Search This Blog

Wednesday 30 September 2015

SOHO : Kemaskini meja jahit yang telah lama terkubur, huhu

Assalamualaikum...
harap semua sihat2 aja, inShaAllah...

Nak cerita pasal meja jahit saya..
ekoran dari dekorasi kotak berstoran tu, saya mengemas semula meja jahit saya ni...

soho

Meja jahit ni selalu jadi mangsa tempat longgokan barang2...
adoi memang susah sangat nak dapat meja ni kosong macam dalam gambar di atas...

Mesin jahit tu saya dah susun ke belakang, untuk sediakan sedikit ruang kosong untuk aktiviti menulis atau menghadap laptop...

Hari tu saya ada google untuk mencari idea..
dari segi storan, susunan dan dekorasi..
ada jumpa beberapa tips...
tu yang semangat nak mengemas tu....

Ringkasan tips yang sesuai untuk diaplikasi...






Asalnya ada 3 rel besi di dinding tu
saya dah tanggalkan 1 rel di bahagian tengah untuk buat storan pakaian yang hendak dijahit.

Mulanya saya guna kaedah bakul..
tampal pada dinding.
boleh letak kain dalam tu..
tapi sebab tampal guna double-tape je, maka tertanggal la ia jatuh ke bawah.
dapat bertahan satu malam je, esok pagi tengok dah berterabur...
nak ambil gambar pun tak sempat, huh...


Akhirnya saya guna bekas nata je..
guna hook plastik, main tindan2 je, janji boleh gantung, kan?

Sebelum ni kumpul nak letak mainan Hafni..
tapi penutupnya ke mana entah, saya pun hairan [saya dah buangkah?]
memandangkan dah tak jumpa cari, tak jadi guna untuk mainan Hafni.
nak guna untuk dapur pun tak leh sebab tak ada penutup.

Maka berguna lah ia untuk meja jahit saya..
Cantik ngam2 pula, ada 4 biji.
so susun 2 di kanan, 2 di kiri, dengan di tengah ada bekas yang memang sesuai untuk kaedah gantungan [beli di kedai RM2, sebelum GST]
bekas tu letak plastik, sebab nak buat bekas sampah..
kawasan meja jahit, banyak buang benang je la, dengan perca2 kain yang kecil.
kalau perca kain yang besar, saya masuk kotak di bawah meja...

Jumpa idea ni...

Selama ni dok fikir, bekas bulat tak sesuai nak gantung kan..
tengok orang buat, baru tau OK jek..
apa yang kurengnye kan...
asal boleh isi barang, selesaikan masalah, apa ada hal, bulat ke, leper ke, recycle ke...
yang omputih ni buat, cantek la kan, sebab kainnya tu, comel sangat..
nanti kalau saya rajin, saya cuba untuk balut, hehehe....


Dulu2, suka sangat nak hanging benang2 ni..
sampai 2 kali DIY thread holder..
lepas buat kali kedua, ada terbaca orang kata, benang tak elok terdedah lama2, nanti benang masuk angin, senang putus...
pulak???!!!
Selepas Hafni dah rosakkan thread holder tu, saya pun dengan cepatnya pergi buang aje, hohoho...
lepas tu sumbat je semua benang dalam bekas biskut raya, penutup merah tu..
malas nak susun dah...senang ahti ku..
lagipun benang saya tak de la berlambak berdozen2...
jadi tak ada masalah sangat nak ambil warna benang...
just goncang2kan aje, dapat la benang yang nak tu kan... [pemalas tak, kuikui]

Ada juga masa rajin nak DIY thread holder baru selepas jumpa idea ni...


Menarik juga kan idea ni..
yang ni benang tersimpan, kurang terdedah, mungkin kurang berisiko benang mudah putus...

Dah tu mula la misi mencari laci plastik ni...


Sampai 2 kali saya beli...
yang kecil beli di 5SEN Jaya, jenama Century.
yang besar, beli di TESCO, jenama MAX.


Akhirnya dua2 tak jadi buat..
masa beli yang kecil tak muat dengan ketinggian benang..
yang kedua dah beli yang besar, rasa besar sangat pula..
tak padan dengan benang yang tak seberapa banyaknya, hehehe...
[sebab malas nak fikir nak buat holder nya dengan apa, nampak sesuai macam chopstick, nak kena beli chopstick pula kennn]

Dah tu simpan aje, benang dalam bekas plastik tu...
kalau ingat, bekas tu, bekas yang diguna di dapur..
kebanyakan bekas2 tu dah kosong, sebab saya tak membeli baru..
rak nak susun pun tak ada..
so saya kurangkan penggunaan bekas tu dalam kabinet dapur..
saya amek je bekas yang kosong, amek penutup yang kaler hijau je..
guna untuk meja jahit...
kira nak cakapnya, tema meja jahit saya, kaler hijau lah...
sesuai untuk cerahkan mata yang menghadap lampu mesin jahit [ye lah tu, hihi]

Zip, span bahu pun sumbat dalam bekas yang sama..
sebab tak jumpa lagi solusi lain.
alang2 dah ada bekas kosong, guna kan aje apa yang ada...

Untuk laci2 tadi, dah boleh nampak kan, apa yang saya dah buat?


Bekas kecil ni saya guna untuk simpan keperluan alat tulis..
ni kira dah habis kategorikan ikut barang2 yang ada.


1. Gunting [gunting kain pun simpan dalam ni juga] - Pisau
2. Marker
3. Alat tulis
[bercampur pen, pensil, mata pensil, pemadam, pembaris, sharpener, high lighter, liquid paper]
4. Puncher [penampal lubang] - Stapler [ubat stapler]

Saya punya jangka lukis masa sek men pun ada lagi simpan..
sayang tu, sebab kaler ungu, ngeh ngeh....


Untuk gam je tak masuk dalam laci..
tak nak berisiko kalau gam boleh tumpah-mengalir melalui span sapu tu..
enSuami saya suka guna glue stick [kaler biru] untuk tampal laporan pembelajaran..
tak basah katanya...

Untuk laci besar bersaiz A4 ni, saya guna untuk letak barang2 lain.


Laci pertama berlabel TEKNIKAL...


Dalam bekas putih depan tu, bekas peralatan untuk penyelenggaraan mesin jahit.
dalam tu ada berus habuk, minyak pelincir [kot], penyepit benang/jarum, jarum simpanan, dll.
pastu kuning tu, pita pengukur. patut letak dalam bekas barang2 hardware lah kan..
tapi saya letak kat sini je, ada ruang..
senang sikit nak amek, bila2 nak guna..
botol biru tu, tau la kot, sabun nak cuci skrin laptop tu [sabun ka, hentam je la]


Satu bekas untuk simpan charger handset..
nak buang tu, belum cukup berani, mana tau ada guna akan datang..
guna bekas cookies/coklat untuk buat partition supaya senang nak kategorikan ikut bekas...
barang2 tu pun tak ada la yang guna sangat...
boleh buang je, tapi tak buang...
kena la simpan juga...

dalam kotak bear tu ada simpan, template huruf2, template bunga kraf, lebihan borderlace dan fridge magnet yang tertanggal magnetnya..
dalam bekas biru tu, letak semua jenis bateri dalam tu [asalnya bekas pen]

Untuk laci kedua yang berlabel BENANG.


Tak ada benang pun, sebab tak jadi buat, huhuhu...
so simpan barang2 lain, seperti getah kain, beg hitam yang terkumpul segala khazanah yang tak berguna tapi sayang nak buang...
simpan dalam satu beg, senang tak nampak berserabut...

Laci ketiga, POLA....


Semua pola, saya gulung2, ikat dengan getah barang.
ada juga yang saya guna gelung wallpaper untuk dijadikan gelang holder pola tu..
yang mana muat nak masuk gelung tu, boleh la sumbat dalam tu..
yang tak muat guna getah..
ada label tulisan dengan pen, untuk mudah saya cari pola yang saya nak...
tak ada la nak kena buka satu2 untuk tengok pola apa kan....


Salotape, renda-lis baju, masih menggunakan konsep yang sama...
masukkan rel ke dalam gelung/lubang masing2 untuk sangkutkannya..
hujung2 salotape, saya tandakan dengan klip bungkusan roti Gardenia...
senang nak cari punca/hujung salotape, bila nak guna...

Untuk bahagian bawah, meja ni ada 3 buah laci.
yang betul2 guna untuk jahitan, tingkat 1 je..
Yang 2, 3, ada yang kosong, ada yang jadi tempat simpan barang2 yang tak ada tempat nak letak, huhu...


Dalam laci ni, saya simpan barang2 kecil2..
guna bekas plastik dadih juga..


Getah barang dan tisu biru tu sebelum ni ada bekas..
tapi Hafni suka amek main..
akhirnya bekas tu saya bagi ke Hafni je..
buat dia letak kapur tulis untuk chalkboard sticker dia tu...
so jadi la gitu, asal ada, OK la..
getah untuk ikat pola baju..
tisu biru tu untuk lap habuk2...
lampu LED MrDIY tu, sebab belum guna, sebab tu ada di situ, hee...


Barang2 kecil yang susah nak selia, seperti jarum peniti, kapur tanda, butang besi, butang kaki, lis baju, benang sulam, bunga chiffon [DIY], manik, labuci dll...
simpan dalam bekas ni, sebab kecil, sikit, bekas penutup rapat..
tak mudah berterabur barang, walaupun jatuh dari meja [kalau tertutup rapat la]


Ini dia kotak bawah meja, yang saya guna untuk simpan/kumpul kain perca yang besar...
Rasa2 macam ada projek nak buat dengan kain perca ni..
sebab tu nak simpan dulu..
sebelum ni dah pernah buang dah satu plastik kain..
rasa rugi pula dah buang, masa tu belum dapat idea lagi, heee...


Jadi, ini la ruang yang saya ada untuk menjahit...
menjahit ni sekali-sekala je...
tapi nak mengemas tu, ya Tuhan, banyak sangat mehnahnyaaaaa.....

Nak tunggu enSuami ada meja kerja dia juga..
kembar dengan meja study anak...
semoga murahlah rezeki enSuami dan kami sekeluarga untuk realisasikan impian ni secepat mungkin...
Amin...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Sunday 20 September 2015

JUALAN : Dinar Public Gold 22K

Assalamualaikum...

Saya ada nak iklan kepada sesiapa yang nak beli Dinar Emas keluaran Public Gold.

Berat : 4.25G
Karat : 22K
% Emas : 91.6
[TANPA SURAT BERANAK]

Harga Jualan = Harga pasaran PG - RM20 [Diskaun khas untuk tawaran ini]

Contoh harga untuk hari ini 2.9.2015
Harga Jualan PG = RM640
Diskaun -RM20 = RM620


Dinar Emas PG ni yang bahagian bawah nye..
yang atas tu Emas Kijang, belum dibuka untuk jualan, heee..

Saya ada 6 keping Dinar Emas PG untuk dijual..
boleh beli berapa keping ikut keperluan...

TAWARAN SAH SEHINGGA 20 SEPTEMBER 2015...

Boleh komen di bawah..
Boleh SMS/WA/TG : 0193330382
Boleh emel : islamorangputih@gmail.com


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday 14 September 2015

HIASAN : Baru terasa nak menggubah bunga..

Assalamualaikum..

Hai semua..
harap semua sihat belaka..

Jeng jeng jeng, hahahaha
gelak guling-guling dulu...
cam tak caya je kat diri sendiri, kekeke...

Pertama kali nak menggubah pasu bunga untuk hiasan dalam rumah..
tapi....
bukan hebat sangat pun, yang simple je...
cukup la untuk amatur dan beginner macam saya kan, kihkih...

Entri kali ni, tak tahu nak kategorikan DIY atau pun tak..
sebab ada yang dah beli siap sedia..
ada juga yang buat sendiri...

Jom tengok satu2 prosesnya...
cerita zaman dolu2 punya kerja pun ada..
semua saya remix kat sini..
janji matlamat tercapai, kekdahnya...

Pertama sekali, aktiviti mengecat....
perasan tak dengan bekas kaca kecil2 macam ni?


Selalu dapat free dalam goodies bag kenduri kahwin, kan...
kalau dapat yang pattern macam balang IKEA tu, saya boleh la guna untuk rempah-ratus..
sebab separuh dari balang rempah2, guna balang macam tu, walaupun tak semuanya cap IKEA, mana yang sama tu, guna je la...
yang ni sebab dapat corak tak sama, saiz pun tak sama, makanya, kena guna untuk aktiviti lain...
kalau hantar recycle pun tak berbayar, sebab kaca tak laku..
so, bek kita guna la kan....

Haa, tu dia...
proses mengecat...
cat dalam rumah je, kat dapur, depan peti ais lak tu..
baik punya port, hahaha...


Pagi tu baru beli berus baru..
dah lama tak mengecat..
berus dah keras kong..
tak tau nak lembutkan macam mana..
tu yang beli baru tu, kekeke....

Balang kaca tadi, ambil 2 je dulu, yang bulat aje..
satu botol cuka epal, dan satu hanger plastik..
hanger tu tidaklah terlibat dengan gubahan bunga, itu ada projek lain...
alang2 nak mengecat, jalan sekaligus lah..
jimat masa n tenaga...


Haaa, tu diaa..
semua yang berkaitan dengan bunga, habis saya longgokkan di sini..
sebenarnya pagi tu ada juga pergi Romantika nak beli bunga..
sebelum nak beli tu, usha2 la juga gubahan bunga yang diorang dah siapkan, display untuk dijual tu..
snap 2 keping, naik atas nak cari bunga...
sekali bunga tu yang kaler putih, tinggal 1 kuntum jekk..
aduhhh...

So cari2 bunga lain, nampak bunga ros pun sesuai..
bila ditilik2, teringat pula bunga tangan masa kawen hari tu, ada lagi..
sebijik macam ni...
alehhh, ada ja nak halang orang nak beli baru...iskk
memandangkan dah teringatkan bunga tangan di rumah dah ada...
saya pun tak jadi beli banyak..
just amek satu je, bunga yang agak matching dengan bunga tangan tu...


Makanya, ini je yang dibeli di Romantika..
2 rumpun rumput berbunga putih kecil2, dan satu bunga ape xtau la, kira ada 4kuntum satu ranting, kira nampak banyak la sket kan, kuikui...


Seranting, RM8.48 termasuk GST...
yang rumput tu RM3.18 kot...
kalau tak silap, kat kedai bunga biasa, serumpun rumput2 tu, harga RM4.50-4.80, tu pun sebelum GST..
sekarang tak tahu la kan...
hari tu pernah beli sekali je...
pastu serik dah tak mau beli bunga, deko2 apa2, huhuhu..
ni mai balik angin tu.. sebab nak buat betul2 kali ni..
betul2 pun tengok idea orang juga, tak ada nye nak reti nak buat sendiri, takdak seni, iskk...


Ini dia bunga tangan masa kawen dolu2...
akhirnya tak ada la nak terperap buat habuk je kan...
meh kita guna pakai semula...
terpaksa la buka semua balutan reben2 tu..


Ini yang rumput2 beli kat kedai bunga tu...
masa tu amek rumput tu 1, lavender tu 2, satu ungu, satu putih..
camni je beli, camna la nak jadi cantik kan, iskkk..
sep sangat Nabilah ni, hahahaha...
tak dak mood nak berbunga, tu yang jadi camtu tu, emm...

Asbab nak menggubah ni, sebab dah terbeli pasu petak ni...
masa tu jalan2 kat Aeon mana ye, Bukit Tinggi kot, ada kedai jepun macam Daiso gak, tapi nama Hinode ke Shinode ntah, RM5 jugak barang nye...
terbeli la satu pasu ni..
asal nak 2, tapi ada satu je last item...
amek satu je la..


Haa, ni pula projek terbengkalai tahun 2012 haaaaaaaa...
asal nak deko kat rumah sewa dulu, tapi tak terlaksana...
sebab bunga tak cukup banyak, tak menyempat nak habiskan bunga ni..
walaupun semua dah siap gunting...
bunga ros buat dari kain felt...
template jumpa kat internet, download, print, n tekap ke kertas...
pastu tak siap, tu yang jadi camni ni...
kali ni, kita akan gunakannya...yeh, tak sabaqq ehh nak realisasikannya...

Sementara tunggu cat kering, petang tu tenang2 Hafni dah tidur, saya pun mula la keluarkan semua harta karun yang berkaitan...


Bunga ros tadi memang dah ada jarum kat tengah debunga tu, saya guna untuk cucuk kat ranting hitam ni...


Hohoho, bahaya la jugak, buat kerja macam ni kan..
mau tercucuk jari sendiri, huhuhu...
lepas tu, guna pemotong dawai tu pe, playa? plyer, daa...
guna yang tu je, untuk bengkokkan sikit jarum tu..
sebenarnya, boleh juga guna glue gun kan...
tapi ini keja pemalas punya olang, kahkah...


OK dah siap sikit...
mula dengan hujung2 dulu...
pastu jarak jauh2 sikit pasang..
sebab tak nak pasang banyak2 pun...

Cepat2 nak siapkan petang tu sebelum enSuami balik...
dan hasilnya.........
hehehe....


Yang betul-betul menggubah bunga, pasu ni je la, hihu...


Bunga yang dibeli tu, letak di bahagian tengah...
heroin utama, cewah...
bunga tangan tu, tak boleh nak adjust lagi tinggi nye..
kalau boleh buat rendang sikit, kira OK sikit la kan...
ada 2 kuntum je, yang boleh ditinggikan sikit..
yang lain, hanya boleh penuhkan ruang2 yang ada....


Apabila tengok gubahan contoh yang dibuat, kenapa nampak cantik ye?
lama2 diperhati, baru sedar, ranting ni yang buat cantek...
aci dak? ye tak...
ni mata saya ye... saya suka gaya rustik gitu...
sebab tu bila tengok omputih deko guna ranting kayu pokok kering, 
tanduk rusa, gantung kat dinding, 
guna pasu cat tak kemas, 
adoi....... melting tengok tuh....
ini selera saya la, orang lain saya tak tau la, huahuahua...

So kali ni, tambah ranting tu je...
saya amek dari pasu ranting kat ruang tamu tu..
amek yang kaler hitam je, 5 batang...
1 batang guna untuk pasu ni, + 4 batang lagi, amek sikit yang bahagian runcing tu, dari pasu ros merah...

Yang lavender ungu tu, sebab tak tau nak sumbat mana, cucuk la dalam tu sekali...
rumput2 tu pun salah satu penyeri gubahan bunga..
rasanya fungsi rumput tu untuk tutup ruang2 antara bunga/ranting dalam gubahan..
nak elak dari nampak span hijau kat dalam tu kan... agaknya lah...
kira berfungsi la juga nak manfaatkan apa yang ada...
saya suka bila ada ranting tu, baru nampak berseri sikit...
itu secret recipe nye rupanyee...
OK la, cukup la tu bagi amatur macam saya.. cubaan pertama, kekeke....


Dan ini hasil untuk balang kaca tadi...
kalau ikutkan boleh je tanpa cat kan, cantik juga...
tapi sebab nak letak pokok plastik, rasa macam tak sesuai pula..
kalau guna pokok yang kaedah rendaman air tu, OK la, pasu jernih kan...
saya cat sebab nak legapkan ia..

Gubahan ni, tak guna span pun..
saya sumbat2 je, memang ngam2 muatnye..
sebab mulut balang tu kan kecil je...
elok2 je beli 2 rumpun... cukup je...
yang lavender putih tu tambah je sikit...


Sebab yang pasu satu lagi, saya tambah dengan daun paku-pakis bunga tangan tadi...
see, ada je guna kan....
memang guna je semua apa yang ada...
tak nak simpan2 la, nak buang kot rasa sayang, sebab kenang-kenangan kennn....
so guna je.. senang cerita...


Ni dia bunga ros felt tadi...
merah ngan hitam, memang ngam...
bila dah pasang2, ala, melentik sana, melentik sini plak ranting dia...
adjust punya adajust, last2, saya rapatkan 2 kuntum bunga tu, kebetulan boleh bertindan macam tu...
so kurang sikit masalah ranting ni, ayya....


Bila dah pasang ni, macam OK juga ada jarum di tengah tu...
kadang2 nampak bersilau/bercahaya sikit kesan dari warna silver jarum tu...
ada effect tambahan di situ, wakakaka...
emm, boleh la...


Tali dandanan tu, saja tambah, lilit2 sikit di bahagian tu...
untuk tutup alur penutup botol dan 
untuk ikat sikit ranting tu, kasi statik/kekal molek kedudukan tu..
kalau dia bergerak bebas, agak haru-biru juga pandangannya...
kalau ada benang guni tu lagi rustik kan, iskkk takdok pula..


Idea asal jumpa kat Pinterest...
masa tengok ni, alaaaa nak buat la...
sebab teringat ada bunga felt yang terbengkalai tu kan...
memang kena sangat la, kaler merah..
cuma yang ni buat dengan kertas, yang saya buat guna felt...
felt boleh jahit, guna felt boleh basuh...
lagipun tahan sikit la untuk orang lasak yang macam saya ni, hehehe...


Ini la hasil untuk hari ini..
Khamis lepas punya cerita...
dulu2 dengan tema coklat-hitam...
sekarang rasa, macam nak hitam-putih plak untuk rumah ni..
aci dak???


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers