Search This Blog

Monday 31 October 2011

Asalnya memang pi kenduri kawen Dira, tapi gambaq kami jalan2 lagi banyak, hehehehe =)

Hari Sabtu, kami berlima sanggup ke Perak, ceee, untuk memenuhi jemputan walimah housemate AlHamra' Nadira Mahidin dengan pasangannya Yusuf di Majung Perak.
Taman Samudera, Seri Manjung, salah satu tempat penghijrahan dalam sejarah hidupku.
Wah, seronok ni nak pi Manjung balik...
Berubah x kat sana...

Jauh travel, ingat nak sesat2 dah selepas penunjuk jalan Kak Shida Simple dan suami terkandas disebabkan kereta rosak, tapi alhamdulillah selamat sampai sebab ada ore pay-rock sini aka Hazwani MKA.

Dalam 12.30 kami sampai.
Dalam jadual kol 1 ketibaan pengantin.
Sampai2 terus makan.
Katering jamuan adalah katering ayah Nadira sendiri, sedap la semuanya, especially masak tempoyak tu...

Lepas makan, kami dijemput masuk rumah, sementara nak tunggu pengantin.
Kawan rapat pengantin kan, mestilah mendapat perhatian, cecece...

Dah masuk umah, ditunjukkan bilik pengantin kat atas..
Waa ada bilik pengantin, bo tengok ni....
Memandangkan majlis nikah semalam xdapat join, boleh la tengok hantaran semalam kat atas katil.

~Bergambar di katil pengantin~
Dira pakai kelambu bulat untuk dekorasi biliknya.

~Lagak santai di bilik pengantin~
Yang best ada cermin! Cantikkkk
Cantik untuk kami bergambar, hehehehe

~Nabilah, Ju, Haz, Mas, Kak Sab~
Dah habis berposing kat bilik, turun bawah kat pelamin pulak.
Masa ni pengantin dah sampai, tapi waktu tu kami tengah bersiap nak solat, jadi xsempat bergambar dengan pengantin kat bilik.

Dah tu, sementara pengantin makan, kami beraksi di pelamin pulak, hihihi.

~Gadis manis ayu, cewahhhh~
~4 orang gadis manis~
~Wat gaya, wat gaya.. Comelllllllllllll~
~Saya pulak nk masuk~
~Ok camerawoman, ngeee~
~Amek berkat : Next B2B~
~sory la kwn2, dah lupa skil la, lama xpraktis. tapi ok ape ni~
~Sarang nhe~
~Kami yang cun, hehe~
~Hahaha, love love love~
Dah penat posing, memory pun dah full kamera tu, tersandar di dinding.

~Peace, kata Mas~
Bila dok tunggu tercangok ni, ada plak yang mengantuk ha...
Xleh dok lama camni.
Kami pun decide nak blk, boleh la jupa pengantin kat tempat makan pun, boleh kan Dira?

~Ok, dah dapat bergambar dengan pengantin...smpi terjerit2 pengantin huuu~
Housemate lama, kawan tadika Dira, Cik Ain gorgeosssssssss
~Ok Cik Ain, kami dah upload gambaq kita, siap dah edit lg ha~
Nak balik ni, kami dah set nak jalan2 kat jeti Pangkor.
Boleh la bergambar kat sana, cantik oooo, kami menghasut.
Nak pi, nak pi, Ju teruja.
Panas terik pun, xkisah.
Dah kali ni ja yang ada peluang sampai kat sini.
Rugi klu kita xsinggah2....

Tersalah langkah, pi masuk kat tempat jualan2.
Apa angin la masa tu, teringin nak beli topi.
Pelik x, klu org Melayu pakai???

Xpe, nanti masa p gerak gempur ke, masa culaan, boleh la pakai. Panas tau msa jalan2 satu kampung tu, Haz menyokong.
Iskkkkkkkkk, memang wat nak beli.
Pilih2, nak pilih kaler putih, ingat nanti kalau xpakai berabuk, akhirnya pilih kaler nak coklat2 sket yang ada bunga sekuntum. Nak cari pink, dah habis...

~Ju, rasmi dulu, sebab ceq malu lagi nak pakai~
~Ok kali kedua, baru saya pkai, hehehe~
~Background laut~
~Tengok sini!~
~Tengok pulau!~
~La, macam serabut je ceq ni~
~Kami nak pijak shark~
~Jom, nak pi cari lagi tempat best nk bergambar~
~Yeh! Saya suka laut-laut nih!~
~Kak Sab pun suka~
~Di depan pintu masuk utama jeti Pangkor~
Terus berjalan lagi...
Melihat barang2 jualan....
Dah sampai kat tempat feveret sayaaaaaa

~Ok duduk semua, kami nak klik! Duduk jauh2 sorang2~
~Ok pandang tempat lain~
~Yeh, saya suka nak dok bawah ni~
~Special from us~
~Berposing di panas terik~
~Ok, tengok atas~
~Waaaaawaaaaaa, macam baling topi konvo lak....~
Dah balik dari Lumut dengan pelbagai jenis cekedis berasaskan laut, kami pun bertolak nak balik.
Tengah drive, Ju teringin nak makan mentarang lah, nak cari kat mana ek.
Nanti nak balik nanti lalu kuala selangor, berlambak kt tepi jalan tu..
Oh ye...ok nak makan lah. pastu nak tengok monyet jugak.
Monyet? Macam blur2...... Oooooo kat bukit malawati tu ka?
Nak singgah ka... takut xdan ja...malam kang kita balik....

Kak Sab pulak nak cari pemandangan cantik.... Jom pi amek gambar kat sawah nak?
Adoi teringat plak pasal gaduh2 dengan enSuami sebab sawah padi Selangor lebih cantik dari sawah padi Kedah. Amboiiiiiiiiiiii......
Ha la, jom kita cari sawah Selangor, lawa tera mana, emmmmmmmm

Dah singgah nak beli mentarang tu, ternampak plak, sawah padi menghijau kat belakang umah tempat jual mentarang tu......
Kak Sab beriaa nak pi. Ceq pun teruja jugak, hahaha
Macam la xpenah tengok bendang... Walhal kt kampung, belakang umah ja pun. Tapi sebab xdak kamera, xda orang nak amek gambaq, xda la gambaq dgn bendang kan...
Alang2 dok syok dgn Kak Sab, jom la syok2 jugak.........

~Hehehe, di tepi batas~
~Jom ikut kami bergambar di sawah~
~Yes, sassy girl, dah lama xbuat~
~LOVE pemandangan yang cantik, Subhanallah~
Dah puas di bendang, kami ke gerai.
Yang lain2 tunggu kat sana sambil menikmati mentarang.

~Ok, mentarang nih! Mentarang bakar~
~Kami sedang menikmati mentarang~
~Haz dengan Kak Sab, xmakan sangat~

Xleh tengok lama2 mentarang ni.
Kalau dah kopek tu, terus cicah kicap atau sos, dan terus masuk mulut.
Kalau tengok lama2, boleh jadi xlalu nak makan.........
Adoi, sila nikmati sendiri, baru tau camna rupanya.......

Kami makan mentarang.
Masuk keta, sambung lagi dengan kopok2 ikan, sate ikan dan lain2.
~Ha, sambung lagi melantak kopok udang plak, huhu~
Waaaa bestnya jalan2 kali ni...... macam2 dapat buat dengan kawan2.
Kenangan manis dengan korang......
Terima kasih Mas, Ju, Kak Sab, Hazwani MKA untuk kenangan manis ini...

Nak ke rancang next trip kita2 je, hehehehe........








Friday 28 October 2011

Malam berinai untuk si Pengantin Baru......=)

Malam berinai semalam, tolong pakaikan inai kat si pengantin Ayuni untuk majlis sebelah Tganu hari Sabtu esok.
Syoknya dapat bau inai....
Ni yang wat teringin nak pakai inai lagi...
Jariku jua turut merah....
Dapat lah sket mengubat rindu kat inai, ada boleh cium2 bau inai ni....
Ayuni pakai inai serbuk dari Mekah, yang dibeli semasa umrah bulan Mac lepas.
Merah kali ni agak lain lah, sebab ada petua bijak dari orang tua2....
Sepupu si kecik, Ikhwan pun nak pakai jugak macam Kak Ayuninya juga.
Meh nak boh, nasib bek ada lebih sket2 kt mangkuk bancuhan inai tu....
Dapat la letak kat dia.....
~Ha, tengok! Saya pun pakai inai!~
Bila dah stat klik, dia nak klik lagi.
Si kecik ni minat bergambar....
Teringat masa hari kenduri lepas, macam2 gaya dia wat..lagi la cameraman dok klik2, kan comel...........
~Ngeeeeeeeeeeeeeee~
~Peace kat kakak!~
~Dah tersilap bahasakan diri Mak Ndak bila ckp dgn dia *mcm ckp dgn anak saudara sendri plak~
Pagi ni, minta Ayuni mms gambar jari dia merah ke x..........
Lebih merah dari hari tu.......
Kali ni pakai petua, letak air teh pekat.
Banyak lagi petua untu inai ni...
Masih lagi dalam eksperimen, mana yang lebih berkesan dan sahih.
Letak arang? Letak sirap? Letak cuka? Letak nasi? Letak air teh? Letak minyak cap kapak kat jari?
Semua tu adalah petua bila nak pakai inai.
Yang terbukti skg, air teh.
Hari tu masa kawen, p letak cuka n nasi.
Puas kena marah dgn mak n mak sedara. Xdak orang buat letak cuka.
Adoi rupanya ni petua orang pantai timur je [*dari Kak Ipar(org Tganu) n Yana(org Klate)]
Pelbagai versi sungguh!
Xtau la yang mana betoi, ada orang kata ikut jenis darah si pemakai jugak.
Sebelum majlis kenduri gilang-gemilang di dewan UKM, kami di rumah ada jugak membantu sket2 persiapan.
Jumaat malam, tolong setelkan goodies bag sejumlah 1300. Tapi dah 80% selesai, selebihnya kami tolong.
Esok paginya, p tolong teman belikan buah-buahan.
Balik tu, kemaskan lagi dulang2 hantaran.
Masa ni tolong kemaskan bakul buah-buahan.
Dan dulang untuk cincin nikah pengantin lelaki.
~9 dulang hantaran untuk pengantin lelaki~
~Specialnya untuk suami tercinta, cecece~
Lepas dah selesai dulang, siapkan bunga telur untuk letak kat pelamin plak.
Seratus bunga untuk kaler hijau n krim/gold ntah...
Kena selang2 kaler, kata cikPuan Pengantin.
Ye baik, ikut arahan raja sehari, eh berhari2....hehehe
~CikPuteri sibuk nak selang selikan kaler bunga telur~
Selepas Asar.
Pernikahan berlangsung di Masjid UKM.
Bersejarah untuk FST dan juga sebagai pelajar UKM
Teringat dulu2, masa sembang kat bilik PMFST.
Nanti sapa2 kawen UKM dengan UKM, sila buat majlis kenduri kat UKM ya.....*bajet diri sendiri xkawen dengan org UKM, hahahaha..... Pastu kita wat baju unifom sama, untuk jadi AJK masa kenduri tu *dah besa dok wat program, time kendri kawenpun, nak kena ada AJK, adoi..... Xmau la kami, wat kat UKM xsyok, kami nak org mai umah kami, tgok kg km. Hg wat la kt UKM, kami xmau (ayat Puteri).........
Selepas 4 tahun,
Ramai je yang kawen UKM-UKM.....
Termasuklah diriku, kekekeke
Jodoh yang tidak diketahui.
Masa kat UKM xkenal pun..........
Dah habis, merantau ke mana2, boleh plak jumpa.
Jadi, Ayuni-Fitri lah yang telah merealisasikannya........
Congrats kt korang.
~Pengapit pun import dari FST, Hasan dan Atiqah~
Outdoor photoshoot pun kt Danau aka KRU........
Yang mampu kami buat, pakai pakaian seragam juz kaler hijau......
Tupun, bukanlah semua geng2 FST, sebab yang lain2 tu dah berkeluarga, xleh la nak jadi AJK.......
Kami yang bujang je boleh tolong, oooooooooops, hehehe
~Rozet moden untuk Krew Resepsi Ayuni-Fitri~
Kawan2 FST yang sempat meraikan majlis......
~Fiza dan suami~
 
Saya dalam mood pengantin baru...........
Ramai plak kawan2 terdekat kawen bln ni, bln depan n seterusnya........
Cepat2 semua kawen............
Sempurnakan separuh dari agama..........insyaAllah.
Kepada yang bakal pengantin, selamat menguruskan perancangan perkahwinan anda.
Nak doa kat kawan2 ni, cepat kawen, ngeeeeee.........
Untuk Ayuni-Fitri, kami nak doa cepat dapat anak kembar seperti impian Fitri Malek, cepat sket Avanza kelabu tu penuh tempat duduknya, amin..........
Korang pun doakan tau, hehehe
Ops, untuk saya jugak, nak bersalin bulan 10 tahun depan *bak kata Fitri, kena ada target, hehehe
Daisypath Anniversary tickers