Search This Blog

Showing posts with label Tanah Budiman. Show all posts
Showing posts with label Tanah Budiman. Show all posts

Friday, 2 July 2021

Kebun Dapur : Daun Kangkung Hidup Segar Membesar

Assalamualaikum, Annyeonghaseyo..

Dah petang dah baru berkesempatan nak menulis.
Sebelum solat Zohor tadi dah siap print kerja sekolah Hafni, tunggu dia tulis semula dan siapkan latihan-latihan yang ada. 
Bercinta nak tunggu dia habiskan kerja sekolah..
Tapi kena la buat juga, bagi sokongan cikgu2 susah2 buat kerja sekolah memenuhi jadual tugasnya sebagai guru..
Terima kasih cikgu !


Puas tak tengok daun kangkung sebesar tapak tangan?
Okay saya janguk lagi.. sebab ni tanam sendiri, soo excited!

Hari tu beli kangkung dari Tesco. Bahagian pucuk muda tu memang simpan nak tanam.
Saja la pi campak dalam bekas tanaman tu.
Tak ada sumbat batangnya dalam tanah pun, memang betul2 campak je, hihi..
Alhamdulillah tengok2 hidup juga,

Hidup segar bugar. Daun bersih, hijau gelap, daun lembut.
Seronok kot dapat zat macam2.
Sebab tanam dalam bekas polisterin ni, air bertakung, tempat saya tuang sisa makanan.
Banyak pokok2 untuk masakan, saya siram dengan air beras je.
Kira kat dapur tu ada la satu jar air 2L yang saya sedia untuk simpan air beras.
Bila ada apa2 makanan yang rosak/basi, saya masuk je dalam jar tu.
Soo macam2 zat protein ada.

Bila ada kangkung, apa lagi sedap masak tumis belacan dengan nasi goreng kampung, yeay..
Lama sangat dah tak membeli sayur daun2 ni.
Beli banyak2 nanti membazir, sebab lambat masak, sayur dah rosak.
Saya memang masak hari2, tapi entahlah kenapa sayur macam tak masak/makan pula.
Mungkin sebab masak pelbagai, bukan makan nasi setiap hari.
Saya selang2 dengan masakan lain.


Ini kali kedua dah amek.
Yang gambar tapak tangan tu, kali pertama amek, 5helai je gitu.
Tu pun cukup je buat nasi goreng..


Ni ha nasi goreng kali pertama daun kangkung.
Saya kalau nasi goreng suka letak telur, ikan bilis dan isi ikan je.
Biasa la asal usul makan macam tu. 
Orang utara biasa buat nasi goreng bila ada lebihan nasi dan ikan goreng.
Bila kawen, enSuami tak puas hati, mana ayam?
Alaa xsyok ada ayam dalam nasi goreng, hahaha..
Fish cake kadang2 letak kalau buat nasi goreng Cina.

Tapi kali kedua buat nasi goreng kampung ni, saya keluarkan isi ayam juga.
Sebab saya ingat nasi banyak dalam periuk.
Bila penyek2 nasi, aik xda la banyak mana.
Tapi alang2 dah defrost isi ayam, guna je la..
Kasi masak ikut selera enSuami pula.
Letak isi ayam banyak2 dalam pinggang dia.
Pinggan saya, saya boh ikan bilis dan kacang goreng, hehehe..


Nasi goreng kedua takdan nak snap.
Sebab pagi tu baru keluar amek daun kangkung.
Dah terlanjur masa nak makan.
Tak ingat apa da, siap masak je, terus santap, Alhamdulillah..

Saturday, 23 July 2016

Nursery Kota, Mydin Bertam

Assalamualaikum...

Hari ini nak cerita bisnes abang saya yang kedua...
Punya la serius di berbisnes, siap ada lori dan lot kedai di Mydin Mall Bertam...

Masa awal2 dulu, dia mula kecil-kecilan melalui FB..
saya pun xtau macam mana tetiba dia boleh terjebak dengan pokok2 ni..

Tapi kami memang dah biasa dengan pokok-pokok ni, sebab arwah Ayah pun memang suka menanam.
Tak kira la dari pokok bunga sehingga la pokok2 buah dia tanam...
Agaknya abang saya ni menurun dari Ayah kot...

Masa awal2 dulu, dia gunakan nama Dusun Bandar..
memang dia jual pokok2 buah-buahan je...
sebab tu nama dusun tu...



Awal2 dulu, memang poster macam ni la yang kami edar2 sebagai hebahan dan senarai pokok yang dijual...

Tak lama lepas tu, dia ada upload gambar lori terpakai..
kami yang dok jauh ni, ingat dia baru dok survey2...
sekali 2-3 minggu lepas tu, dia tunjuk gambar lori ni...



Masa ni just tumpang tapak di Pasar Tani, hujung minggu je..
Sebelum ni dok hantar pokok guna pickup D-Max, memang kenderaan sendiri pergi kerja setiap hari tu...
Disebabkan beli lori ni, motor besar, dia jual dah..
ye la, kalau dah hujung minggu, asyik sibuk je dengan pokok2 nya..
mana nak sempat berekreasi dengan motor besar..
lebih baik ada lori daripada motor besar..
ada lori, ada side income, ye tak...

Lepas tu, dia bagitau dia dah dapat sewa lot di Mydin Mall Bertam...
Hah, terkejut la plak kan...
nak menyewa lot kedai dalam mall agak berkos la jugak kan..
dah mula nampak, Abang saya macam serius je berbisnes tu...
kita tak sangka la kan, sebab dia sendiri pun ada status pekerja, buat ni sebagai part time dan minat dia..
Kalau ada kedai, mesti la nak ada pekerjanya...


Mungkin atas permintaan ramai kot..
saya tau, bila kita meniaga online ni, mesti ada sesetengah orang tu, akan tanya kedai kat mana, nak pergi tengok, pilih sendiri ke, senang la jugak kan..
daripada orang datang rumah nak tengok pokok...
susah la jugak tu nak kawal, keselesaan di rumah pun boleh terganggu..


Jadi, ni la kedai Abang saya sekarang...
guna nama Nurseri Kota.
Lot kedai dalam Mydin Bertam...
sesape yang berdekatan, boleh la pergi cari pokok2 yang hendak ditanam...


Pokok-pokok semua jenis hybrid, kacukan..
so rendah, renek2 je..
kalau rumah taman pun boleh tanam...
tak semestinya pada tanah laman, dalam pasu kecil/besar, atau pasu yang konkrit macam longkang pun boleh..


Bukan pokok saja yang ada, tanah baja racun, khidmat nasihat pun boleh..
apa2 yang boleh Abang saya bantu, in sha Allah dia akan bantu...
Balik raya hari tu, adik2 pergi kedai sana, ambil gambar..
Yang baju merah tu, yang bongsu, tolong jaga kedai..
dia dah habis diploma, tunggu nak sambung ijazah...
sementara cuti tu, boleh la tolong2...


Sebenarnya kedai abang saya ni, ada je pekerjanya seorang..
yang sedang bekerja ni, kualiti kerjanya agak culas...
kalau yang pekerja pertama tu memang bagus kerjanya, tapi rezeki dia dapat sambung belajar lepas SPM, jadi terpaksa la berhenti..
Yang pekerja kedua ni la yang kureng sikit...

Kadang Abang tengah kerja, staff Mydin telefon, kenapa tak buka kedai hari ini..?
tak ke terkejut abang saya tu...
Abang pula kena telefon stafnya untuk tanya..
Kadang2 pagi2, Abang telefon untuk kejutkan dia bangun tidur...
macam tu pun ada, apa daa....


Kalau ada sesiapa yang berminat dengan pokok dan bersedia untuk berkhidmat di kedai Abang saya, boleh la hubungi Abang saya ye...
Kalau nak cari pokok2 buah yang berkaitan, boleh je WA Abang saya, en Nazif, kalau waktu pejabat la, sebab dia bekerja kan...
Kalau weekend, OK la kalau nak telefon terus...


Ni pokok2 yang Abang saya bawa balik untuk kami [saya dan kakak]
yang saya punya, chokanan dan jambu bertih.
yang kakak saya, amra dan ajaib..


Dari awal dia mula niaga tu, masa tu lagi dia nak bagi chokanan balik tanam..
semua orang sibuk tanam pokok pelam, especially chokanan..
apa yang best pun tak tau la, hee

Saya suka pelam yang besar2, yang rasa lemak2 gebu macam ayah saya tanam tu..
sedap di makan masa muda, bukan ranum sangat..
macam yang orang jual di RnR tu..
rasa nak cabut je pokok pelam sala ayah tu balik tanam kat umah sini...
boleh tak eh nak buat camtu..
lupa plak nak tanya Abang..

Tapi sekarang dah ada chokanan, tak terdaya nak tanya, sebab orang dah bagi preee...
Balik tanam je la..
baru je tanam, hari Rabu lepas..
Jiran belakang rumah, dah berbuah dah pokoknya..
tak sabaq pulak enSuami tengok pokok orang dah berbuah, hey...

Buat masa ni, dok makan pelam dari rumah mertua je..
pelam apa saya pun tak tau nama..
ada dua pokok, salah satu tu yang jenis rasa gebu2 lemak..
tapi sayang, pokok ni sakit.. selalu berulat.
Hari tu Abang hbq letak apa xtau bagi ubat sikit kat pokok tu..
lupa pulak, huhu...

Jangan lupa singgah Nursery Kota, Mydin Bertam..
apa2 boleh call/WA 013-5196232
untuk tanya stok dan harga terkini..
servis pos pokok pun ada, satu Malaysia boleh order, gitu...

OK, babai
Assalamualaikum..


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 28 June 2016

KEBUN DAPUR : Progres Ubi Keledek Jepun

Assalamualaikum...

Sambungan progres cara tanam ubi keledek ungu yang sangat manis itu, berjaya ke tak?
50-50, kekekekeke..


Daripada sebiji ubi panjang tu, saya potong2 dalam 8-10 ketul...
2 ketul je kot yang hidup...
Asbab dari medium tanah yang tak banyak/sempurna menyebabkan saya gagal membenihkan pokok lebih banyak...
masa beli ubi tu, saya tak ada stok tanah lebih...
Dok ajak, dok pesan pada enSuami tu, beli tanah, beli tanah..
asyik kelupaan je...

Hujung minggu tu dah nak balik umah mertua, kalut la saya sumbat2 je dalam mana2 pasu pokok lain yang ada ruang2 kosong...
Nampak x, betapa tak bersedianya saya, huhuhu...

Rugi je...
balik hari Isnin tu, tengok yang tak berjaya tumbuh tu, berkulat hitam je...
dapat la dua pokok je naik...
Lama2, tunas lain pun ada bercambah, walaupun dari ubi yang sama...


Yang ni jadi 3 pokok...
yang bawah jadi 2 pokok..


Lepas dah selamat beli tanah, saya dok fikir2 nak susun dan tukar pasu untuk pokok ros jepun...
banyak RJ carnation yang mati kekeringan..
sebab dah lama xmenggembur..
yang ada tanah merah tu lagi la teruk, keras-kontang terus tanahnya...


Saya keluarkan semua ros jepun selapis dalam pasu panjang tu..
ros jepun selapis ni, lagi cantik kalau tanam dalam pasu bulat...
memang berbeza hasil RJ dalam pasu bulat dengan yang petak ni...
kalau petak panjang ni sesuai letak jenis carnation tu..
tengok jiran OK je dia tanam dalam pasu panjang untuk carnation tu...
sebab carnation jenis menjalar ke bawah, kalau lebat daun dan bunganya memang cantik la nampaknya...

Kalau selapis ni, jenis mencacak tinggi..
saya perasan kalau pasu bulat, dia tumbuh lagi sihat, batang tebal2 keras, tegak je menghala arah matahari...
kalau dalam pasu petak, dia tak jadi sangat...
mungkin keadaan ruang pasu yang luas, buat dia keliru nak menghala ke arah mana...
gitu la pemerhatian dan hipotesis yang dapat saya buat, wakakaka...


