Search This Blog

Tuesday 1 March 2016

KEBUN BUNGA : Misi #TulipAsia, tercapai!

Assalamualaikum...

Selepas sebulan, beli baja banyak2, dalam entri lepas...
ni la hasilnya...


Kenkonon nak join #TulipAsia dalam group KPRJ tu...
tengok pokok sendiri, dah berkobar2 nak join #tag tu...
tapi la hai, tiap kali masuk group tu, tengok orang punya...
malu ya hamat, nak tunjuk hat kita sendiri punya...

Tak segah pokok orang lain punya...
orang punya lagi meriah, dengan bunga...
kelopak pun besaq2...
kembang2 luas2...
terus tak jadi nak upload, malu huahuahua....


Tapi xpe la..
up kat blog sendiri je lah...
tak da sape nak heran, hahaha....
syok sendiri pun tak pe la...
inilah hasil yang termampu saya dapat....
Alhamdulillah, berwarna-warni ceria pemandangan di laman rumah ni..

Tiap2 minggu saya letak baja bunga...
dalam minggu lepas, bunga kecik-kecikkkk jeeee...
saya pun hairan, asal lah bunga saya kecik2 je...
tapi OK la juga, dah banyak bunganya...
cuma tak semua pokok berbunga...

Dan semalam, sebelum nak keluar ke pasar, diperhatikan pokok2 ni...
rasanya semua pasu, dah ada bunga...
yang paling suka tu, merah jalur kuning tu pun dah berbunga...
sebelum ni, susahnya alahai, nak tengok pokoknya berbunga...
selalu ada daun je....asyik melecur, melecur, melecur...


Hari Jumaat lepas, pergi beli ayam, tuan asal punya bunga oren ni, pokoknya dah hampir mati agaknya...
kawasan yang meriah dengan pokok ni dua bulan lepas, akhirnya hilang-tak ada bunga...
kesiannn, apa la yang terjadi sebenarnya...
rumah mak mertua pun, banyak pokok ros jepun yang mati...
terlupa pula nak tanya, kenapa boleh mati...

Disebabkan dapat info dari group KPRJ tu, bahawa bulan 2-3 ni, keadaan cuaca yang panas terik, akan membantu tumbesaran yang pesat pada ros jepun ni...
Makanya, saya sahkan kebenarannya, hehehe...
eheheh, macam pesuruhjaya la pula, perasaang....

Rasa syok la juga, bunga meriah macam ni...
rasa macam nak buat taman bunga khas ros jepun lah...
memang dah lama teringin nak buat, ala2, tulip Belanda tu...
tapi belum ada kesempatan wang dan ruang...
ada dua ruang besar, masih keliru nak pilih yang mana satu untuk tanam bunga, yang mana satu untuk berkebun...

Ada laman besaq pun susah juga nak pikiaq...
emmm, tunggu la misi seterusnya, #TulipAsiaNabilaHasyim, ngehngeh....
InshaAllah....

3 comments:

  1. Wahh byknya cntik2 warna warni..klau mak lya nmpk ni msti suka

    ReplyDelete
  2. seronokkan joint group jenis berkebun ni..
    kita pun dah start menanam bunga ros jepun ni..

    ReplyDelete
  3. haihhhh jelesnya nengok org bercucuk tanam ni...kita ni tah bila tawun laa nak bertanam2 gini.. semedang mati ajer laaa pokok yg ditanam. huhii

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers