Search This Blog

Wednesday 21 December 2011

Tidak dapat cari kerja kosong?

Hi Humaira,

Anda sudah berminggu-minggu atau berbulan-bulan menghantar resume ke banyak syarikat dan menghadiri pelbagai temuduga. Namun tak ada satu pun syarikat yang menerima permohonan anda untuk mengisi jawatan kosong.

Tidakkah anda merasa seperti sampah yang tak diperlukan ? he he he.
Mungkin Tuhan tentukan anda untuk merebut peluang dengan memulakan perniagaan berbanding dengan kerja makan gaji.

Sedar atau tidak, dunia sekeliling kita telah banyak berubah. Kerja makan gaji bulan lagi satu cara yang stabil untuk mendapat pendapatan. Anda juga terpaksa bersaing dengan jutaan orang lain yang juga mempunyai ijazah seperti anda dengan grade yang lebih tinggi. Ada pula mereka yang kaya dengan pengalaman.

Dan memulakan perniagaan bukanlah satu pekerjaan yang begitu susah sehingga anda tidak akan mampu lakukannya. Ada budak belasan tahun yang memulakan perniagaan, ada ibu tunggal yang berjaya dalam perniagaan dan ada pesara kerajaan yang menjadi jutawan dalam perniagaan.

Jika dilihat pada semua senario ini, tidak mustahil juga anda juga akan berjaya dalam dunia perniagaan jika anda mempunyai keinginan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Saya akan terangkan dalam artikel ini apa persediaan yang anda perlukan untuk ini.

1. Menyesuaikan diri dengan realiti baru.
Pertama sekali anda perlu menyesuaikan diri anda dengan realiti perniagaan pada hari ini. Jika dahulu kebanyakkan persaingan adalah dikalangan syarikat-syarikat besar. Kini dunia telah menjadi satu ruang tanpa sempadan yang rata. Persaingan berlaku antara syarikat kecil dan besar. Malah dalam sesetengah keadaan syarikat kecil lebih mendapat perhatian pelanggan berbanding dengan syarikat besar.

Jadi anda tidak perlu risau tentang persaingan. Anda dan orang lain mempunyai peluang yang sama. Apa yang anda perlukan adalah untuk menjadi seorang yang sentiasa belajar dan meningkatkan kemahiran anda dalam bidang yang anda ingin ceburi.

Ingat juga, maklumat adalah faktor besar untuk kita mendapatkan peluang. Jadi sentiasa sesuaikan diri dengan realiti baru samada dari segi pemasaran, kehendak pasaran dan pengetahuan mengenai produk jualan.

2. Jangan cari kerja kosong, mulakan mencari peluang
Lihat apa yang anda mampu lakukan sebagai seorang pekerja dan ubah kemahiran itu menjadi sebuah tawaran perniagaan. Jika anda ingin mencari kerja sebagai pereka design grafik, kenapa tidak tawarkan perkhidmatan merekabentuk logo kepada syarikat lain ? Jika anda seorang yang mahir menaip, tawarkan perkhidmatan menaip kepada mereka yang memerlukan. Tidakkah ini sama seperti anda bekerja?

Setiap orang termasuk anda mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu yang unik. Cumanya ramai orang yang bekerja makan gaji tidak pernah mendalami perkara ini. Cuba tanya diri anda, apakah yang anda boleh buat dengan baik ? Jika tidak ada jawapan, cuba tanya rakan-rakan anda atau pekerja di tempat lama anda. Mungkin mereka boleh membantu anda mendapatkan jawapannya.

Jika anda masih tidak menemuinya.. Tidakkah anda boleh mengajar sesuatu yang mudah. Seperti mengajar murid darjah satu matematik ? Jika ya. Anda sudah ada sesuatu yang anda boleh dijadikan servis untuk memulakan perniagaan. (Untuk pengetahuan anda, semua ibubapa boleh mengajar matematik kepada murid darjah 1, tetapi mereka tidak mempunyai masa. Jadi ini akan menjadi peluang kepada anda.)

3. Apa barangan yang anda ada?
Cuba fikir apa barangan yang anda ada untuk dijual ? Saya bukan maksudkan barangan yang anda gunakan setiap hari. Maksud saya barangan yang anda boleh dapat dengan mudah atau murah berbanding dengan harga pasaran. Anda mungkin boleh mulakan perniagaan katalog (Anda boleh dapatkan katalog daripada kami bermula Januari 2012 - sila email kursusborongchina@gmail.com).

Dalam perniagaan seperti ini, anda tidak perlukan modal. Anda hanya perlu bawa katalog, tunjuk pada pelanggan. Dan jika pelanggan berminat, mereka bayar dahulu dan anda akan menghantar produk itu kepada mereka dalam satu tempoh yang dipersetujui. Anda akan mendapat keuntungan daripada perbezaan harga beli dan jual barangan tersebut.

4. Siapa yang anda kenal ?
Anda mungkin fikir anda perlu kenal Perdana Menteri untuk berjaya. Namun anda salah. Semua orang disekeliling anda adalah faktor anda untuk berjaya dalam perniagaan. Perdana Menteri bukanlah orang yang tepat.

Perhubungan antara manusia adalah salah satu aset yang paling penting bagi mana-mana individu yang ingin memulakan perniagaan.

Senaraikan 100 orang yang anda kenal. Mulakan untuk berjumpa mereka setiap hari dan beritahu sedikit sebanyak mengenai perniagaan yang anda mulakan. Jika anda berjumpa dengan 3 orang sehari. Anda perlukan lebih 3 bulan untuk menghabiskan berjumpa dengan senarai 100 orang tadi.

Dengan berjumpa mereka, anda sebenarnya telah meletakkan perkhidmatan anda dalam minda mereka. Mereka akan terfikir kepada servis yang ditawarkan ini jika mereka memerlukan. Ataupun mereka akan memperkenalkan anda kepada rakan mereka. Kaedah jumpa 100 orang ini adalah kaedah yang paling berkesan untuk memulakan pemasaran perniagaan.

5. Apa masalah yang dapat anda selesaikan ?
Setiap orang mempunyai masalah. Setiap orang mencari penyelesaian kepada masalah mereka. Begitu juga apabila berlaku satu-satu krisis atau bencana. Ia menyebabkan ramai orang terlibat dalam masalah. Namun dalam masa yang sama, ia juga membuka pintu peluang kepada orang lain.

Contohnya apabila mereka wabak penyakit SARS, ramai usahawan yang menjual topeng muka mendapat keuntungan yang tinggi.

Jadi anda juga perlu bertanya diri anda, apakah masalah kecil yang dapat anda selesaikan sebagai tukaran kepada wang yang akan diberikan kepada anda. Anda mungkin boleh membantu menghantar anak jiran ke sekolah, memulakan kursus mengosok baju atau mengadakan kelas motivasi untuk kanak-kanak bermasalah.
Semua ini adalah masalah yang membuka peluang. 90% daripada usahawan adalah orang yang bermula daripada bawah dan miskin. Namun hari ini mereka hidup kaya-raya.

6. Terima bahawa anda bertanggungjawab terhadap realiti anda
Kita hidup dengan membuat pelbagai pilihan. Pilihan ini akan bertukar menjadi realiti. Setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah hasil daripada salah satu pilihan yang telah kita buat. Jika anda memilih untuk tidak membuat sebarang pilihan sekalipun, ini bermaksud anda membuat pilihan untuk tidak membuat pilihan. Ia juga satu pilihan.

Ramai orang mengaku bahawa mereka memilih jalan hidup mereka. Namun mereka ini sering menyalahkan orang lain atas masalah yang mereka hadapi. Mereka ini biasa menyalahkan kerajaan, ibubapa, cuaca, keadaan trafik dan pelbagai benda lain kecuali diri mereka.

Anda tidak seharusnya mengambil sikap ini. Anda harus menerima tanggungjawab atas semua perkara yang terjadi kepada diri anda. Samada anda terlibat secara langsung atau tidak, samada baik atau buruk. Semuanya berlaku kerana pilihan anda. Dengan menerima tanggungjawab ini, bermulalah kehidupan anda yang berjaya.

7. Mencapai Destinasi Cita-cita Anda
Tanggungjawab yang anda pikul dalam langkah ke-6 tadi akan membawa anda untuk menjadi seorang yang berbeza dengan orang lain dari segi minda, semangat dan cara kerja. Anda tidak lagi perlu risau mengenai masa depan. Anda hanya perlu fokus untuk membangunkan kemahiran anda yang sedia ada dan mempelajari kemahiran baru setiap hari demi perniagaan anda. Lebih banyak kemahiran dan ilmu yang anda pelajari, lebih tinggi peluang anda untuk mendapatkan pelanggan dan jualan yang lebih tinggi.

Kesimpulan
Kini anda bukan lagi seorang penganggur yang sedang mencari kerja. Anda kini mempunyai tujuan jelas untuk berjaya dalam perniagaan. Namun anda juga perlu ingat, tidak ada rahsia atau jalan singkat untuk berjaya dalam apa saja. Anda perlu kerja keras, bertanggungjawab dan sentiasa berfikiran positif.

Anda sudah tahu cara untuk berjaya. Kini anda perlukan satu perancangan untuk memulakan gerak kerja anda. Mulakan sekarang.

Shahabudeen Jalil
http://www.SJ.my
http://www.facebook.com/KursusBorongChina
http://www.KursusBorongChina.com

*Hah, cepat2! Dah berkobar2 nak berniaga ni... Tunggu ada masa ja bulan depan untuk melancarkan serangan jualan, InsyaAllah... Semoga dimudahkan urusan, cita2 besaq nih!




Monday 19 December 2011

SKIM CERIA (Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Bagi Pangsapuri) Oleh Kerajaan Negeri Selangor

KONSEP


Kaedah ‘perkongsian kos’ antara Kerajaan Negeri dan pemilik berdaftar / pembeli pangsapuri seperti berikut:

a)    Rumah Pangsa Kos Rendah
       Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 80%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  20%

b)    Rumah Pangsa Kos Sederhana Rendah & Rumah Pangsa Kos Sederhana
       Pembahagian kos akan diberitahu kemudian. Pembahagian kos :
       -    Kerajaan Negeri                              : 60%
       -    JMB / MC / Persatuan Penduduk    :  40%


KELAYAKAN


a)    Pangsapuri yang mempunyai kerosakan harta bersama yang kritikal.
       Skop Kerja pembaikan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
        i)    membaiki bumbung
        ii)   pembentungan
        iii)   membaiki lif
        iv)   mengecat bangunan bagi bangunan yang telah luntur cat (kritikal sahaja)
        v)    membaiki/membina rumah sampah
        vi)   sistem pencegahan kebakaran.

b)   Untuk setiap pangsapuri hanya satu (1) jenis harta bersama sahaja yang dibenarkan untuk dibaikpulih.

(c)  Pangsapuri mesti mempunyai  JMB/MC/Persatuan Penduduk.

(d)  Kedudukan kewangan yang memuaskan.


PERMOHONAN

Untuk memohon skim ini pihak JMB / MC / Persatuan penduduk boleh berhubung dengan Unit Pesuruhjaya Bangunan di talian 03-8736 8375 atau email kepada azman_ismail@mpkj.gov.my, atau azhari@mpkj.gov.my, atau nadiah@mpkj.gov.my




Sunday 18 December 2011

Ustaz Azhar Idrus di Bangi, gawat sih!!!

Kedatangan Ustaz Azhar ke Bangi adalah sangat dinanti-nantikan.

Untuk Portfolio Surau-Masjid telah menjemput Ustaz Azhar lebih kurang dua bulan lepas.

Perkabaran awal dijadualkan Januari tahun depan. Masa tu agak mengecewakan lambat lagi nak tunggu.

Tapi tup2, dapat makluman dari EnAzemi yang Ustaz Azhar dapat turun 17 Disember ini.

Hah??? 1 pejabat terkejut. Wah, xsabaqnya Ustaz nak mai Bangi...

Mesti gempaq punya.

Gempaq xgempaq memang dijangka seperti pengalaman pertama di Stadium kat Shah Alam. Ustaz belum menapak lagi di Selangor ni sejak gelombang fenomena Ustaz Azhar Idrus melanda Malaysia.

Bangi adalah destinasi kedua, kalau xsilap la. Sesuai dengan imej Bangi Bandar Ilmu, kami sangat meraikan majlis agama seperti ini.

Nak gempaq lagi, kena la buat kat Masjid Hasanah, simbolik Masjid Hijau Bangi.


Hari yang dinantikan telah pun tiba.
Ingat masa tu akan ke masjid dengan kawan2 tanpa enSuami.
Dah bajet la, nak wat keja sukarela malam tu seperti geng Nisa' yang lain untuk kutip derma masa ceramah.

Tengok2 pagi Sabtu tu, enShahrum tanya ada x mlm ni?
Rupanya kaunter pejabat pun buka jugak, adoi...

Bila mai tengahari, tengah dok makan, ada gempaq lagi.
enSuami tiba2 ada depan umah sewa...
Dia ni suka tau wat gempaq... Surprise la kunun, kekeke...

Eleh-eleh, sukaaaaaaaa ar....
Suka sebab enSuami datang.
Suka sebab enSuami pun meraikan kedatangan Ustaz Azhar. bukan senang Ustaz nak mai ceramah...
Peluang pertama, ada depan mata, jangan la disia2kan kan kan kan?

Ha ni, tempat meja kaunter pejabat.
Bersebelahan dengan Unit Amal.

Kanopi hijau tu, tempat jual2 sticker JKKK Fan Club.
Jom gi Kuliah........ fenomena Ustaz Azhar =)



Masa kuliah Ustaz xla dapat dengaq sepenuhnya...
Sebab dok kat luar...
Dapat tengok skrin macam tadi je...

Mana2 lawak Ustaz, klu sempat dengar, bo la gelak sama2 dengan diorg.
Kalau x, ko nganga je la, kekeke....

Ketika jemaah solat Isyak...
Penuh semua ruang lapang masjid.
Tak sangka plak, sebelah parking dan kaki lima juga turut menjadi tempat sujud ketika solat.
Masa dok jaga kaunter tu, dok kat sini je, x ke mana2...
Sesekali dok sms enSuami yg ada dalam masjid.
Syok la dia dapat tengok live Ustaz Azhar...

Nak kata ramai tu yang datang malam tu, sampai 2kali solat jemaah.
Jemaah pertama xmuat orang nak masuk saf.
Hebatnya majlis ilmu ni.

Semoga malaikat juga mendoakan kami yang hadir malam tadi.
Amek berkat keberkatan majlis ilmu.

Pagi tadi sarapan durian sedap di pagi2 buta.
Rezeki makan durian bersama enSuami, durian terakhir pemberian org kg Simpang Balak.
Sedap isinya, ulas besar, isi tebal kuning, manis.
Makan sebiji durian ni, sorang kenyang sampai naik loya dah...

Hantu durian pun boleh pengsan kalau dah banyak sangat pelahap durian, hohohoho......



Saturday 17 December 2011

Hati seorang lelaki bergelar ayah

Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya
kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibun ya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menaha n setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesaba ran, kete kunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anakn ya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelak i tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sSuatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya
kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibun ya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menaha n setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesaba ran, kete kunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anakn ya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelak i tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."
ebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Saturday 10 December 2011

D.I.Y : Make-up Box

Hahaha, gelak dulu ye...
Sebab poket tu senget, adoi......

Almaklumlah baru berjinak2 dengan jahitan...
Baru nak menggunakan mesin jahit kesayangan yang baru dibeli...
Bila siap ni, baru rasa berbaloi2 beli mesin jahit...

Takut jugak dok pikir2 kalau beli mesin mahal2, xguna...
Nak kena pelekuk ngan enSuami, huuuuuuuuu....

Ni hasil kerastangan pertama ye Sayang...
Nak bagitau xsia-sia mesin tu ada, huahuahua...

Lepas ni masuk kelas jahitan, boleh la wat baju macam2 fesyen...
Yeh, xsabar!!!!!!

Walaupun before ni dah ada jahit baju, tapi main hentam je potong kain...
Ikut teori sendiri, xpakai undang2 jahitan yang betoi...

Kotak mekap ni pun, main hentam jugak...
Potong kain, agak2 bo balut kotak tu....

Ha, mesti orang pelik kan...
Nabilah Ahmad bukan la pemekap pada hari2 biasa...

Kami ni special case OK!
Xla banyak sangat alat2 mekap, tapi basic alat tu dah ada...

Untuk ape ni, beria-ia sangat ni....
Hehehe, Nabilah ada projek baru...

Memandangkan kotak dah siap, baru bertambah keyakinan nak wat keja esok...
Wat keja pe ni, xpaham lar.....

