Search This Blog

Saturday 23 January 2010

D.I.Y 2 : Rozet untuk Family Sekinchan


Puas hati!!! mmg puas hati tgk benda ni, jatuh hati terus mcm vvip plak huhu
Dulu awal2, xnak pun buat rozet2 ni.
Rasa membazir, sebab xfx sgt dalam majlis.
Tapi bila dah selesai, wat keja2 bakul tu, ada lagi reben paper yg lebih.
Cam membazir kalau xbuat pa2.
Pas2 teringat pasal rozet, boleh la cuba jadi ke x.. bgus2

Akhirnya, jadilah begini.
Nanti 2rozet yang bunga besar tu, untuk mak n abah pakai.
Nanti mesti orang tercari2 mana makayah pengantin.
Jadi harus ada rozet, bagi obvious sket =) oo yeka pn intan n ust ahmad xpakai ke
Pakai la, insyaAllah. Cuma xbuat lagi ja. Dah family Sekinchan ada, xkan Kedah nak kalah, huh!

Tapi cakap siap2 la xlawa sgt, tapi harap boleh digunapakai masa kenduri nanti.

Nabilah dah siap letak perada..
Kasi liplap n ceria, gitu =) lip lap ye, menarik ni

Yang kecik2 camni, untuk adik2 Wak pakai tau... 
oooo nak ke depa pakai, tgklah nanti

Ok harap semua gembira pakai rozet ni yang xseberapa.
Sebab xnak membazir, jadi habiskan je semua barang2 yang ada.


Terima kasih n minta maaf..
Salah silap...
Nak jadi ahli keluarga baru, aush, takutnyer.. =]
takut ke? sy lagi takut enti doakan dapat pegang amanah yg besar ini
Ya, insyaAllah, boleh =)

D.I.Y 1 : Dulang Hantaran Tema Ungu-Putih

Wak kata nak jimat. Wak kata xbelanja besar. Wak kata kecik2 ja. Camna tu???
Apa idea saya untuk dulang hantaran?
Nak beli dulang yang ready made, too expensive for me, erm...
Kemahiran, xla expert sangat. Ada pasang angan2 nak buat dulang hantaran bentuk kapal untuk bagi ke Wak masa kawen nanti.
Bentuk kapal, buat daripada anyaman kertas surat khabar. Tapi mampukah?
Malahan plak, seni anyaman CikNabilah ni bukan la kemas sangat (Mak saya kata, uhukuhuk!) Tapi saya semangat nak buat!
Rasa macam berbaloi2 buat sendiri. Puas hati nak bentuk camna, nak besaq ka kecik ka? kan kan kan???

Saya mau buat sesuatu yang lain untuk Bigday saya!!! =)
Bila baca2 kat blog2 B2B, ramai yang suka D.I.Y sendiri. Everything!!!
Tercabar CikNabilah ni, tengok orang lain buat macam2. Saya mau jugak! Tapi yang semampu la...

Untuk DIY yang pertama, saya cuba untuk realisasikan. Tanya pada kawan bek saya Natrah untuk minta tunjuk kakak Ipar dia yang memang buat jualan barang2 dari suratkhabar nih! Soalan pertama, boleh dak kalau kami nak buat bentuk kapal dengan bentuk 4segi? Minta tolong kakak dia buat contoh,=]
Tapi yang dapat, Natrah kata boleh buat bentuk pa2 pun boleh. Janji kena pandai! Ni yang ceq xsuka ayat ni. Camna nak pandai, xpenah belajaq buat pun benda2 ni, mana nak reti sgt selok-belok anyaman ni.
Tapi dengan semangat waja, chewwah! Saya nak buat jugak.
Jalan2 di website, ternampak sesuatu yang bermakna untuk memberi jawapan kepada persoalan saya, tadaaa...
Pas2 saya cari la bahan2 yang sesuai untuk memudahkan saya merealisasikannya.

Awal sekali, kita kena la wat lidi2 kertas tu dulu. Sebanyak-banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Erm..

Anyaman ni saya mula dari bulan Mac 2010, kalau xsilap. Sama dengan bermulanya saya memakai braces, yeyeh!
Sepanjang dok buat2 ni, kadang malas, kadang rajin. Kejap semangat, kejap lentur, hehehe. Yelah kan amek masa lama ni.
Kalau xda kemahuan yang tinggi, tentu terkandas di tengah jalan.
Mulanya dulang yang akan dihasilkan ini nak buat untuk dulang hantaran Nabilah kepada Wak. Tapi bila memikirkan macam xcantik sangat hasilnya, saya ubah keputusan untuk buat hantaran bagi pihak Wak.
Supaya dulang hantaran ni akan dapat kepada saya balik, yeyeh.
Kalau nak bagi ke MakMertua, malu den. Lebih sedih kalau orang buang, kita punya usaha selama berbulan2???
Tau la xlawa tera mana pon!!!
Mampuih kami nak gheyau selopp, hehe.
Bayangkan lah kan, bagi kat kami pun xpa, guna kat umah sendiri nak letak bawang2 ka nanti, huhu...

Langkah 1: Buat lidi2 surat khabar tu. Macam kat bawah ni...

Langkah 2 : Boleh mula menganyam ikut bentuk yang disukai...

Langkah 3 : Saya nak buat bentuk empat segi. 
Jadi ilmu yang saya dapat dari website kraftangan, kita perlukan sesuatu bekas untuk dijadikan acuan untuk membentuk bekas yang kita nak. Jadi saya telah mengambil loyang bakar kek tu untuk dijadikan acuan, hehe.. Sory xda gambar. Sebab masa ni la part yang paling sukar. Dari bulat nak jadi petak, susah tuh (Bagi saya lah=]) Tension, tension! Masa ni memang tension =(

Lagkah 4: Nak buat tangkai.
Asalnya saya plan nak buat yang jenis tutup (maksudnya ada penutup lah) Pastu xjadi sebab xlarat lagi nak buat. =P
Pas2 termimpi2 lak nak macam bakul yang bridemaid pegang. Macam penuh dengan bunga2 tuh, Wah cantekk lah. Pas2 pikir lak, camna nak buat tangkai.
Mulanya saya dendan ja, (orang KL panggil pe, buat tocang ke jalin rambut tuh) Tapi xkuat la plak.
Pastu akhirnya saya lilit2, baru jadi keras. Nak tibai org pun boleh, berbaloq kat belakang tuh!

Langkah 5 : Pasang tangkai pada bekas.
Tapi sebenarnya, kalau ada yang expert lagi, dia dah spare rangka tangkai dari awal anyaman. Tapi saya xdapat la buat. Sebab plan asal nak yang xdak tangkai, nak penutup. Pastu tukar lak, tu yg jadi camni ni, hehe...

Bekas hantaran yang telah siap bertangkai....Semuanya, kami buat 7 untuk dulang dari pihak lelaki.

Pastu, selalunya orang letak syelek. Kami xmau syelek. Kami mau putih. Sebab kunun2 mcm bekas2 besi yang bercat putih tu, (teringin nak beli tu as dulang hantaran=[ ). Jadi tanya lagi Natrah, cat minyak ka orang pakai? Ya cat minyak.

Habis tujuh dulang tu siap dengan sempurna pada 16 September 2010. Hari tu jugak saya kuar pi kedai beli cat minyak warna putih, tinner, berus cat, dan beg plastik sampah. Semangat nak siapkan, xleh simpan lama2. Kesian kawan2, umah jadi semak sebabkan projek gila ceq ni. Terima kasih sebab bersabar dengan kami especially roomates saya yang cumil2, Fiza, Nurul, dan Ulfa.

Cat Minyak Putih, Tinner, Berus Cat, Bekas Cat Sementara, Pengacau Cat.

Ya ini tinner. Untuk cairkan cat dan elak dari cat tu cepat kering di dalam bekas sementara.

Ini cat minyak yang kami guna. Ada Cap ni ja kat kedai tu, OK la.

Langkah 6 : Sesi mengecat bakul
Tu dia, kan kami dah kata, umah jadi semak, huahuahua...Tungging terbalik semua bakul2. Nak cepat kering.

Erm, dah siap cat. Nak hasil yang elok, kena buat 2 atau lebih lapisan cat kot. Kami buat 2kali tu.

Proses cat mengecat ni pun amek masa 2 hari la kot (Khamis, Jumaat).
Hari Sabtu tu, saya touch up lagi sket2 mana yang kurang. Hari Sabtu, kami kuar pi beli barang untuk hiasan bakul ni. Dah cat bakul warna putih, hiasannya semestinya warna ungu kan kan kan???

Langkah 7: Hiasan bakul
Hari Sabtu tu, saya beli lis untuk lilit kat tangkai bakul.
Keduanya saya beli reben paper untuk nak balut bakul.
Tapi bila sampai rumah, hanya lis tu ja yang mashuk.
Idea untuk balut bakul dengan reben paper, xsesuai.
Keja2 sedang melilit tangkai...

Dah siap 1...

Dah siap 2...
Dan seterusnya.....

Akhirnya untuk reben paper tu saya dapat idea untuk buat bunga kecik2 yang comel gitu. Untuk cucuk kat lubang2 yang xcomel kat bakul tu, =P
Kan saya kata saya nak macam bakul bunga2. Penuh dengan bunga2...

"A full bucket of purple tulip with ferrero rocher"- Janji Wak untuk Nabilah tahun depan, nak sambut menantu, yeyeh!!!

Catatan ini dibuat pada 21  September 2010. Tapi belum publish terus. Coz want to keep it as a secret from Wak..tihihi. Tunggu sampai kawen dulu kot...

Untuk update hari ni, 27 September 2010
Pada 25 September, Nabilah dah siapkan secara kasar jumlah bunga ros ungu ni sebanyak
8kuntum X 7 bakul = 56 kuntum.

Bajet nak letak bunga2 ni, camni ha....
So, nampak kan idea Nabilah nak wat camna...
Tapi ni idea setakat ni la...
Dok pikir2, cam nak kuar idea baru.. arghhh macam2 idea..
Mana satu yang mampu ceq buat nih?
Tengok lah hasilnya masa kenduri nanti.
Camne la ghupenye...kuikuikui....=P


Update pada 13 Oktober 2010.
Hari Ahad lepas, 101010, kuar dengan Nada ke Nilai 3. Asalnya plan orang nak kawen la yang nak beli barang kan. Tapi Nabilah pun menumpang gak la 2kaki, =].
Kat Nilai 3, pi Kedai Aksesori Perkahwinan LIA. Kat situ, Nabilah beli sikit je berbanding dengan Nada yang dh habis beratus2, mesti la kan, dia dah nak kawen. Nabilah beli bunga ros putih ivory untuk handbouquet, lis utk tangkai bakul (walaupun xjupa sejibik macam yang lama, huhu), bunga ros kuning untuk hiasan hantaran Nabilah untuk Wak.

Masa dok jalan2 kat dalam kedai tu, Nada ternampak sesuatu. Ada idea baru untuk hiasan tepi bakul yang agak praktikal dan realistik untuk direalisasikan. Guna reben paper yang dilipat di hujungnya. Pastu boleh dibentuk2kan menjadi skirt yang cantik kalau diletakkan di tepi bakul. Ok, kita try buat.

Pagi tadi selepas subuh, dah mulakan operasi bakul hantaran ni. Mulakan dengan membelit lis di tangkai bakul. (Lis ni, dibeli baru kat kedai asal, awal2 mula beli dulu. Dia dah tambah stok baru, yeyeh!) Alhamdulillah, baru la nampak seragam hiasan bakul ceq, kalau x, rambu-ramba lak...

Dah habis buat lis tu, teringat pasal skirt tu, amek reben paper tu, ukur2 kat bakul, pastu gunting. Pastu lipat 2kali kat hujung tu. Wah, jadilah! Cayalah! Saya suke! Yeyeh!

Camni, lipat kat hujung2nya. 2kali lipatan, nak tebal, boleh buat lebih lagi.

Tengok, memang dia beralun dengan sendirinya. Saya suke! =)


Update 11.11.2010
Baru teringat dah lama xupdate progress pasal bakul ni, =P
Setakat ni, semua ketujuh2 bakul tu dah siap berskirt.
Cuma nak tambah lagi lis bunga kat skirt tu supaya xnampak kosong sangat. Macam xceria, tau x...........
Dah kehabisan idea dah nak buat ni. Bajet pun lari, hukhukhuk =(
Kena guna pakai apa yang ada ja, untuk tindakan yang selamat.
Jangan membazir, Nabilah Ahmad!
Bunga untuk hiasan bakul pun dah siap.
Tunggu nak letak hias je, tapi xtau la lawa ke x, emmm risaunya saya.
Glue gun plak dah rosak, tergendala lagi keja Nabilah.
Balik kg hari raya haji ni, nak bawak glue gun yang ada kt Umah. Harap dapat habiskan cepat.
Dah lama kan dok tgok, rasa jemu lak.
Hantaran untuk pihak lelaki lagi la xbuat pa2 lagi.
Bunga yang dibeli kat Nilai3 haritu pun xdapat digunakan untuk hiasan bakul hantaran coklat tu sebab xsesuai, bunganya kecik2.
Awat la pi amek yg kecik haritu.
Kan dah tambah keja lagi, aduyai...


Update 22 November 2010
Bakul saya dah siap sepenuhnya semalam 21.11.2010!
Setakat ni, ni je idea yang ada, bila dah letak barang2 nanti, mest kena tambah bunga2 lagi.
itu kena pikir kemudian. Yang skg Nabilah dah bungkus semua masuk dalam plastik.
Satni Wak komen berabuk, rosak, kemek, bunga2 semua, kan? =)



Ha, yang ni yang dekat keseluruhan.
Wak, cakap kat mak, xsekemas cam org buat jual.
Nabilah xterer lagi, sobsobsob (!_!)

Awal2 idea nak buat daun2 yang berjuntaian.
Membayangkan macam flower girl bawak bakul penuh dengan bunga2, hehe
Pas2 bila dah siap skirt pa, Fiza kata xdak seri..Xceria. Ermmm...
Bo cakap kat dia, nanti kami tambah daun, yang tu ja yg lain dari warna ungu.
Pas2 idea berjuntaian tu, xjadi.
Pas2 semalam, dapat idea nak ikat daun tu kat hujung tangkai bakul macamni..
Jadilah akhirnya, warna hijau yang menceriakan.
Tercapai jugak impian nak daun yang berjuntaian..kira berjuntai la jugak, hehe...

Ok, Wak!
Harap puas hati.
Nabilah xpandai sangat.
Tapi dah cuba sehabis baik.
Tapi nanti pelik sket la, tau..
Sebab handbag, baju tuala tu, warna ungu jugak, sama macam warna hiasan bakul.
Nabilah dah siap letak dah handbag, baju tuala tu dalam bakul, dah muktamad dah!
Memang nampak sewarna je la nanti.
Xceria pun, xceria lah.
Saya mau semua ungu, nak wat camne, dah suka, I like it! Hehe =)

Thursday 21 January 2010

Mari Ngomong Jowo 2



KEDUDUKAN

Atas : duwor

Bawah : ngisor

Tepi : tepi

Kanan : nganan

Kiri :ngiri

Belakang : buri

Depan : ngarep

Dalam/Di dalam : neng jero

Luar/Di luar : neng jobo

Bertentangan : orak reti la plak

Sana/Di sana : neng kono

Sini/Di sini : neng kene

Jauh : adohh

Dekat : cedek

PERBUALAN KEDUDUKAN

Nak pi sana : arep lungo kono

Xmau pi sana :  moh lungo kono

Malas la nak pi : males lah arep lungo

Susah la nak pi : susah arep lungo

Nanti lah saya pi : engko lah aku lungo

Jauh x tempat tu? : adoh rak engon kue

Lama x nak dok sana? : sue dak arep dorong kono

Bila kena pi? : kapan arep lungo kampung kangkung

Bila balik? :

X pi lagi? :

Dah pi keja belum? :


X balik lagi? :

Dah balik dah? :



Wednesday 20 January 2010

Denggi di Bangi

Semalam awal pagi, dapat panggilan dari Doktor, dari pejabat kesihatan Hulu Langat. laporan ada kes denggi di Pangsapuri Sri Ayu. Pas2 YB dapat panggilan dari wartawan Nanyang plak. Pas2 last2 diorg bertiga dgn En Shahrum pergi tgok sendiri persekitaran tempat kejadian. Laporan penuh boleh lihat kat blog YB untuk catatan hari ini.

Pas2 setiap Selasa kan ada pasar malam. Nada plak ditugaskan untuk beli kuih-muih, utk jamuan meting Mini Kabinet pada malamnya. So nabilah teman Nada p beli kuih. Selera pokcik2 ni nak makan kuih pelita. Nada kata selalu cari xjumpa. Dia selalu tanya YB dan EnShahrum nak makan kuih pa selain tepung pelita? Em jawapannya memang susah, cerewet tol! Xmau yg bminyak, xmau yg melekit2. Kuih pa nya? Apam balik. Alek2 apam balik. Xcemuih ka? Manis gak, minyak gak pa sket2. Emm, cari punya cari, jumpa karipap yang gebu. xberminyak. "Beli je lah, Nada." Bajet lepas ni, nak beli apam balik la. Jalan2 nak cari apam balik, cari trademark pakcik yang muka mcm cina2 sket, tup-tup terjumpa tepung pelita. Nabilah xkenal sgt tepung pelita ni. Dah jalan lajak dah, Nada yg panggil, "Ada tepung pelita! Selalu cari xdak". So, belilah tepung pelita, 30 biji sama ja dgn karipap tadi. Sebiji kuih di selangor bharga 40sen. Kat kedah, 30sen lagi. Klu 40sen pun, kira besaq la kuih tu. Tp kat sini, emm..xpatut.

Pas2 sampai umah, Haz, Sheila, Fiza bgtau nak pogging lepas ni. Td ada announcement. Org2 sebut, "Jalan 1 palang (/) 2A", pas2 Fiza menyampuk, "Eee, umah kite ade palang!" Pas2 pakcik2 dengar, dia pun tukar, "Jalan 1 stroke (/) 2A". Tapi stroke ni dalam bahasa pa ya? English sebut slash. Tapi, em entahlah. Nak ceritanya, kitorg lepak2 kat luar masa penyemburan dibuat. Fiza, Haz sempat cabut rumput kt part sayuran2 umah kitorg. Pas2 dapat scene2 yg best2.. Cayalah!!!




~Iqa dalam diam2 nak buat tanduk kat kNabilah ya!~







~Nabilah dibingkaikan di pagar rumah~





Staf2 Kesihatan yang ada sama2 join masa semburan dilakukan~





~Semburan di depan rumah daa..~





~Menarik kan? Siput babi pun kuar gak kot..sebb ada semburan ni =)~


Pas2 bila semburan dah reda, Nabilah cepat2 masuk umah, nak tgok cerita siri Akasia yang Na-O-Mei. Bahasa Thai "orang gaji" klu xsilap. Memang keja dia orang gaji pun...Tp Fiza ngan Sheila dok merendek lagi kat luar. Diorg dok pose2 lagi. Tp xsempat la edit semua gambar2 tu. Cam banyak sgt gambar poyo diorg2. Huhuhu.. (^,^)




Cau cin cau!

