Search This Blog

Showing posts with label Mission Impossible. Show all posts
Showing posts with label Mission Impossible. Show all posts

Tuesday, 6 March 2018

REVIEW: Pressure Cooker Ewant, yang lagi murah lagi berbaloi...

Assalamualaikum..

Sebelum ni, antara benda yang dalam wish list yang nak sangat beli adalah pressure cooker (PC)

Kalau diikutkan pengalaman hidup, maksudnya dari kecik la, seingat saya la, mak saya tak pernah ada PC..
Walaupun keluarga kami suka makan daging..
Saya pun tak pernah tahu ada periuk yang boleh lembutkan daging dengan cepat.. wallawei..


Sampai la dah kawen...
Baru nak kenal dengan PC ni..
Dah 3tahun kawen, baru nak belajaq guna..
Masa awal tu, macam takut ja tgk PC tu, sbb bunyi dia kuat kan..
Sebab masa tu Mertua ada PC yang masak atas dapur tu..
Periuk tu, kita kena pandai2 sendiri je nak masak berapa minit berapa lama...
Tu yang macam takut2 nak guna...😃

Bila zaman dah berubah, semua semakin mudah di hujung jari..
Baru la mula mengenal macam2 PC yang ada di pasaran.

Awalnya dengar tentang kehebatan Noxxa.
Masa pi kelas masak2 kat rumah kakak tu, saya tengok periuk yang saya ada pun boleh masak nasi Arab 😝
Yang penting tau resepi, guna beras basmathi untuk hasil yang baik..
Bukan periuk tu yang menjadikannya nasi Arab kan..

Lepas tu bila berjinak2 dengan Lazada, jumpa la PC jenama Philips
Masa tu macam dah conpem la nak beli Philips.
Harga mampu milik.
Warna pun cantik kaler gold.
Kapasiti pun besar 6L..
Tunggu duit ada ja.. masa tu..

Pastu PC dapur Mertua dah rosak, sebelum nak puasa tahun lepas, mak Mertua pulak terjebak dengan GoShop.😝
Kat GoShop, jenama Primada la Best seller..
Best Primada, sbb dpt 2inner pot.
Harga RM 499.

Macam tertarik pulak dengan Primada..😅
Teringat dengan Philips, saya pun survey la kalau beli extra inner pot brpa RM..
Harga sebiji inner RM 100++. So total nak dekat 500 jgk, bek beli Primada, siap dapat penutup utk extra inner pot tu, ye tak????


Sampai la masa dalam pantang haritu..
Ada masa celik2 ja, tengok shopee..
Masa tu baru jugak shopee buat shocking sale jam 9pg n 5ptg.
Asyik dok tgk yang tu je la...

Pastu teringat la pasal PC ni..
Dok baca review org kata semua PC fungsinya sama, kenapa perlu bayar lebih/mahal..
Beli yg biasa, murah2 pun, daging lembut mcm tu jgk..
Jadi pilihan di tgn masing2, sendiri yg bayaq kan..

Bila baca tu saya pun baru terfikir, ada betulnya ye..
kenapa nak beli yg mahal sgt, yg murah pun ada..
So lps survey2 tu, jumpa la jenama Riino, Russell Taylors dan Ewant..
Russell paling murah.
Riino ada basket deep frying.
Ewant dpt 2inner.

Sudaaa, mana satu nak pilih ni, banyak pulak nk kena fikir hahahaha 😏

Kalau tengok dr segi rupa, mcm Ewant lg best.
Warna menarik biru, merah n silver.


Pada masa dalam kepala otak dok fikir pasal PC, ada plak sale dalam shocking sale tu.
Berdebar2 kepala otak nk beli ke tak..
Penting tak penting?
Sekarang ke nanti2?
Ada lg ke sale nanti?
Tunggu sembang dgn enSuami.

Dia tya jenama apa tu, xpnh dgr..
Okay ke periuk nya, kang murah, xkualiti..
Kata haritu nak beli mcm mak (Primada)
Banyak pulak persoalan dia..
Saya pun jawab la satu2.
Last sekali, jawapan biasa dia bagi, ikut Sayang lah, nak beli, beli je la..

1 jam lebih gak la dok pikiaq..
Nasib tak ada yg berebut.
Kalau tak silap, 5 orang je yang beli masa tu termasuk saya.
Yang offer, kaler merah shj, kaler lain, harga tetap.

Merah la sesuai..
boleh matching dengan mixer dan periuk cookline yang ada tu..
sesuai dengan tema dapoq gitu...😍


Lepas 3 hari sampai la kot periuk yang diingini..
enSuami tengok alamat pengedar, la kat Klang Central ja..
dapat free flask, masa tu request nak kaler merah jugak, kekeke..
dia jawab dah habis stok..
tapi bila buka semua bungkusan, dapat kaler merah jugak, yeh!


Kecik je 1L air..
ok la atleast ada juga kat rumah, sebab dapat free
kalau nak beli, memang tak terbeli la..
Ok jgk ada kot bila urgent nak guna, xla kalut baru nk beli kan...


Macam biasa, kami anak beranak memang suka dapat hadiah dari posmen, kekeke..
dapat je, la la tu jugak nak buka..
ye la kang terlambat, susah nak claim plak nanti..
tapi just buka je la, tengok barang2 lengkap, tak ada kemek apa..
test kat plug, menyala semua, so bungkus balik masuk kotak..

Masa buka ni kat rumah mertua dalam pantang..
nak kena balik rumah sendiri, baru boleh mengetest..😝

Lepas dah simpan balik, baru teringat pasal sijil waranty..
yang mana satu ek..
dok korek2, tanya enSuami ada nampak tak..
saya pun snap la gambar ni hantar ke seller tanya pasal kad waranty...


Ini sahaja yang saya dapat masa buka kotak2 tu..
Buku resepi, buku manual, resit pembelian dan kad ucapan Thanks tu..
sekali MMX-MALL kata, yang biru tu kad waranty..
oo ye ke?
kalau tak silap saya MMX ni pengedar tunggal Ewant di Malaysia..
kalau beli dari nama lain selain MMX, maknanya beli dari reseller atau agen lah tu..

Lepas 2 minggu guna, teringat pasal group2 sharing kat FB..
kot le ada group untuk pengguna Ewant kan..
jumpa kat FB, diorang ada bagi link Telegram, so join Telegram je senang..
dapat notis direct terus ke handset..

Lepas join group tu, baru la terbuka sket minda..
tengok orang masak macam2 guna PC.
saya bulan pertama guna, semua masak pakai PC..

Cuba masak pulut, nasi goreng, nasi ayam, nasi lemak..
Masak telur rebus, rebus spageti..
Bihun goreng n megi goreng je tak jadi cantik mcm orang lain buat.
So masih guna cara tradisional je goreng kat kuali..😌


Yang syoknya pakai periuk Ewant ni, periuk nonstick nya ada lekuk..
dan disediakan alas loyang ni..
sebelum ni, terfikir la jgk, kat mana nak letak alas kukus ni?

Pastu baru teringat ada baca entri blogger tu cerita dia letak besi kaki untuk letak periuk tu dalam PC Philips nya..
bila ingat pasal ni, baru terfikir, agaknya lekuk kat periuk tu la kot tmpat letaknya..
bila dicuba, memang sah la itu kegunaanya, wakaka..😜


So, saya ikutlah cara blogger tu masak, bawah masak nasi, atas masak lauk..
dalam gambar tu saya main gaul2 ja sos lada hitam kat ayam tu..
bila makan enSuami kata mcm kenny rogers, hahaha..


Baru2 ni cuba masak nasi dagang pun best.
Masak nasi kat bawah, atas saya masak/kukus ikan ketul ni.
Selalu kalau saya lupa nk keluarkan lauk dari freezer, beku2 masukkan dalam mangkuk SS tu, masak sekali dgn nasi.
Lps nasi dah masak, baru keluarkan dan masak lauk tu kat dapur gas pula..
Selalunya buat mcm ni utk yg goreng2 minyak atau masakan berkuah lain..

Beza Ewant ni,
Button dia ada 3 peringkat; LESS |NORMAL|HIGH
Pastu ada button PRESSURE, nak tekan tak nak tekan pun xpe..
|
Baru2 ni enSuami suh buatkan sardin.
Dia jumpa chef Brian share resepi ikan sardin homemade guna pressure cooker.
Jadi, nak suh uji la Ewant ni.
Beria dia beli semua bahan2..

Saya pun buat la ikut resepi..
Tp resepi dia tulis tak lengkap, buat orang musykil ja..
Masa ni baru perasan, Ewant ni tak ada button fish.
So saya amek masa paling lama, dlm 45minit kot, tu pun tulangnya tak lembut atau hancur macam sardin tin tu..
Pressure tak kuat kot.
Setakat ni yang ni la yg saya perasan, tak tau la kalau saya salah guna ke..
Nanti saya akan cuba lagi, sbb macam best jgk, buat sardin sendiri, senang nak buat sardine roll, untuk sarapan...

Ok, nanti saya share koleksi resepi Ewant by Nabilahasyim 😘
Babai, assalamualaikum..

Tuesday, 10 January 2017

[HEBAHAN] Sumbangan Wakaf Surau Nurul Iman, Kuala Selangor

Assalamualaikum...

Dah 10 hari masuk tahun baru :)
amek masa sekejap nak buat hebahan..

Baru je semalam siap design poster ni..
enSuami pun dah upload ke FB Laman Rasmi Sekolah..
cuma ada pembetulan sikit dari DANA kepada WAKAF...


So nak minta jasa semua yang kebetulan membaca entri ni,
boleh sama-sama hebahkan poster ini untuk menyumbang sedikit wakaf kepada surau sekolah..

6 Disember lepas, hari terakhir SPM kalau tak silap...
surau sekolah terbakar..
pihak bomba cakap disebabkan litar pintas..
masa enSuami dapat panggilan dari kawan tu, terkejut tergamam dia...

Ye la, kalau tak ada surau camna kan..
surau je yang diorang ada untuk solat dengan selesa...
Buat sementara ni solat di PSS dan bilik tayangan je ada...


Kebetulan surau sekolah ni pun papan sepenuhnya...
bila terbakar ni, memang hangus semua la....
tinggal rangka je...


Sejak masuk sekolah tahun ni, dah ada mesyurat tentang struktur binaan surau baharu..
ada dua pilihan buat masa ni, guna kontena atau binaan bata simen seperti biasa la...
kontena, RM300K, bata RM1.2Juta...
sebab nak buat surau 2 tingkat...

Macam menarik je guna kontena..
jimat dan cepat siap..
cikgu2 pun nak sangat cepat ada surau tu..
saya tanya besar ke kontena tu..
enSuami cakap boleh bayangkan, 1 kontena boleh muat 800 orang...
haa, besaq tak besaq tu....
tapi biasa la ada juga yang tak setuju dan ragu2...
benda luar biasa nak buat, kita takut nak mencuba..

So arkitek kontraktor tu ada datang sekolah terangkan kedua2 struktur binaan tu..
Memandangkan ada je sekolah lain berdekatan yang dah guna kontena untuk surau,
setakat ni tengok OK je....
bukannya letak kontena tu semata2..
akan guna juga bata dan simen...
cuma kalau guna kontena, dapat singkatkan masa untuk membina struktur rangka tu..
yang tu yang penting, yang selalunya melibatkan kos yang besar jika guna struktur binaan bata simen tu...

Jadi, dana tu perlu dikumpul secepat mungkin...
Pihak sekolah ada sediakan surat rasmi untuk tujuan memohon sumbangan..

Dari pihak saya yang telah terlibat secara tidak langsung ni :/
tolong hebahkan di sini...
Mohon semua, untuk sebar luaskan poster ni...

Laman Rasmi FB Page SMK Seri Tanjong, boleh klik sini...
Sebarang transaksi boleh rujuk ke emel sekolah, bea3074@btpnsel.edu.my

Sumbang ke BANK ISLAM 12083 01002 5989 [SURAU NURUL IMAN SMK SERI TANJONG]

Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk pembinaan surau ni...

“Siapa yang membina masjid kerana Allah, sama ada kecil atau besar, pastilah Allah akan membinanya sebuah rumah (istana) di dalam syurga”
~HR Al-Bukhari dan Muslim~

Tuesday, 6 September 2016

Kursus Pendek bersama Pakar Pertanian dari UPM..

Assalamualaikum....

Hai semalam kan ada sebut kami suamisteri join kursus pertanian kan?
haaaaa.....

Mula2 ingat kursus tu anjuran Jabatan Pertanian, sebab 2 minggu sebelum tu, enSuami n the gang ada pergi pejabat pertanian nak cari pokok bunga kantan...
Sebab ada kawannya nak bisnes semai pokok bunga kantan untuk jadi pembekal pokok kantan kepada nurseri di sekitar Kuala Selangor ni...

Balik dari pejabat pertanian tu, macam2 buku pertanian dia bawa balik..
cerita macam2 la apa yang pegawai tu cerita kepada mereka..
dari situ, saya pun baru sedar bahawa memang ada perbezaan jenis bunga kantan tu...

Rupanya bunga kantan ni ada 3 jenis warna, yang hijau, merah dan pink..
selama ni dok ingat yang hijau tu, mungkin sebab tak masak/putik lagi.. lepas hijau jadi pink, dan kalau lama lagi dibiar akan jadi merah, kan???
macam tu tak korang fikir, hihihi...
rupanya memang itu la 3 jenis warna bunga kantan...
yang mendapat pasaran, yang kaler pink...


Masa diorang nak pergi amek induk tu, induk tu kaler merah, so tak jadi nak amek...
bila dah tak tahu nak cari mana, diorang pun pergila pejabat pertanian..
tu yang dapat macam2 buku...
masa tu pegawai tu ada cakap, pejabat pun ada buat kursus pertanian untuk orang ramai..
tapi kami tak pernah tahu pun...
kalau daerah lain, tak tahu la saya korang tahu ke tak...


Tu la kena rajin pergi pejabat pertanian...
masa tu, ada la enSuami ambil beberapa keping gambar dari kawasan pejabat tu...
Pegawai tu cakap, kami lebih banyak menganjurkan kursus laman dapur, iaitu mengesyorkan masyarakat bercucuk tanam sendiri, sayuran atau ulaman yang mudah di halaman rumah masing2...
itu la target mereka sekarang, nak galakkan masyarakat memanfaatkan laman, ruang, atau masa yang ada untuk bercucuk tanam....


Kalau tak ada tanah, boleh je guna hidroponik ke, atau guna botol/baldi/besen secara bertingkat tu..
ramai dah share tips2, step by step pun ada, cara2 nak tanam tanpa perlu laman yang besar..
guna botol minyak masak, botol mineral pun boleh...
Nak dengan tak nak je, pakar tu kata hari tu..

Berbalik pada kursus yang kami join tu, sebenarnya kursus ni anjuran Koperasi Keluarga Aziz Banun..
Kawan enSuami ni, keluarga isteri dia ada koperasi keluarga...
so diorang ni la yang anjurkan kursus ni...
hebatkan, family pun ada koperasi...
ahli keluarga diorang ni, semua ada bisnes atau produk masing2..
ada jual telur Asin Super, kerepek beras, sabun dobi, telekung solat, sambal goreng, macam2 lagi la..


Ini gambar semasa sesi amali..
sambil dia cakap, sambil dia buat...
kami ni tengok je depan meja tu, buat catatan, ambil gambar...

Banyak juga la ilmu cara2 nak memulakan aktiviti bercucuk tanam ni..
bukan masalah tangan panas, tangan sejuk ye...
semuanya bermula dari ilmu dan konsep nya...
kalau kaedah/metod semua betul, sesiapa pun boleh tanam pokok...

Tapi jangan buat konsep 3T pulak..
Tanam
Tunggu
Tengok
je....
tak siram, tak baja, memang mati la pokok tu....

Adoi, lawak jugak la tenaga pengajar, encik Bunawan Hj Samuri ni..
OK la tak bosan, best sangat dapat ilmu...
yang paling menarik saya nak share nanti, buat racun penghalau serangga...
mudah2 je guna bahan2 dari dapur je...
dan tip2 lain dalam berkebun...


Memang tengah 'in' la dengan semangat saya sekarang ni...
tengah dalam proses nak sedia atau siapkan...???
tak pasti perkataan mana yang sesuai...
dah siap beli tanah satu lori..
dah siap beli bata 100 biji..

Selagi tak siap sepenuhnya, tak berani nak cakap pape...
dah siap semua lengkap puas hati, baru boleh tayang kat blog...

Konsep yang saya nak buat tu, macam yang pejabat pertanian target tu..
Laman Dapur...
sambil2 tanam pokok yang boleh dimakan, sambil2 buat lanskap sekali..
asal menanam tapi cantik juga untuk dipandang...

Cakap tu macam senang lah sangat kan...
tapi tu la...
kerjanya agak susah, banyak tenaga 4 kerat diperlukan...
nak mencangkul tanah, buang tanah yang ada, nak timbus dengan tanah baru, bermandi peluh enSuami...
sampai nak pengsan, nak termuntah la jadinya...
oksigen tak cukup, atau tekanan darah rendah ke pe...
tak pasti la saya...
tak pe la, sehari buat 3 kaki..
sikit2, lama2 habis la tu...

Kami buat kerja pagi2 je...
senang, waktu tenang2...
lagi pun pagi2 dapat vitamin D...
kalau petang2, vitamin D jugak, vitamin Dark, kekeke...

Entah bila nak siapkan...
Doakan semoga misi ni tercapai, hehehe..
Amin... :)

Wednesday, 29 June 2016

RESEPI : Nasi Dagang Terengganu dengan beras biasa

Assalamualaikum...

Setelah lama kebosanan makan nasi putih..
selain tu, selalu juga buat nasi ayam dan ayam penyet...

Sampai satu ketika tu, rasa nak mencabar diri masak nasi lain pulak..
teringat pasal nasi kerabu..
cari resepi jap...
oo nasinya senang, tapi lauk-pauk/side dishes nya susah..
budu pun tak ada...
tak jadi, tak jadi...

Tengok nasi dagang pulak...
ooo kukus ke nak masak nasi dagang..[tak pernah buat kan]
ooo senang.. senang.. senang...
saya memang suka nasi dagang, rasanya dah lama tak makan..
dulu2 di Bangi, ada la beli di pasar malam..
di sini, tak pernah membeli apa2 nasi di pasar malam..
tu yang rasa nak buat sendiri je la..

Jumpa resepi di blog Kak Azie Kitchen..
Baca tajuk entri tu pun, alahai macam sedappp jer...
Moh la kita buat...

Sehingga waktu menulis entri ni, dah 3 kali saya masak, rujukan resepi dari Kak Azie.
Kali kedua masak di rumah kakak, masa kelas masak Noxxa tu..
Buat sarapan esoknya, sebelum kami balik..
Masa tu akak saya masak nasi guna periuk Noxxa.
Jadi caranya tak susah macam guna periuk kukus...
Sekali masuk je, macam masak nasi biasa..
Hasilnya pun macam nasi biasa je la...

Di rumah, berasnya saya rendam dulu...
pastu kukus semua... 2 kali.
Santan 2 kali..

Kali pertama masak, nasi kering sikit..
mungkin sebab bekas letak beras tu, besar dan tertutup...[tak ada lubang]
Kali kedua, saya kukus guna besen penapis je.
Bagi ada lubang2, supaya wap kukusan boleh basahkan nasi..
saya tak ada bekas kukus yang lubang kecil, guna besen penapis pun boleh la...


Buat nasi dagang bagi saya senang, sebab nasi je byk step..
Gulai ikan, sekejap je masak..
Acar timun pun senang je nak buat...
Dah siap nasi, dah boleh terus makan...
Sedapnya....


Petua timun rendam garam untuk rangup tu, saya dapat aplikasikan dari acar timun ni la..
lepas dah hiris memanjang tu, rendam dalam air, dan letakkan sedikit garam, ketepikan..

Selepas tu, boleh la masak gulai pulak...
untuk gulai ni, orang guna rempah cap Rose kan..
saya ada jumpa orang bagi tips kalau tak ada cap rose, boleh buat sendiri rempahnya..
So saya tambah serbuk ketumbar+serbuk jintan manis+serbuk jintan putih.
Masa di rumah kakak, saya campur serbuk kari daging+kari ikan, sebab dia tak ada serbuk2 tu..
Sedap je jadinya, heeee.


