Search This Blog

Sunday 29 August 2010

Saturday 28 August 2010

kita sudah bertunang sebenarnya ???

ya la kan dah bertunang rupanya sy ni Alhamdulillah ,
mudah, paraktik & jimat rupanya cara bertunang ni .

imbas kembali beberapa bulan yg lalu

Sempena Hari Jumaat Yg diberkati ini selawat dan salam Buat Habiballah MuhammaD S.AW. Sudah lama hati ini nak bercakap secara rasmi tentang ini. banyak kali sudah Nabilah mengeluh dan berkata  kalau sudah ada keinginan tu cakap sahajalah, kenapa perlu disimpan lagi.Maka dengan itu dengan lafaz :

ameen

Thursday 26 August 2010

Monday 23 August 2010

Menu Ramadan AlHamra'

Bila tengok menu Ramadan Wak makan kat sana, fuyoo. Dahsyatnya org laki ni, tihihi. banyaknya lauk, xseimbang plak tu. Camna nanti ni, Nabilah xreti makan lauk banyak. Kena jimat ni kan, Wak???

Xpa la dok bujang2 ni, mesti banyak teringin makanan macam2, teringat masakan Umi lagi...kan kan kan =)

Hari tu kan janji nak masak Keria selepas wat Cek Mek Molek, sebab memang bahagi dua adunan untuk buat kedua2 resepi kuih favourite ni...
Keria ni, masa goreng tu, OK semua. Nabilah jaga elok, sebab first time, ma buat sendiri dari awal. bajet nak salut air gula tu, kira tau la sebab penah tgok MakCik Kafe tu buat masa keja kat kafe MDKS masa kat KMJ tu dulu... Tapi salah gak rupanya, lama sangat masak air gula tu, sampai nak jadi air gula hangus. Tapi memang jadi air gula hangus pun la, so keria tu xjadi sangat macam keria orang lain, sebab air gulanya xmembeku seperti selalunya orang lain buat, huhu....Tapi keesokkannya, Nurul plak try buat, siap tepon mak ke rumah tanya. Bila tanya mak, baru jadi. Huhu, tu la bukan nak blajaq betoi2, tengok mcm senang je kan nak buat tu, rupanya xjadi klu salah teknik dia. Apa yang senang? Makan je yang senang, kan kan kan? =]

Ini kentang, menu masa Nurul masak hari Khamis lepas ye. Menu utama, dia buat sup ayam, xamek la gambar tu, lupa kot.

Sayur campur ada.

Ni menu hari Selasa, Mek Ain masak.
 Kata nak buat Ikan 3 Rasa. Tapi bila dah siap, nampak cam sambal ikan je. Ain kata, aku tengok resepi kat internet, klu internet tu tipu, maknanya aku tipu korang la.

Ain ni suka la dia masak telur dadar, pastu suka la letak Ajinomoto, perasa nak sedap. Hai dia ni...dah marah pun tetap buat jugak, penting tu nak sedap katanya....=/

Majlis Berbuka ADNS Bangi @ Seksyen 15

Majlis berbuka puasa ni diadakan di Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15, Bandar baru Bangi. Asalnya kitorg hanya menjemput orang2 ja. Kami staf belum lagi la dijemput. Ingat x pergi dah. Tapi sehari sebelum majlis, YB jemput, Staf mesti la pergi, xmunakesabah katanya kalau xpergi. Orang kite kene ade la.

Makanan banyak sangat. Kuih-muih, ada popia, kuih sagu, kohsui, kurma lagi Masa berbuka tu, makan yang ringan2 dulu. Lepas Solat Maghrib, baru la makan nasi. Asalnya pergi dengan Nada, dan Aisyah (adik Nada). Tapi dekat2 nak buka posa, Nada hilang. Tidak dapat dikesan. Tengok keta pun xdak, maknanya memang dia dah kuar ni. Bila tanya hari ni, pi mana menghilang hari tu? Dia kata sakit hati, bergaduh dengan Pokcik dia, pasal cikgu MARA tu la...Aduyyai bila nak setle isu ni. Kalau nak isteri yang bekerjaya hebat kenapa tidak dicari dari awal orang yang mempunyai ciri2 tersebut. Kalau sudah tidak dapat untuk menerima diri seadanya, patut lagi ke meneruskan niat untuk berkahwin? (Nabilah pun turut terlibat kot)
Suasana hias letak peralatan jamuan semuanya berasaskan warna tema, HIJAU. Nabilah xdak baju warna hijau, jadi xdapat nak meraikan majlis la dengan warna tema tu.

Em ape ni ye, senget plak. Popia kot dengan kuih cara berlauk.

Menu makan nasi, Nasi minyak ke beriani ntah. Ayam masak merah. Daging masak rendang kot. Sedap jugak daging ni, tapi daging yang tanggal keping2 mcm ni, orang kata daging import, betul ke ye?
Lepas setle makan. lauk banyak lagi lebih. Apa lagi, keja orang pompuan la bungkus2 makanan lebih untuk dibawa pulang. Nabilah tolong sket2 ja.. Nabilah kata kat kakMariah, Mengantuk la tengok lauk banyak. Pas2 mengantuk pun xdpt ditahan lagi. nabilah tido kat 2 kerusi. Pas2 tukar ke meja plak. Sedar2, semua orang perempuan dah xdak. Tinggal Nabilah sorang kat meja tu dengan pekerja laki katering tu. Diorg pun tengah mengemas sebelah Nabilah. Almak seb bek dah jaga kalau x, camna depa nak kejut Nabilah nanti. Cepat2 capai beg nak pi toilet.

Masuk toilet tengok cermin besar, yeyeh! Nada xdak, xdak orang nak klik gambar Nabilah. So amek la gambar sendiri kat depan cermin, hehe. Banyak kali amek, awat xjadi comel mcm orang lain amek? Emmmmmmm,
Bila masuk dewan nak dengar ceramah lepas terawih, Aisyah minta klik gambar dia.. So, apa lagi mesti la berbalas kan kan kan... Plez click me, oso=)

Thursday 19 August 2010

Hargailah Isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat
kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be closed to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang
bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah
'LaailaahaillalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):
"Wahai manusia! Ucaplah 'LaailaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Supaya kalimah ini tetap di Hati…InsyaAllah.

Wednesday 18 August 2010

Jambangan Mas Kahwin

 

Dari idea orang lain, tengok bawak jambangan wang mas kahwin semasa akad nikah. Wah, mencapapnya!!! Cam beriya-iya ja...
Tp kan kalu nak wat mcm ini, xboleh lipat semua duit mas kawin sebhgian ja. Sebbnya nanti terkeronyok. tp memang cantik lah.sebahagian jadi bunga sebahagian masuk album. susah juga nak jaga bunga ni xkemek dalam keta.
Banyak je alasan dia...

Tapi 2,3 hari ni, asyik terfikir lg pasal jambangan duit mas kawen ni. Apesal nih? Tengok lagi blog blogger tu.. Hari ni, dah decide, Kami Nak JUGAK!!!
oo guna duit 10 n 1 ringgit ja, kalu guna 50 takut rosak sudadh huhu
Banyak je alasan dia...

Nak jugak, jambangan mas kawen ni masa akad nikah nanti, insyaAllah.
Biasanya, selalu orang letak dalam album, kepingan2 duit2 mas kawen tu...
Xnampak vogue gitu.
So, Nabilah decide nak buat jugak mcm ni..

Tapi metodnya, xtau lagi. Samada keluarga Sekinchan nak buat sendiri atau x, bunga pe yang nak dibuat atau camne.
Kalau orang sana xnak buat, bagi Nabilah buat xpe...
Janji impian dalam majlis kawen ni, terCAPAI!=)
em kena tanya mak dulu ni mcmana nak buat
Banyak je alasan dia...
Tengok, sejambak dapat, yeh! Sukenye..sukenye...=]

Wah, best tu, jeles, jeles, jeles banget!
wah jelesnya dia dah kawin, baju dia pun cantik juga kan kan, nak cari sampin la blik nii

Sini ada instructions untuk origami tulip. Lagi lagi tulip. Yeyeh, I Love Tulip very MUCH, muaaahhaha!
Lagipun mcm senang je origami tulip ni. Sekolah rendah dolu2 dah penah buat masa darjah 2, cuma xtau nama bunga pa ja. Kalau tau ka, pasti ku kenang ilmu nak lipat origami tulip sampai skg. Tapi tau ke dewasa ni, minat tulip very much, hohoho....

Roses macam susah je. Camna kakak tu buat tuh? ooo
Cam susah giler!!!

 Kalau nak mcm ni kang, advance plak.. Poning Wak, tihihi.
Suka, suka bagi dia pening. Kasi pusing semua 1 badan!!!  
bukan nya poning tapi pengsan, baik sy bagi emas keping2 keping 2 mcm dinar tu
oo, lg suke klu dapat dinar. mmg impian Nabilah nak dapat dinar emas pun klu nikah nanti tp tu impian klu kawen dgn org klate, tp skg Selangor, jadi impian tu simpan senyap la..tapi dah bocor sudaa skg=]

Tuesday 17 August 2010

Menu Ramadan 6

Masak untuk hari ni, besa2 ja. Dah siap bahan2 semua dari Ahad lagi. Sebab selalu hari Isnin banyak keja kat opis, takut xsempat nanti, kalut plak petang Isnin tu nak masak. Cadang nak buat Ayam Berempah. Nak buat pajeri terung, Ain xsuka pajeri. Nak buat sengkuang masak lemak, dia kata, xpenah dibuat oarang sengkuang masak lemak. Kat Kedah ada la, favourite kami tu. Dia nak patola masak lemak. Adoi, makcik ni klu tanya dia, mcm2 dia nak makan.

Akhirnya pada hari ni, menu yang benar2 berlaku adalah Ayam Berempah, Sengkuang Masak Lemak, dan nasi nak special sket, Nabilah tambah minyak dan serbuk kunyit serta garam, kunun2 nak buat mcm nasi ayam la, tapi saje saje je=]

Bila dah hidang, Ain nampak nasi, Kenapa nasi kuning? Yelah dah boh kunyit.. Kenapa nasi kuning, tanya lagi sambil mencebik muka, xsuka la tu. Ha la nak buat special sket, lain dari biasa. Iqa menyampuk, xpe la nasi kuning, saya suka, saya suka... Dok mencebik2 dia, tambah juga sepinggan lagi...Ha, baru tau..

Ayam berempah ni, masa makan tu, Nabilah tanya, rasa x rempah dia kat isi2 tu? Sebab Nabilah xrasa mcm kaw kaw pun. Ain kata kurang. Fiza pun kata, rempah dia sket sangat kot. Emmm, masuk toilet, baru teringat, Nabilah xboh serai, kuang kuang... Patut la mcm senang ja Nabilah buat rempah tu, tumbuk2 sekejap je dah boleh perap ayam (blander rosak kat umah, tu yang guna lesung tu, terpaksa ar jadi Cinderella dolu2)

Masak Lemak Sengkuang, bertahan sampai sahur...Alhamdulillah. Tapi sahur dah buat Ayam Goreng Kunyit, ada sayur jugak kacang panjang...

Ya, apakah ini?

~Senyumlah senyumlah, ahai Cek Mek Molek~
Asalnya nak buat keria, tapi Ain gediks tu xmau plak... Nak cek mek molek. Aik, yang mana satu cek mek molek? Ada gula dalam tu? Ha, kami suka cek mek molek.. Eee, xpenah buat lagi, mana reti. Ala senang ja buat dia. Pandai sungguh dia cerita cara2 nak buat, tapi sendiri juga kata, Ceh, macam kami pandai buat, tau cakap ya, hehe. Hehe, tau xpa. Buat tengok. Tapi try jugak la buat sebelum pi opis tu, bentuk2 kan sesiap, takut xsempat petang nanti. Bukan ada yang nak tolong, tolong makan ramai la..=) Wah laku jugak cek mek molek saya.. Lusa, nak try keria plak, insyaAllah=]

Monday 16 August 2010

RESEPI : Kuih Qasidah

Hari Jumaat, kebetulan. Kitorg balik masa waktu tengahari ni. Klu x, sepanjang Ramadan ni, xbalik tengahari, sebab nak balik awal. Selalu masauk je waktu Asar, trus balik umah. Tutup semua keja. Lagipun rehat hari Jumaat kan panjang, balik la berpakat dengan Nada.

Hari ni xda idea nak buat kuih apa. Tapi asalanya pagi tu dah beli tepung gandum. Nak cari Cap Sauh, xdak plak. Ada Cap Kunci ja. Em boleh la. Tapi dah alang2 balik tengahari ni, kacau sesiap la cucoq yang nak buat. tu. Teringat tupperware Ustazah pun xbagi lagi. Ini lah masanya nak hantar tuperware yang berisi. So buat la lebih sket, untuk Ustazah, utk Nada sbb dia xpenah jupa lagi kuih ni.

Kuihnya adalah, Kuih Qasidah.
Bahan nak buat, simple ja. Tepung, air, gula, garam. Pastu kacau sampai likat, dalam masa 30minit-1jam. Lagi lama kacau, lagi lama tahan, Pn Intan la pesan mcm tu.

Lepas dah siap kacau, tutup api, boleh tuang tepung tu ke dalam loyang@tuperware yang kita sediakan. Kali ni buat, muat la jugak (cukup2 makan) dalam 3 tuperware..

Yang besar sekali untuk Ustazah, yang bekas cerah untuk Nada dan yang peech tu untuk rumah. Harapnya OK la nanti, orang makan. Kadang2 kalau xjadi tu terlalu lembik sampai xleh pegang dengan jari atau terlalu keras, xrasa aslinya, yang lembut2 gedik2 bila pegang dengan jari tuh!

Hari ketiga, Nurul masak. Dia masak Ayam Masak Kurma, dengan Sayur Campur Ladna. Kalau diikutkan, Fiza xsuka makan masak kurma. Nasib bek dia dah balik kampung. Kalau dia merajuk jugak hari tu kan best... ~Emmm, tihihi~

Berbuka @ de Palma Hotel

Majlis berbuka puasa ni adalah anjuran Darul Fuqaha untuk kutipan derma bagi Tabung Sekolahnya. Kitorg plak, pi makan atas tiket derma orang lain (orang yang bagi derma, tapi x pi makan). Sepatutnya boleh ajak ramai lagi, sebab tiket banyak. Tapi akhirnya dari rumah Nada, 4 orang (Dr.Kayu, KakTi, Nada, Acim), Alhamra' (Ain, Nabilah), dan anak angkat KakTi (3beradik)

Bertolak dari rumah 6.15 camtu, ingat nak jam dah, Alhamdulillah xteruk sangat. Jadi sempat sampai sebelum waktu berbuka.

Rupanya Hotel de Palma ni, hotel kerajaan Negeri. Jadi terjamin keHALALan semua makanan yang dihidangkan. Dan konsepnya pun Islamic, Alhamdulillah. Dengar pengumuman dari Kumpulan muzik, Solat Sunat Terawih diadakan setiap malam sepanjang Ramadan ni. Surau pun boleh tahan luas. Tambahan solat Jumaat pun dilangsungkan di surau ni. SubhanAllah!!!

Ini dia gambaran Surau Muslimat. Ada skrin. Malam Solat Terawih ni, dipimpin oleh ape nama, Sheikh pe Al-Fattani je ingat, hehe.. Ni dah siap nak balik dah ni, xnak sampai lewat. Solat terawih ni buat sampai 20rakaat.

Sampai ruang dewan makan tu, cara hidangan adalah bufet. Setiap tiang dalam dewan tu akan menjadi pondok bekalan makanan. Ada banyak jenis lah. Dibahagi ikut kategori makanan macam Pencuci mulut, Kuih-muih, Masakan Kampung, Minuman, Ala Carte, Barat. Kat luar dewan pun ada lagi pondok2 makanan. Fuuuuuuuuuuuh, berbaloi2...

Nabilah amek nasi minyak, tapi Ain yang boh. Banyak tu, nasi. Amek sotong, dengan tempe. Letak kuah masak lemak dan sedikit sambal belacan.

Ain, amek pa ntah. Banyak sangat ni.

Nabilah dok cari2 lauk udang ni. Tanya Nada Ain, kata xnampak lagi udang.
Kitorg dok kat meja no.21.

Nowseeheart, artis jemputan

Us Wan Sohor Bani Leman dengan anak2nya.

Pas2 semakin teruja tengok baby ni yang tembam, nak lagi amek gambar. Tapi dia xpandang ke kamera. Ehh, pas2 Us dukung dia tinggi2. Dia pegang kat tapak kaki ja, pastu anak dia keras macam patung. Ni masa keadaan tinggi la ni. Naktunggu dia alih ke sini, xjuga.. Dapat sipi je la

Lama2 dia dok tinggi camtu, suka plak dia. 1 dewan tengok Us wat cam2 kat anak dia. Orang lain pun ada amek gambar. Poyonye Nabilah jadi pencetus tu.

Cadangnya nak amek gambar Us Fauzi plak, tengok2 lepas Maghrib, dia balik sudaa, angkat semua 1family selepas isteri dia selesai solat Maghrib. Ooo, xdapat amek gambar Us Fauzi n Family

Ha ni stall2 yang ada kat luar dewan. Tengok tu Pakcik Kedai Buku Syabab pun ada...

Seekor kambing terkorban untuk jamuan hari ni...

Ha yang ni paling special. Pondok Nasi Kerabu, Nasi Dagang, akak ni pkai baju cam org perempuan dulu2 nak pi bendang je... Baju Kedah, Kain batik dengan topi kain batik, =)

Lepas solat Maghrib, turun dari lif, terus ke stall Yong Tau Foo. Makan Yong Tau Foo

Pas2 tengok Nada ngan adik2 angkat tu, amek udang, nak juga. Pi kluar amek udang dengan Ain plak.

Bukan pe, nak praktis sampai perfect makan udang, kopek kulit dengan garfu, sudu. Ok, lulus kali ni.

Aksi Us Wan Sohor masa dok rekod video semasa Pelajar Darul Fuqaha persembahkan Nasyid, dia pun pusing 1dewan rekod suasana.

Saturday 14 August 2010

Friday 13 August 2010

Menu Ramadan 2

Untuk Ramadan 2, turn Ulfa yang masak. tapi rupa2nya, ada pakatan, join together plak dengan Ain. Ain pun sesaje tepon nak bagitau menu hari ni, Ikan kembung masak Cili, Sup Cendawan ala ladna. Rupanya tepon2, ada makna, minta tolong beli ikan kembung kat Pasar Siti Khadijah belakang pejabat. Emm, amboi... Em beli la jgk, sekilo RM13. Amek 8ekor, harga RM10.99. Adik tu nak letak 11hinggit. Nabilah kata RM10 sudah la, 99sen tu berat perut ikan tu ha... Tapi dia tulis kat plastik RM10.50...eeee, dekut.=) Tapi masa pi bayar, Bos yang jadi casher, dapat RM10 je, sebab buat muka kesian sket, Bos kata, 10 dah la, sebab penat tunggu. Yeyeh, dapat diskaun! Alhamdulillah, mekacih=)

Wah, balik tu, Nabilah stat la dengan menu kuih hari ni. Nak buat Buah melaka. Tapi spoil nye, sebab pakai gula merah, pagi td dah kepul2 jadi bulat2 kecik2.. Nak try jadi ke x, dengan gula merah. Nak beli gula melaka, mahal plak. Nak jimat kan, beb! Kepala parut pun spoil, masa beli, lupa nak ckp, nak yg putih saja sebab nak letak kat kuih, bukan nak buat santan, ayyo....

