Search This Blog

Saturday 23 July 2016

Nursery Kota, Mydin Bertam

Assalamualaikum...

Hari ini nak cerita bisnes abang saya yang kedua...
Punya la serius di berbisnes, siap ada lori dan lot kedai di Mydin Mall Bertam...

Masa awal2 dulu, dia mula kecil-kecilan melalui FB..
saya pun xtau macam mana tetiba dia boleh terjebak dengan pokok2 ni..

Tapi kami memang dah biasa dengan pokok-pokok ni, sebab arwah Ayah pun memang suka menanam.
Tak kira la dari pokok bunga sehingga la pokok2 buah dia tanam...
Agaknya abang saya ni menurun dari Ayah kot...

Masa awal2 dulu, dia gunakan nama Dusun Bandar..
memang dia jual pokok2 buah-buahan je...
sebab tu nama dusun tu...



Awal2 dulu, memang poster macam ni la yang kami edar2 sebagai hebahan dan senarai pokok yang dijual...

Tak lama lepas tu, dia ada upload gambar lori terpakai..
kami yang dok jauh ni, ingat dia baru dok survey2...
sekali 2-3 minggu lepas tu, dia tunjuk gambar lori ni...



Masa ni just tumpang tapak di Pasar Tani, hujung minggu je..
Sebelum ni dok hantar pokok guna pickup D-Max, memang kenderaan sendiri pergi kerja setiap hari tu...
Disebabkan beli lori ni, motor besar, dia jual dah..
ye la, kalau dah hujung minggu, asyik sibuk je dengan pokok2 nya..
mana nak sempat berekreasi dengan motor besar..
lebih baik ada lori daripada motor besar..
ada lori, ada side income, ye tak...

Lepas tu, dia bagitau dia dah dapat sewa lot di Mydin Mall Bertam...
Hah, terkejut la plak kan...
nak menyewa lot kedai dalam mall agak berkos la jugak kan..
dah mula nampak, Abang saya macam serius je berbisnes tu...
kita tak sangka la kan, sebab dia sendiri pun ada status pekerja, buat ni sebagai part time dan minat dia..
Kalau ada kedai, mesti la nak ada pekerjanya...


Mungkin atas permintaan ramai kot..
saya tau, bila kita meniaga online ni, mesti ada sesetengah orang tu, akan tanya kedai kat mana, nak pergi tengok, pilih sendiri ke, senang la jugak kan..
daripada orang datang rumah nak tengok pokok...
susah la jugak tu nak kawal, keselesaan di rumah pun boleh terganggu..


Jadi, ni la kedai Abang saya sekarang...
guna nama Nurseri Kota.
Lot kedai dalam Mydin Bertam...
sesape yang berdekatan, boleh la pergi cari pokok2 yang hendak ditanam...


Pokok-pokok semua jenis hybrid, kacukan..
so rendah, renek2 je..
kalau rumah taman pun boleh tanam...
tak semestinya pada tanah laman, dalam pasu kecil/besar, atau pasu yang konkrit macam longkang pun boleh..


Bukan pokok saja yang ada, tanah baja racun, khidmat nasihat pun boleh..
apa2 yang boleh Abang saya bantu, in sha Allah dia akan bantu...
Balik raya hari tu, adik2 pergi kedai sana, ambil gambar..
Yang baju merah tu, yang bongsu, tolong jaga kedai..
dia dah habis diploma, tunggu nak sambung ijazah...
sementara cuti tu, boleh la tolong2...


Sebenarnya kedai abang saya ni, ada je pekerjanya seorang..
yang sedang bekerja ni, kualiti kerjanya agak culas...
kalau yang pekerja pertama tu memang bagus kerjanya, tapi rezeki dia dapat sambung belajar lepas SPM, jadi terpaksa la berhenti..
Yang pekerja kedua ni la yang kureng sikit...

Kadang Abang tengah kerja, staff Mydin telefon, kenapa tak buka kedai hari ini..?
tak ke terkejut abang saya tu...
Abang pula kena telefon stafnya untuk tanya..
Kadang2 pagi2, Abang telefon untuk kejutkan dia bangun tidur...
macam tu pun ada, apa daa....


Kalau ada sesiapa yang berminat dengan pokok dan bersedia untuk berkhidmat di kedai Abang saya, boleh la hubungi Abang saya ye...
Kalau nak cari pokok2 buah yang berkaitan, boleh je WA Abang saya, en Nazif, kalau waktu pejabat la, sebab dia bekerja kan...
Kalau weekend, OK la kalau nak telefon terus...


Ni pokok2 yang Abang saya bawa balik untuk kami [saya dan kakak]
yang saya punya, chokanan dan jambu bertih.
yang kakak saya, amra dan ajaib..


Dari awal dia mula niaga tu, masa tu lagi dia nak bagi chokanan balik tanam..
semua orang sibuk tanam pokok pelam, especially chokanan..
apa yang best pun tak tau la, hee

Saya suka pelam yang besar2, yang rasa lemak2 gebu macam ayah saya tanam tu..
sedap di makan masa muda, bukan ranum sangat..
macam yang orang jual di RnR tu..
rasa nak cabut je pokok pelam sala ayah tu balik tanam kat umah sini...
boleh tak eh nak buat camtu..
lupa plak nak tanya Abang..

Tapi sekarang dah ada chokanan, tak terdaya nak tanya, sebab orang dah bagi preee...
Balik tanam je la..
baru je tanam, hari Rabu lepas..
Jiran belakang rumah, dah berbuah dah pokoknya..
tak sabaq pulak enSuami tengok pokok orang dah berbuah, hey...

Buat masa ni, dok makan pelam dari rumah mertua je..
pelam apa saya pun tak tau nama..
ada dua pokok, salah satu tu yang jenis rasa gebu2 lemak..
tapi sayang, pokok ni sakit.. selalu berulat.
Hari tu Abang hbq letak apa xtau bagi ubat sikit kat pokok tu..
lupa pulak, huhu...

Jangan lupa singgah Nursery Kota, Mydin Bertam..
apa2 boleh call/WA 013-5196232
untuk tanya stok dan harga terkini..
servis pos pokok pun ada, satu Malaysia boleh order, gitu...

OK, babai
Assalamualaikum..


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

1 comment:

  1. cantiknya kedai dia. ni bisnes abang nabilah yang duk kat penang tu kan. akak penah g umah dia dlu

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers