Search This Blog

Saturday 26 August 2017

Beli Planta dari Lazada?? (^;^)

Assalamualaikum.

Ha a, saya beli Planta dari Lazada.
Sebelum ni, saya agak rigid la jugak..
Barang dapur pun nk beli online ke?
Kat kedai dekat rumah kan ada..

Tapi bila tengok review, ramai je orang dok membeli ni..
Memang sebab murah ke, atau memang orang tak ada masa nak pergi pasaraya membeli??

Saya selalunya dok online shopping ni beli barang2 yang susah didapati di kedai2 berdekatan rumah..
Dan penting jugak sebab nak cari yang murah..
Selalunya jumpa kat Lazada la kan..

Yang tu je yang paling senang nk cari,
Di hujung jari la katakan...
Tapi barang dapur belum terlintas di fikiran nak online shopping..

Dalam awal minggu ni, enSuami ada ckp, Lazada ada offer grocery breakdown ke namanya...
enSuami ni bukan kaki online shopping tau, tapi sebab dia nampak kawan2nya dok online, dia perasan la pasal offer ni.

Balik umah, dia pun cerita kat bini dia ni, ada offer barang dapur.
Planta, biskut Jacob, antara yang dia sebut la..
Saya pun tengok la..
Planta offer berapa..
RM 19.90 dengan free delivery..
Memang kat umah dh nak habis tu [tapi tak ingat yang nak habis tu banyak mana]


Banyak review cakap dapat tin kemek banyak..
Klu biskut Jacob tu, hancur jadi serbuk terus..
Emm kemek ke, macam mana nak beli kan😮
Emm, Tunggu lah dulu...

Kenkonon nak tunggu pasaraya lain offer la kan..
Tak yah nak pos pos..
Kat kedai, boleh belek2 pilih tin yang elok..
Tapi kebanyakan pasaraya renew katalog jualan murah, hari Khamis.

Offer ni habis 23hb, gaji gomen kan 24hb, hari Khamis tu, emm..
Tu pun satu sebab tangan tak berapa laju nak decide.
Dok tagak2 [berfikir2] lagi..

Sampai la hari rabu tu, rasa nak buat biskut raya.. [sekali harung buat stok kudapan pantang nanti, InShaAllah]
Bulan puasa lepas, saya dah beli satu tin 2.5kg Planta, satu tin 1kg Daisy.
Total dah ada 3.5kg la kan..
Tup2 hari nak buat biskut chocolate chips, dua2 tin dah tinggal kat bontot tin dah...😱

Kok habis dah?
Terkejut la plak, huhuhu
Rasa macam baru je beli, baru dua bulan kan..
Selalu tahan juga 3-4 bulan 2.5kg.

Mula la xsenang duduk stok Planta dah habis..
Pasaraya plak tak ada offer murah2..
Minggu depan dah nak raya, dok tunggu bulan jatuh ke riba..
Suspen la kan.. satni xda offer langsung, menangis tepi bucu katil kang....😭

Jadi tepon la enSuami, tanya boleh tak nak beli Planta kat Lazada??
Planta dah habis, nak buat kuih raya pun tak boleh ni, [cewahhh] 😜

enSuami pun jawab, beli je la..
Mana nak dapat dah offer 19.90 tu sekarang kat pasaraya...
Memang betul pun, 19.90 tu dah jarang offer skg ni, kalau nak dekat raya baru nak ada..
Mana dan nak buat kuih kan...

Dah tu, habis tepon terus tekan beli...
Beli 2 tin terus..
Sebab nak diskaun lagi jadi murah...
Cari kupon kat satu website ni...
Dapat la diskaun RM 5.
So satu tin jatuh harga RM 17.40..

Saya semak kat Smart Shopper pun paling murah di pasaran RM 17.50, hahahaha....
Yeyeyyyyy...

Dengan happy nya membeli dan bayar..
Kat Lazada tu, ada dua posting yang jual Planta 2.5kg ni..
Dua2 fulfilled by Lazada, tapi ada satu tu, ada free gift Luminarc.

Hari nak beli tu, ada orang komen review, 3 tin dia beli ketiga2nya kemek.
Baru satu hari dia komen.
Sebelum ni saya tengok, xda lagi review tu.
Maksudnya orang ni pun baru beli semasa promosi ni berlangsung la kot..

Sehari sebelum tu, ada la saya cari info tentang tin kemek ni..
Memang bahaya sangat ke makan makanan dari tin kemek ni??
Takut la jgk kan, klu dapat yg kemek teruk sangat tu..

Memang Lazada jual yang kemek ke??
Sebab tu murah??
Atau sebab proses penghantaran tu yang buat tin kemek??


Haa macam tu nak bezakan yang selamat tak selamat..
Kesimpulan yang saya faham, jangan sampai tin kemek kat tulang tin, atas tin dan bawah tin...

Dok fikir kalau kemek, cepat2 la transfer Planta tu masuk bekas Tupperware.
Dan yang penting, saya doa banyak2 jangan la dapat tin yang kemek.
Saya beli 2 nak jimat.
Nak habis semua secepat mungkin, tak la kot, sebab nanti berpantang lagi..
Alang2 nak membeli kan, gitu la orang pompuan 😎

Beli pagi Rabu, petang dah dapat emel, dah proses pengeposan by Ninja Van..
Pagi Khamis, dapat sms, NV nak hantar hari ni..
Menunggu la saya dari pagi sampai ke petang,
Seksanya menanti, huh...
Tak kunjung tiba..

Dalam kol 6.15pm, saya dengar bunyi hon van poslaju datang rumah jiran depan.
First time, saya perasan ada penghantaran lewat macam ni.
Selalu saya dok dapat parcel, paling lewat pun area kol 4petang.

Dah tengok jiran depan dapat lewat camni, terfikir la jugak, satni dapat jugak apa...
Tup2 dengar orang bagi salam..
Jengok kat tingkap, xnampak pula vannya..
Tapi nampak macam ada orang kat pagar..
Ditenung2 baru nampak kereta dia terlindung dengan kereta sendiri..
Dok was2 lagi nak buka pintu, sampai la dia sebut nama saya, baru la sedar, NV kot...

Tapi dia pakai kenderaan sendiri je kot, xda cop NV pun..
Masa nampak dia keluarkan barang dari kereta, tengok ada dua kotak..
Ooh, berbungkus dalam kotak..
Ingat tak ada kotak, sebab kemek2 tu..
Ada kotak ok la kot...

Masa barang nak bertukar tangan tu..
Saya pun tanya la dia, free gift ada dalam ni sekali ke? [first time saya dpt kotak cap Lazada ni]
Xtahu la saya kak, saya courier je...
Adoi, agak la kan, pi tya orang tu buat apa, memang dia xtau kot, kita beli barang apa pun dia xtau, apatah lagi nak tanya free gift, hahahaha..
Tapi okay la lepas tu dia cakap, kalau ada masalah akak kontek je customer service Lazada, diorang okay je...
Haaa, okay2...


Masuk je umah, pintu pun xtutup lagi, dah koyak buka terus..
Nak cek tengok, lengkap ke tak barangnya..
So bungkusan tu, macam gambar di atas la..
Dia ada bubble wrap tu, cuma tak salotape bagi balut betul2 tin tu...

Masa awal2 tengok kedua2 tin tu..
Xnampak langsung pun kemek2 tu...
Alhamdulillah xda kemek...
Esoknya bila dah perhati betul2 baru perasan..


Ada sedikit kemek kat bahagian body, dekat2 plak dengan tulang tin.. huhuhu
Dapat sikit sangat je kan..
Saya tengok tin atas tin bawah, xda yang membuncit..
Tak ada kot yang nak meletup bila buka nanti...


Bahagian bawah masa nak snap untuk tunjuk expired date, terperasan la plak lagi satu kecederaan pada tin ni...
Nasib la tin yang sama je dengan kemek tadi.
Tin satu lagi bersih licin...
Jadi, tak ada pengalaman buruk sangat dengan pembelian ni..
Alhamdulillah rezeki dapat yang elok je..

enSuami balik sekolah pun tengok jugak..
Tak ada kemek pun, Sayang.. okay la tu..
Maksudnya, memang rezeki masing2 la dapat courier yang macam mana..
Kalau pengendalian okay, selamat la barang kita..
Dan dari situ bermakna, Lazada tak jual barang yang rosak walaupun pada harga yang murah...


Pasal free gift ni, saya pun xtau apa kebendanya..
Sebab nampak Luminarc, saya amek ja..
Yang saya tau Luminarc tu barang kaca..
Apa benda rondo pun xtau...

On the way barang nak sampai, baru teringat nak Google..
So bila tengok gambar, oo bekas makanan seperti canister keeee...
Ok la tu.. free gift kan...
Kalau tak, xda la saya reti nak membeli brg2 Luminarc😊
Boleh la buat letak kurma and apricot masa pantang nanti [tudiaa, dah siap planning nya, nak guna buat apa, hahahaha]


Untuk pembelian kali pertama ni, saya rasa okay je..
Kemek tu, rasanya xla teruk sangat kan..
Tak ada kesan buruk pun pada isi Planta tu..
Saya dah buka dan tengok tin yang kemek tu, keadaan Planta sama ja macam biasa dok beli sebelum ni..

Rasa puas hati dan berbaloi sangat beli ni..
Siap dapat Luminarc lagi..

Kalau beli di pasaraya, ada free gift pun takat serbuk perasa jenama Knorr ke Maggi ke entah..
Saya tak pakai sangat perasa tu, so tak ada la excited sangat walaupun free...

Selepas habis je offer tu, harga masih sama..
Delivery je ada cas RM 8..
Kalau total kos dah RM 27++, jadi sama pula dengan harga Planta di pasaraya.
Masa ni memang tak berbaloi sangat nak beli..

Lain kali kita tunggu free delivery je la...
Baru dapat jimat, hehehe...

Wednesday 23 August 2017

RESEPI : Bun Kentang dari Doh Donat Kentang

Assalamualaikum...

Minggu ni nak cerita pasal masak-masak je..
dah lama tak update blog kan...

Nak bagi up mood tu, cerita yang simple2 je dulu..
yang mana ada gambar boleh la nak tempek kat sini...
kadang-kadang dah masak banyak kali pun, kalau tak ingat nak amek gambar, memang tak ingat la nak cerita..

Bila dok kemas folder dalam laptop ni, jumpa gambar2 yang sesuai
ada la modal nak menulis, heeee...

Ni cerita pasal buat donat..
jumpa resepi ni sebab singgah di blog Sis FizaLGK, ternampak entri ni kot..
bila baca, dia cakap asalnya resepi adunan tu donat kentang..
separuh buat donat, separuh lagi buat bun kentang...
katanya sedap, lembut dan gebu..
emm macam menarik je...

Sumber resepi, rupanya dari blog Sis YatieMemories..
blog ni memang best..
Saya kalau nak buat kuih tradisional, memang selalu ikut resepi Sis Yatie ni,
alhamdulillah memang menjadi dan sedap...


Saya terlintas nak cuba resepi ni, sebab Hafni suka makan bun kentang..
masa awal2 dulu dia tak pandai makan roti macam ni..
ada sekali tu, Abinya beli bun kentang Sweetie, dah lama sangat tak beli..
teringin sangat katanya, so Hafni pun first time makan dari situ...

Selepas tu, kalau pergi Tesco, umpan dia dengan bun kentang je la..
yang tak syoknya, bun di Tesco Kuala Selangor ni, tak selembut bun di Tesco Stargate..
masa balik Kedah bulan puasa hari tu, saya beli untuk Hafni, berbiji-biji dia makan berebut dengan abang sepupunya yang lain sampai habis bun tu...
balik sini, try beli sekali, ehhh tak lembut la pula macam kat sana...
Emmmm..

So teringat pasal entri yang terjumpa hari tu, menggodek balik cari resepi...
Maka terhasillah bun kentang sendiri...
baru enSuami nak puji, sedap roti yang bini dia buat..
sebab dah banyak kali cuba resepi bun kentang ni, tak menjadi sangat
macam kerasssss je kan....


Jom tengok resepi Donat/Bun Kentang ni...
Sumber : YatieMemories
  • 500G TGandum
  • 200G kentang yang telah direbus dan dilenyek (anggaran dalam 3-4 biji kentang saiz biasa)
  • 4SB susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200ML air suam
  • 3SB marjerin/butter
  • 3SB gula (kena gandakan untuk doh bun, sebab kurang manis)
  • 2SK yis
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Kalau guna tangan masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.
  2. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  3. Saya guna mixer biasa, memang tuang semua airnya, sebab takut terlambat nak habiskan.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
*versi donat
  1. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donat.
  2. Susun donat di atas dulang dan biarkan sehingga donat naik dua kali ganda.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.
*versi bun
  1. Bahagikan doh ikut saiz kesukaan. Saya timbang dulu berat doh keseluruhan, pastu bahagi nak berapa biji. So dapatlah berapa gram untuk setiap satu biji bun...
  2. Selepas dah bentukkan ikut gram, susun dalam tray yang disapu marjerin/butter/shortening. Dalam gambar saya guna parchment paper/ kertas minyak. Tak perlu nak sapu2 lagi, lepas bakar, keluar dari loyang, tanggalkan kertasnya dari roti, memang tak melekat pun..
  3. Biarkan bun loyang dalam tempat berkuap/berhaba selama 40 minit sampai naik dua kali ganda.
  4. Sapukan eggwash (bancuhan telur dengan air/susu segar) pada permukaan bun. Paipkan adunan kastad atas bun mengikut corak yang disukai.
  5. Panaskan oven, 170C 10-15 minit sebelum. Bakar selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Lepas keluar oven, nak sapu butter pun boleh, tak nak pun takpe.. saya jarang buat step ni.


Resepi Kastad untuk Bun Kentang
Sumber dah tak ingat mana, memang ada dalam buku resepi kat dapur tulisan tangan je, so tak ingat amek dari mana... Saya suka guna resepi ni sebab senang, tak ada guna telur..
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2SB TKastad
  • 2SB gula
  • 1SK mentega/marjerin
  • 1/2SK esen vanila
  1. Satukan susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk.. Kacau rata dulu, dah sebati semua baru buka api.
  2. Masak sehingga adunan mula pekat, tutup api dengan segera.
  3. Alihkan periuk dari dapur, masukkan mentega dan esen vanila..
  4. Biarkan sejuk dahulu, baru isi dalam piping bag.
Selalunya sediakan kastad ni lebih awal, semasa menunggu doh direhatkan pada 40 minit pertama tu.
Jadi sempatlah kastad ni sejuk dan pekat dahulu...
Bila dah pekat nanti, senang nak piping..
Kalau berketul2 sebab overcook, boleh tambah air panas sikit, kemudian kacau sampai dia lembut balik..


Ini gambar kali kedua cuba resepi ni..
masa ni buat untuk jamuan raya sekolah Hafni..
adunan pertama buat, buat 25biji je..
enSuami cakap, macam besar je untuk budak2 nak makan...

So buat lagi adunan kedua, target nak susun 7x7, jadi dapat 49 biji..
Tray yang sama je dengan yang tadi..


So dapatlah sendat2 macam ni...
Gemuksss jadinya...


Saya tak ada buat eggwash masa ni, lupa sangat..
lagipun bila dok buat roti bun ni, baru teringat nak kena beli spray la untuk spray eggwash tu..
kalau sapu pakai berus, kalau tersilap tangan tu, terpenyek plak rotinya..
kadang2 sebab zarah air/telur tu berat sebab terlebih meleleh dari berus, akan buatkan roti termendap sikit...

Asyik lupa je, nak beli spray..
dulu dah give up sangat dah nak buat roti2 ni...
penat2 buat, roti jadi keras, lembut roti tu tak bertahan lama...
lagi geram tak sempat makan habis, dah berkulat..
sayang sangat tengoknya....

Tu yang malas dah nak buat roti..
beli je la senang, tak ada penat2 menguli..
makan tak banyak mana pun..
setakat roti bantal Gardenia je pun...
bukan peminat roti bun sangat...

Sejak semangat semula buat bun kentang ni,
Ada la juga dok usha, pengawet roti kat 2PLY..
tapi tarikh luputnya, aduhai...
dah nak dekat sangat..
packaging punya la besar...
kalau nak berniaga, boleh la beli selalu guna dengan kuantiti banyak..

Saya ni kekadang je buat roti..
sebulan sekali pun belum tentu..
bila teringin sangat je, teringin nak buat..
barulah semangat nak menguli roti istimewa sikit...

Bila sembang2 pasal roti ni kan, ada je terlintas di fikiran..
ada tak resepi roti sedap macam Gardenia tu...
lembut, wangi, sedap tahan seminggu
enak dimakan begitu sajaaaaaaaaaaaaaaa...........

Ada??? ada???
ce cite, nak sangat buat roti sedap macam gardenia tu, ahakssss

Tuesday 22 August 2017

RESEPI : Mi Wantan Ekspres Homemade

Assalamualaikum....

Haa semalam cerita mi Korea...
hari ni nak cerita mi Cina pulak, hahaha...

Resepi ni baru cuba dua minggu lepas..
nak update minggu lepas, tak sempat nak menaip...
so hari ni la keluar ceritanya...

Mi halus ni terfikir nak buat, bila 2 malam berturut2 Hafni nak makan megi..
nasi tak makan...
kalau pergi kenduri kawen je, baru dia nak makan nasi..
seronok tengok pengantin cantik..
kawen.. kawen... sebab dok tengok cerita UpinIpin tu....

Disebabkan dah selalu sangat buat mi kuning, acuan besar..
saja nak cuba acuan kecil pula..
boleh la jadi alternatif untuk mi segera yang Hafni suka sangat tu...

Resepi sama ja macam mi kuning semalam..
cuma tukar acuan lubang yang halus je..
kononnya acuan untuk bihun..
setakat ni belum pernah lagi buat bihun..

Lepas siap rebus semua..
asalnya pagi tu nak buat mi goreng mamak..
dah siap keluarkan paste mi goreng mamak dah..
tapi pi buat mi halus pulak..
tapi buat juga la, untuk sarapan pagi tu...

Pagi2 tu lepas Subuh, keluarkan noodle maker, terus buat mi on the spot..
pastu masak sarapan..
Mi goreng mamak dengan mi halus ni, wakakaka....

Tengahari tu sebelum nak ke sekolah..
enSuami bagi idea masakkan mi hitam Cina tu..
alaa yang hitam, ada daging, sayur apa tu...

Mi suah ke, saya tanya??
eh mi suah kan warna putih, hitam mai mananya...
dah tentu la salah...
saya jawab, tengok lah dulu...

Pastu dah nak sampai petang, baru teringat pasal nak masak makan malam...
terus mesej enSuami, tanya mi apa yang dia nak tadi, ce tunjuk gambaq...
So ada la dia hantar screenshot gambar lebih kurang macam ni, hasil carian google..

Image result for wantan chinese noodle dishes

Oooo mi kering, ingat berkuah...
ooo patut la dia cakap ada macam2 susun kat atas mi..

Saya pun tercari-cari lah resepi mi macam ni...
rupanya mi wantan...
enSuami sebut mi suah, tapi hitam/gelap punya...
mana la nak terbayang...

Rasanya macam pernah je makan kat Mohd Chan kot...
memang sesuai sangat la dengan mi halus yang ada ni...

Wantan tak ada, tapi kulit popia ada...
kebetulan ada vegetables cuttlefish ball...

So terbayangkan, amek kulit popia tu, letak sebiji ball tu, kemudian balut la bagi jadi wantan...
Patut lepas Asar, boleh la mula masak-memasak...

Tapi tak ingat saya buat apa masa tu..
ralit menjahit ke menetas kain ke layan Korea ke, sampai dah 6.30 petang..
enSuami 6.50 - 7 petang tu, dah sampai rumah daa, alamakkkk...

Masa tu baru la nak terkedek2, nak buat wantan, huhuhu...
Hafni pula nak buat jugakkkkkk...
Dia la yang balut wantan ni...
yang dia buat, lagi comel n kemas dari Umi, adoi...
saya main buat sempoi je la, dah kalut nak cepat..
tang ajaq anak balut, betul je ajarnya...

Lepas dah siap balut wantan, terus goreng...
Kuali sebelah tumis bawang putih...
dah garing2 sikit, masukkan sayur yang korang suka...
Masa tu saya ada cendawan dan pok choy je...
dah masak sayur, tuang kicap banyak2...
kalau nampak macam nak kering hangit, tambah air sikit...
sikit je, tak nak banyak..
kalau basah sangat atau berkuah, tak syok...
tapi kalau korang suka ada kuah, boleh la letak air lebih banyak...

