Search This Blog

Thursday 26 May 2016

DAPUR : Aksesori baru untuk makanan

Assalamualaikum...

Rentetan dari keluhan saya semalam tentang perjalanan barang pos saya ke seluruh Malaysia, teringat nak dapatkan info tu semula...

Bila cari di FB, memang ramai je yang share tentang info tu..
Meh saya cnp di sini pula...


INFO POS LAJU ๐Ÿ“ฎ๐Ÿ“ฎ๐Ÿ“ฎ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
TAKE NOTE ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
Sekarang POS LAJU buat SISTEM BARU .
Kalau CHECK NO TRACKING pun DAH BERUBAH .
Contoh DULU AYAT : "DELIVERY PROCESS" sekarang ni tukar "OUT FOR DELIVERY" maksudnya "BARANG TU AKAN DIHANTAR KE RUMAH๐Ÿ“ฎ ๐Ÿก
Kemudian ITEM TAK DIKUMPUL KAT IPC (IBU PEJABAT) dah . Bahasa baru dia "HUB" (TEMPAT PENGUMPULAN) .
Lagi  JANGAN PANIK kalau BARANG tu SINGGAH mana² PPL yang takde KAITAN .
BUKAN ๐Ÿ™…๐Ÿ™…๐Ÿ™… SILAP ALAMAT @ NO TRACKING YE . INI DISEBABKAN BARANG TU AKAN DI " SCAN ๐Ÿ”๐Ÿ”๐Ÿ” " dulu di tempat POSMEN SINGGAH .
SEBAB TU BARANG BANYAK MELANCONG KE TEMPAT LAIN DULU SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI.
HARAP MAKLUM .

Jadi memang sungguh la barang tu berjalan2 dulu....
sampai la petang semalam saya terima barang tersebut...
Saya ingat dalam 3pm lebih la jugak...

Kemudian saja la refresh web untuk tracking number tu, so nampak la nama saya besaq2 di situ...
Date TimeProcessOffice
25 May 2016 03:18 PMItem delivered to NABILAHPos Laju Kuala Selangor
25 May 2016 09:10 AMItem out for deliveryPos Laju Kuala Selangor
Terkejut mak, tengok nama ada di situ...
dalam ni tulis 3.18pm saya terima...

Ha ni la benda tu....


Kebetulan, baru je sudah goreng donat, Hafni nak sangat donat...
terus menerus mencuba display makanan...[xbasuh pun lagi, hihihi]
nama benda ni, Amazing Cake Stand...


Asalnya nak beli masa besday bulan lepas..
terkesima tengok kek indulgence tu tebal sebab 7lapis kan...
bekas biasa tu dah tak muat...
tu yang terasa nak cari bekas baru...
masa tu pun beli hari Jumaat juga..
bajet hari Sabtu nak sampai....
akhirnya tak berjaya membeli masa tu...

Kali ni beli balik sebab free delivery walaupun harganya dah naik sikit RM3, iaitu RM32.00 sebelum ini...
bila terima tu, cepat2 buka nak perhatikan secara terperinci, kalau2 ada kerosakan..
sebab baca review orang, ada yang terima barang dah retak sikit la, tercalar la...
check betul2, nampak licin, clean n clear je...
Alhamdulillah barang dalam keadaan baik...
Boleh la terus guna, kekeke....


Sebelum nak mula membuat kek dulu tu, saya ada beli penimbang elektronik ni, dari Lazada juga...
RM17, free pos juga masa tu...
kawan saya ada beli penimbang yang sama di kawasan rumah dia di Dungun dengan harga RM45.00
saya tengok di HappyHome pun sama gak RM45++...

Bila aksesori baru dah sampai....
kena la fikir nak letak mana kan....
so tempat yang boleh diubahsuai lagi adalah di ruang kabinet tinggi bahagian bawah...
Sebelum ni, bahagian ni, ada 3 partition Daiso ni....


Saya dah keluarkan, memandangkan benda ni tak berfungsi dengan baik....
maka, ada la sikit ruang untuk saya letak bekas ni...


So, susun macam ni je la..
Simpan dalam keadaan berkotak, lagi senang kan...
barang2 tu pun terjamin keselamatannya....
benda2 ni semua akan jadi mangsa mainan Hafni, huhu...
penimbang tu, bukan main seronok lagi dia dok tekan2...

Hari ini ada barang baru pula, tempat letak kek pulak tu...
perkataan kek tu, memang suka la dia nak sebut...
Habis la, huhuhu....
Kek...antik... katanya....


Seronok sangat nak beli sebab dia multifungsi...
antara gambar yang ada ni, 6in1 functionality...





Sebab tu la namanya Amazing kot kan...
sebab dia boleh guna banyak cara, tu yang syok nak beli tu...
material ni plastic acrylic ye bukan kaca...
nampak jauh macam kaca, nampak kerlass gitu...

Sape nak beli, pergi rembat cepat di Lazada, tengah free delivery tu..
boleh klik link ni, memang dijual oleh Lazada sendiri..
almaklumlah nak raya nanti, boleh la buat hidang2 makanan..
saya ada juga survey web lain, setakat ni Lazada la paling murah RM35.00.
di 11street, RM47.00 + RM8 pos.
hah, dah tentu berbaloi dari Lazada, kekeke...
benda yang sama juga, mengapa bayar lebih kan???

Tapi ingat, makanan panas2, pisau/sudu/garfu/senduk besi kena elakkan ye..
sebagai langkah berjaga2, kita nak guna lama kan....
korang baca la review orang kat web Lazada tu...
saya memang baca semua 75review yang ada tu...
macam2 orang komen...tapi saya nak beli gak, hehehe...
sebab multifungsi, murah, susah nak dapat di kedai2 kawasan rumah..
dan yang paling penting, saya memang tak ada lagi tempat nak letak/hidang kek [yang sempurna], sebab tu rasa, memang perlu sangat ada di rumah ni....
gitu la alasan2 yang disenaraikan sebelum nak beli barang ni...hahaha...

Just sharing... (^_~)


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday 25 May 2016

Pos laju ni, dah tukar sistem ke?

Assalamualaikum....
Stree pulak tengok, barang kita PosLaju bawa merata-rata....
Minggu lepas, ada beli barang dari Lazada.
Dah lama dok teringin...

Hari tu dah beli sekali, tapi entah macam mana, kesilapan saya kot terdelete item pembelian, dah tercancel semua tu..
Sudahnya, pihak Lazada pulangkan balik duit masuk akaun, huhuhu...

Pastu dok usha2 Lazada minggu lepas, Lazada ada promosi Free Delivery...
apa lagi mula la cari balik barang yang nak tu...

Dah tengok pun hari Jumaat, beli juga walaupun rasa, nanti stress bila barang tak sampai cepat.. Takut promosi tu habis la pulak, so pasrah je la beli...

Kali ni, Lazada guna PosLaju, kali yang lepas, diorang guna NinjaVan.
Dok harap, jangan la guna NinjaVan lagi..

Lupa plak PosLaju dah tukar sistem..
Ada terbaca di FB, ada orang update, barang kita akan bersiar2, berjalan2 seluruh negeri, ataupun seluruh Malaysia sebelum nak sampai kepada kita...
Bila tengok update tracking number parcel tu, Sah la.....

Date TimeProcessOffice
25 May 2016 06:19 AMArrive at delivery facility atPos Laju Kuala Selangor
24 May 2016 11:57 PMConsignment dispatch out from Transit OfficePos Laju Transit Office (KLIA Hub)
24 May 2016 10:05 PMItem processedPos Laju Transit Office (KLIA Hub)
23 May 2016 06:24 PMItem dispatched outPos Laju Butterworth
23 May 2016 12:46 AMConsignment dispatch out from Transit OfficePos Laju Transit Office (KLIA Hub)
22 May 2016 11:58 PMItem processedPos Laju Transit Office (KLIA Hub)
22 May 2016 03:27 PMItem dispatched outPos Laju Puchong
22 May 2016 03:20 PMItem picked upPos Laju Puchong
22 May 2016 11:33 AMItem dispatched outPos Laju Puchong
22 May 2016 11:32 AMArrive at delivery facility atPos Laju Puchong
22 May 2016 09:07 AMItem dispatched outPos Laju Puchong
21 May 2016 10:58 AMItem picked upPos Laju Puchong
21 May 2016 09:05 AMItem dispatched outPos Laju Puchong
Huhhhhhhh, penat tengok setiap hari..
panjang berjela perjalanannya...

Hari ni buka laptop, baru sampai pejabat Kuala Selangor..
pukul berapa saya nak dapat hari ni...

Bukan apa, risau kat barang tu, sebab fragile...
kang sia2 ja, berhari2 tunggu, barang rosak pulak, nauzubillah...

Mudahan selamat dan baik la sampai hari ini....



Kat rumah belum ada penapis air dan udara? Hubungi saya #0193330382 untuk order. Limited stock, tamat bulan Mac ni, termasuk free daftar RM265..

Tuesday 24 May 2016

Thursday 19 May 2016

DAPUR : Susun atur baru untuk kabinet tinggi bahagian atas

Assalamualaikum...

Sebelum ni pernah dah tunjuk susun atur dalam kabinet tinggi bahagian atas ni..
masa tu banyak sangat la bekas2 elian ware pink, hijau dan biru...


Lama2, bahan2 yang terisi dalam bekas tu pun dah habis digunakan..
ada juga yang dibuang sahaja, sebab dah rosak...
terutama sekali tepung pelik2 seperti tepung kentang, tepung pizza apa lagi entah...
banyak sangat tepung2 tu, dulu suka nak buat biskut-biskut raya..

Sekarang dah tak larat or tak sempat nak buat...
1/3 dari bekas tu, terutama yang berwarna hijau tu, saya dah tukar fungsi..
yang hijau tu dah pindah ke meja jahit..
jadi yang tinggal dalam kabinet ni hanya yang berwarna pink dan biru...

Setelah lama, bertahan dengan susun atur terakhir tu...


Saya ingat nak cari bekas baru untuk nak isi tepung gandum, tepung roti dan tepung kek...
target nak cari bekas yang tinggi dan bentuk petak...
susah gak la nak jumpa..
terutama sekali nak cari saiz yang ngam dengan kabinet yang ada...
saya siap nak bawa bekas tepung yang lama tu ke kedai...
tapi enSuami kata pelik la plak nak bawa bekas dari rumah pi kedai, adoi....


Tengok la, bertindan2 di bahagian belakang tu...
Tu yang tak boleh sabaq tu, tak larat dah nak bertindan banyak2...
bila nak amek barang, jadi susah sikit nak keluarkan, nak ubah tempat...

Bila survey di kedai2 barangan plastik atau perkakas rumah, termasuk MRDIY, kalau nak tinggi tu, mesti bentuk bulat..
kalau ada yang petak pun, mesti berwarna gelap..
tak nampak isi dalam.
kalau boleh nak cari yang transparent, huhu....



First sekali beli bekas penutup pink yang atas rak microwave tu..
beli di HappyHome, RM8.++ gitu..
nasib baik beli satu dulu...
balik umah, test, terbesaq sangat la pula...

Esok tu, pergi ke 2PLY nak beli barang2 baking, kemudian saja la jalan2 tengok bahagian bekas plastik, kot2 ada yang sesuai...
Usha2, macam sesuai je yang putih ni...
sebiji RM5. jenama NCI Container..
oh ye, kaler putih lagi la senang kan, boleh in dengan semua tema..
sebelum ni beria nak cari kaler pink, tu yang susah nak jumpa tu...hehehe


Dah conpem ngan enSuami, amek 2 bekas dulu...
bila balik test, OK la...
boleh la masuk tarik sorong..
jenis memanjang ke belakang...
kapasiti 3.0L, banyak gak la tu....

Balik tu semangat je basuh cepat2 bagi kering..
tak sabar nak transfer Planta masuk bekas tu...
Masa saya buat tu, enSuami persoalkan kenapa nak tukar bekas, takut Planta tu boleh rosak pula..
tapi lagi penting transfer ke bekas ni, sebab bekas Planta tu besi, kadang2 berkarat plak bahagian atas tin tu...
jadi berkarat lagi tak selamat kan...
selama ni dok bersabar la jugak dengan karat2 tu, dok lap dengan tisu...

Alang2 dah nak tukar bekas, tukar semua sekali...
kalau bekas lain2 bentuk, agak sukar nak urus/susun atur..
dah la kabinet tak berapa nak besar, memang kena bertindan2 juga bekasnya sebab tak muat...
jadi bagi saya kalau bekas sama saiz, senang nak aturkan...


Minggu depan tu, beli lagi dua bekas...
jadi ada 4 bekas semuanya...
saya susun berderet ke belakang....
tapi bertindan dua....
bahagian belakang tu, bekas tepung roti dan tepung kek...
dah nak habis dah pun tepungnya....
tak tahu bila lagi nak buat roti...

Ingat nak beli bread maker dulu, baaru nak buat roti balik, huhu...
asyik tak jadi je buat roti...
tak jadi lembut dan gebu...
kembang pun tak berapa nak kembang sangat, iskkk....
masih berkira2, penting tak penting nak beli BM, huhu...


Atas bekas tepung roti/kek tadi, ada lagi dua bekas kecil yang bertindan dua juga..
kalau nak ikutkan bekas ni pun jenama NCI juga..
dah lama beli masa baru ada kabinet rumah..
sebelum ni guna simpan makanan dalam peti sejuk...
lama2 bila dok guna pewarna/perisa tu, botol2 tu semakin banyak, tak ada rak khas nak letak, terfikir nak guna tupperware tu ja, buat bekas simpanan...
Hasilnnya sempurna la, match dengan saiz botol dan bekas2 soda, baking powder yang 2PLY jual...
Jadi sehingga sekarang kekal dengan bekas tu je...
Nak juga label, walaupun dah tau apa yang ada dalam tu, hehehe..

Dah bekas lain ada label kan, kesian lak kalau dia tak ada label..
tak berseri lah, hihihi....


Bahagian para atas sekali dah kosong, sepenuhnya...
ada sekotak santan di situ saya letak...
beli nak guna buat desert...
kalau masak lauk-pauk, saya beli santan dari pasar je...


Bahagian tepi bekas tepung, muat la juga untuk letak tin2 planta 1KG...
ada 3 biji ni je yang masih disimpan...
yang sebelum2 ni ada juga yang dah terbuang...
Yang bekas untuk Planta tadi tu, muat saya isi Planta 2.5KG ke dalam tupperware tu...
OK, senyum puas hati... (^_^)


Jadi view untuk keseluruhannya, macam ni la...
selalu kerap guna Planta, jadi letak atas tepung..
dan juga nak jauhkan sikit dari kepanasan oven..
tak dinafikan, Planta tu ada yang cair..
Masa dalam tin dulu pun boleh cair juga..

Jadi, tak ada la masalah besaq sangat Planta tu cair...
yang penting lagi selamat daripada karat...
expired? lambat lagi..
Planta ni habis dulu la sebelum expired...

Dah nak raya ni, Tesco dah mula sale murah2 ni...
Daisy dan Planta 2.5KG, pada harga bawah RM20...
terbeliak mata tengok...

 

Offer ni dah ada sekarang sehingga 25hb...
bukan senang nak murah2 ni...
minggu depan baru nak serbu, huhu....
hopefully stok masih ada masa tu, Amin...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday 17 May 2016

Monday 16 May 2016

Bulan April, bulan baking kek..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya berkesempatan nak menulis hari ni...
dah tak terkejar layan online, kekeke...
Descendent of the Sun dah habis..
Mrs. Cop 2, pun dah habis..
Yang ada KShow je seperti biasa...

Untuk nak panaskan enjin selepas 3 minggu lebih tak update..
kita tayang masak2 je..

Memandangkan bulan lepas, bulan April, bulan besday saya..
kepala otak terfikir nak cuba buat kek yang mencabar yang tak pernah dibuat sempena besday sendiri..
pastu yang terlintas tu, semestinya coklat indulgence yang hot sangat di Secret Recipe tu..
ada adik ipar yang suka beli bila sambut ulangtahun mertua...
saya makan satu hiris je, macam lalu tak lalu je nak makan...

Tapi terfikir lah, ada ke resepinya?
dah nama pun secret recipe kan..
bila google, ada ja orang dah buat...
ingat terahsia lah sangat kan...
Maka, jumpa la resepinya di blog MyBakingShop.
OK, bookmark dulu, sebab lambat lagi nak buat...

Sebelum tu panas enjin baking kek dengan kek coklat lembab dulu..
sebab rasa macam dah lama tak buat kek..
almaklumlah buat kek asyik tak kembang je...
kek coklat je, saya berani nak buat, wakakaka..

Ini cuba buat sebab ada kawan sek men, share resepi..
dia buat jual kek coklat lembab ni dengan kek tiramisu..
So try la resepi yang dia bagi tu....


Pastu dapat la sebijik kek coklat...
kalau kek coklat lembab tu, saya suka kukus, baru terasa lembabnya..
kalau bakaq, mau je nak rasa hangit, keras di tepi keliling kek tu, tak syok...



Tengahari kawan share resepi, kol 4 camtu, saya upload dah..
kawan2 dok terbeliak icon dalam Whatsapp tuh.. cepatnya dah jadi kek!!!
hehehe, dah lama tak makan kek coklat, tu yang laju tu..
lagipun senang sangat buatnya..
dalam masa 2jam, dah boleh makan dah....


Nyumm nyumm...
Banyak2 kek dalam dunia ni, saya rasa kek coklat je la saya makan sungguh2..yang saya boleh makan banyak2..
walaupun nampak macam murah je sebab guna minyak masak, tapi kek coklat juga yang win di tekak saya ni...

Dan kemuncaknya bila hampir tarikh besday..
dalam 2 hari sebelum...
saya dah mula baking kek coklat tu..
suspen betul nak buat kek span...
sebab tu mula awal, nak try tengok dulu kek jadi ke tak..
kalau tak jadi macam nak kena beli kek span dari tesco atau giant la kot...


Hah, ini la kek indulgence saya yang tak comel, kuikui....
Resepi kali, saya ikut resepi dari blog kak AzlitaMasamManis...
kalau nak buat kek, memang kena cari kak Ita la..
baru nak jadi sebab step by step dan tips sekali dia bagi...
baru kita nak faham dan buat betul2...


Tips yang saya dapat, bila nak potong kek, guna pisau yang panas samada direndam dalam air panas, atau dilayur di atas api.
lap kering dengan tisu, letak je pisau atas kek, terus je tekan sehingga ke bawah, tak perlu sorong-tarik pisau tu..

Nampak tak perbezaannya??
yang sebelah kanan pisau panas, yang sebelah kiri tak panas, tapi pisau yang sama...
haa, tu yang seronok tu nak potong kek, hihihi...
Licinnnn je....


Gambaq step by step, yillek!
tak dan la nak amek gambaq...
dengan Hafni lagi yang dok kacau...
step dia pun banyak, memang lintang-pukang dapoq masa tu...
dengan nak cairkan coklat putih, coklat gelap, cairkan gelatin, putar whipping cream, putar cream cheese...
fuhhhhhhhhhhh....semput den...

Saya punya tips kalau ada perlukan 2 mixer pada satu masa, dan yang kena pukul tu, ada whipping cream, saya pilih pukul whipping cream dulu...
asbab ada satu je mixer, [mana mungkin nak beli sampai dua, huhu]
sebab whipping cream ni pun agak senssitif dengan air/bendasing, so pukul whipping cream dulu hingga kental..
dah siap kental, tuang ke dalam besen bersih, simpan dalam peti sekejap.
pastu boleh terus pukul cream cheese tanpa dibasuh pun tak apa...
selepas tu baru gaul balik cream cheese dengan whipping cream tadi...
so OK je kalau tak ada dua mixer..

Tapi kalau ada mixer jenis hand mixer tu, OK la sebab mangkuk boleh tukar2..
saya punya sebab stand mixer, tak boleh [kot] nak guna mangkuk lain, mau terpelanting mangkuk tu nanti...


Bawak balik kek indulgence, dengan pavlova tak jadi...huhuhu...
masa tunjuk gambar ke kawan, kata pavlova tak jadi, dia cakap bukan tak jadi, tapi overcooked..
hebat betoi kawan ni, tengok ja, dah tau overcooked...
memang pun, masak sampai 2-3jam, apa ke benda pavlova sampai 3jam...
rupanya pavlova ni tak leh masak lama2, maksimum 1jam15min..
yang kita kena adjust, adalah suhu oven..
kalau pakai 110-130C tak mau masak jugak, kuatkan lagi suhu tu...
Ooo, gitu ke....
Makanya, bermula la misi seterusnya, nak buat lagi pavlova...ngehngehngeh....

Lepas habis cerita indulgence, teringat pula kek kawan hidang masa ziarah rumah dia balik cuti sek bulan 3 lepas..
kek pandan cheese leleh, snow lagi...
ada ke?? saya je ketinggalan...
kan orang riuh rendah dok share dalam group MAHN...
Oh ya ka, patut la, jarang buka FB..
takut nak buka group tu, takut macam2 nak masak, satni tak ada orang nak makan..huhuhu..