Tapi kami tak guna ikan tongkol la..
Family kami kureng sikit ikan tongkol..
Kami ganti dengan tenggiri je...


Hasil nasi kali pertama, kering sikit.
Mungkin juga sebab yang last tu, saya tak letak santan sangat, kenkonon takut berlemak sangat..
tapi tu la, xbanyak pun santan yang saya guna [kedekut santan kekdahnya]

Jom kita tengok resepinya...
Nasi Dagang Terengganu Azie Kitchen 

Nasi Dagang

Bahan-bahan
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise (saya campur beras biasa+1 senduk pulut = 1beras:1/5pulut agak-agak je)
1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair+2 cawan santan pekat) 
3 ulas bawang merah - dimayang halus 
1 in halia - mayang halus 
3/4 sudu besar halba 
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat 


Cara Memasak
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. 
Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih. 
Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit. 
Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata. 
Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak. 
Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta -merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata. 
Kemudian rata dan kemaskan nasi. 
Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan. 

Gulai Ikan Nasi Dagang

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 
1 biji kelapa - ambil santan 
3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi 
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) 
8 gram rempah masak cap bunga rose 
10 ulas bawang merah - kisar 
4 ulas bawang putih - kisar 
1 inci halia -kisar 
2 hiris lengkuas -kisar 
2 keping asam gelugur 
2 sudu besar 
gula melaka/gula atau secukup rasa 
10 cili kecil
Garam secukup rasa 
Minyak utk menumis 


Cara Memasak 
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 
Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. 
Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. 
Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 
Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. 
Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya. 

Acar Timun 

Bahan-bahan
Timun - hiris memanjang 
Karot - hiris memanjang 
1/2 biji bawang besar 
Gula 
Cuka secukupnya 
Garam Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam untuk beberapa lama.

Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat. Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi. 
Sesuaikan rasa dan siap dihidangkan.

Kali ketiga masak, nasi pun dah OK.
sebelum tu dok sembang dgn BFF yang dok tganu tu..
katanya mertuanya guna beras besa ja, tapi tambah pulut sikit, nak bagi lemak2 melekit.
tanya nisbah berapa, dia cakap letak sikit ja..
so saya pun main agak2 je la..
berapa banyak pulut tu turun masa saya tuang, banyak tu la saya letak, oops..


Kali ni spoil sikit sebab halia dah tua, xsegar...
yang lain2 OK je rasanya...
rasa nak tambah berkali2...
baru puas hati makan nasi dagang...


Acar pun senang, mula je kukus nasi, saya dah potong2 karot timun..
rendamkan air garam.
settle yang ni, baru mula masak gulai..
ikan tu saya rebus sebelum masak nasi.
beras pula rendam sebelum nak tidur malam...
haa nampak tak setep tu...
Siap je masak nasi memang boleh terus makan...


Kali ni, ada goreng kopok ikan sekali..
baru syok krup krap makan nasi...


Hidang terus dengan periuk..
malas nak transfer ke mangkuk..
nanti sahur nak panaskan lagi...
selamat berbuka kami dengan nasi dagang Ramadhan 14...

Aduh macam teringin lagi nak makan nasi dagang..
Rasa kena buat lagi sekali sebelum balik kampung..
dok plan2 macam nak buat nasi dagang je raya ni..
cewahh, macam dah terer sangat...
OK jgk tu, orang sibuk beli ayam, kita sibuk beli ikan...
bosan ar, esok nak raya je, keja goreng ayam...
kena la buat lain sikit ark?
dah plan menu pelik2 untuk raya ni..
nak buat lain dari yang lain, aci dok???

dok pikir2 lagi, takut kang ada yang mengamuk/pengsan kang tengok makanan atas meja di hari raya, wakakakaka....

Babai....

Thursday, 26 May 2016

DAPUR : Aksesori baru untuk makanan

Assalamualaikum...

Rentetan dari keluhan saya semalam tentang perjalanan barang pos saya ke seluruh Malaysia, teringat nak dapatkan info tu semula...

Bila cari di FB, memang ramai je yang share tentang info tu..
Meh saya cnp di sini pula...


INFO POS LAJU 📮📮📮🔥🔥🔥
TAKE NOTE 🔥🔥🔥
Sekarang POS LAJU buat SISTEM BARU .
Kalau CHECK NO TRACKING pun DAH BERUBAH .
Contoh DULU AYAT : "DELIVERY PROCESS" sekarang ni tukar "OUT FOR DELIVERY" maksudnya "BARANG TU AKAN DIHANTAR KE RUMAH📮 🏡
Kemudian ITEM TAK DIKUMPUL KAT IPC (IBU PEJABAT) dah . Bahasa baru dia "HUB" (TEMPAT PENGUMPULAN) .
Lagi  JANGAN PANIK kalau BARANG tu SINGGAH mana² PPL yang takde KAITAN .
BUKAN 🙅🙅🙅 SILAP ALAMAT @ NO TRACKING YE . INI DISEBABKAN BARANG TU AKAN DI " SCAN 🔍🔍🔍 " dulu di tempat POSMEN SINGGAH .
SEBAB TU BARANG BANYAK MELANCONG KE TEMPAT LAIN DULU SEBELUM SAMPAI KE DESTINASI.
HARAP MAKLUM .

Jadi memang sungguh la barang tu berjalan2 dulu....
sampai la petang semalam saya terima barang tersebut...
Saya ingat dalam 3pm lebih la jugak...

Kemudian saja la refresh web untuk tracking number tu, so nampak la nama saya besaq2 di situ...
Date TimeProcessOffice
25 May 2016 03:18 PMItem delivered to NABILAHPos Laju Kuala Selangor
25 May 2016 09:10 AMItem out for deliveryPos Laju Kuala Selangor
Terkejut mak, tengok nama ada di situ...
dalam ni tulis 3.18pm saya terima...

Ha ni la benda tu....


Kebetulan, baru je sudah goreng donat, Hafni nak sangat donat...
terus menerus mencuba display makanan...[xbasuh pun lagi, hihihi]
nama benda ni, Amazing Cake Stand...


Asalnya nak beli masa besday bulan lepas..
terkesima tengok kek indulgence tu tebal sebab 7lapis kan...
bekas biasa tu dah tak muat...
tu yang terasa nak cari bekas baru...
masa tu pun beli hari Jumaat juga..
bajet hari Sabtu nak sampai....
akhirnya tak berjaya membeli masa tu...

Kali ni beli balik sebab free delivery walaupun harganya dah naik sikit RM3, iaitu RM32.00 sebelum ini...
bila terima tu, cepat2 buka nak perhatikan secara terperinci, kalau2 ada kerosakan..
sebab baca review orang, ada yang terima barang dah retak sikit la, tercalar la...
check betul2, nampak licin, clean n clear je...
Alhamdulillah barang dalam keadaan baik...
Boleh la terus guna, kekeke....


Sebelum nak mula membuat kek dulu tu, saya ada beli penimbang elektronik ni, dari Lazada juga...
RM17, free pos juga masa tu...
kawan saya ada beli penimbang yang sama di kawasan rumah dia di Dungun dengan harga RM45.00
saya tengok di HappyHome pun sama gak RM45++...

Bila aksesori baru dah sampai....
kena la fikir nak letak mana kan....
so tempat yang boleh diubahsuai lagi adalah di ruang kabinet tinggi bahagian bawah...
Sebelum ni, bahagian ni, ada 3 partition Daiso ni....


Saya dah keluarkan, memandangkan benda ni tak berfungsi dengan baik....
maka, ada la sikit ruang untuk saya letak bekas ni...


So, susun macam ni je la..
Simpan dalam keadaan berkotak, lagi senang kan...
barang2 tu pun terjamin keselamatannya....
benda2 ni semua akan jadi mangsa mainan Hafni, huhu...
penimbang tu, bukan main seronok lagi dia dok tekan2...

Hari ini ada barang baru pula, tempat letak kek pulak tu...
perkataan kek tu, memang suka la dia nak sebut...
Habis la, huhuhu....
Kek...antik... katanya....


Seronok sangat nak beli sebab dia multifungsi...
antara gambar yang ada ni, 6in1 functionality...





Sebab tu la namanya Amazing kot kan...
sebab dia boleh guna banyak cara, tu yang syok nak beli tu...
material ni plastic acrylic ye bukan kaca...
nampak jauh macam kaca, nampak kerlass gitu...

Sape nak beli, pergi rembat cepat di Lazada, tengah free delivery tu..
boleh klik link ni, memang dijual oleh Lazada sendiri..
almaklumlah nak raya nanti, boleh la buat hidang2 makanan..
saya ada juga survey web lain, setakat ni Lazada la paling murah RM35.00.
di 11street, RM47.00 + RM8 pos.
hah, dah tentu berbaloi dari Lazada, kekeke...
benda yang sama juga, mengapa bayar lebih kan???

Tapi ingat, makanan panas2, pisau/sudu/garfu/senduk besi kena elakkan ye..
sebagai langkah berjaga2, kita nak guna lama kan....
korang baca la review orang kat web Lazada tu...
saya memang baca semua 75review yang ada tu...
macam2 orang komen...tapi saya nak beli gak, hehehe...
sebab multifungsi, murah, susah nak dapat di kedai2 kawasan rumah..
dan yang paling penting, saya memang tak ada lagi tempat nak letak/hidang kek [yang sempurna], sebab tu rasa, memang perlu sangat ada di rumah ni....
gitu la alasan2 yang disenaraikan sebelum nak beli barang ni...hahaha...

Just sharing... (^_~)


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Tuesday, 26 April 2016

KEBUN DAPUR : Misi menanam keledek manis aka Sweet Potato

Assalamualaikum...

Lepas baca dari entri Petak Bunga tentang dia tanam keledek manis, saya pun rasa teruja nak buat juga..
kebetulan sebelum baca entri tu, ada bersembang dengan Uncle jiran rumah ni..
lama sangat saya nampak pokok kecil di batas kebun dia, dah lama tapi tak dituai..
kalau dia tanam sayur, dalam sebulan lebih dah nampak hasil...
bila ditanya, pokok apa, dia jawab sweet potato..

Saya kalau orang sebut je sweet potato, mula la terbayangkan ubi bakar yang orang Korea dok makan tu..
Mak mertua pun rajin beli, selalu nampak kaler oren..
pastu bila tengok PetakBunga tanam...
eh eh eh, macam tu ke nak tanam ubi???


Macam best je nak try..
Hari Jumaat lepas ke Giant..
Tengok pamplet, ada sweet potato ada offer..
tapi kalau tak ada offer pun nak beli juga la..
Amek 6 biji, 4 biji yang gemuk, 2 biji yang panjang..


Bajet yang gemuk tu nak makan..
yang panjang tu nak tanam..
senang nak potong-potong, bagi dapat banyak keping, untuk jadi ubi tunas...
plan je la...
entah jadi ke tak...
enSuami pun perli, ingat senang ke nak tanam...

Sebab senang la, nak buat, saya jawab..ngeh ngeh..
tengok kawan blog buat, dia potong2 camtu ja...
xpa, cuba la dulu, kita yang buat dia kan..kan..kan...


Tapi serius, sedap sangat ubi ni...
kulit ungu, isi dalam pun ungu..
masa rebus, air rebusan pun jadi ungu gelap sebab keluar warna ubi tu..
letak 2 sudu garam, perghhh, manis lembut gebu je ubinya...

Fefeeling macam orang korea makan uni bakar...
lain kali nak kupas sesiap la kulitnya sebelum rebus..
kalau tak rugi, banyak sangat ubi yang terkopek dengan kulitnya bila nak makan nanti..
sayang ooo, manis tu...
lain kali boleh cuba yang versi bakar pula...

Harapnya ada hasilnya nanti, dag-dig-dug berdebar...
hari ni baru nak beli tanah..
ke nak tunggu keluar tunas, baru tanam??
Tolong habaq sat, huhu



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday, 2 March 2016

RESEPI : Ketam Bercili dan Maggi Ketam Simple Senang...

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas,
[sila baca dalam nada berpantun]
pergi pasar nak beli ikan,
ikan plak mahal, huhuhu....

Dah lama xmakan ikan kembung..
nak buat laksa pun tak boleh, ikan tengah mahal..
tanya tauke, apasal mahal?
barang takda, ma....

So, daripada nak beli ikan, tersangkut beli ketam....
sotong-udang pun tak ada yang best...

Dah lama dok teringin nak makan ketam...
almaklumlah, viral makan di restoran sepanjang2 meja makan lauk seafood, siap pakai apron lagi tuh..

Pastu ada junior share resepi ketam bercili dalam group WhatsApp..
katanya makan di Kuala Selangor...
wakakaka, saya yang dok sini pun tak pernah makan...
maksud saya, tak makan ketam di mana2 kedai/restoran di sini...


Kalut I tanya, makan di kedai mana, kedai tu kat mana...
Hari Ahad lalu nak pergi Puncak Alam, baru perasan nama kedai tu..
Warung Keluarga Uda...
Baru enSuami nak ingat, ada kawan dia cakap, pi kedai tu, makan ketam je, tak yah nak order2 nasi, hang balun ketammmmm je sudah....
trademark kot makan ketam di kedai tu....
tak berani nak cuba, sebab duit poket tak tebai...
masak sendiri je la jawabnya...

Masa ni dapat beli ketam yang sekilo RM20.00
timbang2, dapat RM19 je, tak sampai sekilo.
dapat dalam 5 ekor, 1 ekor kecil sikit....


Kali ni beli sekor2, tanpa disiang sesiap2 di kedai...
sebab resepinya perlu cengkerang atas tu...
pastu kan kalau tengok show Law of The Jungle tu, diorang masak sekor2 masuk periuk atau panggang...
pastu perut ketam tu, akan jadi sos semula jadi sebagai penambah perasa untuk diorang cicah dengan isi ketam tu...
yummmmm, terlioqnya tengok depa makan...
ketam besaq2 plak tu, huhuhu....

Untuk resepi ketam bercili ni, mudah la sangat...

Bahan:
4-5 ekor ketam
2 labu bawang besar (dikisar)
2-3 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji tomato (dikisar)
7 SB cili boh (saya guna cili kering kisar)
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Tanggalkan cengkerang ketam (sebelah atas) tapi jangan buang. Basuh badan ketam dan cengkerang sehingga bersih. Toskan.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili boh sehingga garing.
Masukkan cengkerang ketam. Masak sehingga cengkerang bertukar merah.
Setelah cengkerang merah, keluarkan cengkerang (boleh  buang dah). Perasakan dengan garam dan gula. Jika kuah terlalu kering atau nak kuah banyak, sila tambah air.
Masukkan isi ketam. Biarkan sehingga ketam masak. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Senang je kan...
macam masak sambal biasa je..
cuma masa ni, saya guna 1bekas cili kisar + 1bekas paste tomyam homemade (yang tak berapa nak jadi tu).
dalam paste tu, ada lengkuas, halia, serai, daun limau purut, belacan, apa lagi entah..
masa masak sambal tu, saya ada letak sehelai daun pandan, saja nak tambahkan aroma..
Kuah tu, dah banyak kali tambah air..
Tapi lama2, dia kering juga, huhu..

Nyum nyum makan dengan enSuami sebelum dia ke sekolah..
siap cakap lagi, tercapai la hasrat ayang nak makan ketam..wakakaka
enSuami balas, yoya je, macam tak pernah makan ketam, hahaha..
Walhal 2,3 minggu sebelum tu, ada adik ipar belikan ketam, makan di rumah mertua..
cuma masa tu, masakan resepi lain la...

Sambil dok meratah ketam tu, dok fikir malam ni nak makan apa plak..
sebab nasi tadi tu, nasi lebihan semalam je..
punya la malas nak masak lagi, hahaha...

Lama tu teringat, yeahehehe...
ada satu lagi resepi ketam yang teringin sangat nak buat...
Resepi megi ketam...
viral jugak ni kan...


Masa awal2 orang dok sebut megi ketam, megi ketam...
saya ingatkan ada sejenis megi baru yang berketak lebih rapat macam kaki ketam, gitu...
sampai la nampak di FB, megi campur dengan ketam rupanya, wakakaka...
punya la ketinggalan, huhuhu....

Ini megi ketam ahmad maslan ni..
hidang dalam kuali terus..
stylo tak, kekeke...

Cara nak masak ni, lagi la senang..
Saya buat paling shortcut gila...
Sambal ketam tadi, atau ketam bercili tadi, masukkan dalam kuali kosong.


Di dapur sebelah masak megi perasa kari macam biasa....
letak sekali perasanya tau..
Saya masak 3bungkus megi, perasanya letak 2 saja, sebab ketam tu pun dah pedas dah..
dah siap masak megi, tutup api...


Pastu tuang megi tadi, dalam kuali yang ada ketam..
boleh buka api, kacau2 sebentar, bagi semua sama rata...
kasi ketam tu masuk dengan kuah2 megi...
dah rasa sebati semua, boleh tutup api...
Siap sedia untuk dimakan..
Kena makan cepat2 supaya megi tak kembang sangat...


Hahaha, stylo tak megi ketam kami???
nyummm makan ketam..
puas hati, terlerai rindu dendam nak makan ketam bercili dan megi ketam...
mission accomplished!!
hakhak, Alhamdulillah :)

Tuesday, 1 March 2016

KEBUN BUNGA : Misi #TulipAsia, tercapai!

Assalamualaikum...

Selepas sebulan, beli baja banyak2, dalam entri lepas...
ni la hasilnya...


Kenkonon nak join #TulipAsia dalam group KPRJ tu...
tengok pokok sendiri, dah berkobar2 nak join #tag tu...
tapi la hai, tiap kali masuk group tu, tengok orang punya...
malu ya hamat, nak tunjuk hat kita sendiri punya...

Tak segah pokok orang lain punya...
orang punya lagi meriah, dengan bunga...
kelopak pun besaq2...
kembang2 luas2...
terus tak jadi nak upload, malu huahuahua....


Tapi xpe la..
up kat blog sendiri je lah...
tak da sape nak heran, hahaha....
syok sendiri pun tak pe la...
inilah hasil yang termampu saya dapat....
Alhamdulillah, berwarna-warni ceria pemandangan di laman rumah ni..

Tiap2 minggu saya letak baja bunga...
dalam minggu lepas, bunga kecik-kecikkkk jeeee...
saya pun hairan, asal lah bunga saya kecik2 je...
tapi OK la juga, dah banyak bunganya...
cuma tak semua pokok berbunga...

Dan semalam, sebelum nak keluar ke pasar, diperhatikan pokok2 ni...
rasanya semua pasu, dah ada bunga...
yang paling suka tu, merah jalur kuning tu pun dah berbunga...
sebelum ni, susahnya alahai, nak tengok pokoknya berbunga...
selalu ada daun je....asyik melecur, melecur, melecur...


Hari Jumaat lepas, pergi beli ayam, tuan asal punya bunga oren ni, pokoknya dah hampir mati agaknya...
kawasan yang meriah dengan pokok ni dua bulan lepas, akhirnya hilang-tak ada bunga...
kesiannn, apa la yang terjadi sebenarnya...
rumah mak mertua pun, banyak pokok ros jepun yang mati...
terlupa pula nak tanya, kenapa boleh mati...

Disebabkan dapat info dari group KPRJ tu, bahawa bulan 2-3 ni, keadaan cuaca yang panas terik, akan membantu tumbesaran yang pesat pada ros jepun ni...
Makanya, saya sahkan kebenarannya, hehehe...
eheheh, macam pesuruhjaya la pula, perasaang....

Rasa syok la juga, bunga meriah macam ni...
rasa macam nak buat taman bunga khas ros jepun lah...
memang dah lama teringin nak buat, ala2, tulip Belanda tu...
tapi belum ada kesempatan wang dan ruang...
ada dua ruang besar, masih keliru nak pilih yang mana satu untuk tanam bunga, yang mana satu untuk berkebun...

Ada laman besaq pun susah juga nak pikiaq...
emmm, tunggu la misi seterusnya, #TulipAsiaNabilaHasyim, ngehngeh....
InshaAllah....
Daisypath Anniversary tickers