Dah sebati kuah, masukkan mi, titiskan sedikit minyak bijan..
gaul rata sehingga semua mi bersalut dengan kuah..
masa ni kan, nak tutup api pun boleh...
kalau pakai kuali besi biasa, elok tutup api, kalau tak nanti kuahnya kering..
Kalau guna non stick @ seramik, boleh dengan api perlahan....
sambil gaul hingga mi semua rata bersalut...

Lepas habis goreng wantan, sambung goreng ayam..
ayam amek bahagian isi banyak seperti dada tu..
kalau ada daging, seketul2 goreng@gril...
nanti boleh hiris nipis-nipis, nampak cantik....

Dok cincau-cincai kat dapur, 7.15 malam, siap boleh makan...
Siap berhidang plating berdeko bagai...
enSuami tengok, Waaa hebat la isteri saya ni! Amek gambaq sikit...
sambil dok klik2 guna handphone dia...
Pastu dok share plak gambar tu kat adik2nya...emmm


Pastu kang diorang tanya apa benda sebelah ayam tu? roti goreng ka?
Hahahahaha, wantan tak berapa nak wantan sangat la...
wantan buat sendiri, kalut2...
boleh la daripada tak ada langsung...
nanti tak de la namanya Mi Wantan kannnnn????

Resepi penuh mi wantan ni macam agak rumit jugak la...
tapi saya tak ikut semua pun...
Just ada asas, mi gelap n kering, ada wantan, ada sayur celur/goreng, dan hirisan ayam/daging...

Jumpa di blog RasaMalaysia.com
Panjang bebenor step nak masaknya...
saya hanya baca bagi faham macam mana nak dikatakan itu mi wantan...
Rupanya benda yang paling penting ada, adalah garlic oil...
so saya sempat buat garlic oil ja...kol 7 baru nak masak kan...
pastu terus masuk sayur, tuang kicap, minyak bijan haruslah ada, Chinese cuisine kan...
dah siap jadi...
tu pun enSuami cakap sedap....wakakaka...

Tak ada la macam makan kat restoran sebelum ni, rasa macam mi tu kena gaul dengan KICAP je..
bila buat sendiri ada la rasa juga mi tu dimasak kan....

Resepi Mi Wantan Ekspres
Olahan : NabilaHasyim
  • Mi kuning halus @ Yee Mee kering @ Mi kering segera (rebus sehingga lembut dan toskan)
  • 1 senduk minyak masak
  • 3-4 ulas bawang putih dihiris nipis @ cincang
  • 2 pokok sayur pokchoy @ sawi panjang @ sawi bunga kuning @ sayur lain ikut stok yang ada
  • 1 genggam cendawan tiram
  • Kicap pekat secukupnya
  • 1-2 titis minyak bijan
  • sedikit air (jika perlu)
  • gula dan garam (jika perlu)
  1. Panaskan minyak dalam kuali...
  2. Goreng bawang putih, hingga garing tapi jangan sampai hangit, just nampak macam dah crispy.
  3. Masukkan sayur yang korang suka, goreng sehingga masak.
  4. Tambahkan kicap pekat dan sedikit air untuk menjadi kuah..
  5. Masukkan mi dan titiskan minyak bijan..
  6. Perlahan/Matikan api. Gaul rata sehingga sebati.
  7. Hidangkan bersama daging panggang atau ayam goreng dan jeruk cili..
Jeruk Cili
Sila sediakan 2 jam sebelum dimakan atau disimpan semalaman di dalam peti sejuk..
  • 5 biji cili padi @ cili besar hijau dihiris serong
  • 2 SB cuka
  • 2 SB gula
  • 1/4 SK garam
  • sedikit air masak
  1. Satukan air, gula, garam, cuka dan kacau hingga larut.
  2. Masukkan cili, kacau rata..
  3. Simpan dalam peti sejuk..
    ** saya ada tambah sikit kicap, nak bagi gelap sikit, sebab dah terlambat nak jerukkan cili ni..hehehe

Haaa, selamat mencuba...
Memasak dengan mudah dengan kasih sayang, ahaksss (^_^)

Monday 21 August 2017

RESEPI : Mi Kacang Hitam @ Black Bean Noodles @ Jjajangmyeon

Assalamualaikum...

Nak cerita ada cuba buat sendiri mi jjajangmyeon yang nampak terliur sangat bila orang Korea makan..

Mencari resepi di internet..
pernah tengok Chef LeeYeonBok masak untuk artis veteren Korea dalam rancangan Please Take Care of My Refrigerator.
masa tu dia bagi tips nak sedap, blackbean paste tu kena goreng dengan minyak dulu..
minggu depannya hos rancangan tu bagitau Chef LYB dikecam kerana mendedahkan tip yang penting dalam menyediakan jjajangmyeon.
Pemilik restoran di sana menganggap nanti restoran diorang tak laku la sebab ramai yang dah tau secret recipe nya... huhuhu...

Tapi bila saya cari resepi di internet, jumpa di MyKoreanKitchen, ada je tips tu..
sedangkan tarikh posting resepi ni lebih awal dari tarikh tayangan rancangan tu..
bukan rahsia lagi lah agaknya...

Antara dua website Korea yang saya suka rujuk untuk cari resepi berkaitan Korea iaitu MyKoreanKitchen dan web Maangchi
Untuk blog Maangchi, saya jumpa cara nak buat paste..
yang tu yang penting sangat...

Nak beli yang siap dah, tak tahu nak beli dari mana..
alaa buat sendiri je la....
beli kacang hitam...
basuh bersih rendam sampai kembang..
pastu rebus sampai masak/empuk...

Sampai step ni pun dah salah dah..
rebus xcukup masak..
kalau la ada pressure cooker, kan konpem masak/empuk, hukhuk...

Masa ni cuba buat dalam bulan Ramadhan lepas..
hentam je..
lepas rebus, blend..
mulanya guna food processor, tapi jadi cincang je..
bukan halus paste...
so kena blender je la, terpaksa letak air sikit untuk bagi larut dan halus...

Lepas blend tu, saya masak dulu bagi kering paste nya...
Lepas dah kering, asingkan masuk bekas lain..
kuali yang sama tu, masukkan minyak, baru goreng paste tadi..
ikut banyak mana nak makan..
masa dapat step pertama tu banyak, tak habis la nak makan berdua dengan enSuami...
guna sikit dalam 1 senduk nasi tu je..

Paste saya tak hitam sangat macam dalam gambar, dari web Korean tu..
1; sebab kacang tak masak/empuk lagi.
2; saya tak buat apa2 tips yang Maangchi tambah dari paste asal kepada paste ke2, sebelum nak masak jjajangmyeon.
3; masak ikut apa yang ada je, secara asasnya kacang hitam ada, sudaa....

So detail resepi seperti di bawah...

Mi jjajangmyeon
Saya buat sendiri mi kuning ni...
resepi seperti mi kuning biasa..
  • 500G tepung gandum
  • 200ML air termasuk sukatan dengan sebiji telur
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  1. Satukan semua bahan, uli dengan noodle maker atau guna mesin manual pasta..
  2. rebus dengan air mendidih yang diletakkan 1 senduk minyak.
  3. selalunya sukatan resepi ni akan dapat 1200G> mi kuning.
Kuah Jjajangmyeon
  • 1 senduk minyak
  • 1 senduk paste chunjang
  • 2 SB gula perang
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji zukini (saya ganti timun jepun, xsempat nak beli zukini - dipotong dadu)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • 8 biji cendawan butang segar (kalau tak ada, yang dalam tin pun boleh)
  • sedikit kobis dihiris panjang
  • 1 mangkuk isi ayam/daging cincang 
  • 1 cawan air
  • Bancuhan tepung jagung (5SB TJagung dengan 4SB air)
  1. Sepatutnya ayam tu kena perap dulu dengan beberapa bahan2, tapi malas nak buat, saya skip je.. masak macam nak masak mi goreng je..
  2. Panaskan minyak, masukkan paste chunjang (kacang hitam tadi)
  3. Dah nak garing sikit, masukkan gula perang.
  4. Dah sebati larut, boleh keluarkan paste tu.. tapi saya tak buat.. terus je masuk bahan seterusnya.. (memang sengaja nak masak lama sikit, kacang saya tadikan tak masak sangat)
  5. Masukkan ayam, masak sehingga separuh masak..
  6. Masukkan bawang besar, kentang, zukini..
  7. Kemudian masukkan kobis dan cendawan pula...
  8. Kacau semua sehingga rata dan masak/empuk..
  9. Kalau tadi asingkan paste chunjang, boleh masukkan masa ni..
  10. Tambahkan air ikut kepekatan/kuantiti kuah yang dikehendaki..
  11. Bila semua dah masak, sebelum nak tutup api, tuangkan bancuhan tepung jagung untuk bagi pekat lagi..
  12. Memandangkan paste chunjang saya tak berapa nak hitam, saya ada tambahkan kicap pekat untuk bagi warna gelap tu..
  13. Selain itu, boleh tambah stok ayam, bahan perasa yang selalu korang guna semasa memasak, gula garam kalau tak cukup rasa...
  14. Oh ya, tekak Melayu, kalau tak pedas, tak sedap kan, jadi saya ada masukkan 1SB serbuk cili dan 2 biji cili padi dihiris nipis boleh tambah lagi ikut selera...
Bahan Hiasan
  • Timun yang dipotong jejari (boleh rendam dengan air garam untuk rangup)
  • Telur rebus
Masa sedang dok masak ni, sempat la berWhatsApp dengan adik ipaq saya yang pergi honeymoon kat Korea hari tu..
mana la tau kot2 diorg ada makan jjajangmyeon real dari Korea..
Sebab tak boleh nak agak, apa rasa jjajangmyeon ni..sedap ke tak, macam mana rasanya???

Tengok orang Korea makan, memang la sedap, dah makanan diorang kan..
rupanya tak makan pun.
Dia pernah cuba makan sekali kat restoran mana entah kat Malaysia ni, katanya tak sedap sebab tak pedas.
Asyik dok tambah chili flake je la, nak bagi pedas punya pasai..

Rasanya masa tengok rancangan Top 3 Best Chef, Baek Jong Won, ada jjajangmyeon yang pedas gilaaa tu..
ke saya yang silap entah, dah lama dah tengok..
dok terliur je tengok orang makan.. emmm

Memandangkan ulasan dari adik ipar, kalau tak pedas tak sedap..
sama la tekak macam enSuami ni..
Mohle kita cepat2 adjust..
sebab tak nak bagi first impression yang tak sedap tentang jjajangmyeon..
kalau sekali makan tak sedap, tak boleh buat dah lepas ni, huhuhu..

Macam kimchi, dah 2 kali buat..
saya boleh makan masa baru siap gaul2 semua tu, terus makan, macam tu takpe..
tapi bila dia dah masam, fermented tu,
arghhhhhhhh rasanya, tak dapat diterima dek tekak...

Inilah hasil jjajangmyeon saya untuk percubaan kali pertama...


Ada sekeping gambaq ni ja..
Almaklumlah nak buka puasa la katakan... 
1; sebab lapaq
2; sebab tak sabaq nak tau apa rasa jjajangmyeon homemade ni..

Teringat nak snap sebab nak tunjuk kat adik ipaq..
dah dok mesej dengan dia tadi..
so dia dah tau saya nak buat jjajangmyeon...
tengok kat gambaq ni, dia kata jadi ja tengok macam jjajangmyeon..
mesti lagi sedap dari restoran tu buat, hahaha...

Dah adjust ikut tekak kita sendiri, boleh la...
not bad...
enSuami kata sedap, boleh buat lagi...
kalau dia kata OK, boleh la buat lagi...
ada banyak lagi paste nya..

Minggu akhir puasa, nak raya tu..
berbuka ramai2 di rumah mertua..
saya buat lagi, jjajangmyeon ni...

Alhamdulillah, adik2 ipar semua makan..
tak ada rasa pelik, tak lalu ke...
makan je semua, macam makan mi goreng..
part nak gaul2 dan makan dengan chopstik tu paling best..
fefeeling makan cam Korean..ahaksss

Setakat ni kimbap dan jjajangmyeon je boleh diterima tekak..
Adik ipaq tadi suh cuba tteokkboki pula...
dia suka spicy tteokkboki, siap dah bagi resepi dah suh cuba..
tunggu mood tak ada selera makan nasi, nanti kita cuba buat tteokboki pula...hehehe...

Selamat mencuba... (^_^)

Tuesday 15 August 2017

TIPS : Membersihkan Hood Effegi

Assalamualaikum...

Entri berkaitan persoalan/komen dari pembaca...

Baru ni ada pembaca tanya cara nak buka hood untuk tujuan pembersihan..

Nasib saya dah ada pengalaman membersihkan sendiri hood Effegi di rumah ni, huhu..
bila godek2 fail dalam laptop, baru teringat ada je amek gambar masa cuci hari tu...
nak menulis tu alahai...
almaklum lah mood dah ke laut...

Alang2 orang dah tanya ni, boleh la up cerita pasal ni...
kalau tak rugi je amek gambar bukan main, nak cuci hood punya cerita..
first time je amek gambar, seterusnya, dah tak hairan la....


Ni gambar hood yang telah berjasa hampir 4 tahun ni...
Jenama Effegi, basic button ja, tak ada timer...

Masa dulu pernah cerita kes tukar motherboard dapur Effegi, technician tu cakap, kekerapan nak cuci hood 3 bulan sekali kalau setiap hari masak, macam saya ni..

Kira heavy-duty la penggunaan hood ni..
tapi kannnnnnnnnnnnnnn...
dah nak masuk 3 tahun menunggu enSuami nak cucikan hood ni...
sampai la satu masa tu, apa salahnya buat sendiri je...
nak tunggu enSuami, berjanggut la....

So untuk Puan Rosaini, kalau tengok kat hood kita ni,
ada lubang di kiri kanan tu, ada skru sebenarnya..
just longgarkan/buka je skru tu..
kemudian goyang2kan sikit cover tu, first time buka ketat la sikit...
saya ingat buka je skru, terus dia jatuh sendiri..
Alhamdulillah tak jadi camtu, kita kena keluar atau longgarkan sendiri..
Baru cover tu nak terbuka, so ada ciri-ciri keselamatan di situ..


Sebelum2 ni, saya hanya cuci bahagian bekas takungan minyak ni je..
dan lap2 bahagian luar cover hood tu..
selalu cuci sebulan sekali...
kalau teruk, minyak bertakung ni lebih gelap lagi, dan bau2 hapak minyak tu...


Rupa keadaan cover sebelah dalam bila dikeluarkan dari hood...
tengok hitam2 kat dalam tu..
minyak bercampur dengan habuk, perghhhhhhhh....


Keadaan dalam hood tu...
yang bulat besar tu, rasanya kipasnya la..
tak nampak plak yang bahagian dalam tu..
sebab nak fokus kepada kekotoran hood tu, huhu.....


Close up lagi...
yang bulat2 macam manik tersusun tu, minyak okeyyy...
3 tahun beb, tak pernah buka, haruslah kan hitam macam ni, hukhukhuk....


Kesan degil yang dapat dikutip semasa pembersihan...
kalau lama sangat, minyak2 tu boleh jadi berkerak agaknya...
nasib la terajin hari tu mencuci....

Saya kalau bersihkan dapur yang melibatkan minyak, saya suka guna tisu Cosway ni..
kalau guna tisu biasa, jenuhlah berkeping2 la habis..
kalau tisu biru ni boleh basuh2 dulu, sampai dah habis cuci, kalau melekit sangat minyaknya, boleh je buang..
kalau guna kain buruk, alahai mencik la dengan bau minyak hapak kat kain buruk tu...
so pakai tisu ni je senang, kalau nak buang, tak ada la rasa ralat sangat...

Sabun atau bahan penyental, ikut suka la nak guna apa...
sabun basuh pinggan, Basic H, Mr Muscle, Serai Wangi..
antara yang saya guna...
yang mana ada dekat2 dengan tangan nak capai, yang tu la yang saya guna...

Harapnya lepas ni, rajin la sikit nak mencuci hood ni...
setahun sekali ke, 6 bulan sekali ke kalau rajin...
daripada bertahun2 tak cuci kan..
setahun sekali pun OK la tu....

SEBELUM DICUCI


SELEPAS DICUCI


Haaaaaaaaaaaa
berkilat la sikit kan....
kesian kat hood ni...
3 tahun tak dibersihkan...emmmm


Dah licin sudaaaa
tiada lagi manik2 minyak di situ, wakakaka....
dah bersih, baru semangat sikit tengok dapur...

Selepas dah cuci sikit bahagian dalam ni, minyak dalam bekas takungan tu, tak ada la hitam/berbau tengik sangat...
maknanya memang kena cuci sekerap mungkin lah tu...
maafkan saya ya hood...
rajin2 saya cuci awak ye...

Sejak membuncit ni, memang tak terurus juga lah dapurnya...
just masakkk je sebab keperluan nak makan...
cuci-cuci, jarang2..
kalau ada kerajinan, enSuami tolong bersihkan..
kalau tak, aduhhhhhhhhhhhhh...

Bila buat entri ni, rasa nak jadi rajin semula je..
semangat pula tengok dapur sendiri...
OKlah inShaAllah saya rajin...
#doakan ye

Sunday 13 August 2017

BENANG DAN JARUM: DIY Sarung Bantal Menyusu @ Nursing Pillow Cover

Assalamualaikum...

Lama menghilang...
huhuhu...

Jom...
nak cerita pasal projek jahit-jahit...

Mood banyak kepada persediaan nak bersalin..
apa lagi nak buat kan..
nanti dah bersalin, dah tak boleh dah nak buat macam-macam...
pantangggggg...

Pasal sarung ni, bukanlah rosak terkoyak ke pe...
Ada kotor sikit pada sarungnya...


Kebanyakan barang-barang baby dan barang saya yang dah lama simpan tu..
mesti ada kesan kuning-kuning tu.. 
sayang sangat baju-baju baby tu...

Ada petua ke eh, nak hilangkan tompok2 kuning tu????

Memandangkan dah kotor2 tu..
kebetulan bersemangat sikit nak buat sarung baru...
kebetulan ada kain... #lebihankainkakakpunya, huhu


Nak buat style sendiri..
2 muka sarung yang berbeza...
plan nak letak zip kat bahagian tengah sebelah dalam...


Jadi tindan la 2 helai kain yang berkaitan tu..
dalam keadaan bahagian luar menghadap antara satu sama lain...
saya just tekap je dari sarung asal untuk buat pola baru...
terus atas kain...
buat basi 1 inci sebab nak jahit zip kan...
dan untuk jalan selamat juga, mana la nak tau, kot ada silap ke...

Kali pertama nak buat kan...
dah la memandai je fikir nak jahit zip kat bahagian tengah tu...
sedangkan sarung asal, jahit zip lurus je di bahagian belakang sarung tu...
tapi saya malas la pula nak potong kain kat tengah2 tu..
lagipun nak sama adil, untuk kedua2 corak kain ni...
kalau tak apa guna buat dua muka, kalau tak leh guna dua2...kan kan kan...


Lepas dah potong kain semua..
jahit tepi...
mula dengan jahit zip dulu...
suspen je...
entah boleh entah tidak, saya guna zip sorok..
yang tu je ada stok zip yang panjang...
memang ada beli banyak untuk buat baju Hafni...
nasib zip pun kaler kelabu cerah...

Main gasak je jahit...
misi nak zip kat tengah kan...
haa pandai2 la jahit sampai jadi, huhu....

Bila dah siap zip, baru jahit bahagian luar yang besar pula...
dah siap semua, suspen je nak terbalikkan....

Nak sumbat bantal, lagi la suspen...
zip 10inci je...
muat ke tak ni, bantal ni nak masuk???
boleh tahan gemuk jugak bantal ni...

..

..

..

..

..

Tadaaaaaa....


Fuhhhhhhhh
mampat..
padat..
ketat..


Ngam-ngam je boleh masuk...
saya jahit zip, makan kain ke dalam sangat kot..
ketat pula bahagian tu...
walaupun bahagian besar bantal, tak ada ketat macam tu...
tapi tak boleh nak adjust lagi daa....


Tengok.....
zip sorok tapi tak tersorok pun, wakakaka...
kain tertarik kuat gamaknya...
kesan marker pun nampak, jahit tak rapat dengan gigi zip...
emm, memang guna marker je tanda2 kat kain...
nak tanda guna kapur susah sikit nak toreh...
guna marker cepat, kain pun tak kusut....heeee


Boleh la kan...
janji siap..
dapat juga merasa sesuatu yang baru masa pantang ni...
walaupun sarung je kan...
boleh jahit sendiri lagi puas hati..
kain pun free je, phew phew  ^_^
Daisypath Anniversary tickers