So try la buat kek pandan snow pula, resepi jumpa di AzianCollection
tapi Resepi kek span pandan tu, dari blog Kak Ita jugak...
kalau dari group tu, Azlina Lin kot ehh, yang selalu dok share resepi kek tu...
dia punya kukus kan, SIL ada try, tapi tak jadi..
saya pun tak tahu apa resepinya, prosesnya, so tak tahu la pula apa yang silap...
lepas tak jadi tu, baru saya tengok resepinya...
macam lain sikit dari tips Kak Ita..
so saya pun tak berani nak komen..

Saya pun baru nak semangat balik nak membaking kek...
sebelum ni macam tu juga, nak buat kek, jadi bingka/bengkang...
ada ke patut, malu den tau....


Seronok buat kek pandan ni, sebab Hafni makan...
dia biasa dok makan kek chiffon Tesco tu, so bila nampak hijau ni, dia tahu la benda tu kek, macam yang dia biasa makan...
tapi dia makan yang kosong je, tak ada topping...

Rasanya, nak buat lagi dalam masa terdekat ni...
ingat nak buat semalam, sebab kami sekeluarga dilanda demam batuk, Hafni tak berapa berselera makan, so nak buat kek la untuk dia...
tapi tu la sampai hari ni tak buat lagi..
pagi tadi buat aiskrim je, sebab dah habis, pastu simpan balik mixer, sebab rasa macam tak ada mood lagi nak baking kek....

Selepas tu saya buat kek red velvet pulakkkk....


Sebab telur gred A beli sepapan sebab nak buat kek indulgence ada lagi, so saya pun tanya la kawan kek apa lagi yang best di SR...
dia selalu makan kek dari SR..
saya je yang tak pernah masuk SR, mana la nak tahu, apa yang ada di SR tu kan...
Dia pun cakap la, dia suka indulgence ja..
tapi di SR paling mahai Red Velvet RM120 sebiji... MIL dia suka makan red velvet sebab toppingnya ada cheese...
Mak aii, mahainya, sedap sangat ka red velvet tu...
masa red velvet tengah viral/hot sangat dulu tu, saya tak teringin pun nak buat, sebab saya tengok bahannya yang berbeza dari resepi kek yang lain, sebab ada cream of tar tar atau CUKA...

Pastu tak pe la try tengok cari resepinya...
mana la tahu, kot saya dah lupa ada bahan lain...
Cari blog kak Ita, jumpa kek yang cantik macam ni...


Aduh, sapa la tak tergoda...
pastu apa lagi, membuak2 la nak buat...
nak buat sebab nak deko macam kak Ita deko...
ada ke patut, kekeke.....
Saya suka deko kek, tapi saya tak reti buat kek, tak makan kek bertopping aising...
acaner tuh???!!

Red velvet ni, nak buat kek nya tak susah...
cumanya sebab saya pilih nak buat sebiji macam kak Ita buat, corak susunan bata dalam kek tu, jadi renyah sikit la...
Dengan kelengkapan apa tak ada, main hentam kreativiti sendiri je...


Macam nak belangkannya ni, kak Ita guna cutter kek, saya main toreh dengan pisau je...
pastu salah di sini, nak cari perisa lemon, tak ada.
Saya pun amek la, emulco lemon...
dah tu bila campur, jadi kuning melampau la pula...
aduh menyesal letak perisa lemon tu, sebab tak berapa nak kena selera tekak saya n enSuami..


Topping kek ni saya buat lain guna krimwell, jadi aising buttercream..
corak2 tu pun guna garfu je...
saya tak beli pun yang perkekas deko kek tu, hahaha....

Pastu deko2 dahan, daun dan bunga, guna piping bag sahaja tanpa nozzle...
dulu2, pernah la masuk pertandingan menghias kek...
masa tu urusetia tak sediakan apa2 nozzle..
saya bawak sendiri pun tak dibenarkan guna sebab nak sama adil kan...

Lepas dah habis pertandingan, Urusetia tu [junior saya] dia cerita la Owner Bakery yang sponsor aising tu kata, tak guna nozzle pun boleh deko kek..
yang penting pandai gunting piping bag tu...
masa tu saya dengar gitu2 je la, gaya orang tak puas hati/ tak percaya [mata ke atas, tangan atas bahu] gitu...
ye la, orang amatur kot, mana nak reti gunting2 ni kan...
masa tu rasanya saya belum lagi pergi kursus cupcake..
so saya tak kenal nozzle2 lagi bentuk apa, jadi corak apa [kot]

Nozzle yang saya bawa tu, nozzle free mak saya punya je, dapat beli apa entah...
mak saya tak pernah guna pun, saya pun saja la amek, huhuhu...
kot2 la bila2 boleh guna...


So kali ni, saya pun teringat la kata2 tu...
memandangkan dah tahu, untuk daun bentuk nozzlenya macam mana, so saya try la gunting piping bag tu...
hasilnya boleh la kan, dah tak ada nozzle...
saja2 nak hias, bukan nak masuk pertandingan ka, ada orang nak beli ka kan....


Gitu la hasilnya...
rupa dalam kek bata red velvet ni macam ni....


Masa ni bakar, guna 2 loyang, ikut kak Ita la katakan...
masa indulgence pun dua loyang juga, tapi saya memang potong 4 lapis la kan.. 
kalau tak, tak cukup nak lapis...
tapi red velvet ni, satu biji tu saya tak bahagi dua lapis...
sebab kek tu, loyangnya terlindung dengan loyang atas, jadi kembangnya tak sama tinggi...
keciwa la juga tengok kek tu tinggi sebelah...
asbab tu jadi ragu2 la nak belah 2, tu yang tertebal plak lapis atas tu...
kalau orang nak cuba, buat satu loyang pun cukup...

Masa buat coklat indulgence tu first time buat kek, saya risau macam mana nak hiris bagi sama tebal..
so saya buat la dua loyang..
tapi lepas dah siap, dah sedar dah masa tu, patut buat satu loyang je, baru dapat sama tebal, sama besar sebab satu loyang yang sama..

Masa red velvet ni, resepi asal, omputih tu nak lapis dua je keknya, sebab tu dia bakar dua loyang.
jadi senang la dia nak melapis selepas tu..
tapi sebab kali ni nak 4 lapis juga, saya lupa dah pasal kesilapan pada kek indulgence tu..

Dan masa cuba kek pandan snow tu, orang tu cakap guna benang kan..
saya pun cuba la kali ni, guna benang pula...
gila senang guna benang je...
isk iskk iskkkk, lagi2 bertambah nyesal buat 2 loyang, kuikuikui.... 

Pastu cuti hari buruh hari tu, buat pula pavlova...
nak guna tips baru tu la, kuatkan suhu tu..
so kali ni, saya mula dengan 150C...
dah kembang tinggi2, baru saya slow sikit2...
140 ke 130 ke 120 last sekali...
ngam2 1jam15min, pavlova saya keras, kering dengan elok... 


Punya la seronok, buat lagi sebiji...
dah lama teringin nak buat dua layer, jadi la dua layer kali ni...
dah mula dapat retak2 pada pavlova tu, baru terasa macam kering dan rangup tu...
pastu deko tu, tambah pula coklat cip, nak letak coklat bulat2 tu, tak ada la pula...


Lepas tu, ada lagi baki sikit lagi kiwi n strawberry, cuba pula, pavlova perisa strawberry..
sebab ada orang buat, saya pun try la sat..
emulco strawberry ada lagi...
habis retak seribu kali ni...


Tambah sikit dengan buat peach, first time beli...
sebelum ni dok letak kiwi n strawberry atau anggur je saya tambah..
ada juga yang letak markisa, susah nak jumpa buah ni...
peach ni senang, beli dalam tin je..
so kalau tak habis, boleh simpan freezer....heee

Haa habis pun cerita pasal kek2 ni..
mula tulis dari lepas solat zohor, sekarang dah azan asar baru nak sampai sini...
kalau nak bercerita panjang, mesti la lama kan, kekeke...

Sapa yang baca sampai habis ni??
Thank you sudi baca sampai sini...
ce komen sikit, nanti saya singgah komen sana pulak,
Babai.....

*sape yang nak resepinya, klik link yang saya bagi tu ye...say pun tiru dari situ je..



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382
Daisypath Anniversary tickers