So semua jenis RJ saya dah campur..
satu pasu ada kedua2 jenis...
warna? xtahu lah, semua dah bercampur..
malas nak berkira nak satu pasu satu warna..
sebab ada warna yang hidup subur, banyak la keratan batangnya..
yang tak berapa nak sihat, tak banyak yang dapat diselamatkan...

So pasu yang panjang tadi, saya guna buat tanam ubi keledek ni..
Kebetulan ada lima pasu..
pokok pun ada lima...
saya asingkan serba satu...
lebih banyak pasu, lebih banyak dapat ubi kan, ye tak?


Bila cabut ubi ni dari pasu asal, rasa seronok sangat tengok ubi dan akarnya..
ungunyaaaaaaa...
tak sabaqnya, bila la boleh makan ni...

Ada nak membesar ubinya???
ada nak boleh hidup  pokok ni sehingga selamat dituai???
baca kat entri tanam ubi, dalam setahun juga la, baru boleh dituai..
patut la jiran sebelah belum tuai lagi walaupun dah lama dia tanam keledek tu...
Uncle tanam, elok subur ja, xberpenyakit macam saya...
tak puas pokok nak membesar kalau tanam dalam pasu...
nak tanam kat tanah, kena beli tanah baru banyak2 la, sebab tanah sekarang tak sesuai, keras dan banyak sangat lalangnya...

Patut la orang Jepun tu kata, dalam rancangan Jamie's Super Food, dulu2 orang kaya makan nasi, orang miskin makan ubi..
sekarang dah terbalik pula, sebab ubi dah mahal..
dalam rancangan tu, orang Jepun makan semua jenis ubi keledek..
ubinya, daunnya, batangnya, semua diorang makan..
ada satu resepi yang Jamie masak dalam rancangan tu...
menunggu ubi tumbuh dulu, baru boleh masak..
kalau tak, kena cari di Giant.
Tesco ada kaler putih dan oren je..


Hasil kunyit yang dapat dituai..
lama saya tunggu daun kunyit, nak buat rendang/serunding..
tapi daun tak jadi besar...
dok fikir2 nape la daun xjadi..
macam teringat, kot ubi banyak sangat ke...

Saya pun teringat nak cabut tengok..
alang2 tu, boleh la tukar tanah dan pasu...
so bila cabut, ini la yang saya dapat..
dapat la sikit, kecil2 je..boleh la nak buat masak2 nak makan sendiri..
dah terbayang2 nak masak kuah nasi lemak, rendang, asam pedas bila ada kunyit hidup ni..
selalu dok pakai yang serbuk je, hehehe..
jarang nak beli, sebab guna sikit2 je...
baik guna serbuk je, jimat.

OK, babai...
*sory gambaq dah siap tukar pasu, tak sempat lagi nak amek...lain kali la ekkk
#ramadhan23

#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 1 March 2016

KEBUN BUNGA : Misi #TulipAsia, tercapai!

Assalamualaikum...

Selepas sebulan, beli baja banyak2, dalam entri lepas...
ni la hasilnya...


Kenkonon nak join #TulipAsia dalam group KPRJ tu...
tengok pokok sendiri, dah berkobar2 nak join #tag tu...
tapi la hai, tiap kali masuk group tu, tengok orang punya...
malu ya hamat, nak tunjuk hat kita sendiri punya...

Tak segah pokok orang lain punya...
orang punya lagi meriah, dengan bunga...
kelopak pun besaq2...
kembang2 luas2...
terus tak jadi nak upload, malu huahuahua....


Tapi xpe la..
up kat blog sendiri je lah...
tak da sape nak heran, hahaha....
syok sendiri pun tak pe la...
inilah hasil yang termampu saya dapat....
Alhamdulillah, berwarna-warni ceria pemandangan di laman rumah ni..

Tiap2 minggu saya letak baja bunga...
dalam minggu lepas, bunga kecik-kecikkkk jeeee...
saya pun hairan, asal lah bunga saya kecik2 je...
tapi OK la juga, dah banyak bunganya...
cuma tak semua pokok berbunga...