Oke, oke, Nabilah dah mulakan minat yang dah lama terpendam.
Dulu cita2 nak buka butik pengantin 3 tingkat...
dengan tiga skop utama iaitu katering, beauty n spa dan butik pakaian pengantin...

untuk mencapai cita2 ni, klu bab memasak siau2, boleh la....
Cuma nasi minyak, nasi beriani ka, xpenah la lagi buat....
Bab nak menjahit, banyak dah idea dalam kepala, kadang2 takut lupa dah lukis2 kat mana2 buku yang sempat, ntah ke dah hilang...
Skang ni bab mekap dah selesai, dah amek kursus.
Esok adalah penentu pada permulaannya.

Nak mekap pengantin esok ni, takut takkkkkkkkk....
Huuuu, sakit perut haritu before pengantin sampai nak trial mekap...

Alhamdulillah si pengantin puas hati
Harap2 dia bercakap jujur [hahaha, risau gak ni]

Dalam keadaan kalut dan bajet yang kureng.......
Box macam ni sahaja yang dapat Nabilah hasilkan untuk kegunaan sementara ni...

Kepala otak ni dah besa wat benda renyah ni...
Kali ni Allah bagi lg idea nak buat box/beg mekap ni...
Sebab eyeshadow n lipstik palette tu panjang semacam, nak cari beg yang simple dan sesuai, xjumpa...

Tiba2 masa buka almari baju, nampak kotak kasut hari raya hari tu...
Ting!!!
Ha, macam bo je ni.
Cepat2 test muat x......
Muat la, eee syoknya.

Kepala otak pun ligat pk...
Nak buat mcm box mekap profesional tu....


Xnak nampk cop kotak kasut, balut dlu dengan kertas, hehehe.....
Sebab kain yang nak digunakan tu agak jarang, nampak jenama kotak, hahahaha.


Ha, kasut Betty Blue. huuuuuuuu.

Kain yang digunakan tu adalahhhhhh kain tudung bidang 60' yang dah xmau pakai.
Sebab selalu senget benget bila pakai tudung ni, sebab tudung bawal ni, material ni keras sket dari biasa, adoi..
Minta maap la tudung, dah korban untuk wat beg mekap ni, kekeke......

Masa potong2 ni pun, agak2 je...
Wat macam nak balut kotak, atau buku...

Masa ni xsempat amek gambaq pun, sebab kalut n stress, takut xjadi plak....

Potong kain pun senget benget...
Makanya ada la ruang2 yang xtertutup, huuuuu...

Nasib bek masih bijak..
Potong sket corak sulaman tudung tu...
Pastu tampal kat situ....
Yeh, kan dah tertutup, cantik lagi..
Bijak kan...... =)

Pas2 jahit tangkai dia dengan stabil...
Tapi senget jugak.
Tapi suka sangat la, sebab kemas elok, rasa kotak ni stabil la, xda nak senget2 kalau letak barang nanti...


 Dah siap, test semua susun2 barang2 dalam kotak...
Baru nampak kemas camni....
I Likeeeeeeeee............

Dan untuk penutupnya, Nabilah beli getah.
Sebab dok terbayang nak wat camni....
Sukeeeee gilerrrr, impian tercapai!
Tapi senget benget la..
Lenguh tengkuk dok jahit getah ni...
Sambil dok jahit, sambil dok bebel...
Kenapa mesti senget??? dah sebolehnya betulkan, lurus, straight betoi2...
Bila dijarumkan sebelum jahit, jadi senget jugakkkkkkkkkk.
Ha, belasah la, senget xsenget.
Janji matlamat tercapai....

Puas hati!
Tak sabar penampilan untuk esok..

Box mekap dah kreatifffffff.
Mekap pengantin, cantik takkkkkkkkk?

Huuuuuuuuu, tolong doakan lah ye..
Buat yang terbaik.
Nak baca doa banyak2 la, bagi pengantin naik seri.

Bukan salah tanganku yang mekap....kekeke....
Mana yang dipelajari, macam tu la saya buat OK.

Selamat Pengantin Baru untuk pengantin cuti sekolah ni....
Cantik, cantik jugak.....
Tapi jangan terlepas pandang benda yang harem.....
Semoga majlis diberkati Allah, amin.

Esok makan nasi kenduri yeh.. Duaa tempat lagi.
Pastu nak balik Sekinchan.
Cuti seminggu........
Boleh ke ni, huhu.....


Friday 9 December 2011

Yang pelik-pelik (^0^)

Khamis, 8 Dis 2011

Semalam tengah keja kat opis, Lina datang pejabat nak scan borang sekolah.

Dah lama dia ada, tiba2 Nabilah bau sesuatu.......
Bau daun pisang...

"Aisyah, sape beli nasi lemak???"
"Mana ada nasi lemak petang2 ni kak oi..."
"Bau macam nasi lemak la, emm"
"Ni...." sambil Aisyah menunjukkan ke arah Lina.
"Tau la dia tauke nasi lemak, tapi xla sampai bau badannya nasi lemak, adoi.."
Hehehehehe......
"Ape-ape???" tanya Lina terpinga2.
"Bau nasi lemak le..."
"Oh mmg petang ni ada buat nasi lemak, sbb ada orang tempah. Nanti Lina hantar kat akak eh..."
"Eh, xda la. saja tanya, terbau..."

Cepat2 sambung wat keja balik.

Kalut2 balik umah, nak ganti Nurul yang xdapat masak hari ni...
Dok sibuk siau-siau kat dapur, tiba2 Lina datang bawak 2 bungkus nasi lemak yang sedap ni...

Slurrrrrrrrrrrrpppp, terliur.
Elok2 habis masak, terus buka nak makan.

Sambil sms kat Lina, ucap terima kasih sbb kasi makan nasi lemak free petang ni...ngee suka
Baru pikir2 nak masak nasi lemak esok, sebb tiba2 teringin.
Tengok2, dah ada orang bagi, nasi lemak yang paling sedap kat Bangi plak tu, sedapnya puas hati.
Alhamdulillah.

Kalau korang nak merasa lemak yang best ni, jemputlah datang ke pasar basah Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, gerai no. 4, Kak Zah.

Sure, xrugi........


Jumaat, 9 Dis 2011

Sampai2 opis, Kak Sab bagitau YB ajak pi Pekan Bangi tengok rumah mangsa banjir.
Bila melawat umah2 mangsa banjir, ternampak plak buah rambutan yang masak ranum di pokok..
Sedapnya, nak minta sket, bo ke... [dlm hati je]

Tengok2 dlm perjalanan balik, YB suh singgah kat tepi jalan, ada orang jual buah rambutan. pastu nampak plak durian.
Nak semuaaaa, hahaha....

Akhirnya YB beli rambutan n durian jgk, yeh!
Alhamdulillah, dapat makan free lg, i Like...

Yang pelik tu, semua yang teringin terlintas tiba2, xbagitau sesape, ada plak orang yang nak bagi apa yang kita teringin tu...

Rezeki, rezeki, rezeki, Alhamdulillah... =)

~Rezeki durian hari ni~
Ada lagi yang pelik, petang tadi pi Econsave beli barang2 makanan untuk sumbangan mangsa banjir Dun Bangi, selepas barang2 tu disimpan dalam Hilux Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bangi, Nabilah dan Kak Sab naik Econsave balik untuk ke food court nak makan. Terus balik tanpa syak wasangka. Tapi awal2 lagi memang dah risau kot2 jadi macam hari tu, Kak Sab bersangka baik...

Bila mai malam, Haji Rosdi n the team dok bungkus2 makanan tersebut, tengok2, gula 2kg xcukup sebanyak 20bungkus!!!!!
Adusssss, ada lagi yang curi kali ini...

Tau la, keta tu Keta Adun Bangi, tapi jangan la amek sesuka hati....
Memang la duit rakyat, tapi nak bagi pada yang sepatutnya diberi.
Tapi kalau la yang curi tu rakyat Malaysia, xpe la......
Ni klu mat bangla ke sape2 yang bukan warganegara ni, hok ni memang xsesuai ma...


Thursday 8 December 2011

Zoo Negara Part 2 : Nabilah nak tengok Zirafahhhhhhh

Kalau korang pi zoo, binatang pa yg korang paling suka nak tengok???
Excited gila la...

Perasaan yg baru rasa datang zoo bila dapat tengok binatang tu....

Masa awal2 jalan, cam bosan je rasa...
Lepas tengok show tu, baru semangat sket, dapat tengok sea lion yang tepuk2 sayapnya nak daging dari penjaga dia, hehehehe....



Masih beraksi gembira dengan ikan2 dalam akuarium.

Bila tengok penguin, besssstttttt comellllllll....
Tapi xleh pegang.
Teringat kat kawan x matrik yg dapat jaga/bela penguin di Underwater World Langkawi masa waktu praktikal dia.
Nabilah wat praktikal kat tempat Navy.
Xterpikir plak nak minta kat situ....
Rugiiiii arrrrr........

 
Ha, hari tu kan tunjuk enSuami sibuk dok amek gambar rajah pasal pinggiran tanah untuk elak hakisan dan bencana alam atau sebagainya lah...
Almaklumlah cikgu geografi, mesti la kan penting nak ada info camni...

Ini rupanya yang dia klik2 hari tu....
 
 





~Cukup ke maklumat camni, Oh Cikgu?~

~Beruang kemalasan, tido je depa... xyah risau psl nak cari makan~

Ha, binatang ni la yang Nabilah excited nak tengok.
Dari jauh lagi dengar ngaumannya, rasa nak pi tengok dah....

enSuami : Nanti kita pi sana, pusing tempat lain dlu......
Nabilah : Ermmmmm, nak tengok gajah ngan zirafah!
enSuami : Nabilah datang zoo nak tengok zirafah ja?
Nabilah : Ha la, dapat tengok zirafah ngan gajah, baru rasa mai zoo...tengok binatang lain xdak feel.
enSuami : Sebab?
Nabilah : Ha la, gajah ngan zirafah kan besaq..... yg besaq camni la jarang2 jumpa. tu yg nak tengok tu... Nak tengok zirafahhhhhhhh, emmmmmmm





Yeh, yeh... dapat tengok zirafahhhhhh...
Tapi xdapat bergambar berlatarbelakangkan zirafah n gajah, sebab xdak orang nak amek gambar.
Sebab tengah merajuk ngan enSuami, emmmmm




Tuesday 6 December 2011

Zoo Negara Part 1 : Kenapa kita pi zoo, Sayang?

~Dah sampai zoo negara seawal 9.45 pagi~

~Bang Cik belikan tiket~
~Tengok rabbit yang 'bercelak'~
~Kuda padi yang dalam cerita 'Zoo' kawan Lan Pet Pet tu~
~Lalu jumpa Penguin plak, comeyyy, sukeee~

~Tengah2 dok tengok nampak ada tikus, penguin kejor tikus plak, hahahaha~

~Syok2 dia berenang, tengok2 dia berak plak, tu kepulan yang putih tu, najis dia eeeeeeeee~
~pastu masuk akuarium...banyakkk spesies ikan heyyyyy~


~Ilusi menelan ikan, kekeke~
~Nak jadi sespesies kerrrrr~
~Cikgu Geografi sedang mengambil maklumat rajah sebagai bahan pembelajaran~

~Menelaah peta zoo sementara menunggu pertunjukan zoo kol 11.30 pagi~
~Antara beruang yang menunjukkan aksi kepada pelancong, yang lain2 banyak tidoooooo je~
~Klu nak masuk taman rama2, kena tambah lagi harga tiket tauuuuu~
~Cantik tak, Subhanallah~
~Madu buatan untuk rama2 hinggap sebagai habitat semulajadinya~
~Bergambar dengan kumbang dalam taman rama2~

~Berehat sebentar bersama2 rama2, heeeeeee~

"Kenapa kita pi zoo negara Sayang? Nanti ada anak, nak kena datang lagi..........."
"Bawak budak2 baru seronok, sebab ada reaksi yang excited tu baru rasa best, berbaloi2 pi zoo."
"Budak2 la tu, Bang Cik ngan Addin, hahaha"
"Ooooo, depa xpenah mai zoo lagi ka?"
"Ntah, ye kot..."


Kenapa nk pi zoo negara????
Ada sesuatu yang excited yang Nabilah rasa, tp enSuami, musykil.......
Iskkkkkkk, dah orang suka, nak tengok, nak tengok, respon xbagus plak...

Ada part 2 dari kamera enSuami..
Sebab bateri handset dah kong sebab rekod video masa animal show tu, haisssshhhhh....


Daisypath Anniversary tickers