Monday 18 January 2010

PERSIDANGAN JENTERA PENERANGAN PAS NEGERI SELANGOR KE-1/2010

Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam
9.00-12.30H

Pagi Sabtu, yang dijanjikan ada mesyuarat Lajnah Penerangan Muslimat PAS Serdang. Tapi petang Jumaat2, dapat panggilan dari Kak Haslina yang mesyuarat terpaksa dibatalkan kerana ramai ahli mesyuarat tidak dapat menghadirkan diri kerana bekerja. Jadi mesyuarat hanya ada hari Ahad sahaja untuk hujung minggu ni. Tapi hari Sabtu tu pergi jugak opis sebab ada janji dengan Zikri (MPI) untuk mengambil kunci bilik mesyuarat kerana ada mesyuarat GAMIS pada hari Ahad.

Dijangkakan mesyuarat Lajnah Penerangan, tapi bila sampai di sana dengan Kak Haslina bersama dipandu arah oleh En. Azemi dan En Jamal, rupanya Persidangan Penerangan Seluruh Negeri Selangor. Maknanya ramai orang. Patutla cam pelik ja kalau meting tapi dalam komposisi yang besar. Bila tengok tentatif sampai tengahari. Fuh, lega. Pas2 nampak lagi nama Dato' Hasan Ali. Wow, jumpa lagi dia. Kali ni ada kesempatankah nak tanya isu2 kes hangat disiplin Dato' Hasan Ali seperti yang dipaparkan oleh media?

Dalam sesi taklimat pertama semasa Saudara Roslan SMS bercakap pun dah terjawab tentang isu2 yang berkaitan Dato' Hasan Ali. Bukanlah 'kurang ajaq' sangat pun Dato' ni. Tapi dilabelkan media dengan pandangan yang buruk seperti melawan atau mungkin menderhaka kepada raja. Tidak mengikut arahan tertinggi pimpinan PAS. Selain itu, ada satu kempen Menambah Ahli PAS dengan menggunakan konsep "1 AHLI BAWA 1 AHLI BARU PADA SETIAP TAHUN" Ini akan membantu mempercepatkan lagi pertambahan bilangan ahli PAS dan secara tidak langsung menjadi peratus kepada pengundi bagi pihak PAS.

Bila Dato' Hasan Ali bercakap dia mengutarakan 8 sebab "Mengapa Pakatan Rakyat (PAS) Mesti Menang, Mengekalkan dan Menambah Kerusi Kemenangan di Selangor"

1. Pertama kali dalam sejarah Negeri Selangor ditadbir oleh selain daripada BN_UMNO. 3 ADUN daripada kerusi PAS yang menang di Selangor menjadi Exco Kerajaan. Dan ketiga2 Exco ini mempunyai bajet perbelanjaan yang sangat besar meliputi 60% bajet pentadbiran negeri. 3 Exco tersebut ialah YB Dato' Hasan Ali, YB Dr Halimah dan YB Iskandar.

2. Suara PAS minoriti dalam pentadbiran Negeri. Justeru perlu menambah kerusi kemenangan berbanding hanya 8 yang menang daripada 20 kerusi yang bertanding. Perlu tingkatkan bilangan kerusi dari 8 kepada 16 mungkin. Ini target kita.

3. Untuk mendapat tempat dan hak pada setiap inci kemudahan dan prasarana di Selangor berbanding dulu sebelum memerintah yang langsung tidak diberi peluang kepada PAS untuk merasai sedikit kenikmatan kemewahan yang ada di Selangor.

4. Satu2nya negeri yang telah berjaya menukar JK Masjid dan surau (yang layak mendirikan solat Jumaat) sebanyak 525 buah dengan menyenaraikan AJK tersebut di kalangan ahli jemaah PAS.

5. Pada bulan 6 ini, JK surau pula akan ditukar dengan ahli2 PAS sebanyak 1883 buah surau di seluruh negeri Selangor.

6. Kemenangan yang ada akan menjadi kuasa kepada kita untuk menentukan arah masyarakat Selangor. Lebih kepada generasi Al-Quran dan pemahaman agama Islam yang mantap.

7. Perubahan kepada politik baru iaitu "Politik Kosmopolitan" tapi dalam masa yang sama masih kekal utuh berpegang kepada Prinsip Perjuangan PAS itu sendiri.

8. State Planning Committee- Tiada kita (PAS) dalam kerajaan Selangor, maka tiadalah orang yang akan menyebut perkataan Allah dan Islam.

PAS somehow to win- To Win BIG!
Sebarkan makluman dengan penggunaan pelbagai media.
Penyelarasan dari segi isi maklumat mesti berbalik dan merujuk kepada PAS Selangor.
Maklumat secara multiracial-Multilanguage.

Pas2 tamat sesi ucapan Dato' Hasan Ali, ada sesi dialog. So ada tiga ke empat orang yang bertanyakan soalan dan isu2 semasa yang ada di sekitar cawangan dan kawasan masing2.

Alhamdulillah, balik sampai umah dalam kol 1.30. Pas2 rileks2 jap. Dalam mindset, ooo malam ni ada Usrah Nisa' Serdang lak kt opis. So lepas solat Zohor, terus tidur. Nak cover malam nanti sebab tidor lewat, hehe. Asyik tidur je Nabilah sekarang ni. Usrah Nisa' pun guna Buku Wabak Sepanjang Jalan. Ok la, sesuai dengan diri sendiri. Sedikit sebanyak dapat membetulkan diri mana yang patut. Tajuk usrah kali ni adalah Pemborosan. Tajuk ni dibentangkan oleh Kak Azie dan Nada. Pas2 jamuan makan.

Natrah buat laksa Sarawak. Hari2 Put belikan dia paste laksa2. First time Natrah makan sbb Nel yang bagitau penah beli untuk Natrah. Pas2 teringat kat Nel plak. Kak Sab kata, "Jangan disebut2 org yang telah tiada". Emm. Pas2 sibuk dok makan, sembang2, Halijah Abdan plak tanya, "apa cerita Nel skang? Dah ok ke?" Emm, "Ijah xtau lagi rupanya. Nel dah meninggal Khamis lepas. Lepas Asar." Terkejut Ijah.. Wallahu'alam.


Tuesday 5 January 2010

:: Nihongo O Narao 1 ::


Mari Belajar Bahasa Jepun

I/Me : Watakushi
You : Anata
He/She : Ano hito
We/Us : Watakushitachi
You (plural) : Anatatachi
They : Ano hitotachi
Good Morning : Ohayo gazaimasu
Good Afternoon : Konnichiwa
Good Evening : Konbanwa
Good Night : Oyasumi nasai
Hello : Moshi moshi
How Are You : Ogenki desu ka?
Fine : Okagesamade
Goodbye : Sayonara
See you later/again : Ja mata
I have to go : Oitomashimasu
Thank you : Arigato gozaimasu
Thank you very much : Domo arigato gozaimasu
Nice to meet you : Hajimemashite
Yes : Hai
No : iie
Excuse me : Sumimasen
I'm sorry : Gomen nasai
Do you understand? : Wakarimasu ka?
I dont understand : Wakarimasen
I understand : Wakarimasu
Be careful/ Take care : Ki o tsukete kudasai
Teacher : Kyoshi
Secretary : Hisho

Monday 4 January 2010

Mari Ngomong Jowo 1



Wak Jowo tolong isi kat bawah ni ya dan tambah lg apa2 yg perlu untuk beberapa perkataan yang mudah dahulu. Kami xpandai ngomong jowo, ok.. =)

Saya: Nyong

Dia :   dé'éa

Awak : ku we
 
Kami : kami ape ya? kito  teko arek jaluk panganan  nabilah (kami datng nak minta makanan nbilah)
 

Kita : kito
 

Mereka :  sama ngan dia
 

Dia Lelaki : wong lanang (org = wong)
 

Dia Perempuan : wong weduk (khaf patutnya)
 

Ayah/Bapa/Abi/Papa :  sama je


Emak/Ibu/Umi/Mama : mak 


Makan Nasi : Madang

Makan ringan : Mangan

Cakap : Ngomong

Selamat Pagi : selamet  isuk
 

Selamat Tengahari : selamet tengahri la  jugak


Selamat Malam : benngi
 

Saya nak tidur : nabilah arek/p turuu
 

Saya nak makan : arek mangan
 

Tidak Mahu : moh / orak opo pun boleh
 

Tidak tahu : orak reti
 

Tidak pandai : orak iso

Tidak ada : orak eneng

Tidak Pasti : orak pasti

 

Ini : iki

Orang Ini : wong iki

Itu : kue

Orang Itu : wong kue
 
Rajin : wong rajen

 
Pemalas : malesen

Yang : Sing


Banyak : Okeh


Hendak : Arek


Minta : Jalok


Maaf : Ngopro



?kalau ada : Nek Eneng


Aje : Waye


Duit : duit


belum : Urung


lagi : Neh


sudah : Wes


habis: Entek


ye ke? : iyo ke?




Sunday 3 January 2010

Bosannya tanpa aktiviti...

Assalamualaikum..
Apa cerita hari ni ya.. Pergi keja kat sekolah kah? Ok, Nabilah xmau ganggu. Mungkin nak starting sekolah esok..ada nak prepare apa yang patut. Buatlah keja elok2 ya. Nabilah bagi sokongan yang xnampak. Huahua...InsyaAllah.

Nabilah..hari Sabtu berjalan biasa. Dok rumah je, xkuar ke mana. Nak masuk on9 pun xberapa nak boleh. Fiza tgh giat menyiapkan tesis. So free, baca buku Tok Guru. Pas2 tengahari tu tertido. Pas2 bangun mandi dan solat. Tengahari semalam, kitorg wat spageti. Dah jemu makan nasi katanya. Fiza kot yg masak. Dia master bab2 masak ni. Mak dia berniaga jual2 laksa, apa2 lg, macam2. Rajin dia pun xbkira. Kami yg kuat makan, yes Nabilah ada geng. Klu Nabilah lapar, diapun lapar. Bo la join together masak apa2 yg bes.

Mai lepas solat tu, baru Nabilah p makan spageti. Sambil2 tgok cerita Hindustan. Nasb bek, crta hindustan tu best. Leh la tggu tgok..Klu x bosan gak ni.. Masing2 mhadap laptop, Nabilah sorg je xdak laptop...Huhuhu.. Lps makan masa basuh pinggan, teringat kacang hijau yg Nabilah rendam sblum tidoq td. Ooo, ni dh lama sgt rendam ni..Bo rebus dah. So rebus, pastu tinggal. P tgok hindustan. Siap nangis lg tgok crita hindustan. Sedih la plak..jln ceritanya. tp bes ar.. Pas2 ralit dok nangis. dh hbs crita masuk blk. Tgok Fiza tido. nabilah myelit sat on9. Pas2 bau hangit. Fiza yg tegur, bau pa nih? Alamak, kacang! Huahua, kacang dh hangit.

Dapat selamatkan la jgk. Tp ok la, dpt jugk makan kuih kacang pg ni. Walaupun rasa hangit sket..

20:26H owh sempat menyelit sat..Fiza rileks2 tgok tv. Td ptg nk crita pa pun dh lupa daa.. Pasal msg2 td, Nabilah ok ja. Us wat la apa yg patut. U can handle by urself, right? Ok juz do it. Nabilah pun nak minta maaf apa yg kurang dan yg terlebih. Tapi hati mmg lapang selepas dpt msg Us. Ok, tau la Nabilah apa yg berlaku hari ni. Terima kasih. Ok daa..Nak p makan, lapaq. Hari ni kitorg masak nasi tomato. Dira master chef. Fiza wat sambal udang. Nabilah wat acat timun+carot+tomato. haz buat air. Semua masuk dapur, sbb nak makan cepat. Fiza dan Haz kerap kelaparan sbb diorg tgh running otak utk menulis tesis. nabilah pun terjangkit jugak asyik makan ja.. Hopefully xjoin d club berat badan naik sbb selera btambah spt Sheila, Iqa Dira dan Fiza. Haz tetap kurus walaupun makan banyak.. Best la mcm2...yea..tata daa. Waalaikumussalam.
Daisypath Anniversary tickers