Buah melaka yang xberapa nak jadi, huhu!

Yang paling kaw kaw, ni la, sambal cili ni, fuyoo, terangkat habis, tihihi...
Ni masa dok tumis, ramai plak pembantu kat dapur, xaci nih! Fiza ngan nabilah pun menyebuk jgk, hehe..

Wah, Ikan Kembung Masak Cili, memang kaw kaw lah!

Cendawan xdak kat kedai. Pas2 Ain terpaksa tukar menu, so buat sayur campur ladna,emm...
Siap sudaa, boleh makan, Alhamdulillah!!!

Thursday 12 August 2010

Menu Ramadan 1

Ramadan Pertama berpuasa, turn Siti Norhafizah Ahamd Tarmidzi bin Dahlan bin Yaakob bin Abdullah masak. Masa orang lain tanya2, Fiza nak masak pa? Rahsia jawabnya. Akhirnya dia masak tempoyak, tempoyak mak mertua bagi.=) Tapi xbestnya Nurul merajuk sebab masak tempoyak, dia xmakan. Kalau cakap awal2 kan Nurul boleh beli lauk kat luar. Kitorg buka posa, dia xmasuk korum. Emm, adik merajuk, xdipujuk...huhu..

So, menunya Ayam Masam tempoyak. Nabilah pun tengok2 jugak, dia masak tempoyak camna. Katanya dia pun tengok internet. Dah alang2 ada tempoyak kat umah, xguna nanti mbazir plak, klu rosak.
Ni la hasilnya, Ayam Masak Tempoyak, Nurul Merajuk, hehe=]

Pas2 dia goreng taugeh, kucai dan tauhu sebagai sayur.

Untuk kuih-muih, Nabilah cuba untuk amek tender sepanjang Ramadan ni..Cewwahh, mampukah??? Tiap2 hari pk nak buat kuih pa lagi utk esok...utk esok...utk esok...eh baru 2hari posa, ngeee =]

Hari ni buat popia. Tengok menu kat Dapur Tanpa Sempadan, simple je resepi dia, cuma Nabilah tolak xboh udang ngan cili merah.. Jimat, beb....=D

Wah, udah siap, boleh makan!!! Ooops....
Tunggu masuk waktu berbuka dulu ye....isk3x =/

Wah, geram ni Ain tengok, Kami suka popiaaaaaaaaa!!!

Tuesday 10 August 2010

Masak2, Makan2 @ Penang

Jamuan kat umah BChiq, nak buat Chicken Chop. Camna tuh? Wah, ni peluang nak belajaq ni.. Dont miss it, ha...

Mulanya lepas sampai pagi tu, Nabilah tidoq la yang pentingnya. Pas2, BChiq gerak, suh ikut dia p Carrefour beli barang masak. "La, xmau p ah.. Dah la xmandi lg, xdak baju plak tu." "La, pakai baju kak Azida la, xmau?" Ayah plak dok suh pi jugak, beli barang. Malasnya hai, xreti org nak tidoq, mengantuk. Emm, akhirnya bangun jugak pi mandi. Sudah mandi tu, kak Azida sua la baju dia, nak bg. Kchiq xmau la amek. Pakai balik baju semalam, huahua..segan nak pakai baju orang, tihihi..

Pi Carrefour, BChiq yang memilih barang. Nabilah dok tgok2 benda lain, sebelum masuk Carrefour, tgok2 handset.. Ooo, ini dah cerita kat Wak dlm sms, emm....

Pas2 balik, oo sekejap. Sebelum p Carrefour, kami singgah makan nasi ayam dlu, CikTam dia lapaq, xmakan pagi lg. Coq cempedak Kak Azida goreng tu, dia xdan makan, habis sudaa.. Bangun lambat sebab tidoq lambat. Masa ni kami berempat ja keluaq, tinggal Along, BTam ngan ayah kat umah.

Ok kita trus kepada menu Chicken Chop. sepatutnya nak beli drumstick saja, tp kat Carrefour xdak plak stok tu. Pas2, pi amek drumstick yang marinated punya. Dah tersedia peram rempah. So balik tu, terus sisih la isi dengan tulang.

BChiq buat mcm ni, dia sisih isi, smpi kat hujung tu, pas2 katok tulang yang besaq tu, tinggal hujung sket ja sebagai pemegang. Pas2 BChiq ketuk2 lagi dengan lesung kat isi dia. Tanya pasaipa buat camtu, BChiq kata, "isi kat peha ni, liat sket nak masak. Katuk2 ni, nak bagi dia cepat masak la..."


Pas2 dia ada beli cendawan kering, balik rendam, pastu hiris panjang2 camni...Agak2 sedap ka eh?

Pastu dia masak cendawan tu dengan bawang putih. Pastu boh sos pe ntah ni, Thai mari...

Plum sauce, emmm

Tgok, gaya chef buat reja..ui penat camni.. Serba satu dia buat.. ingat lagi, klu dia masak kat umah, Nabilah statik di sinki.. Keja basuh perkakas ja... Banyak betoi, klu xbasuh trus, penuh sinki dibuatnya..

1. BChiq amek ayam, dia celup tepung gandum.
2. Lepas salut dengan tepung, dia pi rendam dalam telur plak.
3. Lepas telur, baru pi kat bread crumbs.
 
4. Pastu masuk dalam kuali, goreng sampai isi masak.

Keja Nabilah masa tu selain klik gambar, nabilah goreng kentang...
Sekali masak, 1 kentang masuk mulut, yeh..tihihi


Chicken Chop yang dah tersedia dalam pinggan..

Masa untuk makan!!!
Yang berlebai tu, abg Firdaus. Nabilah baru sudah solat Isyak, xstat makan lagi, pastu makan dengan mak, berdua..

Ayah dah kekenyangan lepas buka posa, kami ja baru nak makan. Tunggu mak, lama sangat. Malam, masuk Isyak, baru sampai...


Along buat muka sedih, huhu... Tunggu tok dia xmai lagi...

Lepas makan kat umah BChiq selesai, kami pi umah BChaq plak. Dengaq cerita, Kak Murni masak nasi ayam. Ayam lagi.....

Kami semua kenyang dah, tapi xsampai ati nak keciwa kan kak Murni. Dah la dia ready dari awal lg. Pas2 xmakan lagi, sbb tunggu kami semua. So makan la sket.

Masa ajak abg Firdaus tu, Kak Murni tanya la, "ni nak merasa ja ka nak makan betoi2 ka? Nak yang rasa2 atau yang 4ringgit setengah punya?" abgFirdaus blur nak jawab, tp dia kata, "emm bagi dlu rasa2, satni klu best kita bli la yg 4ringgit setengah punya.." "Awat xbeli truih, 4ringgit setengah?", Kak Murni tya.. Kami semua gelak2...
Masa mak cedok nasi ni, mak kata, "Awat yg xkena dgn nasi ni?xserupa nasi ayam pon?" Emm xberapa nak kuning. "First time mak, buat nasi ayam. xtau la camna rasa" kata Kak Murni.

Pas2, dah kenyang, tidoq la. Lewat la jgk bangun subuh pagi tu. Asalnya dah bangun awal masa ayah nak solat malam tu, tp tidoq balik, huhu.

Esoknya bangun, tengok adik2 ku yang hero semua tu, terbungkam tidoq kat ruang tamu.. Mai kita candid sket..tihihi...
CikTam yang pkai kain pelikat, BTam pakai short, pas2 CikTeh terlindung sket dengan bantal2...

Ni ruang tamu umah BChaq pada hari2 besa tanpa manusia yang sedang tidoq, hehe...
Daisypath Anniversary tickers