nye tak ada letak...
sebab saya guna strawberry je...

Kenapa strawberry, sebab saya ada stok jem strawberry banyak lagi..
berry yang SR ni rasanya, dia campur2 kan semua jenis berries ada, blueberry, raspberry..
sebab tu nama berry je...

Jadi, kek saya nama Choc Cheese Strawberry la gitu...
sebab guna strawberry je...


Ini adunan cheese nya..
saya tuang kosong je, tak ada letak buah...


Lapisan coklat mousse selepas semalaman dalam peti sejuk...
Lepas dah siap adunan cheese, terus tuang atas mousse ni...


Saya biar semalaman juga dalam peti sejuk..
kalau nak cepat, paling kurang 2 jam ke 4 jam minimum...
tapi saya tak urgent nak makan...
masa ni hari Jumaat, Sabtu esok baru nak makan..
So biar je semalaman dalam peti sejuk...


Pagi Sabtu tu, keluarkan piping jem strawberry pulak....
simpan peti lagi...
sementara tu, saya masakkan jem strawberry segar...
asalnya dah lama saya sediakan puri strawberry ni..
beli strawberry segar, balik blend..
pastu saya simpan freezer, so bila defrost, ada air la plak kan...
jadi berkeputusan nak masak sampai air tu kering...


Dah kering macam ni, biar sejuk dulu...
tengahari tu, piping puri strawberry ni pulak...


Hasilnya jadilah begini...
merah macam larva, hehehe....
Menjadi jugak idea saya ni...
saya terfikir sendiri je, macamana nak buat jadi 2 lines macam SR buat tu..
satu rasa macam jem, satu rasa macam puri..
Alhamdulillah, begitu la kot SR buat...
bila makan pun sedap, ada rasa biji2 tu...
dalam puri tu, tak ada letak gula apa pun, sebab dah tau jem tu dah manis sangat..
biar puri rasa masam2 sikit, baru la stabil...


Budak tecik ni happy...
dapat kek banyak kali...
dia selalu dok potpet sebelah, masa saya deko2 kek,
Umi, Hafni nak besday 2 kali... Hepy besday 2 kali..
macam tau2 je, orang buat kek untuk dia..
bukan dua kali dah ni, 3 kali dah ni celebrate besday dia...
pecah rekod aih, untuk dia 3 kali potong kek...

Kebetulan Umi rajin tak pa la, nak...
time tak rajin tu, jangan kek, nak dapat donat pun Umi malas daaa....

Petang Sabtu, balik rumah mertua, tak sabaq nak buka loyang...
nak tengok kejadian layernya...


Kalau buat kek SR ni, memang kejadian layernya paling tak sabar nak tengok...
baru la saya perasan kek SR ni, semua layer2 je..
buat lapis2, bermalam2 nak siap...
patut la mahal tak sangga...
tapi senang, sebab tak yah bakar oven kek2 cheese macam ni...
dan bila buat kek macam ni, conpem tebal, penuh loyang, wakakakaka...

Sesuai sangat untuk saya yang tak berapa nak tebal sangat bila bakaq kek...
buat kek macam ni senang, tak da nak keciwa sangat...
conpem sedap, sebab pakai cheese...
cuma banyak step je...
enSuami dok tengok saya dok keluarkan kek setiap hari...
tak siap lagi ke, tak habis lagi ke, bila nak boleh makan??
lamaanya buat kek.... macam2 la potpetnya...
kek mahal, mesti la lama nak buat...
makan satni, sat ja habis....emmmm



Amacam sama tak dengan original SR..hohohoho
baru perasan, kek SR piping diorang besar2 juga ya..
jadi, lingkarannya tak banyak sangat macam saya buat tu, hahahaha....


Seronok sangat tuh, dapat potong kek banyak2 kali...
Umi, Umi, Hafni nak epi beday dua kali...
dah dapat kan... syok tak anak Umi???


Potong kek, nak bersih2 cantik..
kena panaskan pisau la yeh, samada layur atas api atau celup dalam air panas...
kemudian lap dengan tisu, cepat2 hiris...
tu yang mencair je jem2nya....


Emmmm, nyumm nyummmm
berulang2 saya makan kek ni...
tapi waktu2 lain la, bukan sekali hadap..
tak daya den nak habis banyak2 slice sekaligus...

Sambil makan sambil feeling..
menghayati susah-payah buat kek ni, hahaha...
Alhamdulillah berbaloi...


Sedap.. sedap.. sedap..
makan banyak....
mai checkup hari Jumaat minggu lepas, berat naik mendadak dalam masa seminggu, wakakaka...
enSuami bantai salahkan kek cheese ni, makan banyak sangat tudia la...
eh eh eh, macam tak ada kaitan je dengan kek ni...
apa2 pun memang saya makan banyak pun, bukan kek ni je...
memang memanjang je saya makan...

Doktor cakap, saya mengidam ke, makan banyak sangat...
Hahaha, entah la memang makan je..
tak habis makan, sayang pulak kat makanan kalau tak habis...
pnIsteri ni, macam perut tong pun ada, dah kita yang masak, kita juga yang nak kena habiskan...

Kalau tak masuk tong perut sendiri, nanti masuk tong sampah pulakk...
tu yang sedey tu....hihihi...
jadi makan je la selagi boleh...

Lepas dah tau berat naik mendadak, saya makan cara hari BSP..
selalunya bila hari checkup BSP, kita akan makan, dan puasa selama 2 jam sebelum check glukosa darah...
so cara saya makan sekarang macam ni la, makan dalam 1 jam pertama tu, 2 jam kemudian jangan makan apa2, paling kurang minum air kosong je..
lepas 2 jam baru makan pulak...


Nak hujung2 nak bersalin ni..
selain berat naik..
kaki bengkak teruk jugak..
doktor cakap, ada tanda2 tak bagus la kan..
Alhamdulillah BP, nadi saya OK..
tapi hari2 kena pi check BP kat klinik..
sebab doktor risau kalau BP naik, saya boleh sawan..

Isnin lepas dah jumpa pakar, dia tengok keadaan saya,
dia cakap check BP selang-sehari pun tak pe la..
lepas jumpa pakar tu, kaki pun dah mula surut...
Alhamdulillah, sesuai sangat la doktor pakar cakap selang-sehari je..
tak larat la, nak pi hari2...
pening kepala, tengok orang ramai, tunggu lama..
kalau pi hari cuti, Sabtu-Ahad tu, ok la, kita yang sakit ni je datang...
tak perlu nak menunggu lama, setengah jam je selesai..

Allahuakbar, semoga elok2 je menunggu masa nak bersalin ni...
Amin...

Part 2 : Sambutan Kelahiran Hafni di Sekolah

Assalamualaikum...

Lambat pula nak sambut part 2...
bila berkira2 hari due dah nak dekat,
saya senaraikan semua kerja yang perlu dibuat sebelum bersalin..

Mula la berderet2 senarai nak buat..
kerja minggu lepas, dah selesai beres..
minggu ni plannya, nak siapkan hantaran adik nak nikah bulan 11 ni..

So dah siap separuh jalan..
malam tadi tengah dok kemas2, frame yang nak guna tu jatuh ke lantai..
berderai terus bingkainya..
tak kualiti rupanya, padan la harga RM14.90 je kat DIY...
nak kena cari yang baru pulak la..
baru je kata nak beli yang baru sebab frame ni tak ada cermin dan ketebalannya 1cm je, tak muat untuk quilling yang saya buat tu....

~Frame yang dah patah berderai bingkainya, huhu~

Memandangkan kerja terbantut sementara ni..
boleh la kejan habiskan entri yang tertangguh...
laju sikit tangan nak menaip ni...
kejar masa, huhuhu...


Sejak balik dari Kedah, sibuk la saya menggoogle resepi kek secret recipe tu..
first time rasa kek SR kena di tekak saya...
tu yang berkobar2 nak buat sendiri, boleh makan lagi, yeh..
kena balik rumah mertua, sebab kalau 3 beranak kami je, tak habis la nak makan sebiji kek yang manis dan bercheese tu...

Ikut asalnya, dasar kek tu guna biskut yang dihancur-mampatkan bersama butter..
macam biasa la kek SR tu...

Tapi terfikir pulak nak buat kek untuk Hafni ke sekolah...
saja2 buat dia happy, rasa special sikit nak potong kek depan kawan2...
so nak buat kek apa ya...
kek apa lagi yang senang, kek coklat lembab lah kan....huhu

Jadi plan saya;
buat kek coklat lembab sebiji untuk ke sekolah..
tuang sikit untuk buat dasar sebiji kek lagi, kek ala SR...
nak ganti biskut tu, dengan dasar kek je...

So dua loyang kek, dua tingkat periuk kukus, diguna serentak masak, selama 40 minit...
saya masak ni hari Khamis.. sebelum tengahari tu, masak kek...
lepas tu terfikir pula nak buat cookies...
sebab takkan nak bawa kek sebiji je kan...
so buat la cookies, yang besar2 sikit, bagi cepat siap...

Memang dalam senarai pun nak buat cookies ni untuk kudapan masa pantang ni...
so alang2 tu, buat terus 2 adunan..
sampai tak muat mixer nya..
saya dah agak dah, ragu2 jugak nak lamsam 2 adunan sekali bancuh...
sebab guna 500G tepung..
banyak tu, tapi buat jugak 2 adunan sekali gus..
padan muka, tak muat mangkuk mixernya...
dah kena gaul asing dalam besan pulak, adeh...
lain kali buat satu2 adunan dulu ye Nabilah Ahmad, emmm


Ni cookiesnya, oreo cookies..
first time makan kat rumah BFF raya lepas..
sedap plak rasa lemak2 rangup gitu...
cari resepi kat internet, guna minyak sapi rupanya, patutla rasa gebu2 lemak gitu...
simpan resepi dulu, sekarang baru sempat nak buat...

Yang ni guna acuan besar2, yang orang buat cookies royal icing tu...
letak satu bekas, muat2 100 biji...
pelajar sekolah Hafni, lebih kurang 87 orang semua...
boleh la makan seorang sebiji...
tak sempat dah nak bungkus2...

Ok la kan bagi cookies macam ni daripada bagi jajan2 kan...
saya tak suka la parents yang celebrate besday anak, bagi jajan dalam goodies bag tu..
Tak semua anak2, ibubapanya ajar makan jajan..
So tolongla bagi makanan yang berkhasiat sikit untuk anak2 kita dan anak orang lain..
untuk kebaikan bersama...kekdahnya, emmm

Lepas siap kek coklat lembab saya ni...
kek tak tebal sangat pula...
ada je yang tak kena...

So dapat idea, guna coklat mousse untuk choc cheese berry tu, lapis pada kek ni juga....


Coklat mousse ni saya gandakan adunannya...
sedap mousse ni, rasa macam aiskrim..
macam kek indulgence tu la...


Petang tu, dah sesiap lapiskan dengan coklat mousse tu, untuk simpan peti semalaman...


Coklat ganache pun buat jugak...
kenkonon nak buat efek leleh sikit kat tepi kek tu nanti...
bangun 3 pagi, masak ganache ni, dan deko kek....


Selepas semalaman dalam peti...
pastu tuang ganache atasnya...


Bab deko ni, spoil gila...
2 kali saya alter...
adoi rasa macam nak campak je kek ni...
huhuhu, tak dapat buat seperti yang dibayangkan...
ku keciwaaaa, huaaaaaaaaaaaaa

Kaler hijau tu bukan icing pun...
tak dapat buat icing sebab gelatin habis, ngam2 untuk coklat mousse tu...
jadi terpaksa guna coklat putih yang diwarnakan hijau...
memang bad experience betullah bila guna coklat putih ni..
dah masuk kali kedua dah, coklat putih ni buat hal...
asyik salah je nak handle...
tobat dah lepas ni....


Akhirnya guna je la kitkat sebagai penyelamat..
letak 4 ketul, ibarat 4 tahun umur Hafni...
siap sampai ke Subuh...


Selamat hantar ke sekolah jam 9.30 pagi..
sebelum waktu rehat sekolah jam 10 pagi..


Gambar2 ni semua yang cikgu hantar...
masemm je mukanya...
tak reti nak senyummmm...


Ada la satu tersengih ni...
apa la yang cikgu tu acah2 kat dia, sampai dia boleh senyum macam ni...
video pun ada atas request saya, sebab nak bagi si Hafni ni tengok balik masa kawan2 nyanyi happy birthday untuk dia tu..
Hahaha, gitu la budak2....
apa yang dia tengok kat youtube tu, dia pun nak jugekkkk...
sabo je la, melayan kerenah anak...
Daisypath Anniversary tickers