Dan semalam, sebelum nak keluar ke pasar, diperhatikan pokok2 ni...
rasanya semua pasu, dah ada bunga...
yang paling suka tu, merah jalur kuning tu pun dah berbunga...
sebelum ni, susahnya alahai, nak tengok pokoknya berbunga...
selalu ada daun je....asyik melecur, melecur, melecur...


Hari Jumaat lepas, pergi beli ayam, tuan asal punya bunga oren ni, pokoknya dah hampir mati agaknya...
kawasan yang meriah dengan pokok ni dua bulan lepas, akhirnya hilang-tak ada bunga...
kesiannn, apa la yang terjadi sebenarnya...
rumah mak mertua pun, banyak pokok ros jepun yang mati...
terlupa pula nak tanya, kenapa boleh mati...

Disebabkan dapat info dari group KPRJ tu, bahawa bulan 2-3 ni, keadaan cuaca yang panas terik, akan membantu tumbesaran yang pesat pada ros jepun ni...
Makanya, saya sahkan kebenarannya, hehehe...
eheheh, macam pesuruhjaya la pula, perasaang....

Rasa syok la juga, bunga meriah macam ni...
rasa macam nak buat taman bunga khas ros jepun lah...
memang dah lama teringin nak buat, ala2, tulip Belanda tu...
tapi belum ada kesempatan wang dan ruang...
ada dua ruang besar, masih keliru nak pilih yang mana satu untuk tanam bunga, yang mana satu untuk berkebun...

Ada laman besaq pun susah juga nak pikiaq...
emmm, tunggu la misi seterusnya, #TulipAsiaNabilaHasyim, ngehngeh....
InshaAllah....

Wednesday, 27 January 2016

Makeover Bekas Mister Potato jadi Bekas Baja Pokok

Assalamualaikum...

Isnin lepas, ada beli baja untuk pokok..
asalnya nak beli baja kopi saja..
tapi tauke cakap 4bungkus RM10.
boleh campur2 jenis..

Diorang jual, sebungkus RM3..
beli 4 RM10..
saya pun tengok la baja apa yang ada...

Macam2 pun ada, baja untuk bunga, untuk sayur-sayuran, untuk buah-buahan..
adoi, nak tambah yang mana ni..

So amek 4 dengan kopi, penggalak bunga, sayuran dan penggalak pertumbuhan..
dalam kepala tu dah terbayang dah macamana nak simpan nanti baja2 ni...
hehehe, macam biasa, bekas mister potato jadi bekas simpan baja...


Sebelum ni, memang dah guna, untuk letak baja kopi dan taik ayam..
kali ni bertambah lagi 3 jenis..
memandangkan ada banyak jenis baja, semestinya perlabelan diperlukan untuk mudah dikenalpasti.
kali ni beria sikit dari sebelum, hahaha.. 


Siap balut dengan wallpaper sticker yang guna untuk bekas2 di dapur..
alang2 dah ada, guna je la..
lagipun kalis air, sesuai dengan persekitaran penggunaan baja ni..
lagipun bekas ni akan diletakkan di luar rumah, berdekatan dengan pasu2..
ala, letak di koridor tingkp je...
tempat yang ada, yang sesuai, setakat ini...

Di luar rumah, memang tak ada apa2 perabot pun..
rak kasut pun tak ada lagi, huhu...


Label di plastik baja tu, saya gunting, dan lekat pada bekas..
guna salotape je...
pastu kebetulan terbaca, arahan di belakang tu...
tak sama rupanya arahan penggunaan...
ada satu yang seminggu sekali perlu ditabur baja...
baja untuk sayuran tu...
so tulis sikit di label tu, 1x1M [satu kali satu minggu] 1x2M [satu kali dua minggu];
ha gitu la maksudnya...


Selain letak baja, saya pernah kongsi letak pensil warna dan krayon Hafni..
pastu tahun lepas, saya dapat idea, untuk buat pembahagian kewangan kepada bulanan..
untuk perbelanjaan yang besar tapi sekali sekala, seperti renew roadtax motor dan kereta, servis kereta dan sedikit belanja untuk simpanan jangka panjang...

