Search This Blog

Tuesday 29 April 2014

Hafni : Dah mula makan dan minum selain susu Umi

Assalamualaikum...

Hafni dah nak masuk 8bulan.
ermm macam tak percaya je..
tup tup dah 8bulan.
lagi 4bln nak masuk setahun.

Selalunya bila anak2 dah masuk 6bulan, mak2 mesti dah sibuk bising2 suruh bagi makan kat anak.
kami si ibu muda, [cewahhh] ada grup support yang memberi pengetahuan tentang pendidikan awal anak2 termasuk pemakanan, pakaian dan remedi.

Saya berat juga nak bagi makan awal2.
ingat nak tunggu dia boleh jalan atau ada gigi dahulu, baru nak bagi makan.

Ermmm, desakan orang sekeliling memang memberi tekanan.
saya masih percaya pada kekuatan alasan najis mutawasitah yang anak lelaki yang hanya minum susu ibu sehingga umur dua tahun.
kalau anak terlalu lapaq sangat atau maksudnya anak xcukup zat sebab tak ada makanan tambahan lain selain susu ibu, takkanlah Allah nak memudaratkan hambanya kan???

Ada lagi kawan2 yang belum bagi makan pada anak2, saya jeles la sikit, kekeke...
sebab tak perlu susah2 nak masak, nak packing, nak suap, nak kemas lap meja lantai bila kotor sebab anak makan tumpah, grrrrrrr...

OK, nanti dulu jangan melenting.
tu semua perasaan masa awal2 mula nak bagi Hafni makan.
sebab bukan dari kesediaan Umi nak buat itu semua.
sebab terPAKSA errrrr...

Tapi lama2 bila Hafni dah mula menunjukkan minat nak makan, baru syok suap makanan kat dia.
dulu banyak main2 ja, habis tumpah bubur, kena baju, kena meja, kena lantai.
kadang2 bubur tak habis, jadi basi plak...

Masa awal2 tu saya mula dengan jus kurma.
kurma dalam petiais Mak yang banyak tu, saya amek mesin, bagi dia rasa air manis kurma tu.
lepas tu baru mula dengan bubur nasi.
pastu mula bagi dia makan biskut, dengan buah-buahan seperti sunkist, epal, tembikai.

Ni masa kat kampung bulan 3 lepas.
masa ni tengah dok hisap biskut marie kalau tak silap.
tengok atuk dia makan macam sedap je, dia pun nak pegang juga.

Habis penuh muka dia makan...hihi.

Selepas bubur nasi mudah sangat basi, saya tukar kepada kentang dan karot lenyek.
kadang2 saya blend halus, jadi bubur.
Hafni nampak lebih bersemangat makan.
reaksi dia yang ternganga-nganga, ketuk meja xsabar2, atau terus merangkak ke depan nak capai mangkuk, buat saya rasa seronok nak bagi dia makan.
macam ni baru syok nak suap...


Masa stok dah habis, baru buat baru plak...
saya packaging macam ni je la senang.
mana rajin nak masak setiap hari.
sekali masak boleh tahan 3-4 hari, tengok kuantiti bahan masa masak.
yang terakhir ni masak, boleh dapat sampai 7bekas.
tu pun dah sumbat penuh2, sebab Hafni dah makan banyak.
dulu masa awal2, letak separuh bekas je, tu pun kadang2 sampai 2hari makannya.


Sambil Umi dok bungkus bekal, Hafni pun ada kt depan atas meja makan ni...
Habis je guna senduk, dia pun nak capai nak suap.
last saya bagi je terus senduk kat dia....


Main ketuk2 plak dia..
jangan sampai terketuk kepala sendiri sudaa...


nak karate plak......
layankan aje...


kalau tau orang ambil gambar dia, pandai senyum simpullll
dah pandai daa sekarang iskkkkk

Sekarang ni bukan setakat bubur je dia makan...
kalau tengok Umi Abi makan pun dia nak juga makan makanan tu..
kadang2 boleh la bagi dia rasa.......
kadang2 kalau pedas tak boleh la bagi...
kadang2 dia pandai mengamuk meronta-ronta.
kadang2 dia faham tak kisah je...

kali ni mengamuk betul, sampai jerit2..
mula nak mencapai ayam kat tangan Uminya..
geram sangat kot tengok Umi makan ayam panggang Ayamas
macam sedap je kot... macam nak je kan...hihihi.
dah tu, cabut semua isi, tinggal tulang je bagi kat dia...


Bukanlah dia reti makan pun.
tapi geram nak gigit..
semua benda nak masuk mulut.
dapat je tulang peha, menyonyot je hisap...
feel betoi macam makan KFC, sedap hingga menjilat jari, kekeke.....


Asyik sangat dok gigit, saya pun nak tergelak tengok dia
semangat sungguh nak makan ayam tu...
nampak je orang nak snap gambar, terus dia sengih, gelak2....


Hey, Umi amek gambaq plak, orang sedap2 makan ni....

Makanlah lagi Sayang, Umi nak tunjuk kat Abi ni, Hafni makan ayam.
Dia pun gonggong semula tulang tu...
macam faham2 jekkkk, pandai Hafni.....


Balik je Abi, bagitau dia n tunjuk gambaq sebagai bukti.
Ya Allah Hafni Azzahrah ni, eee akan yam ye, afni akan yammmmm, emmm edap?
[apa fesyen bahasa la enSuami saya ni cakap dengan anak dia, mesti ada huruf depan yang dibuang, aiii cikgu ni.......iskkkkkk]

Lepas ni nak makan ape plak ekkk.
asyik makan kentang karot je, kalau saya pun jemu, kesian dia...
dah beli labu, tapi belum masak lagi.
nanti try labu plak......

Ada gigi nanti, lagi la nak makan macam2 kannnnnnnnnnnnn


Wednesday 23 April 2014

Hafni : Hari ini kita ada mandur....


Assalamualaikum..

Kerja2 hari2 sebagai pengurus rumah tangga...
nak2 bulan ni, kawasan kami ada catuan air.
dua hari ada air, dua hari tak ada air.

Disebabkan tak ada air ni la, paip rumah kat bilik air terkepung udara.
asbab jadinya, air tak dapat keluar melalui paip.
nasib baik jadi kat bilik air depan n paip mesin basuh baju sahaja..
kalau kedua2 bilik air jadi camtu, aii mau mengamuk la nak rasa, nak mandi pun susah.

tapi azab jugak bila nak basuh baju.
terpaksa tarik salur getah yang dok siram kebun jadi salur untuk mesin basuh.
kadang2 nak cepat, basuh tangan.
tapi saya hanya gigih untuk basuh lampin Hafni je la...

Nak basuh baju Umi Abinya, Abi kata tak yah susah2...
tunggu hari ada air, baru nak basuh.
mau la 2-3 round mesin tu kerja, kekeke...

Sejak akhir2 ni enSuami ada kerja kat sekolah.
memanjang sibuk dia ni...
kata ja kerja setengah hari, tapi, saya rasa mcm sepanjang masa dia tak ada.
tak patut betul, iskkkk

kalau Abi tak ada, memang Hafni asyik nak ikut saya je la..
tambah sekarang dah pandai merangkak, xnampak kelibat Umi Abi, laju je dia mencari.
kadang2 saya pun tercari2 dia, mana pergi.
kalau diammmm je, mesti ada pape yang dia buat sorang2 tu.
kalau tak, mesti dia jerit, nangis2.....


Kalau dah buat kerja, asyik nak ngikut je, macam ni la jadinya...
kalau letak kat pintu pun, dia merangkak nak masuk jugak..
last2 letak atas toilet tu ha...
baru tak bergerak2...

Sambil Umi dok bilas CD2nya, dia dok tgok kat atas tu.


lama2, Umi plak nak tgelak...
mcm bos dok tgok kuli buat keja lak, kekeke......

Aiii, mandur saya ni excited bukan main dia boleh tengok orang buat kerja.
kdg2 risau jugak, kalau2 dia dok bergerak2..
kejap je ni, xlama pun boleh duduk...
budak2 kan, manala reti nak duduk diam..
sabo jelah...



Saturday 12 April 2014

Cerita Indah tiru Mak Ndak, ;P

Assalamualaikum..

ini cerita family.
Indah tu nama anak saudara perempuan yang pertama bagi keluarga saya di Kedah.
anak abang sulung.
nama penuhnya Indah Nisrina...

Sejak dia lahir, sempat la tengok sekejap masa dalam pantang.
kemudian dia membesar dengan neneknya di Terengganu.
sejak dari itu, saya tak pernah jumpa dia sehingga lah bulan 3 lepas, saya tinggal di kampung selama sebulan.

Masa awal2 balik tu, of course lah dia tak kenal Mak Ndak dia ni, sebab tak pernah jumpa.
biasalah budak2 kalau dia tak kenal, dia tak dekat dan layan..
saya biar je, tengok je dia....

Lama2, dia buat mcm Mama dia plak, asyik mengekor saya je..
sebab time kerja kan Mama pi work.
tiap kali kakak ipar kuar, dia mesti nangis.
masa abang2 dia cuti sekolah je, dia OK.
mungkin sebab dia rasa tidak ditinggalkan sebab abang2 dia ada sama, selalunya diorang pi school la kan...

Sejak 5 bulan lebih, Hafni dah boleh duduk.
lega la sikit, boleh letak dia duduk sendiri.
kalau tak, asyik nak kena pegang je kan, naik lenguh tangan ni...


Tahu je kamera on nak klik, dia pandai daa nak senyum2....
Dan bila terlalu syokk sangat jadi cenggini lah, terjelir2 lidahnya hepy sangat...


Ini dia Indah Nisrina....
pandai bergaya, melaram budak tecit ni....
tengoklah posing tu, masa ni abang angah dia yang klik...


Moment2 Hafni sepanjang di kampung....
time baru terjaga dari tidur, time tidur pun ada...



Tu dia bila segeng tidur..
ini kali pertama diorang tidur bersama.
sejak tu, selalu tidur sama, Indah dah mula mesra dan memang nampak sangat suka dengan baby, panggilan dia untuk Hafni.


Dah sepanjang hari dia bermain bersama saya dan Hafni, jadi kebanyakan masa dan perlakuan saya, semua dilihatnya...
sampai la satu hari saya perasan dia sedang meniru sesuatu...

Dia pun nak menyusukan juga...
seperti saya menyusukan Hafni...
Allahuakbar...


Dalam senyap2 dan tahan gelak saya ambil gambar ni.
semua perlakuan saya ditirunya.


Bila saya tepuk2 bontot Hafni semasa menyusu sambil nak tidurkan dia, dia pun tepuk2 bear kuning tu, hihi...

Puk puk puk.....
saya lap mulut Hafni kalau ada lelehan susu, dia pun usap2 juga muka bear tu, kekeke...


Ni masa kat depan TV.
tengok la penuh ruang tamu, dipunggahnya
segala mainan yang ada dia keluarkan..
jenuh semak mata nak tengok...
tapi nak buat macamana kan, dah nama pun budak2, memang itulah kerjanya, 'MENGEMAS'


Balik je Mama tu dari work, inilah rutinnya mengemas semula apa yang dikemas anak2nya.
letih oiii..
tak kira lagi dua orang abang dia...
dengan makan minum yang tumpah kat lantai...
dok pikir juga alkisahnya saya nanti, bila tiba giliran Hafni plak...
harap dapat tarik nafas panjang2, huuuuuuuuuuuuuu


Bersungguh2 tu dia nak menyusu, hehehe...
haaaa, jangan tak tahu, Indah pun ada baby yang nak susu, kuikui....


Ada sekali tu, terdengar jugak dia cakap, Indah nak nenen Mama? dia ulang beberapa kali.
hah? alamakkkkkkkksss
jenuh kakak ipar nak jawab mende...
tak pasal2 je, dia kaco Mama dia plak, huiii..
diorang susu botol daaa, mana nak boleh susu mama lagi, aduyai...

Macam2 la ragam budak2 ni...
comel pun ado....
hai sabo je lah....

Wednesday 9 April 2014

Tentang NabilaHasyim


Nama penuh saya adalah Nabilah binti Ahmad.

Dilahirkan pada 9 April 1985 di rumah tok di Jalan Dato’ Kumbar, Alor Setar.
Saya mula belajar di Tabika Kemas di Simpang Empat, Alor Setar.

Kemudian ke Sekolah Rendah di SK Haji Hassan Itam (1992-1997) juga di Simpang Empat. Pergi sekolah jalan kaki je pada waktu pagi.

Selepas UPSR, saya belajar di sekolah perempuan sahaja dari Tingkatan 1 hingga 5 di SMK Tun Sharifah Rodziah, Kuala Kedah (1998-2002).

Selepas SPM, dapat tawaran panggilan kedua ke Matrikulasi MARA di Kulim selama setahun. Kelas Sains Biologi (Kelas B-B3) untuk sesi 2003/2004.

Seterusnya melanjutkan pelajaran ke UKM Bangi dalam bidang Sains Laut sehingga tahun 2007.
Pernah mengambil Kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 (2009) di Kolej Menara Jaya Kampar, Perak.

Saya pernah bekerja sebagai guru PASTI Siti Sarah, Seksyen 7, Bangi. Guru SK ABIM di Seri Manjung, Perak. Lepas tu dah serik tak nak jadi cikgu lagi. Rasa macam tak layak nak mendidik anak orang, huhu….

Saya lebih suka buat kerja melibatkan komputer dan mesin daripada menghadap manusia yang pelbagai ragam dan kerenah. Pernah berkhidmat sebagai SUK YDP PAS Serdang, dan Pembantu YB Adun Bangi dari tahun 2009 hingga 2013 selepas pembubaran DUN untuk pilihan raya ke-13 pada bulan Mei.

Selepas tamatnya kontrak, saya tidak bercadang untuk bekerja lagi memandangkan pada masa tersebut, saya dah sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Kebetulan masa tu enSuami dah beli rumah di Kuala Selangor, maka saya terpaksa berpindah terus keluar dari Bangi. Bermula la episod kehidupan saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Berada di rumah memberikan saya masa terluang bersama anak dan suami.

Suka berDIY. Bagi saya sesuatu DIY menjadikan saya untuk berfikir lebih kreatif dan hasilnya lebih memuaskan kerana mengikut kehendak dan keperluan kita sendiri. Lagipun kebanyakan DIY menggunakan bahan2 yang ada di depan mata sahaja. Jimat kan???

Mempunyai seorang suami penyabar yang bernama Hasyim Rahimi Muhamad Shahri yang bertugas sebagai seorang guru di SMK Seri Tanjong Kuala Selangor.

Masih mempunyai seorang puteri bernama Hafni Azzahrah yang selamat dilahirkan pada 4 September 2013 di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah Bangi.

Blog ini ditulis untuk menceritakan tentang apa saja yang ingin saya kongsikan kepada umum, sebagai kenang-kenangan pada masa akan datang. Dengan berblog juga, saya dapat berkenalan dan berkawan secara maya walaupun tak pernah kenal dan berjumpa.

Saya sangat berbesar hati kepada semua pembaca blog NabilaHasyim ni. Kalau suka, boleh baca, kalau tak suka, jangan mengata ekkk....

Saya seorang yang simple, OK aje... Tapi kalau ada orang buat silap, saya memang cepat melenting. Sebab tu saya tulis ada suami yang Penyabar, ngeh ngeh....

OK, ada apa2 pandangan dan tambahan, nanti saya update lagi ye... tengah kering idea plak... Masa dok sorang2 tak menghadap komputer, macam2 nak cerita, heyyy.........

Babai Assalamualaikum..... 


Friday 4 April 2014

D.I.Y : Penyusun dan pengemas stok fabrik

Assalamualaikum...

Dapat juga update blog hari ini.
jeles tau tengok orang lain update setiap hari, huawawa...

hari ini nak cerita pasal DIY untuk susun atur kain2 yang beli banyak2, tapi tak jadi baju lagi, kuikui.

Idea asal, tengok kat blog omputih.
ada sekali tu, ramai yang dok share website tu, kongsi beberapa cara DIY yang menarik untuk jimat + tersusun = sistematik.
banyak2 DIY yang dikongsi, 1 je yang menarik di mata saya...

Bila tengok gambar ni...
Filing Your Fabric | The Thinking Closet
Menarik punya pasal, saya pun cari la sampai jumpa idea asal tu, nak tengok boleh klik sini.
lepas lama tersimpan terpendam, saya buka lagi tengok2 semula.
syoknya kalau ada laci macam ni.
kemas, sistematik, boleh gerak-gerakkan nak ambil kain yang mana berkenan.
dok ushar2 juga laci macam ni kat IKEA, tapi dia punya divider tu mahal sangat nak beli.
pastu terfikir laci besi yang kat pejabat2 tu kan...
ingat nak cari kat kedai barang terpakai je, kot boleh dapat murah sket kan...
tapi bila fikir realistik, bajet, ruang dan apa2 yang berkaitan, google2 lagi jumpa idea lain pula.

~Sumber : Sew Many Ways~

Guna kotak biasa pun boleh...
cuma nak cari divider tu la kan, kat mana entah nak beli.
saiz divider pun kena kira juga kan, kot2 tak match dengan kotak yang kita ada..
kalau kotak kertas ni, senang nak terpenyek kan.
lagi2 dapat tuan macam saya, jenis suka letak kaki atas benda, bila duduk kat kerusi meja.
rasa tak puas duduk, kalau kaki terus ke lantai.

Lepas tu jumpa lagi, macam ni pulak, guna storage box.
ha, yang ni saya suka, boleh tahan lama...

Dress_This_Nest_File_Folder_Fabric_Organized

Acaner ye, kat sini ada jual ke kotak plastik yang siap ada divider?
lepas tengok idea ni, terus pi TESCO, Giant, tengok storage box.
rata2 saya check, semua licin, sama level, xda senggat pun kat atas tu, untuk nak letak divider.
jadi idea ni xboleh nak buat.
pening kepala, nak cari divider plak, walaupun ahti meronta2 nak buat macam ni.
macam syok je, boleh tolak tarik, macam cari dokumen kat pejabat, haishhhhhh...

~Sumber : The Cottage Mama Studio~
Akhirnya saya guna idea yang lebih kurang macam ni.
geramnya tengok bilik jahit dia.
design kain pun cantik2, mana nak cari kain comel2 macam ni...
lama saya dok ushar, dia guna apa ye nak susun kain tegak macam tu.
ingat dia DIY, rupanya memang ada fabric organizer khas ye, baru saya tau...


Saya jumpa gambar ni kat blog Treasures for Tots..
sekali dapat dengan idea DIY cara nak buat.
guna kotakkkkkkk je, I likeeeeeee!

Ok, baru kita kembali ke alam realiti, kekeke...
masuk tengok rumah sendiri, yang tunggang langgang ni.

Ok, storage box, first time beli.
TESCO tengah SALE, harga RM 16.45 sehingga 9 April.
masa beli, xda rasa besaq sangat,
bila balik umah, nak letak kat rak kayu [aka stor] macam tak muat je kelebarannya.
besar pulak, ingat nak beli lagi, tapi tak muat dekat rak tu, macam tak jadi nak beli banyak2.
suka box ni sebab transparent, dah otai2 organizer kata guna yang transparent lagi mudahhh kan, WALAUPUN boleh label2 [dan saya juga suka melabel, sbb sticker banyak lagi] tapi bila guna transparent syok jugakk.


Mula, longgokkan sebanyak mana koleksi kertas kotak yang ada...
saya cari paling banyak saiz kotak yang lebih kurang sama.
cuba try test susun kat storage box tu.
boleh muat tiga kertas. jadi akan ada tiga baris susunan kain.

Ukuran standard yang saya dapat dan sarankan 6inci x 11inci.
tapi terpulang juga pada ruang storan yang ada.
saya suka buat ngam2.
supaya tak ada ruang kosong tak berfaedah, kekeke

Ok, kalau tengok kat website tadi, dia lipat nampak kotaknye kan..
saya pula tak mau nampak kotak, sebab kotak yang diguna macam2 ragam, macam kaler.
awal2 tu, ada juga fikir nak cat la, nak balut la...
tapi lambat la, saya jenis tak sabar, nak cepat nampak hasilnya.
jadi saya kena fikir cara nak lindung semua kotak tu....

Dan akhirnya saya dapat idea macam ni...
kita balut kotak tu dengan kain kita, yeh.
caranya mudah je...
lipat kain yang ada sampai bahagian paling sesuai, maknanya habis kecil dah lipatan kain tu.
selalu keadaannya lebih kurang macam ni..


Yang bulu2 tu letak kat kaki kotak.
selalunya yang bahagian lipatan kemas, saya letak di bahagian atas [sebelah kiri]
saya ni kidal, jadi tangan sedap pegang yang kemas sebelah kiri, yang bulu2 belah kanan.
kalau orang major tangan kanan, kemungkinan besar terbalik lah kedudukan kain tu.


Lepas tu, macam kain ni ukuran 2.5meter, jadi besar sikit, saya lipat dua kiri kanan kotak tu.


Lepas tu, baru lipat kain, naik atas kotak...


Kemudian bahagian satu lagi pulak, naik atas kotak...
tarik kemas2, sampai betul2 ikut saiz kotak.


Kemudian, lipat plak yang bahagian kiri tadi ke hujung yang kanan...

Dah siap.
tapi saya kemaskan dengan getah barang.
almaklumlah nak maintain tu bukan senang kan.
kalau ada klip rambut ke, klip kertas ke, nak guna boleh juga.
saya guna getah je lah, heeeee


Atau pun kalau nak lipat cepat, boleh terus naik je kain ke atas kotak, walaupun kain tu melebihi saiz kotak.

Lipatan hampir bertemu dengan yang hujung satu lagi.
Pastu lipat je terus tanpa susah ahti...hehehe

Lepas tu, adjuz2 la bagi kemas nampak lurus je kan...


Kemudian lipat dua, dan tambat kain tu dengan getah, hihihi
Lepas dah lipat, balut, tambat semua, masa menyusun.
ni yang syok ni bila nak menyusun kan...
baru nampak hasilnya.
SUKAAAAAA


Puas hati tak, bila tengok macam ni?
baru tau ada kain banyak mana
corak ape, kaler ape...
hok mana yang beli, nak buat baju la, skirt la, tak jadi2 lagi, kuikui....

Bila dok buat macam ni, nampak cantik jer, nampak kemas jer...
nanti sayang plak, nak gunting buat baju kanggggg.
harapnya saya tak simpan lama2 buat koleksi jer...
saya nak buat BAJU okehhhhhhh...

Bila transparent, boleh nampak dari luar lah kan...


kalau pandang dari sisi ni, nampak tak cantik la skit, sebab ada nampak getah2 tu...
tapi bila pandang dari sisi tepi, nampak warna-warni, corak2, getah pun tak berapa nampak sangat kan...
mungkin sebab kain corak2 kot noh...
ni yang syok ni, sebab box ni transparent, nampak colourful


Okey, keseluruhannya saya puas hati.
ngam-ngam semua.
dengan bajet, dengan ruang, dengan peralatan dan kain yang ada..
ada lagi extra kotak yang dah siap potong.
serasa saya, dah habis semua kain yang ada saya selongkar untuk lipat dan susun kat sini.
dari 5-6 beg plastik, yang macam2 gaya simpan, ada yang terlipat, tergulung, tergumpal telah menjadi yang tersusun, terkemas, dan termudah untuk akses.


OK, dah selamat simpan bawah laci meja saya.
lega rasa saiz box ni muat2 bawah laci ni...
bolehlah beli satu lagi box ni, buat nak letak kaki plak, hahahaha aptb...



Daisypath Anniversary tickers