Bila dah bahagi ke bulanan, tidak la terasa terbeban sangat..
tak la seketui duit habis untuk sesuatu perkara kan...
tapi kena disiplin la [sangat] nak simpan setiap bulan...
ini baru percubaan pertama, masih dalam tempoh percubaan.
tak berani nak cakap banyak..
tapi saya suka cara ni, sekurang-kurangnya saya dah jelas/tahu tentang keperluan perbelanjaan seisi rumah..

Wallahualam..
entri simple2 je hari ni..
tak ada idea la nak update blog, wakakaka...

OK, babai....

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Monday, 21 December 2015

TAMAN BUNGA : Bunga Ros Jepun ada koleksi baru, yeyyy....

Assalamualaikum....

Koleksi RJ saya dah sihat gemuk-gemokss dah..
Alhamdulillah...

Dulu2 segan nak hidup, macam tak ada harapan je nak membesar, membiak..
ingat2 macam tangan ni tak layak nak bertaman bunga di rumah ni...

Tapi tak pe, tetap teruskan...
kalau tak ada rezeki macam mana..
sekejap2 je baca petua2 dalam group RJ kt FB..
tak leh tengok lama2, nanti mata berpinau tengok bunga cantik2, SubhanaAllah...


Koleksi RJ carnation dah berbunga semula, selepas melalui musim suram...
baru nak ceria, meriah dengan bunga..
tu yang semangat amek gambaq ni, ehhhhe....

Jom kita tengok dulu, masa dulu2, pokok nak mati tu..
kes pokok nak mati ni, terjadi pada RJ selapis je...


Pokok yang pertama tepi tiang ni, warna macam purple2 sikit..
saya xtau la nama ID nya apa.. malas nak belek satu2..
nampak sama je semua, kalau warna sama la...
tak tahu nak perincikan perbezaannya...

Ini gambar pasu kedua, keadaan SEBELUM...
masih kelihatan berlompong...
nampak lagi tanah masa ni..
kerap juga dok replant dahan2nya..
punya la nak bagi penuh pasu...


Keadaan SEKARANG....
dulu2, sehari sekumtum je bunga kembang...


Sekarang baru nak dapat macam pokok orang...
sepasu, ada banyakkkk bunga....
Pasu kedua ni, warna peach sikit...
tapi yang pelik kan, kenapa ada bunga jenis lain dari pokok yang sama eh?


Pasu ni kan, ada dua jenis bunga...
satu warna solid..
satu lagi jalur2 macam dalam gambar...


Percayalah, kedua2 bunga ni datang dari dahan yang sama..
memang ada ke?
saya dah terlamabat join dalam group tu..
nak tanya pun segan, kang jadi jakun pula..

Dulu2 kan saya cerita, yang ada satu polibeg, ada dua warna bunga..
rupanya2 memang pokok ni la yang jadi dua tu...

Pasu ketiga, warna kuning..
Keadaan SEBELUM...


Tengokkk. melecur je kejenya...
memang kena rajin replant, bila tanam pokok ni kan...
sabor je la, banyak juga kejenya..


Maaflah gambar silau sangat...
sekarang ni kan panas membahang...
kalau keluar masa bunga kembang, macam ni la jadinya...

Pasu keempat ni, warna Pink Kuning.. yang ni ke diorang panggil Aurora ke, entah ler..
Gambar SEBELUM..


SEKARANG, memang menjalar rata la...
memandangkan cahaya matahari sebelah sana, jadi dahan banyak menghala ke sana...


Gambar zoom pink-kuning...


Dan pasu terakhir kelima...


Yang ni lagi sedih, siap ada tumbuh cendawan lagi dalam pasu ni...
SEKARANG, dah sihat juga...
kadang2 ada juga melecurnya..


Kena rajin belek2, mana yang melecur tu, cabut buang...
kalau disimpan, lagi buat rosak pokok yang ada....


Gambar dekat warna bunga ni...
lama2 diperhati, rasa macam tak cantik pula, jalur2 yang macam ni...
saya rasa macam suka yang warna solid, satu warna je...

Kalau boleh nampak la, pokok2 sekarang ni memang sihat gemok2..
daun besaq... dahan tebal2..
kalau nak potong, dengan gunting pun susah [saya guna gunting dapur je, hehehe]
belum beli lagi gunting pokok, huhuhu...

Bila dahan dah merayap ke bawah, sebab berat sangat [gemoks punya pasai]
saya pun replant ke pasu lain...
kalau nampak ada bahagian tanah yang kosong, saya cucuk2 lagi..
bagi kasi penuh itu pasu...
bila berbunga banyak, baru nampak cantik meriah...


Dapat la satu pasu baru, campur2 warna...
eh pasu ke, seperiuk baru, hehehe...
Dulu2, periuk ni guna tanam daun cekur..
memandangkan cekur pun dah berkembang biak banyak, saya tukar ke bekas yang lebih besar...

Pokok ni kan, memang nama pukul 10 kan..
tapi yang carnation ni, kol 10 baru kembang..
yang selapis, awal sikit kembang.. asal ada cahaya matahari, dia dah kembang..


Tapi kalau tak cerah atau dah petang...
bukan kata bunga je kudup, daun2 pun kudup jugak...


Ini semua, gambar2 masa belum kembang...
daunnya tu kudup, macam daun semalu pulak...
nampak la daun tu macam layu, tak cukup zat je, bila dia kudup...


Bila siang cerah, bunga kembang, daun pun berseri2...
unik sangat pula pokok ni...
patut la orang suka sangat dok belek pokok bunga...
lama2 dok perhati, macam2 boleh tau...


Kalau saya buka FB tu, tengok macam tiap2 hari orang berlumba ambil gambar bunga kembang..
hari2 upload kat FB..
kalau saya cakap kat enSuami, peel orang tu..
mesti dia cakap, tak ada kerja sangat lah tu...

Amboi sesedap rasa kata kat orang...
eh jangan kecam suami saya, kahkah...
dia tak ada feeling macam kita2 yang tanam sendiri pokok ni...
sebab tu la dia xtahu perasaan kita bila tengok bunga berseri2..
tiap2 hari tengok pun tak jemu...

Tengok, memang tak jemu..
malah rasa tak puassssssssssss...
sat sangat bunga ni kembang, huhu...
dia kembang matahari pagi ja...
matahari petang, tak layan dah...hukhuk

Punya la tak puas, rasa nak tanam pokok bunga lain plak..
yang lama kembang..
nak tanam bunga matahari, segan la plak...
Uncle sebelah selalu tanam bunga matahari..
Dah jadi trademark rumah dia, rumah pokok bunga matahari...

Oh ya, tang tajuk kata ada koleksi baru..
mana? mana? mana?
Ini dia....


Cantik tak???
Saya minta free je kat sorang kakak ni..
sebenarnya dia ni tauke ayam..
kami pi beli ayam.. kedai berniaga depan rumah..
sekali enSuami parking depan pokok2 ni...

Ya Allah, berseri gila bunga oren ni..
enSuami tak dan nak keluar dari pintu lagi, saya dah siap cakap, Sayang nanti minta sikit pokok tu kat dia?
enSuami kata, Amboi, sesedap rasa ja nak minta...
saya ingat enSuami tak cakap dah kat tauke tu, sebab enSuami ni bab nak minta free, dia malu nak buat..
pasrah je la kalau tak dapat...
sekali buka pintu nak letak ayam, enSuami cakap, pi la amek, Abang dah cakap dah tadi, dia kata boleh, amek la..
Fuyoo macam tak percaya je, suami saya cakap, hehehe...

Saya pun amek la, bunga yang saya tak ada lagi..
kaler oren tu, conpem tak ada lagi!
Carnation warna merah tu, memang tak pernah tengok...pastu warna ros pink tu, lembut sangat di mataku...
Amek la juga 3-5 batang..
nak amek banyak tak berani, segan..
takpe, nanti dia tumbuh banyak lagi, inshaAllah..
Sempat la dia membiak lagi, sementara saya nak beli pasu baru...
Terima kasih kakak, sebab bagi free...


WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers